SAFA Teruskan Demi Bola Sepak Sabah.

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengambil langkah berani dalam mendapatkan jurulatih berkualiti untuk meningkatkan mutu bola sepak di negeri ini. Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata Musa yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), serius dalam mencari penyelesaian terbaik dalam semua isu pembangunan dalam negeri, termasuk sukan. “Seperti diketahui, skuad bola sepak Sabah gagal menyerlah.
Namun kerajaan negeri terutama ketua menteri, enggan berputus asa terhadap sukan itu, yang juga sukan paling popular di dunia. “Jadi, kita tidak mampu mengetepikan bola sepak. Oleh itu, kita memerlukan resipi terbaik untuk berjaya dengan memiliki barisan pemain yang bagus, jurulatih dan persatuan yang baik serta sokongan penyokong,” katanya.

Tawfiq berkata demikian selepas merasmikan Simposium Jurulatih Malaysia Timur di sini yang dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Majlis Sukan Sabah dan Institut Sukan Negara. Ahad lepas, Musa mengumumkan pelantikan beberapa bekas pemain negeri sebagai ketua jurulatih skuad Liga Perdana, Piala Presiden dan Piala Belia, berkuat kuasa serta-merta.

Bila pemerintah atau SAFA maju setapak bagi memartabatkan bola sepak Sabah. Ada pula pihak yang tidak berpuashati. Melemparkan tuduhan yang tidak terniat langsung. Kononnya Datuk Musa Aman atau Datuk Tawfiq mahu mengikut jejak TMJ.

Sebenarnya yang tidak berpuashati itu adalah CyberTrooper yang tidak ikhlas dengan diri mereka. Jadi tidak hairan pun.

Tapi kalau beginilah sikap penyokong politik yang lebih kepada kepartian semata-mata dan bukannya apa yang dipanggil kepentingan orang Sabah. Nah rugilah orang Sabah kalau begitu. Hemmm

Teruskan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Belia dan Sukan Sabah. Jangan pandang belakang, martabatkan bola sepak Sabah. Perkenalkan lagi pendekatan yang holistic. Inilah yang di tunggu tunggu oleh peminat bola sepak.

Warga Imigresen Rasuah Bukan Salah BN

SPRM menahan 10 pegawai imigresen Sarawak kerana disyaki terlibat rasuah, melindungi pendatang asing tanpa izin.

Bila berlaku kejadian seperti ini, mudah saja pihak yang tidak bertanggungjawab membuat tuduhan yang tidak berasas, kononnya ini semua kerja parti yang telah diberikan mandat yakni BN. 

Sedangkan kekantoian ini adalah atas kehendak kakitangan Imigresen itu sendiri dan belum tentu mereka mengundi BN.

Tidak admin nafikan sebelum ini, admin suka bersikap skeptic terhadap kerajaan. Nasib baiklah admin ni jenis yang percaya atau yakin pada sistem atau perlembagaan. Bermaksud kalau agensi yang bertanggungjawab telah membuat siasatan ke atas satu satu kes, maka keputusan daripada siasatan itu admin terima dengan berlapang dada. Jadi kenapa tidak anda?

Jadi kesimpulannya selepas ini, apa pun yang berlaku dimana mana agensi kerajaan yang wajar diberikan pengajaran ialah kakitangan itu sendiri dan bukan parti yang memerintah negara.

Berpolitik biarlah realistik, jangan memperbodoh diri sendiri, jangan membenci tanpa sebab yang munasabah.

#jalinanpolitik

MCPF Keluarkan Pendapat Yang Bodoh-Dadah 

Malaysia dilihat sukar untuk mengikuti jejak langkah Filipina dalam menangani isu dadah yang kian berleluasa.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, perkara itu bukan sahaja tidak sesuai malah akan mencetuskan kontroversi di negara ini.

“Lagipun ia boleh menimbulkan kontroversi kerana ada banyak pihak akan menimbulkan isu hak asasi manusia dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di Sinar Harian, semalam.

Pendapat yang bodoh. Dia tidak tahu negara Filipina juga berhadapan dengan NGO NGO yang tidak bertanggungjawab, kononnya hak asasi manusia dan sebagainya. Tapi Presiden Filipina terus nekad membenteras kegiatan dadah.

Tidak ada juga Presiden Duterte berpolemik dengan nasihat nasihat yang retorik, kononnya mengelak penyalahgunaan dadah bermula daripada rumah. Sebab Duterte sedar, mana ada ibu bapa yang tidak sayangkan anaknya dan jenayah dadah dibawah tanggungjawabnya sebagai ketua negara.

Nasihat admin pada Tan Sri Lee Lam Thye serahkan saja pada pihak Polis atau kerajaan, biar mereka yang bertindak. Admin yakin kalau pihak Polis bersikap tegas pada pengedar dadah, lalu timbul kekecohan. Masyarakat akan berdiri mempertahankan agensi Polis atau kerajaan itu sendiri.

NGO seperti MCPF, duduk diam diam. Ini masalah generasi muda. Jangan berlagak baik, alah alah pembangkang yang mempolitikkan semua isu. Sedangkan masalah di depan mata didiamkan.

#jalinanpolitik

Teresa Kok Macam Cacing Kepanasan

Apa cerita Teresa Kok ni, belum apa apa lagi sudah sebut pasal saman sedangkan siasatan belum dijalankan. Ini kah perangai pembangkang, hanya tahu menuding orang lain tapi bila mereka yang kena, nah macam cacing cacing kepanasan. Steady lah

Sebelum ini Jamal Yunus mendakwa Teresa Kok yang juga MP Seputeh (DAP) telah menyeleweng dana dari YAWAS, Yayasan Warisan Anak Selangor.

Sebab itulah Teresa Kok mengugut akan memfailkan saman keatas Ketua Bahagian Sungai Besar, Jamal Yunus. Serta mana mana Blog atau Portal seperti admin ni yang turut menyebarkan dakwaan Jamal Yunus berkenaan.

Naik turun dulu bilik Mahkamah baru cakap pasal saman!

Amboi, kalau selama ini pembangkang lah yang paling ligat membuat tuduhan yang tidak berasas. Tapi jarang sekali pihak yang mereka dakwa atau fitnah, mengugut akan mengambil tindakan undang-undang.

Begini kah sikap politik pembangkang, perasan terlalu bersih, semua orang kotor.

Pembangkang ni macam kolot kan. Sikit sikit saman, sikit sikit laporan Polis. 😉

Terserlah Belang Kepimpinan Parti² Pembangkang Sabah 

Padan pun semakin ramai golongan profesional dan anak muda Sabah yang balik menyokong BN. Mereka mula sedar akan kelemahan parti parti pembangkang. Baca saja keratan akhbar (sebagai contoh) ini cukup membuktikan kelemahan sikap pemimpin pro pembangkang yang mementingkan diri. Tapi kalau kamu dengar ceramah politik mereka, urang hutan pun mereka akan bela, itupun kalau menang. Selagi tidak menang, pandai pandailah kamu hidup.

Presiden Parti Cinta Sabah, Wilfred Bumburing tidak berpuashati dengan tindakan yang diambil oleh Presiden STAR, Dr Jeffrey Kitingan. Kerna membelakangkan keputusan yang dipersetujui sebelum ini. (kamu bacalah keratan diatas untuk keterangan yang lebih lanjut)

Ini pembangkang tempatan Sabah ni, belum apa apa lagi sudah mula bercakaran. Tunjuk taring siapa yang kuat. Taring tidak seberapa, sengihnya bukan main.

Nampak gayanya sikit hari lagi parti parti pembangkang Sabah akan dipandang sebelah mata. Iya lah mengurus agenda parti pun gagal, ini kan mentadbir sebuah negeri yang besar seperti Sabah. Setakat cakap, orang gila pun boleh. Hemmm

Selain itu, menurut pendapat seorang kawan, parti parti pembangkang Sabah ni. Mereka suka melantik golongan muda tolol yang separa tiang untuk bercakap hal hal yang besar. Lepas itu minat sangat mempertahankan kuda tua yang tidak lagi berupaya sama ada dari segi fizikal atau mental.

Lagi menyedihkan menurut kawan itu ialah ramai di kalangan orang kuat parti yang tidak percaya kepada kemampuan pengaruh politik maya. Mereka kata kekuatan parti bergantung kepada kepopularan pemimpin. Maksudnya tu, kalau pun parti yang mereka sokong mendapat kemenangan, maka kemenangan itu datang daripada pengaruh pemimpin dan bukannya individu individu yang berkerja kuat untuk parti, maka bukanlah satu kesalahan kalau kegigihan mereka tidak berbalas. Jeleknya

Mereka ibarat kereta lama yang dicat cantik tapi enjinnya tidak ditukar. Nampak cantik tapi bila berlumba, ketinggalan di belakang. Apa cerita?

Sedangkan rata rata pengundi pada hari ini terdiri dari golongan muda yang bijaksana dan pro aktif. Kalau pun ada rezab undi yang boleh membantu kemenangan iaitu mereka dari kumpulan marhaen yang buta huruf atau tidak tahu maksud sebenar politik. Tapi agak agaklah, negeri jiran sedang menilai kualiti anda sebagai pemimpin.

Kalau nafsu politik saja kuat tapi sebenarnya kurang cerdik dan masih tidak mampu melihat apa yang berlaku diluar sana. Nah ada baiknya kamu sokong saja balik BN demi kehormatan dan kepentingan masyarakat Sabah. Tapi yang budiman sahaja, yang jelek dan suka mengambil kesempatan, kamu duduklah sebagai pembangkang sampai bila bila.

Masih terlalu ramai masyarakat Sabah yang memerlukan pembelaan bukannya diperalatkan sampai mati.

Krisis Korea Utara – Malaysia Bukan Kerana BN

Korea Utara semakin terdesak. Kalau pembunuhan itu atas arahan Presiden Kim Jong Un adik kepada mangsa Kim Jong Nam maka dunia akan berlumba lumba mencari keadilan atas nama hak asasi manusia. Menyebabkan Korea Utara akan menerima tekanan yang hebat. Kerana itulah, tidak mahu tidak mereka menyalahkan Malaysia.

Yang memelikkkan admin, kenapa pula politik pembangkang lebih sudu dari kuah ni, separuh mati menyalahkan Malaysia aka BN. Seolah olah menyokong kekejaman negara komunis?

Secara logiknya tidak ada sumber di dunia ini yang menunjukkan BN terlibat dengan pembunuhan itu. Alahai

Tapi yang pasti pembunuhan itu berkisar soal perebutan kuasa di dalam keluarga Kim Jong. Dimana sepatutnya yang dilantik sebagai Presiden Korea Utara adalah abang iaitu Kim Jong Nam bukannya adik. Menyebabkan Kim Jong Nam agak vokal mengkritik pentadbiran Korea Utara, Kim Jong Un hingga membawa kepada pembunuhan.

Berkaitan kenyataan susulan daripada anak mangsa yang menyalahkan Malaysia kerana kononnya proses siasatan yang kurang jelas. Itu, siapa pun boleh cakap. Itu hanyalah alasan supaya dia sendiri tidak dibunuh.

Itu Korea Utara lah, terlelap semasa mesyuarat pun akan dikenakan hukuman bunuh.

Dalam hal ini, sikit pun BN tidak terlibat. Jauh sekali menukarnya menjadi isu nasional yang dapat menyatukan masyarakat, supaya BN mendapat kemenangan pada PRU yang akan datang. Realitinya BN masih mampu mempertahankan kemenangan, kerana BN yakin masih ramai rakyat Malaysia yang berfikiran waras. Masih mampu membezakan antara persoalan yang mereka hadapi dan persoalan yang terpaksa dihadapi oleh setiap negara.

Berhubung cadangan dari pihak pembangkang atau PAS, supaya Malaysia meminta bantuan dari China dan Norway memandangkan kekuatan Korea Utara bergantung pada China dan Norway sebagai negara yang bijaksana, ia adalah cadangan yang baik. Tapi kalau dua negara itu tidak membantu. Jangan pula dipolitikkan, kononnya Malaysia tidak dihormati.

Percayalah kalau kita berada dipihak yang benar Malaysia akan dilindungi oleh Allah. Tidak usah gentar takut apa yang penting kita sebagai rakyat Malaysia mesti bersatu menentang kejahatan. Ketepikan perbezaan politik, apa lagi BN ni bukannya teruk sangat, seperti yang di propagandakan. Hemmm

Berkata benarlah walaupun pahit.

Parti Politik Jangan Hanya Sibuk Mencari Kuasa!

Suka kalau parti BN bercakap pasal membenteras aktiviti jenayah seperti pengedaran dan penggunaan dadah. Seperti yang di praktikkan oleh Presiden Filipina, Rodriguez Duterte ketika berkempen hingga mencapai kemenangan besar.

Jangan hanya sibuk bercakap soal agenda yang menuntut kuasa atau kemenangan di PRU. Cakap cakap seumpama ini banyak dipraktikkan oleh kebanyakannya pihak pembangkang. Sedang kemaslahatan yang berlaku di depan mata, seolah olah mereka tidak nampak aka malas bertanggungjawab.

Masyarakat hari ini diganggu oleh banyak aktiviti jenayah akibat dari aktiviti pengedaran dan penggunaan dadah. Sebab itulah pada mereka pembangunan bukan lagi satu matlamat yang perlu diadakan tapi lebih kepada mengecapi kehidupan yang harmoni, sementara nyawa masih dikandung badan.

Saya percaya mana mana parti politik, sama ada BN dan sewaktu dengannya. Yang giat dengan aktiviti masyarakat seperti menjaga keharmonian setempat. Maka mereka akan menjadi pilihan pada PRU yang akan datang.

Admin ambil contoh, Yb daripada BN Datuk Tawfiq Titingan turun kelapangan, turut serta berkawal bersama sama dengan ahli rukun tetangga.

Jujur admin ucapkan, tahniah.

Untuk makluman, sejak daripada dulu, admin memang banyak bercakap soal dadah yang wajib diperangi. Pada pemimpin, terutamanya dari pihak pembangkang, jangan hanya tahu bercakap mengenai projek atau pembangunan yang tidak ada roh tu. Sedang masyarakat terus dihimpit dengan kesusahan, hasil daripada kegagalan pemimpin yang telah diberikan mandat.

Gaji Pekerja SFI Tidak Dibayar – Tipu.

Berhubung tunjuk perasaan di SFI Sipitang.

Ada pihak yang mendakwa, gaji pekerja tidak dibayar. Menyebabkan pekerja tidak berpuashati hingga membawa kepada tunjuk perasaan.

Walhal cerita yang sebenarnya ialah bukan gaji tidak dibayar tapi gaji dibayar dua kali dalam tempoh sebulan. Dan tujuan tunjuk perasaan itu ialah menuntut agar gaji mereka dibayar sebulan sekali atau full salary.

Untuk makluman Felda pun menggunakan sistem yang sama, gaji pekerja ladang dibayar dua kali sebulan.

Macam macam, semua dipolitikkan yang tidak ada jadi ada. Hakikatnya peket itu tidak salah mana tapi pembangkang yang terlebih lebih. Hemmm

Katakan benar walaupun pahit

Published
Categorized as Sabah

Agihan BR1M Berjalan Seperti Biasa

Ini cerita yang sebenar benarnya, telah berlaku atau akan dilakukan keatas penerima BR1M.

Sejak kebelakangan ini, pelbagai pihak sengaja membuat dakwaan yang kurang jelas terhadap proses pemberian BR1M. Bertujuan untuk mengelirukan masyarakat sekaligus mengajak mereka supaya turut membenci politik BN. (Otak dicuci supaya melupakan segala kebaikan yang telah diberikan). Ini sangat tidak patut!!!

Sedangkan, pada hakikatnya agihan BR1M tetap berjalan seperti biasa ;-

Penerima BR1M yang memiliki Akaun Peribadi dimana mana bank tempatan, akan terus dimasukkan ke akaun mereka. Manakala yang tidak memiliki akaun bank, mereka akan menerima BR1M melalui Baucer yang disampaikan secara serentak di Dewan Dewan awam dan turut di hadiri oleh Pemimpin atau wakil pemimpin. Adakah langkah yang murni ini akan menyusahkan penerima BR1M?

Berpolitik, berpolitik juga tapi jangan semua kerja yang dilakukan oleh politik BN atau kerajaan walaupun membawa banyak kebaikan tetap diputar belit atau dipolitikkan. Jangan begitu, jangan sampai rakyat yang rugi.

Yang penting sekali kita sebagai masyarakat jangan sampai kufur nikmat nanti Tuhan marah. Ibarat melepaskan anjing yang tersepit, tangan itu yang di gigit. Spesis berupa perangai anjing ini banyak bertempik di dalam pembangkang. Jadi anda sebagai masyarakat, admin pinta supaya berhati hati.

Percayalah apa yang dicanang oleh pihak yang kurang bertanggungjawab, kononnya BN mengamalkan pentadbiran yang tidak adil aka kronisme dan Nepotisme. Sebenarnya pihak pembangkang juga adalah pelaku tegar. Yang agak bijak terpinggir yang kaki jilat dan tolol diberikan kedudukan malah kekayaan. Lama lama cerita sebelum ini yang dicanang oleh jentera pembangkang, kononnya ramai golongan profesional meninggalkan UMNO dan menyertai mereka kerana UMNO tidak lagi relevan. Kali ini situasi itu akan terbalik, parti pembangkang pula yang akan ditinggalkan.

Hakikatnya BN selaku parti yang telah diberikan mandat sedang menghadiahkan rakyat dengan pelbagai perkhidmatan yang terbaik. Seperti contoh perubatan dan sebagainya.

Selain pemberian BR1M itu sendiri yang sedang dicorakkan sebagai haram dan macam macam lagi yang menjengkelkan. Hemmm

Dalam hal seperti ini admin tidak bersikap “bias” malah bertegas akan menyatakan apa yang benar. Titik

Katakan yang benar walaupun pahit. 

DAP Sokong Autonomi Sabah dan Sarawak :) 

Hari ini kepimpinan DAP, Lim Guan Eng telah mengambil ketetapan. Selepas mereka  mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin DAP daripada Sabah dan Sarawak yang diadakan di Kuala Lumpur.

Maka DAP secara rasminya telah menetapkan bahawa mereka menyokong tuntutan Sabah dan Sarawak sebagai negeri yang berautonomi.

1. Dimana Sabah dan Sarawak akan mendapat royalti minyak sebanyak 20%.

2. Pentadbiran Kesihatan dan pendidikan di dua negari ini akan diurus sendiri oleh kerajaan negeri tidak ada lagi campurtangan daripada Federal.

3. Separuh daripada pendapatan tahunan Sabah dan Sarawak akan dipulangkan balik.

Wah pembangkang dari Semenanjung pun ikut bercakap pasal autonomi. Sebelum ini STAR aka Gabungan, usai itu Warisan terkini DAP.

DAP ni macam keterlaluan sudah, sibuk mencampuri politik di negeri Sabah dan Sarawak sedangkan rata rata Melayu di Pulau Pinang dengar khabar masih ramai yang tidak memiliki rumah. Kerana sejak DAP menjadi pentadbir negeri, harga rumah yang ditawarkan sudah terlalu mahal (tidak masuk akal).

Macam macam kerana perjanjian 1963 yang dipolitikkan, membuat masyarakat Sabah pening lalat. Entah parti pembangkang mana yang benar benar ikhlas membela nasib mereka. Apa yang pasti perjanjian 1963 telah diperalatkan untuk kepentingan politik.

Berbanding BN tidak cakap banyak tapi beransur ansur melaksanakan 20 dan 18 perkara. Kerna itu sejak daripada dulu agenda autonomi tidak pernah mendapat kepercayaan daripada orang Sabah dan Sarawak, kerana mereka sedar, BN juga mampu melakukannya tinggal lagi BN menggunakan pendekatan yang lebih tersusun dan harmoni?