KPN Dedahkan Kartel Berusaha Menjatuhkannya dan Siapa Jho Low

Pendedahan Ketua Polis Negara, Datuk Abdul Hamid Bador berkenaan adanya usaha pihak tertentu yang juga anggota atau Pegawai Polis yang ingin menjatuhkannya dari jawatan Ketua Polis Negara.

Beliau percaya Pegawai itu didalangi kartel tertentu yang ingin menguasai aktiviti jenayah tertentu di negara ini.

Justeru beliau mengingatkan kumpulan itu agar banyak-banyaklah mengingati Allah atau bertaubat.

Anda adalah rakyat Malaysia yang paling tolol dan tidak ada semangat nasionalisme jikalau gagal menonton rakaman di bawah.

Kita sebagai rakyat pun sedia maklum. Sejak kerajaan Perikatan Nasional memerintah Malaysia. Begitu banyak berita penangkapan ke atas pelaku jenayah terutamanya berkaitan pengedaran dadah yang bertaraf antarabangsa.

Ketua Polis Negara juga mendedahkan keberadaan Jho Low yang sukar untuk ditangkap walhal maklumat perisikan telah diserahkan kepada pihak yang berkuasa dimana Jho Low bermastautin.

Betapa hebatnya Jho Low, tolol ini dikelilingi orang orang yang berkuasa baik di dalam kerajaan mahupun dikalangan masyarakat biasa.

Ketua Polis Negara ini harus dipertahankan, kalau tidak anda rugi sebagai rakyat Malaysia.

UMNO Tubuh Pasukan Khas Semak Imbang Kerajaan PN. Badut šŸ¤”

Wah hebat UMNO ni pelbagai cara digunakan untuk memakan daging saudara sendiri. Terbaru UMNO akan menubuhkan satu pasukan khas bagi kononnya menyemak dan mengimbangi kerja-kerja kerajaan Perikatan Nasional.

Alamak joker maling nak jadi hero. Mampukah kain yang kotor membersihkan benda yang bersih?

Pelik bukan sepatutnya yang memikul tanggungjawab seperti itu ialah pihak pembangkang, apa lagi pembangkang Pakatan Harapan cukup berpengalaman mendedahkan isu penyelewengan,  sepertimana pembongkaran mereka ke atas skandal 1MDB dan SRC serta Yayasan Akal Budi dan pemberian Visa kepada pekerja asing.

Menyebabkan Najib Razak, Zahid Hamidi dan beberapa lagi pemimpin UMNO berjaya diheret ke muka pengadilan.

Walaubagaimanapun sehingga hari ini kepimpinan UMNO dan jentera mereka masih tidak mengakui penyelewengan yang berlaku dalam skandal berkenaan.

Tapi ada hati untuk menjaga kerja orang lain, kerja kawan pula tu. Alahai!

Jangan lah terlalu hipokrit UMNO oiii. Bikin geli kok itu. Apa kamu ingat pemimpin dan penyokong UMNO tidak berkepentingan dalam kerajaan atau kamu ingat mereka saja saja menyokong tanpa mengharapkan sesuatu daripada kerajaan Perikatan Nasional ini.

Hari ini walaupun pemimpin pemimpin UMNO berdegar-degar menafikan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin atau kerajaan Perikatan Nasional. Tapi itu hanyalah retorik, hakikatnya sehingga hari ini mereka terus bertenggek dalam kerajaan Perikatan Nasional. Kenapa begitu, nah tidak lain tidak bukan untuk memanfaatkan kedudukan UMNO sebagai kerajaan atau bagi mendapatkan larva.

Dalam bab itu admin tidak menafikan kecerdikan UMNO, sebab itulah sehingga hari ini mereka boleh bertahan. Malah kalau kerajaan Perikatan Nasional gagal menyaingi mereka, boleh tergugat tu.

Semasa era kerajaan Pakatan Harapan dahulu antara sebab kenapa penyokong UMNO dan jentera UMNO  tidak suka pada kerajaan pada waktu itu adalah kerana Pakatan Harapan terlalu tegas mengawal salahguna kuasa yang berlaku dalam agensi kerajaan. Waktu itu ramai penyokong penyokong dan jentera UMNO atau BN yang diheret oleh SPRM.

Jadi janganlah terlalu bodoh sombong hipokrit, kerja siapa sebenarnya yang kamu mahu jaga tu. Ambil cermin tu. Hemmm!

Percayalah kamu wahai UMNO jangan terlalu hipokrit. Jangan sengaja mengundang kemurkaan Tuhan. Rakyat tahu juga itu kerabat kerabat zero kepada hero. Contohnya tidak habis-habis mengambil gambar makanan atau ketika berbelanja. Hahaha!

Gambar sekadar hiasan

Dua AMT UMNO Bakal Dipecat Oleh Zahid Hamidi

Gambar sekadar hiasan

Apa cerita pula ni dua ahli Majlis Tertinggi UMNO bakal dipecat oleh Presiden UMNO kerana kononnya membocorkan rahsia setiap kali bermesyuarat.

AMT itu seorang lelaki seorang lagi perempuan.

Nama mereka akan diumumkan dalam tempoh yang terdekat, hari yang sama mereka akan dipecat dari parti UMNO. Ya kah?

Mula-mula sekali kita mahu tahu juga rahsia apa yang dibocorkan itu untuk mengerjakan siapa, kalau untuk rakan dalam Perikatan Nasional. Rasanya itu perbuatan yang terpuji sebab berlaku jujur kepada kawan. Pujian harus diberikan kepada mereka.

Bukan hanya dipuji tetapi layak diangkat oleh rakyat sebagai pemimpin tertinggi negara. Negara amat memerlukan pemimpin seperti ini yang tidak mementingkan parti semata-mata tetapi mendahulukan rakyat secara keseluruhannya. Iyalah bila seorang pemimpin itu berjawatan Menteri maka tugas beliau adalah untuk memastikan rakyat mendapat layanan yang baik tanpa mengira fahaman politik dengan syarat kerajaan itu haruslah stabil dari anasir-anasir kritikan yang tidak membina.

Sebaliknya lah kalau rahsia yang dimaksudkan oleh Presiden UMNO itu bertujuan untuk merosakkan Perikatan Nasional. Seperti yang rakyat tahu, rahsia Presiden UMNO untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP sekaligus bertujuan menjatuhkan Tan Sri Muhidin Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia. Maka sikap Presiden UMNO itulah yang patut dipertikaikan oleh rakyat. Nampak disana ada sikap yang tidak jujur dan tidak bersyukur sebagai kawan.

UMNO ni pelik sangatlah orang lain pun terdesak juga tetapi tidaklah sampai sanggup memperalatkan parti untuk menyelamatkan mereka yang berhadapan dengan tuduhan kes di Mahkamah.

Itu juga bererti rakaman suara Zahid Hamidi ketika mengatur strategi untuk bersama dengan PKR dan DAP adalah benar. Alahai. Hemmm.

Padan tiada seorang pun wakil Presiden UMNO yang membuat laporan Polis agar siasatan lebih lanjut dapat dijalankan. Samalah ceritanya dengan kemunculan sepucuk surat yang ditandatangani oleh Presiden UMNO bagi tujuan menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sehingga hari ini tiada seorang pun wakil Zahid Hamidi secara peribadi membuat laporan Polis.

Kalau benar 2 ahli Majlis Tertinggi tu akan dipecat oleh Zahid Hamidi. Kita berharap sangat lah semoga mereka berjuang bersama-sama parti Bersatu. In Shaa Allah

62 KIR Mangsa Kebakaran Pulau Gaya Terima Sumbangan Negeri

KOTA KINABALU: Seramai 62 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya hari ini menerima sumbangan Kerajaan Negeri.

Setiap keluarga mangsa menerima sumbangan Wang Ehsan Kerajaan Negeri sebanyak RM500.00 dan bakul makanan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah menyerahkan bantuan itu di Dewan Serbaguna Sembulan, hari ini.

Hajiji berkata, kerajaan negeri bersimpati terhadap nasib yang terbabit dengan kebakaran tersebut.

Beliau berharap dengan bantuan yang diberi itu, dapat membantu meringankan sedikit beban keluarga mangsa kebakaran.

Bencana kebakaran yang berlaku di Kampung Lok Urai, Pulau Gaya pada malam 11 Mac 2021 lalu, melibatkan 65 buah rumah.

Seramai 79 orang mangsa telah ditempatkan di 2 buah Pusat Penempatan Sementara (PPS), iaitu 58 orang di PPS Dewan Serbaguna Sembulan dan 21 orang lagi di PPS (Dewan Serbaguna Kampung Likas).

Mereka terdiri daripada 17 buah keluarga. 13 daripadanya adalah warganegara, manakala 4 keluarga adalah bukan warganegara melibatkan 5 orang lelaki dewasa dan 11 orang perempuan dewasa.

Manakala jumlah mangsa yang tidak berpindah ke PPS ialah seramai 295 orang melibatkan sebanyak 46 keluarga adalah warganegara dan 1 keluarga bukan warganegara.

Turut hadir ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Haji Ir. Shahelmey bin Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Wetrom Bahanda dan Datuk Abidin Madingkir, Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri Jabatan Ketua Menteri, Awang Shahminan Datuk Haji Ag.Sahari dan Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Puan Noorliza Awang Alip.

-End.


Caption Gambar:


1. Hajiji menyampaikan bantuan kepada KIR mangsa kebakaran Kg Lok Urai.


2. Hajiji bertanya khabar seorang KIR mangsa kebakaran.

Sabah Beli Vaksin Covid-19 Sendiri Jika Bekalan Tidak Cukup


KOTA KINABALU – Kerajaan negeri Sabah akan membeli vaksin Covid-19 sendiri jika bekalan yang disediakan kerajaan Pusat tidak mencukupi.

Bagaimanapun, Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor yakin bahawa bekalan vaksin mencukupi untuk rakyat di negeri ini.

“Kerajaan Malaysia telah melakukan yang terbaik untuk membeli. Jadi jika sekiranya kita tidak cukup bekalan untuk Sabah, kerajaan Sabah akan membeli vaksin untuk rakyatnya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran Kampung Lok Urai di Dewan Sembulan, pada Rabu.

Diminta mengulas berhubung kesedaran rakyat Sabah berhubung pendaftaran untuk mendapatkan vaksin, beliau menyeru supaya lebih ramai yang akan mendaftar melalui aplikasi MySejahtera atau kaedah lain yang disediakan.

“Kita berharap lebih ramai yang akan mendaftar untuk mendapatkan vaksin yang akan diberikan secara percuma oleh kerajaan dan ini bertujuan untuk mengawal kita daripada mendapat penyakit Covid-19 ini.

“Saya yakin mereka (rakyat) dalam proses untuk mendaftar kerana maklumlah Sabah ini besar dan bekalan ubat pun belum lagi menyeluruh tetapi saya yakin kita dapat memberi vaksin kepada ramai rakyat kita di Sabah daripada sekarang hingga masa yang ditetapkan hujung tahun atau awal tahun hadapan,” katanya.

Terdahulu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata Sabah menunjukkan pendaftaran vaksin yang rendah setakat ini.

Sumber

Tiada Kerjasama PKR-DAP, Shahril. Betul Kah?

Semalam Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan membuat penyataan bahawa kononnya keputusan perhimpunan Agung 2019 tetap tidak berubah menolak kerjasama dengan PKR dan DAP.

Ia ditegaskan semasa Presiden PKR Anwar Ibrahim sedang dalam proses mengadakan sidang media. Bagi mengumumkan kerjasama yang dimaksudkan tapi dialihkan disaat akhir.

Mungkin UMNO telah mendapat laporan rasmi bahawa rentetan kerjasama mereka dengan Pakatan Harapan telah menyebabkan sokongan rakyat berkurangan. Dan Anwar telah dimaklumkan tentang perkara itu dan diminta agar jangan lagi membuat kenyataan mengenainya. Ini semua sifir 1 UMNO sejak azali. Hahaha!

Sebab itulah Anwar hanya berani menyatakan bahawa memang ada kerjasama antara mereka dan perundingannya baru diperingkat awal atau pramatang.

Anwar Ibrahim dan penasihat-penasihatnya tidak bodohlah sangat hingga berani mengadakan sidang media kalau tidak ada persetujuan diantara dua pihak. Paling tidak ada persetujuan daripada wakil UMNO. Apa dia Presiden UMNO sendiri atau ada orang lain yang diutuskan oleh Najib.

2 pemimpin UMNO ini terpalit dengan tuduhan rasuah di Mahkamah. Jadi kenapa pula ada yang beranggapan usaha untuk bekerjasama dengan Anwar dan DAP adalah satu perkara yang mustahil. Setakat bekerjasama pun bukannya melibatkan wang rakyat. Oleh itu takkanlah hal sekecil itu tidak sanggup dilakukan oleh orang yang berhadapan dengan tuduhan menyeleweng wang rakyat. Bukan sikit beratus-ratus juta tu.

Hanya ada satu pilihan tu sama ada sanggup tidur di Sungai Buloh atau mengangkat Anwar sebagai ketua mereka.

Pendedahan oleh Menteri Wilayah Annuar Musa mengenai kesahihan dan kewujudan surat yang ditandatangani oleh Presiden UMNO bagi mengadakan kerjasama itu, sudah cukup memadai bagi orang yang berakal sihat tu. Kecuali mereka jentera mana-mana parti politik tapi itupun kalau dia masih ada jati diri dia akan terfikir tu.

Adun Sebatik Tolak Fitnah Konon Terima RM10 Juta Sebagai Imbuhan

Buat kesekian kalinya ADUN Sebatik Hassan A Ghani Panglima Amir menafikan sekeras-kerasnya tuduhan kononnya beliau telah menerima imbuhan sebanyak RM10 juta sebelum bertindak meninggalkan parti Warisan.

Hakikatnya keputusan untuk meninggalkan parti Warisan dan menyokong kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah, dibuat tanpa paksaan dan demi kebaikan pengundi di kawasannya. Dalam erti kata lain Adun Sebatik sanggup berkorban demi kepercayaan yang telah diberikan oleh pengundi.

Betul juga tu tujuan masyarakat mengundi calon adalah supaya calon mendapat kemenangan, bila sudah ada kedudukannya. Maka bolehlah waktu itu membantu masyarakat yang diwakilinya.

Apa lagi tindakannya meninggalkan parti Warisan tidak juga menyebabkan Kerajaan Negeri Sabah bertukar tangan. Seperti yang dilakukan oleh Presiden parti Warisan keatas wakil rakyat daripada UPKO yang bertujuan untuk membentuk kerajaan negeri Warisan. Walhal ketika itu Tan Sri Musa Aman sudah pun mengangkat sumpah di Istana Negeri sebagai Ketua Menteri Sabah.

Bagi membalas budi, Adun UPKO itu telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah oleh Presiden Warisan, Shafie Apdal.

Pada 25 Februari yang lalu Adun Sebatik Hassan P Gani Pg Amir mengistiharkan dirinya keluar dari parti Warisan dan menyokong kerajaan negeri Sabah yang dipimpin oleh Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor.

UMNO dan PKR Berkerjasama Apa Pendapat Anggota?

Perbincangan kerjasama antara PKR dengan UMNO belum dibincang di peĀ­ringkat Pakatan Harapan (PH) namun kerjasama itu diyakini akan diterima akar umbi. Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, akar umbi setiap parti harus menilai musuh yang boleh bekerjasama demi kebaikan negara berbanĀ­ding pengkhianat yang hanya meletakkan pimpinan politik ke dalam ā€˜liang lahad politikā€™ ā€œKerjasama PKR UMNO mungkin masih awal.


Tinggal beberapa detik lagi kerjasama PKR dan UMNO akan menjadi kenyataan. Tapi ada yang berpendapat kerjasama itu hanyalah diantara Anwar Ibrahim dan kluster Mahkamah, Najib Razak dan Zahid Hamidi

Tujuan kerjasama ini adalah untuk menyelamatkan tengkuk Najib dan Zahid dari hukuman penjara yang akan dikenakan susulan perbicaraan yang mereka hadapi. Seorang angkara skandal 1MDB/SRC dan seorang lagi berkaitan dana dari Yayasan Akal Budi.

Bagi Anwar Ibrahim pula ia adalah soal jawatan Perdana Menteri Malaysia yang sudah lama di cita-citakannya.

Persoalannya apa pula pendapat ahli parti PKR dan UMNO adakah mereka bersetuju dengan kerjasama yang bersifat peribadi ini?

Perlu diingat baik parti UMNO mahupun PKR kemenangan parti ini ditentukan oleh rakyat bukannya ahli parti. Jadi sama ada dua ahli parti bersetuju atau tidak itu bukannya keputusan yang boleh diambil kira oleh Presiden parti masing masing sama ada meneruskan hasrat mereka atau tidak. Tapi kalau boleh tunjukkanlah sikit hak sebagai insan manusia tu yang berhak membuat pilihan walaupun hanya untuk diri sendiri? Takkan dalam keadaan sekarang pun masih lagi wallah pada pemimpin yang terdesak.

Wujudkah Istilah Durjana Dalam Demokrasi? Wahai Shahril

Shahril Samad mengumpamakan orang yang cuba berunding berkenaan 13 Kerusi Parlimen dengan UMNO adalah orang yang durjana atau pihak yang durjana. Pihak yang durjana ini katanya sanggup berunding, mengadaikan prinsip dan maruah, pokoknya semua boleh runding.

Tidak ada pihak yang waras mampu menjangka niat baik ingin berunding bagi memastikan kemenangan parti pemerintah di pilihanraya umum akan dibuli dan dicaci sebagai durjana politik.

Sebelum ini Azmin Ali ada mengeluarkan kenyataan cuba berunding secara baik dengan UMNO bagi menentukan kedudukan 13 kerusi yang diwakili oleh parti PPBM tapi ditolak. Klik link dibawah,

UMNO Enggan Berunding Ambil 13 Kerusi Yang Diwakili PPBM

Sedihnya yang membuli itu pula adalah gergasi yang tumbang pada pilihanraya akibat terpalit dengan tuduhan salah guna kuasa melibatkan wang rakyat yang berbilion ringgit. Dalam erti kata lain telah durjana kepada rakyat yang memilih mereka sebagai parti pemerintah.

Lucu bukan? Lucu sebab sepatutnya parti setua UMNO bercakap soal amanah bukannya apa yang dihalalkan dalam sistem demokrasi.

Demokrasi bermaksud kebebasan mencari kerajaan yang difikirkan mampu memikul tanggungjawab bagi menjaga negara dan rakyat. Bukan sebaliknya hingga ada dikalangan pemimpin pemimpin UMNO dibicarakan di mahkamah kerana penyelewengan wang rakyat.

Apa ertinya demokrasi dan mendapat majoriti kalau akhirnya disalahgunakan untuk kepentingan diri dan menyusahkan rakyat.

Kerana kegagalan UMNO lah walaupun telah diberikan peluang memerintah dengan begitu lama, hari ini parti-parti politik masih bercakap soal kemiskinan yang perlu dibela.

Nampak gayanya Shahril Samad ni mempunyai persamaan kualiti dengan Khalid Samad yang sering menjadi bahan Najib di Facebook.

Ternyata dua beradik ini tiada kualiti kepimpinan, rasanya hanya untuk mempraktikkan demokrasi pun gagal. Sebab itulah sanggup membahaskan orang yang cuba berunding dengan baik sebagai durjana.

Main 2 kolam apakah jadah, seorang sebagai pemimpin yang mewakili UMNO, seorang lagi parti Amanah. Tapi berani mengungkapkan durjana dalam politik. Main dua kalam dan adik beradik bukan ia sebenar benarnya durjana politik?

Shahril Samad dibicarakan di Mahkamah kerana menerima dana 1MDB yang juga agensi olok-olok yang sedang menjadi bahan bukti di Mahkamah. Ini bukan perbuatan yang durjana kah?

Bagaimana pula dengan usaha bersungguh-sungguh Anwar Ibrahim atau PKR dan UMNO yang nampaknya semakin dekat untuk direalisasikan. Adakah juga tindakan dua Presiden parti ini boleh dianggap sebagai durjana politik. Cakap biarlah serupa bikin. Jangan bila perkembangan itu menguntungkan UMNO maka didakwa ia menepati sistem demokrasi kalau sebaliknya orang itu durjana.

UMNO Enggan Berunding Ambil 13 Kerusi Yang Diwakili PPBM

SHAH ALAM – Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mempersoalkan ajakan supaya UMNO kembali ke meja rundingan bagi membincangkan sekurang-kurangnya 13 kerusi Parlimen yang menjadi antara punca keretakan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN)

Menurutnya, UMNO sudah membuat keputusan untuk mengambil semula semua kawasan milik mereka.


Potongannya macam saja UMNO yang membagi makan pengundi yang tinggal di 13 kawasan yang kini diwakili oleh PPBM khasnya kawasan PPBM yang di Sabah ni. Bikin ketawa dan bikin geram pun ada.

Bikin geram sebab seolah-olah merendahkan keintelektualan rakyat dalam memilih wakil rakyat atau kerajaan. Mana yang benar-benar untuk rakyat dan mana yang mendunia sebagai kerajaan kleptokrasi.

Jangan lupa hakikatnya UMNO tumbang pada pilihanraya umum ke-14 yang lepas. Tetapi boleh membentuk kerajaan setelah diajak bekerjasama oleh parti Bersatu (PPBM) dan PAS. Maksudnya tanpa Bersatu sehingga hari ini UMNO masih menjadi pembangkang yang akan dilupakan oleh rakyat.

Cuba fikirkan ini tanpa parti Bersatu maka UMNO tidak akan menjadi kerajaan. Fikir elok-elok dan insafi.

Tidak mustahil UMNO menjadi pembangkang sampai bila-bila sekiranya Pakatan Harapan pada waktu itu diberikan peluang memikul tanggungjawab mereka sebagai kerajaan. Mungkin waktu itu banyak program yang dijalankan bagi tujuan mengekalkan kepercayaan pengundi. Walaupun sebelum hayat kerajaan Pakatan Harapan berakhir, rakyat hanya mendapat 30 ringgit, Lim Guan Eng punya kenangan šŸ˜…

Silap haribulan UMNO berkubur sebelum sempat berhadapan dengan PRU-15 kerana masa itu habis pemimpinnya disumbat ke Sungai Buloh kerana sangkut dalam perbicaraan salah guna kuasa mereka di Mahkamah.

Hari ni UMNO sudah boleh membetulkan keadaan hasil dari kesempatan yang diberikan oleh parti Bersatu. Tetapi ada satu hal yang mereka tidak boleh tinggalkan iaitu keangkuhan dan kebodohan sombong mereka. Minta dihukum sekali lagi oleh rakyat kot!

Semasa pergolakan diantara Tan Sri Musa Aman dan kerajaan Warisan. UMNO totally tidak terlibat sehinggalah DUN dibubarkan oleh Ketua Menteri Warisan. Pun begitu bila pilihanraya negeri diadakan UMNO menuntut lebih banyak kerusi berbanding parti Bersatu dan parti parti tempatan pro Bersatu. Namun Tuhan tidak mengizinkan sikap tidak sedar diri UMNO. UMNO hanya berjaya memenangi tidak sampai separuh dari semua kerusi yang disertai. Selain ada calon UMNO yang kalah kepada calon Bebas.

Hikmah dari kekalahan kepada calon Bebas telah menjadi motivasi kepada rakyat Sabah untuk terus menolak parti UMNO terutamanya bagi pengundi di pedalaman.

Kalau saja UMNO tidak lupa diri pada pilihan raya Negeri Sabah baru-baru ini dan bersetuju memberikan lebih kerusi kepada Perikatan Nasional atau GRS nescaya banyak DUN yang berjaya ditawan ataupun dimenangi.

Sebelum ini Azmin Ali ada menyuarakan agar berlaku rundingan dengan UMNO bagi menentukan kedudukan 13 kursi yang sekarang diwakili oleh PPBM. Menurut Azmin Ali jangan nanti kerana 13 kerusi itu pembangkang berjaya menukar kerajaan. Bukan senang katanya membentuk sebuah kerajaan.

Tapi cadangan itu diperkecilkan oleh pemimpin UMNO, Tajuddin Ramli khususnya. Sebagai berkata rundingan kearah itu tidak akan berlaku. Malah mereka telah membuat keputusan akan mengambil balik kesemua 13 kerusi berkenaan. Syok sendiri kah ni. šŸ¤­

Hari ini rakyat Malaysia ada kerajaan apa yang dipanggil sebagai good governance. Oleh itulah admin amat berkeyakinan kerajaan Perikatan Nasional di Putrajaya dan Gabungan Rakyat Sabah di Sabah akan menjadi pilihan pengundi pada pilihan raya umum ke 15 akan datang.

Lihat saja segala kegiatan tidak sihat yang dilakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan, orang awam serta pengedaran syabu dibenteras habis-habisan oleh pemerintah.