Yb DUN Likas, Keluar DAP Sertai Parti Tempatan Sabah – Shafie Apdal 

Selepas tiga pemimpin PKR, MP Penampang Darell Leiking, Yb Terence Siambun ADUN Moyog yang mewakili kaum KDM dan yang terakhir pengerusi perhubungan PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin yang mewakili kaum Visaya, yang juga  keluar PKR dan akan menubuhkan parti tempatan Sabah tapi akhirnya akan berjuang bersama sama Datuk Shafie Apdal.

Tiba giliran Yb DUN Likas Junz Wong sebagai wakil dari kaum Cina yang juga merangkap Setiausaha Agong DAP Sabah telah mengisytiharkan dirinya keluar dari DAP dan akan menyertai parti tempatan Sabah.

Peristiwa berlaku di lokasi dan masa yang sama, di Hotel Yahoo Kota Kinabalu dimana Yb Terence Siambun dan Datuk Lajim Ukin mengisytiharkan diri mereka keluar dari PKR.

Ayoh bangsa Sabah secara keseluruhannya, berjuanglah bersama sama Datuk Shafie Apdal melalui parti tempatan Sabah. 😎 

#politikbolos #sabahubah #inikalilah

Lajim & Terence Keluar PKR – Shafie Apdal

Terlakar lagi sejarah politik Sabah, juga melibatkan pemimpin pemimpin dari kalangan KDM. Sebelum ini dari Penampang MP Darell Leiking. Keluar dari PKR untuk berjuang bersama sama dengan Datuk Shafie Apdal melalui parti tempatan Sabah.

Hari ini DUN Moyog Yb Terence Siambun mengikut jejak kawannya MP Darell Leiking bagi menyertai parti Datuk Shafie Apdal.

Pada masa yang sama, Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin juga mengisytiharkan dirinya keluar dari PKR dan akan menubuhkan parti tempatan baru yang bertapak di negeri Sabah. 

Kedua dua peristiwa bersejarah ini di berlaku di Hotel Yahoo, Kota Kinabalu pada sekitar jam 3pm.

Bererti kekuatan politik Datuk Shafie Apdal semakin hari semakin utuh. Terbukti apabila tiga pemimpin baru dan lama keluar dari parti mereka dan bersekutu semata-mata untuk mendokong tinggi politik Datuk Shafie Apdal atau parti tempatan Sabah.

Ayoh masyarakat Sabah mari bangkit bersama sama mereka. Ingat lagi sejarah USNO, Berjaya dan PBS membuktikan anda dari leluhur yang berani membuat perubahan. Terbukti! 

#politikbolos #sabahubah #inikalilah 

Larangan Menggunakan Prasarana – UMNO Sabah 

Surat ini dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah atau kerajaan tempatan Sabah.

Surat ini berupa arahan yang cukup jelas kepada semua jabatan kerajaan. Bahawa pihak dari parti bukan kerajaan dilarang keras menggunakan semua prasarana yang telah disediakan oleh kerajaan, seperti Dewan, Balai Raya dan sebagainya.

Menyedihkan arahan ini keluar dari mulut pemimpin Sabah sendiri. Sedangkan Sabah adalah antara negeri yang paling miskin di Malaysia. Sudahlah miskin harta benda, dikekang lagi pemikiran mereka. Alahai

Lalu apa yang bermain difikiran kawan kawan tentang UMNO yang telah diberikan mandat tapi lupa diri hingga sanggup mengeluarkan arahan seperti surat diatas?

Mungkin anda baru terfikir rupanya selama ini anda telah tersalah memilih parti dan menimbulkan banyak polemik yang tidak masuk akal, 

  • Adakah semua  prasarana yang telah disediakan oleh parti pemerintah adalah milik parti dan bukannya rakyat atau negara? 
  • Bagaimana pula dengan hak pembayar cukai yang terdiri dari berbagai fahaman politik. Kebetulan kebanyakan dari mereka adalah penyokong parti bukan kerajaan? 
  • Adakah ini bermakna sumber kewangan negara  yang datang dari perut bumi negeri Sabah adalah milik UMNO? 
  • Apa kah larangan seumpama ini ada termaktub dalam perlembagaan sama ada di peringkat negeri atau Persekutuan? 
  • Adakah juga jalan raya di dalam dan luar bandar tidak boleh dilalui oleh masyarakat yang menyokong parti bukan kerajaan aka pembangkang. Kerana prasarana dibina oleh pemerintah UMNO? 

    Nah bikin sedih pula attitude pemimpin pemimpin UMNO ni. Bayangan artikel ini tidak akan pupus sampai bila bila dan pasti pada satu hari anak cucu kepada Menteri berkenaan akan terbaca dan pada saat itu dia akan malu pada kawan kawannya, kerana mempunyai atuk yang berakal kolot yang telah menyumbang kepada kemelaratan masyarakat Sabah.

    Benarlah UMNO telah berjaya melahirkan pemimpin yang tidak ada jati diri tapi pentingkan diri. 

    #politikbolos #sabahubah 

    Demokrasi Najib – Dr M

    Gambar hiasan

    Dibawah ini admin copy paste artikel terbaru dari Dr M berkenaan sistem demokrasi yang tidak lagi dipraktikkan seadanya. Tapi dirosakkan untuk kepentingan parti atau individu semata-mata. 

    Demokrasi Najib (30 Sept 2016)

    1. Najib mendakwa bahawa pemerintahannya adalah demokratik dan sebarang percubaan untuk menyingkirnya bermakna menolak demokrasi. Dakwaan ini tidak berasas sama sekali. Sebenarnya ia menjadi bahan ketawa.

    2. Satu dari amalan yang diterima demokrasi ialah penyingkiran pemimpin yang tidak berjaya atau melakukan sesuatu yang tidak baik atau salah terhadap negara. Di mana-mana sahaja dalam negara demokratik pemimpin disingkir sebelum pun tamat edahnya.

    3. Demikian Perdana Menteri Australia, Tony Abbot, letak jawatan kerana partinya memilih Presiden baru. Di Britain Perdana Menteri letak jawatan kerana kalah dalam pungutan suara berkenaan Brexit.

    4. Di Brazil Presiden digantung oleh Dewan Senat untuk menghindar kemungkinan Presiden menganggu siasatan terhadapnya.

    5. Presiden Nixon Amerika disingkir kerana skandal Watergate.

    6. Penyingkiran pemimpin tertinggi yang bermasalah bukan sahaja tidak bermakna menolak demokrasi tetapi sebenarnya menjadi bukti demokrasi sedang berjalan dengan baik.

    7. Di Malaysia Najib sendiri berperanan dalam penyingkiran Abdullah Badawi sebelum tamat edahnya.

    8. Sebaliknya apa yang berlaku sekarang ialah Najib sebagai Perdana Menteri sudah pun menolak demokrasi. Buktinya jelas dan bertimbun-timbun.

    9. Yang pertama perpisahan kuasa antara pihak legislative (pembuat undang-undang) , executive (pentadbir, polis dan tentera) dan judiciary (penghakiman) setelah menguasai jabatan Pendakwa Raya sudah tidak ada lagi. Najib menguasai ketiga-tiga badan ini, sesuatu yang bercanggah dengan amalam demokrasi.

    10. Ahli Parlimen BN pula tidak bebas dan dipaksa melalui berbagai cara supaya sokong dan lulus apa sahaja yang dikemuka atau dilakukan oleh Najib. Jika tidak mereka akan digantung, di turun pangkat dan disingkir.

    11. Undi tak percaya tidak boleh diadakan terhadap Najib kerana sebab yang sama.

    12. Pegawai-pegawai eksekutif seperti pentadbir, polis dan tentera tidak bebas menjalankan tugas mereka kerana Najib mengikat tangan mereka dengan rasuah, ugutan menyingkir, menurunkan pangkat, menukar jawatan, mengancam pencen mereka dan lain-lain. Yang sudah bersara tidak berani mendedah kesalahan yang mereka dipaksa lakukan kerana takut dan diugut dengan berbagai cara.

    13. Peniaga, kontraktor, akhbar dan pemberita kecil dan besar juga demikian. Berbagai tuduhan dibuat terhadap mereka, gangguan melalui siasatan tanpa sebab oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri, pembatalan kontrak Kerajaan, disenarai hitam, sekatan berhutang dengan bank dan bermacam lagi.

    14. Undang-undang keselamatan baru membelakangkan sama sekali hak rakyat dibicara dalam mahkamah jika ditangkap dan dimasuk dalam tahanan. Jika rakyat atau anggota keselamatan terbunuh, “inquest” iaitu pemeriksaan akan sebab kematian oleh Majistret tidak boleh diadakan. Persoalan di mahkamah berkenaan kes juga tidak dibenar.

    15. Baru-baru ini apabila komen dibuat oleh seseorang berkenaan kematian seorang tokoh politik, polis menangkap orang itu tanpa waran, menyoalnya selama 12 jam, sebelum dilepas. Ketua Polis Negara dakwa bahawa waran tangkap tidak diperlukan. Siapa sahaja boleh ditangkap oleh polis tanpa waran.

    16. Semua ini adalah bukti jelas dan terang bahawa Najib sudah hapuskan demokrasi di Negara ini. Yang patut ditangkap dan dihadap ke mahkamah kerana mensabotaj demokrasi di Malaysia ialah Najib.

    17. Selagi Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia selama itulah Malaysia tidak demokratik. Lebih dari itu Malaysia akan diperintah oleh pemerintahan kuku besi yang tidak pegang kepada undang-undang.

    Sumber: http://chedet.cc/?p=2271

    Dua Hal Selain SOP – Esscom

    Terbaca satu artikel berhubung  SOP Esscom rentetan kejadian culik yang kerap berlaku di perairan Semporna dan Lahad Datu.

    Dikatakan SOP Esscom itu akan menjadi panduan pada semua agensi yang terlibat ketika menjalankan tugas.

    Pegawai Daerah Semporna Dr Chacho Bullah berkata semakan dan perbincangan semula draf itu penting dalam usaha menghasilkan satu SOP yang terselaras dan menyeluruh.

    “Draf SOP ini mengandungi semua gerak kerja, peraturan dan undang-undang agensi yang berkaitan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Pemantauan Kawasan Larangan untuk 11 pulau dan dua terumbu di sini, kelmarin.

    Sumber.

    Admin puji langkah ke hadapan diatas dan sememangnya  bertepatan setelah berjaya mengenal pasti kelemahan yang selama ini menyumbang kepada berlakunya insiden penculikan. 

    Sebelum ini kita sedia maklum yang PM Najib Razak ada mendedahkan satu faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah penculikan diperairan Semporna iaitu ada tali barut dikalangan anggota keselamatan yang membocorkan maklumat pergerakan kapal peronda Marine atau APMM kepada pihak musuh atau pihak yang berkepentingan. 

    Kita tengok sejauh mana SOP ini dipatuhi mampu membenteras kegiatan culik sekaligus menyediakan keamanan. Jangan malah mengundang kemarahan pihak yang tidak berdosa kerana berlakunya penganiayaan menyebabkan keadaan semakin teruk.

    Pada admin kan, SOP yang wajib dipatuhi itu satu hal tapi ada dua hal yang paling penting dan perlu diambil perhatian iaitu,

    • Jangan ada atau elakkan penyalahgunaan kuasa dikalangan anggota keselamatan keatas kumpulan sasar  hingga berlaku penganiayaan. Kerna jangan lupa orang yang dalam kelaparan sanggup berbuat apa saja, termasuklah membunuh, merompak dan menculik yang menjadi pokok persoalan.
    • Jangan juga penguatkuasaan yang dijalankan secara drastik nanti hanya meninggalkan kesan yang negatif pada komuniti setempat. Dimana tidak ada pemantauan berterusan selepas operasi yang dijalankan terutamanya bila melibatkan kawasan perkampungan. Nanti tidak semena mena timbul pula masalah baru sedang persoalan pokok masih belum menemui jalan penyelesaian. 

    Kesimpulannya apa pun tindakan yang diambil. Fikirkan dulu kesan jangka panjang dan pendek pada masyarakat sama ada dari konteks sosial atau ekonomi dan yang paling penting biarlah penguatkuasaan bersifat konsisten dan bertanggungjawab agar tidak berlaku penganiayaan.. 

    Malaysia Naik Indonesia Turun – Esok Harga Minyak 

    Dua negara berhadapan dengan harga murah minyak dunia tapi berlainan pendekatan,  yang satu jujur pada rakyatnya yang satu lagi culas atau terus berniaga dengan keringat rakyatnya. 

    Esok 01hb Oktober 2016 pemerintah Malaysia akan menaikkan kadar harga di stesen minyak sebanyak RM0.10, seperti jadual dibawah :-

    RON95 : naik 10sen (RM1.80 seliter)
    RON97 : naik 10sen (RM2.15 seliter)
    DIESEL : naik 5 Sen (RM1.76 seliter)

    Tapi negara jiran Indonesia, 

    Sedang di negara jiran, Indonesia pemerintah negara itu telah sepakat menurunkan harga minyak (BBM) di stesen stesen minyak berdasarkan harga pasaran minyak dunia yang semakin merudum.

    Seperti jadual dibawah :-

    BBM Premium : turun Rp300 menjadi Rp6150 sebelum ini harganya Rp 6450/Liter

    Kawan kawan nampak tak? sudahlah sebelum ini masyarakat Malaysia terhimpit dek kegagalan perlaksanaan GST ditambah lagi dengan pengurusan atau pentadbiran yang tidak telus. 

    Ahli ahli UMNO pergilah, ajak sekali si Jamal tu untuk berdemonstrasi bagi mendesak pemerintah supaya bersikap lebih telus dalam mengurus harta rakyat. Jangan hanya tahu jaga kumpulan baju kuning yang sikit pun tidak merugikan rakyat dan negara tu. Berbanding kebobrokan kerana kegagalan mengurus baik kebajikan rakyat.

    Inilah kita ni dibilang pakar ekonomi, sama juga ceritanya dengan kumpulan individu yang didakwa pakar ketika mengulas kehilangan pesawat MH370 tapi akhirnya terbukti cakap cakap kosong, gaya saja yang lebih. 

    Itulah lain kali jangan perlekehkan mana mana rakyat, bila bercakap satu satu isu, kononnya tidak tahu apa apa tapi berlagak pakar, sekejap pakar angkasawan sekejap lagi kononnya pakar ekonomi. Nah sekarang apa jadi, bukankah rakyat juga yang menanggung bebannya?

    #politikbolos #sabahubah 

    Sebenarnya Musa Ketakutan – GAUM 

    Siapa bha si Zulkarnain ni yang memartabatkan dirinya sebagai Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM) tu. Macam pula dari spesis yang tidak ada semangat nasionalisme. Tidak ada perkara lain yang dia fikirkan selain Musa Aman yang perlu diselamatkan. Kerana itu terpaksa menggigit kuat Datuk Shafie Apdal.

    Bab UMNO yang telah merosakkan kehidupan ramai masyarakat Sabah tidak pula dia ambil peduli. Sabahan tahu UMNOlah yang bertanggungjawab memutihkan pendatang. Begitu juga dengan kemiskinan, siapa yang sengaja menjadikan masyarakat Sabah terus berada di takuk lama supaya terus taat kepada UMNO. Walhal Sabah adalah antara negeri terkaya di Malaysia dan menjadi simpanan tetap BN?

    Seperti contoh pemberian royalti minyak 5%, walaupun sudah berdekad orang Sabah meminta supaya kadar royalti dikaji semula tapi ditolak mentah mentah oleh Ketua Menteri Sabah. Jadi macam mana Sabah boleh maju, kalau sumber pendapatannya disembunyikan oleh UMNO, kalau ada pun yang terlepas licin di vakum oleh pentadbiran negeri. Hemmm. Dalam hal ini tidak pula si Zulkarnain bermulut lancang atau pergi membuat laporan Polis.

    Begitu juga insiden penculikan yang kerap berlaku dan lebih mustahak berbanding pembangunan dan kepartian semata-mata. Tapi tidak pula si Zulkarnain ni mempersoalkannya.

    Berbalik pada kenyataan manusia yang tidak ada semangat nasionalisme itu. Konon tindakan bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengambil alih parti yang sedia ada bukan perkara yang luar biasa dan perlu digeruni.

    Kalau tidak takut atau gerun kenapa lagi bercakap pada media. 😉

    Hakikatnya Datuk Shafie Apdal, telah berjaya menarik ramai masyarakat Sabah untuk berjuang bersama sama, bagi membebaskan diri dari kezaliman UMNO. Lihat pemimpin muda PKR daripada Penampang. MP Darell Leiking, beliau meninggalkan PKR kerana dia nampak kesungguhan Datuk Shafie Apdal dalam memperjuangkan nasib negeri bangsa Sabah.

    Hanya si Zulkarnain seorang yang buta mata dan hati, tidak ada benda lain yang dia nampak selain Musa Aman aka UMNO yang semakin hari semakin ditolak oleh masyarakat Sabah.

    Selepas itu kalau mengikut si Zulkarnain, hanya kerana ROS membenarkan parti sedia ada diambil alih oleh Datuk Shafie Apdal, maka telah menunjukkan betapa suburnya demokrasi Malaysia. Maka UMNO wajar di puji? alahai Zulkarnain. Perlembagaan sudah lama membenarkannya dan lerlembagaan ini bukannya milik UMNO.

    Jadi tidak timbul persoalan subur atau tidak demokrasi di Malaysia hanya kerana Datuk Shafie Apdal telah mengetuai parti yang sedia ada.

    Berhubung jawatan Menteri KKLW yang pernah disandang oleh Datuk Shafie Apdal tapi dipersoalkan oleh si Zulkarnain. Kerana kononnya gagal memajukan Sabah. Dakwaan ini tidak ada kebenarannya. Begini kemajuan yang telah dicapai oleh masyarakat luar bandar, adalah hasil kerja Datuk Shafie Apdal semasa meneraju KKLW. Lihat beribu rumah PPRT telah berjaya dibina. Begitu juga dengan rangkaian jalan raya desa telah terbina banyak berbanding sebelum sebelum ini. Sewaktu Kementerian KKLW diterajui oleh orang lain.

    Berhubung pinjaman MARA yang kononnya tidak dimanfaatkan oleh Datuk Shafie Apdal ketika duduk sebagai Menteri KKLW. Ini juga dakwaan yang tidak ada kebenarannya. Ini si Zulkarnain, semacam ada penyakit mental.

    Tahukah si Zulkarnain tanpa Datuk Shafie, Pejabat atau Cawangan MARA yang bertanggungjawab mengurus pinjaman, tidak akan ada di hampir setiap Bandar di negeri Sabah. Begitu juga dengan pemberian biasiswa MARA, ramai anak anak Sabah yang telah mendapat manfaatnya.

    Sebagai makluman khususnya pada jentera politik Musa Aman, seperti mana Brother Zulkarnain ni. Hakikatnya selama Datuk Shafie Apdal berada diluar UMNO, ada ramai ahli UMNO dan pengundi atas pagar yang menyokong perjuangan Datuk Shafie Apdal. Kerana mereka tahu, siapa yang benar, siapa yang salah. Ramai dari mereka yang tidak sabar sabar menanti kehadiran pilihanraya yang ke 14. Ditambah dengan adanya spesis seperti si Zulkarnain ni, semakinlah orang Sabah meluat pada UMNO aka Musa Aman.

    #politikbolos #sabahubah 

    30 Ribu Resit Mykad Diberikan pada PTI Tawau?

    Benar sangat kah dakwaan masyarakat, kata mereka JPN telah mengeluarkan sebanyak 30 ribu resit Mykad pada PTI sekaligus menjadi pengundi yang bertujuan untuk mengekalkan kemenangan UMNO di PRU akan datang. Terutamanya di kawasan atau DUN baharu yang telah dikenal pasti.

    Gerakan itu sedang aktif di pantai timur Sabah khususnya di daerah Tawau.

    Ini admin mahu cakap ini. Kalau hanya kerana pilihanraya maka UMNO sanggup mengkhianati hak asasi masyarakat Sabah, maka sesungguhnya UMNO adalah parti yang tidak bermoral. Bolehlah selepas ini masyarakat Sabah menganggap pemimpin atasan UMNO sebagai pengkhianat kepada bangsa Malaysia.

    Pada admin kan tidak salah memutihkan pendatang tapi biarlah mengikut saluran undang undang yang dibenarkan dan wajib dipatuhi, seperti perlu ada penjamin dan sebagainya. Tapi kalau macam keadaan sekarang, dimana Mykad boleh dimiliki dengan begitu mudah, macam kita membeli tiket bas, ini sudah keterlaluan.

    Dalam hal ini, sekali lagi Datuk Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah wajar dipertanggungjawabkan. Kenapa kah pengkhianatan seperti ini terus dibiarkan berleluasa di negeri Sabah. Hanya kerana ingin mempertahankan UMNO. Yang lain sebagai Menteri Federal sama ada yang terdahulu atau yang ada sekarang seperti Salleh Said dan Abdul Rahman Dahlan kita tidak boleh terlalu menyalahkan mereka walaupun sebenarnya mereka tahu, kerna mereka tidak ada keupayaan atau kuasa eksekutif untuk menghalang.

    Ketua Menteri Sabah kena fikirkan kesan negatif dari kegiatan ini, kegiatan ini jelas tidak bermoral yang telah mengundang amarah ramai masyarakat Sabah. Dan kalau perkara ini terus dibiarkan ia mampu mengundang ketidakhormian dikalangan masyarakat Sabah khususnya. Nah suka admin ingatkan, tidak mustahil apa yang terjadi di Myanmar akan satu hari berlaku di negari Sabah. Kawan kawan tengok saja ya.

    Dan anda penyokong atau ahli UMNO, tak kan tengok saja. Pergilah bersuara, nyatakan ketidakadilan yang kini menimpa masyarakat Sabah, pada Ketua Menteri Sabah, berani kah?. Atau lagi suka, bolehlah selepas ini mengaut lebih projek. Kerana UMNO akan terus diberikan mandat melalui undi “hantu”.

    Tapi kalau takut, iya tidak apalah, tapi jangan pula selepas ini menyalahkan pemimpin pemimpin parti bukan kerajaan, khususnya Datuk Shafie Apdal ya. Sebab kononnya hanya sibuk dengan 1mdb, sedang masalah pendatang dilihat sebelah mata atau didiamkan.

    Kerana admin sudah mengkhabarkan disini perihal apa yang berlaku diluar sana. Dimana UMNO sedang membuat perkara sumbang. Kini terpulang pada anda sebagai ahli UMNO Sabah. Ok? apa yang pasti admin yakin pada kali ini masyarakat Sabah akan menolak UMNO.

    #politikbolos #sabahubah 


    Biar Ku Menjadi Lilin – DSSA

    Lagu ini Datuk Shafie Apdal sendiri yang kirim pada satu Group Whatapps dimana saya adalah antara admin pada group berkenaan. Kebetulan beliau kirim sejurus admin melontarkan komen.

    Tujuannya untuk memotivasikan kamu. 

    Hakikatnya lagu itu cukup menggambarkan siapa diri beliau persis dari konteks perjuangannya. Maka itu admin terfikir untuk membuat satu slide video dengan memasukkan beberapa gambar yang melibatkan dirinya. Gambar gambar ini admin yang ambil sendiri dan ada di antaranya bertarikh tahun 2010 atau 2011.

    Hayati lagu ini, amat mendalam. 😑

    #politikbolos #sabahubah 

    Musa Aman Baik Letak Jawatanlah – Culik dan Rompak Terbaru 

    Gambar Hiasan

    Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun, mengesahkan seorang juragan kapal pukat tunda diculik jam 9.30 malam tadi di perairan Pulau Gaya, Semporna.

    Beliau juga mengesahkan kejadian rompak membabitkan sekumpulan nelayan di perairan Tungku, Lahad Datu jam 10 malam tadi, dipercayai dilakukan oleh kumpulan penjenayah sama yang menculik diperairan Semporna.

    Sebelum ini admin sebagai masyarakat ada membuat gesaan supaya Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pertahanan meletakkan jawatan. Kerana gagal menjaga baik rakyat Malaysia umumnya khasnya masyarakat Sabah :- 

    Ketua Menteri dan Menteri Pertahanan Letakkan Jawatan 

    Dan untuk kali yang seterusnya rentetan insiden terbaru ini. Wajar sangatlah Ketua Menteri Sabah meletakkan jawatan. Terlalu gagal sebagai pemimpin kepada masyarakat Sabah khususnya.

    Untuk makluman jawatan Ketua Menteri Sabah adalah merangkap Pengerusi Keselamatan Negeri Sabah dan kejadian culik seperti ini sudah berlaku beberapa kali, kalau admin tidak silap ini yang ke enam atau ke tujuh kali.