Kenyataan Zahid Jangan membrexitkan Sabah Ada Kebenarannya 

Kenyataan TPM Zahid Hamidi tu bukannya menggugat masyarakat Sabah tapi itulah kenyataannya bila Sabah ini diperintah oleh parti pembangkang yang kekitaan yang tidak lagi berkerjasama dengan mana mana pihak atau Persekutuan.

Bak kata admin sebelum ini, kerana itulah Sabah ditakdirkan tidak bersultan. Sebab kalau tidak habis berperang ini orang orang Sabah hanya kerana ingin menuntut hak masing masing yang difikirkan perlu untuk puaknya (Khawarij)

Dan parti yang dimaksudkan oleh TPM Zahid Hamidi itu ialah parti Warisan yang tidak konsisten dalam perjuangannya. Sekejap menghormati kedudukan Sabah dalam Malaysia sekejap lagi mahu menuntut Sabah keluar dari Malaysia.

Pokoknya kepimpinan Warisan tidak faham pun apa itu perjanjian 1963. Ini kerana menuntut perjanjian ini tidak terkandung dalam agenda awal penubuhan Warisan. Alsebab itulah barulah pada hari ini Warisan mengheret Brother Zainnal Ajamain ke hulu ke hilir untuk berceramah. Tapi kalau kita teliti balik selama ini pendapat brother Zainnal Ajamain yang ada Facebook dan YouTube berkaitan perjanjian 1963 dan 20 perkara, jelas dia tidak mengiktiraf kewujudan Sabah di dalam Malaysia dan ingin membawa Sabah keluar dari Malaysia dan adakah matlamat ini juga diperjuangkan oleh parti Warisan?

Kalau benar, jelas ia bertentangan dengan perlembagaan Warisan yang kononnya menghormati keberadaan Sabah di dalam Malaysia.

Banyak pertentangan yang admin boleh kemukakan selain pendirian Warisan yang tidak konsisten dan kerjasama mereka dengan brother Zainnal Ajamainp. Antara lain, kenyataan Shafie Apdal semasa menjadi Menteri KKLW, dia sendiri mengingatkan masyarakat Sabah agar jangan terpengaruh dengan pihak yang bertanggungjawab yakni pihak yang cuba membawa Sabah keluar dari Malaysia atau agenda yang ada persamaannya.

Kalau kita terjemahkan dari konteks politik yang ada pada hari ini seolah olah yang dimaksudkan oleh Shafie Apdal itu ialah parti Warisan. Hemmm

Ini kerana menurut Shafie Apdal yang ketika itu berstatus Menteri, membawa Sabah keluar dari Malaysia akan menjejaskan kestabilan atau keselamatan negeri Sabah. Menurutnya lagi membebaskan Sabah bukannya kerja yang mudah, apa lagi kumpulan tertentu dari Selatan Philipine sedang giat menuntut pemilikan keatas Sabah, sebab itulah sering berlaku insiden penculikan.

Akhirnya dia merayu pada masyarakat Sabah agar membayangkan keburukan keburukan yang dia sebutkan diatas. Tidak terkecuali dia juga menekankan kebaikan semasa Sabah berada di dalam Malaysia, dimana selepas negara mencapai kemerdekaan banyak manfaat dinikmati rakyat termasuk di Sabah berbanding rakyat di kebanyakan negara lain yang telah lama mencapai kemerdekaan.

Tapi kenapa hari ini, parti Warisan, Shafie Apdal semacam kumpulan yang berfikiran Khawarij ya?

Kesimpulannya apa yang dinyatakan oleh TPM Zahid Hamidi ketika berucap semasa merasmikan Persidangan Secara Berkelompok perwakilan Umno Zon 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bongawan dan mengingatkan masyarakat Sabah agar jangan terpedaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab adalah hakikat dan bukannya ugutan seperti mana tafsiran pihak pembangkang aka Warisan.

Pada ucapannya TPM Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan anggota Umno dan seluruh rakyat Sabah agar tidak sesekali terpengaruh dengan cubaan pihak luar untuk ‘memBrexit’kan’ Sabah daripada gelanggang Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ahmad Zahid berkata tindakan pihak ‘luar’ itu, termasuk bekas kepimpinan Umno peringkat negeri dan nasional yang telah meninggalkan UMNO, merupakan langkah yang silap dan boleh memberi impak negatif kepada rakyat dan negeri Sabah.

“Jika ada orang luar sama dari dalam kita (BN dan Umno), tokoh yang asalnya daripada Barisan Nasional yang cuba membawa rakyat Sabah keluar daripada gelanggang UMNO dan BN, mereka salah perkiraan,”

#BNforSabahan

Siapa Masyarakat Kimanis Pada Mata Hati Shafie Apdal – Anifah Aman 

Dibawah adalah luahan kecewa Menteri Luar Negeri Malaysia, Anifah Aman semasa berurusan dengan mantan Menteri KKLW, Shafie Apdal.

Kerana pendedahan inilah sewajarnya masyarakat Kimanis dan daerah daerah yang berhampiran mengambil iktibar sekaligus menolak propaganda Warisan yang kononnya ingin membela masyarakat Sabah melalui slogan Sabah Ubah.

Bayangkan seorang pemimpin BN dari Sabah yang ingin berkhidmat untuk masyarakat Sabah mendapat halangan dari pemimpin Sabah itu sendiri. Kesian!

Hello orang orang Sabah, jangankan orang luar, sedang orang Semporna sendiri pun tapi bukan dari kalangan kerabat tidak juga mendapat pembelaan yang sewajarnya walaupun selama itu dia bekerja atau menyokong pemimpin berkenaan. 

‘Shafie sewaktu jadi menteri KKLW dahulu tidak pernah meluluskan peruntukan yg di minta oleh rakyat di kimanis walaupun kerap kali sudah dipohon’

‘saya sendiri pernah datang jumpa dia untuk minta peruntukan RM50 juta untuk bantu rakyat, 2 jam saya tunggu saya hanya perlu 5 minit utk menerangkan,namun pegawainya hanya suruh tinggalkan kertas kerja,akhirnya berbulan-bulan saya tggu 1 sen pun tiada dia luluskan’

‘walaupun ada kawasan tiada elektrik dan bekalan air bersih tp dia tidak datang ke kawasan kimanis, beliau sepatutnya berasa malu kerana sudah tiada kuasa barulah kerap datang ke kimanis untuk merayu’

”kenapa sekarang baru dia mahu datang?’

-DS Anifah Aman.
#BNforSabahan 

Warisan Berkecai Di Tambunan & Beaufort

Ini bukan propaganda politik tapi kisah yang nyata dan kejadian ini telah melemahkan parti Warisan yang dikenali sebagai parti yang syok sendiri bak kata Setiausaha Politik kepada Datuk Abdul Rahman Dahlan, Dr Kabin Samad, Warisan ibarat Singing in the rain.

Sebelum ini sering kita mendengar khabar yang kurang tepat berhubung “kemasukan” beramai ramai ahli UMNO ke parti Warisan. Hingga ada yang terkesan lalu berpendapat negeri Sabah bakal diperintah oleh parti Warisan. Jangan silap!

Peliknya pada waktu yang itu juga bila ada ahli parti yang meninggalkan Warisan, maka mereka akan marah dan mencaci. Sebab kononnya telah meninggalkan perjuangan yang membela masyarakat Sabah. Ini menunjukkan parti Warisan didokong oleh jentera yang cetek politik, emosi dan mementingkan diri.

Mereka ingat orang Sabah ini tidak tahu latar belakang politik kepimpinan Warisan, bermula dari Presiden Warisan hingga lah ke jawatan Naib Naib Presiden, dimana mereka membesar dari perjuangan UMNO, PKR serta DAP. Mereka juga ingat masyarakat Sabah baru sahaja mengenali dunia politik alsebab itulah mereka beranggapan masyarakat Sabah sudah tidak ada pilihan selain kekal bersama Warisan. Soalnya siapa juga Warisan bukankah ia parti yang belum pun pernah berjasa kepada masyarakat Sabah, jadi kenapa pula masyarakat boleh terikat?

Berita nyata yang admin maksudkan ialah kemasukan beramai ramai ahli Warisan bagi menyertai Gabungan Sabah (STAR) dan Parti Harapan.

Pada 20hb Julai Pengasas Parti Warisan Bahagian Tambunan, Zakaria Maidin dan Setiausahanya Richard Longiton telah meninggalkan Warisan dan menyertai parti Gabungan Sabah yang diraikan oleh Dr Jerfrey Kitingan. Begitu juga yang berlaku di Beaufort
seramai lebih 100 orang ahli Parti Warisan Sabah (Warisan)yang diketuai oleh bekas Ketua Cawangan Warisan Kamarabau, Saidi @ Masden Kasneh bertindak meninggalkan parti Warisan dan menyertai Parti Harapan Rakyat ia disaksikan oleh Lajim Ukin.

Walaupun dua parti ini adalah juga pembangkang tapi sekurang kurangnya mereka tidak menolak kerjasama demi kebaikan masyarakat. Tidak seperti Warisan awal awal lagi menunjukkan ciri ciri parti yang tidak menerima pendapat orang lain dan seolah-olah akan membolot kuasa dan kekayaan.

Telah dikenal pasti punca mereka meninggalkan Warisan kerana hilang kepercayaan terhadap semua lapisan kepimpinan Warisan bermula dari peringkat atas hingga ke peringkat akar umbi. Memang pun, parti baharu seperti Warisan yang bermodalkan sentimen kekitaan akan di ketuai oleh mereka yang cetek akal dan akhlak serta keras hati dan tidak reti menghargai orang lain.

Walhal kalau diperkirakan, parti Warisan telah membariskan Darell, Junz Wong sebagai wakil KDM dan Cina yang akan mampu menarik perhatian kaum berkenaan untuk memberikan sokongan atau mengekalkan sokongan. Tapi itulah kerana pentingnya seorang ahli parti mengukur keyakinan dan kepercayaan terhadap kredibiliti pemimpin dan perjuangkan parti itu sendiri maka sentimen kakitangan yang cuba dijadikan modal tidak menjadi alasan untuk kekal bersama Warisan. Untuk makluman, bukan hanya bangsa KDM dan Cina yang tidak terpengaruh tapi juga kaum Bajau dari daerah Semporna, daerah kelahiran Presiden Warisan, Shafie Apdal.

Kerna itu admin ingin mengucapkan syabas dan tahniah pada yang berkenaan kerna akhirnya menolak perjuangan yang hanya menggugat keharmonian masyarakat Sabah melalui slogan Sabah Ubah. Slogan Sabah Ubah hanyalah retorik selain kerana faktor jenteranya yang tidak berkualiti ia juga diterajui oleh pemimpin pemimpin yang telah terbukti gagal sebagai wakil rakyat. Dimana Presiden Warisan yang pernah menjawat jawatan Menteri KKLW begitu juga Darell Leiking selaku MP Penampang dan Junz Wong sebagai ADUN Likas serta Yb DUN Sulabayan, Jaujan Sambakong dimana mereka gagal membangun kawasan dan komuniti mereka.

Berbilion peruntukan disalurkan pada Kementerian KKLW semasa Presiden Warisan duduk di Kementerian berkenaan tapi sayang dia gagal memanfaatkannya. Bayangkan prasarana yang paling asas pun tidak dapat disediakan, kesian masyarakat yang berada diluar bandar. Jadi adalah satu tindakan yang tidak cerdik andai diri anda terus memperjuangkan orang yang sama. Tahniah sekali lagi admin ucapkan pada bekas ahli Warisan berkenaan!

#BNforSabahan

Tidak Wajar Lim Kit Siang Memetik Ayat Al Quran

Suka sukanya Lim Kit Siang mengguna pakai kesucian Al Quran demi menjaga kepentingan politik sekularnya.

Sedangkan sebelum ini bila ada ahli BN yang hanya memetik hadis bagi memperjelaskan sesuatu isu dibilang ahli BN itu tidak realistik sebab kononnya perkara yang dibincangkan berkaitan dengan politik lalu dicaci lah ahli BN berkenaan sebagai tidak profesional. Tapi lihat kalau mereka yang menggunakannya tidak ada satu pun penyokong dari gabungan PH yang mengkritik Lim Kit Siang.

Tapi tidak apa, kali ini kita biarkan itu petanda pihak pembangkang semakin terdesak tapi andai selepas ini Lim Kit Siang masih memetik ayat ayat Al Quran untuk kepentingan pembangkang. Nah saat itu juga kita angkat satu rakaman ceramah agama oleh Ustaz berbangsa Cina dan kita tujukan khas kepada Lim Kit Siang. Ustaz itu menjelaskan bahawa objek yang disembah oleh penganut agama selain Islam adalah bertentangan dengan ajaran agama dan ia dicatatkan di dalam kitab mereka (sebelum ustaz berkenaan memeluk Islam). Lalu kita persoalkan kenapa kah Lim Kit Siang mengingkari kandungan kitab mereka.

Sensitif bukan, admin menulis entri pun terpaksa berlapik, sebab itulah jangan politikkan ayat suci Al Quran apa lagi ia dilakukan oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Sebelum ini Lim Kit Siang memetik dua ayat Al Quran dari surah al Baqarah bertujuan mempersoal kredibiliti Apandi Ali selaku Peguam Negara dalam isu 1MDB. Sedangkan sebelum itu Peguam Negara sudah pun menjawab atau menegaskan bahawa dana 2.6 bilion adalah sumbangan dari pihak tertentu. Sebab itulah beliau tidak takut pada tekanan mana mana pihak seperti pembangkang aka Dr M. Kerana keputusannya itu adalah muktamad dan berdasarkan laporan rasmi yang telah disahkan.

Lim Kit Siang selaku pemimpin wajar menjadi contoh yang baik pada masyarakat dengan menghormati perlembagaan iaitu Islam adalah agama rasmi Malaysia, jangan permainankan.

Ini DAP ni belum pun jadi kerajaan tapi macam komunis sudah.

#BNforSabahan 

Published
Categorized as BN, DAP

Aktivis C4 Berniat Jahat Pada Pemerintah

Teruk pula kenyataan dari Aktivis C4, Cynthia Gabriel. Dia menyalahkan kerajaan sebagai punca kejahilan generasi muda, khasnya pelajar universiti terhadap rasuah.

Kenyataan yang “bias” bertujuan untuk merosakkan reputasi BN di mata pelajar dan rakyat Malaysia secara umumnya.

Dia tidak tahu selepas pergolakan politik kini parti parti pembangkang dihuni oleh ramai kaki rasuah dan tidak mustahil pelajar berkenaan adalah penyokong dan kerabat pembangkang. Siapa tahu?

Tugas pembangkang bukan hanya membuat kajian dan bercakap tidak henti soal politik. Tapi lebih daripada itu juga bertanggungjawab keatas kemajuan negara dan masyarakat. Jangan kesemuanya dipertanggungjawabkan kepada parti pemerintah. Terutamanya dari konteks kegiatan jenayah di Parlimen atau DUN yang di wakili.

Bagaimana dengan kadar jenayah di negeri pembangkang seperti Pulau Pinang dan Selangor yang agak tinggi, apa tindakan kerajan negeri, apa langkah yang mereka telah ambil. Begitu juga dengan parti parti pembangkang yang ada di Sabah ni, apa tanggungjawab mereka sebagai parti politik, hanya tahu menyalahkan BN dan berusaha membawa Sabah keluar dari Malaysia. Sedang kebobrokan yang ada di depan mata seperti kegiatan jenayah yang semakin menghimpit masyarakat dibiarkan?

Kebenarannya bila pembangkang menganggap BN jahat maka mustahil BN tidak pernah membuat kebaikan malah banyak kebaikan yang telah pun dilaksanakan, jadi pada masyarakat jangan mudah dikelirukan. Begitu juga dengan pembangkang yang dianggap baik oleh penyokong mereka, mustahil kesemuanya baik. Malah ada dikalangan pemimpin dan penyokong pembangkang yang terlibat dengan rasuah dan ramai yang hampir tidak pernah melakukan kebaikan walaupun mereka sudah dan belum menjadi kerajaan.

Pokoknya BN masih relevan untuk rakyat Malaysia. Adapun kegiatan rasuah dan jenayah akan dibanteras habis habisan. BN tidak duduk diam seperti mana pembangkang, kerjanya tidak ada lain hanya mengambil kredit dari kerja orang lain. 😁

#BNforSabahan

Published
Categorized as BN, Kerajaan

MP Tuaran Vs Setiausaha Agung Warisan!

Tertarik dengan catatan MP Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi semasa berada di Korea Selatan, beliau menceritakan pengalamannya bersama pemandu teksi.

Seperti copy paste dibawah walaupun tidak disenangi oleh Setiausaha agung Warisan dengan membuat perbandingannya yang tidak cerdik. 😉

Catatan MP Tuaran di akaun Facebooknya :-

Perjalanan sejauh 70km dengan kereta Seoul ke Cheongju, diserikan dengan perbincangan pasal kos sara hidup di Korea Selatan walau setakat bersama dengan pemandu.
Negara Korea Selatan sudah sekian lama melaksanakan GST dengan kadar 10%. Apabila demam dan minta rawatan doktor dari Hospital kerajaan yuran nya RM40. Harga 20kg beras harga RM160. Pemandu berbangga menceritakan kemajuan negaranya.

Kenyataan balas dari Setiausaha Agung Warisan :-

Ada seorang Menteri Persekutuan yang dengan bangga mengatakan perjalanannya sejauh 70km semasa di Korea Selatan telah diserikan dengan perbualannya dengan seorang pemandu tempatan disana.

1. Korea Selatan telah lama mengamalkan GST dengan kadar 10%.
2. Charge Hospital Kerajaan adalah RM40.
3. Harga beras 20kg adalah RM160.

Menteri tersebut sepatutnya bertanya;

1. Berapakah pendapatan pemandu tersebut?
2. Berapakah purata gaji rakyat Korea Selatan yang bekerja?
3. Bagaimanakah kerajaan Korea Selatan membelanjakan kutipan 10% GST?

Apabila Menteri tersebut balik ke KL, Menteri tersebut patut bertanya kepada pemandunya;

1. Berapa pendapatan kamu sebulan.
2. Berapa kos sara hidup kamu dan keluarga sepanjang bulan.
3. Bagaimanakah kutipan 6% GST dibelanjakan.

Dan bila Menteri tersebut balik ke Sabah, cubalah tanya soalan yang sama kepada;

1. pemandu2 teksi,
2. pemandu van,
3. pemandu pick up penumpang (seperti di Tuaran)

p/s: Jangan cuba menegakkan benang yang basah kerana umum mengetahui bahawa GST memang membebankan.

Lucu juga kenyataan balas dari Setiausaha Agung Warisan ni ya. Dia minta jangan MP Tuaran itu menegakkan benang yang basah, walhal dia sendiri yang beriya iya walaupun basah kuyup. 😉

Yang dimaksudkan oleh MP Tuaran berdasarkan pengalamannya itu ialah kebajikan pemerintah Malaysia dibawah kepimpinan BN yang jauh lebih baik berbanding negara maju seperti Korea Selatan. Dimana kerajaan BN mampu menyediakan kos rawatan yang jauh lebih murah dari Korea Selatan. Di Malaysia seorang Warganegara boleh mendapatkan rawatan dengan hanya RM1, mana ada negara di dunia ini yang mampu menyediakan perkhidmatan semurah ini.

Begitu juga perlaksanaan GST jelas seperti yang di catat di Malaysia GST baru 6% sedangkan di Korea Selatan mencecah 10% mana lebih baik? Tapi ini pun tidak diakui oleh Warisan. Bikin hairan.

Harga beras sudah tentulah di Malaysia jauh lebih murah, berat sepuluh kilo boleh dibeli dengan harga RM28 berbanding di Korea Selatan. Tapi ini pun cuba dinafikan oleh Warisan. Bikin hairan, lucu pun.

Soal pendapatan di negara Korea Selatan, sepatutnya tidak boleh dibuat perbandingan, memandangkan Setiausaha Agung Warisan sedia maklum Korea Selatan adalah negara maju berbanding Malaysia atau saja negeri Sabah seperti mana perbandingan tolol pihak Warisan. Tapi kenapa Korea Selatan tidak mampu menyediakan perkhidmatan perubatan yang murah seperti di Malaysia? ahh ini yang menjadi perbandingan, ini juga yang dimaksudkan oleh MP Tuaran.

Setiausaha Agung Warisan kena ingat, sedangkan di Amerika Syarikat yang jauh lebih maju dari Korea Selatan pun tidak mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyatnya. Dimana program Obamacare yang bertujuan mengurangkan beban kos perubatan masih menjadi perdebatan dikalangan ahli kongres. Ini menunjukkan Malaysia dari konteks kebajikan jauh lebih baik.

Suka admin menambah kandungan entri ini yang mana kos kehidupan di Korea Selatan jauh lebih tinggi berbanding Malaysia iaitu sebanyak 90.6%. Walaupun ia disebabkan oleh faktor peningkatan pendapatan rakyatnya dan kemajuan satu satu negara. Dalam erti kata lain petanda negara itu sudah maju dan kaya raya.

Tapi jangan kita lupa, kebajikan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia jauh lebih baik berbanding negara negara jiran seperti Indonesia, Philippine dan Thailand walaupun tiga negara jiran ini ada sumber alam yang jauh lebih lebih banyak atau kaya dari Malaysia. Bukan kah perbandingan ini dapat menunjukkan kepada kita rakyat Malaysia, bahwa dari konteks Malaysia kekayaan itu bukannya faktor yang menyumbang kepada kesejahteraan rakyat tapi pentadbiran yang baik yang disediakan oleh satu satu negara.

Lalu siapa sebenarnya yang cuba menegakkan benang yang basah ni???

#BNforSabahan

Published
Categorized as BN, Warisan

Sabah Ubah Slogan Yang Retorik (1)

Donald Trump president yang paling tidak popular sepanjang sejarah politik Amerika, beliau hanya mendapat undi/mata sebanyak 36 peratus yang dijalankan oleh CNN manakala Barack Obama mendapat 59 peratus. Menunjukkan kempen aka slogan Donald Trump, make America great again hanyalah retorik yang tidak membawa sebarang kebaikan pada rakyat Amerika itu sendiri, malah telah memecahkan keharmonian di negara itu. Pun begitu slogan itu telah berjaya merealisasikan impian Donald Trump sebagai Presiden Amerika yang ke 45.

Nah tidak ada bezanya tu di antara kempen Donald Trump, Amerika Great Again dengan Sabah Ubah yang cuba diperkenalkan oleh Presiden Warisan, Shafie Apdal. Kempen yang kononnya ingin membuat perubahan kepada masyarakat Sabah, walhal kita sedia maklum matlamat utamanya hanyalah untuk menarik perhatian Sabahan agar menyokong parti Warisan dalam masa yang sama membangkitkan semangat kekitaan yang tidak sihat dikalangan masyarakat Sabah.

Melucukan ingin mengubah Sabah, apa yang diubah sedangkan Shafie pernah menjawat jawatan Menteri KKLW selama dua penggal yang bertanggungjawab mengubah prasarana dan nasib masyarakat luar bandar tapi gagal walaupun peruntukan kementerian ini cukup banyak mencecah 2 hingga 3 bilion setiap tahun belanjawan. 

Apa lagi kita tahu pendirian Warisan yang tidak mahu berkerjasama dengan mana mana parti politik yang lebih senior dari mereka. Lalu bagaimana kah Warisan boleh merealisasikan agenda Sabah Ubah kalau mereka sendiri menolak kerjasama dengan semua parti. Siapa nanti yang menyokong semasa berlakunya undian di sidang Parlimen atau Rakyat?

Melainkan agenda Sabah Ubah membawa maksud yang dramatik, membawa Sabah keluar dari Malaysia dengan demikian tidak perlulah ada kerjasama dengan mana mana parti politik. Tapi pula tertulis di dalam Perlembagaan Warisan bahawa mereka menjunjung setia serta menghormati semangat kerjasama diantara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Sekarang kamu sudah nampak kan permainan Warisan, mereka sedang bermain silap mata di hadapan masyarakat Sabah. Kononnya tidak mahu berkerjasama tapi Sabah Ubah hanya akan tercapai bila ada kerjasama 😎

Satu ketika bercakap soal keadilan dari konteks Sabah sebagai sebuah negeri di dalam Malaysia tapi dalam keadaan yang lain tidak mahu terikat hasil kerjasama dengan mana mana parti sebelum ini. Bukan kah negeri negeri lain itu mungkin diperintah oleh BN atau PH.

Jadi pada masyarakat Sabah berhati hati kamu, politik adalah politik apa lagi janji itu datang dari parti yang tidak pernah menjadi kerajaan dan yang memimpinnya telah teruji gagal menjalankan tanggungjawabnya.

Sekadar bertanya, pernah admin dibisikkan oleh seseorang kononnya Warisan mendapat bantuan dana dari pihak luar, benar kah?
#BNforSabahan 

UK Tidak Demokratik – Raja Petra

Di Malaysia tidak ada halangan sebagai seorang penulis Blog mengutarakan pendapat mereka. Tapi di negera maju seperti UK, Raja Petra diugut akan dikenakan tindakan oleh pihak Polis andai Raja Petra terus menulis dan mengaitkannya dengan Portal Sarwak Report atau editornya Clare Rewcastle Brown.

Tapi totok pembangkang yang ada di Malaysia ini lain sikit ceritanya, akibat terlalu berlagak advance walaupun sebenarnya baru mengenali Facebook. Mereka mendakwa Malaysia adalah negara yang tidak demokratik.

Itu yang admin cakap baru baru ini, pasal si Jufazli yang berbangga sebab tidak diheret ke Mahkamah selepas “melacurkan” dirinya. Hakikatnya sebelah pihak berpendapat mendakwa si Jufazli adalah perbuatan yang membuang masa. Seperti juga keatas totok akar umbi pembangkang yang bercakap macam tidak beragama tu. Tapi jangan pula tambah keterlaluan sebelum ini.

Untuk makluman selama ini ketika mendokong politik Warisan, Jufazli suka mengaitkan kepimpinan negeri Sabah dengan kegiatan negatif sehinggalah di cekup oleh pihak Polis kerana mengeluarkan kenyataan fitnah. Tapi sengaja tidak diheret ke Mahkamah kerna kita percaya dia menggunakan bukti artikel yang dimiliki oleh beberapa portal dan Blog utama sedangkan kebenaran artikel berkenaan agak kabur dan kalau pun si Jufazli dikenakan tindakan undang-undang atau diheret ke Mahkamah, maka yang wajar terlebih dahulu di persoalkan ialah pemilik portal seperti Sarawak Report dan sebagainya. Jadi tunggu saja selepas dakwaan oleh portal berkenaan di buktikan fitnah barulah si Jufazli tahu tinggi rendahnya langit. 

Berkenaan Raja Petra yang ditegah oleh pihak Polis Manchester (United Kingdom). Ini kerana sebelum ini Raja Petra sering menafikan artikel yang ditulis oleh Sarawak Report. 

Sebelum ini menurut portal Malaysia Today mengatakan, semalam notis amaran dari pihak Polis UK telah disampaikan kepada Raja Petra. Notis itu menyebut bahawa dia akan ditangkap dan dituduh di mahkamah jika dia terus menulis apa-apa artikel dan menyebut nama editor Sarawak Report iaitu Clare Redcastle Brown.

Kalau kejadian yang menimpa Raja Petra itu berlaku di Malaysia pasti pembangkang akan bercakap, kalau ia pun saman lah!

#BNforSabahan

PPBM Kambing Hitam Pakatan Harapan (PH) 

Sebenarnya admin malas mengambil kisah sangat kebobrokan politik yang berlaku di Semenanjung. Tapi memandangkan ramai juga masyarakat Sabah yang menjadikan pergolakan disana sebagai turning point, maka admin draft juga kesannya keatas Melayu selepas PH secara sah menjadi satu organisasi.

Dibawah adalah organisasi PH selepas di mesyuaratkan.

Ketua umum, Pakatan Harapan (PH) jatuh kepada Anwar Ibrahim

Pengerusi PH, Dr M

Presiden PH, Wan Azizah

Timbalan Presiden PH, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Muhyiddin Yassin.

Kedudukan diatas diumumkan oleh Dr M selepas bermesyuarat parti gabungan PH yang terdiri dari PKR, Amanah, DAP dan PPBM. Tapi tidak pasti pula kalau ada batang tubuh DAP yang hadir.

Kalau kedudukan diatas dinilai atau diamati dengan sebaiknya, maka jelas menunjukkan PPBM aka Melayu PPBM hanyalah alat.

Bagi mengelakkan PH terus didominasi oleh DAP dan kehadiran PPBM membawa makna pada Melayu PPBM dimana tidak lagi menjadi alat demi menjaga kepentingan DAP, seperti yang berlaku pada hari.

Sepatutnya begini, Ketua Umum disandang oleh Dr M. Penasihat, Anwar Ibrahim. Pengerusi, Wan Azizah. Presiden, Muhyiddin. Timbalan Presiden, Mohammed Sabu dan Lim Guan Eng. Tapi sebaliknya meletakkan PKR sebagai Ketua PH serta Presiden dan DAP sebagai Timbalan Presiden . Bererti DAP mendominasi pembangkang atau Pakatan Harapan. Hakikatnya PPBM dalam kedudukan asal itu ibarat gerabak kereta api yang tidak berkemampuan menentukan arah, selain semata-mata untuk menumbangkan BN tapi selepas itu mereka terpaksa mengikut telunjuk DAP.

Kamu nilai balik pentadbiran PH/PR di negeri Selangor, walaupun Menteri Besar Selangor adalah pemimpin Melayu PKR tapi yang berkuasa menentukan pentadbiran kerajaan tempatan ialah DAP terutama dalam urusan pemilikan tanah. Ambil contoh penukaran status tanah, sejak PH memerintah Selangor, dipercayai seluas 619 hektar tanah (Paya Indah Wetland) telah ditukar status dari tanah pertanian kepada komersial. Begitu juga dengan tanah tanah di negeri Perak semasa era Nizar Jamaluddin seluas 1000 ekar tanah telah ditukar hak milik menjadi “aset DAP”.

Jangan lupa penukaran status tanah milik Yayasan Selangor bagi membina dewan budaya Cina DAP walaupun mendapat tentangan awal dari Yayasan Selangor tapi kerana DAP lebih berkuasa ia bukannnya halangan. Akhirnya dewan budaya Cina menjadi kenyataan?

Nah apa lagi dalam keadaan sekarang dimana DAP mempunyai kedudukan sebagai Timbalan Presiden PH dan PPBM hanya memegang jawatan pengerusi dan Timbalan Presiden yang kedua atau ketiga? bukan kah itu bermaksud PPBM hanyalah kambing hitam untuk menarik pengundi Melayu. 

Bab logo PH tu lantak mereka lah, kerna itu milik pembangkang. 

#BNforSabahan

Warisan Belum Layak Meniru Langkah Sarawak – MA63

Kita tidak hairan dengan tindakan kerajaan negeri Sarawak yang memperjuangkan perjanjian 1963 kerana parti BN sudah lama menjadi kerajaan negeri, begitu juga dengan Sabah. Dimana selama ini kerjasama baik diantara kerajaan negeri dan Federal akan mampu merealisasikan apa yang difikirkan perlu oleh Sabah dan Sarawak.

Sebab itulah sebelum kita dikhabarkan dengan tindakan kerajan negeri Sarawak yang menghantar rombongan ke UK bagi mengkaji lebih lanjut perjanjian 1963. Kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman telah terlebih dahulu membentuk jawatankuasa khas bagi mengkaji elemen yang mungkin bertentangan diantara Federal dan kuasa negeri berdasarkan perjanjian 1963. Supaya nanti perbezaan itu dapat diturunkan kepada kerajaan Negeri.

Yang menjadi tanda tanya ialah tindakan parti baharu pembangkang Sabah, Warisan sejauh mana mereka mampu mempolitikkan perjanjian 1963. Ini kerana Warisan belum pun mendapat sebarang kemenangan atau mandat dari masyarakat Sabah menerusi PRU dimana perjanjian 1963 dijadikan manifesto. Maksud admin menuntut elemen di dalam perjanjian 1963 tidaklah semudah kiraan 123 tapi rumit dan memakan masa lihat saja kerajaan negeri Sarawak selepas berdekad bersama BN barulah mereka mengorak langkah.

Dan dari satu sudut yang lain, dari sudut mana agenda mereka akan tercapai sedangkan Warisan mustahil mendapat sokongan daripada mana mana pihak termasuklah PH sebagai wakil Federal  (andai pembangkang menjadi kerajaan) ini kerana Warisan sebelum ini menolak kerjasama dengan mereka. Walhal kita sedia maklum PH pun sebelum ini menyokong agenda Borneonisasi walaupun cukup sekadar retorik politik?

Jadi pada masyarakat jangan kamu terpedaya, politik adalah politik. Warisan akan sanggup menjanjikan perkara yang indah indah selama mereka belum berkuasa. Hakikat yang sebenar benarnya parti Warisan belum layak membandingkan diri mereka dengan kerajaan Sarawak.

Sebelum ini Presiden Warisan, Datuk Shafie Apdal memuji langkah kerajan Sarawak, selepas Kerajaan Sarawak merancang untuk menghantar pasukan undang-undang ke United Kingdom (UK) untuk mencari dan mengkaji bahan-bahan sumber yang berkaitan dengan pembentukan Malaysia oleh UK, ketika itu Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura 1963.

#BNforSabahan