Esok Si Peter Akan Hadir Di Pejabat SPRM Cawangan KK.

Esok Si Peter akan hadir di Pejabat SPRM Kota Kinabalu.

Si Naib Presiden Warisan, Peter yang hilang dua bulan dan dicari oleh SPRM agar menghadirkan diri ke Pejabat SPRM bagi menjalani siasatan berkaitan pembelian tanah di Tongod yang bernilai 155 juta.

Berkata, dia tidak bersembunyi. Tapi sudah dua bulan mangkir, macam mana tu?

Jangan tipulah budak lepak pun kalau diminta seminggu sekali melaporkan diri ke Balai Polis mereka tidak akan mangkir. Ini kan kamu orang dewasa dan hanya diminta sebulan sekali.

Sudah tentu pada masa si Peter gagal dikesan. Adalah benda yang mereka cuba buat, besar kemungkinannya berbincang dengan pemilik asal pasal harga yang ditawarkan atau berunding dengan pihak tertentu atau kalau tidak keterlaluan cuba melarikan diri?

Kita tunggu hari esok, sekitar jam dua. Adakah dia akan direman, menyebabkan bossnya akan dipanggil. Kita tunggu dan lihat?

#BNforSabahan

Published
Categorized as BN, Warisan

Darel Sibuk Berkenaan Kerusi DUN dan Parlimen tapi Penyelewengan Dana Rakyat Didiamkan

Inilah buktinya parti Warisan ketandusan idea hingga terpaksa mengada adakan cerita. Sudah itu cakap tidak serupa bikin maklum sebelum ini kuat mempersoal ketelusan lawan tapi bila melibatkan Warisan, mereka sikit pun tidak menghiraukannya. Hemmm

Kalau benar mereka telah mendapat sokongan dari semua lapisan masyarakat kerna agenda yang mereka bawa. Sepatutnya tidak usahlah Warisan kecoh bising berhubung perkara remeh, sepertinya perkembangan tambahan Kerusi DUN dan Parlimen sama ada sudah atau belum dibentangkan di Dewan Parlimen.

Apa lagi mereka sedia makluma dimana pertambahan Kerusi DUN itu telah mendapat kelulusan atau pengwartaan dari kerajaan negeri Sabah, pada 16hb Ogos 2016. Tapi lucunya hanya kelmarin barulah Warisan mendedahkannya.

Tidak usahlah Warisan mendedahkan dokumen soal jawab di Parlimen. Itu hanyalah tindakan poyoh yang menunjukkan Warisan sedang takut dan ketandusan idea dan itu juga menunjukkan Yb Warisan tidak bijaksana memikul tanggungjawab mereka dimana setiap isu yang mereka bangkitkan terpaksa mengheret masyarakat yang sepatutnya fokus pada kehidupan seharian.

Untuk makluman protes rasmi berhubung persempadan semula kawasan Parlimen hanya dibuat oleh pembangkang dari Selangor dan Perak manakala Sabah dari pihak pembangkang hanya mendiamkan diri. Ertinya Warisan ni hanya pandai menumpang tui!

Jujur admin katakan pendedahan seperti ini sikit pun tidak mengubah kesetiaan masyarakat Sabah keatas BN. Sebaliknya masyarakat sudah tahu betapa tumpulnya kepimpinan Warisan

Hello Timbalan Presiden dan kepimpinan Warisan jangan kamu berpolemik sejauh ini tapi adakan dulu Perhimpunan Agung Warisan, barulah parti Warisan itu layak dianggap wadah. Buat masa ini parti Warisan ibarat premis haram ditepi jalan, bila bila masa akan diserbu oleh penguatkuasa atau akan diambil balik oleh pemiliknya.

Dan yang paling penting sebagai pemimpin politik, bagaimana dengan kebajikan di kawasan anda, sudah ok kah? Jangan saja sibuk berpolitik air liur dan bergaya dengan baju baru lepas itu bergambar ala ala model pakaian.

Perkembangan terbaru yang melibatkan Naib Presiden Warisan, si Peter yang sedang diburu oleh SPRM. Apa pendapat tuan Timbalan Presiden Warisan dalam hal ni? Adakah SPRM telah memfitnah Warisan seperti dakwaan jentera Warisan terdahulu bila SPRM mereman Presiden mereka?

Suka juga admin ingatkan penyelewengan ini melibatkan pembelian tanah oleh pihak RISDA melalui Kementerian KKLW yang pada masa itu diterajui oleh Presiden Warisan. Dan dikhabarkan tanah itu nanti akan dikomersialkan atau diberikan pada masyarakat setempat sebagai peneroka tapi sayang dana untuk membeli tanah itu telah disonglap oleh pemimpin Warisan hingga diburu oleh SPRM. Kejam kan, sedangkan semasa Warisan menjelajah ke pelusuk negeri Sabah, mereka berjanji akan menukar status tanah Felda menjadi tanah peneroka. Tapi macam mana juga kalau sudah begini, sedangkan peruntukan untuk membeli tanah yang seluas tapak tangan pun disonglap. Hemmm

Naib Presiden Warisan diminta menyerahkan diri pada SPRM

Diatas ada beberapa persoalan, sila tinggalkan pesanan. Wahai totok totok Warisan.

Matilah kamu, sediakan lilin dan tabung derma. 🤓

#BNforSabahan

Published
Categorized as BN, Warisan

Peter dan Michael Diminta Menyerah Diri – SPRM

Itu admin ramalkan sebelum ini, Warisan sedang atau cuba berunding, tapi ada yang kata kononnya admin memfitnah. Manakan tidak berunding atau menyelamatkan diri, sedangkan diri Naib Presiden Warisan sedang diminta dan kalau gagal akan diburu supaya menyerahkan diri selepas disyaki menyeleweng dana masyarakat luar bandar. Tapi itupun kalau mereka diberikan ruang untuk berunding.

Berita terkini yang dilaporkan oleh Harian Metro. Di mana SPRM sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan ke atas kes urusan pembelian tanah ladang kelapa sawit di daerah Tongod yang bernilai 155 juta.

Individu yang sedang dicari itu ialah Peter Anthony yang juga berjawatan Naib Presiden Parti Warisan dan seorang lagi yang dikenali sebagai Michael Persius.

Kedua individu ini diberikan tempoh 48 jam untuk menyerahkan diri ke pejabat SPRM Kota Kinabalu atau dimana mana Cawangan SPRM bagi membantu siasatan

Sehubungan itu orang ramai yang mengenali dua individu diatas agar menghubungi Penolong Kanan Penguasa Mohd Tharuzi di talian 0139557850.

Warisan dan Agenda Memperalat Bajau Suluk

Ada sudah yang terpedaya dengan propaganda yang dimainkan oleh parti Warisan. Kononnya hanya parti itu yang mampu membela kaum Bajau Suluk di negeri Sabah dan memandangkan Presiden Warisan itu sendiri kononnya berbangsa Bajau maka semestinya kaum Bajau dan Suluk wajib menyokong parti Warisan seperti mana sambutan keatas PBS di era 80-an.

(Tapi Warisan lupa pada era kegemilangan PBS sebahagian masyarakat berpendapat PBS adalah parti perkauman, sebab itulah kerusi kemenangan PBS berkurangan setiap kali PRU. Maksudnya parti Warisan ni sengaja mengikut jejak PBS walaupun Warisan tahu pada masa itu PBS menyuntik sentimen perkauman kah dan itu bermakna sememangnya Warisan berpolitik perkauman?)

Tapi bagaimana pula andai ditakdirkan kedudukan Shafie Apdal sebagai Presiden Warisan digantikan oleh Timbalannya Darell Leiking yang berbangsa KDM adakah pada masa itu sokongan dari pemimpin Warisan yang berbangsa Bajau akan terus memberikan sokongan padu? Memandangkan kalau kita ikuti ucapan Ketua Wira Warisan Sabah dibawah, seolah olah parti Warisan itu dikhususkan untuk kaum Bajau?

Warisan juga mempropagandakan kononnya andai Bajau Suluk tidak menyokong atau mengundi parti Warisan di PRU yang akan datang maka dua kaum ini akan terhina. Terhina?

Sedangkan Shafie Apdal sendiri mengakui bahawa tanpa dasar UMNO yang terbuka untuk semua bangsa dia yang asalnya hina tidak akan berada di kedudukannya pada masa itu aka Naib Presiden UMNO dan Menteri di beberapa Kementerian. Klik link dibawah,

Dulu UMNO dipuji melangit oleh Shafie

Cukup cukuplah wahai pemimpin pemimpin Warisan, jangan anggap masyarakat ini bodoh politik. Jangan sempitkan pemikiran masyarakat Sabah umumnya dan khususnya masyarakat Semporna. Selama ini pun masyarakat Sabah berpolitik tanpa parti Warisan.

Benarlah bha kan parti Warisan pengamal politik perkauman dan tidak konsisten dalam perjuangan mereka.

Sedangkan sudah berdekad dan terbukti malah admin yakin Presiden Warisan Shafie Apdal tahu dimana hanya Parti BN yang mampu membela nasib semua kaum di negeri Sabah.

Parti BN yang menggubal Perlembagaan 153 demi kebaikan dan keadilan semua lapisan masyarakat. Iaitu Perlembagaan atau artikel 153 fasal 1 dan 2 :-

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

2. Perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya. (sumber)

Oleh sebab itulah besarlah harapan masyarakat umum Sabah agar jangan lagi ada individu yang terpedaya dengan taktik kotor Parti Warisan hingga sanggup memperalatkan kaum bangsa demi kepentingan diri mereka. Hakikatnya kepentingan semua kaum di negeri Sabah senantiasa dilindungi dan terjamin dibawah pemerintahan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Hakikatnya ramai Pemimpin Suluk asli anak tempatan Sabah seperti YB Datuk Jakaria Idris, YB Datuk Samsudin Yahya, YB Datuk Hj Tawfiq , YB Datuk Mijul tidak pun menyokong Warisan, malahan tetap mempertahankan UMNO/BN. Begitu juga yang ada campuran darah Suluk seperti YB Dsp Ghapur Salleh, YB DSP Syed Abbas Ali, YB Datuk Datu Nasrun semuanya adalah Pemimpin utama UMNO di kawasan masing-masing. Kalau dikira tanpa Parti Warisan pun, seorang Tokoh Pemimpin Suluk dilantik menjadi Yang DiPertua Negeri Sabah. Maknanya, Parti Warisan adalah Parti yang tidak releven dalam pembangunan masyarakat Suluk asli/tempatan Sabah. Parti Warisan hanya beretorik cuba memberi harapan palsu kepada segelintir golongan Suluk yg dapat ic dari rakan politik Parti Warisan iaitu Tun M, dizaman dia berkuasa dahulu. Dan hakikat ini, tidak sekali-kali dilupakan oleh masyarakat KDM Sabah. Parti Warisan pasti akan ditolak mentah-mentah oleh semua rakyat Sabah.

Berbalik pada kaum bangsa Bajau dan Suluk yang cuba diperalatkan oleh Warisan. Apa agaknya jawapan mereka untuk soalan dibawah,

Semasa Shafie berjawatan Ketua Bahagian UMNO Semporna, siapa dan berapa orang AJK Bahagian UMNO yang dia lantik dari kalangan kaum Suluk?

Berapa orang dari kaum Suluk yang menjadi kakitangan di pejabat Bahagian UMNO Semporna?

Berapa ramai pula orang Bajau yang dia lantik sebagai AJK lantikan Bahagian UMNO Semporna selain dari individu individu yang dia kenali, walhal mereka juga ahli UMNO dan jentera UMNO di daerah Semporna?

Dan siapa yang bertanggungjawab mengarahkan Pegawai Daerah Semporna pada masa itu agar Kampung Simunul dirobohkan?

Begitu juga dengan keberadaan Shafie ketika bersama BN, kenapa sewaktu bersama BN dan berkuasa dia tidak kononnya memperjuangkan nasib kaum kaum yang ada di Sabah dan kenapa hanya selepas dipinggirkan dari UMNO?

Itu admin belum bercakap dari konteks nasib ahli UMNO yang ada di Sabah umumnya dan Semporna khususnya semasa Shafie menjadi Ketua Bahagian UMNO dan Naib Presiden UMNO Malaysia. Admin percaya ramai dari mereka yang tidak mendapat pembelaan selain kroni dan kerabat.

Inilah sikap parti Warisan yang dipimpin oleh mereka yang tidak mengenal dan menghormati hak orang lain walaupun kelompok itu telah berjasa kepada mereka. Lupa diri bila kuasa sudah berada ditangan mereka.

Membuktikan agenda memperjuangkan nasib kaum yang ada di Sabah, khususnya Bajau Suluk bukannya agenda Parti dan agenda peribadi Presiden Warisan itu sendiri tapi hanyalah umpan meraih undi sekaligus kuasa yang akan memuaskan nafsu mereka. Seperti yang berlaku sebelum ini, kepimpinan Warisan terpalit dengan dakwaan penyalahgunaan dana rakyat melalui Kementerian KKLW.

Sebaliknya kebanyakan pengikut atau jentera setia Warisanlah yang sebenarnya anti kaum Bajau Suluk walaupun mereka itu sendiri berbangsa Bajau Suluk dan setengah KDM yang menjadi ahli Warisan. Pelik bukan tapi itulah hakikatnya.

Admin boleh membuktikannya berdasarkan komen dari jentera dan penyokong Warisan yang menghina dan berbau perkauman. Dimana mereka melihat golongan Bajau Suluk atau kaum Suluk termasuklah diri Shafie Apdal sebagai Pilak. Lagi, mereka berpendapat mahu tidak mahu, mereka terpaksa berkawan dengan Pilak kerana tanpa undi dari golongan Pilak mustahil pembangkang mampu mengalahkan BN. Nampak tak, siapa cakap parti Warisan memperjuangkan Bajau Suluk? Kalau dihina dan menjadi kuda tunggangan pemimpin yang bakal berakhir, iya betullah, tidak dinafikan. Tapi sanggupkah?

Klik link ini Komen perkauman dari jentera Warisan

Untuk itu mari kita cabar parti Warisan secara politik. Sila tunjukkan agenda parti Warisan yang kononnya akan meletakkan kaum Bajau Suluk diatas, diatas kaum kaum yang lain dan dalam masa yang sama bagaimana pula dengan nasib KDM, Bugis dan sebagainya?

Adakah agenda Warisan itu nanti mampu mengatasi perlembagaan 153 diatas? Mari kita tunggu dan lihat.

#BNforSabahan

Adun dan Ahli Parlimen Warisan Digesa Meletakkan Jawatan – Cawangan UMNO Balimbang, Ainal Fattah

Setiausaha Cawangan UMNO di Kampung Balimbang, Semporna, Ainal Fattah.

Membuat dakwaan bahawa beliau boleh memberikan 10 alasan Kenapa Shafie Apdal dan barisan kepimpinan Warisan memberikan janji kosong bagi tujuan mendapatkan undi rakyat Sabah pada PRU yang akan datang.

Ainal Fattah menggambarkan Presiden Warisan, Shafie Apdal sebagai pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Apabila secara terbuka mencabar dasar kerajaan pusat sedangkan pada ketika dia berjawatan Menteri di Kementerian KKLW. Menyebabkan dia dipinggirkan dari UMNO.

Jawatan Naib Presiden UMNO yang disandang hasil kepercayaan ahli UMNO juga dikhianati oleh Shafie. Apabila meninggalkan UMNO tanpa notis atau alasan yang munasabah.

Ainal juga mendakwa selaku Ahli Parlimen Semporna Shafie telah mengkianati kepercayaan pengundi di daerah itu. Malah bukan hanya pengundi di daerah Semporna tapi juga bapa saudaranya Tun Sakaran yang bertanggungjawab memberikannya peluang dan kedudukan di dalam UMNO. (Sehingga hari ini Tun Sakaran dan anaknya Yb DUN Sinallang, Nasir Sakaran masih bersama BN begitu juga dengan menantunya Yb Lahad Datu, Yusof Apdal yang juga adik Presiden Warisan masih setia bersama BN)

Ainal menambah, Shafie cuba mengelirukan dan mencetuskan kekeliruan di kalangan rakyat Sabah melalui slogan retorik Sabah Untuk Rakyat Sabah.

Katanya “Rakyat tidak lupa sebelum dia digugurkan daripada Kabinet Persekutuan, rakyat Sabah jarang lihat beliau di sini kerana beliau sentiada berada di Semenanjung Malaysia memandangkan keluarganya berada di Kedah.”

Ainal juga menggesa agar semua Adun dan Ahli Parlimen Warisan supaya meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat. Memandangkan kemenangan mereka pada PRU yang lepas adalah atas tiket parti masing-masing dan bukannya Parti Warisan.

Walaubagaimana menurut Ainal Fattah, memandangkan pilihanraya umum tidak lama maka biarkanlah penggal mereka berakhir.

#BNforSabahan

Published
Categorized as BN, Warisan

Jufazli Budak Mental Sengaja Memalukan Agensi Keselamatan Wajar Dikenakan Tindakan.

Rupanya beberapa hari yang lepas ada pula si budak mental aka Jufazli memuat naik videonya yang sedang melalak ya. Hemmm

Harus kok anggota Polis itu sendiri membuat laporan Polis terhadap Jufazli sebab budak mental tu telah membuat dakwaan yang memalukan agensi keselamatan. Dimana dia mendakwa ada anggota Polis yang terlibat memberikan IC projek dan menjadi sumber maklumatnya.

Katanya, Polis datang mencari pendatang asing tanpa izin hanya untuk persediaan PRU ke-14. Mereka datang ke Ladang-ladang dan Pulau serta kawasan kampung untuk mencari pendatang asing tanpa izin untuk diberikan Mykad.

Masyarakat ingin tahu siapa kah anggota Polis yang dimaksudkan oleh si Jufazli tu!

Budak mental itu juga mendakwa sebelum ini mereka ada membuat permohonan kepada Putrajaya agar mengeluarkan MyKad versi Sabah tapi tidak dibenarkan. Kerana kononnya Putrajaya tahu, model Mykad yang ada sekarang dijadikan sumber undi untuk kemenangan parti BN di setiap pilihanraya. Kenyataan ini cukup bangang dan tidak logik langsung.

Di Sabah ni ada beberapa tempat atau bandar dimana majoriti pengundinya terdiri dari mereka yang berasal dari negara jiran dan luar seperti China tapi kenapa kawasan ini dimenangi oleh pembangkang?

Suka admin mengingatkan bahawa tuduhan si Jufazli itu terlalu sensitif dan kalau tidak disangkal akan menjejaskan kredibiliti agensi keselamatan secara keseluruhannya. Paling tidak biarlah Jufazli dipanggil dan diberikan peringatan.

Dan kalau matlamat Jufazli memuat naik video berkaitan isu diatas untuk memenangkan pembangkang dan sebaliknya untuk memalitkan BN, nah jangan dia silap. Hakikatnya beberapa pemimpin parti pembangkang juga turut terlibat. Alsebab itulah pada yang berkenaan, kenanglah budi dan undilah BN.

IC Projek yang di warkan warkan oleh si Jufazli itu adalah cerita lama yang sudah pun lapuk. Apa lagi kewajipan memberikan Kewarganegaraan juga termaktub dalam perlembagaan setiap negara bukan hanya di Malaysia. Yang menjadi masalah bila dia melibatkan anggota Polis dalam kononnya kes terbaru Ic Projek. Hemmm

#BNforSabahan

Masej Tahun Baru 2018 Dari Masyarakat Kinabatangan Untuk Parti Warisan

Nah pada pemimpin dan Jentera Warisan, ini ada pesanan untuk kamu sempena tahun baru 2018 yang ditulis oleh seorang pengguna Facebook yang juga mewakili masyarakat /komuniti daerah Kinabatangan.

Jangan parti Warisan ingat masyarakat Sabah ni bodoh bodoh ya, tidak mengetahui hak mereka sebagai pengundi dan fungsi parti parti politik apa lagi dalam keadaan sekarang dimana pilihanraya semakin dekat.

Mana sudah hasil dari Kementerian KKLW tu, belanjakanlah. Tunggu apa lagi! tak kan kamu tunggu parti Warisan menang baru kononnya kamu berbelanja besar. Kalau begitu sampai kiamatlah masyarakat ini tidak akan merasa duit Warisan.

Beringat kamu setakat slogan Sabah Ubah aka air liur Warisan ia tidak akan mampu menyelesaikan masalah seperti ini.

Jangan pula kamu ingat, selama in BN tidak memainkan peranan ya. Sebab selama tempoh BN menjadi pemerintah. Tanggungjawab yang dipikul telah pun ditunaikan, sama ada dalam bentuk tunai yang disalurkan terus kepada para nelayan atau bantuan dalam bentuk kelengkapan nelayan. Selain kamu pun sedia maklum pemberian secara tunai melalui program BR1M dan sebagainya.

Apa yang dituntut dari parti Warisan ialah agar mereka terlibat dan berkerjasama dengan kerajaan dalam usah menyelesaikan atau mengurangkan kesulitan yang dihadapi oleh komuniti Kinabatangan ini.

Sebab andai pun ditakdirkan Warisan menjadi pemerintah, sudah tentulah kroni dan kerabat yang akan diutamakan, seperti mana sebelum ini yang memalitkan pemimpin pemimpin Warisan dalam skandal KKLW. Hemmm

#BNforSabahan


“”Assalamualaikum dan Salam Sejahtera””

Kepada Parti Warisan Kinabatangan tolong tinjau2 dan bantu juga masalah orang2 di tongod menghadapi masalah banjir, Bukan borang keahlian saja yg penting buat kamu???
Jangan cakap itu tugas kerajaan ataupun #tunggu memerintah??

(Jangan jadi parti yg hanya mengambil kesempatan dalam kesempitan)

#Postpertamapakcik2018
#Selamattahunbaru2018

Janji Hak Bersuara Dr M Sukar Dipercayai – Salleh Said

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menggambarkan janji terbaharu dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan semula kebebasan bersuara sekiranya pembangkang membentuk kerajaan akan datang, sebagai ‘sukar dipercayai’.

“Bagaimana Mahathir boleh berfikir bahawa beliau boleh melepaskan diri dengan kenyataan sedemikian apabila lebih banyak kebebasan bersuara sekarang ketika pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding pada tahun 1980-an ketika Mahathir menjadi perdana menteri?” katanya dalam catatan di laman blog beliau, sskeruak.blogspot.my.

Beliau berkata, Dr Mahathir telah menggelar Najib dengan pelbagai nama yang bersifat jahat, malah Dr Mahathir boleh menghadapi pendakwaan di bawah Akta Hasutan.

“Tetapi Najib tidak mengambil tindakan. Najib membenarkan Mahathir terus memfitnahnya, dan setiap hari Mahathir terus menghina Najib…Mahathir tidak akan bertolak ansur 10 peratus daripada apa yang dilakukannya terhadap Najib.

“Tiada bukti yang lebih besar daripada ini bahawa Najib adalah penyebar kebebasan bersuara. Jika tidak, Mahathir tidak dapat berbuat apa yang beliau lakukan dan mengatakan semua perkara yang beliau nyatakan hari ini,” katanya.

Dilaporkan Dr Mahathir membuat janji itu semasa Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia, yang mana beliau adalah Pengerusinya, di Shah Alam, Selangor hari ini. – Bernama


Seperti juga yang diketahui oleh majoriti rakyat Sabah, bila mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr M menangkap pemimpin pemimpin Sabah yang menyuarakan hak hak Sabah berdasarkan perjanjian 1963. Inikah yang dimaksudkan oleh Dr M, menjanjikan hak bersuara? Lupakan!

#BNforSabahan

Dr M Marah Pada Bangsa Melayu Bodoh Yang Mudah Ditipu

Kenapa sudah Doktor M emosi tu, emosi marah pada orang Melayu, marah pada semua orang. Walhal begini sikap orang Malaysia terhadap parti dan pemimpin kerana budaya kotor yang diamalkan semasa dia menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Dr M mengekang kebebasan bersuara, menolak kesaksamaan hak, membolot kuasa eksekutif hingga institusi Raja menjadi korban. Menolak hak segelintir kaum terutamanya kaum India. Lepas itu hanya menkayakan kroninya dan kerabatnya.

Tapi hari ini Dr M menyalahkan orang Melayu sebagai bodoh dan mudah ditipu hanya kerana majoriti bangsa Melayu tetap setia pada Presiden UMNO.

Hello Dr M, seemosi emosi PPBM, emosi lagi orang Sabah kerana sewaktu kekayaan Sabah berlambak tahap kemajuan dan kualiti kehidupan yang dikecapi oleh masyarakat Sabah amat mengecewakan.

Bila ada orang Sabah yang menuntut perjanjian 1963 agar dikaji semula kau ugut dan penjarakan mereka.

Sewaktu sokongan masyarakat Sabah memuncak terhadap BN hingga mendapat jolokan Sabah simpanan tetap BN. Berapa kerat orang Sabah yang kau lantik menjadi Menteri di peringkat Persekutuan dan berapa pula anak anak Sabah yang dilantik menjadi Ketua Ketua di Jabatan Kerajaan?

Bagaimana pula dengan pembahagian keuntungan dari Petronas, siapa yang bertanggungjawab hingga Sabah hanya mendapat royalti 5% dari keuntungan Petronas? Bukan kah Dr M!

Berhubung kerja kotor Dr M yang memperkenalkan Ic Projek di negeri Sabah, ini admin serahkan pada pemahaman masyarakat. Sebab pada admin ia ada pro dan kontranya. Tinggal lagi yang mengecewakan bila pada hari ini ada dikalangan penerima Ic Projek yang menyokong pembangkang. Mereka lupa kerana tindakan Dr M itu parti BN yang dipersalahkan oleh pembangkang.

Hari ini semasa Dr M berucap di Perhimpunan Agung PPBM kali pertama, dia memohon maaf pada hadirin yang terdiri dari pemimpin komponen PH atas kesalahannya semasa dia menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Nampak tak dia hanya memohon maaf pada masyarakat atau pengundi dari Semenanjung dan bukan dari Sabah dan Sarawak, walhal di dua negeri inilah dosa dosa Dr M bertaburan. Mungkin kerana itu jugalah Dr M tidak berani mengembangkan PPBM hingga ke Sabah dan Sarawak.

Pokoknya semua cadangan pembaikan dan intipati yang disampaikan oleh Dr M di Perhimpunan Agung PPBM tadi pagi lebih kepada usaha menutup kegagalannya. Yang gagal dari segi agama, sosial politik, pendidikan hingga kepada ekonomi rakyat Malaysia.

Kita ambil contoh dari konteks pendidikan dan kita ambil entri dari seorang pengguna Facebook. Dia marah pada Dr M yang memperkenalkan peperiksaan SRP sepenuhnya pada tahun 1985 dimana pelajar yang gagal di tahap ini tidak akan layak menyambung persekolahan ke tingkat yang seterusnya, menyebabkan kawan sekelasnya tercicir dan menjadi penagih dadah. Sedangkan itu adalah sistem yang tidak adil. Sepatutnya ada peluang kedua, seperti mana PMR atau PT3 pada hari ini. Contoh ini nampak remeh tapi telah memberikan kesan atau kemarahan pada ramai orang.

Bagaimana pula dengan Dr M layakkah dia diberikan peluang kali kedua?

#BNforSabahan

Shafie dan Peter Disiasat Lagi Kali Ini Berkaitan Risda

KUALA LUMPUR 29 Dis. – Dua pemimpin parti di Sabah termasuk seorang bekas menteri sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan membabitkan wang deposit pembelian tanah milik Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bernilai RM15.5 juta di negeri itu pada 2014.

Menurut sumber, seorang da­ri­pada pemimpin tersebut yang sedang disiasat berhubung satu lagi kes rasuah membabitkan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) turut diburu kerana gagal me­laporkan diri kepada SPRM sejak dua bulan lalu.

Ujarnya, kedua-dua pemimpin terbabit dipercayai mempunyai kaitan dengan proses penjualan tanah tersebut yang terletak di Tongod, Sandakan, Sabah dan pembeli dikatakan telah membayar 10 peratus wang deposit bernilai RM15.5 juta.

Namun jelasnya, apabila tanah itu didapati tidak boleh dijual kepada orang luar memandangkan status tanah berkenaan merupakan Hak Adat Bumiputera (NCR), deposit yang telah dibayar oleh pembeli dipercayai hilang.

“Berikutan itu, beberapa dokumen berkaitan pembelian ta­nah tersebut telah diambil untuk diteliti bagi siasatan lanjut sekiranya terdapat penyelewengan.

“Kedua-dua pemimpin masih belum dipanggil memandangkan seorang daripada mereka dikatakan masih berada di luar negara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Baru-baru ini, dua blog telah mendedahkan mengenai dakwa­an penyelewengan berhubung pembelian tanah berkenaan.

Blog tersebut mendakwa, dana bernilai RM155.4 juta milik RISDA dilaporkan hampir hilang berikutan urusan jual beli tanah NCR di daerah Tongod seluas 2,428 hektar pada Julai 2014.

Dalam pada itu, blog terbabit turut mendakwa sebanyak RM15.5 juta wang pendahuluan hasil pembelian berkenaan lesap namun tiada laporan dibuat kepada SPRM.

Sementara itu, Timbalan Ke­tua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan memang ada siasatan dijalankan berhubung isu pembelian tanah yang berkaitan namun beliau enggan memberi ulasan mengenai pihak yang terlibat dengan perkara itu.

“Biarlah pihak kami menjalankan siasatan. Saya tidak mahu isu ini dispekulasikan,” katanya.

Sumber Utusan


Nah apa khabar? Siasatan atau tuduhan kerana mengambil wang masyarakat miskin luar bandar Sabah oleh pemimpin utama Parti Warisan bukan lagi rahsia walaupun sengaja dinafikan oleh penyokong penyokong buta kayu parti Warisan.

Kali ini, apa lagi alasan mereka? Kerana belum pun skandal terdahulu didakwa di Mahkamah. Datang lagi skandal baharu iaitu skandal dana RISDA yang diseleweng oleh orang yang sama, Presiden Warisan.

Kegagalan Naib Presiden Warisan yang sepatutnya melaporkan diri setiap bulan ke SPRM, ini juga satu hal. Telah mengundang pelbagai reaksi dari masyarakat. Kini masyarakat percaya bahwa tuduhan rasuah keatas Naib Presiden Warisan, Peter adalah benar atas prinsip berani kerana benar, takut kerana salah.

Kegagalan si Peter melaporkan diri dan kalau dia terus menghilangkan diri, silap hari bulan kegagalannya itu akan bertukar menjadi kes Polis dan bukan hanya melibatkan Polis Malaysia tapi kalau dia berada diluar negara akan melibatkan Interpol atau Polis antarabangsa. Haru biru!

Sebelum ini admin “menjangkakan” Naib Presiden Warisan yang hilang itu sedang berunding dengan pihak tertentu. Tapi rupanya benar belaka benar mereka sedang berunding, ini berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh portal Utusan diatas. Tekanan yang memaksa mereka untuk berunding atau mengalah.

Dr M berunding dalam diam dengan BN, begitu juga dengan Shafie

Yang menjadi mangsa sekarang ialah jentera jentera tolol Warisan dan penyokong Warisan. Selepas ini kemana agaknya mereka akan membawa diri. Terjun laut? Suka hati merekalah jangan saja BN mengguna pakai mereka, jangan sesekali kerana selain tolol puak puak itu sikit pun tidak bermanfaat kepada masyarakat jauh sekali sesama ahli BN. Tamak!

#BNforSabahan

Published
Categorized as BN, Warisan