Setiausaha Sri Kandi Meninggalkan PPBM

Penolong Setiausaha Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Hasnita Hishamudin hari ini mengumumkan keluar parti, berkuatkuasa serta merta.

Keputusan diambil kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan tertinggi PPBM. Selain amalan fitnah yang menjadi budaya politik PPBM.

Mohon pencerahan? atau kah wanita itu telah dibayar seperti mana sifir mudah jentera pembangkang bila perjuangan mereka tidak lagi mendapat kepercayaan. Sikit sikit dedak 😁

Kesian, tidak ada ayat lain yang mereka mampu fikirkan selain dedak. Walhal mereka sendiri yang lebih, baja ayam pun di makan.

Kepada ahli dan jentera pembangkang, sudah tiba masanya kalian mengukur balik kesetiaan atau sokongan yang kamu telah berikan. Adakah benar parti yang kamu sokong itu, benar benar bersih, tidak ada cacat celanya. Dimana selama mereka menjadi pemimpin, mereka tidak pernah melakukan kesalahan?

Dan lupa kah kamu pada jasa pemimpin pemimpin BN, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Merekalah yang bertanggungjawab membangun negara ini?. Pun begitu admin tidak nafikan, mereka juga melakukan kesalahan tapi adakah pemimpin pemimpin pembangkang tidak melakukan kesalahan yang sama?

Nampaknya PPBM bercelaru dari luar dan dalam. Luaran, bila kehadiran Dr M ditentang oleh oleh kumpulan reformasi. Kumpulan yang mengelar Dr M sebagai Mahafiraun. Dalaman, bila beransur ansur ahli parti itu meninggalkan PPBM.

Published
Categorized as Dr M, PPBM

Lawatan Najib Ke Amerika Menggilakan Pembangkang.

Kerana dengki pada kebijaksanaan BN aka PM Najib Razak yang berjaya mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia dan Amerika.

Maka jentera pembangkang tidak putus putus menanam kebencian pada kerajaan BN

Sejak dari hari pertama ketibaan PM Najib Razak dan rombongan di Amerika, sudah pun berpuluh kenyataan fitnah yang kita dengar.

Pertama, kononnya kelihatan dalam gambar PM Najib Razak telah berjaya dicekup dan sedang diiringi oleh kereta Polis untuk dibawa ke pejabat DOJ bagi disoal siasat.

Walhal kehadiran polis pada ketika itu adalah untuk mengiringi kenderaan yang membawa PM Najib Razak ke pejabat Donald Trump yang terletak di White House, Washington DC.

Malah setibanya PM Najib Razak di White House, beliau disambut sendiri oleh Donald Trump. Menunjukkan sememangnya Malaysia dan Amerika ada hubungan yang baik dan Amerika mengalu alukan kehadiran PM Najib Razak.

Lepas itu, tampil pula Rafizi Ramli, mempersoal status lawatan PM Najib Razak yang pada pendapatnya, lawatan itu adalah lawatan yang tidak rasmi.

Hello, Rafizi!. Jangankan lawatan sebesar itu yang melibatkan negara maju seperti Amerika dan pertemuan atau mesyuarat diadakan White House. Sedangkan pemimpin pemimpin negara yang bermain golf pun dianggap sedang mengadakan pertemuan yang rasmi.

Tidak timbul sama ada kos lawatan ditanggung oleh Amerika atau sebaliknya. Sebab lawatan PM Najib Razak pada kali ini membawa agenda ekonomi mega yang menguntungkan rakyat Malaysia. Seperti contoh pelaburan atau pembelian 25 Boeing 737 dan 8 Boeing 787. Serta pembelian beberapa enjin pesawat dari syarikat gergasi General Electric. Akhirnya juga urusniaga itu nanti akan memaksa dua syarikat itu untuk membuka pusat penyelenggaraan mereka di Malaysia. Dengan demikian akan membuka banyak peluang pekerjaan pada rakyat tempatan. Selain industri hiliran yang akan tumbuh macam cendawan.

Begitu juga dengan janji PM Najib Razak pada kerajaan Amerika, dimana KWSP akan menambah pelaburan sehingga 4 bilion dalam sektor infrastruktur. Akhirnya juga teknologi itu akan dibawa atau dipindahkan ke Malaysia. Siapa yang untung?

Berhubung kritikan dari parti parti tempatan yang “memperjuangkan” Borneonisasi tapi turut mempersoal lawatan Malaysia ke Amerika yang secara politiknya tidak berkaitan. Maka admin berpendapat, mereka hanyalah langau tunggal yang terpisah dari kumpulan. Buang masa, nampak sangat tidak ikhlas, satu ketika berpolitik kenegerian tapi hari ini mereka sibuk dengan masa depan negara Malaysia.

Selain agenda ekonomi yang menguntungkan Malaysia. Agenda keselamatan juga menjadi topik perbincangan. Donald ketika menyentuh topik ini memuji pendekatan yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia dalam usaha membenteras kegiatan pengganas di rantau Asia.

Untuk makluman lawatan ini juga telah dilaporkan oleh portal berita antarabangsa CNN. Walaupun CNN adalah sebenarnya musuh seteru Presiden Donald Trump.

Pokoknya lawatan PM Najib Razak pada kali ini telah menguntungkan rakyat Malaysia dan negara negara jiran. Tahniah PM Najib Razak!!!

#BNforSabahan

Warisan Mempertikai Status Bajau Suluk?

Entri ini ditujukan khusus untuk pengundi Bajau Suluk yang ada di seluruh negara.

Kenapa Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking tidak sudah menyalahkan Bajau Suluk melalui RCI Ic Projek? seolah olah majoriti kaum ini pemegang Ic projek kerna itu jugalah dia bersetuju agar Mykad versi Sabah diperkenalkan.

Jangan dia lupa kekuatan Presiden Warisan, Shafie bergantung sepenuhnya pada pengundi Bajau Suluk tapi dalam masa yang sama kenapa Timbalannya memperlekeh Kewarganegaraan Bajau Suluk hanya semata-mata untuk menarik perhatian KDM supaya memihak Warisan?

Untuk makluman, memang begitu style politik Warisan, suka berlakon sesama mereka, satu pihak menghentam satu pihak lagi berlagak budiman.

Sebelum ini Darell Leiking berpendapat kerana laporan terperinci RCI gagal dikemukakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Menyebabkan ramai dari mereka aka Bajau Suluk yang berhijrah atau terlepas ke Semenanjung. Malah menurut si Darell Leiking ada diantara mereka yang berkerja dalam sektor keselamatan dan menjadi anggota Rela tapi ditangkap sebagai penjenayah.

Begitu juga dengan daftar pemilih kononnya akan dicemari oleh pengundi hantu kerana mungkin menggunakan nombor Mykad orang lain.

Berat tuduhan Warisan ni!

Pada Bajau Suluk kamu fikirlah sendiri, bukan Warisan yang memberikan kamu Mykad/Ic tapi kerajaan BN. Peliknya kenapa pula Warisan yang pandai pandai mempersoal status anda. Siapa mereka?

Kalau benar dakwaan Warisan itu ada kebenarannya dan mereka ada bukti, sewajarnya kepimpinan Warisan membuat laporan Polis, bukannya ditukar menjadi modal politik hingga sanggup mengaibkan kaum tertentu.

#BNforSabahan

Kenapa Jufazli dibebaskan dengan jaminan Polis?

Hari ini si Jufazli dibebaskan dengan jaminan Polis selepas ditangkap pada 10hb September 2017. Persoalannya kenapa si Jufazli dibebaskan, seolah olah fitnah yang dia lemparkan ada kebenarannya?

Sebab PDRM tersilap di dalam membuat pendakwaan. Mulanya si Jufazli didakwa dibawah seksyen keseksaan. Sedangkan bukti yang pihak Polis ada hanya sesuai untuk pertuduhan yang dibuat di bawah akta Hasutan. Dan walaupun pihak Polis cuba menukarnya pada saat akhir tapi hakim majistret menganggapnya tidak sah.

Hakikatnya si Jufazli telah melakukan kesalahan yakni memfitnah kepimpinan BN Sabah sebagai bertanggungjawab keatas kebakaran di Kampung Ice Box, Tawau.

Dan dakwaan si Jufazli kononnya dia bebas sepenuhnya adalah tidak benar. Dia dibebaskan atas jaminan Polis dan dia masih dalam siasatan.

Hello Jufazli itu bukannya kemenangan selepas kao memfitnah tapi sebenarnya kao hanyalah bernasib baik, sebab berlaku kesilapan teknikal semasa membuat pendakwaan. Apa lagi yang mempertahankan kao tu adalah peguam, dua orang pula tu!. Bukannya kao yang bercakap untuk mempertahankan dirimu. Hemmm.

Ingat! teknikal semata-mata dan kao telah melakukan fitnah. Salah tetap salah dan siasatan masih berjalan.

#BNforSabahan

Published
Categorized as DAP, Sabah

Kerana Fitnah Jufazli Diextradisi Ke Tawau

Sebelum ini dakwaan atau tohmahannya keatas BN dia sandarkan pada kandungan Blog atau penulis seperti kami hingga dia berbangga sebab tidak diheret ke Mahkamah.

Nah kali ini kita mahu tengok apa bukti yang dia mampu tunjukkan untuk menyokong tohmahannya.

Semalam si Jufazli dicekup di Kuala Lumpur dan hari ini dia akan diextradisi ke Balai Polis Tawau bagi menjalankan siasatan lanjut.

Sebelum ini Jufazli mendakwa kebakaran kampung Ice Box, Tawau di dalangi oleh pemimpin BN Sabah. Walhal sejurus kebakaran individu yang menyebabkan kebakaran telah dicekup oleh pihak Polis. Dipercayai individu itu bermasalah dengan pemilik rumah sewa.

Oleh itu laporan Polis telah dibuat oleh masyarakat Tawau keatas Jufazli kerana membuat kenyataan yang berunsur fitnah.

Jadi jangan kamu ingat si Jufazli seorang pejuang, kerana pejuang tidak memfitnah demi kepentingan dirinya. Apa lagi dia sekarang berjawatan Setiausaha Politik kepada seorang MP DAP Sabah dan Kampung Ice Box yang terbakar itu dibawah pentadbiran DAP Sri Tanjung (Tawau) Sebab itulah kot si Jufazli beriya iya menyalahkan BN. Sebelum mereka dipersalahkan, kerana gagal mengurus kebajikan orang orang kampung? πŸ˜‰

Mengikut pemerhatian admin, si Jufazli tidak akan terlepas terkecuali pemimpin BN Sabah sanggup memaafkan ketololannya tapi itu pun kalau dipersetujui oleh masyarakat Tawau atau Komuniti Kampung Ice Box.

#BNforSabahan

Published
Categorized as BN

Parti Warisan Mewakili PH di Sabah

Nampak sangat Parti Warisan adalah parti yang tidak boleh pakai. Dulu mereka kata Warisan tidak akan berkerjasama dengan parti parti dari Semenanjung. Sampai ada dari kalangan jentera tolol Warisan pada waktu itu, cukup marah bila admin menjelaskan kedudukan Warisan sebagai parti pembangkang. (menurut pendapat admin, sebab admin nampak muslihat Shafie Apdal semasa dia mempromosikan Warisan)

Sebab yang diinginkan oleh penyokong Warisan dari Shafie pada waktu itu ialah jadikan Warisan sebuah pertubuhan yang menuntut Sabah keluar dari Malaysia. Sombong bodoh!

Bagi mengukuhkan kenyataan admin diatas, sebelum ini admin banyak mencabar pemimpin dan jentera Warisan menerusi entri sama ada di Blog dan Facebook. Admin mencabar, adakah benar Warisan tidak akan berkerjasama dengan parti parti daripada Semenanjung seperti PPBM!. Tapi sampai saat ini mereka tidak berani menyahut cabaran.

Sehinggalah pada hari ini, Dr M membayangkan PH tidak akan bertanding di negeri Sabah. Sebab kononnya ada juga parti Warisan menyebabkan PH mampu memenangi sehingga 25 kerusi Parlimen. (syok sendiri)

Pandangan Pengerusi PH, Dr M itu juga telah mendapat tentangan daripada DAP Sabah, DAP membayangkan mereka tidak akan memberikan kerjasama, andai mereka tidak diberikan peluang untuk bertanding di beberapa kerusi, termasuklah di kawasan yang didakwa kubo kuat Warisan.

Betul juga, DAP dan PKR yang terlebih dulu bertapak berbanding parti Warisan. Tapi sebaliknya Warisan yang diutamakan.

Maka benarlah dakwaan penyokong PH?, Dr M dan Shafie hanyalah parasit yang akan merosakkan masa depan PH di negeri Sabah.

Ok, dalam entri ini ada dua persoalan.

1. Apa penafian dari barisan kepimpinan Warisan berhubung kerjasama yang sebelum ini mereka nafikan. Apa lagi sebelum ini Shafie Apdal sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahwa dia tidak gentar berhadapan dengan PH di daerah Semporna?

2. Apa hak Dr M menafikan hak PKR dan DAP Sabah, sedangkan PH di Sabah sudah ada pengerusinya iaitu Christina Liew?

Pada penyokong PKR, DAP dan Amanah Sabah jangan kamu mudah ditololkan oleh Warisan. Tanya juga pada diri sendiri, adakah Warisan mewakili PH di Sabah?

#BNforSabahan

Published
Categorized as BN, Sabah

Kampung Ice Box Blok 8 Dibakar oleh DAP?

Tidak waras sudah si Jufazli ni, semakin hari semakin semakin biul. Mungkin mendapat tekanan dari DAP Sabah, agar jangan menjadi Setiausaha DAP yang makan gaji buta.

Adakah patut sanggup membuat kenyataan yang bangsa Israel sekali pun tidak sanggup melakukannya, apa lagi terhadap bangsanya sendiri.

Si Jufazli mendakwa bahwa kebakaran subuh tadi di kampung Ice Box blok 8 yang mana majoriti penduduknya dari rumpun Melayu adalah perbuatan khianat BN. Gila!

Tapi si Jufazli yang sengal itu lupa satu perkara, kedudukan sebenar perkampungan Ice Box itu terletak di DUN Sri Tanjong yang diperintah oleh DAP. Dimana Ybnya ialah Chan Foong Hin.

Jadi kalau kita kutip cara berfikir si Jufazli, logik rasanya kalau kita kaitkan kebakaran kampung Ice Box tadi pagi dengan DAP. Kita boleh mendakwa yang bertanggungjawab membakar kampung berkenaan adalah pemimpin DAP iaitu Chan Foong Hin. Tujuannya supaya kawasan itu dapat dimajukan.

Apa lagi masyarakat sedia maklum tentang apa yang telah dilakukan oleh DAP di Pulau Pinang. Habis pinggiran darat di transformasikan menjadi perumahan mewah hingga Melayu Pulau Pinang merempat di bumi sendiri. Andaian yang logik bukan?

Bukan macam si Jufazli membuat tuduhan yang liar dan tidak berasas sama sekali, hanya kerna Sabah diperintah oleh BN. Apa lagi pihak Polis Tawau telah berjaya menangkap individu yang dipercayai bertanggungjawab kepada berlakunya kebakaran.

Jangan pula kerana andaian ini pemimpin DAP membuat laporan Polis terhadap admin. Sebab kalau iya, admin akan membuat Laporan yang sama terhadap Jufazli. Ok

#BNforSabahan

Published
Categorized as BN, DAP

Jangan Kaitkan Bajau Suluk Dengan Pengganas – Ramlee & Tawfiq

Parti mana yang paling suka memperlekeh Bajau Suluk sebagai pengganas, bukan kah parti parti pembangkang? Tidak kiralah sama ada penyokong Warisan dan USA atau siapa saja.

Tinggal lagi ada dikalangan kaum ini yang tidak menyedarinya atau sengaja memekakkan telinga dan terus setia pada pembangkang. Hemmm.

Dari itu, bermula dari hari ini, jangan lagi kamu menyokong pembangkang, itu pembangkang bukan ada perkiraan yang rasional, hanya tahu mengikut perasaan. Mereka ingat dengan menghina individu atau bangsa tertentu ia mampu menambah sokongan. Punyalah cetek.

Tidakkah kamu terbaca kenyataan terbaru Yb DUN Bugaya, Datuk Ramlee. Berkenaan tuduhan pihak yang tidak bertanggungjawab sekaligus menyelar tindakan pihak tertentu yang menuduh kaum Bajau dan Suluk di negeri itu melindungi militan dari selatan Filipina atas dasar hubungan kekeluargaan.

Katanya dakwaan itu bukan sahaja tidak adil tetapi juga tidak wajar memandangkan kedua-dua kaum tersebut turut terlibat dalam berjuang dan mempertahankan kedaulatan negara.

“Logiknya, setiap perbuatan jahat ini tidak akan dilindungi walau kita sebangsa, kita satu agama,” katanya kepada pemberita.

Nah jangan lagi ada pihak dengan mudah mengaitkan Bajau Suluk dengan aktiviti pengganas. Kerana ia adalah dakwaan yang tidak adil, hakikatnya perbuatan seseorang menjadi tanggungjawabnya dan bukannya bangsanya.

Ini menunjukkan BN amat sensitif, jangan sampai permainan pihak yang kemaruk kuasa merosakkan keharmonian yang sedia ada.

Seruan seperti ini juga pernah ditegaskan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datu Tawfiq Titingan. Bahawa Persepsi negatif dan sentimen perkauman mengenai masyarakat Suluk dan Bajau tempatan yang timbul selepas tragedi pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo, Lahad Datu, perlu dihapuskan ke arah memantapkan perpaduan dan keharmonian kaum di negeri ini.

Kenyataan Datuk Tawfiq itu juga dikeluarkan selepas pihak pembangkang cuba mencetuskan sentimen dikalangan masyarakat Sabah.

#BNforSabahan

Warisan, 60 Tahun Kemerdekaan Sabah!

Apa yang tidak betul dengan kenyataan rasmi Presiden Warisan, Shafie Apdal ini, seperti diatas. Walaupun selepas beberapa minit entri berkenaan telah diedit oleh admin page Shafie Apdal Official.

Presiden Warisan, Shafie Apdal sempena sambutan kemerdekaan. Mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 60 tahun itu bermakna Warisan mengiktiraf kemerdekaan Sabah yang juga sama dengan Semenanjung (Malaya) pada tanggal 31hb Ogos 1957.

Sedangkan dalam Warisan menyebarkan propaganda Sabah For Sabahan atau Sabah Ubah, mereka tidak mengiktiraf tarikh 31hb Ogos 1957. Kerana Sabah merdeka pada 31hb Ogos 1963 iaitu 54 tahun yang lalu.

Dalam erti kata lain sepatutnya ucapan Presiden Warisan itu menjurus kepada kemerdekaan Sabah yang ke 54 tahun bukannya 60 tahun. Seperti yang dilakukan oleh pengikut Warisan rata rata entry mereka meraikan kemerdekaan Sabah yang ke 54 tahun. Yang mana satu betul ni?

Menunjukkan politik Warisan cakap tidak serupa bikin. Bila bercakap dengan orang kampung, kononnya Warisan memperjuangkan orang Sabah, sebab itu menolak kerjasama dengan parti parti yang berasal dari Semenanjung. Tapi bila berhadapan dengan masyarakat urban nada mereka berubah, perjuangan Warisan merentasi sempadan Sabah. Sampai tanpa mereka sedari, Warisan turut meraikan 60 tahun kemerdekaan Sabah. 😎

Percayalah, perjuangan yang tercetus dari perasaan kecewa amat mudah dikelirukan dan akan berakhir dengan kekecewaan.

#BNforSabahan

Published
Categorized as Warisan

Warisan Mempolitikkan Gaji Minimum

Bila pihak lawan semakin bengap. Semua perkara mereka politikkan, agar mereka dilihat sebagai penyokong parti yang hebat. Bikin kesian.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot menegaskan bahwa majikan swasta di Sabah dan Sarawak kurang mampu menawarkan gaji minimum RM1200 berbanding di Semenanjung.

Sebab pendapatan kebanyakan premis di negeri Sabah tidak banyak berbanding negeri negeri di Semenanjung. Hampir tiga atau empat kali ganda. Maka wajarlah premis atau syarikat syarikat berkenaan diwajibkan membayar gaji minimum sehingga RM1200.

Kebanyakan majikan di Sabah menawarkan gaji sekitar RM300 sehingga RM500 pun begitu masih banyak premis perniagaan yang gulung tikar. Ini kan gaji RM1200?

Perlu diketahui yang dimaksudkan dengan majikan Swasta dari konteks gaji minimum ialah premis milik orang perseorangan bukannya syarikat sendirian berhad atau separuh kerajaan seperti FGV dan sebagainya. Kebiasaannya syarikat syarikat swasta menawarkan gaji minimum sekitar RM960 sehingga RM1200 belum dicampur dengan elaun wilayah dan lain lain. Dan ia dilaksanakan sebelum gaji minimum diperkenalkan.

Jadi pada jentera pembangkang Sabah, agak agak jugalah jangan ingat orang Sabah ni bodoh bodoh. Jangan politikkan kenyataan Menteri berkenaan, sebab kenyataan itu melihat kepada semua sudut yang juga berkepentingan sebagai masyarakat Sabah. Bukan macam politik Warisan sanggup menjanjikan bulan dan bintang, walaupun tarak.

#BNforSabahan

Published
Categorized as Warisan