RM150m Emergency Fund Approved To Repair Roads: Hajiji

Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor has approved an immediate allocation to repair 41 damaged roads following continous rain that wreaked havoc around the State two weeks ago.

The estimated funds required amounted to RM150 million.

Hajiji said the State Government will also request funding from the federal government for the repairs of all infrastructures under federal’s jurisdiction.

He said the relevant departments have been directed to expedite the process so that repair works could start as soon as possible.

“We must address this issue because it has brought about enormous hazards and difficulties to road users as well as adversely impacted the rakyat’s livelihood,” he said.

Speaking to reporters after inspecting the damaged road at KM44.7 Jalan Penampang – Tambunan near here on Tuesday, he said that based on the Public Works Department (PWD) report, 15 roads were severely damaged and totally impassable while another 11 partially cut off and another 15 were also hit by disaster caused by non-stop rain but remained passable to vehicles.

According to him, out of the 41 damaged roads, 37 belongs to the State while four were under the Federal purview.

Repair cost for the collapsed road at KM44.7 Jalan Penampang – Tambunan have been estimated at RM5 million.

At the moment, repair works were still ongoing but a one way lane has already been opened allowing small vehicles to pass the stretch.

Apart from the Penampang – Tambunan road, the other totally cut off roads were Jalan Nangoh – Paitan – Kanibongan, Jalan Apin Apin – Bundu Kampung Tiga, Jalan Montenior – Hologilat, Jalan Bilangau Darat, Jalan Liu Malubang, Jalan Telaga (bridge collapsed), Jalan Rukom Kibuluh, Jalan Suang Duyung, Jalan Mengkubau Laut, Jalan Pinuludan, Jalan Pinampadan and Jalan Bungaliou – Longkou Lama – Timbok.

“The amount needed to repair these damages is quite huge but we can manage,” he said.

He said it was unfortunate that the people have to endure hardship due to the natural disaster.

“We are doing our best and I hope the people will understand and be patient as the relevant agencies carry out works to reconnect all the damaged roads,” he said.

Besides roads, the prolonged rain that began on Jan 11 had also brought about flood and land slides that caused damages to properties and crops amounting to RM130 million.

“This is based on reports from the various district offices submitted to the State Secretary’s office,” he said.

Hajiji had personally gone to the ground to see for himself areas in Kota Belud, Tuaran and Beaufort affected by flood where he met with victims at the temporary shelters.

Also on hand were Deputy Chief Minister Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, State Secretary Datuk Sr Safar Untong and PWD Director Ir Ali Ahmad.

Ends

Shafie Hantar Surat Pada Agong Untuk Batal Darurat Lawan Covid 19

Apa sudah jadi pada sikap dan pemikiran Shafie Apdal selaku Presiden Parti Warisan. Tampak terdesak hingga tegar memperjudikan kesihatan rakyat. Kalau kelak yang hanya terjangkit dari kalangan penyokong Parti Warisan, bha tidak apalah suka hati Shafie lah. Tapi ini tidak sudah tentu pasti akan memungkinkan semua lapisan, justeru itu retorik ini tidak boleh dibiarkan. Mana boleh dibiarkan kalau Warisan yakin sangat gelombang Covid-19 ini hanyalah sandiwara politik seperti mana kenyataan pemimpin mereka sebelum ini. Nah keluarkan arahan pada semua penyokong dan jentera Warisan agar jangan memakai penutup muka bila berada di khalayak ramai. Kita nak tengok setahan mana antibodi mereka.

Oleh sebab itulah tindakan Shafie untuk membatalkan perlaksanaan darurat yang kita pun tahu bertujuan untuk mengekang penyebaran Covid-19 wajib ditentang habis habisan.

Anda sebagai masyarakat jangan ikut bengap seperti mereka.

Begitulah perspektif rakyat atau pengundi atas pagar berhubung perkembangan terbaru yang dicetuskan oleh Warisan. Sebenarnya Warisan hanyalah mengikut jejak Anwar Ibrahim PKR dan beberapa lagi pemimpin UMNO yang sebelum juga berusaha menafikan perlaksanaan darurat. Hingga mereka diejek oleh rakyat sebagai golongan penderhaka kepada Raja Raja Melayu dan licik demi kepentingan diri dan kroni mereka.

Kata rakyat lagi benar benar PH dan segelintir pemimpin UMNO tidak mengambil iktibar dari apa yang berlaku selepas pilihan raya negeri Sabah 2020.

Lucu kata mereka sendiri bubar sendiri tumbang. Hahahaha!

Pokoknya tindakan membatalkan perlaksanaan darurat adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak melihat kepada kemaslahatan umum. Sebaliknya hanya melihatnya dari konteks politik semata-mata.

Kelmarin data menunjukkan kes jangkitan Covid-19 di kalangan rakyat Malaysia antara yang tertinggi sejak Covid 19 melanda negara. (Kes baharu kelmarin mencecah (4,275) adalah tertinggi pernah dilaporkan. Kes positif harian tertinggi sebelum ini adalah pada 16 Jan 2021 (4,029). Sumber @KKMPutrajaya)

Tapi malangnya Presiden Warisan tegar menghantar surat ke pihak Istana agar darurat yang telah diisytiharkan oleh Yang Dipertuan Agong dibatalkan.

Orang lain walau setolol apapun tapi bila berada di posisi pembangkang maka kecergasan mereka akan bertambah menjadi sedikit celik. Berbeza dengan pemimpin Warisan, baik semasa menjadi kerajaan mahupun hari ini menjadi pembangkang. Tetap kekampung kampungan tidak ada hala tuju selain hanya memikirkan kelangsungan bendera putih.

Jangan haraplah apa lagi selepas Presiden Warisan mengutus surat pada pihak Istana, yang seolah olah mencurigai kemampuan Agong sebagai Ketua Negara di dalam memastikan kehidupan rakyat jelata sentiasa terjamin.

Adakah Shafie lupa siapa yang menyebabkan terjadinya gelombang kedua Covid 19 di Sabah? Mustahil lupa bukan tapi kenapa dia sanggup melakukan tindakan yang mendedahkan rakyat kepada ancaman Covid-19?

Bukankah angkara Shafie Apdal selaku Ketua Menteri Sabah pada ketika itu. Setelah kerajaannya tidak lagi mendapat sokongan dari majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri. Maka beliau telah menggunakan kedudukannya untuk mempengaruhi yang di-pertuan negeri agar segera membubarkan Dewan Undangan Negeri Sabah.

Beberapa hari selepas pembuangan undi, Sabah mulai dilanda gelombang kedua Covid-19.

Kerana keadaan semakin mendesak dan menular keseluruh negara maka Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencari jalan penyelesaian dengan menasihatkan Yang Dipertuan Agong agar mengistiharkan Darurat.

Selain pok pek pok pek politik dari kalangan pemimpin pembangkang dan seorang dua pemimpin UMNO. Telah menambah lagi beban kerajaan di dalam membendung penularan Covid 19.

Pun begitu sehingga hari ini ancaman Covid 19 terus menghantui rakyat jelata. Lebih-lebih lagi di kebanyakan tempat banyak kawasan yang dilanda banjir menyebabkan kerosakan harta benda awam dan ini sudah tentu telah merencatkan kawalan keatas Covid-19 hata darurat sedang dikuatkuasakan.

Tidak masuk akal langsung Shafie ni, dia yang mencetuskan gelombang kedua Covid-19 dia juga yang berusaha menggagalkan jalan penyelesaiannya.

Baiklah kamu sudah faham kan siapa yang menyebabkan gelombang kedua Covid-19 di Sabah. Kamu juga sudah tahu kan Warisan juga berusaha membatalkan darurat.

So jangan lagi berlengah, pergilah kecam kepimpinan Warisan tu. Kepimpinan yang tamak kuasa dan hanya reti menjaga kerabat dan kroni mereka.

Satu hal disebalik penolakan kepimpinan Warisan terhadap darurat yang sedang berjalan ialah sebenarnya kepimpinan Warisan amat takut sekiranya kes rasuah yang mereka hadapi dibicarakan dalam tempoh darurat. Dimana dalam tempoh ini tidak ada lagi pihak yang mampu menggugat keputusan hakim atau kenyataan berupa ugutan terhadap pentadbiran kerajaan. Pokoknya apapun keputusan hakim pada waktu itu tidak lagi boleh dipolitikkan oleh mana mana pihak atau parti politik yang bertujuan untuk mengelirukan pengundi.

Kerajaan Negeri Sabah Permudahkan Kegiatan Perniagaan dan Pelaburan

22 Januari 2021

Kerajaan Negeri Sabah akan mempermudahkan kegiatan perniagaan atau ‘ease of doing business’ dan mesra pelabur di Sabah dalam usaha mempertingkatkan kegiatan perniagaan serta menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini.
 
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor, berkata ini sejajar dengan komitmen kerajaan negeri yang  memberi keutamaan kepada agenda pembangunan ekonomi negeri dan menjayakan pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan 2021-2025).
 
Hajiji menyatakan komitmen itu ketika menerima kunjungan hormat rombongan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Pejabat Wilayah Sabah, yang diketuai Pengarahnya, Mohd Hijri Mat Rani, di Sri Gaya di sini pada Khamis (21 Januari 2021).
 
Kunjungan hormat itu disertai agensi di bawah MITI iaitu Pengarah MIDA Sabah, Wong Tiang Sing; Pengarah MATRADE Sabah, Azian Romlan; Pengarah SIRIM Sabah, Rommella Osmand dan Pengarah MIDF Sabah, Sudirman Alwi.

Hajiji turut meminta MITI bekerjasama rapat dengan agensi pelaburan negeri termasuk Majlis Penasihat Ekonomi Sabah (SEAC) yang baharu ditubuhkan untuk menarik pelaburan dari dalam dan luar negara ke Sabah, kerana negeri ini  mempunyai potensi besar selain kedudukannya  yang strategik di rantau ini serta mempunyai sumber asli yang pelbagai.
 
MITI turut membentangkan pencapaian kelulusan pelaburan sektor pengilangan oleh MIDA melalui MITI untuk Sabah iaitu sebanyak RM6.46 bilion bagi 15 projek pada tahun 2019 dan sebanyak RM11.86 bilion bagi 12 projek untuk tahun 2020 (Januari – September)
 
Manakala prestasi jumlah perdagangan Sabah dengan antarabangsa, Semenanjung dan Sarawak pada tahun lalu (Januari – Oktober 2020) adalah sebanyak RM67.1 bilion iaitu membabitkan nilai eksport sebanyak RM33.9 bilion dan import sebanyak RM33.1 bilion.
 
Hajiji yang juga Menteri Kewangan menegaskan usaha segera perlu dipertingkatkan untuk menjayakan beberapa pelaburan yang sedang dalam proses rundingan untuk dibangunkan di Sabah dalam sektor pengilangan komponen bateri untuk kenderaan elektrik, pembuatan kaca, pengurusan pelabuhan dan juga industri aeroangkasa.
 
“Saya akan memantau usaha semua pihak yang terbabit dalam menarik pelabur ke negeri ini, termasuk meminta laporan dari semasa ke semasa agar apa yang kita rancangkan khususnya untuk membangunkan ekonomi negeri ini dapat direalisasikan. Ini kerana kita mahu negeri ini dan rakyatnya menerima manfaat daripada pembangunan ekonomi yang dirancang,” tegasnya.
 
Sementara itu, semua pelaburan ini, sekiranya dapat direalisasikan dapat mewujudkan lebih 1,500 peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah, pulangan pendapatan langsung dan tidak langsung bernilai jutaan ringgit kepada negeri ini secara khususnya.
 
 TAMAT

Annuar Musa Menyekolahkan Ahmad Maslan Soal Kuasa Sultan dan Undang-undang Darurat

Ini kalilah Ahmad Maslan di sekolahkan selaku setiausaha agung BN dan baru baru ini mempersoalkan keintelektualan masyarakat kerana enggan mengadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat berbanding pemegang PhD katanya.

Sebelum ini Ahmad Maslan tampak mempersoalkan titah Yang di-pertuan Agong. Bilamana Ahmad Maslan memohon agar sidang Parlimen tetap diadakan walaupun dalam tempoh darurat.

YB Dato Sri Ahmad Maslan
SU AGONG UMNO
Malaysia

YB Dato Sri,

PROKLAMASI DARURAT DAN SIDANG PARLIMEN

Surat YB Dato Sri bertarikh 18/1/21 kepada Ahli Parlimen mengenai perkara di atas adalah di rujuk

Dukacita di nyatakan bahawa surat YB Dato Sri tersebut adalah satu kesilapan besar dalam mentafsirkan perkara berkaitan Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 150(3) yg di rujuk, bermaksud untuk mengesahkan apa apa Undang Undang yg di buat secara pengistiharan (promulgation) semasa darurat, iaitu undang undang/ordinan yg dibuat tanpa persidangan Parlimen. Ia bermaksud perlu di bentang setelah darurat tamat, tetapi bukan di panggil untuk bincang keabsahan proklamasi darurat yg telah diistihar mengikut perlembagaan oleh DYMM SPB YANG DI PERTUAN AGONG.

YB Dato Sri seharusnya faham, setelah proklamasi di buat dibawah perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, parlimen tidak lagi bersidang. Parliament hanya boleh bersidang selepas tamat tempoh darurat(1hb Ogos 2021)

KAEDAH PERISTIHARAN DARURAT DAN PERJALANAN LEGISLATIF SEMASA DARURAT ADA TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DGN CUKUP JELAS.

“Umno/BN MPs and other MPs CANNOT petition the King to undo what is constitutionally done.There is no legal provision for us to do so. There is no legal leg for us to stand on.Our actions are doomed to fail”

Selain dari itu,tindakan YB Dato Sri juga tidak pernah di bincang atau diputuskan oleh parti. Ia bercanggah sama sekali dengan kenyataan akhbar YB DS Presiden bertarikh 12hb Januari Para 1 yg menyebut:

“Umno menjunjung titah Tuanku SPB YDP AGONG yang memperkenankan PERISTIHARAN Dharurat dibawah perkara 150 Perlembagaan Persekutuan,sebagaimana nasihat YAB Perdana Menteri…..”

Kalau sudah “menjunjung titah” dan itu keputusan parti mengapa YB Dato Sri cuba membelakangi kenyataan resmi Presiden Parti?

Surat YB Dato Sri adalah suatu perlanggaran etika berorganisasi, menghina keputusan parti dan boleh di tafsirkan sebagai percubaan MENDERHAKA KEPADA DYMM SPB YANG DI PERTUAN AGONG.

Ia juga satu usaha jelas untuk terus bersekongkol dengan KETUA PEMBANGKANG DS ANWAR DAN DAP yg sebelum ini meminta perkara yg sama di lakukan oleh Ahli Parlimen.

Ini jelas bercanggah dengan ketetapan parti.

Justeru saya meminta YB Dato Sri menarik balik surat tersebut DAN SAYA TIDAK BERSETUJU SAMA SEKALI DENGAN TINDAKAN YG TIDAK “CONSTITUTIONAL” SERTA BERCANGGAH DGN DASAR DAN KEPUTUSAN MKT PARTI.

Dengan Hormatnya,

ANNUAR MUSA
P.026 KETEREH
19/1/21..12.30am

KM Hajiji Prihatin Pada Rakyat Yang Dilanda Bencana Banjir

KOTA KINABALU: Prihatin dengan rakyat yang dilanda bencana banjir di beberapa daerah di kawasan Pantai Barat, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini turun padang meninjau sendiri keadaan banjir dan melawat Pusat Penempatan Sementara (PPS) Banjir.


Pada sebelah pagi, Hajiji telah meninjau persiapan banjir di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Tuaran di Dewan Seri Sulaman Tuaran dan melawat Kg. Kegayungan, Tuaran yang dilanda banjir.


Sementara pada sebelah petang beliau melawat PPS Banjir di Dewan Masyarakat Likas yang menempatkan 46 orang mangsa dari 7 keluarga.


Beliau kemudiannya meninjau keadaan banjir yang melanda pekan Donggongon, Penampang selain melawat mangsa banjir di PPS Kompleks Sukan Penampang yang menempatkan 52 orang mangsa dari 12 keluarga.


Selain diberi taklimat keadaan banjir yang melanda kawasan Penampang oleh Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Hj Ibrahim, Hajiji turut menyampaikan bantuan berapa barang keperluan kepada mangsa-mangsa banjir di pusat itu.


Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong, Ketua Bahagian BERSATU Penampang, Senator Datuk John Ambrose, Ahli Parlimen Penampang, Datuk Darell Leiking, Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Haji Johari Saiman, Ahli Majlis Daerah Penampang, Chong Pit Fah dan pemimpin masyarakat setempat.


Hajiji yang juga Menteri Kewangan telah mengarahkan Pegawai-Pegawai Daerah di kawasan yang sering dilanda banjir, agar mengaktifkan PKOB Daerah sebagai persiapan bagi membantu rakyat yang dilanda bencana alam itu.


Katanya, Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersimpati dengan rakyat yang ditimpa bencana alam itu.


“Kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyalurkan bantuan berbentuk makanan bermasak kepada semua mangsa yang telah dipindahkan ke PPS dan bakul makanan bernilai RM200.00 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR).


“Selain itu, pihak NADMA juga akan mengagihkan wang ihsan berjumlah RM500.00 bagi setiap KIR. Perkara ini akan diselaraskan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pejabat Daerah yang terlibat”, katanya.


Sementara itu, Hajiji akan mengadakan lawatan ke beberapa daerah lain yang terjejas akibat banjir, esok.


Ketua Menteri juga meminta Urusetia Bencana Negeri sentiasa memaklumkannya situasi terkini banjir di Sabah.


-Tamat.


Caption Gambar:


1. Hajiji menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di PPS Kompleks Sukan Penampang.


2. Hajiji berbual mesra bersama kanak-kanak di PPS Banjir di Penampang.


3. Hajiji bertanya khabar keluarga mangsa banjir di PPS Penampang.


4. Hajiji diberi taklimat keadaan banjir di Penampang oleh DSP Mohd Haris Hj Ibrahim.

Fitnah Warisan Kononnya Bantuan Hanya Diberikan Pada Golongan Tertentu

Banyaknya cerita kosong yang cuba diangkat oleh para besi buruk Warisan melalui blog tidak beridentiti mereka. Mungkin puak tu sudah tidak tahan pada keadaan mereka selaku pembangkang. Bilamana walaupun cuba bersuara tapi hanya sedikit yang mempercayainya, itu pun hanya dari kalangan mereka.

Laskar Warisan mendakwa kononnya Kerajaan Negeri melaksanakan bantuan secara terpilih untuk golongan terpilih. (Ayat pun sudah tunggang langgang) Hahaha.

Artikel dibawahlah yang dinafikan oleh laskar Warisan, iaitu berhubung bantuan one-off yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah pada hari kelmarin. Klik link ini Bantuan Prihatin Covid 19 Sabah

Bantuan Kerajaan Negeri ini dalam bentuk tunai sebanyak RM97.4 juta melibatkan 324,661 orang yang terdiri dari berbagai kategori. Selain perbelanjaan bakul makanan yang berjumlah RM31.58 juta.

Pengumuman bantuan ini adalah tambahan dari peruntukan yang sedang dibelanjakan. Klik links ini Kerajaan Negeri Tambah Peruntukan Covid 19

Sebenarnya besi buruk Warisan tidak tahu apa yang telah dan akan dilakukan oleh kerajaan Gabungan Rakyat Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor khususnya dari konteks memberikan bantuan dan mengekang penularan Covid 19.

Hakikatnya merekalah yang culas, gagal mengagihkan bantuan makanan dan tunai one off kepada rakyat Sabah. Klik links ini Bantuan Warisan Di Seleweng. Menariknya sehingga tahun ini ada saja individu yang melempiaskan kemarahan mereka kerana tidak mendapat bantuan yang dijanjikan oleh kerajaan Warisan pada waktu itu. Baca sekali komen yang ada dalam artikel.

Berbalik pada kritikan besi buruk yang menjadi isu pada artikel ini. Tidak ada yang terpilih mangkuk semuanya diagihkan secara rata tanpa mengira fahaman politik.

Ada beberapa contoh yang admin boleh berikan bagi menafikan fitnah besi buruk Warisan diatas.

Pertama sekali, bantuan makanan atau bakul makanan telah diagihkan kepada pengundi atau penduduk di DUN Senallang, Semporna. Walaupun DUN ini tidak termasuk dalam zone merah peringkat daerah.

Untuk makluman DUN Senallang diwakili oleh Shafie Apdal yang juga Presiden Warisan.

Jadi jangan ada yang mendakwa bantuan hanya diberikan kepada golongan terpilih. Itu adalah fitnah semata-mata.

Sebenarnya hampir setiap hari admin menerima laporan Covid 19 Sabah, bakul makanan dalam bentuk PDF, sebab itulah admin tahu dan faham perkembangan Covid 19 di negeri Sabah.

Berdasarkan laporan bakul makanan, menunjukkan sehingga 16hb January 2021, kerajaan negeri telah berjaya mengagihkan bantuan makanan sebanyak 318,086 bakul kepada golongan sasar. Golongan sasar bermaksud golongan yang benar benar memerlukan iaitu tidak termasuk wakil-wakil rakyat daripada Parti Warisan. Lucu puak ni, hahaha.

Berdasarkan dua bukti mudah di atas terbuktilah agihan bantuan makanan dan wang tidak hanya diberikan pada golongan tertentu sepertimana fitnah Warisan di atas tetapi pada semua golongan yang terjejas dan benar-benar memerlukan. Seperti contoh gambar penerima diatas yang melibatkan semua daerah.

Bantuan Prihatin Covid 19 2.0 Sabah

Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk melaksanakan Bantuan Prihatin COVID-19 2.0 kepada penduduk rakyat Sabah yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM128.98 juta yang akan diagihkan seperti berikut:

1. Peruntukan Kerajaan Negeri berjumlah RM97.4 juta bagi bantuan ‘One-Off’ RM300.00 seorang untuk seramai 324,661 orang terdiri daripada golongan e-kasih, B40, anak yatim, orang tua, orang kurang upaya, ibu tunggal, petani, nelayan, pekebun kecil, penternak, pemandu pelancong, malim gunung, porters, penggiat seni, pemandu teksi, pemandu bas, pemandu lori dan penjaja; dan

2. Peruntukan NADMA berjumlah RM31.58 juta bagi perbelanjaan bakul makanan kepada penduduk Sabah yang terkesan akibat arahan perintah kuarantin di rumah dan lokaliti yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Sekian.

YAB KETUA MENTERI SABAH
16 Januari 2021

Tujuan Muhyiddin Digulingkan Untuk Menyelamatkan Pemimpin UMNO Dari Hukuman Penjara

Ternyata benar persepsi rakyat Malaysia bahawa tujuan UMNO cuba menumbangkan atau menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah tidak ada lain untuk menyelamatkan pemimpin mereka yang sedang dibicarakan di mahkamah kerana rasuah dari dipenjarakan.

Persepsi rakyat Malaysia itu seolah-olah disahkan oleh seorang aktivis iaitu Presiden Gerakan Keadilan Sedunia (JUST). Bahawa sebab UMNO mahu menggulingkan Perdana Menteri bukan sebab Tan Sri Muhyiddin tidak berkemampuan. Tapi kerana ada dikalangan pemimpin UMNO tidak mahu masuk penjara.

Chandra Muzaffar mengulas terdapat beberapa individu daripada parti yang mempunyai kerusi terbanyak dalam kerajaan hari ini berdepan dengan perbicaraan mahkamah dan mungkin bakal dipenjarakan. Justeru mereka berharap jika pemimpin lain dinaikkan maka mereka boleh dilepaskan.


Kalau kita rujuk kes SPRM yang melibatkan pemimpin-pemimpin politik maka kita tahu yang terlibat bukan hanya daripada UMNO seperti Zahid Hamidi Najib Razak dan Ahmad Maslan tetapi juga daripada Parti Warisan seperti Peter Anthony dan beberapa lagi ini termasuklah keatas bekas setiausaha Kementerian Pelancongan yang juga Timbalan Ketua Wira Bahagian Semporna.

Peter Anthony Diarahkan Hadir Ke Mahkamah

Baru-baru ini UMNO kantoi bila mana cuba bekerjasama dengan DAP melalui sokongan mereka terhadap Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pendedahan sokongan daripada UMNO keatas Anwar Ibrahim tidak hanya dilakukan oleh penyokong Anwar bila mana ada kalangan pemimpin dan penyokong UMNO yang mempersoalkan akuan bersumpah yang telah dipersembahkan oleh Anwar kepada yang di-pertuan Agong.

Tetapi juga sokongan UMNO terhadap Anwar atau DAP itu turut didedahkan sendiri oleh Menteri Wilayah Annuar Musa yang juga pemimpin UMNO.

Begitu juga dengan Parti Warisan bila bertindak mengundi tidak menyokong belanjawan 2021, tujuannya tiada lain untuk menumbangkan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Anwar baru baru ini sekali lagi bersuara agar darurat yang diperkenankan oleh yang di-pertuan Agong supaya ditarik balik memandangkan kononnya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lagi mendapat sokongan daripada seorang dua Ahli Parlimen. Presiden Warisan Shafie Apdal juga membuat tuntutan yang sama dengan mempersoal pelaksanaan darurat sekaligus mempertikaikan perkenan yang di-pertuan Agong berhubung darurat itu sendiri.

Walaupun Presiden UMNO melalui surat siaran media nya akur pada pelaksanaan darurat tetapi ramai yang percaya tindakan Anwar Ibrahim itu sebenarnya didorong oleh pemimpin pemimpin UMNO yang cuba lari daripada tuduhan rasuah di Mahkamah.

Itu juga bererti ketidakpuasan UMNO dan Warisan berhubung perlaksanaan darurat hanyalah kenyataan semata mata hakikatnya mereka takut sekiranya dalam tempoh darurat ini perbicaraan keatas mereka akan diteruskan tanpa gangguan mana mana pihak.

Fenomena Air Pasang dan Banjir Besar – KM Hajiji

KENYATAAN MEDIA
YAB KETUA MENTERI SABAH
BENCANA BANJIR DAN FENOMENA AIR PASANG BESAR DI NEGERI SABAH


Kerajaan Negeri memaklumkan bahawa bencana banjir yang berlaku di enam (06) daerah iaitu Kota Marudu, Pitas, Beaufort, Lahad Datu, Paitan, Kudat dan fenomena air pasang besar di daerah Kudat dan Kota Kinabalu.

Sebanyak 173 buah kampung dan seramai 841 orang mangsa yang terjejas telah ditempatkan di 16 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.

Sehingga pukul 4.00 petang tadi, jumlah mangsa telah berkurangan kepada 287 orang dan hanya tujuh (07) PPS masih beroperasi bagi menempatkan mangsa.

Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di daerah yang terlibat telah menggerakkan seramai 635 orang anggota daripada pelbagai agensi dalam operasi menyelamat dan memindahkan mangsa-mangsa banjir dan fenomena air pasang besar di kawasan yang terlibat.

Kerajaan juga menerusi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah menyalurkan bantuan berbentuk makanan bermasak kepada semua mangsa yang telah dipindahkan ke PPS dan bakul makanan bernilai RM200.00 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR).

Selain itu, pihak NADMA juga akan mengagihkan wang ihsan berjumlah RM500.00 bagi setiap KIR. Perkara ini akan diselaraskan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pejabat Daerah yang terlibat.

Dalam menghadapi bencana banjir dan air pasang besar semasa pandemik COVID-19, Kerajaan Negeri amat menitik beratkan agar semua pihak yang terlibat untuk terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.

Kerajaan Negeri juga menasihatkan agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga serta mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Sekian dan terima kasih.

YAB KETUA MENTERI SABAH 15 JANUARI 2021 | 6.00 PETANG

Kerajaan Sabah Setuju Dengan Perlaksanaan PKP

Kerajaan negeri GRS bersetuju dengan keputusan kerajaan Persekutuan untuk mengenakan perintah kawalan pergerakan PKP selama dua minggu untuk Sabah bermula 13 Januari ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor berkata PKP perlu untuk menghentikan peningkatan eksponensial kes covid 19 di Sabah.

Justeru itu beliau meminta orang ramai agar sentiasa memutihkan arahan dari pihak yang berwajib dengan mematuhi prosedur operasi piawaian untuk menghentikan jangkitan ini.

Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Sabah termasuk dalam lapan negeri yang dikuatkuasakan PKP manakala enam lagi negeri dikenakan PKPB.