Darell Leiking Perlu Bertanggungjawab Pada Masyarakat Penampang

Sebelum ini MP Pembangkang yang juga Timbalan Presiden parti Warisan, Darell Leiking mendesak agar BN di Penampang bersikap jujur pada masyarakat di daerah itu. Ini kerana menurut Darell Leiking, BN di Penampang telah menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM5 juta dari Federal.

Dengan erti kata lain, selepas ini jangan lagi ada dikalangan masyarakat Penampang yang berharap padanya selaku MP Pembangkang. Sebab dia tidak memegang sebarang peruntukan.

Ertinya juga telah terbongkar selama ini yang menyediakan kemudahan pada masyarakat Penampang ialah BN. Darell Leiking selaku MP hanya seronok menerima gaji beribu dari pemerintah.Nampak?

Kalau begitu keadaannya, sebaiknya pada pengundi Sabah umumnya, khasnya di Penampang jangan lagi mengundi calon dari mana man parti pembangkang atau Bebas pada PRU yang akan datang. Tidak ada juga faedahnya, buang masa. Bila tidak dapat membantu, begitu mudah mereka menuding pada pemerintah. Walhal bukan pembangkang tidak tahu, sampai bila pun orang Sabah tidak akan memberikan peluang pada pembangkang untuk mengetuai mereka. Ingat tu!

Berbalik pada dakwaan kononnya BN Penampang telah menerima peruntukan sebanyak lima juta dari Federal. Dakwaan itu telah dinafikan oleh Setiausaha BN Penampang, bahwa Darell Leiking telah memfitnah, dimana mereka tidak menerima peruntukan sebanyak itu. Prasarana yang dibina di Penampang seperti Projek tambatan banjir, Bangunan Mahkamah di Penampang, SMK Kipouvo serta Klinik kesihatan dan banyak lagi. Tidak terkecuali pemberian BR1M. Adalah atas usaha gigih mereka berurusan dengan pihak yang bertanggungjawab sehinggalah ia menjadi kenyataan.

Selayaknya sebagai wakil rakyat, Darell Leiking harus mencari inisiatif termasuklah menggunakan gajinya untuk membantu mereka yang memerlukan. Bukannya selamba menuding pada pihak musuh. Hemmm!

Kesimpulannya, mohon pada pihak Warisan itu untuk membidas balik penafian dari Setiausaha BN berkenaan. Jangan menikus!

Dakwaan Peguam Negara Bahwa Saman DoJ Berbaur Politik Adalah Benar

Yang dimaksudkan oleh Peguam Negara, Apandi Ali bahwa tindakan terbaru DOJ lebih kepada agenda politik atau berbaur politik ialah ini kerana umum tahu syarikat 1MDB adalah milik kerajaan Malaysia tapi saman sivil DOJ ditujukan pada aktiviti Jho Low, selepas Jho Low  menyeleweng dana dari 1MDB tapi pada masa yang sama ia dikaitkan dengan kerajaan Malaysia. Kalau begitu sepatutnya saman sivil berkenaan ditujukan pada kerajaan Malaysia melalui Peguam Negara Malaysia. Adil kah?

Andai saman itu dikemukakan pada kerajaan dapatlah peguam negara menyatakan kedudukan yang sebenarnya. Bukan hanya mendengar kenyataan fitnah dari sebelah pihak yang berniat jahat.

Berhubung gesaan pengarah komunikasi PKR supaya kerajaan Malaysia mengambil tindakan diplomatik terhadap Amerika adalah gesaan yang kurang cerdik. Ini kerana isu yang menjadi percanggahan ialah saman atau tindakan undang-undang yang dikemukakan itu datang dari badan berkecuali iaitu badan keadilan Amerika (badan yang menyiasat penyelewengan kewangan) bukannya saman sivil dari White House atau kerajaan Donald Trump.

Begitu juga dengan kenyataan politik daripada Lim Kit, DAP bahwa kononnya berbaur politik atau tidak bukannya urusan Peguam Negara adalah tidak tepat. Ini kerana antara bidang tugas Peguam Negara ialah memastikan semua  tindakan undang-undang berada diatas landasan yang betul atau mengikut prosedur. 

Peguam Negara, Apandi hari ini dilaporkan berkata tindakan DoJ mengemukakan saman sivil terbaharu untuk merampas tambahan aset AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang didakwa diperoleh dengan dana yang digelapkan oleh Jho Low dari 1MDB adalah bersifat politik.

Jadi pembangkang kena faham, badan keadilan Amerika adalah badan bebas yang boleh saja dipengaruhi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

#BNforSabahan

DOJ Mengkantoikan Pembangkang! 

Portal Malaysiakini melaporkan jawapan balas DOJ terhadap kenyataan Datuk Abdul Rahman Dahlan melalui email kepada mereka. DOJ Jawab kenyataan Rahman Dahlan 

Sebelum ini Datuk Abdul Rahman Dahlan mempersoal keikhlasan DOJ bila mana DOJ seolah olah menggambarkan isteri PM Najib Razak terlibat dalam salah laku jenayah dengan mengaitkannya dengan berlian yang didakwa dibeli menggunakan dana dari 1MDB. Sedangkan DOJ tidak berniat untuk merampasnya.

Kerana jawapan itu dari badan keadilan Amerika (DOJ) maka Malaysiakini tidak berani mengubah maksudnya walaupun selepas diterjemah ke bahasa Malaysia. Walhal matlamat utama Malaysiakini mendedahkan  jawapan itu kepada umum adalah untuk menambah persepsi buruk rakyat terhadap PM Najib Razak. Dengan harapan pembaca tidak mampu membuat penilaian dengan baik memandangkan Malaysiakini adalah portal yang diketahui mengkritik kerajaan BN.

Tapi cuba fahami kesimpulan dari jawapan balas DOJ ini,

Menurutnya, tiada kesimpulan yang sepatutnya dibuat, dalam apa cara sekalipun, tentang status individu-individu atau entiti-entiti, hanya kerana mereka dinamakan dalam dokumen.

Jelas DOJ sendiri tidak berani membuat tuduhan melulu atau tanpa bukti yang kukuh walau sekalipun nama mereka ada disebut di dalam laporan mereka. Bermaksud tuduhan pihak pembangkang yang kononnya PM Najib Razak atau Datin Rosmah terbabit dalam skandal 1MDB adalah propaganda pembangkang semata-mata, DOJ sendiri tidak pernah membuat tuduhan. Faham!

Akhirnya DOJ mengkantoikan pembangkang tanpa mereka sedari. 

#BNforSabahan 

Published
Categorized as 1MDB, BN

Datuk Masidi Manjun – Cukai Pelancongan Dinilai Secara Teliti

Sebelum pengenalan cukai pelancongan menjadi isu diantara Federal dan Sarawak. Menteri Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun telah pun membuat kenyataan awal bahawa  cukai pelancongan akan dibawa ke pengetahuan kabinet untuk dibincangkan sekaligus bagi mencari jalan penyelesaian. 

Tidak seperti yang didakwa oleh pihak pembangkang, kononnya BN atau Menteri Sabah hanya bertindak atau bersuara selepas  Menteri Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bertegang urat dengan Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Nazri Aziz. Ini  dakwaan yang tidak benar dan berniat jahat. 

Sebagai masyarakat Sabah, kita patut berbangga dengan adanya pemimpin pemimpin BN Sabah yang berkualiti. Adakala tidak bersetuju tapi dalam masa yang sama memikirkan kebaikan disebalik perbezaan. Tidak seperti pembangkang, melihat perbezaan benar benar negatif selagi tidak menguntungkan mereka secara peribadi. 
Hakikatnya selama ini banyak perkara yang jelas bertentangan dengan undang-undang negeri tapi bila dilaksanakan tidak pula ia merugikan masyarakat Sabah. 

Hari ini kementerian pelancongan Sabah yang diketuai oleh Datuk Masidi Manjun berjanji ini akan melihat perkara ini atau cukai pelancongan secara teliti.

#BNforSabahan #UMNOBN

Published
Categorized as BN, Sabah

Syed Saddiq Buat Laporan Polis Keatas PM Najib Razak? 

Kerana Syed Saddiq (PPBM) sangat percaya dengan apa pun yang dilaporkan oleh Sarawak Report, seperti laporan terbaru kononnya Tan Sri Shafee Abdullah telah menerima wang sebanyak 9.5 juta dari PM Najib Razak. Maka tanpa berfikir panjang dia membuat laporan Polis terhadap Presiden UMNO. 

Ini kerana menurut Syed Saddiq, sebelum ini Tan Sri Shafie Abdullah adalah peguam  pilihan yang ditugaskan untuk mendakwa Datuk Anwar Ibrahim hingga berjaya disabitkan sebagai pesalah atau peliwat. 

Admin mahu tanya, adakah perbuatan itu salah di sisi undang undang? Lainlah kalau Tan Sri Shafee Abdullah itu seorang Hakim dan bukan kah selama ini setiap peguam menerima sejumlah bayaran dari pelanggannya. 

Kerana percanggahan diatas lah kot, kenapa portal FMT menarik balik artikel mereka yang bertajuk Syed Saddiq membuat laporan polis mengenai 9.5 juta. Sebab risau kalau mendapat cemuhan dari natizen sebagai editor Tiong ya? 🙃

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang

Cawangan UMNO Balimbang Gesa Presiden Warisan Bersuara – Gambar Kiram 

Seperti yang admin sebutkan sebelum ini, adalah tidak logik, orang lain punya masalah tapi orang lain yang beriya iya. Sedangkan isu yang dibangkitkan memerlukan tuntutan penjelasan dari empunya diri. Apa lagi individu yang mengambil peranan itu adalah individu yang sebelum ini mengkritik pedas keterlibatan Presiden Warisan, Datuk Shafie Apdal rentetan insiden pencerobohan di Lahad Datu yakni Darell Leiking yang juga merujuk gambar yang sama sebagai modal politik. Hemmm

Sebelum ini Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking membidas persoalan yang dibawa oleh Datuk Ainal Abdul Fattah. Berkenaan gambar yang melibatkan Datuk Shafie Apdal bersama Esmail Kiram III. Dimana Darell Leiking hanya melihatnya dari konteks gambar, siapa dan dimana majlis itu berlangsung. Lepas itu dia mempertahankan hujahnya dengan membuat persoalan, kalau benarlah Presiden Warisan, Datuk Shafie Apdal ada sebarang hubungan dengan Kesultanan Kiram, kenapa konok tidak ada siasatan yang juga akan melibatkan PM Najib Razak selepas insiden pencerobohan di Lahad Datu. Kerna Datuk Najib Razak juga ada bergambar dengan Esmail Kiram. 

Darell Leiking kena faham gambar itu dirakam sebelum tercetus insiden pencerobohan di Lahad Datu dan belum ada agenda Sabah Ubah yang diperkenalkan oleh Warisan. 

Sedangkan yang ingin diketahui oleh masyarakat ialah apa hubung kaitnya slogan Sabah ubah yang dibawa oleh parti Warisa dan gambar Presiden Warisan bersama Kesultanan Kiram memandangkan pada tahun 2013 telah berlaku pencerobohan di Lahad Datu yang di dalangi oleh Kesultanan Kiram, berniat untuk menuntut sebahagian negeri Sabah.

Kerna itu Ketua Cawangan UMNO Balimbang, Datuk Ainal Abdul Fattah tampil buat kali yang kedua, menuntut penjelasan dari isu sama. Kerana jawapan Darell Leiking itu kalau ibarat ubat tidak mujarab.

Ketua Cawangan UMNO Kampung Balimbang, Semporna juga abang kepada Biro Penerangan Warisan Semporna, Datuk Hisham Abdul Fattah memohon pencerahan dari empunya diri atau Presiden Warisan?

Warisan Meniru Perjuangan BN Sabah -MA63

Umum tahu Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman sedang aktif memperjuangkan hak hak Sabah berdasarkan perjanjian 1963. Untuk itu beliau telah membentuk jawatankuasa bertindak yang diketuai Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang. Klik link ini Musa ajak pembangkang berbincang 

Tapi tanpa sebab sebab yang munasabah Warisan pula mengikut jejak BN Sabah. Sedangkan  sejak dari awal penubuhan Warisan, mereka hanya  bercakap mengenai GST dan 1MDB. Walaupun pemerintah telah memberikan pencerahan yang cukup jelas. 

Alsebab itulah hanya selepas beberapa bulan baru kita mendengar cerita dimana Warisan yang diwakili oleh Bendahari Agung Warisan, Yb Terence Siambun hadir di program MA63 Talk yang diketuai oleh Tuan Zainnal Ajam ia diadakan di Petagas, Kota Kinabalu.

Sebelum ini Warisan menerima banyak kritikan sekaligus desakan, dimana masyarakat politik Sabah ingin mengetahui sejauh mana Warisan mampu mengotakan janji mereka. Seperti contoh menunaikan janji royalti minyak sebanyak 20% dan sebagainya. Sedangkan dalam masa yang sama Warisan tidak akan berkerjasama dengan parti parti pembangkang daripada Semenanjung. Klik link dibawah dibawah.

Janji janji Warisan untuk orang Sabah

Isunya apa  yang diperjuangkan oleh Warisan dari konteks perjanjian 1963 sedangkan BN telah memulakannya. 

Untuk membuktikan bahwa sahnya Warisan ikut ikutan ialah sebelum ini semasa Presiden Warisan menjadi pemimpin BN, beliau sendiri yang menidakkan kewujudan perjanjian 1963 atau 20 perkara. 

Kalau juga bunyinya sama maka adalah lebih baik Warisan menyahut seruan Ketua Menteri Sabah agar  duduk semeja memperhalusi tuntutan yang akan menguntungkan masyarakat Sabah. Tidak usahlah Warisan terlalu mempolitikkan perjanjian 1963 yang pada hakikatnya hanya memerlukan sedikit penambahbaikan. Hemmm 
Sebelum ini bila BN menghapuskan sistem kabotaj, Warisan yang mendabik dada kononnya  ia hasil perjuangan mereka. Nah sekarang macam mana kini  Warisan meniru langkah bijak BN di dalam memartabatkan bangsa Sabah? 

#BNforSabahan #UMNOBN

Program Jelajah USBO – Batu Sapi 

Wah hari ini USBO, Pandikar Amin  berada di Batu Sapi, Sandakan bagi menjalankan program perhimpunan bersama rakyat atau  jelajah USBO. 

Disahkan jumlah kehadiran cukup mengujakan mencecah 20 ribu orang. Berbanding jelajah yang dianjurkan oleh parti  Warisan sebelum ini. Orang kata macam langit dengan bumi. 

Untuk makluman program jelajah USBO bermula di daerah Kudat. Disana USBO juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari masyarakat setempat. Klik link dibawah, 

Kekuatan Warisan terus dicabar

USBO adalah NGO yang pro BN. 

#BNforSabahan #UMNOBN 


Selepas Artikel dan Pendedahan Dr Jeffrey Kini Warisan Flip Flop 

Selepas Dr Jeffrey mendedahkan adanya hubungan politik di antara Warisan dan PPBM sebagai parti dari Semenanjung. Dan beberapa artikel yang mendedahkan hal yang sama, maka kini nada politik Warisan terus berubah. Klik link ini, Warisan perlu lebih bertanggungjawab dan Janji janji Warisan untuk orang Sabah 

Kerana itu Warisan melalui Naib Presidennya, Junz Wong yang dipaparkan melalui akhbar tempatan Sabah mengakui bahawa Warisan perlu ada hubungan yang baik dengan parti parti daripada Semenanjung atau Federal, supaya nanti kononnya memudahkan mereka membuat tuntutan berhubung hak hak Sabah. (Cepatnya berubah, rupanya hujah politik mereka selama ini, cakap dulu baru fikir)

Tapi kenapa kenyataan Naib Presiden Warisan itu bertentangan dengan ketegasan Presiden Warisan dimana Warisan berkeras tidak akan menjalinkan hubungan politik dengan parti parti daripada Semenanjung. Seperti mana artikel ini sila klik  Alasan kenapa Warisan tidak mahu berkerjasama dengan parti parti daripada Semenanjung.

Ini juga membuktikan pendekatan yang dipraktikkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dalam menuntut hak hak Sabah berdasarkan perjanjian 1963 adalah yang terbaik dan berkesan. Klik link ini, Musa ajak duduk semeja bagi membincangkan tuntutan 1963

Kesimpulannya menyedari sambutan masyarakat keatas Warisan semakin hari semakin hambar memaksa Warisan menjadi parti yang Flip Flop.

Tapi boleh pakai kah parti yang baru berumur setahun jagung tapi sudah kenampakan ciri ciri parti yang tidak bertanggungjawab atau tidak  mampu menunaikan janji mereka?

Pembaca nampak tak, akhirnya usaha Warisan mempermainkan keintelektualan orang orang Sabah tidak menjadi dan terbukti pentadbiran BN dibawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Musa Aman di dalam memartabatkan perkara di dalam perjanjian 1963 adalah benar dan tanpa Warisan sedari, mereka mengakui kemampuan BN.

#BNforSabahan #UMNOBN

Alasan Warisan Tidak Berkerjasama Dengan Parti² Dari Semenanjung 

Warisan ketika berceramah di program Bicara Presiden di Kampung Benoni, Papar. Mendedahkan kenapa Warisan tidak mahu berkerjasama dengan mana mana parti politik dari Semenanjung;-

Sebab tidak mahu berkerjasama dengan parti parti seperti PPBM, DAP dan PKR adalah supaya kononnya tidak terikat apabila Warisan menuntut tambahan royalti 15% daripada Federal. Tapi,

Anda menuntut sesuatu dari satu pihak tapi anda tidak ada hubungan atau kerjasama yang baik dengan mereka. Boleh jalan kah? dari konteks ini lupakakn soal hak seolah olah royalti boleh dituntut begitu saja, sebab Petronas adalah aset negara walaupun pelantarnya terletak di perairan Sabah.

Persoalan kedua, andai pembangkang berjaya menawan Putrajaya atau Federal, adakah Federal pada waktu itu sanggup melayan kehendak Warisan. Sedangkan kita tahu Federal sebagai pusat pentadbiran akan melihat kepentingan negara melebihi agenda parti politik semata-mata. Kita ambil contoh negeri Kelantan, Kelantan adalah negeri yang diperintah oleh pembangkang sejak sekian lama dan dalam masa yang sama mereka menuntut lebih royalti minyak. Tapi adakah PAS berjaya menuntut bayaran atau royalti yang mereka mahu? paling pun hanya mendapat wang ehsan itu pun dikira cukup bagus sudah.

Nampak tak bagaimana Warisan cuba mempermainkan keintelektualan orang orang Sabah.

Kalau benar Warisan mahu menuntut royalti minyak 20% tapi tidak mahu berkerjasama atau terikat dengan Federal maka jalan terbaik ialah bawa Sabah keluar dari Malaysia atau jadikan Sabah sebuah negara. Kerana Sabah tidak boleh bertukar status menjadi sebuah negara melalui proses pilihanraya umum dengan demikian angan angan ingin menuntut lebih royalti tidak akan menjadi kenyataan.

Kawan kawan ini menunjukkan, ketegasan Warisan diatas hanyalah propaganda politik semata-mata untuk memancing kepercayaan masyarakat supaya menyokong Warisan.

Alsebab itulah mereka tidak berani menyahut cabaran agar tuntutan seperti ini dibukukan seperti mana buku jingga oleh PKR. Kerana mereka tahu ia tidak akan terlaksana dan dalam masa yang sama mereka mahu mengakalkan Warisan sebagai parti tempatan yang tidak ada hubungan politik dengan mana mana parti dari Semenanjung.

Klik link ini janji Warisan yang dicabar Janji Warisan Untuk Orang Sabah

#BNforSabahan #UMNOBN

Published
Categorized as BN, Warisan