Kiulu Dibawah BN Telah Membawa Banyak Kemajuan Hanya Warisan Yang Cetek

Kenapa kenyataan si Jo Anna macam orang yang baru berpolitik belum mampu membezakan mana baik mana tidak untuk masyarakat tapi hanya melihat politik dari konteks Presiden Warisan semata mata?

Si Jo Anna cuba menafikan sistem pentadbiran diantara negeri Sabah dan Federal (KKLW). Dia juga mahu masyarakat Kiulu menafikan kemajuan yang sedang dikecapi tidak datang dari kerajaan BN tapi dari Presiden Warisan yang dulunya berjawatan Menteri KKLW.

Nampak tak betapa jeleknya bila berpolitik pembangkang, mata hatijadi buta. Sistem pentadbiran kerajaan yang sebelum ini mereka akui kini mereka nafikan, mereka nafikan kebaikan atau kebijaksanaan parti yang bertanggungjawab menggubal undang-undang hingga menjadi sistem pentadbiran antara negeri dan Federal menjadi satu kelemahan.

KKLW adalah agensi kerajaan BN dari Federal yang telah dipertanggungjawabkan bagi memajukan kawasan atau daerah yang berada di luar bandar, seperti contoh daerah Kiulu. Nantinya agensi ini akan berkerjasama dengan kerajaan negeri atau Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman, bagi memastikan semua perancangan berjalan lancar. Walaupun semasa Presiden Warisan menjadi Menteri KKLW, dia tidak berapa menghormati kerajaan negeri. Sedangkan peruntukan kemajuan luar bandar Sabah berada di Kementeriannya.

Sebab itu tanpa mengira siapa pun Menteri KKLW, sama ada orang Sabah atau orang Semenanjung. Sudah menjadi tanggungjawab mereka menjayakan aspirasi masyarakat luar bandar.

Hasilnya daerah Kiulu yang diwakili oleh Yb dari parti BN itu mendapat kemajuan walaupun dinafikan oleh jentera Warisan si Jo Anna dengan alasan yang tidak masuk akal. Walau bagaimanapun tanpa Warisan sedari mereka telah mengakui akan kebaikan BN sebagai parti yang relevan untuk masyarakat Sabah.

Sebelum ini admin mengikuti jawapan dari
Parti Warisan Sabah semasa menjawab kenyataan balas oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kiulu Datuk Joniston Bangkuai pada Jumaat lalu.

Bahawa kononnya jawapan Yb BN itu cukup mengecewakan ini kerana projek RISDA iaitu penanaman pokok getah tinggi di Kiulu dilaksanakan oleh Shafie Apdal semasa menjadi Menteri KKLW.

Begitu juga kononnya dengan pembinaan jalan asas peringkat pertama / 5KM Gonipis-Poring. Serta bekalan elektrik di daerah Kiulu.

Walhal menurut Warisan, Datuk Joniston baru empat tahun menjadi Yb Kiulu.

Sekali lagi, kamu nampak betapa ceteknya politik Warisan?

Nah, pada masyarakat jangan kamu mudah dipesongkan oleh taktik bertaraf budak tadika pihak pembangkang. Hakikatnya pihak pembangkang tidak boleh menafikan sama sekali jasa BN sebagai parti yang telah membawa banyak kemajuan pada masyarakat Sabah khususnya di daerah Kiulu. Hanya kerana Presiden Warisan, Datuk Shafie Apdal pernah menyandang jawatan Menteri KKLW.

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakwarisan

Presiden Amerika, Donald Trump Tidak Menyakini DOJ! 

Admin pernah menulis sebelum ini, bahwa siapa tahu Badan Keadilan Amerika atau DOJ itu dipengaruhi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi melemahkan kerajaan yang ditadbir oleh PM Najib Razak Malaysia. Tapi diremehkan oleh penyokong pembangkang, kononnya jabatan DOJ itu bukan seperti badan yang ada di Malaysia boleh diganggu gugat. Hemmm

Tulisan itu juga menyokong Peguam Negara yang menafikan skandal 1MDB. Seperti mana link dibawah :-

Dakwaan Peguam Negara bahawa saman DOJ berbaur politik adalah benar. 

Nah hari ini kenyataan admin itu telah dibuktikan sendiri oleh Presiden Amerika Syarikat apa bila Donald Trump hilang kepercayaan atau tidak lagi yakin dengan keintegritian DOJ. Kerana sebelum ini DOJ dibawah pentadbiran Donald Trump lambat meluluskan larangan memasuki Amerika yang menjadi agenda Amerikan dan yang kedua DOJ meluluskan penyiasatan ke atas dirinya yang didakwa terlibat dalam komplot pilihanraya menyebabkan Donald Trump mendapat kemenangan sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Perselisihan itu telah mengundang amarah pihak tertentu lalu menghasilkan aksi satira dalam bentuk video dimana seolah olah DOJ akan mengenakan Donald Trump sehingga pengsan. 😅

Ini bukan perkara main main,  pembaca boleh google dan lihat sendiri perkembangan politik terkini Amerika, apa yang dihadapi oleh Donald Trump, sejak beliau memegang tampuk pemerintahan. Bukan hanya berperang dengan DOJ malah media gergasi dunia CNN. Adalah yang tidak kena tu kenapa Donald Trump bersikap sinis. 

Tidak Ada Sebab Kenapa Jufazli Perlu Berbangga!

Apa yang dibanggakan oleh si Jufazli tu, macam orang yang berjaya mengalahkan peninju dunia Manny Pacquiao.

Katanya dia menang kes keatas Ketua Menteri Sabah, isunya sudah masuk mahkamah kah, sudah ada perbicaraan kah. Berapa bulan sudah berjalan?

Tolong pesan pada si Jufazli, kalau benar dia mahu menjadi hero selepas memenangi kes di Mahkamah. Buat sekali lagi kenyataan yang menuduh pentadbiran negeri terlibat dengan itu ini. Berserta data atau dokumen yang boleh dianggap bukti. Biar selepas itu admin pula yang membuat laporan polis dan  seterusnya akan dipanjangkan. 

Kalau setakat kenyataan yang berbentuk lisan apa lagi dari orang seperti dia. Hemmm. Admin ingat buang masa saja menarik dia ke Mahkamah.

Admin tahu apa jenis bukti yang dia sedang pegang sebab itulah kononnya tidak ada pihak yang berani mengheretnya ke Mahkamah.

Untuk makluman bukti yang dia selalu laungkan atau maksudkan itu ialah kenyataan dari blog atau portal. Alsebab itulah  tidak ada sebab kenapa pihak negeri wajar menyibukkan diri hanya kerana melayan tuduhan dari sosok tubuh yang bernama Jufazli. Lebih baik angkut penulis blog atau portal yang menjadi sumber rujukan si Jufazli andai benar artikel berkenaan ada kebenarannya.

Hakikatnya si Jufazli tidak tahu apa apa, jadi jangan dia berbangga.

Percayalah tunggu saja beberapa hari atau bulan dari sekarang, pasti si Jufazli akan berhadapan dengan tindakan undang-undang. Apa bila kes yang dia palitkan telah diputuskan oleh pihak Mahkamah.

#BNforSabahan

Published
Categorized as BN, DAP

Nik Azmi/PKR Tidak Layak Mengkritik Tindakan Sarawak/Sabah Dari Konteks MA63 

Nik Azmi menerusi akuan Twitternya mempersenda tindakan kerajaan negeri Sarawak setelah menghantar rombongan peguam ke Kota London bagi memperhalusi perjanjian 1963. Dia kata, kalau kerajaan negeri Sarawak ikhlas tidak perlu ke Kota London, hanya perlu mendesak PM Najib Razak supaya mematuhi perjanjian 1963.

Tapi kalau ada yang mengikuti perkembangan politik PKR dan menyedarinya. Nik Azmi selaku barisan kepimpinan PKR sendirilah yang tidak ikhlas, cakap tidak serupa bikin.

Dulu semasa agenda buku jingga dibawa ke negeri Sabah untuk dijadikan umpan aka manifesto pilihanraya ke 13. Ada beberapa perkara yang dikaitkan dengan autonomi Sabah telah dibincangkan melalui konvensyen buku jingga dan dijanjikan akan dimasukkan di dalam Perlembagaan PKR tapi sehingga ke hari ini perkara (autonomi/borneonisasi) itu tidak termaktub dalam perlembagaan parti PKR. 😉

Lebih menarik janji buku jingga itu disaksikan sendiri oleh Datuk Kalakau Untol yang sekarang penyokong kuat parti Warisan. Kalau tidak percaya tanya empunya diri!

Antara agenda untuk Sabah sebelum PRU13 yang dijanjikan akan dimasukkan dalam buku jingga sekaligus dicatat dalam perlembagaan parti tapi janji tinggal janji ialah seperti dibawah:-

– Mengukuhkan autonomi Sabah dengan menyemak kembali perkara yang termaktub dalam Perkara 20 untuk memastikan sebarang tindakan bertentangan, dihenti serta merta.

– Menyempurnakan sebuah Suruhanjaya DiRaja bagi mencari menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin.

– Melaksanakan tuntutan kenaikan royalti minyak Sabah sebanyak 20 peratus dengan menandatangani perjanjian baru dengan kerajaan Persekutuan.

– Menubuhkan syarikat minyak dan gas yang dimiliki rakyat Sabah dengan modal awal berbayar RM1 bilion dan mewujudkan sebuah konglomerat antarabangsa yang dibimbing Petronas.

Itu admin katakan, Nik Azmi atau PKR tidak layak mencampuri sebarang usaha kerajaan Sarawak dan Sabah dalam mereka menuntut beberapa elemen di dalam perjanjian 1963.

Ini juga menunjukkan agenda parti Warisan yang menuntut borneonisasi melalui slogan Sabah Ubah atau Sabah For Sabahan tapi dalam masa yang sama berkerjasama dengan parti parti pembangkang dari Semenanjung seperti PPBM atau saja PKR adalah retorik semata-mata.

#BNforSabahan #UMNOBN

Cucu Tun Sakaran Tidak Mahu Dikaitkan Dengan Warisan! 

Ekoran tersebarnya rakaman video berdurasi 13 saat yang dipolitikkan oleh jentera Warisan. Dimana rakaman itu ada melibatkan muka Datuk Shafie Apdal, semasa hadir di rumah terbuka Datuk Nasir Sakaran di daerah Semporna. 

Pemangku Ketua Pemuda Bahagian Semporna, Ahmad Marzuki bin Datuk Nasir yang juga cucu Tun Sakaran tampil dan bertegas menolak provokasi itu yang bertujuan memecah belahkan kekuatan UMNO di daerah Semporna sekaligus tidak mahu keluarganya dikaitkan dengan mana mana pemimpin atau politik Warisan.

Nampak tak, sedangkan Ketua Pemuda Bahagian yang ada kaitan keluarga dengan Presiden Warisan, Datuk Shafie Apdal pun menolak mentah mentah perjuangan Warisan. Kerana Warisan adalah parti yang lahir dari kekecewaan dan tidak ada masa depan.

Jadi kamu yang tidak ada pertalian darah dengan Presiden Warisan tu. Malah tidak ada kualiti sebagai jentera parti, apa cerita. Belum nampak lagi kah masa depan Warisan, jangan kan orang luar sedangkan kerabat terdekat Datuk Shafie Apdal pun tidak menyokong parti Warisan ini termasuklah Tun Sakaran dan adik Presiden Warisan, Datuk Yusof Apdal.

Agak agaklah tak kan kamu tu lebih bijaksana dan berpengalaman dari kerabat yang menolak parti Warisan. Sedar diri sikit, berpolitik berpolitik juga tapi kalau setakat dijadikan alat, lebih baik kamu diam atau teruskan menyokong BN. Jangan gara gara kamu daerah Semporna akan terpinggir.

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakwarisan

Jentera Warisan Menghina Bajau Laut aka Mereka Yang Tinggal Di Perkampungan Atas Laut! 

Kalau ada lagi Bajau Laut atau mereka yang tinggal perkampungan atas laut, dimana pun mereka berada tapi tetap menyokong Parti Warisan memang benarlah mereka tidak ada harga diri. Dan mereka kena ingat,  kalau tidak ada harga diri, orang lain tidak akan sanggup menghargai mereka. Ingat tu! 

Baca tu, jentera rasmi Warisan walaupun sudah pencen dan tidak lagi relevan tapi sanggup menghina mereka yang di tinggal di atas laut. Walhal keluarganya sendiri masih ramai yang tinggal diatas laut, punyalah ego. Itu belum lagi jadi pemerintah, maka tidak hairanlah kalau selama ini masyarakat dari pantai barat Sabah seperti KDM menyimpan sentimen tertentu terhadap orang orang seperti ini yang kini menjadi jentera Warisan. 

Walhal sejak dari awal kemasukan UMNO ke Sabah sehinggalah Datuk Shafie Apdal mendapat pangkat Menteri kebanyakan pengundi Shafie Apdal di Parlimen Semporna adalah mereka yang tinggal di perumahan atas laut seperti Pulau Bum Bum dan perkampungan yang terletak di pinggiran tanah besar daerah Semporna. Walaupun selama itu jugalah mereka tidak mendapat pembelaan dalam erti kata yang sebenarnya, hanya diberi makan macam ayam peliharaan. Adapun projek dalam bentuk prasarana hanya dibolot oleh kroni yang pada PRU13 adalah penyokong tegar pembangkang. Pokoknya melalui politik Warisan teori, lain yang kerja lain yang mendapat gaji adalah sangat benar. Bikin kesian, hemmm.

Jujur admin katakan walaupun admin ni berbangsa Iban tapi agak terkesan dengan penghinaan keatas Bajau Laut aka mereka yang tinggal di atas laut. Fikir fikirkan! 

Jangan perjuangkan parti atau pemimpin yang tidak berani memperjuangkan anda, jauh sekali sanggup menghina kerja Tuhan. 

Beringat kamu, kepimpinan yang sudah teruji gagal walaupun bertukar kulit tidak akan mudah meraih kepercayaan dari orang ramai, jadi jangan jadikan diri anda korban. Lihat saja kenyataan dari jentera Warisan berkenaan,  menghina masyarakat seolah olah mereka datang dari bulan, mahu kah anda sebahagian daripada mereka? 

Lagi menghairankan admin,  kalau di Semporna tu mana ada Bajau yang berasal dari darat, semua juga berstatus Laut. Bikin pelik, memang susah kalau ego sudah menguasai diri hanya kerana politik, lupa diri dibuatnya. Jangan lupa asal usul, nanti anak cucu marah marah. 

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakwarisan

Ternyata Warisan Kemuflisan Modal Politik 😂

Tidak lama selepas admin menerbitkan satu entri berhubung tindakan kerajan negeri Sarawak yang menghantar sekumpulan peguam ke Kota London bagi memperhalusi perjanjian 1963. Dimana tindakan itu ada persamaan dengan langkah yang telah diambil oleh kerajaan negeri Sabah.

Sebab itu jangan ada pihak seperti parti Warisan mengambil kredit dari perkembangan itu, seolah olah kerajaan negeri Sabah tidak kisah dengan perjanjian 1963 berbanding kerajaan Sarawak malah Warisan itu sendiri.

Walaubagaimanapun sebentar tadi tanpa segan dan malu, Warisan melalui Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking mengeluarkan kenyataan rasmi atau mendesak supaya kononnya kerajaan negeri Sabah mengikut jejak kerajaan Sarawak berkenaan.

Itu yang admin katakan pada entri itu, pembangkang seperti Warisan sudah kemuflisan modal. Dan terbukti!

Tapi dalam hal menjaga kebajikan masyarakat yang berada di kawasan mereka, tidak pula kepimpinan Warisan mencari jalan penyelesaian, mentang mentanglah mereka bukan kerajaan. Tapi sebaliknya hanya tahu menyalahkan BN. 😂

#BNforSabahan

JalinLuin.com

Besar kemungkinannya dimana sekejap lagi parti pembangkang seperti Warisan akan mengklaim, bahawa kalau bukan mereka yang berpolitik agresif tidak kerajaan negeri Sarawak menghantar kumpulan peguam ke Kota London bagi memperhalusi perjanjian 1963. Bagi membuat persediaan sebelum kerajaan negeri mengemukakan tuntutan berdasarkan perjanjian 1963 ke pihak atasan atau kerajaan Persekutuan.

Atau paling tidak akan ada tu dikalangan penyokong totok pembangkang Sabah yang membuat perbandingan, kononnya Sarawak lebih tegas berbanding Sabah dalam usaha menuntut hak hak masyarakatnya berdasarkan 1963. 😉

Kerna itu kononnya akan selepas ini, kerajaan negeri Sabah mengikut jejak kerajaan Sarawak. (Kalau benar pihak pembangkang akan membuat kenyataan seperti diatas, nah nampak sangat sudah pembangkang kemuflisan modal)

Sebenarnya pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan Sarawak berkenaan adalah menyamai apa yang telah dilaksanakan sekaligus diusahakan oleh Datuk Musa Aman dibawah Kerajaan BN Sabah. Beliau telah membentuk jawatankuasa bertindak yang diketuai Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang bagi menuntut undang undang…

View original post 38 more words

Published
Categorized as BN

Sarawak Menghantar Rombongan Peguam Ke London & Sabah? – MA63

Besar kemungkinannya dimana sekejap lagi parti pembangkang seperti Warisan akan mengklaim, bahawa kalau bukan mereka yang berpolitik agresif tidak kerajaan negeri Sarawak menghantar kumpulan peguam ke Kota London bagi memperhalusi perjanjian 1963. Bagi membuat persediaan sebelum kerajaan negeri mengemukakan tuntutan berdasarkan perjanjian 1963 ke pihak atasan atau kerajaan Persekutuan.

Atau paling tidak akan ada tu dikalangan penyokong totok pembangkang Sabah yang membuat perbandingan, kononnya Sarawak lebih tegas berbanding Sabah dalam usaha menuntut hak hak masyarakatnya berdasarkan 1963. 😉

Kerna itu kononnya akan selepas ini, kerajaan negeri Sabah mengikut jejak kerajaan Sarawak. (Kalau benar pihak pembangkang akan membuat kenyataan seperti diatas, nah nampak sangat sudah pembangkang kemuflisan modal)

Sebenarnya pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan Sarawak berkenaan adalah menyamai apa yang telah dilaksanakan sekaligus diusahakan oleh Datuk Musa Aman dibawah Kerajaan BN Sabah. Beliau telah membentuk jawatankuasa bertindak yang diketuai Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang bagi menuntut undang undang yang mungkin ada pertindihan atau sebaliknya tapi sepatutnya diturunkan pada kerajaan negeri.

Untuk keterangan yang lebih lanjut, sila klik dua link dibawah :-

Musa Aman ajak pembangkang duduk semeja – MA63

BN lebih layak memperjuangkan MA63 

#BNforSabahan #UMNOBN

Darell Leiking Perlu Bertanggungjawab Pada Masyarakat Penampang

Sebelum ini MP Pembangkang yang juga Timbalan Presiden parti Warisan, Darell Leiking mendesak agar BN di Penampang bersikap jujur pada masyarakat di daerah itu. Ini kerana menurut Darell Leiking, BN di Penampang telah menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM5 juta dari Federal.

Dengan erti kata lain, selepas ini jangan lagi ada dikalangan masyarakat Penampang yang berharap padanya selaku MP Pembangkang. Sebab dia tidak memegang sebarang peruntukan.

Ertinya juga telah terbongkar selama ini yang menyediakan kemudahan pada masyarakat Penampang ialah BN. Darell Leiking selaku MP hanya seronok menerima gaji beribu dari pemerintah.Nampak?

Kalau begitu keadaannya, sebaiknya pada pengundi Sabah umumnya, khasnya di Penampang jangan lagi mengundi calon dari mana man parti pembangkang atau Bebas pada PRU yang akan datang. Tidak ada juga faedahnya, buang masa. Bila tidak dapat membantu, begitu mudah mereka menuding pada pemerintah. Walhal bukan pembangkang tidak tahu, sampai bila pun orang Sabah tidak akan memberikan peluang pada pembangkang untuk mengetuai mereka. Ingat tu!

Berbalik pada dakwaan kononnya BN Penampang telah menerima peruntukan sebanyak lima juta dari Federal. Dakwaan itu telah dinafikan oleh Setiausaha BN Penampang, bahwa Darell Leiking telah memfitnah, dimana mereka tidak menerima peruntukan sebanyak itu. Prasarana yang dibina di Penampang seperti Projek tambatan banjir, Bangunan Mahkamah di Penampang, SMK Kipouvo serta Klinik kesihatan dan banyak lagi. Tidak terkecuali pemberian BR1M. Adalah atas usaha gigih mereka berurusan dengan pihak yang bertanggungjawab sehinggalah ia menjadi kenyataan.

Selayaknya sebagai wakil rakyat, Darell Leiking harus mencari inisiatif termasuklah menggunakan gajinya untuk membantu mereka yang memerlukan. Bukannya selamba menuding pada pihak musuh. Hemmm!

Kesimpulannya, mohon pada pihak Warisan itu untuk membidas balik penafian dari Setiausaha BN berkenaan. Jangan menikus!

Dakwaan Peguam Negara Bahwa Saman DoJ Berbaur Politik Adalah Benar

Yang dimaksudkan oleh Peguam Negara, Apandi Ali bahwa tindakan terbaru DOJ lebih kepada agenda politik atau berbaur politik ialah ini kerana umum tahu syarikat 1MDB adalah milik kerajaan Malaysia tapi saman sivil DOJ ditujukan pada aktiviti Jho Low, selepas Jho Low  menyeleweng dana dari 1MDB tapi pada masa yang sama ia dikaitkan dengan kerajaan Malaysia. Kalau begitu sepatutnya saman sivil berkenaan ditujukan pada kerajaan Malaysia melalui Peguam Negara Malaysia. Adil kah?

Andai saman itu dikemukakan pada kerajaan dapatlah peguam negara menyatakan kedudukan yang sebenarnya. Bukan hanya mendengar kenyataan fitnah dari sebelah pihak yang berniat jahat.

Berhubung gesaan pengarah komunikasi PKR supaya kerajaan Malaysia mengambil tindakan diplomatik terhadap Amerika adalah gesaan yang kurang cerdik. Ini kerana isu yang menjadi percanggahan ialah saman atau tindakan undang-undang yang dikemukakan itu datang dari badan berkecuali iaitu badan keadilan Amerika (badan yang menyiasat penyelewengan kewangan) bukannya saman sivil dari White House atau kerajaan Donald Trump.

Begitu juga dengan kenyataan politik daripada Lim Kit, DAP bahwa kononnya berbaur politik atau tidak bukannya urusan Peguam Negara adalah tidak tepat. Ini kerana antara bidang tugas Peguam Negara ialah memastikan semua  tindakan undang-undang berada diatas landasan yang betul atau mengikut prosedur. 

Peguam Negara, Apandi hari ini dilaporkan berkata tindakan DoJ mengemukakan saman sivil terbaharu untuk merampas tambahan aset AS$540 juta (RM2.3 bilion) yang didakwa diperoleh dengan dana yang digelapkan oleh Jho Low dari 1MDB adalah bersifat politik.

Jadi pembangkang kena faham, badan keadilan Amerika adalah badan bebas yang boleh saja dipengaruhi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

#BNforSabahan