DAP Sabah Sarawak Baik Diam Diam 

Kenyataan keras Pengerusi DAP Sabah Stephen Wong Tien Fatt dan Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Woh, antara lain mereka menggesa supaya Yb DUN Likas Junz Wong yang menang atas kononnya tiket DAP meletakkan jawatan sebagai ADUN dan terbaru desakan dari Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen yang juga mempersoal tindakan Yb DUN Likas Junz Wong setelah mengubah haluan perjuangan, dimana kini bersama dengan Datuk Shafie Apdal.

DAP Sarawak Chong Chieng Jen tegas menyalahkan Datuk Shafie Apdal sebab kononnya telah memberikan sejumlah wang sebagai habuan supaya Yb DUN Likas Junz Wong keluar dari DAP.

Apa yang didakwa oleh DAP Sarawak itu adalah kenyataan yang berbau fitnah semata-mata. Kerana itu kita mohon pada mereka, supaya mereka mengemukakan bukti, kalau benar bagai dikata. 😎

Hello brother Chong Chieng Jen dan Wong Kah Woh. Berpolitik ni bukan macam kita membeli sayur di pasar. Bayar dan ambil, begitu mudah.

Politik adalah soal kepercayaan dan keyakinan seseorang terhadap kemampuan atau agenda yang diyakini mampu dicapai dan akan mendatangkan kebaikan pada semua lapisan masyarakat dan dari konteks Adun Likas Junz Wong, sudah tentu kerjasama itu nanti akan juga menguntungkan kaumnya dan pengundi di DUN Likas.

Harap Chong Chieng Jen faham dengan keperluan politik semasa negeri Sabah. Dan ada baiknya sila rujuk balik kenyataan Yb MP Darell Leiking, kenapa beliau mengambil keputusan untuk berkerjasama dengan Datuk Shafie Apdal melalui parti tempatan Sabah.

Menurut Tuan Darell Leiking, ini adalah peluang keemasan dalam memartabatkan bangsa atau masyarakat Sabah. Kerna parti Datuk Shafie Apdal akan mewakili semua bangsa, bermula dari pantai barat sehinggalah ke pantai timur Sabah. Dimana disana ada KDM, Bajau Suluk, Cina, Bugis dan lain lain. Dengan kata lain politik Datuk Shafie Apdal (DSSA) merupakan politik penyatuan bangsa Sabah dan sudah tentu mampu membawa kemenangan dan kebaikan.

Adapun reformasi politik dan corak pemerintahan yang bertanggungjawab adalah agenda yang tetap diperjuangkan oleh politik DSSA seperti mana parti parti parti bukan kerajaan yang lain termasuklah DAP. Ironinya kalau politik penyatuan ini berjaya, maka selepas ini tidak lagi perlu merujuk pada pusat kalau ada perkara yang difikirkan baik untuk masa depan masyarakat Sabah. Bukan seperti yang berlaku pada pentadbiran BN Sabah, sikit sikit merujuk pada UMNO walhal kerajaan negeri mempunyai kuasa berdasarkan perlembagaan yang sedia ada.

Kerana itu adalah lebih baik parti parti pembangkang terutamanya DAP dan PKR Sabah, fokus balik pada musuh tradisi iaitu UMNO. Kerana politik Datuk Shafie Apdal juga menentang mereka, tidak ada beza, matlamat tetap satu menguburkan UMNO di PRU yang akan.

Selagi kekuatan BN Sabah tidak berkurangan selama itu jugalah politik pembangkang tidak akan kemana. Suara suara lantang yang mempersoal kepimpinan dan politik UMNO, hanya cukup setakat itu, adapun untuk menawan Putrajaya tidak akan tercapai. Ini jelas dan telah terbukti sebelum ini.

Sekali lagi pada semua parti parti pembangkang fokus dan cari jalan bagaimana untuk menewaskan BN di PRU yang akan datang. Ini lebih penting!

Adapun politik Sabah, serahkan saja ada kemahiran Datuk Shafie Apdal. Ini kalilah 😎

Itu kenyataan politik dari pemimpin UMNO konon ekoran beberapa pemimpin PKR dan DAP yang keluar parti adalah bukti kegagalan pembangkang adalah kenyataan yang mengada ada. Hakikatnya tindakan keluar parti lalu bersekutu menyokong politik Datuk Shafie Apdal adalah langkah penyatuan, kerana hanya dengan cara ini barulah UMNO dapat dikuburkan. Hemmm

Psssst, jauh di Semenanjung sana, orang ramai dilarang menggunakan perkataan Bersatu. Kerana mereka sedar, semakin hari, semakin parti PPBM aka Bersatu diterima oleh masyarakat.

#politikbolos #sabahubah

Jangan Layan Si Jamal Tu! 

Jangan layan si Jamal tu, dia tu cakap tidak serupa bikin. Tadi pagi admin satu Group Whatapps dengan dia.

Seorang kawan bertanya pada si Jamal berkenaan tindakannya yang menyentap bendera Bersih tu (lebih kurang begitulah) Sejurus selepas itu dia upload video yang menunjukkan seolah olah peserta Bersih yang memulakan kekecohan.

Lalu ada diantara kawan yang bertanya lebih lanjut, siapa sebenarnya yang memulakan provokasi. Tapi tidak semena mena dia left dari Group berkenaan. Nampak dengar sebelum ini macam tera sangat tapi cabut.

Membuktikan apa? membuktikan kumpulan Baju Merahlah yang mula mula sekali mencetuskan provokatif.

Nampak sangat UMNO kian terdesak, mereka sangat takut sangat kehilangan kuasa. Nah

#politikbolos

Published
Categorized as Bersih, UMNO

Helikopter Nuri Terhempas Di Tawau, Mana Sudah Blackhawk? 

Pagi ini pantai timur Sabah digegarkan dengan berita kejadian sebuah Helikopter Nuri milik TUDM telah terhempas di Dewan Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Balung, Tawau.

Helikopter berkenaan dalam proses latihan dan membawa 14 anggota keselamatan. Kejadian ini juga telah menyebabkan tiga atau lima pelajar tercedera kerana kebetulan berada di tempat kejadian semasa Helikopter terhempas. Kesemua mereka terselamat. Alhamdulillah 

Menghairankan kenapa kah Helikopter yang sudah usang lama, masih digunakan sehingga hari ini.

Dimana sudah helikopter Sikorsky S-70A Blackhawk yang didermakan oleh kerajaan Brunei khusus untuk menjaga keselamatan pantai timur Sabah?

Pada Januari 2015, Sultan Brunei ada menderma sebuah Helikopter terpakai dari jenis Sikorsky S-70A Blackhawk bagi tujuan menjaga keamanan di pantai timur Sabah. Sebab sebelum itu pantai timur Sabah sering diancam oleh pihak luar.

Ada yang mahu ditunjukkan oleh Tuhan kerana itu timbul persoalan dibawah, 

Dimana sudah itu Sikorsky S-70A Blackhawk?

Politik Kacau Daun – Ranau

PRU ke 14 masih jauh tapi politik kacau daun mula dipasang, matlamatnya hanya untuk menggagalkan parti tempatan Sabah yang sedang hangat diperkatakan oleh masyarakat. 

Kini masyarakat Sabah cukup teruja, satu demi satu mereka mendengar Yb DUN dan Parlimen yang mewakili pembangkang mengubah haluan kepada parti tempatan Sabah. Seperti yang kita tahu mereka ialah Yb Darel Leiking, Yb Terence Siambun, Yb Datuk Lajim Ukin dan yang terakhir daripada DAP Yb Junz Wong. Mereka semua akan bergerak melalui parti tempatan Sabah bagi memastikan kekalahan UMNO. Tidak dilupakan Yb DUN Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong yang juga mengikut jejak Datuk Shafie Apdal.

Politik kacau daun yang dimaksudkan oleh admin ialah terkini jentera Musa ada menyogok ratusan ribu ringgit pada sekumpulan pemimpin pemimpin PKR di daerah Ranau, supaya mendapat kekuatan dengan demikian mereka mudah menyuntik propaganda politik agar masyarakat setempat menolak parti tempatan Sabah. Selepas itu pada PRU yang akan datang mereka akan ikut bertanding bagi tujuan memecahkan undi. Ini permainan politik, orang Sabah kena faham dan tolak. Hemmm 

Perkara ini telah lama dalam perhatian pihak admin. Dan taktik ini bukan hanya melibatkan parti parti dari Semenanjung tapi juga parti parti tempatan Sabah. 

Walhal selama ini mereka sendiri yang cakap faktor yang menyumbang kepada kemiskinan masyarakat Sabah adalah kerana tidak ada keikhlasan UMNO/BN yang berpusat di Semenanjung. Tapi sekarang malah menjadi tali barut. Hemmm

Bukan mereka tidak maklum setakat mana penerimaan masyarakat Sabah keatas politik mereka. Sebab itulah pada PRU yang lepas, walaupun slogan #inikalilah bergema di segenap tempat tapi hanya dua atau tiga kerusi yang berjaya di menangi itu pun kerna faktor sentimen, hanya satu atau tiga calon dari pembangkang yang diundi berdasarkan kredibiliti mereka. Dimana sekarang mereka berjuang bersama sama Datuk Shafie Apdal. 

Seperti kata Datuk Lajim Ukin sewaktu mengisytiharkan dirinya keluar dari PKR, bahwa beliau tidak yakin dengan kemampuan PKR Sabah. 

Pada admin yang dimaksudkan oleh Datuk Lajim itu ialah bukan dari konteks parti PKR semata-mata tapi lemahnya pemimpin dan pendokong PKR yang ada di peringkat akar umbi. “Kuat tidur”. 

Published
Categorized as PBK, PKR, Sabah

Ezam Keluar UMNO – Prinsip 

1.Hari ini 1 Muharam 1438H saya membuat keputusan untuk tidak lagi bersama parti UMNO. 

2.Enam bulan lalu saya telah membuat keputusan menamatkan perkhidmatan saya di Kem Kewangan, satu tahun lebih awal dari tarikh tamat tempoh kontrak perkhidmatan saya yang sepatutnya berakhir 1April 2017.

3.Saya membuat keputusan sukar ini demi mempertahankan prinsip saya berjuang demi melakukan perubahan (islah) sedaya upaya saya.

4.Keputusan saya sertai semula parti UMNO pada Mei 2008 atas prinsip yg sama.Saya mendapat komitmen jelas drpd PM pada masa itu Tun Abdullah Badawi untuk melakukan perubahan besar dalam usaha memerangi rasuah dengan menggubal akta baru SPRM menggantikan akta BPR.Perubahan itu benar berlaku  sejurus slps kemasukan saya ke dalam parti UMNO dan SPRM yg lahir dari akta baru itu jauh berbeza berbanding BPR dalam banyak aspek.

5.Dua lagi akta yang menjadi tumpuan saya ialah Akta keselamatan dalam negeri ISA dan Akta rahsia rasmi OSA.Saya pernah di penjarakan di bawah kedua2 Akta ini namun yang lebih penting ialah saya percaya kedua2 Akta ini sering menjadi hambatan kpd perjuangan melawan jenayah rasuah.

6.Dalam tempoh saya menjadi Ahli Dewan Negara 2010-14  ISA dibahas dan dimansuhkan.Manakala OSA masih tiada tanda2 akan berlaku perubahan.

7.Saya tetap bersangka baik kpd kerajaan transformasi di bawah PM DS Najib dan melakukan segala usaha mempengaruhi pentadbiran melakukan perubahan khususnya OSA.

8.Apa yg berlaku adalah sebaliknya.OSA bukan shj tidak digubal tetapi digunakan atau lebih tepat lagi disalahgunakan keatas laporan PAC kes 1MDB.satu kes yang langsung tidak membabitkan soal keselamatan negara yg mewajarkan penggunaan OSA.

9.Ini adalah sejuta langkah kebelakang didalam proses transformasi yg dilaungkan menjadi teras kerajaan.Justeru saya telah membuat teguran terbuka mendesak tindakan salah ini diperbetulkan.

10.Beberapa bulan berlalu.tiada tindakan pembetulan.malah media dan beberapa kerat pemimpin digunakan memomokkan teguran saya.Dan tidak ada seorang pun pemimpin umno yg bersuara memperbetulkan keadaan.

11.Makanya saya sedar saya bukan lagi didalam satu parti dan jemaah yg serius mahu lakukan pembaharuan dan islah lebih2 lagi apabila ia menyangkut soal rasuah dan penyelewengan.

12.Walhal realiti zaman ini dan lebih penting ingatan Rasulullah SAW sendiri didalam hadis riwayat Termizi yg pertama kali saya temui dinukilkan didlm  buku tulisan Porf Hamka semasa saya dipenjara dibawah OSA menyatakan dgn jelas bahawa cabaran bagi ummat Muhammad adalah soal harta.

13.Saya tidak boleh berkompromi dlm soal ini.sebagai satu2nya warganegara yg pernah d penjara d bawah OSA saya benar2 faham setiap inci peruntukan akta dan merasa bertanggungjawab kpd negara apabila mengetahui ianya disalahgunakan untuk melindungi perasuah dan penjenayah.

14.Reformasi,Transformasi,Perubahan,Pembaharuan..apapun namanya mesti menjadikan agenda melawan rasuah sbg agenda paling utama kerana itulah realiti zaman dan itulah juga ingatan junjungan besar kita Muhammad SAW.


Hanya kepada Allah Swt saya bertawakkal.Salam Maal Hijrah.Salam perjuangan.

Mohamad Ezam Mohd Nor

1 Muharam 1438/ 2 Okt 2016

Pada hari yang sama di negeri Sabah parti PKR dan DAP mengalami pergolakan apabila dua  Yb DUN masing masing dari PKR dan DAP isytihar keluar parti dan akan menyokong parti tempatan Sabah. 

ADUN DAP dan PKR Keluar parti 

Published
Categorized as PBK, UMNO

Yb DUN Likas, Keluar DAP Sertai Parti Tempatan Sabah – Shafie Apdal 

Selepas tiga pemimpin PKR, MP Penampang Darell Leiking, Yb Terence Siambun ADUN Moyog yang mewakili kaum KDM dan yang terakhir pengerusi perhubungan PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin yang mewakili kaum Visaya, yang juga  keluar PKR dan akan menubuhkan parti tempatan Sabah tapi akhirnya akan berjuang bersama sama Datuk Shafie Apdal.

Tiba giliran Yb DUN Likas Junz Wong sebagai wakil dari kaum Cina yang juga merangkap Setiausaha Agong DAP Sabah telah mengisytiharkan dirinya keluar dari DAP dan akan menyertai parti tempatan Sabah.

Peristiwa berlaku di lokasi dan masa yang sama, di Hotel Yahoo Kota Kinabalu dimana Yb Terence Siambun dan Datuk Lajim Ukin mengisytiharkan diri mereka keluar dari PKR.

Ayoh bangsa Sabah secara keseluruhannya, berjuanglah bersama sama Datuk Shafie Apdal melalui parti tempatan Sabah. 😎 

#politikbolos #sabahubah #inikalilah

Lajim & Terence Keluar PKR – Shafie Apdal

Terlakar lagi sejarah politik Sabah, juga melibatkan pemimpin pemimpin dari kalangan KDM. Sebelum ini dari Penampang MP Darell Leiking. Keluar dari PKR untuk berjuang bersama sama dengan Datuk Shafie Apdal melalui parti tempatan Sabah.

Hari ini DUN Moyog Yb Terence Siambun mengikut jejak kawannya MP Darell Leiking bagi menyertai parti Datuk Shafie Apdal.

Pada masa yang sama, Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin juga mengisytiharkan dirinya keluar dari PKR dan akan menubuhkan parti tempatan baru yang bertapak di negeri Sabah. 

Kedua dua peristiwa bersejarah ini di berlaku di Hotel Yahoo, Kota Kinabalu pada sekitar jam 3pm.

Bererti kekuatan politik Datuk Shafie Apdal semakin hari semakin utuh. Terbukti apabila tiga pemimpin baru dan lama keluar dari parti mereka dan bersekutu semata-mata untuk mendokong tinggi politik Datuk Shafie Apdal atau parti tempatan Sabah.

Ayoh masyarakat Sabah mari bangkit bersama sama mereka. Ingat lagi sejarah USNO, Berjaya dan PBS membuktikan anda dari leluhur yang berani membuat perubahan. Terbukti! 

#politikbolos #sabahubah #inikalilah 

Larangan Menggunakan Prasarana – UMNO Sabah 

Surat ini dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah atau kerajaan tempatan Sabah.

Surat ini berupa arahan yang cukup jelas kepada semua jabatan kerajaan. Bahawa pihak dari parti bukan kerajaan dilarang keras menggunakan semua prasarana yang telah disediakan oleh kerajaan, seperti Dewan, Balai Raya dan sebagainya.

Menyedihkan arahan ini keluar dari mulut pemimpin Sabah sendiri. Sedangkan Sabah adalah antara negeri yang paling miskin di Malaysia. Sudahlah miskin harta benda, dikekang lagi pemikiran mereka. Alahai

Lalu apa yang bermain difikiran kawan kawan tentang UMNO yang telah diberikan mandat tapi lupa diri hingga sanggup mengeluarkan arahan seperti surat diatas?

Mungkin anda baru terfikir rupanya selama ini anda telah tersalah memilih parti dan menimbulkan banyak polemik yang tidak masuk akal, 

  • Adakah semua  prasarana yang telah disediakan oleh parti pemerintah adalah milik parti dan bukannya rakyat atau negara? 
  • Bagaimana pula dengan hak pembayar cukai yang terdiri dari berbagai fahaman politik. Kebetulan kebanyakan dari mereka adalah penyokong parti bukan kerajaan? 
  • Adakah ini bermakna sumber kewangan negara  yang datang dari perut bumi negeri Sabah adalah milik UMNO? 
  • Apa kah larangan seumpama ini ada termaktub dalam perlembagaan sama ada di peringkat negeri atau Persekutuan? 
  • Adakah juga jalan raya di dalam dan luar bandar tidak boleh dilalui oleh masyarakat yang menyokong parti bukan kerajaan aka pembangkang. Kerana prasarana dibina oleh pemerintah UMNO? 

    Nah bikin sedih pula attitude pemimpin pemimpin UMNO ni. Bayangan artikel ini tidak akan pupus sampai bila bila dan pasti pada satu hari anak cucu kepada Menteri berkenaan akan terbaca dan pada saat itu dia akan malu pada kawan kawannya, kerana mempunyai atuk yang berakal kolot yang telah menyumbang kepada kemelaratan masyarakat Sabah.

    Benarlah UMNO telah berjaya melahirkan pemimpin yang tidak ada jati diri tapi pentingkan diri. 

    #politikbolos #sabahubah 

    Demokrasi Najib – Dr M

    Gambar hiasan

    Dibawah ini admin copy paste artikel terbaru dari Dr M berkenaan sistem demokrasi yang tidak lagi dipraktikkan seadanya. Tapi dirosakkan untuk kepentingan parti atau individu semata-mata. 

    Demokrasi Najib (30 Sept 2016)

    1. Najib mendakwa bahawa pemerintahannya adalah demokratik dan sebarang percubaan untuk menyingkirnya bermakna menolak demokrasi. Dakwaan ini tidak berasas sama sekali. Sebenarnya ia menjadi bahan ketawa.

    2. Satu dari amalan yang diterima demokrasi ialah penyingkiran pemimpin yang tidak berjaya atau melakukan sesuatu yang tidak baik atau salah terhadap negara. Di mana-mana sahaja dalam negara demokratik pemimpin disingkir sebelum pun tamat edahnya.

    3. Demikian Perdana Menteri Australia, Tony Abbot, letak jawatan kerana partinya memilih Presiden baru. Di Britain Perdana Menteri letak jawatan kerana kalah dalam pungutan suara berkenaan Brexit.

    4. Di Brazil Presiden digantung oleh Dewan Senat untuk menghindar kemungkinan Presiden menganggu siasatan terhadapnya.

    5. Presiden Nixon Amerika disingkir kerana skandal Watergate.

    6. Penyingkiran pemimpin tertinggi yang bermasalah bukan sahaja tidak bermakna menolak demokrasi tetapi sebenarnya menjadi bukti demokrasi sedang berjalan dengan baik.

    7. Di Malaysia Najib sendiri berperanan dalam penyingkiran Abdullah Badawi sebelum tamat edahnya.

    8. Sebaliknya apa yang berlaku sekarang ialah Najib sebagai Perdana Menteri sudah pun menolak demokrasi. Buktinya jelas dan bertimbun-timbun.

    9. Yang pertama perpisahan kuasa antara pihak legislative (pembuat undang-undang) , executive (pentadbir, polis dan tentera) dan judiciary (penghakiman) setelah menguasai jabatan Pendakwa Raya sudah tidak ada lagi. Najib menguasai ketiga-tiga badan ini, sesuatu yang bercanggah dengan amalam demokrasi.

    10. Ahli Parlimen BN pula tidak bebas dan dipaksa melalui berbagai cara supaya sokong dan lulus apa sahaja yang dikemuka atau dilakukan oleh Najib. Jika tidak mereka akan digantung, di turun pangkat dan disingkir.

    11. Undi tak percaya tidak boleh diadakan terhadap Najib kerana sebab yang sama.

    12. Pegawai-pegawai eksekutif seperti pentadbir, polis dan tentera tidak bebas menjalankan tugas mereka kerana Najib mengikat tangan mereka dengan rasuah, ugutan menyingkir, menurunkan pangkat, menukar jawatan, mengancam pencen mereka dan lain-lain. Yang sudah bersara tidak berani mendedah kesalahan yang mereka dipaksa lakukan kerana takut dan diugut dengan berbagai cara.

    13. Peniaga, kontraktor, akhbar dan pemberita kecil dan besar juga demikian. Berbagai tuduhan dibuat terhadap mereka, gangguan melalui siasatan tanpa sebab oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri, pembatalan kontrak Kerajaan, disenarai hitam, sekatan berhutang dengan bank dan bermacam lagi.

    14. Undang-undang keselamatan baru membelakangkan sama sekali hak rakyat dibicara dalam mahkamah jika ditangkap dan dimasuk dalam tahanan. Jika rakyat atau anggota keselamatan terbunuh, “inquest” iaitu pemeriksaan akan sebab kematian oleh Majistret tidak boleh diadakan. Persoalan di mahkamah berkenaan kes juga tidak dibenar.

    15. Baru-baru ini apabila komen dibuat oleh seseorang berkenaan kematian seorang tokoh politik, polis menangkap orang itu tanpa waran, menyoalnya selama 12 jam, sebelum dilepas. Ketua Polis Negara dakwa bahawa waran tangkap tidak diperlukan. Siapa sahaja boleh ditangkap oleh polis tanpa waran.

    16. Semua ini adalah bukti jelas dan terang bahawa Najib sudah hapuskan demokrasi di Negara ini. Yang patut ditangkap dan dihadap ke mahkamah kerana mensabotaj demokrasi di Malaysia ialah Najib.

    17. Selagi Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia selama itulah Malaysia tidak demokratik. Lebih dari itu Malaysia akan diperintah oleh pemerintahan kuku besi yang tidak pegang kepada undang-undang.

    Sumber: http://chedet.cc/?p=2271

    Dua Hal Selain SOP – Esscom

    Terbaca satu artikel berhubung  SOP Esscom rentetan kejadian culik yang kerap berlaku di perairan Semporna dan Lahad Datu.

    Dikatakan SOP Esscom itu akan menjadi panduan pada semua agensi yang terlibat ketika menjalankan tugas.

    Pegawai Daerah Semporna Dr Chacho Bullah berkata semakan dan perbincangan semula draf itu penting dalam usaha menghasilkan satu SOP yang terselaras dan menyeluruh.

    “Draf SOP ini mengandungi semua gerak kerja, peraturan dan undang-undang agensi yang berkaitan,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Pemantauan Kawasan Larangan untuk 11 pulau dan dua terumbu di sini, kelmarin.

    Sumber.

    Admin puji langkah ke hadapan diatas dan sememangnya  bertepatan setelah berjaya mengenal pasti kelemahan yang selama ini menyumbang kepada berlakunya insiden penculikan. 

    Sebelum ini kita sedia maklum yang PM Najib Razak ada mendedahkan satu faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah penculikan diperairan Semporna iaitu ada tali barut dikalangan anggota keselamatan yang membocorkan maklumat pergerakan kapal peronda Marine atau APMM kepada pihak musuh atau pihak yang berkepentingan. 

    Kita tengok sejauh mana SOP ini dipatuhi mampu membenteras kegiatan culik sekaligus menyediakan keamanan. Jangan malah mengundang kemarahan pihak yang tidak berdosa kerana berlakunya penganiayaan menyebabkan keadaan semakin teruk.

    Pada admin kan, SOP yang wajib dipatuhi itu satu hal tapi ada dua hal yang paling penting dan perlu diambil perhatian iaitu,

    • Jangan ada atau elakkan penyalahgunaan kuasa dikalangan anggota keselamatan keatas kumpulan sasar  hingga berlaku penganiayaan. Kerna jangan lupa orang yang dalam kelaparan sanggup berbuat apa saja, termasuklah membunuh, merompak dan menculik yang menjadi pokok persoalan.
    • Jangan juga penguatkuasaan yang dijalankan secara drastik nanti hanya meninggalkan kesan yang negatif pada komuniti setempat. Dimana tidak ada pemantauan berterusan selepas operasi yang dijalankan terutamanya bila melibatkan kawasan perkampungan. Nanti tidak semena mena timbul pula masalah baru sedang persoalan pokok masih belum menemui jalan penyelesaian. 

    Kesimpulannya apa pun tindakan yang diambil. Fikirkan dulu kesan jangka panjang dan pendek pada masyarakat sama ada dari konteks sosial atau ekonomi dan yang paling penting biarlah penguatkuasaan bersifat konsisten dan bertanggungjawab agar tidak berlaku penganiayaan..