Warisan Sarat Najis Tapi Cakap Bukan Main

Entah kenapa sejak kebelakangan ini sering admin terbaca kenyataan sampah daripada pemimpin muda Warisan.

Kenyataan pemuda Warisan berkenaan berkisar soal dakwaan UMNO sebelum itu yang berpersepsi akan mengambil tampuk kerajaan negeri daripada Parti Warisan.

Maka pemuda UMNO Sabah dan pemimpin muda Warisan pun saling berbalas kenyataan iaitu saling memperleceh kemampuan mereka.

Terakhir kenyataan dari Timbalan Ketua Parti Warisan Bahagian Beaufort. Dia mengingatkan UMNO Sabah agar jangan terlalu bermimpi atau tidur di siang hari susulan dakwaan mereka yang akan mengambil tampuk kerajaan negeri daripada Parti Warisan.

Memang betul pun memandangkan hingga saat ini UMNO Sabah masih belum ada kekuatan yang sepatutnya ada di semua peringkat masyarakat biasa dan masyarakat politik. Apa lagi Ketua UMNO Sabah, Bung Mokhtar masih dibicarakan di Mahkamah kerana tuduhan salah guna kuasa. Harap harap Bung mendapat kemenangan atau dapat membersihkan namanya, nah kalau tidak susah tu.

Lainlah kalau dakwaan mengambil tampuk kerajaan negeri itu datang dari parti yang ada kekuatan dan bersih seperti PPBM Sabah. Apa lagi pemimpin nombor satu Malaysia iaitu Perdana Menteri ke lapan datang daripada parti ini.

Rakyat berkeyakinan dan mengakui yang Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu memakmurkan kehidupan mereka tanpa mengira jenis bangsa dan agama. Hakikat ini juga diakui oleh masyarakat Sabah yang menyokong Warisan pada pilihan raya lepas dalam masa yang sama berhasrat akan menolak Parti Warisan di PRU yang akan datang.

Berbalik pada kenyataan Timbalan Ketua Bahagian Warisan Beaufort. Admin cukup jengkel bila ada orang yang baru ditahap kulit bawang tapi berani berani membuat penyataan yang mengada-ngada. Konon, apakah UMNO Sabah sanggup berpeluk cium bersama PPBM Sabah yang mengkhianati mereka.

Dengarkan baik-baik wahai sekalian pemimpin Warisan yang baru berada ditahap kulit bawang. Umum tahu orang yang tidak ada kualiti seperti Timbalan Ketua Bahagian ini cukup ramai di dalam Parti Warisan. Bukan hanya tidak berkualiti tapi sebenarnya tidak ada kapasiti langsung untuk memimpin orang-orang Sabah.

Tidak ada yang mengkhianati UMNO sebaliknya keputusan mantan wakil-wakil BN untuk menyokong PPBM dibuat secara musyawarah, selepas mengambil kira nasib pengundi ataupun rakyat Sabah dibawah kerajaan Warisan yang tidak ada pengalaman sebagai pentadbir kerajaan.

Terbukti hari ini terlalu banyak rungutan berhubung kemampuan Parti Warisan. Antara rungutan yang kedengaran, Parti Warisan hanya aktif merasmikan prasarana yang diusahakan dan disediakan oleh kerajaan terdahulu. Memalukan! 🤭

Kerajaan negeri atau Parti Warisan dinilai sebagai kerajaan Cowboy atau kerajaan yang mengenepikan undang-undang. Ini juga amat memalukan. 🤭

Begitu juga dengan manifesto Warisan yang bukan alang-alang. Hari ini segala janji manis janji bulan dan bintang menjadi bahan untuk mencaci kerajaan negeri Warisan. Kerajaan negeri penipu dan tidak ada kemampuan kata mereka.

Persepsi rakyat Sabah yang Parti Warisan dikelilingi oleh orang-orang yang jahil juga akhirnya terbukti benar yang sudah tentu telah menjejaskan sokongan di pilihanraya akan datang. Masyarakat menyaksikan beberapa kejadian yang sepatutnya tidak dilakukan oleh pengikut kuat Ketua Menteri atau Parti Warisan, sama ada kejadian itu melibatkan dadah atau jenayah lain.

Lantikan atau melantik orang yang tidak munasabah bagi mengurus komuniti. Hal ini telah meracuni keyakinan masyarakat Sabah keatas kerajaan negeri yang dinilai tidak ikhlas dan sengaja membiarkan mereka miskin dan bergelumang dengan gejala yang tidak sihat supaya akal mereka semakin bodoh dan terus menyokong Parti Warisan. Admin tidak pasti sejauh mana kebenaran perspektif ini tapi itu yang diperkatakan dan bermain di mata fikir masyarakat Sabah.

Jadi pada pemimpin Warisan dipersilakan menilai balik kemampuan dan “kebersihan” diri. Sebelum membuat kenyataan jangan tunjukkan sangat yang diri kamu itu benar-benar jahil dan tidak berkemampuan untuk mengurus orang orang Sabah yang majoritinya cerdik cerdas belaka.

Perlu diingat walaupun sebelum ini Presiden Warisan berkeras tidak membenarkan PPBM bertapak di Sabah tetapi itu bukan halangan bagi pengerusi PPBM pada masa itu Tun Dr Mahathir untuk meneruskan hasratnya. Tun sedar dan tahu Warisan tidak akan mampu mempertahankan kekuasaannya. Tun kata, Warisan lemah di Sabah ini kerana Warisan hanya mendapat beberapa kemenangan dari berpuluh kerusi DUN dan Parlimen yang ditandingi.

Kerajaan negeri yang dibentuk oleh Warisan hasil dari persekongkolan wakil wakil rakyat daripada BN yang melompat menyertai Warisan. Ini menunjukkan kerajaan negeri yang dibentuk oleh Parti Warisan bukannya mandat daripada rakyat Sabah.

Pokoknya Parti Warisan tiada kekuatan dari konteks demokrasi rakyat.

Kerajaan negeri Sabah yang diterajui oleh parti Warisan tidak dipercayai oleh pusat terutamanya berkaitan projek dan dana daripada Persekutuan. Hal ini diketahui oleh majoriti rakyat Sabah.

Peliknya walaupun page Najib Razak telah mendedahkan penyelewengan dana KKLW berjumlah 1.5 billion dan telah pun viral tapi tiada seorang pun pemimpin Warisan atau kerajaan negeri yang berani menyangkalnya. Mungkin mereka sedar dan nampak seandainya Najib Razak menjadi saksi dalam skandal KKLW di Mahkamah kelak. Sudah tentu waktu itu tidak ada satu pun pihak yang boleh menyangkal kesaksian Najib. Maklumlah bekas Perdana Menteri Malaysia yang bertanggungjawab meletakkan Shafie sebagai Menteri KKLW.

Akhirnya yang nampak tidak sedar diri dan masih bergelumang dengan najis ialah Parti Warisan. Warisan yang mengkhianati mandat rakyat kerana walaupun kalah di PRU namun tanpa rasa bersalah membentuk kerajaan negeri melalui lompatan wakil-wakil rakyat kepada BN.

Warisan ini angkuh seperti merak walhal sejahil jahil umat.

Menuntut Hak Asas Kekuatan Sabah Adalah Dusta

Gambar Sarawakvoice

Terbaca satu artikel yang bertajuk perjuangan menuntut hak asas kekuatan kerajaan Sabah.

Nampak benarlah penyokong kerajaan negeri ini ramai yang auta. Nanti admin jelaskan kenapa begitu iaitu politik penipu.

Kononnya Parti Warisan memegang prinsip perjuangan mengembalikan hak-hak Sabah dalam perjanjian Malaysia 1963 yang dinafikan oleh Putrajaya sejak sekian lama. Sebab itulah kerajaan negeri atau Warisan boleh bertahan sehingga hari ini walaupun baru berumur setahun jagung.

Dalam masa yang sama kata mereka, STAR dan PBS sudah kehilangan kredibiliti kerana kini mereka bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan.

Jentera dan pemimpin Warisan boleh bercakap atau mendakwa sebegitu rupa kalau kerajaan negeri yang dibentuk ini hasil kemenangan Parti Warisan pada pilihan raya lepas. Sedang pada hakikatnya kerajaan negeri tidak boleh dibentuk tanpa persekongkolan daripada PKR dan DAP dimana perjuangan PKR dan DAP ini jelas bersifat nasional. Begitu juga dengan wakil rakyat daripada BN yang melompat menyertai Warisan, asas perjuangan mereka juga adalah bersifat nasional.

Adakah perjuangan menuntut hak-hak Sabah berdasarkan perjanjian 1963 terkandung dalam agenda parti PKR dan DAP?

Lalu dari sudut mana dakwaan kononnya kerajaan Sabah ini bertahan kerana memperjuangkan hak-hak yang terkandung dalam perjanjian MA63?

Sebab itulah admin katakan Politik Warisan ini politik penipu.

Sejak berita sikit hari lagi kerajaan Warisan akan tumbang. Nampaknya jentera parti ini semakin giat mengarang cerita dongeng, cerita sama yang berjaya memperdayakan sekumpulan pengundi pada PRU yang lepas. Adakah lagi kah yang tolol sehingga sanggup diperdaya buat kali yang kedua?

Sentiasa Patuhi SOP Covid 19 – Hajiji Noor

KOTA KINABALU: Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengingatkan rakyat agar tidak mengambil ringan kepentingan penjarakan sosial, SOP keselamatan dan kesihatan yang dikuatkuasa oleh Kerajaan untuk membendung penularan COVID-19.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.10 Sulaman berkata, walaupun Kerajaan Persekutuan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ia tidak bermaksud orang ramai kini bebas daripada SOP kesihatan dan keselamatan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

“Kita mesti sentiasa ingat bahawa PKPB tidak bermaksud kita sudah bebas daripada pandemic COVID-19 dan bebas daripada SOP kesihatan, terutamanya semasa berada di tempat awam.

“Orang ramai juga tidak dibenarkan mengadakan perkumpulan atau perhimpunan awam untuk apa jua tujuan termasuk sosial, keagamaan ataupun urusan organisasi”, katanya.

Hajiji berkata demikian pada Majlis Penyerahan Topen Muka (face mask) kepada pemimpin BERSATU Bahagian Tuaran, hari ini.

Majlis itu hanya dihadiri oleh beberapa wakil pemimpin BERSATU Bahagian Tuaran bagi mematuhi SOP kesihatan.

Hajiji yang juga Ketua BERSATU Bahagian Tuaran turut mengingatkan semua ketua cawangan BERSATU bahagian itu agar mengedarkan topeng-topeng muka itu secara tulus kepada penduduk setempat dan bukan menyimpannya untuk kegunaan sendiri semata-mata.

“Kita berada di sini untuk berkhidmat kepada rakyat walaupun pergerakan kita amat terhad disebabkan PKPB, tetapi kita mesti terus buat yang terbaik untuk rakyat,” tegasnya.

Sementara itu, Hajiji juga mengingatkan rakyat agar behati-hati dalam menyebarkan informasi dan berita yang belum sahih atau tidak benar ama sekali di laman-laman media sosial.

Menurutnya, selain melanggar undang-undang, penyebaran maklumat tidak sahih juga merupakan perbuatan yang amat bahaya kerana ia akan menyebabkan ketakutan dan kekeliruan di kalangan rakyat, terutamanya berkaitan isu COVID-19.-pr/BNN

Silap Tun M Jadikan Sidang DUN Sabah Contoh

Entah tepat tidak tindakan Warisan anak Sabah yang mengutip kenyataan Tun Dr Mahathir. Dia kutip sebab kena pujilah tu agaknya. Persoalannya layakkah dipuji.

Kononnya Tun Dr Mahathir memuji sidang dewan Undangan Negeri Sabah yang berjaya dilangsungkan selama tiga hari dengan mengambil langkah pencegahan wabak Covid 19 yang sepatutnya menjadi contoh untuk dewan rakyat turut bersidang seperti biasa. Dalam masa yang sama Tun Mahathir memperleceh dewan rakyat yang bersidang hari ini sebab hanya mendengar titah diraja tanpa ada perbahasan.

Seperkara yang mungkin tidak dimaklumkan oleh ketua menteri Sabah kepada umum atau Tun M sekalipun.

Benar sidang dewan Undangan Negeri bersidang selama tempoh tiga hari tetapi tidak sampai dua jam sehari. Tempoh dua jam apa yang boleh dibahaskan kalau mengambil kira jumlah wakil rakyat yang hadir?

Itupun speaker mensyaratkan hanya 50 orang yang dibenarkan berada di dalam dewan. Sebahagian lagi menunggu di luar dewan.

Begitu keadaannya adalah lebih baik sidang dewan Undangan Negeri pada waktu itu dijalankan hanya sehari tetapi tidak ada had jam dan semua wakil rakyat dibenarkan masuk ke dewan persidangan.

Semua orang tahu Ketua Menteri sendiri yang hadir pada masa itu tidak berapa mematuhi langkah-langkah pencegahan. Berdiri berkumpulan dan tidak mematuhi jarak yang dibenarkan lepas itu ada dikalangan mereka yang hanya memakai separa topeng muka.

So pada admin tidak ada yang boleh dibanggakan sekaligus menjadi contoh kepada Dewan Rakyat.

Kalau nak bercakap soal keindahan kecantikan bangunan dewan Undangan Negeri Sabah itu tidak dinafikan, ada yang boleh dibanggakan tapi perlu diketahui prasarana itu dibina oleh kerajaan Musa Aman sebelum ini bukannya kerajaan Warisan yang sehingga hari ini belum berjaya mendirikan walau satu batang tiang pembangunan.

Peter Jangan Syok Yakin Dapat Sokongan Semua Yb

Si Peter Anthony bersungguh-sungguh dia menafikan berita hangat yang Sabah akan mengalami pertukaran kerajaan.

Alasan yang dia gunakan cukup remeh, konon itu semua hanyalah berita propaganda pembangkang yang bertujuan untuk meniup dan mengeruhkan ketenangan politik sekaligus untuk memberikan gambaran negatif kepada kerajaan negeri.

Ketenangan apa agaknya yang dia maksudkan sedangkan apa yang kita nampak adalah sebaliknya semakin hari populariti parti Warisan semakin jatuh macam bursa saham.

Katanya lagi kepimpinan negeri yang diterajui oleh Parti Warisan mendapat mandat daripada rakyat Sabah dan berada diatas landasan yang betul.

Jangan tidak sudah meniup propaganda lah Peter Anthony. Nampak sangat ketakutan dan nada kenyataan itu tidak datang dari kerajaan negeri yang benar-benar utuh atau mendapat sokongan penuh dari semua wakil rakyat.

Dalam politik, sememangnyalah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak lawan adalah bersifat propaganda ini termasuklah kenyataan balas dari si Peter Anthony diatas.

Adakah dia lupa kempen Warisan pada pilihanraya yang lepas sarat dengan janji manis bulan bintang yang diolah menjadi propaganda.

Boleh klik link di bawah.

https://jalinluin.com/2017/05/10/janji-janji-warisan-untuk-orang-sabah/

Tulisan berhubung janji manis parti Warisan bukan hanya itu tapi banyak lagi.

Artikel diatas admin tulis sekitar tahun 2017 iaitu semasa melawan kempen Warisan di pilihanraya yang lepas. Pembaca nilaikan lah sendiri adakah antara manifesto sudah ditunaikan atau sehingga hari ini masih menjadi propaganda parti Warisan.

Perkara kedua yang admin ingin bidas ialah konon kerajaan warisan disokong penuh oleh semua wakil-wakil rakyat termasuk bekas wakil BN yang sama-sama membentuk kerajaan negeri. Betul ke tidak, begitu tinggi keyakinan si Peter Anthony ya.

Sehingga saat ini baru seorang dari bekas wakil rakyat BN yang menyertai pakatan Warisan diberikan kedudukan sebagai Menteri yang lain setakat hadir untuk mencukupkan korum.

Begitu juga halnya dengan wakil rakyat BN yang menyertai Warisan selepas kerajaan negeri dibentuk, mereka ini hanya mendapat sedikit habuan dalam bentuk projek kampung kampung, belum dapat memuaskan hati mereka. Sebab itulah pada sesi penggal kedua sidang dewan Undangan Negeri, salah seorang bekas wakil rakyat BN kini Warisan. Menyuarakan bahawa peruntukan mesti diberikan sama rata kepada wakil rakyat kerana tanpa kewangan yang cukup susah bagi mereka mempertahankan kemenangan. Kalau mereka kalah maka Warisan tidak lagi menjadi kerajaan.

Ertinya mereka tidak berpuas hati pada kepimpinan Shafie jadi jangan terkejut beruk andai mereka bertindak meninggalkan parti Warisan.

Pergolakan dalaman parti PKR yang melibatkan Azmin Ali telah menular hingga ke Sabah menyebabkan Cabang PKR di Kota Merudu seolah-olah tinggal nama bila mana majoriti ahli PKR di daerah itu mengisytiharkan diri mereka keluar parti. Ini sudah tentu telah menjejaskan sokongan wakil rakyat PKR terhadap Warisan atau kerajaan negeri.

Jadi pada Peter Anthony kurangkan keyakinan tu. Jangan lupa kamu tu bukannya parti yang diberikan mandat oleh rakyat. Tetapi sebahagian mandat yang kamu terima datang dari mantan wakil rakyat BN yang bersekongkol membentuk kerajaan negeri.

Admin masih ingat lagi kenyataan dari seorang wakil rakyat BN bahawa dia berdiri teguh bersama Tan Sri Musa Aman yang baru mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri. Tapi tau tau dalam diam melompat menyertai Parti Warisan.

Penerbangan Pelajar Sabah Dari Sarawak Dan Semenanjung Dibatalkan

Kerajaan negeri atau pihak berkuasa kesihatan negeri Sabah membatalkan penerbangan pelajar Sabah dari Sarawak dan semenanjung kerana pusat kuarantin di negeri Sabah yang tidak mencukupi.

Kekurangan pusat kuarantin dan kualiti perkhidmatan yang tidak menyenangkan menyebabkan banyak rungutan yang kedengaran dari penghuni pusat-pusat kuarantin. Ini termasuklah penghuni pusat kuarantin di Balung, Tawau dan Kampung Bubul, Semporna.

Sebenarnya ketidakpuasan hati mereka yang dikuarantin itulah yang menyebabkan kerajaan negeri mengambil langkah menggantung kepulangan pelajar dari Sarawak dan Semenanjung.

Iya dinyatakan oleh menteri pelajaran dan inovasi Sabah Yusof Yaacob, walaubagaimanapun penerbangan akan dimulakan semula bergantung kepada keadaan di pusat pusat kuarantin.

Sesuatu yang tidak masuk akal sebenarnya. Nampak sangat tiada kesungguhan dan kerja yang dijalankan tidak sistematik.

Sepatutnya dua atau tiga minggu lagi sebelum proses mengambil pelajar Sabah dari Sarawak dan semenanjung di jalankan. Kerajaan negeri sudah bersiap siaga dari semua aspek terutamanya berkaitan data pelajar. Data yang lengkap dan tepat akan memudahkan pihak yang ditugaskan menentukan kuantiti pusat kuarantin yang diperlukan, begitu juga dengan jumlah kakitangan yang akan ditugaskan serta keperluan bahan makan dan sebagainya.

Tapi itu semua tidak ada dan tidak berlaku memaksa kerajaan negeri mencari jalan mudah membatalkan penerbangan pulang pelajar dari Sarawak dan Semenanjung. Alamak!

Mengikut maklumat rasmi sepertimana artikel yang dirujuk terdapat 11,1653 pelajar Sabah Sarawak dan Semenanjung.

Gagal betullah kerajaan negeri ni. Baru melibatkan pelajar pun sudah terhegeh-hegeh. Apa lagi agaknya melibatkan manifesto yang memerlukan data yang lengkap dan dana yang besar. Pasti juga akan gagal, bukan.

Ketua Wira Warisan Positif Dadah Syabu

Dilaporkan oleh portal rasmi bahawa seorang pemimpin pemuda bahagian Parti Warisan telah dicekup oleh pihak Polis setelah didapati berada di bawah pengaruh dadah ketika berada di kem tentera Paradise Kota Belud malam tadi.

Awalnya pemuda itu disyaki oleh anggota tentera lalu pihak tentera berhubung dengan pihak polis supaya membuat pemeriksaan atau siasatan. Apa bila pemeriksaan dibuat ternyata pemuda berkenaan berada dalam kawalan dadah atau positif syabu.

Tidak perlulah admin nyatakan disini butiran atau gambar jelas pemuda berkenaan yang penting penangkapan itu telahpun disahkan oleh timbalan pesuruhjaya polis Sabah Mazli Mazlan sebagai ada dan benar.

Kita berpegang bahawa aib tetap aib walau apa pun kesalahan yang telah dilakukan. Tinggal lagi sebagai public figure dia tidak boleh disembunyikan daripada pengetahuan masyarakat kerana masyarakat jugalah yang menyebabkan dia mendapat pangkat dan kemasyhuran.

Tapi sekali lagi jangan sampai mengaibkan ahli keluarganya baik dalam bentuk gambar atau butiran yang detail. Apa lagi public figure kulit bawang seperti dia ni.

Sebenarnya awal pagi tadi lagi admin mendapat masej berhubung isu ini yang dihantar oleh salah seorang admire blog ini. Tapi admin buat cool jak, biar orang-orang yang menafikan dakwaan admin berhubung kejahilan seperti ini di beberapa group WhatsApp benar-benar menusuk ke kalbu mereka.

Jadi macam mana lah ni. Menjadi penagih itu hak seseorang atau dia sebab kita tak tahu suatu hari nanti orang seperti ini akan menjadi jauh lebih baik daripada kita. Siapa tahu, betul tidak?

Tetapi tolong jangan menceburi bidang politik sebab orang seperti ini iaitu yang berjawatan dalam parti ini akan menjadi idola kepada anak muda paling tidak kepada orang orang yang ada disekelilingnya.

Nah kalau sudah begini, apa cerita ni.

Ternyata tidak salah dakwaan sesetengah pihak sebelum ini bahawa antara sebab mereka meninggalkan Warisan adalah kerana parti ini sejak daripada awal lagi dikelilingi oleh orang-orang yang jahil.

Enam Parti Bentuk Kerajaan Sokong Perikatan Nasional

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Barisan Nasional (BN), Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyokong penubuhan Perikatan Nasional melalui kerjasama gabungan parti politik.

Dalam satu kenyataan yang ditandatangani pemimpin utama enam parti itu turut menegaskan, satu Memorandum Persefahaman Perikatan Nasional telah dirangka.

Memorandum Persefahaman PN itu dirangka bertujuan memperkasa dan memartabatkan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan Raja-Raja Melayu, prinsip-prinsip Rukunegara dan menjamin kebajikan dan kepentingan seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.
“Memastikan suatu bentuk pentadbiran dan pengurusan kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri yang baik, inklusif serta bertaraf dunia yang menjurus ke arah menjaga dan memastikan kebajikan, kepentingan, kemakmuran dan keharmonian rakyat dipelihara dan dipertingkatkan serta menjamin kemajuan serta pemulihan ekonomi dan pembangunan negara.

“Memperkukuhkan semangat perkongsian dan kekitaan Malaysia di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung demi untuk merealisasikan aspirasi dan matlamat MA63,” kata kenyataan itu.
Kesemua enam parti itu juga menegaskan bahawa Memorandum Persefahaman PN juga akan memperkukuh dan memperkasa agenda perpaduan kaum, keharmonian agama dan budaya dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan sebagai paksi kepada kestabilan politik dan kesejahteraan negara.

Selain itu, dokumen itu turut menyatakan hasrat memperkukuh Perikatan Nasional melalui amalan musyawarah dan konsultansi berlandaskan kepada sikap dan sifat saling hormat menghormati atas kepelbagaian agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Berita Harian

Tiada PPBM Sabah Keluar Sertai UMNO

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Khairul Firdaus Akhbar hari ini menafikan dakwaan mengenai beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah daripada BERSATU akan kembali kepada UMNO.

Beliau berkata, khabar angin itu dicipta oleh mereka yang tidak suka dengan kehadiran BERSATU di Sabah dan berniat untuk melaga-lagakan parti gabungan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, semua Ahli Parlimen dan ADUN Sabah berdiri teguh dibawah kepemimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah.”Objektif utama BERSATU di Sabah memastikan perjuangan rakyat dari segi pembangunan kemasyarakatan dan negeri dapat dirancakkan lagi dengan pelantikan Datuk Seri Ronald Kiandee sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Sabah, merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Khairul Firdaus berkata, pelantikan itu juga akan dapat memfokuskan kepemimpinan BERSATU Sabah dengan tanggungjawab besar untuk dilaksanakan bagi pembangunan negeri ini.

Katanya, di bawah kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama barisan Kabinet dan kakitangan kerajaan menunjukkan prestasi cemerlang dalam mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media tempatan yang mendakwa lima ADUN Bersatu di Sabah kembali ke pangkuan UMNO. – BERNAMA

Pusat Kuarantin Covid Semporna Kotor Najis Tikus

Ini lagi satu catatan individu yang dikuarantin. Kali ini melibatkan pusat kuarantin yang terletak di Kampung Bubul, Semporna daerah kelahiran Ketua Menteri Sabah.

Untuk makluman bangunan yang digunakan sebagai pusat kuarantin ini adalah rumah PPR yang sudah terbiar begitu lama.

Individu ini tidak berpuas hati kerana bilik yang disediakan agak kotor ada tahi tikus dan sebagainya. Hal yang paling tidak memuaskan hati mereka ialah seolah-olah mereka sendiri yang akan membersihkan bilik itu memandangkan ia perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum boleh digunakan.

Jangan pula ada yang marah pada individu ini ya kerana sudah menjadi hak seorang rakyat atau warganegara menerima layanan yang berpatutan dari kerajaan negeri lebih lebih lagi melibatkan penyakit, keselamatan dan kebersihan seperti ini.

Apa lagi sebelum ini terlalu banyak cemuhan atau kritikan yang kita dengar yang dilemparkan oleh masyarakat Sabah yang terbabit termasuklah daripelajar Institusi Tinggi, berhubung layanan yang diterima setibanya mereka tiba dari Semenanjung.

Seperti mana catatan dan rakaman video yang dibuat oleh individu yang dikenali sebagai Tahil Mohamad.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=747065115831221&id=100015832180617

Tolong ambil perhatian kerajaan negeri Begini ke keadaan pusat kuarantin dgn keadaan byk habuk dan taik tikus…jgnlah buat kerja yg x sepatutnya…kami ni bukan tukang cuci Rumah…sya dri Flight AK5740 kul- Twu.
15/05/2020