Dulu UPKO Warisan Kawan Sekarang Kena Ungkit Sampai Tumbang

Dulu UPKO dan Warisan berkawan rapat, kenapa tidak, kalau bukan “aku” yang curang sebagai wakil rakyat BN mustahil Warisan boleh membentuk kerajaan.

Kecurangan UPKO dibayar oleh Warisan dengan jawatan nombor dua tertinggi di Sabah iaitu Timbalan Ketua Menteri Sabah, namun nampaknya yang mengalami kerugian jangka adalah UPKO.

Ewon Benedict waktu itu bukannya presiden parti tetapi hari ini dia menjadi mangsa permainan politik Warisan. Segala kebaikan yang diberikan kepada Ewon diungkit dipersoalkan di mana Shafie atau Warisan mendakwa yang membantu masyarakat Kedamaian bukannya Ewon tetapi Warisan yang memberikan bantuan.

Begitulah ceritanya bila kau berkawan dengan pihak yang sangat-sangat kehausan kuasa. Mereka tidak lagi memikirkan kesan dari dakwaan yang boleh mencipta musuh buat selama-lamanya. Kita boleh katakan selama-lamanya sebab pada mulanya UPKO dan Warisan bersekongkol untuk membentuk kerajaan yang bukan mandat rakyat Sabah. Namun belum sempat melakukan apa, mereka putus di tengah jalan. Jadi secara logiknya mustahil tu dimalukan oleh Shafie, Ewon atau UPKO sanggup balik bekerjasama dengan Warisan.

Kamu dengarlah rakaman video dibawah bagaimana Warisan mengungkit kebaikan sekaligus memalukan UPKO. Seolah-olah hanya Warisan yang telah berkorban hingga lupa pengorbanan orang lain pada mereka.

Jadi selepas ini berfikirlah kamu sepuas-puasnya siapa yang kamu akan undi atau sokong, adakah Warisan yang sinonim dengan pernyataan mengungkit-ngungkit yang kalau dinilai balik sangat sangat tidak berbaloi ataukah UPKO yang sekadar mengikut dari belakang, walaupun telah di cop sebagai golongan pengkhianat.

Dulu Warisan Fitnah BN Gagal Urus Yayasan Ternyata Mereka Yang Gagal

Semasa kempen pilihan raya yang lepas jentera Warisan, memfitnah kerajaan BN kononnya telah gagal mengurus Yayasan Sabah sehingga kononnya pemberian biasiswa kepada pelajar daripada Sabah untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading telah dihentikan. Propaganda fitnah itu telah menyebar dan telah berjaya memperdayakan sebahagian masyarakat pada waktu itu sekaligus mengambil keputusan menyokong Warisan.

Ironinya bila Warisan mengambil pentadbiran kerajaan negeri daripada BN. Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kolej Universiti Yayasan Sabah hampir muflis kerana diurus oleh kerajaan Warisan. Baca link dibawah.

https://jalinluin.com/2020/06/30/kolej-universiti-yayasan-sabah-di-ambang-kemuflisan/

Sebenarnya malas admin mengomen di Group Whatapps pro Warisan tu. Bukannya apa sikap dan attitude mereka, macam orang yang tidak bertamadun. Lain kita cakap, lain pula yang mereka balas. Macam kucing kehilangan anak. Tapi bila mereka mencanang kononnya Yayasan Sabah telah menghentikan pemberian biasiswa maka terpaksalah juga kita mengomen, supaya tidaklah fitnah bodoh mereka dianggap […]

Biasiswa Yayasan Sudah Dihentikan – Jentera Pembangkang