Pendedahan Taktik Kotor Shafie (Warisan) – Jumat

Lagi pendedahan dari pemimpin BN Sabah, Jumat Idris berkenaan sikap dan taktik kotor Presiden Warisan, Shafie.

  • Jumat Idris mendedahkan, berulang kali Shafie Apdal mengajaknya atau menawarkannya supaya turut menyertai Parti Warisan tapi kerana kesetiaan Jumat kepada Presiden UMNO dia menolak tawaran itu.
  • Menurutnya lagi kalau pun dia lompat parti atau menyertai Warisan (Shafie) itu bererti dia tidak lagi mewakili masyarakat Sepanggar kerana kemenangannya pada pru-13 adalah atas tiket BN.
  • Bukan macam si Darel, Junz, Terence dan Jaujan. Cakap temberang sahaja yang lebih, ingin mengubah nasib orang orang Sabah, sedangkan diri mereka sendiri jenis pemimpin yang tidak boleh dipercayai, pemimpin yang tidak konsisten pada perjuangan parti.
  • Warisan ingat masyarakat Sabah ni bodoh bodoh, tidak tahu dari mana datangnya kemenangan mereka pada PRU13 yang lepas iaitu atas kekuatan parti asal mereka seperti BN, PKR dan DAP dan bukannya atas kapasiti mereka sebagai calon. Perasan betul!
  • Moralnya Parti Warisan dipimpin oleh mereka yang kemarukkan kuasa hingga sanggup membuat apa saja asalkan nanti kuasa berada ditangan mereka. Inilah taktik yang digunakan oleh Shafie sejak bersama UMNO, lebih lebih lagi sekarang menjadi pembangkang di negeri Sabah. Hemmm
  • Sebab itu jugalah Parti Warisan tertubuh dari proses jual beli parti dari pemilik asal bernama si Fred. Ini termasuklah kehadiran pemimpin katak yang membarisi parti Warisan dipercayai juga melalui proses jual beli yang ditawarkan oleh mantan pemimpin UMNO (Presiden Warisan) dan bukan datang dari kesedaran diri mereka, seperti yang dilaungkan kononnya ingin memperjuangkan nasib orang orang Sabah melalui slogan Sabah Ubah. He!
  • Taktik terbaru yang bertiup sejak beberapa minggu yang lalu. Warisan berusaha memancing atau menawarkan sejumlah wang pada Pegawai Daerah (DO) untuk mewakili Warisan (calon) pada pilihan raya umum yang akan datang. Itu individu biasa menjadi jentera dan teringin menjadi calon hingga sanggup berpeluh merah ke hulu ke hilir, Warisan mahu jadikan mereka calon apa?
  • Membuktikan pengaruh atau perkembangan Warisan tidak datang dari keikhlasan dan kebijaksanaan parti Warisan sebagai wadah hingga berjaya memperdaya segelintir masyarakat tapi penggunaan taktik kotor oleh Ketua-ketuanya yang telah atau akan merosakkan pemikiran dan sikap masyarakat Sabah terhadap politik itu sendiri.

#BNforSabahan

Published
Categorized as BN, Warisan

Serangan Dr M Keatas Bekas Penolong Gabenor BNM Tidak Kena Tempat – Salleh Said

Ini memang win dan terkena batang hidung Dr M. 😁

  • Datuk Salleh Said menyifatkan serangan Dr Mahathir keatas Datuk Abdul Murad berhubung skandal Forex yang berjumlah 31.05 billion dan bukannya 5.7 billion adalah tindakan yang tidak kena pada tempatnya.
  • Kerana menurut Salleh Said, Abdul Murad hanyalah individu yang dipanggil sebagai saksi siasatan skandal Forex.
  • Sepatutnya Dr M menyalahkan Lim Kit Siang kerana selama tempoh 20 tahun pemimpin DAP ini mendesak agar Suruhanjaya siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan.
  • Betullah kadang-kadang faktor umur menyumbang kepada kegagalan berfikir dengan baik. Maksud admin, Dr M.
  • Semalam, Dr Mahathir meletakkan kesalahan berikutan kerugian itu ke atas Murad, dengan mendakwa bekas penolong gabenor BNM itu tahu tentang kerugian terbabit, namun memilih untuk berdiam diri dan hanya mendedahkan perkara yang diketahuinya itu baru-baru ini.
  • Salleh menyimpulkan bahawa Dr Mahathir kini memerlukan Kit Siang sebagai sekutu politiknya, manakala Kit Siang pula memerlukan Dr Mahathir untuk meraih undi Melayu, kedua-duanya membuat pusingan-U berhubung skandal forex.
  • “Tahap kepura-puraan yang ditunjukkan oleh Dr Mahathir dan Kit Siang menunjukkan bahawa mereka meletakkan kepentingan politik lebih tinggi daripada mencari kebenaran. “Bukankah Kit Siang yang menuntut kebenaran dan Dr Mahathir yang menyatakan beliau hanya mencari kebenaran?” Ujar Salleh

#BNforSabahan

Published
Categorized as BN, DAP, PH, PPBM

Benarkah Dr M dan Shafie Ingin Menyelamatkan Malaysia dan Sabah – Ramlee

  • YB DUN Bugaya yang juga Timbalan Ketua penerangan UMNO Sabah terus bangkit mengkritik pembangkang yang tampak semakin terdesak dan lemah.
  • Kali ini YB dun Bugaya, Ramlee Marahaban mengkritik balik Dr M yang beliau lihat sedang terdesak dan lemah. Terpaksa menggunakan kelebihan umurnya dalam mengkritik Putrajaya.
  • Dr Mahathir sebelum ini menuduh persempadan semula yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai ada kepentingan BN.
  • Sedangkan menurut Ramlee Marahaban, SPR adalah badan bebas dan sentiasa menjalankan proses persempadan pada bila-bila masa, dimana kepadatan penduduk menjadi faktor utama.
  • Ramlee berkata, Dr Mahathir adalah Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat untuk negara, selama 22 tahun sejak 1981. “Mungkin beliau tahu sesuatu yang kita tidak tahu tentang proses persempadanan semula oleh SPR,” katanya sambil menambah tiada bukti proses itu memanfaatkan BN.
  • Pembantu menteri kewangan itu juga hairan kenapa Dr M yang juga pengerusi PPBM dan PH merasakan dirinya layak bercakap mengenai demokrasi. Sedangkan semasa Dr M menjadi Perdana Menteri tidak ada kebebasan berpolitik malah memenjarakan musuh politiknya. Seperti yang berlaku pada pemimpin daripada Sabah, Dr Jeffrey Kitingan dipenjarakan hanya kerana menyuarakan perjanjian 1963 dan sudah tentu kebanyakan pemimpin pembangkang dari Semenanjung yang kini mewakili PH seperti Lim Kit Siang dan lain lain.
  • Ironinya dulu Dr M adalah Perdana Menteri daripada BN dan musuh ketat pembangkang tapi tapi hari ini beliau sebaris dengan pembangkang. Bikin lucu!
  • Setengah masyarakat Sabah melihat Dr M sebagai pengkhianat bangsa Sabah kerana bertanggungjawab memberikan IC projek tapi hari ini Dr M bekerjasama dengan pembangkang termasuklah parti Warisan yang mempersoal keputusan siasatan RCI pendatang di Sabah. Ini amat melucukan!. Ertinya BN juga yang terbaik senantiasa melihat hak rakyat Sabah secara konsisten.
  • Dr M meninggalkan UMNO pada Februari 2016 pada Ogos 2016 mereka menubuhkan PPBM kerana ingin menyelamatkan Malaysia atau Selamatkan Negara. Lucu!
  • Sama ceritanya dengan mantan Naib presiden UMNO Malaysia Shafie Apdal selepas digantung dia meninggalkan UMNO dan membeli parti yang bertapak di Sabah selepas itu dikenali sebagai Parti Warisan yang juga mendakwa ingin membela orang Sabah melalui slogan Sabah Ubah. Ini amat melucukan!
  • Terbaru Ramlee Marahaban mendedahkan antara sebab kenapa Shafie dipinggirkan daripada UMNO. Kerana Putrajaya terlalu banyak menerima aduan rasuah di Kementerian KKLW yang diterajui oleh Shafie.
  • Selain sebab diatas, menurut Ramlee Marahaban, Shafie Apdal mula mengkritik 1MDB selepas menyedari dia terlibat dalam rombakan kabinet pada tahun 2015. Maksudnya tu sebab Shafie mengkritik BN bukan kerana memperjuangkan Sabah tapi malu dipindahkan dari portfolio Kementerian KKLW. Alahai!
  • Berkenaan kenyataan Ramlee Marahaban terhadap si Ismaily, admin tidak mahu mengambil kesimpulan kerana sesungguhnya si Ismaily dua kali menyorongkan dirinya sebagai calon di pilihan raya umum, dua kali itu juga dia hilang wang pertaruhan. Jadi dimana kredibiliti si Ismaily ya?
  • Shafie adalah pemimpin yang tidak boleh menilai sekaligus menerima kelebihan atau kebaikan orang lain kerana itu juga dia tidak reti menghargai orang lain. Kerna Shafie ni jenis pemimpin yang pendendam maka dia senantiasa takut pada bayang bayang politiknya. Shafie tu juga jenis orang yang mudah menelan fitnah dan seruan adu domba macam perangai budak budak Wechat.
  • Kalau kita melihat pada sedikit perjalanan politik dan keperibadian Shafie dan Dr M diatas benarkah mereka memperjuangkan Malaysia dan Sabah?

#BNforSabahan

Azwan Ali Lapor Penyelewengan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali 

  • Penafian apa lagi yang mampu dizahirkan oleh para penyokong PKR berhubung adanya aktiviti penyelewengan di negeri Selangor.
  • Sebab kali ini yang membuat laporan penyelewengan ke SPRM bukannya jentera BN bukan juga pemimpin BN bukan juga masyarakat biasa atau pengundi atas pagar tapi dari keluarga Menteri Besar Selangor Azmin Ali iaitu Azwan Ali.
  • Hari ini sekitar 10.05 Azwan Ali yang menaiki Toyota Alphard berwarna hitam hadir di pejabat SPRM Kuala Lumpur bagi membuat laporan penyelewengan yang melibatkan abangnya Menteri Besar Selangor, Azmin Ali
  • Dilihat juga Azmin Ali membawa sampul surat yang berisi bukti keterlibatan Azmin Ali dalam penyelewengan berkenaan.
  • Kita tahu pada 29 November 2017 anak buah Azmi Ali, Mohd Nuzul Fadli dan beberapa lagi individu telah dicekup sekaligus direman oleh SPRM selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penganugerahan melombong Pasir, Batu dan segala macam projek yang boleh menggunakan kelulusan Menteri Besar Selangor. Seperti yang dilaporkan blog Captain M Kondo anak saudara Azmin Ali
  • Ekoran itu SPRM telah menyiasat seorang Exco dan 14 lagi individu yang juga kakitangan kerajaan negeri Selangor.

#BNforSabahan

Mana Tanggungjawab Warisan Pada Mangsa dan Keadaan Banjir? 

1. Apa barang Warisan ni, kalau mereka yang bermasalah mereka sibuk memungut derma ke pelusuk desa. Tapi bila masyarakat ditimpa musibah, Warisan hanya tahu menangkap gambar bencana dan menyebarkan dokumen soal jawab di sidang Parlimen, sebagai bukti kononnya  telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai Yb dan pemimpin. Hemmm

2. Pada masyarakat jangan kamu terpancing ini  hanyalah sandiwara politik semata mata.

3. Jangan juga percaya dengan  alasan bodoh yang selalu mereka lemparkan.  Dimana kononnya Warisan belum menjadi kerajaan, sebab itu kononnya mereka hanya mampu bersuara. Jadi kalau begitu, bagaimana pula andai calon Bebas yang menjadi Yb yang tidak ada organisasi adakah kekurangan pemimpin Bebas ini boleh dimaafkan begitu saja? Bagaimana dengan gaji yang mereka dapat setiap bulan, kenapa diambil! Bagaimana mana dengan nasib pengundi  dikawasan mereka? 

4. Tapi sebagai masyarakat desak pemimpin pemimpin Warisan supaya berbelanja besar, kalau ada harta minta mereka gadaikan atau jual dan hasilnya digunakan untuk mengurus anda.

5. Perkara yang perlu diingat diandaikan pun mereka berjaya menjadi pemerintah, kumpulan pertama yang mereka akan jaga ialah kerabat dan kroni. Seperti sebelum ini hingga disiasat oleh SPRM.

#BNforSabahan

Shafie Apdal Menipu dan Berniat Jahat – Ramlee Marahaban

PETALING JAYA: Seorang pembantu menteri membidas Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal sebagai berniat jahat kerana kenyataan tentang unjuran hasil kerajaan negeri sebanyak RM4 bilion bagi 1978.

Pembantu Menteri Kewangan Datuk Ramlee Marahaban berkata Shafie berbohong apabila mendakwa hasil Sabah lembap sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

Beliau berkata semakan dengan jabatan arkib kementerian menunjukkan hasil negeri pada 1978 adalah RM479,027,790 manakala geran persekutuan, sumbangan dan pembayaran balik adalah RM45,790,248, menjadikan hasil keseluruhan tahun tersebut RM524,818,038.

“Saya ada rekod sejarah membuktikannya. Jadi dari mana Shafie Apdal dan bekas ketua akauntan negeri Ibrahim Menudin dapat angka RM4 bilion hasil pada 1978?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjawab laporan FMT semalam di mana Shafie mencemuh unjuran hasil kerajaan negeri bagi tahun depan, menganggapnya angka biasa.

Beliau berkata Ibrahim memberitahu angka sama pernah dicapai pada 1978, bererti hasil Sabah lembap sejak lebih 30 tahun lalu.

“Saya tak kagum, dan rakyat juga tidak kagum,” katanya.

Ramlee berkata dakwaan Shafie kononnya hasil Sabah pada 1978 ialah RM4 bilion adalah “ganjil”, memandangkan hasil kerajaan persekutuan pada 1981 ialah RM6 bilion lebih sahaja.

“Kalau Shafie mahu berbohong, sekurang-kurangnya cubalah berbohong secara pintar. Ada rekod sejarah di arkib yang tidak boleh dipertikaikan.

“Dia sama ada tidak mengulangkaji atau sengaja cuba memperdaya rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar yang beliau rasa mudah diperdaya,” katanya.

Adun Bugaya itu menambah kerajaan Sabah sekarang berjaya menambah baik ekonomi negeri sehingga 10 kali ganda sejak kerajaan Berjaya pada 1978.

Kementerian Kewangan Sabah, di bawah Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman, turut mencatatkan prestasi “sangat cemerlang”, di RM1.24 bilion hasil belanjawan pada 2001 berkembang kepada RM1.56 bilion pada 2003 dan RM2.33 bilion pada 2008.

Ia mencapai RM3.69 bilion pada 2012 dan melepasi paras RM4 bilion iaitu sebanyak RM4.58 bilion pada 2014, tambahnya.

Belanjawan negeri kekal konsisten pada paras RM4 bilion sejak 4 tahun lalu, katanya.

“Tambahan pula, harus diambil maklum kewangan Sabah di bawah pentadbiran Musa menghasilkan akaun berlebihan selama 16 tahun berturut-turut.

“Sila iktiraf kejayaan itu. Sekalipun Shafie enggan berbuat demikian, sekurang-kurangnya janganlah berbohong,” katanya.

Beliau turut menepis kenyataan Shafie mengatakan pertasi Sabah akan lebih baik dari yang dijanjikan kerajaan sekarang sekiranya diuruskan dengan betul.

“Shafie mahu jadikan Sabah seperti Singapura? Lucu. Dia tak mampu jaga satu kementerian pun semasa dia setia pada Barisan Nasional.

“Sekarang selepas dia tinggalkan semua yang beliau janji akan lindungi, bagaimana lagi mahu percayakan kata-katanya. Dia berbohong tanpa rasa bersalah pun,” katanya.

Sumber FMT.

PH Masih Bergelut Memilih Calon Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Gabungan pakatan pembangkang diterajui DAP dilihat masih bergelut untuk menamakan calon Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata kekeliruan dalam isu calon jawatan nombor satu negara itu dilihat semakin meruncing apabila Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau pemimpin paling dominan dalam gabungan pembangkang.

Bagaimanapun, Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, pada masa sama, pemimpin DAP sering membuat pengumuman dasar bagi pihak gabungan pakatan pembangkang.

“Nama (Datuk Seri) Anwar Ibrahim juga disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri tetapi individu lain yang akan mengisi jawatan Perdana Menteri sementara kerana beliau masih menjalani hukuman penjara,” katanya menerusi entri terbaharu di blognya, sskeruak.blogspot.my malam tadi.

Beliau merujuk kenyataan gabungan pembangkang yang akan mengumumkan calon Perdana Menteri sementara mereka pada bulan depan.

Salleh berkata, belum pernah ada gabungan parti yang begitu keliru mengenai calon yang akan diletakkan sebagai Perdana Menteri bayangan.

“Sepatutnya sekarang ini mereka juga sudah mempunyai Kabinet bayangan penuh. Tapi, pakatan (pembangkang) masih tidak mampu melakukan perkara mudah seperti ini,” katanya.

Sumber Berita Harian

Published
Categorized as BN, PH

Exco Selangor dan 14 Individu Disiasat oleh SPRM

  • Cerita rasuah terbaru di negeri pembangkang Selangor, seorang Exco kerajaan negeri dan 14 individu kini disiasat oleh SPRM
  • Beberapa dokumen berkaitan kes pemberian 153 lot, seluas 14.4 hektar tanah di kampung Sungai Yu turut dirampas dan dijangka SPRM akan memanggil lebih ramai individu bagi membantu siasatan
  • Itu menurut pengarah kanan siasatan SPRM, Simi Abdul Ghani.
  • Sebelum ini SELCAT mendakwa proses pemberian lot berkenaan tidak mematuhi syarat.
  • MP Kuala Selangor, Irmohizam Ibrahim sebelum ini juga mendakwa lot berkenaan diberikan kepada individu yang bukan terdiri dari kalangan penduduk kampung Sungai Yu walaupun mereka berasal dari Selangor.
  • Mana dia dakwaan penyokong pembangkang Selangor yang mendakwa PH sebagai parti yang mentadbir bebas dari penyalahgunaan kuasa?
Published
Categorized as BN

Ahli UMNO Jangan Babau, Pertahankan Parti Dan Pemimpin – Musa Aman 

Ketua Menteri Sabah menyimpan rasa kecewa apabila ahli UMNO di negeri ini tidak cukup lantang mempertahankan parti di media sosial.

  • Justeru itu Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mengingatkan keengganan ahli UMNO bersuara mempertahankan parti akan melemahkan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang
  • Sejarah menunjukkan fitnah adalah senjata yang paling berkesan menewaskan musuh ujarnya ketika berucap di pelancaran persidangan media sosial UMNO Sabah kelmarin
  • Beliau menambah UMNO berdepan cabaran yang sukar dalam Perang media sosial kerana ahli parti ini berdiam diri apabila parti dan kepimpinan parti diserang oleh pihak lawan.
  • “Kita ahli UMNO jangan jadi babau. Jangan membisu bila orang fitnah kita”
  • ” Kalau kita sayang parti, kita perlu pertahankan parti. Kalau sayangkan pemimpin kita, kerajaan kita, kita pertahankan mereka, katanya.
  • Tambahnya lagi sebagai ahli UMNO tidak perlu takut kerana kerajaan pimpinan UMNO terutamanya di Sabah mempunyai rekod prestasi berkhidmat untuk rakyat yang baik.
  • “pembangkang seronok betul memfitnah kita dan menuduh kita menipu rakyat. Tetapi itu tidak betul kita ada bukti, kita tidak menipu, katanya.
  • Oleh itu terutamanya pada Biro IT UMNO mesti menggunakan platform itu untuk membantu rakyat menggunakan pendekatan positif untuk memberi impak besar kepada minda pengguna media sosial.
  • Katanya, lagi perang di media sosial kita tidak boleh tewas dalam pertempuran ini.
  • Beliau mengingatkan ahli parti bahawa menuju pilihanraya UMNO terutamanya di Sabah harus bersedia untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan dan mempertahankan parti dengan lebih berkesan.
  • Beritahu rakyat kisah kejayaan kita untuk meyakinkan mereka, Tan Sri Musa Aman.

Begitu juga dengan ahli atau penyokong parti parti kompenan BN Sabah, kalian juga wajib bangkit melawan tuduhan yang dilemparkan pada parti dan pemimpin pemimpin BN.

Cari inisiatif bagaimana untuk berkerjasama dengan jentera UMNO.

Jangan mendiamkan diri kalau tidak mampu sangat. Kongsi mana mana entri yang tampak menepis fitnah pembangkang. Kalau ini pun kamu tidak mampu buat, susahlah. Silap haribulan kamu pula yang kena kritik kaw kaw.

#BNforSabahan

Published
Categorized as BN, Sabah

Adakah Warisan Hanya Mempolitikkan MA63

1. Merujuk sokongan yang dinyatakan oleh salah seorang ahli majlis tertinggi Warisan, Mazliwati Malek Chua keatas kenyataan dari seorang aktivis, Zainnal Ajamain.

2. Bahawa Warisan percaya, sebarang kajian semula perjanjian 1963 (MA63) perlu kononnya disertai oleh 4 negara yakni penandatangan perjanjian Malaysia 1963. (Bahasa mudahnya antara Sabah dan Tanah Melayu)

3. Betullah tu kita tidak boleh menafikannya tapi dalam masa yang sama, tidak mengira fahaman politik atau NGO. Wajib pula pihak ini menghormati perlembagaan atau undang-undang yang telah digubal selepas perjanjian Malaysia 1963. Jangan hipokrit!

4. Sepertinya penggubalan undang-undang yang berlaku pada tanggal 27 Ogos 1976 dimana pada tanggal itu satu perlembagaan telah digubal dan telah dipersetujui oleh kedua belah pihak, kerajaan negeri dan Persekutuan. Selepas itulah Sabah dikenali diiktiraf sebagai sebuah negeri. Ingat, setiap keputusan yang diambil oleh Ketua Menteri yang dilantik melalui pilihanraya adalah juga keputusan yang dipersetujui oleh majoriti rakyat Sabah.

5. Maka taraf pindaan perlembagaan itu sama dengan perjanjian 1963. Ok!

6. Berbalik pada sokongan ahli majlis tertinggi Warisan diatas. Kerana mereka percaya untuk merundingkan semula perjanjian Malaysia 1963 mesti melibatkan negara atau Borneo State dan Tanah Melayu. Maka dengan sendirinya Warisan juga mengakui status Sabah hingga hari ini masih berstatus negara.

7. Oleh yang demikian, secara prinsipnya Parti Warisan tidak layak lagi mencampuri proses demokrasi di Malaysia atau menyertai pilihan raya umum yang hanya disaratkan pada negeri-negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

8. Kerana pendirian Warisan yang masih menganggap Sabah sebuah negara, maka sewajarnyalah mereka bertindak seperti sebuah negara. Iaitu menuntut Sabah keluar dari Malaysia melalui pungutan Suara atau memorendum di kalangan rakyat Sabah. Persoalannya adakah rakyat Sabah menyokong memorendum itu nanti? kita tunggu dan lihat.

9. Kita harap selepas mereka tahu, rakyat Sabah menolak memorendum itu, pandai-pandailah Warisan membawa diri ya. Jangan lagi mencampuri pergolakan politik semasa. Seperti sebelum ini menuding orang lain bersalah walhal tidak ada pemimpin pembangkang yang disiasat oleh SPRM selain mereka.

10. Untuk nota andai selepas ini Warisan tidak menjalankan memorendum dan masih mempolitikkan perjanjian 1963 untuk tujuan pilihanraya umum Malaysia. Maka sahlah, Warisan sebenarnya tidak ikhlas memperjuangkan tapi melacurkan perjanjian 1963.

#BNforSabahan