Anak Presiden UMNO Nurulhidayah Dilantik Sebagai Ahli Perbadanan SME

Terlebih dahulu suka admin mengucapkan ribuan tahniah terhadap Presiden UMNO Zahid Hamidi atas perlantikan anak beliau Datuk Nurulhidayah sebagai Ahli Perbadanan SME Corp satu agensi dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MEDAC).

Surat perlantikan diserahkan oleh menterinya, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar kepada Nurulhidayah.

Turut dilantik Koong Lin Loong.

Diharap perkembangan ini serba sedikit dapat merungkai beberapa polemik yang tercetus semenjak mesyuarat Bahagian UMNO yang bermula kelmarin.

Faham tak apa tidak faham duduk diam-diam.

Agihan Kerusi DUN Bukan Isu Selagi Ada Setiakawan

Amat bersetuju pada pendapat wakil rakyat daripada Bersatu Sabah Datuk Nizam yang juga Adun Apas, Tawau.

Beliau berpendapat kemelut pembahagian kerusi antara UMNO dan Parti Bersatu Malaysia Bersatu (Bersatu Sabah) dapat diselesaikan melalui kerjasama serta hubungan setiakawan yang baik.

Ia juga amat penting dalam memastikan kemenangan bagi mengambil alih kerajaan negeri yang ada sekarang.

Beliau amat yakin bahawa oleh kerana matlamat setiap parti dalam komponen Perikatan Nasional adalah kemenangan maka isu pembahagian kerusi akan dapat diselesaikan dengan mudah.

Dalam masa yang sama ketika ditanya bagaimana pula dengan sokongan pengundi di DUN Apas beliau berkata dia mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat di kawasan itu. Ini kerana pada beliau mereka bukan hanya pengundi tetapi sebuah keluarga yang besar kepada dirinya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidil Adha bersama 20 anggota keselamatan ESSCOM dan penduduk kampung, Kampung Titingan Tawau.

Beliau turut menyumbangkan 14 ekor lembu untuk dikorbankan dan diagihkan kepada penduduk di kawasan DUN Apas.

Debat Panas Sepanggar dan Beaufort Serta Kimanis Isu PATI

Baru pula admin perasaan ada rupanya perdebatan hangat di sidang Parlimen kali ini diantara Anggota Parlimen Sepanggar dan Anggota Parlimen Beaufort serta Kimanis.

Anggota Parlimen Sepanggar yang tiba-tiba berkeras kononnya pemberian dokumen Pas Sementara Sabah PSS sama dengan dokumen tunggal DT yang akan diperkenalkan oleh kerajaan Perikatan Nasional. Bagi menangani lambakan pendatang asing tanpa izin di negeri Sabah.

Ada angka yang disebut oleh Sepanggar. Angka itu adalah jumlah keseluruhan pemegang dokumen IMM13 Burung Burung dan Banci yang akan diproses menjadi PSS. Entah betul entah tidak, sebab ia berbeza dengan angka yang dinyatakan oleh Ketua Menteri Sabah semasa berhujah pada isu dan sesi yang sama. Ikut kita pening.

Point yang ditegaskan oleh Sepanggar ialah PSS dan DT adalah sama. Point ini yang didesak oleh Sepanggar supaya diakui oleh Anggota Parlimen daripada Beaufort.

Macam mana juga orang mahu akun wahai Sepanggar. PSS ada dua kelemahan yang ketara sebab itulah ditolak oleh masyarakat Sabah.

1. PSS akan diberikan kepada pemegang IMM13, Banci dan Burung Burung serta mereka yang langsung tidak ada keterangan diri. 2. PSS juga ditolak oleh pemegang IMM13 kerana pemegang dokumen ini nanti tidak boleh memohon kewarganegaraan Malaysia. Sedangkan si Aziz ketika menjawat soalan speaker di sidang Parlimen yang lalu menyatakan dengan jelas bahawa PSS dan memohon kewarganegaraan adalah hal yang berbeza iaitu pemegang PSS boleh memohon kewarganegaraan. Tapi dalam sidang ini si Aziz cakap tidak boleh memohon kewarganegaraan. Sekali lagi ikut kita pening. Hahaha!

Sedangkan DT dilaksanakan dengan begitu ketat dan teliti. Tidak akan diberikan kepada PATI yang langsung tidak ada keterangan diri. Sebaliknya akan dihantar balik ke negara asal mereka.

Persoalannya Aziz kalau benar PSS adalah jalan penyelesaian yang terbaik, kenapa lagi ditarik balik sepatutnya kamu teruskan. Soal masyarakat Sabah suka atau tidak itu belakang cerita. Seperti apa yang akan dilakukan oleh kerajaan PN walaupun kerajaan negeri Sabah tidak setuju pada program dokumen tunggal DT tapi tetap juga diteruskan.

Marah betul Warisan ni pada pemohon keterangan diri ni ya sedangkan di pantai timur Sabah sana kalau bukan kerabat dari golongan ini tidak tu Warisan popular.

Kacang lupakan kulit oh ini parti Warisan.

Kuat Mengkritik Bersatu (PN) Bila Dikritik Melenting, Hodohnya

Baru-baru ini Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latiff mengkritik keberadaan UMNO di Sabah sebagai tidak lagi mendapat tempat di hati masyarakat Sabah itu sendiri.

(Walaubagaimanapun beliau telah memohon maaf pada kepimpinan dan ahli UMNO yang ada di seluruh Malaysia)

Rentetan itu ia telah mencetuskan kemarahan di kalangan pemimpin dan penyokong UMNO.

Sedangkan kritikan Menteri berkenaan ada kebenarannya dan boleh dibuktikan

Kita ambil pembuktian ini. Sejak UMNO di Sabah menjadi pembangkang sudah berapa ramai ahli Warisan, PBS, PBRS dan STAR yang telah menyertai UMNO?

(Kita belum lagi bercakap soal kekuatan UMNO Sabah iaitu siapa yang mengetuai gerakan UMNO peringkat akar umbi dan pertengahan yang nampaknya sehingga hari ini belum kelihatan. Maksud admin ialah pemimpin atau ketua kecil yang berpengaruh dan mewakili jenis bangsa dan agama yang ada di Sabah)

Sedangkan yang dialami oleh Bersatu Sabah adalah sebaliknya. Ramai ahli dari parti Warisan dan pengundi atas pagar yang berpusu-pusu menyokong parti ini. Justeru tidak salahlah kalau Menteri Luar Bandar menggambarkan UMNO Sabah semakin ditolak oleh masyarakat Sabah.

Hakikatnya yang memulakan perbezaan kecil ini ialah pemimpin UMNO Datuk Puad Zarkashi. Pemimpin ini suka melemparkan kenyataan atau kritikan yang tidak menunjukkan rasa hormat terhadap kawan seperjuangan.

Habis itu kenapa pula berlagak marah bila ada pihak yang mempersoalkan kemampuan UMNO di negeri Sabah. Sedangkan itulah kebenarannya.

Di bawah adalah link sekaligus bukti kritikan beliau terhadap Perikatan Nasional atau PPBM.

Siap dia kata lagi maka tidak ada sebab Kabinet Muhyiddin tidak boleh dikritik dan ditegur kerana ia dibentuk berasaskan kuasa penuh seorang Perdana Menteri.

Nampak benarlah Puad Zarkashi ni semahunya menafikan kekuatan Perikatan Nasional yang diketuai oleh Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Puad Zarkashi mempersoalkan kedudukan Hisammuddin dan KJ yang dilantik dalam kabinet walaupun tidak ada jawatan dalam parti begitu juga dengan Azmin Ali dilantik menjadi Menteri Kanan walaupun dilanda kontroversi. (Kenyataan ini dikeluarkan oleh Puad Zarkashi)

Tapi bila ada rakan di dalam PN yang mengkritik UMNO wah bukan main lagi seolah-olah tidak pernah mengkritik kawan sendiri.

Justeru jangan suka mengkritik Bersatu atau PPBM sebab kan sudah duduk dibawah satu bumbung bersama UMNO yang sepatutnya digasak setiap hari adalah PH.

Pemimpin utama UMNO harus sedar jangan sengaja membuka api permusuhan kerana api itu akan ditiup kencang oleh penyokong penyokong UMNO yang sengaja membelakangkan akal mereka. Bayangkan yang kalah teruk di pilihanraya yang lepas pun hari ini bercakap bukan main nampak sangat cuba menutup kegagalan mereka dengan menyalahkan orang lain. Macamlah rakyat Malaysia ni buta huruf tahu apa yang berlaku. He!

Cuba bayangkan andai kritikan seumpama itu dilemparkan oleh pemimpin dari parti tempatan Sabah Sarawak, MCA dan MIC apa agaknya yang akan berlaku. Pasti parti parti ini akan dikritik habis-habisan sebagai tidak mengenang budi dan perkauman. Walhal kalau diperhalusi memang layak pun dikritik sebab mana ada parti di dunia ini yang kalah di pilihanraya tapi terlibat membentuk kerajaan selain UMNO.

Maka adalah lebih baik UMNO ataupun Puad Zarkashi dan yang lain mendiamkan diri daripada sibuk mencari kekurangan kawan.

Jangan lupa pada pilihanraya yang lepas UMNO adalah sebuah organisasi yang cukup besar dan berjasa tetapi berjaya ditumbangkan oleh parti yang baru berumur setahun jagung. Justeru keegoan dan kekuatan apa yang mahu dipertahankan oleh Puad Zarkashi?

Politik hari ini adalah soal apa yang anda akan lakukan dimasa hadapan bukannya sibuk mengungkit apa yang telah dilakukan. Pun begitu ada satu hal yang akan sentiasa dilihat dari setiap sudut dan masa iaitu penyalahgunaan kuasa dan melepaskan tanggungjawab hingga orang naik marah.