Penafian Dan Cabaran Untuk Warisan.

• Warisan mengadakan sidang media khas bertujuan menafikan program kemasukan semula kumpulan masyarakat ke dalam UMNO yang diterima oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Zahid Hamidi dengan membuat kenyataan yang tidak berasas.

• Untuk makluman, ada diantara mereka yang sememangnya masih ahli UMNO tapi telah di propagandakan sebagai ahli Warisan dengan harapan mereka akan dipinggirkan oleh UMNO lalu mengubah haluan kepada Warisan. Sebab itulah mereka tampil membetulkan keadaan, seolah olah ahli Warisan menyertai UMNO.

• Kenyataan Setiausaha Agung Warisan Loretto Sipin Padua Jr kononnya sebelum ini admin hanya berminat pada Warisan semata-mata dan tidak berkerja sama ada langsung atau tidak langsung pada parti Warisan adalah kenyataan yang lemah. Kerana selama ini admin menerima tugasan dari Datuk Shafie Apdal sendiri dan orang kepercayaan Datuk Shafie Apdal. Tapi itulah bila sudah berbeza maka semua dinafikan. Tapi tidak apa, admin amat faham.

• Penafian melalui sidang media Warisan itu juga dengan sendirinya membuktikan admin ini bukannya lalang tapi setia kepada perjuangan UMNO. Yang lalang atau pengkhianat adalah mereka pernah menjadi ahli UMNO tapi keluar menyokong parti pembangkang. Lepas itu berlagak pejuang.

• Angka 300 ahli UMNO yang mereka polemikkan itu sebenarnya kurang dari angka yang sepatutnya yang tidak akan mengundi Warisan di PRU yang akan datang, khususnya di peringkat DUN dan Parlimen Semporna. Mereka terdiri dari ahli Warisan yang diserapkan secara “paksa” dan bukan ahli Warisan atau saja ahli Warisan tapi dalam masa yang sama masih ahli UMNO. Jadi tidak timbul cerita kononnya mereka yang masuk semula ke dalam UMNO itu adalah sebenarnya ahli UMNO. Seperti mana Warisan, majoriti ahli Warisan masih ahli UMNO tinggal lagi jiwa mereka sudah bertukar menjadi jiwa pembangkang.

• Itu Warisan kan, suka sangat membuat sidang media macam saja ramai yang suka percaya. Seolah olah Warisan sebuah organisasi yang sudah lama dan semua kerja mereka benar belaka. Dan seolah olah kepimpinan Warisan terkecuali dari salah laku atau kesalahan semasa mereka berada ditampuk kuasa dan sebagai ahli politik. Sama ada di masa kini atau semasa mereka bersama UMNO, PKR dan DAP.

• Oleh itu admin ingin mencabar Organisasi Warisan, bermula dari Presiden Warisan hingga ke peringkat jentera akar umbi agar tampil membuat sidang atau membuat program besar besaran bagi menunjukkan pada masyarakat bahawa mereka bukan lagi ahli UMNO. Dan jumlah kehadiran itu semestinya lah menyamai jumlah keahlian Warisan yang didakwa telah mencecah ratusan ribu orang. Paparkan sebesar yang mungkin tarikh surat permohonan dan surat pengesahan daripada UMNO pusat sebagai bukti. Kalau mereka boleh buat dan buktikan maka sahlah kamu ahli Warisan dan pembangkang tegar di negeri Sabah.

• Warisan kononnya memperjuangkan nasib masyarakat Sabah tapi sebelah kaki mereka masih berada di dalam UMNO. Apa yang kamu takutkan, takut hilang punca pendapatan atau peluang mendapatkan projek? Ini menunjukkan Warisan adalah parti yang amat hipokrit berselindung di sebalik slogan Sabah For Sabahan.

• Lepas itu segelintir jentera rasmi Warisan, melalui entri mereka seolah olah bermaksud, Warisan hanyalah milik orang Semporna. Atau daerah Semporna itu adalah milik mereka. Kerana itu kalau kamu bukan orang Semporna anda tidak layak berpolitik di Semporna. (ini berdasarkan, apabila mereka memaparkan status daerah mengundi admin, bukan di Semporna tapi di Lahad Datu)

• Sekarang kamu sudah nampak kan attitude jentera Warisan, jelek, hodoh, buta politik. Tidak boleh menerima perbezaan. Itu belum lagi berkuasa, Nah kalau sudah ada, tidak tahulah. Silap haribulan semua yang menguntungkan menjadi milik mereka.

Tolong sahut cabaran ini. Sebab saya tengok jentera Warisan sendiri sudah mula melike entri dari pemimpin pemimpin UMNO. Ini menunjukkan mereka ni hidup dua alam atau lidah bercabang dan mereka ini boleh dipercayai kah?

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang #tolakwarisan

Junz Wong Macam Cerdik Tapi Tidak – Yusof Apdal 

Yb Lahad Datu, Datuk Yusof Apdal mempersoal kemampuan, Junz Wong selaku Naib Presiden Warisan adalah pemimpin yang tidak tahu apa apa aka sambarono. Berlagak cerdik tapi sebenarnya “buta” walaupun pada hakikatnya celik.

Kerana pemimpin Warisan itu ketika berhujah baru baru ini di sidang dewan, menuduh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman sebagai gagal mengurus hutan Sabah.

Walhal menurut Datuk Yusof Apdal adalah sebaliknya. Pentadbiran negeri telah berjaya mengurus hutan Sabah dengan begitu cemerlang. Bayangkan sehingga Disember 2015, Forest Stewardship Council (FSC) telah memperakui bahawa Sabah telah berjaya menjaga atau mengekalkan keluasan hutan lebih dari 1 juta hektar.

Yb DUN Lahad Datu itu juga berpesan, sewajarnya masyarakat Sabah terhutang budi pada Ketua Menteri kerana telah berjaya mengangkat Sabah setanding dengan negeri negeri yang lain. Selain berhemah dalam berbelanja sebab itulah rezab kewangan negeri meningkat dari setahun ke setahun, terkini yang telah disahkan dan diketahui telah mencecah RM6 bilion meninggalkan Selangor di belakang walaupun Selangor adalah negeri termaju di Malaysia itu pun yang memajukan Selangor ialah BN sebelum diambil oleh pembangkang.

Selain kejayaan diatas, pentadbiran negeri juga telah cemerlang memperkasa Yayasan Sabah hingga berjaya mengumpul aset sebanyak RM14 bilion.

Isunya disini ialah kalau sudah Junz Wong yang dianggap “Rafizi” Sabah oleh penyokong Warisan pun tidak boleh pakai. Agaknya, apa lagi yang lain tu ya. Alahai

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang

Musa Ajak Pembangkang Duduk Berbincang – MA63 


Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman mengajak semua pemimpin Sabah tanpa mengira fahaman politik agar duduk semeja, berbincang bagaimana untuk memajukan negeri Sabah. Kerana ia amat penting demi kebaikan negeri dan masyarakat itu sendiri.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata perkara itu adalah amat penting bagi memastikan apa sahaja keperluan dan kebaikan untuk diperoleh Sabah demi kesejahteraan rakyat di negeri ini. Katanya ini termasuk memberi kerjasama dalam Jawatankuasa Kajian Hak-Hak Sabah mengikut Perjanjian Malaysia 1963 yang turut menjemput pembangkang melihat mana-mana hak Sabah yang perlu dituntut daripada kerajaan Pusat.

“Dalam menuntut hak Sabah dan meminta apa-apa daripada kerajaan Persekutuan, kita tidak membezakan antara pembangkang mahupun kerajaan. Kita sama-sama.” Kami dalam jemaah. kerajaan negeri menerima apa yang terbaik untuk Sabah dan rakyat Sabah, mengapa tidak. Mari kita duduk semeja, fikir dan bincang.

Kita mungkin berlainan ideologi tetapi untuk kebaikan Sabah, kita perlu bersama minta kepada kerajaan Persekutuan. Itu yang kita perlukan,” katanya. Musa menjawab soalan tambahan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR-Bingkor) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri menyenaraikan secara terperinci setiap hasil negeri yang dimasukkan dalam kutipan hasil kerajaan Pusat pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Terdahulu, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang berkata Jawatankuasa Kajian Hak-Hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 telah menjemput 17 parti politik bagi menghadiri pendengaran yang diadakan di bangunan DUN pada 26 Jan lepas. Sepuluh parti politik termasuk Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), DAP dan PKR telah menghantar wakil dan memberi pandangan serta pendapat mereka berkenaan hak-hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963. “Sembilan daripada 10 parti politik tersebut telah mengemukakan hujah bertulis. Prosiding pendengaran itu turut direkod secara verbatim dan laporan prosiding disediakan dengan bantuan urusetia DUN,” katanya.

Katanya jawatankuasa itu telah mengadakan satu lagi mesyuarat pada 24 Mac lepas bagi membuat penyediaan laporan yang akan dibentang di mesyuarat jemaah menteri negeri sebelum dimajukan kepada Jawatankuasa Pemandu peringkat kebangsaan dalam masa terdekat. “Pada masa ini, penyediaan laporan sedang dalam peringkat akhir,” katanya. Teo menjawab soalan asal Chan Foong Hin (DAP-Sri Tanjong) yang ingin tahu perkembangan proses penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri.

Jadi pada pihak pembangkang, kamu tunggu apa lagi. Inilah masanya, itu pun kalau kamu benar benar ikhlas memperjuangkan nasib orang Sabah. Atau kah perjuangan yang kamu sering lolongkan di setiap program politik dan jelajah itu hanyalah retorik semata-mata?

Jangan kamu khayal mencari kuasa yang belum pasti tu hingga masyarakat Sabah menjadi mangsa permainan politik.

Tidak timbul, dakwaan sebelah pihak atau pembangkang kononnya pendekatan menuntut hak hak Sabah yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman ini sudah terlambat. Kerana perlu diingat, persoalan hilangnya kelebihan hak hak Sabah dari konteks perjanjian Malaysia 1963 datang dari kesilapan pemimpin terdahulu. Kesilapan itu pula telah  melibatkan undang undang diantara dua pihak, negeri dan persekutuan. Kerana itu ia perlu diselesaikan secara bijaksana dan berhemah.

Tidak benar dakwaan pihak pembangkang, kononnya mereka boleh menuntut hak hak dalam perjanjian 1963 tanpa perlu berunding dengan Federal atau tidak perlu ada hubungan politik dengan mana mana parti daripada Semenanjung. 

Pada PRU ke 13, PKR pernah cuba memasukkan agenda Sabah seperti ini dalam buku jingga mereka tapi dikeluarkan disaat akhir, kerana dikhuatiri akan menjejaskan hubungan Sabah dengan Federal atau negeri negeri yang lain. Tindakan  ini telah memecah belahkan penyokong PKR tapi akhirnya mereka akur. Pada pemimpin dan penyokong parti tempatan pembangkang Sabah, belajar kamu dari sini jangan politikkan semua perkara, walaupun ia mustahil untuk direalisasikan. 

Dengan demikian ia membawa maksud khusus mustahil bagi Warisan, menuntut hak hak dalam perjanjian MA63 tanpa adanya kerjasama dari parti parti politik daripada di Semenanjung. Seperti yang mereka propagandakan. Tapi adakah selepas ini akan ada hubungan? jangan jilat air liur  sendiri. 

Menunjukkan pendekatan berdiplomasi Datuk Musa Aman ini ada jalannya dan wajar diberikan sokongan yang padu oleh masyarakat Sabah. 

Tapi bukan pula ini bermaksud BN kian lemah atau terdesak kerana itu mengajak pembangkang untuk berkerjasama. Lupakan kalau itu yang kamu simpulkan dari entri ini. Teruskan lah bermimpi di siang hari. 

Klik link dibawah, perkara ini admin ada bangkitkan sebelum ini, 

BN Lebih Layak Memperjuangkan Sabah For Sabahan 

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang

BERNAMA/Admin 

PKR Semporna Bubar Sertai UMNO/BN

Uinna, betul kah perkhabaran yang admin terima ni?

PKR Semporna akan dibubarkan dan ahli parti ini akan menyertai UMNO Semporna. Walaupun mungkin tidak melibatkan semua ahli PKR tapi ini merupakan satu perkembangan yang amat positif dari konteks kelangsungan UMNO di daerah Semporna dan pantai timur Sabah. Perkembangan ini juga telah menolak dakwaan setengah pihak, bahawa Warisan amat kuat di kawasan ini.

Menunjukkan semakin hari, semakin ramai yang sedar akan keperluannya untuk berkerjasama dengan parti parti pemerintah seperti BN, demi kebaikan masyarakat secara keseluruhannya. Sekaligus menolak kehadiran parti parti tempatan baharu yang belum lagi berjasa kepada masyarakat.

Jadi benarlah telaan admin ya. Sebelum ini admin katakan, bahwa majoriti ahli PKR Sabah tidak mengakui kewujudan Warisan, kerana faktor haraki dan organisasi mana yang telah membuktikan diri mereka hingga berjaya menawan negeri Selangor. Berbanding Warisan yang bolehlah dikatakan belum matang, perlu belajar banyak perkara sebelum layak dibagi kepercayaan.

Memang begitu, tidak mudah menjadi parti pilihan masyarakat. Lihat saja STAR atau Dr Jeffrey Kitingan, sekian lama menjadi pembangkang tapi masih belum berjaya mencuri kepercayaan pengundi. Walaupun isu yang dia bawa cukup sensitif.

Majlis bersejarah itu nanti akan berlangsung sempena kehadiran Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Zahid Hamidi ke Semporna bagi merasmikan bangunan Sekolah Tahfiz AlQuran di DUN Bugaya dan melancarkan Pesta Regata Lepa 2017.

Tahniah kepada kepimpinan BN Sabah umumnya dan Datuk Ramli Marhaban serta Datuk Nasir Sakaran khasnya kerana berjaya memangkinkan kekuatan UMNO di daerah Semporna.

#BNforSabahan #UMNOBN

Benarkah Warisan Sangat Kuat? 

Secara luaran atau cerita politik kedai kopi, Warisan sangat kuat di Daerah Semporna hatta di negeri Sabah, ini kita tidak boleh nafikan. Tapi untuk menang di PRU yang akan datang, ahh ini lain dia punya cerita.

Pasti sengit dan sangat tidak mudah, kerana calon daripada BN bukannya robot, mereka juga ada jasa mereka yang tersendiri dan banyak pengalaman serta berkemampuan dari hampir semua aspek.

Oleh itu, tidak mudah kok menggugat BN di DUN Sinallang dan Bugaya, apa lagi di DUN Bugaya yang dikatakan amat tergugat. Jauh sekali bercakap soal Sabah bakal dimiliki oleh Warisan.

Admin masih ingat, sebenarnya calon BN, Datuk Ramli pada PRU13 berdiri sendiri tidak dibantu oleh mana mana pemimpin UMNO. Sebab itulah di saat akhir ada calon Bebas yang berani mengakun dirinya sebagai wakil BN (calon yang dipasang) menyebabkan dia meraih undi yang agak banyak mencecah ribu berbanding calon pembangkang dan Bebas yang lain. Ertinya undi yang dia dapat atas tiket BN atau UMNO.

Walau bagaimanapun permainan yang diatur oleh lawan itu tidak menjadi halangan, Datuk Ramli dari calon BN diisytiharkan pemenang.

Begitu juga dengan calon BN DUN Sinallang. Ramai pihak yang memperkatakan bahwa legacy Tun Sakaran akan berakhir di PRU13. Ini kerna DUN Sinallang pada ketika itu bolehlah dikatakan kubo kuat pembangkang, memandangkan kebanyakan pemimpin pembangkang dan mereka yang tidak sehaluan secara peribadi dengan Datuk Shafie Apdal datang dari perkampungan yang terletak di DUN Sinallang.

Tapi bila keputusan pilihanraya diumumkan ternyata jangkaan pihak lawan sangat meleset. Datuk Nasir berjaya mempertahankan kemenangannya.

Nah kalau sudah begitu cerita yang berlaku diperingkat dalaman, ini bererti kekuatan Warisan di luar Daerah Semporna sangat boleh dipersoalkan. Walaupun penyokong tegar Warisan mendakwa Sabah ini akan menjadi milik mereka. Entah apa alasan yang mereka gunakan sebagai sandaran! Penyokong Warisan seakan tidak berpijak di bumi realiti dan masih termimpi-mimpi di siang hari.

Jangan mudah berharap, PRU masih jauh apa lagi pengundi semakin matang.

Kena ingat, kalau kamu kata Presiden Warisan sangat berjasa di daerah Semporna, maka Wakil rakyat BN yg ada kini juga ada jasa besar yang kamu tidak nampak. Jangan hanya melihat pada kononnya kelemahan Ketua Menteri Sabah dari konteks rumah yang usang untuk kamu politikkan. Presiden Warisan mantan Menteri KKLW juga dikelilingi oleh rumah rumah usang malah banyak yang boleh dipolitikkan dari konteks Kementerian KKLW , selaku Menteri yg tugasnya untuk memerangi kemiskinan luar bandar serta menjaga kemudahan asas luar bandar. Presiden Warisan seharusnya lebih bertanggung jawap atas kedaifan luar bandar Sabah kerana peruntukan yg dipegangnya dulu jumlahnya berpuluh2 billion ringgit.

Kesimpulannya tidak mudah kok membawa masyarakat untuk beralih parti. Sepanjang pemerhatian admin tidak ada kok yang lebih kuat bergegar daripada Datuk Anwar Ibrahim semasa beliau disingkirkan daripada UMNO. Separuh langit di bumi Malaysia diselubungi awan yang tebal. Tapi bila peti undi dibuka, hanya beberapa kerusi yang dimenangi, itu pun selepas dicampur dengan kerusi daripada DAP dan PAS. Adapun negara Malaysia masih di perintah oleh BN sehinggalah ke hari ini.

Walhal kalau menurut pemimpin politik yang seperjuangan dengan Datuk Anwar Ibrahim semasa mereka di dalam UMNO, Datuk Anwar adalah pemimpin yang paling kuat menabur wang, bukan setakat wang tunai, kad kredit juga ditabur supaya beliau diundi sebagai Timbalan Presiden UMNO pada masa itu. Tapi bila sudah berada diluar UMNO, tiada satu pun pemimpin UMNO yang mengikut jejaknya. Nampak?

Timbul persoalan yang boleh dipersoalkan benarkah Warisan atau Presiden Warisan sangat kuat?

Moralnya, kamu sebagai jentera Warisan berkerjalah kamu kuat kuat, jangan hanya pandai menghina mengeji mereka yang tidak sehaluan.

Kami pula dipihak BN akan terus berkerja kuat dengan penuh kebijaksanaan, perjuangan BN bukannya semata-mata untuk mencari kemenangan tapi dalam masa yang sama berbakti kepada masyarakat. Jauh sekali sengaja mencari permusuhan. Itu beza antara kita!

Salam Jumaat dan salam perjuangan, BN for Sabahan.

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang

BN Lebih Layak Memperjuangkan Sabah For Sabahan!

Bukan hanya pembangkang, apa lagi parti yang baru ditubuhkan seperti PPBM dan Warisan yang boleh bercakap pasal kepentingan orang Sabah. Parti BN juga sangat boleh dan jauh lebih layak.

Sama dengan parti STAR yang berasal dari Sarawak, walaupun STAR aka Dr Jeffrey memperjuangkan slogan Sabah For Sabahan. Tapi setiap kali PRU, mereka tersungkur layu di kaki BN walaupun pada ketika itu mereka belum dikaitkan dengan BN. Kenapa kah?

Adakah selama itu masyarakat Sabah tidak ada semangat nasionalisme?

Adakah selama ini masyarakat Sabah tidak tahu apa itu perjanjian 1963?

Adakah masyarakat Sabah suka hidup miskin, tidak ingin berubah?

Dan yang terakhir begitu mudah kah masyarakat Sabah mengakui perjuangan Warisan yang juga membawa slogan Sabah For Sabahan berbanding STAR yang cukup berpengalaman, apa lagi Dr Jeffrey berbangsa KDM berbanding Datuk Shafie Apdal yang bukan KDM. Ini kerana agenda Sabah For Sabahan begitu sinonim dengan perjuangan orang asal aka KDM?

Sebenarnya kan dalam diam BN telah memenuhi hampir kesemua perkara yang terkandung di dalam perjanjian 20 perkara. Tinggal lagi pendekatan yang digunakan tidak menjurus nyata seperti yang tercatat di dalam 20 perkara dan ia dilaksanakan secara berperingkat peringkat.

BN Sabah dibawah DSP Musa Aman tanpa teriak teriak atau retorik telah menubuhkan jawatankuasa MA63 dan Hak-Hak Sabah Peringkat Negeri Sabah yg di ketuai oleh Datuk Teo Chee Kang, Ahli Jamaah Menteri Sabah yang juga seorang Peguam untuk memanjangkan permintaan Sabah kepada PM Najib tentang Hak-Hak Sabah dibawah Perlembagaan Persekutuan dan MA63.

Apa yang di minta oleh BN Sabah?

1. Apa yg disetujui dalam MA63 tapi tidak masuk dalam Perlembagaan Persekutuan WAJIB di masukkan balik dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan masa pembentukan Malaysia tapi terhakis secara tidak disedari serta tanpa persetujuan DEWAN UNDANGAN NEGERI Sabah , WAJIB di masukkan semula dalam Perlembagaan Persekutuan.

3. Mana-mana Hak Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi BOLEH diperturunkan Kuasa kepada kerajaan Negeri, maka wajarlah diperturunkan kuasa Persekutuan tersebut kepada kerajaan Negeri.

Sebab itulah orang Sabah akan terus memberikan mandat pada BN di PRU yang datang.

BN for Sabahan.

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang

Published
Categorized as BN, Sabah

Lim Guan Eng 20 Bukan 182 Orang Yang Meninggalkan DAP?

Lim Guan Eng kata, 20 Bukan 182 orang yang meninggalkan DAP? 

DAP Melaka hari ini mengalami gelombang kedua melibatkan anggotanya yang keluar parti selepas ahli veteran dan Ahli Parlimennya, Sim Tong Him bersama tiga ADUN lain berbuat demikian bulan lalu.

Seramai 182 anggota akar umbi DAP yang diketuai tujuh bekas anggota jawatankuasa DAP negeri, keluar parti kerana ‘kecewa’ dengan parti itu.

Antara lain mereka berkata, parti itu menyimpang daripada prinsip “Malaysian Malaysia”, kata bekas Setiausaha DAP Melaka, Liou Chen Kuang.

Tapi ia dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau, Lim Guan Eng. Sebab yang keluar hanyalah seramai 20 orang.

Kalau pun benar hanya 20 orang dan bukannya 182 orang seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini. Tapi ia telah membuktikan bahawa DAP tidak lagi mendapat kepercayaan daripada akar umbi atau golongan marhaen. Walaupun selama ini DAP sering mendabik dada sebagai pemimpin yang berintegriti dan berkredibiliti.

Kamu orang tahukah, sebab utama kenapa mereka meninggalkan DAP, selain faktor yang disebut di atas?
Kerana nasib mereka aka kaum Cina tidak terbela, memandangkan DAP adalah pembangkang. Yang bertahan hanya mereka yang ada kedudukan.

Moralnya dari konteks Sabah, jangan undi calon pembangkang, kerana sekuat mana pun mereka, mereka hanya akan menang di satu atau dua kawasan, itu pun belum tentu, sekaligus kekal sebagai parti pembangkang. Hasilnya hanya calon dan kroni yang untung dan kamu seperti mana ahli DAP ini terpinga pinga mencari hala tuju, alih alih keluar parti. Itu yang dipanggil kadam sampai mati tu. Hemmm

Kaum Cina yang ada kedudukan pun, berkira kira. Anda yang hampir dengan jentera tolol tu, tetap bertahan kah?

Published
Categorized as DAP

Ketua Cawangan UMNO Semporna vs Presiden Warisan.

Ini yang membuat masyarakat terkeliru ni, terkeliru dari banyak sudut, sudut dalaman dan apa yang diperjuangkan oleh Warisan, macam tidak betul. Sebelah pihak cakap pasal darat dan pihak yang satu lagi cakap pasal lautan. Last last masyarakat tenggelam di tengah tengah permainan mereka. Selain apa yang terpampang di surat khabar tempatan Sabah, Daily Express.

Ketua Cawangan ini, mempersoal kredibiliti Presiden Warisan, Datuk Shafie Apdal semasa Tun Sakaran berada tampuk kuasa negeri.

Ketua Cawangan, Datuk Ainal mendakwa tidak usahlah Datuk Shafie Apdal menafikan perbuatannya. Semasa Datuk Shafie Apdal duduk sebagai pengerusi Borneo Utara Timber Berhad (NBT) dan Ketua Pemuda Umno Sabah, dia cuba mengambil alih saham dan ekuiti Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB), anak syarikat Yayasan Sabah dan cuba ditukar atau disenaraikan menjadi syarikat awam.

Apa jadi kalau sudah statusnya tersenarai sebagai syarikat awam, bukan kah pihak luar boleh membeli kesemua sahamnya dan kerajaan negeri hanya menggigit jari?

Admin tidak mahu cakap banyak, tapi kamu orang bidas balik lah, apa yang ditegaskan oleh Ketua Cawangan ini. Kalau perlu buat saja sidang media, lepas itu heret dia ke muka pengadilan, sanggup?

Jalin Luin Kini Bersama UMNO/BN

Baiklah, ini entri terkini selepas saya menyepi lama hingga ada yang tertanya tanya.

Terima kasih, semua. Saya sihat, alhamdulillah. Semoga kita semua senantiasa di dalam rahmatNya. In Shaa Allah.

Entri ini merupakan kenyataan rasmi daripada saya Jalin Luin yang dikenali sebagai Bloggers dan pemilik Blog Jalinanpolitik (blog pro UMNO) Jalin Luin, Kihampau Tohoh dan Neo Kihampau (blog pro pembangkang) Nama pena yang saya gunakan pada Blog berkenaan ialah Jalin Luin dan critical thinking.

Bahwa mulai dari saat ini, saya tidak lagi menyokong Warisan (pembangkang) tapi kini berdiri sebagai penyokong atau jentera politik UMNO/BN atau kepimpinan negeri Sabah.

Selama ini saya tidak pernah menjadi ahli kepada mana mana parti politik selain UMNO. Tinggal lagi semenjak Datuk Shafie Apdal meninggalkan UMNO saya banyak mengkritik kepimpinan UMNO/BN melalui tulisan saya. Jadi tidak timbul polemik apa yang dipanggil katak. Macam tindakan segelintir pemimpin atau penyokong pembangkang.

Untuk makluman sudah lebih tujuh tahun saya menjadi pengikut Datuk Shafie Apdal. Adapun jasa saya selama itu sama ada besar atau kecil, terbalas atau tidak, semoga ia mampu mematangkan pemikiran masyarakat. Mampu menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

Keputusan yang saya ambil ini adalah atas kehendak diri saya. Dimana ia melalui proses yang cukup panjang dan mempertimbangkannya dari beberapa aspek, aspek politik, masyarakat dan peribadi yang tidak boleh dinafikan.

Selepas ini, biarlah kita berpolitik secara matang. Kamu yang memihak pembangkang kamu politikkan lah parti atau public figure UMNO/BN, begitu juga dengan saya atau kami akan bercakap mengenai parti dan public figure pembangkang tidak kira dari Sabah atau Semenanjung.

Berhubung artikel sebelum ini yang banyak mengkritik pedas pemimpin pemimpin BN, artikel itu saya tidak akan padam. Kerana sesungguhnya saya yakin dan percaya dengan sistem perlembagaan atau undang undang Malaysia. Bermaksud kritikan tinggal kritikan selepas agensi yang bertanggungjawab membuat siasatan dimana hasil siasatan adalah muktamad dan kita mesti akur. Oleh itu janganlah ada yang marah bodoh, bila pada kali ini saya mengkritik kelemahan pihak pembangkang ya, kerna marah bodoh itu tidak diamalkan oleh BN walaupun selama ini saya cukup kritikal terhadap mereka.

Jangan juga selepas ini ada yang membuat kenyataan hingga membolehkan kita di heret ke muka pengadilan. Berpolitiklah secara matang.

Berkenaan kedudukan saya dalam group Whatapps pro pembangkang ia terpulang kepada admin. Sama ada admin mengeluarkan saya atau nanti saya yang menarik diri.

Akhir kata, saya yakin percaya dengan perjuangkan ini ia mampu membetulkan keadaan sekaligus akan menguntungkan masyarakat Sabah terutamanya mereka yang menyokong BN.

#BNforSabahan #UMNOBN.

SAFA Teruskan Demi Bola Sepak Sabah.

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengambil langkah berani dalam mendapatkan jurulatih berkualiti untuk meningkatkan mutu bola sepak di negeri ini. Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata Musa yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), serius dalam mencari penyelesaian terbaik dalam semua isu pembangunan dalam negeri, termasuk sukan. “Seperti diketahui, skuad bola sepak Sabah gagal menyerlah.
Namun kerajaan negeri terutama ketua menteri, enggan berputus asa terhadap sukan itu, yang juga sukan paling popular di dunia. “Jadi, kita tidak mampu mengetepikan bola sepak. Oleh itu, kita memerlukan resipi terbaik untuk berjaya dengan memiliki barisan pemain yang bagus, jurulatih dan persatuan yang baik serta sokongan penyokong,” katanya.

Tawfiq berkata demikian selepas merasmikan Simposium Jurulatih Malaysia Timur di sini yang dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Majlis Sukan Sabah dan Institut Sukan Negara. Ahad lepas, Musa mengumumkan pelantikan beberapa bekas pemain negeri sebagai ketua jurulatih skuad Liga Perdana, Piala Presiden dan Piala Belia, berkuat kuasa serta-merta.

Bila pemerintah atau SAFA maju setapak bagi memartabatkan bola sepak Sabah. Ada pula pihak yang tidak berpuashati. Melemparkan tuduhan yang tidak terniat langsung. Kononnya Datuk Musa Aman atau Datuk Tawfiq mahu mengikut jejak TMJ.

Sebenarnya yang tidak berpuashati itu adalah CyberTrooper yang tidak ikhlas dengan diri mereka. Jadi tidak hairan pun.

Tapi kalau beginilah sikap penyokong politik yang lebih kepada kepartian semata-mata dan bukannya apa yang dipanggil kepentingan orang Sabah. Nah rugilah orang Sabah kalau begitu. Hemmm

Teruskan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Belia dan Sukan Sabah. Jangan pandang belakang, martabatkan bola sepak Sabah. Perkenalkan lagi pendekatan yang holistic. Inilah yang di tunggu tunggu oleh peminat bola sepak.