Ketua Pemuda UMNO Malaysia Level Cybertroper Fitnah PN

Ketua Pemuda UMNO Malaysia tu sama level juga dengan CyberTroopernya.

Ada pendidikan agama tapi suka mengeluarkan kenyataan yang semberono yang akhirnya membawa kepada fitnah. Benar tu politik adalah politik tetapi kalau sudah melibatkan kesahihan berita perlulah dia lebih bertanggungjawab, mendahulukan ajaran agama Islam yang melarang penganutnya membuat tuduhan yang tidak berasas.

Seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia sanggup menabur fitnah terhadap rakan yang tinggal dalam satu rumah. Apa punya busuk lah kau Asyraf.

Sudah lupakah UMNO kalah dalam pilihan raya umum lepas tapi boleh membentuk sebagai kerajaan Perikatan Nasional yang kau burukkan.

Ini tanda awal kejatuhan UMNO menjelang pilihan raya umum akan datang. Bukan lagi kekalahan di pilihan raya semata tetapi riwayat UMNO akan berakhir.

Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO Malaysia Asyraf Wajdi Dusuki telah membuat satu entri bertarikh 8 Februari 2021 yang kemudiannya dipadam setelah terbukti kantoi.

Entry itu cuba memberikan gambaran fitnah bahawa Gabungan Perikatan Nasional sedang bersiap sedia atau mempersiapkan kelengkapan bagi menghadapi pilihan raya umum dalam keadaan darurat. Entri itu juga disertakan beberapa gambar bagi menyokong tuduhannya tapi sayang itu semua hanyalah fitnah semata-mata.

Seperti mana kenyataan tegas Naib KetuaArmada Nasional, Mandela Malakun.

Kerajaan Negeri Salur 100K Pada Dun Pembangkang

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah hari ini mengumumkan peruntukan khas RM100,000.00 kepada 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor, berkata peruntukan khas kepada setiap seorang wakil rakyat pembangkang itu untuk membantu mereka menangani masalah di kawasan masing-masing berikutan penularan pandemik COVID-19 di negeri ini.

“Atas rasa penuh tanggungjawab, saya memberikan peruntukan khas ini sebagai bukti keprihatinan kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Peruntukan ini adalah untuk membantu wakil rakyat pembangkang dalam usaha meringankan beban rakyat di kawasan masing-masing akibat pandemik ini.

“Pemberian peruntukan khas ini sejajar dengan usaha kerajaan GRS yang sentiasa mahu memastikan semua rakyat yang berdepan cabaran pandemik ini dapat dibantu dengan sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Anak. Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Masyarakat Cina dan Ketua Kampung bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman dan Pantai Dalit, di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai (ADUN Kiulu); Pembantu Menteri Kewangan, Jasnih Daya (ADUN Pantai Dalit) dan Pegawai Daerah Tuaran, Sadan Husain.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri berharap peruntukan itu sedikit sebanyak dapat membantu memberi keselesaan kepada rakyat di kawasan DUN yang dikuasai pembangkang.

Katanya, peruntukan khas yang membabitkan jumlah keseluruhan RM3.1 juta itu akan disalurkan secepat mungkin kepada semua ADUN pembangkang melalui Pejabat Daerah di kawasan masing-masing.

Mengenai majlis itu, Hajiji berharap semua yang baharu dilantik itu dapat membantu kerajaan dalam merealisasikan aspirasi rakyat dan bersama merancakkan pembangunan khususnya di Tuaran.

“Saya mengharapkan ketua adat yang dilantik dapat memainkan peranan dan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, khususnya dalam memartabatkan Mahkamah Anak Negeri. Tingkatkanlah ilmu dalam bidang masing-masing agar dapat menjalankan tugas pengadilan dengan sebaiknya.

“Begitu juga kepada Ketua Masyarakat Cina dan ketua kampung yang telah dilantik agar dapat menjalankan tanggungjawab secara profesional tanpa mengira fahaman politik, kepercayaan agama dan bangsa di kawasan masing-masing.

“Sebagai pemimpin yang paling dekat dengan masyarakat, ketua kampung dan Ketua Masyarakat Cina perlu menjadi mata dan telinga kerajaan agar tahu setiap permasalahan penduduk di kawasan masing-masing, terutama ketika pandemik ini,” katanya.

Beliau juga meminta semua pemimpin di peringkat akar umbi ini akan bersama kerajaan untuk menjayakan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang dilaksanaklan selama lima tahun sehingga 2025 di negeri ini.

Hajiji turut menyampaikan watikah pelantikan kepada 117 penerima membabitkan ketua anak negeri, wakil ketua anak negeri, ketua masyarakat Cina dan ketua kampung dari DUN Sulaman dan Pantai Dalit.


TAMAT


Dulu era kerajaan negeri Warisan jangankan membagi peruntukan dana pada Adun Adun pembangkang hanya untuk mendengar nasihat pembangkang pun tidak sanggup. Berbeza dengan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah yang diketuai oleh parti Bersatu (PPBM)

Kalau setakat mendengar nasihat biasa tidak melibatkan polisi kerajaan negeri, mungkin Ketua Menteri Shafie terimalah tapi itupun akhirnya akan menguntungkan parti Warisan.

Perutusan Ketua Menteri Sabah Sempena Tahun Baharu Cina 2021

PERUTUSAN YAB DATUK SERI PANGLIMA HAJIJI HAJI NOOR, KETUA MENTERI SABAH SEMPENA SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA 2021

Salam Sabah Maju Jaya

1. Saya bersama keluarga serta Kerajaan Negeri Sabah, ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Cina di Sabah dan di Malaysia. Tahun Baru Cina adalah antara perayaan yang besar di negara kita. Tahun ini adalah tahun lembu bagi kalendar masyarakat Cina dan semoga tahun ini akan membawa sinar harapan, kekuatan, kebahagian dan kesihatan yang baik di samping menikmati lebih kemakmuran.
1.我与家人及沙巴州政府,恭祝全国和州内华裔同胞们农历新年快乐。农历新年是我国重大节庆之一。今年是辛丑年,也就是牛年,希望在新的一年里有更美好繁华的未来,也能够带来新希望,幸福和健康

2. Kekuatan Sabah terletak kepada rakyatnya. Kepelbagaian tradisi, etnik dan bahasa tidak memisahkan kita malah membina sebuah masyarakat yang harmoni. Marilah kita rapatkan saf dan barisan ke arah Sabah lebih maju serta progresif.
2.沙巴州是否强大取决于人民。多元化的传统,种族和语文并不会分化我们,反而建立起一个更和谐的社会。让我们的团队携手一起缔造更进步和先进的州属。

3. Walaupun tahun 2020 adalah tahun sukar bagi kita, tetapi kita perlu terima dengan redha dan menangani pandemik dengan penuh ketabahan. Bagi kita di Sabah, memastikan pertumbuhan ekonomi terus berkembang adalah penting. Seperti ciri-ciri yang ada pada sifat lembu iaitu rajin, bertanggungjawab, berani, mahir dan yakin.
3.虽然2020年对我们而言是很艰难的一年,但是我们必须坦然地接受,以及坚毅地应对新冠疫情。对沙巴而言,最重要的是确保经济得以继续增长。就如牛的特征一样,辛勤、责任、勇敢、熟练和自信。

4. Sejajar dengan itu, Kerajaan Negeri pimpinan GRS telah merangka satu pelan pembangunan yang holistik bagi menjana semula pertumbuhan ekonomi iaitu Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan 2021-2025) selama lima tahun di negeri ini. Hala Tuju Sabah Maju Jaya ini memberi penekanan dalam sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan. Tumpuan juga adalah kepada pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat serta jaringan infrastruktur dan kelestarian hijau.
4.为了达到此目标,沙巴人民联盟(GRS)所领导的州政府,拟定了一个全面的发展蓝图,也就是历时5年的沙巴进步繁荣大方向(2021-2025发展蓝图)以促进本州经济增长。沙巴进步繁荣大方向主要着重于农业、工业和旅游业。同时,也聚焦于发展人力资源和人民福祉以及基本网络和绿色永续发展。

5. Selaku Ketua Menteri, saya berharap pelaksanaan hala tuju Sabah Maju Jaya ini dan semua program di dalamnya dapat memberi hasil seperti yang kita inginkan, meningkatkan pertumbuhan ekonomi bukan sahaja kepada negeri tetapi juga rakyat keseluruhannya.
5.身为首长,我希望透过沙巴的进步繁荣为主要目标,以及将所有的计划项目都落实,让我们一齐看见成果,为了州和全民,将致力于促进本州经济增长。

6. Sebagai kerajaan yang prihatin dan sentiasa mendengar denyut nadi rakyat tanpa mengira bangsa dan keturunan, kita sentiasa mendengar keluh resah rakyat di seluruh pelusuk negeri. Saya memberi jaminan kepada masyarakat Cina bahawa kerajaan sentiasa mendengar permasalahan mereka dan tampil dengan penyelesaian yang memberi manfaat. Kerja keras dan komitmen mereka dalam memajukan bidang perniagaan perlu dicontohi oleh sesiapa juga yang berhasrat untuk menjadi usahawan.
6.作为不分种族背景,一视同仁关心民瘼与民声的政府,我们总是倾听全州各地人民的民意。我向华社保证,政府会一直聆听他们的问题,进而拟出可惠及各群体的解决方案。我们的辛勤和坚定的意志将成为所有欲创业者效仿的典范。

7.Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina pada tahun ini, kita juga perlu sentiasa mengingati semua petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus memerangi pandemic Covid-19 serta pasukan keselamatan dan kita akan terus mendoakan mereka dan ahli keluarganya.
7.在今年的华人农历新年,我们要铭记于心所有正在努力对抗新冠肺炎病毒的前线人员和安全部队以及我们也会继续为他们的家人祈祷。

8. Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya pada tahun ini dan tahun-tahun mendatang. Marilah kita saling menghormati antara satu sama lain dan berusaha menuju kejayaan terutama dalam pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya di negeri ini.
8.最后,我希望所有人民不仅今年以及未来都能迈向更好的运程。让我们各族互相尊重及谅解,一起努力迈向成功之路,尤其是落实沙巴州更加进步繁荣的未来。

Selamat menyambut Tahun Baharu Cina Tahun 2021.
祝大家2021年华人农历新年快乐。

GONG XI FA CHAI
恭喜发财

Zahid Hamidi Sudah Buat Laporan Polis Kah?

Kelmarin pagi sekitar jam 12.49am ada seorang wanita menghantar mesej massenger.

Rasanya wanita tu mewakili laskar 1K kot. Kalau ada yang belum jelas, 1K itu adalah sejenis dedak. Hahaha.

Pertama-tama dia forward komen admin di satu page dalam bentuk print screen.

Dia mendakwa PPBM aka parti yang disokong oleh Azmin ditolak oleh rakyat kerana dibiaya oleh DAP.

Admin balas bukankah Presiden UMNO yang menandatangani surat menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan PKR merupakan sekutu keras DAP.

Dia balas itu adalah fitnah Annuar Musa.

Kalau begitu kenapa kamu tidak membuat Laporan Polis. Dia kata sudah, UMNO telah membuat laporan Polis.

Admin jelaskan lagi. Sepatutnya pihak yang paling tepat membuat laporan Polis ialah diri Presiden UMNO, Zahid Hamidi itu sendiri. Malah bukan hanya membuat laporan Polis tetapi mendesak agar siasatan segera dijalankan. Kenapa itu tidak berlaku?

Terus dia ucapkan selamat malam. Hahaha.

Beberapa ketika sebelum ini kecoh bilamana surat rasmi yang ditandatangani oleh Presiden UMNO bagi tujuan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri, viral di media sosial. Namun ia dinafikan oleh laskar elite 1K (UMNO) sebagai fitnah. Tidak lama selepas itu penyokong PKR menyebarkan surat berkaitan bagi tujuan mempertahankan dakwaan Anwar yang mendakwa telah terima sokongan dari Ahli Ahli Parlimen UMNO termasuklah dari Presiden UMNO.

Admin harus mengakui UMNO agak cerdik memanfaatkan media sosial tapi kali ini mereka tersalah orang. Nampak tak sanggup berbunuhan sesama mereka lalu apa lagi anda yang mereka anggap sebagai musuh.

Sayangkan kerana parti sanggup berbunuhan sesama Melayu. Walhal di negara maju sana atau yang menyebabkan mereka maju ialah kerana bangsanya tidak kepartian akhirnya yang untung ialah mereka yang baru datang semalam.

Bantuan Sabah Prihatin Covid 19 2.0 Bermula

PAPAR: Kerajaan Negeri Sabah sudah membuat pembayaran sejumlah RM13,813,800 kepada 46,046 penerima Bantuan Tunai One-off RM300, setakat 7 Februari 2021.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Hj Noor, berkata kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Bantuan Sabah Prihatin COVID-19 2.0 kepada penduduk Sabah yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini.

“Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM97,000,200 dengan 323,334 penerima di negeri ini. Pembayaran sudah bermula sejak 29 Januari lalu.

“Kerajaan Negeri Sabah memberi bantuan 2.0 ini atas rasa tanggungjawab dan keprihatinan kepada rakyat yang terjejas berikutan pelaksanaan PKP 2.0 akibat penularan pandemik COVID-19,” katanya di sini hari ini.

Ketua Menteri melakukan lawatan kerja ke daerah Papar hari ini, dengan antara pengisian program adalah penyampaian Bantuan Tunai ‘One-Off’ dan Bakul Makanan COVID-19 Kerajaan Negeri Sabah kepada peneroka kecil ladang getah bertempat di Semaian Kabang, Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), Kampung Kabang, Papar.

Hajiji berkata, kerajaan negeri sedia maklum bahawa pelaksanaan PKP 2.0, menyebabkan ramai rakyat yang terjejas termasuk tidak dapat meneruskan perniagaan kecil-kecilan selain hilang pekerjaan.

“Justeru, bagi yang tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Sabah Prihatin 1.0 tetapi turut terjejas akibat pandemik ini, mereka boleh mengemukakan rayuan (untuk menerima bantuan),” katanya.

Bagi yang tidak tersenarai menerima bantuan tunai one-off, rayuan boleh dikemukakan melalui Pejabat Daerah masing-masing atau menerusi kementerian atau agensi yang menguruskan bantuan berkenaan.

Bagi pemberian bakul makanan, beliau berkata sebanyak 7,547 bakul makanan sudah diagihkan setakat 7 Februari 2021.

Katanya, pelbagai bantuan yang diberikan kerajaan negeri ini adalah antara inisiatif dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya iaitu berkaitan kesejahteraan rakyat.

“Ini bagi memastikan semua rakyat tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa, tetapi terjejas akibat COVID-19 dan pelaksanaan PKP dibantu oleh kerajaan,” katanya.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan; Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin.

TAMAT

AJK UMNO Yang Kolot dan Angkuh

Dia ni seorang AJK UMNO Bahagian Masjid Tanah, Melaka.

Tapi kamu tengok perbuatannya tu. Alahai.

Selepas berdekad UMNO menjadi sebuah parti yang paling tua di Malaysia namun menghairankan masih ada lagi pemimpin UMNO seperti ini tampak angkuh dan kolot. Sebagai orang Malaysia dan beragama Islam sikap ini amatlah memalukan.

Kalau pun tidak sanggup menerima pemberian berupa mask dari kerajaan Perikatan. Tapi janganlah dia buang, berikanlah Mask tu pada orang lain yang lebih memerlukan. Nampak sangat kufur nikmat.

Nampak sangat tidak reti
bersyukur. UMNO ini sebuah parti yang kalah pada pilihan raya umum yang lepas tetapi sama sama membentuk kerajaan bersama PPBM, PAS dan Parti Parti tempatan daripada Sabah dan Sarawak. Negeri Melaka itu sendiri mulanya diperintah oleh Menteri Besar dari Pakatan Harapan selepas UMNO di negeri itu mengalami kekalahan.

Kalau ada yang belum tahu hanya UMNO Semenanjung yang kalah sedangkan BN Sabah berjaya mengekalkan kemenangan dalam pilihanraya umum yang lepas. Adalah faktor yang menyebabkan kekalahan mereka tu, faktor sikap yang angkuh dan sombong, antara lain.

Tapi kenapa masih bersikap angkuh seperti ini?

Berani Kah UMNO Meninggalkan PPBM?

Sembang kari bolehlah.

Ketua Penerangan BN Selangor Isham mendakwa UMNO akan kehilangan sokongan daripada rakyat sekiranya meneruskan kerjasama bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam pilihan raya akan datang.

Alamak pemimpin UMNO daripada Selangor? Boleh pakaikah kenyataan seperti ini, Selangor tu kubo kuat Pakatan Harapan.

Melucukan, negeri yang dikuasai pembangkang berani mengeluarkan kenyataan seperti ini. Tidak logik langsung.

Habis itu kenapa UMNO memilih meluluskan belanjawan 2021 sedangkan undian pada waktu itu adalah peluang keemasan bagi UMNO membuktikan penolakan mereka terhadap kerajaan Perikatan Nasional sekaligus memaksa Parlimen dibubarkan. Tapi tidak berlaku, kenapa?

Tidak adalah tu Ahli Parlimen UMNO tidak akan berani meninggalkan Bersatu dan PAS. Percayalah.

Sebaliknya yang dilakukan oleh UMNO adalah bertentangan akan terus kekal dalam Perikatan Nasional tapi dalam yang sama memanfaatkan kedudukan sebagai kerajaan dengan membetulkan kesalahan mereka termasuklah berusaha menutup skandal rasuah yang menghantui pemimpin pemimpin UMNO. Selain sudah tentu menjadikan kerajaan Perikatan Nasional sebagai periuk nasi sebelum berhadapan dengan pilihan raya umum yang akan datang.

Justeru kalau ada yang perasan tentang tindak tanduk beberapa jentera UMNO. Kawan mereka dilantik dalam kerajaan tapi mereka pula hari-hari mengutuk kerajaan. Mereka tidak takut mengkritik sebab kawan mereka yang ada di dalam akan memberikan mereka projek atau kerja. Hahaha. Jangan mereka ingat kegiatan tidak bermoral seperti ini diluar pengetahuan masyarakat ya.

Begitu juga halnya kritikan pemimpin dan jentera UMNO keatas agensi kerajaan seperti keatas KWSP. Ia adalah hal yang memalukan ialah bayangkan sebuah parti yang paling tua hanya mampu mengkritik KWSP. Hingga totally lupa kesalahan besar yang mereka lakukan semasa menjadi kerajaan dek kesalahan itu juga UMNO diturunkan dari kekuasaan.

Mungkin ramai yang sudah tahu pasal surat sokongan Presiden UMNO Zahid Hamidi ke atas Anwar Ibrahim bagi menghentikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari jawatan Perdana Menteri Malaysia. Nampak tak, luarannya tampak ok ok saja tetapi di dalamnya busuk macam longkang yang terbiar.

Sebenarnya si Isham ni nampak dan sedar yang UMNO tidak lagi mendapat sokongan daripada majoriti rakyat Malaysia. Tapi sengaja membuat kenyataan provokasi seperti ini dengan harapan orang kampung akan mendapat gambaran UMNO masih kuat berbanding Bersatu.

Sama juga dengan Lokman Adam, mereka sedar apa yang mereka cakap. Sasaran mereka adalah juga orang orang kampung.

Sebelum ini Lokman Adam mendakwa kononnya Perikatan Nasional atau PPBM enggan berpisah dengan UMNO kerana takut kalah di pilihan raya umum yang akan datang. Begitu dakwaannya keatas perlaksanaan darurat, kononnya tujuan darurat dikuatkuasakan adalah supaya pemimpin-pemimpin UMNO yang berhadapan dengan tuduhan rasuah dapat disabitkan bersalah dengan mudah oleh Mahkamah.

Pada admin ia merupakan penghinaan ke atas sistem kehakiman Malaysia. Bila mana awal lagi cuba menggugat kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman.

Yang membenarkan darurat dikuatkuasakan ialah Yang Di-pertuan Agong adakah itu bermaksud si Lokman berprasangka buruk pada Raja Raja Melayu kerana membenarkan Mahkamah beroperasi dalam tempoh darurat.

Okeylah jangan layan sangat provokasi seperti itu yakinlah UMNO tidak akan berani meninggalkan Perikatan Nasional atau PPBM dan PAS.

Masyarakat berpendidikan dan masyarakat yang berdikari tidak senang senang mempercayai alasan yang bertujuan menutup salah guna kuasa pemimpin pemimpin UMNO. Pada mereka UMNO ni masih bergelumang dengan salah laku justeru belum layak diberikan kepercayaan.

Seperkara yang perlu diketahui oleh rakyat ialah hanya kerajaan seperti Perikanan Nasional yang mampu memberikan kesejahteraan kepada kehidupan rakyat terutamanya dari sudut keamanan dan keadilan.

Seperti mana berita yang kita dapati hampir setiap hari, berkenaan kejayaan pihak keselamatan membenteras pengedaran dadah dan pelaku jenayah lain, ia pula tidak hanya membabitkan rakyat biasa tapi juga kakitangan awam malah anggota keselamatan itu sendiri.

Ini hanya boleh dilakukan bila parti yang memerintah tidak mencampuri kekuasaan agensi kerajaan.

Tidak seperti kerajaan-kerajaan sebelum ini dimana urusan dalaman agensi kerajaan dipengaruhi oleh kuasa eksekutif seorang Perdana Menteri dan pihak-pihak tertentu yang lain. Akhirnya siapa yang rugi rakyat juga yang rugi maka kedengaran lah suara-suara bodoh yang melenting kononnya tiada maknanya parti pemerintah bertukar sedangkan mereka tetap mengharungi birokrasi yang merugikan.

Rakyat negara-negara maju tidak mengenal istilah kepartian atau taksub pada parti politik. Mereka lebih mengutamakan kredibiliti seseorang selaku ketua atau pemimpin. Hasilnya seperti yang mereka kecapi tinggal dalam negara maju.

Hanya rakyat kelas bawahan yang beriya-iya memberatkan parti mereka walaupun mereka tahu kepimpinannya telah terlibat dalam salah laku wang rakyat.

Bantuan BUDI RM2,000 One-off Pelajar Masuk IPT

Kepada anak-anak Sabah lanjut pelajaran ke IPT pada tahun ini

KOTA KINABALU : Anak-anak Sabah yang akan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tahun ini akan menerima Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) sebanyak RM2,000 secara one-off.

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Arifin Arif berkata, bantuan BUDI yang bakal dilancarkan pada Mac tahun ini, terbuka kepada mereka yang melanjutkan pelajaran ke IPT awam atau swasta tahun 2021 untuk kemasukan kali pertama IPT di seluruh Malaysia.

Jelasnya, pemohon hendaklah merupakan warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah, berumur tidak lebih 25 tahun dan yang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda sahaja.

Tambah Arifin, ibubapa pemohon atau penjaga merupakan dalam golongan B40 dan M40 dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media di ibu negeri selepas mempengerusikan mesyuarat di pejabatnya, dekat sini.

Dalam perkembangan sama, Arifin memberitahu, bagi pelajar yang telah mendapat tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri atau mana-mana institusi lain tidak layak mendapat bantuan BUDI.

“Bagi pemohon yang melanjutkan pengajian ke IPTS, IPT tersebut hendaklah yang diiktiraf oleh kerajaan.

“Selain itu, pemohon bantuan BUDI hendaklah mendapatkan pengesahan kemasukan (telah mendaftar) di IPT masing-masing, ” katanya dalam sidang media.

Tarikh tutup permohonan bantuan BUDI ialah pada 30 Oktober 2021. Utusan Borneo

Kerajaan Negeri, Polis dan Esscom Tidak Pernah Larang UEL Masuk Ke Pulau Pulau Semporna

Dalam artikel sebelum ini, awal awal lagi admin telah menegaskan bahawa kerajaan negeri Sabah amat mengalu-alukan kehadiran NGO NGO yang bertujuan untuk menabur bakti di kawasan yang mereka fikirkan sesuai, kerana siapa tahu yang akan menerima bantuan itu kelak adalah dari kalangan mereka yang benar benar memerlukan seperti yang berlaku di Lahad Datu, Kunak dan terbaru kepulauan di daerah Semporna.

Juga admin mengingatkan agar kerja berkebajikan seperti berkenaan tidak perlulah dipolitikkan oleh mana mana pihak khususnya pembangkang yang pasti akan cuba menggambarkan seolah olah kerajaan negeri Sabah (Gabungan Rakyat Sabah) tidak prihatin, walhal kalau dikira apalah sangat bantuan seperti itu berbanding apa yang telah diberikan oleh wakil wakil rakyat daripada Perikatan Nasional, tidak terkira sebenarnya.

Tapi itulah namanya pembangkang yang terdesak akan sanggup melakukan apa sahaja supaya kerajaan negeri jelek di mata rakyat Sabah. Bikin kesian.

Seharusnya pembangkang Warisan mengambil sikap terbuka dan profesional yang penting perkara itu nanti mendatangkan kebaikan kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Malangnya awal awal lagi jentera Warisan dan Setiausaha Agung Warisan telah mencipta polemik. Sejurus Ustaz Ebit Liew hadir di Kampung Bangigod dan Labian, Lahad Datu yang menjadi jajahan parti Warisan.

Ada beberapa bantuan yang telah diberikan disana seperti Tab, Tangki Air dan kemudahan Broadband.

Selepas itu Ustaz Ebit Liew meneruskan perjalanannya ke daerah Kunak disana beliau juga menghulurkan bantuan berupaya Tab kepada beberapa murid yang memerlukan. Untuk makluman daerah Kunak juga berada dibawah kekuasaan parti Warisan.

Ironinya spekulasi tidak menjadi yang dicetuskan oleh Warisan tidak berakhir di Lahad Datu dan Kunak tapi berpanjangan hingga ke Semporna.

Di sini Ustaz Ebit Liew telah menghulurkan beberapa bantuan namun yang paling panas bilamana beliau berjaya mengislamkan sekumpulan Bajau Laut yang bermastautin disekitar Pulau Tatagan dan lima lagi kampung yang berada disekitar Pulau Bum Bum.

Ada lebih kurang 500 komuniti Bajau Laut telah menzahirkan Syahadah di hadapan Ustaz Ebit lew.

Bukan hanya berjaya mengislamkan mereka tetapi Ustaz Ebit Liew juga telah berjanji akan mendirikan pondok yang akan digunakan untuk membimbing mereka.

Untuk makluman Presiden Parti Warisan Shafie pernah memegang jawatanMenteri KKLW hingga ke jawatan Ketua Menteri Sabah. Tetapi senario kemanusiaan dan kemiskinan seperti ini masih berlaku. Kamu fikirlah sendiri.

Tapi masih berhajat ingin menduduki jawatan Perdana Menteri Malaysia. Macam mana tu.

Hari ini Ustaz Ebit Liew telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak menyedihkan, sebenarnya. Bahawa beliau tidak lagi dapat meneruskan misi bantuan ke Pulau Pulau yang ada disekitar daerah Semporna sekaligus membatalkan pembinaan prasarana yang beliau telah janjikan. Selain terpaksa menarik balik peluang pekerjaan yang akan diisi oleh tenaga pengajar kelak.

Rentetan itu begitu banyak tuduhan yang tidak berasas dilontarkan oleh pihak pihak yang tidak bertanggungjawab terutamanya dari kalangan penyokong parti Warisan. Mereka sengaja menyalahkan kerajaan negeri malah mendoakan agar kononnya kerajaan ini diazab oleh Allah. Walhal mereka tidak tahu pun cerita yang sebenarnya.

Tidak ada otak punya orang. Semoga doa itu balik pada mereka.

Hakikatnya mungkin yang mengeluarkan ingatan pada Ustaz Ebit Liew ialah pembangkang yang mewakili daerah Semporna kerana mereka takut akan lebih banyak lagi kelemahan yang terbongkar, iyalah Sabah for Sabahan dan Sabah Ubah tapi Gajah di depan mata mereka tidak nampak.

Kerajaan Negeri tidak pernah keluarkan larangan, PDRM/Esscom juga tidak tahu menahu dengan larangan tersebut.

PDRM cuma mengingatkan supaya Ustaz Ebit Liew tidak keluar selepas jam 6.00 petang kerana kawasan perairan Semporna berada di ESSZONE/kawasan iaitu darurat yang berkuatkuasa dari jam 6 petang hingga jam 6 pagi.

Yang pastinya kerajaan negeri Sabah tidak pernah mengeluarkan arahan melarang Ustaz Ebit Liew melakukan kerja kerja kebajikannya malah seperti admin nyatakan diatas kerajaan negeri mengalu-alukan kehadiran mereka.

Amat-amat memalukan mulanya cuba mencuri kredit dari titik peluh orang lain tapi tidak kesampaian akhirnya senjata makan tuan. Hahaha.

Kesian macai Warisan dan admin simpati pada Ustaz Ebit Liew kerana kerja kebajikannya cuba dimanipulasi oleh macai macai Warisan. Mereka cuba membuat perbandingan yang mengada-ngada seolah-olah kononnya kerajaan negeri Sabah (Gabungan Rakyat Sabah) tidak prihatin seperti mana ustaz berkenaan. Kesian, sebenarnya mereka sedang menghina wakil rakyat Warisan itu sendiri. Menjadi wakil rakyat yang makan gaji […]

Tidak Malu Warisan Mempolitikkan Kebajikan UEL 🤭

Nizam Sumbang 50 Unit Laptop Untuk DUN Apas

TAWAU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan sudah menyampaikan sumbangan lebih 50 unit komputer riba kepada pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Beliau berkata, sumbangan itu merupakan inisiatif pihaknya dalam membantu penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan pelajar sekolah mendapat akses pembelajaran secara dalam talian.

“Kami banyak menerima rungutan dan permohonan daripada keluarga tersebut khususnya di DUN Apas berkaitan kesukaran mereka untuk menyediakan komputer riba kepada anak-anak mereka.

“Sebagai wakil rakyat, tindakan segera perlu diambil dan melalui peruntukan ADUN, wang peribadi serta sumbangan rakan-rakan, kami sudah memberikan lebih 50 komputer riba kepada mereka yang layak,”katanya semasa ditemui di pejabatnya, di sini.

Menurutnya, masalah ini bukan sahaja berlaku di DUN Apas, malah berlaku di semua tempat dan perkara ini juga sudah sampai ke peringkat pucuk pimpinan khususnya kerajaan negeri.

“Saya difahamkan, ianya juga dalam penelitian kerajaan negeri bagi mencari jalan penyelesaian termasuk mempertimbangkan untuk menyediakan gajet kepada keluarga tidak berkemampuan.

“Selain itu, semasa pembentang bajet kerajaan oleh Menteri Kewangan Malaysia turut ada menyebut untuk memberikan bantuan gajet kepada pelajar yang memerlukan,”katanya

Dalam pada itu, beliau yang juga Pembantu Menteri Kewangan Sabah turut merasai kesukaran pelajar yang berada di kawasan-kawasan tidak mendapat litupan internet yang baik terutamanya di DUN Apas.

“Kawasan seperti Kuala Balung, Inderasabah, Wakuba, Kuala Apas, Apas Parit, Membalua, Batu Payung, Tinagat dan Batu 6 Jalan apas masih bergelut dengan masalah internet sehingga menyukar pelajar mengikuti pembelajaran atas talian.

“Hal ini disebabkan kawasan-kawasan itu terlindung oleh permukaan muka bumi yang tinggi sehingga tidak mendapat signal daripada menara komunikasi yang ada,”katanya.

Nizam berharap Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dapat memberi fokus serta prioriti terutamanya di kawasan DUN Apas yang sudah lama mengalami masalah ini.

“Saya sangat menyokong pengumuman Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempercepatkan program JENDELA yang dilancarkan tahun lalu.

“Saya berharap program JENDELA dapat menyelesaikan masalah pelajar di kawasan DUN Apas yang terpaksa menggunakan medium pembelajaran norma baharu atas talian pada masa ini,”katanya.

Sumber Utusan Borneo

Untuk makluman bantuan laptop telah diberikan pada 04hb Januari 2020.