Shafie Satu Satunya Orang Munafik Yang Ada Di Sabah

Menarik untuk dibincangkan semula berkenaan kenyataan Presiden Parti Warisan, Shafie Apdal yang menggelarkan pemimpin BN Sabah yang beragama Kristian sebagai Munafik. Kerana menurut pendapatnya mereka tidak berani menyuarakan kerisauan. Sedangkan mereka tahu UMNO ada kerjasama dengan parti PAS yang agak extrem didalam perjuangan mereka.

Ikuti entry dibawah yang admin ambil dari satu portal atau blog politik berbahasa Inggeris. Entri itu diakhiri dengan pesanan yang cukup mendalam agar di PRU yang akan datang masyarakat Sabah lebih berhati hati.


Shafie Apdal is the one and only hypocrite

Definisi orang munafik ialah “orang yang mempunyai sikap yang meragukan pada perkara yang dia ingini. Dimana pendapat atau pernyataan peribadinya bertentangan dengan penyataannya sebelum ini.”

Sebelum memanggil orang lain sebagai munafik, Shafie Apdal perlu meneliti dengan teliti apa definisi perkataan ‘munafik’.

Dua minggu lalu DS Shafie Apdal dalam satu wawancara menyebut pemimpin KDM Kristian sebagai orang munafik kerana gagal menentang kerjasama UMNO-PAS. Beliau menegaskan bahawa pemimpin BN Kristian gagal untuk melindungi agama mereka kerana tidak bercakap pada kepimpinan UMNO berhubung kerjasama mereka dengan PAS sedangkan PAS mengamalkan versi Islam yang melampau.

Bagaimanapun sebelum ini, Shafie Apdal sendiri merupakan antara penyokong kerjasama antara UMNO dan PAS seperti yang dilihat dalam laporan oleh Utusan pada tahun 2010. Shafie juga menyeru dari konteks yang lebih luas sekiranya mahu kerjasama itu menjadi kenyataan. Maka semestinya perlu ada kerjasama yang komprehensif diantara kedua belah pihak.

Apakah konteks yang lebih luas yang dimaksudkan oleh Shafie? Adakah ia berkaitan dengan agama? Atau adakah ia ada hubungan dengan kaum? Atau adakah ia melibatkan kerajaan Melayu perpaduan oleh UMNO dan PAS untuk membentuk kerajaan persekutuan tanpa melibatkan mana-mana pihak lain; sama ada Malaysia Barat atau parti politik Sabah dan Sarawak.

Dibawah adalah pautan dari laporan berita oleh Utusan mengenai komen Shafie Apdal. Pengundi Sabah perlu membaca dengan berhati-hati siapa yang anda pilih dalam pilihan raya akan datang dan mereka harus menilai dengan teliti komen dan tindakan Shafie Apdal dan melihat sama ada ia sesuai dengan keterangan orang munafik.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=theMessenger&y=2010&dt=0208&pub=theMessenger&sec=Home_News&pg=hn_07.htm

DAP Jangan Salahkan BN Tapi Presiden Warisan – Air Bersih

1. Lim Kit Siang mendakwa kerajaan barisan Nasional gagal menyelesaikan masalah bekalan air bersih di pedalaman sejak 50 tahun yang lalu. Ini berdasarkan kesulitan yang dihadapi oleh beberapa keluarga atau komuniti di kampung Magatang dan Molosok, Keningau.

2. Tapi kenapa Lim Kit Siang tidak menyalahkan mantan Menteri KKLW yang juga Presiden Warisan, Shafie Apdal yang kini menjadi rakan politiknya. Bukan dia tidak tahu mantan Menteri itu telah disiasat oleh SPRM kerana disyaki terbabit menyeleweng dana di Kementerian KKLW (berdasarkan siasatan SPRM)

3. Seperti mana peruntukan dan kerja projek loji air Sungai Intan, Semporna yang menelan belanja sebanyak RM50 juta tapi gagal berfungsi dengan baik hingga disiasat oleh SPRM.

4. Begitu juga dengan bekalan air bersih di Pulau Gaya, Kota Kinabalu yang menelan belanja sehingga RM93 juta tapi sehingga hari ini komuniti setempat masih berhadapan dengan masalah bekalan air bersih yang juga dalam perhatian SPRM.

5. Logiknya dari konteks keberkesanan kerja Presiden Warisan selaku mantan Kementerian KKLW. Apa lagi bekalan air bersih yang berada diluar dari daerah Semporna yang tidak bermasalah dengan bekalan air bersih sedangkan di kampung halamannya dan penempatan yang melibatkan kaumnya sendiri masih bermasalah dengan bekalan air bersih. Lalu kenapa hanya menyalahkan BN Sabah secara total?

6. Sebelum ini dilaporkan sebanyak 350 projek KKLW yang melibatkan Presiden Warisan dan membabitkan 170 projek bekalan air, jalan raya (163 projek) dan bekalan elektrik (17) di sembilan daerah di Sabah membabitkan kos keseluruhan kira-kira RM7.5 bilion dipantau SPRM.

7. DAP jangan hanya tahu mencari kesalahan pemimpin pemimpin BN. Sedangkan individu yang wajar bertanggungjawab menyediakan prasarana masyarakat luar bandar khususnya di Sabah tidak pula mendapat kritikan iaitu Presiden Warisan, Shafie Apdal.

8. Menjadi persoalan dimana kenyataan atau kritikan pemimpin pemimpin DAP pusat dan Sabah keatas Presiden Warisan, Shafie Apdal selepas disiasat oleh SPRM?

#BNforSabahan

Laporan Audit Sabah Mendapat Taraf Baik

KOTA KINABALU: Pengurusan kewangan Sabah bagi tahun 2016 menerima taraf “baik” dalam siri ke-2 Laporan Ketua Audit Negara yang diterbitkan hari ini.

Kumpulan wang disatukan kerajaan negeri mencatatkan peningkatan RM276.74 juta atau 13% kepada RM2.41 bilion berbanding RM2.14 bilion pada 2015.

Sementara itu, pencapaian prestasi perbelanjaan Sabah pada 2016 adalah RM992.50 juta atau 77.5% daripada peruntukan semasa yang diluluskan oleh kerajaan negeri.

“Penyata kewangan kerajaan negeri pada keseluruhannya menunjukkan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan kerajaan negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 dan rekod perakaunannya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini,” kata laporan itu.

Pelaburan dalam bentuk simpanan tetap dan deposit berjumlah RM2 bilion, manakala pelaburan di perbadanan awam dan badan berkanun pada akhir 2016 berjumlah RM6.53 bilion.

“Kedua-dua pelaburan tersebut telah memberi pulangan dalam bentuk faedah dan dividen masing-masing berjumlah RM99.89 juta dan RM286.23 juta,” kata laporan itu.

Laporan itu juga memberikan taraf “baik” kepada prestasi kerajaan negeri melaksanakan projek di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020).

“Di bawah RMK-11 sebanyak 5,547 projek telah diluluskan oleh kerajaan negeri untuk dilaksanakan oleh 11 kementerian dan jabatan dengan peruntukan berjumlah RM1.28 bilion,” katanya.

Sebanyak 5,001 projek atau 90.2% siap dilaksanakan, sebanyak 335 projek atau 6% sedang dilaksanakan dan 211 projek atau 3.8% belum bermula, tambahnya.

Laporan itu juga berkata setakat 30 Jun, pejabat ketua audit negara menerima 44 penyata kewangan badan berkanun negeri dan 24 penyata kewangan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Hanya 4 badan berkanun negeri masih belum menyerahkan penyata kewangan bagi 2016 untuk diaudit,” katanya.

Semua 44 penyata kewangan badan berkanun negeri dan PBT bagi 2015 telah diperkenankan tanpa teguran manakala 2 agensi mendapat laporan audit berteguran.

Sumber.

Published
Categorized as BN, Sabah

Tersebar Dokumen Tolol Kononnya Dari JPN

1. Tersebar satu dokumen permohonan Mykad khas yang kononnya dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kononnya Mykad itu bakal digunakan untuk mengundi parti BN pada PRU yang akan datang. Lucu!

2. Ada beberapa kriteria dan sumber yang wajar dijadikan asas pertimbangan sebelum mempercayai berita yang cuba disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Seperti mana dokumen yang disebarkan dibawah.

3. Pertama tama semak pastikan kesahihan berita yang anda terima dengan agensi yang terbabit. Dalam kes ini kita merujuknya pada pihak atau Page Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

3. Terbukti pages Jabatan Pendaftaran Negara telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahwa dokumen yang tersebar itu adalah palsu atau fitnah seperti gambar diatas.

4. Diandaikan dokumen itu dikeluarkan oleh jabatan kerajaan. Lalu apa pula kaitannya dengan organisasi BN? Sedangkan agensi kerajaan dan organisasi BN adalah dua entiti yang berbeza. Bermaksud sebarang kelemahan dari jabatan kerajaan ia tidak boleh dikaitkan dengan politik BN. Seperti contoh andai ada dikalangan kakitangan jabatan yang terlibat dalam aktiviti rasuah, maka itu atas kehendak dirinya bukannya atas arahan Presiden UMNO/BN.

5. Secara logiknya BN Sabah cukup kuat. Kekuatan yang tidak boleh ditandingi oleh parti parti pembangkang seperti Warisan. Jadi untuk apa BN tegar melanggar perlembagaan negara, hanya kerana parti sekecil Warisan?

#BNforSabahan

Published
Categorized as BN, Sabah

Tidak Salah Shafie Membuat Kebaikan Tapi!

Berkenaan penafian yang dibuat oleh Pastor George selepas tersebarnya kenyataan Presiden Warisan semasa berucap di Majlis Perjumpaan bersama Ketua Ketua Gereja yang berlangsung di daerah Keningau.

Menurut Pastor George Timus,

Perjumpaan ramah-mesra pemimpin Parti Warisan Sabah bersama ketua-ketua Gereja di Keningau baru-baru ini (19.11.2017) merupakan perjumpaan yang berbentuk dialog dan ini menunjukkan sikap keterbukaan yang ditunjukkan oleh Presiden Parti Warisan Mohd Shafie Bin Hj Apdal semasa perjumpaan di Keningau.

Perjumpaan dan dialog dihadiri oleh 200 ketua-ketua Gereja penganut-penganut Kristian sekitar daerah kawasan Keningau, Tenom dan Pensiangan, dan telah mendapat pujian serta telah membuktikan bahawa Shafie adalah seorang pemimpin untuk semua kaum dan agama.

Apa yang dapat disimpulkan daripada sesi dialog tersebut bahawa sekurang-kurangnya ada pemimpin yang sanggup mendengar pendapat kita. Kita menghormati dan faham bahawa agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysi., Namun adakah salah bagi seorang pemimpin berpengalaman seperti Shafie untuk menerima, mendengar dan memberi pendapat berhubung isu semasa yang kami utarakan dalam sesi tersebut.

Sebagai salah satu pemimpin gereja yang mengikuti sesi dialog tersebut amat berterima kasih kepada Shafie atas keperihatinan beliau dalam membantu dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh gereja dan penganut kristian di negeri ini sekiranya Parti Warisan memerintah negeri Sabah kelak.

Di dalam sesi dialog tersebut, saya berpendapat bahawa Shafie tidak melakukan sebarang kesalahan yang berunsurkan hasutan ataupun yang boleh menggugat keharmonian seluruh kaum di Malaysia ini kerana apa yang disarankan oleh beliau adalah lebih bersifat keterbukaan kepada seluruh kaum dan agama. Saya juga percaya bahawa ada pihak yang cuba memesongkan fakta ini untuk kepentingan masing-masing.

Saya juga menolak dan menyangkal khabar angin yang mengatakan bahawa kesan daripada perjumpaan tersebut telah menyebabkan perpecahan dikalangan penganut Kristian.

Artikel ini diakhiri dengan pertanyaan. Salahkah Shafie untuk melakukan sedemikian demi kebaikan rakyat Sabah?

Sumber Salahkah Shafie Berdialog Dengan Penganut Kristian?


1. Tidak ada salahnya membuat kebaikan malah digalakkan oleh semua agama. Tapi mencampuri agama orang lain sedangkan anda ahli politik dan bukan agamawan tapi dalam masa yang sama mengaitkan agama seseorang yakni agama Kristian dengan kegagalan. Adakah sikap ini tidak salah dari konteks keharmonian beragama?

2. Penafian itu kononnya ditulis seorang pastor, boleh dipercayaikah? Boleh saja kenyataan itu ditulis oleh orang lain atau penyokong Warisan. Siapa tahu? Kerana itu kalau benarlah penafian itu datang dari pastor yang hadir, maka harus diceritakan serba sedikit kronologi dialog. Untuk membuktikan majlis itu adalah majlis dialog dan kenyataan itu ditulis oleh Pastor berkenaan.

3. Menurut kenyataan diatas perjumpaan itu adalah forum dialog. Kalau forum dialog, siapa panelnya, boleh tunjukkan bukti sama ada dalam bentuk gambar atau rakaman semasa dialog berjalan. Apa yang disoal oleh para Pastor dan apa jawapan balik Presiden Warisan?

4. Kalau benar majlis itu adalah dialog. Apa pula tajuk forum berkenaan? (Sedangkan kita tahu majlis itu bukannya forum tapi perjumpaan bersama Ketua Ketua Gereja yang bertujuan untuk meraih sokongan dari kalangan Ketua Ketua Kristian)

5. Mengkritik pemimpin politik yang beragama Kristian di majlis yang ada unsur agama, adakah itu tidak mempolitikkan agama? Seperti mana kenyataan ini, Presiden Parti Warisan Sabah menamakan presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Joseph Kurup, presiden Parti Bersatu Sabah Joseph Pairin Kitingan, Pertubuhan Persatuan Pasokmomogun Kadazan (Upko), Wilfred Madius Tangau dan presiden Upko Bernard Dompok sebagai pemimpin yang menggambarkan diri mereka sebagai pahlawan Kristian sahaja kawasan masing-masing. Shafie berkata mereka tidak menolak kerjasama Umno dengan PAS, yang mengajar versi Islam yang melampau. “Kenapa Kurup, Dompok dan Pairin tidak mengatakan apa-apa kepada Umno.

6. Sebenarnya sebelum entri ini ditulis, admin telah menerima panggilan telefon dari seorang marhaen yang beragama Kristian dari pantai barat Sabah. Dia kurang atau tidak bersetuju dengan majlis yang dianjurkan oleh Presiden Warisan bersama Ketua Ketua Gereja. Apa maknanya tu? Maknanya dia maklum itu bukan dialog agama tapi majlis yang mempolitikkan agama.

7. Bagaimana pula dengan kenyataan dari Majlis Gereja Gereja Sabah (SCC) Bishop Melter Jiki Tais yang bertentangan dengan kenyataan atau penafian Pastor George Timus diatas sekaligus mengecam sikap pemimpin Warisan yang menggunakan agama untuk berpolitik? Beliau berkata Kami tiada isu di sini, termasuk penggunaan kalimah ‘Allah’. Di Sabah, kita hidup dalam harmoni. Ada ahli keluarga saya yang beragama Islam,”. Tidak wajar pemimpin politik menggunakan agama untuk kepentingan politik.

Published
Categorized as BN, Warisan

Susun Semula Senarai Negeri² Supaya Sabah Dilihat Sebagai Rakan Kongsi – Musa Aman

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju untuk mengemukakan kepada kerajaan pusat satu syor meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menyusun semula senarai negeri di Malaysia bagi mencerminkan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang membentuk Malaysia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata cadangan itu wajar dipertimbangkan untuk kebaikan dan manfaat rakyat serta negeri ini.

“Apa sahaja cadangan yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat dan negeri, kita (kerajaan negeri) akan terima.

“Apa yang disyorkan oleh Yang Berhormat itu (Adun Usukan), kalau kita minta, ia (syor) akan dimajukan kepada jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa pemandu berkaitan dan seterusnya kepada kerajaan pusat dan Perdana Menteri,” katanya.

Musa berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (BN-Usukan) yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini Isnin.

Salleh berkata, penyusunan itu akan mencerminkan dengan jelas status negeri Sabah dan Sarawak iaitu Kategori A untuk negeri-negeri di Sememanjung dan Kategori B untuk Sabah dan Sarawak.

Katanya Sabah dan Sarawak merupakan rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia dan bukan sekadar salah sebuah negeri di dalam negara.

Ini adalah untuk menentukan keadaan bahawa ia selari dengan asas penubuhan negara Malaysia, katanya.

Terdahulu, Musa berkata kerajaan negeri menyokong pembentukan jawatankuasa di peringkat persekutuan iaitu Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pemandu bagi mengkaji hak Sabah secara keseluruhan di bawah Perlembagaan Persekutuan Hak Hasil Sabah, Akta Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963.

Jawatankuasa berkenaan ditubuhkan susulan mesyuarat pertama mengenai pelaksanaan penurunan kuasa kepada Sabah dan Sarawak yang diadakan di Kuala Lumpur pada Jun lepas yang dipengerusikan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Musa berkata kerajaan negeri berpendapat bahawa apa juga semakan terhadap hak negeri di bawah perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan harus dilakukan berdasarkan kerajaan kepada kerajaan.

“Di samping itu, peranan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang, khususnya untuk mengkaji geran khas sejajar dengan Bahagian Empat Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan telah diperluas secara keseluruhan untuk mewakili kerajaan negeri dan seterusnya melaporkan kepada kabinet negeri Sabah,” katanya. – BERNAMA


Pendirian Ketua Menteri Sabah ini bertepatan dengan langkah bijaksana yang diambil sebelum ini. Dimana kerajaan negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menuntut perkara yang difikirkan perlu didalam Perjanjian 1963.

Klik link ini Musa Ajak Pembangkang Duduk Berbincang

Published
Categorized as BN, Sabah

Laporan Polis Terhadap Shafie Apdal – BN Sarawak

Uinna rupanya bukan hanya pemimpin BN yang beragama Kristian di negeri ini yang terkesan dek kritikan Presiden Warisan, Shafie Apdal. Tapi juga pemimpin BN yang beragama Kristian di negeri jiran Sarawak.

Pada Isnin yang lalu Ketua Pemuda PBS telah membuat laporan Polis terhadap Presiden Warisan, Shafie Apdal.

Laporan Polis Terhadap Shafie Apdal Dari PBS (Sabah)

Hari ini pemimpin BN dari Sarawak pula yang mengambil giliran. Iaitu
Pemuda Pusat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) telah membuat laporan polis terhadap Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Shafie Apdal di bawah Akta Hasutan di Balai Polis One Stop Centre, Simpang Tiga di sini.

Menurut Pemuda Pusat SUPP Tan Kai, Shafie dengan sengaja menyatakan kepimpinan Barisan Nasional (BN) harus membiarkan orang Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan perkataan Allah dalam kepercayaan masing-masing dan jangan disalah tafsir untuk menjejaskan umat Islam.

“Ini adalah ucapan berbaur hasutan kerana kerajaan persekutuan telah membenarkan Sabah dan Sarawak menggunakan perkataan Allah,” katanya yang mana kenyataan tersebut telah dimuat naik dalam satu portal berita tiga hari lalu.

Beliau yang juga merupakan setiausaha politik Ketua Menteri menyeru pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap Shafie kerana cuba mencetuskan sentimen yang kurang menyenangkan hanya kerana terdapat ramai kalangan rakyat di Sabah dan Sarawak beragama Kristian.

Tan Kai menegaskan bahawa pemimpin politik tidak seharusnya menggunakan agama untuk membangkitkan perpecahan di kalangan rakyat.

Tambahan pula, Sarawak adalah sebuah negeri yang aman dan damai dengan semua agama dan bangsa hidup bersama.

Oleh yang demikian, tindakan tidak masuk akal itu harus dihentikan dan tindakan terhadap Shafie perlu diambil secepat mungkin.

Ketua Pemuda SUPP Michael Tiang dan ahli daripada cawangan lain di sini iaitu Milton Foo, Leonard Tan dan Mok Chuan Ping turut menyertai Tan Kai membuat laporan polis semalam.

#BNforSabahan

Jangan Menangis Dulu Bangsaku – Tan Sri Dzulkifli Ahmad (Puisi)

Jangan menangis dulu bangsaku – Tan Sri Dzulkifli Ahmad

Sesuai didengar renungkan oleh pemimpin pemimpin pembangkang yang telah disiasat oleh SPRM. Juga sesuai untuk penyokong penyokong mereka. 😎

Puisi ini juga merupakan satu amaran kepada penjahat penjahat yang cuba menjatuhkan kredibiliti Ketua SPRM Malaysia.

Seperti yang kita ketahui sebelum ini hingga sanggup menyebarkan beberapa keping gambar dan rakaman video yang mereka kaitkan dengan Ketua SPRM Malaysia.

Ingat, walaupun puisi ini cukup mengasyikkan tapi didalamnya penuh dengan peringatan.


Jangan menangis dulu bangsaku aku tak pernah berhenti menjelajah. Menjelajah ke Lorong Hitam korupsi, korupsi sang perampok wang negara, negara tercinta yang hampir tergadai………………………….

Telah ku satukan semangat Hang Jebat telah aku adunkan semangat Datuk Maharajalela telah aku banci amanah Tok Janggut dan Rosli Dhobi………………………………

#BNforSabahan

Laporan Polis Terhadap Shafie Apdal – PBS (Agama)

Laporan Polis telah dibuat terhadap Shafie Apdal, Presiden Warisan Sabah selepas dia memanggil pemimpin Kristian Barisan Nasional sebagai orang munafik kerana gagal melindungi agama.

Pemimpin BN Sabah Yang Beragama Kristian Adalah “Munafik”

Laporan polis dibuat pada hari Isnin yang lalu oleh Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah Christopher Mandut di pejabat polis daerah Penampang.

Shafie harus sedar bahawa apa-apa perkara yang menyentuh agama, ia adalah hal yang sensitif akan mampu menggugat keharmonian masyarakat di negeri Sabah.

Rentetan itu politik PBS menggesa agar pihak polis membuat siasatan berdasarkan kenyataan Presiden Warisan, Shafie Apdal semasa berucap di majlis ramah mesra bersama pemimpin gereja di daerah Keningau.

Dalam kenyataannya, Shafie menamakan Joseph Pairin Kitingan, presiden PBS, Joseph Kurup, presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, Wilfred Madius Tangau, bertindak sebagai presiden Pertubuhan Persatuan Pasokmomogun Kadazandusun (Upko) serta Bernard Dompok, bekas Menteri Besar dan menteri persekutuan .

Dimana Shafie menggambarkan diri mereka sebagai “pahlawan Kristian”, tetapi hanya di kawasan masing-masing dan bukan dalam mesyuarat Kabinet BN.

#BNforSabahan

Published
Categorized as BN, Warisan

Pembangkang Sabah Patut Sokong Bajet 2018 – Yusof Apdal

KOTA KINABALU, 21 Nov – Bajet Sabah 2018 harus disokong dan diluluskan oleh semua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, termasuk daripada parti pembangkang, kerana belanjawan itu untuk semua rakyat di negeri ini tanpa mengira fahaman politik.

Datuk Mohammad Yusof Apdal (BN-Lahad Datu) berkata semua ADUN Sabah, termasuk pembangkang, harus bersatu ke arah memastikan rakyat di negeri ini terus dibela.

“Saya percaya dan saya katakan di sini bahawa tidak mungkin kalau ada usaha kerajaan Persekutuan sekarang ini akan dilaksanakan atau dipersetujui oleh kerajaan negeri di bawah pembangkang.

“Tetapi yang pastinya, kalau ada usaha kerajaan negeri baik di bawah Barisan Nasional (BN) atau pembangkang, kerajaan Persekutuan tidak akan teragak-agak untuk membantu.

“(Oleh itu) sebagai orang yang prihatin kepada rakyat di Sabah, harapan saya kita (semua ADUN) sama-sama menyokong untuk meluluskan bajet negeri ini,”katanya ketika membahaskan Bajet Negeri 2018 pada persidangan DUN di sini hari ini.

Ketika disoal Dr Edwin Bosi (PAN-Kapayan) sama adaa ADUN Lahad Datu itu memahami hubungan antara kerajaan pusat dan negeri dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat, Mohammad Yusof berkata beliau bukan sahaja memahaminya, malah hubungan itu mesti bersifat dua hala.

Datuk Samsudin Yahya (BN-Sekong) berkata pihak tertentu, khususnya pembangkang, perlu kemukakan pelan yang meyakinkan sekiranya tidak bersetuju dengan pelan kerajaan.

“Bukan menghentam kerajaan sahaja umpama anjing menyalak bukit. Contohnya, apa yang berlaku di Pulau Pinang, banjir yang begitu hebat diharap menjadi pengajaran kepada semua,”katanya.

Katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng merayu kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menghantar bantuan, dan Majlis Keselamatan Negara terus diarah untuk melaksanakan operasi menyelamat menggunakan polis dan tentera.

“Inilah pemimpin BN, walau difitnah, dicaci, dikhianati, dimaki hamun, tetapi sentiasa membantu tidak kira fahaman dan ideologi politik masing-masing.

“Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika meninjau Pulau Pinang telah mengumumkan 13 projek jangka panjang bagi mengatasi masalah banjir dengan kos sebanyak RM1 bilion,”katanya.

Sumber Sayang Sabah/Bernama

#BNforSabahan

Published
Categorized as Warisan