Selamat Memperbodoh Rakyat Malaysia – PAU2016

Dikhabarkan perhimpunan agung UMNO pada kali ini akan bermula pada hari ini dan berakhir pada 3hb Disember 2016.

Hari ini bermulalah, temberang pemimpin tertinggi UMNO, menemberang dengan menyuntik semangat melawan buta buta dikalangan ahli UMNO, kerana kata mereka perjuangan itu demi bangsa dan negara. Alahai

Untuk itu Melayu kenalah melawan pihak lawan yang cuba menjatuhkan Presiden UMNO dengan cara yang tidak demokratik dan seruan ini tidak salah walaupun jelas memfitnah dan berbau perkauman. Tapi kalau orang Sabah yang melaungkan Sabahan for Sabah akan dianggap cuba menganggu keharmonian kaum. Pelik betul politik UMNO ni, mereka buat tidak salah tapi kalau orang Sabah yang berkobar kobar memperjuangkan nasib mereka didakwa sebagai salah. Macam hemmm

Apa apa perbuatan bodoh yang merompak harta rakyat oleh pemimpin tertinggi UMNO, tapi sebagai ahli UMNO kenalah mereka menelannya bulat bulat. Seperti contoh penyelewengan di dalam 1MDB dan penyelewengan di Jabatan Air Negeri Sabah (JANS). Ahli UMNO atau masyarakat tidak boleh mempersoalkannya. Walaupun semakin hari, kehidupan masyarakat itu sendiri semakin menghimpit dan kalau di Sabah walaupun masih majoriti masyarakatnya meminum air yang bercampur dengan kencing tikus.

Dalam diam, jujur admin katakan sebenarnya kebanyakan ahli UMNO tidak faham apa itu politik yang menguntungkan semua lapisan, sebab itulah mereka tampak poyoh tidak ada roh perjungan, mereka hanyalah alat kepada tunggak UMNO yang berkepentingan peribadi dan mereka akan terus diperbodohkan untuk yang kesekalian kalinya.

Lihat apa yang berlaku, hanya Pemimpin UMNO dan kroni mereka yang kaya raya, mengaut keuntungan dari kesuburan bumi Sabah dan Sarawak. Berbanding jentera dan majoriti ahli UMNO hanya memakan dedak gred C. Sampai bilalah puak ini menjadi parasit yang tidak henti henti merosakkan kehidupan orang lain?

Kerana itulah pada kali ini wajib UMNO ditolak mentah mentah, ingat peluang telah kamu berikan tapi nampaknya UMNO gagal mengurus khususnya masyarakat Sabah ini termasuklah dari segi menjaga keselamatan yang termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963.

Bila pemimpin pembangkang Sabah aka Warisan bercakap dari konteks perjanjian Malaysia 1963, pandai pula pemimpin pemimpin BN Sabah ikut sibuk memperjuangkannya hingga sanggup memasang tali barut dari kalangan parti tempatan Sabah. Mereka ingat orang Sabah semuanya bodoh. Hemmm

Di Malaysia, Melayu UMNO adalah pemegang pentadbiran negara. Tapi majoriti Melayu masih hidup di takuk lama. Golongan Bumiputera atau Pribumi jangan ceritalah, hanya ikut seperti ekor kereta api. Betul betul, mengecewakan.

Sudah admin bilang, selepas beberapa dekad antara golongan yang mesti dilihat sebagai badut politik ialah orang Sabah yang tetap menyokong UMNO. Ini kerana semua orang tahu, tahap pembangunan diantara Sabah, Sarawak dan kebanyakan negeri negeri di Semenanjung. Macam bumi dengan langit.

Orang Sabah kalau berterusan menyokong UMNO, anggap mereka badut yang tidak menghiburkan. 😉

Selamat memperbodoh rakyat Malaysia – PAU2016.

20 Ahli Parlimen Menuntut Keadilan Di Bukit Aman

Ahli Parlimen pembangkang terus bangkit menolak kezaliman yang diamalkan oleh kerajaan dalam usaha mempertahankan UMNO sebagai parti pemerintah.

Hari ni seramai 20 orang pemimpin pembangkang yang diketuai oleh Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang, Wan Aziza mengemukakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Ketua Polis Negara. Mereka berjalan sejauh 1 KM menuju ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Sambil membawa playkad yang tertulis pertahan hak ahli Parlimen dan beberapa lagi. 

Mereka termasuklah mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Shafie Apdal mantan Menteri KKLW dan DAP, Lim Kit Siang serta Ahli Parlimen PAS dari Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar. 

Mereka menggesa perlindungan keatas hak ahli Parlimen dan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). Supaya dipatuhi. 

Sejak akhir akhir ini pihak Polis menggunakan akta SOSMA untuk menahan individu individu yang menuntut keadilan dari konteks politik. Sedangkan tujuan akta ini adalah untuk menahan individu yang terlibat dengan aktiviti pengganas.

Secara langsung tunjuk perasaan ini juga menuntut agar Maria Chin Abdullah dibebaskan dari penjara sekaligus dari tuduhan akta SOSMA. Begitu juga tuntutan keadilan keatas Rafizi Ramli yang dipenjarakan selama 18 bulan selepas mendedahkan satu dokumen pengauditan 1MDB yang didakwa dilindungi dibawah akta rahsia rasmi. Walhal dokumen itu menunjukkan adanya aktiviti penyelewengan yang melibatkan wang rakyat. Apa lagi Rafizi Ramli adalah seorang ahli Parlimen Pandan.

Sebelum ini Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai ahli Parlimen telah disoal siasat oleh pihak Polis selepas berhujah berhubung 1MDB di dewan Parlimen. Sedangkan ahli parlimen seperti mereka ada kekebalan dari konteks undang undang.

Semoga kesungguhan pemimpin pemimpin pembangkang ini dapat membuka mata pihak yang berwajib dan dapat membezakan kedudukan antara parti politik dan Kerajaan atau negara yang mesti diutamakan.

Salleh Said Mentololkan Dr M – Kehadiran Bersih 5

Selepas hampir semua agensi kerajaan menggugut akan mengambil tindakan keatas mana mana pihak atau individu yang hadir di perhimpunan Bersih 5. Pandai pula pihak UMNO mempersoal kehadiran Bersih 5 yang didakwa kurang dari Bersih sebelum ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai punca kehadiran rendah BERSIH5 hari ini.

“Kesan penyertaan Tun Dr Mahathir Mohamad dan kroninya dalam BERSIH menyebabkan jumlah kehadiran menurun hampir 92/97%

Mereka kata, kehadiran Bersih 5 menyusut sehingga 92/97% berdasarkan pencapaian pada Bersih 4 yang berjaya mengumpul peserta sehingga 500 ribu orang.

UMNO yang diwakili oleh Datuk Salleh Said akan terus membuat kenyataan yang bodoh, ditujukan khusus pada anda rakyat Malaysia terutamanya pada penyokong parti parti bukan kerajaan.

Itu kerana, selagi anda tidak bersekutu dengan mengenepikan amaran dari pihak berkuasa atau tetap mempertahankan ego masing masing walaupun masyarakat luar tidak mengenali anda maka selama itu UMNO akan menilai anda sebagai ahli politik yang syok sendiri, UMNO berpendapat hanya anak dan isteri kamu orang yang percaya dengan apa yang kamu tulis atau suarakan dan sebenarnya ramai yang sedar akan kekurangan diri mereka khususnya dari konteks politik, tinggal lagi tidak ada rasa malu. Tanpa mereka sedari, mereka adalah virus kepada parti yang mereka sokong, dinilai sebagai individu yang hanya cuba mencari kepentingan diri.

Mereka ingat masyarakat tidak memerhatikan mereka dan kalau diberikan kepercayaan parti itu akan rebah sebelum sempat berdiri.

Dek kerana itu hanya pada admin, jentera UMNO tidak mahu terlalu berlagak. 😉

Pada hemat admin kan, cara melawan UMNO harus diubah, tidak lagi boleh takut pada ugutan dan mesti sanggup tidur di dalam lokap atau benar benar berdiri sebagai jentera pembangkang bukannya duduk diam tapi mengharapkan jawatan. Ini kerana dalam keadaan dimana UMNO cukup tertekan kerana kehilangan kepercayaan daripada rakyat, UMNO akan sanggup berbuat apa saja. Ingat apa saja, termasuklah menterbalikkan kenyataan lawan mereka supaya anda nampak bodoh. Dan senario ini harus diambil kesempatan oleh pembangkang atau parti parti bukan kerajaan.

Moralnya, sehingga kini tentangan yang dilakukan oleh rakyat terhadap UMNO masih belum mampu melemahkan mereka. Anda masih bodoh dan pengecut walaupun yang  sebenarnya UMNO yang mendokong dua ketololan ini. 

#politikbolos #sabahubah

Dialog Presiden Warisan Berkaitan Ekonomi dan Politik Sabah – Video Facebook 

Tonton rakaman video dialog Datuk Shafie Apdal, Presiden Warisan berkaitan Ekonomi dan Politik yang dipengerusikan oleh Tuan Ronnie Klassen.

Dialog ini cukup hebat ia menyentuh masa depan Sabah dibawah kepimpinan parti tempatan aka Parti Warisan. Rugi kalau tidak menontonnya.

Klik link dibawah 👇👇👇 🎮

Video Dialog Datuk Shafie Apdal Berkaitan Ekonomi dan Politik Sabah 

Pandikar Amin Melanggar Hak Rakyat Yang Mencari Kebenaran

Baca keratan di atas, jelas Tuan Speaker cuba melindungi individu MO1. MO1 adalah merujuk kepada seorang pemimpin yang berjawatan paling tinggi di dalam UMNO tapi didakwa telah terlibat dalam penyelewengan wang rakyat melalui syarikat 1MDB. Admin dikhabarkan syarikat ini hanya ada seorang pekerja yang berjawatan CEO, Arul selain pemilik 1MDB itu sendiri yakni MO1.

Sepanjang syarikat ini beroperasi, negara telah mengalami banyak kerugian telah mencecah RM42 bilion. Oleh kerana itulah Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan mantan Menteri Kewangan kedua Ahmad Husni Hanadzlah lantang meminta penjelasan dari kerajaan UMNO supaya dengan demikian ada pihak yang dapat dipertanggungjawabkan.

Kalau 1MDB dibiarkan terus beroperasi maka hutang negara akan terus bertambah. Untuk perhatian, bagi 1MDB menambah hutang adalah satu kemestian, kerana terpaksa menampung bunga hutang yang perlu dibayar, dimana 1MDB terpaksa berbelanja sebanyak RM2.7 bilion setahun hanya untuk membayar bunga hutang yang lebih dari RM42 bilion sejak enam tahun yang lalu. Sedangkan dalam masa yang sama 1MDB tidak menjalankan aktiviti perniagaan yang boleh menghasilkan wang. Walaupun cukup setakat untuk membayar bunga hutang 1MDB.

Percayalah, sikit hari lagi Malaysia akan menyerupai negara Greece, muflis gara gara penyelewengan wang rakyat oleh pemimpin politik yang memerintah.

Yang memelikkkan, kenapa pula Tuan Speaker, Pandikar Amin Mulia beriya iya mempertahankan 1MDB. Walhal larangan itu bertentangan dengan prinsip kebenaran yang wajib dihormati dalam sistem demokrasi. Seperti mana keterangan pakar perlembagaan, Profesor Abdul Aziz Bari yang mengingatkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa sumpah kerahsiaan bertujuan untuk melindungi perkara yang sah dan mengikut undang-undang.

“Ia (sumpah kerahsiaan) bukan untuk melindung salah laku,” kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Ini, katanya, adalah kerana skandal 1MDB banyak melanggar undang-undang di negara ini.

“Dalam mana-mana kes, jika Pandikar benar-benar serius, biarkan mahkamah yang membuat keputusan.”

Sekarang ada dua isu, satu ketelusan sistem demokrasi yang ditanggung oleh dewan sidang tapi dinodai dan yang kedua masa depan negara yang diabaikan.

#politikbolos #sabahubah

Pendedahan Terbaru Keatas 1MDB – Shafie Apdal 

Datuk Seri Shafie Apdal ketika berhujah di sidang Parlimen kali yang keempat tahun 2016.

Mengucapkan ribuan terima kasih dan rasa bangga pada bekas Menteri Kewangan kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah sebab turut mempersoalkan hala tuju 1MDB. Yang kita pun tahu, 1MDB adalah syarikat pelaburan negara yang bermasalah dan telah mengorbankan berbilion ringgit wang rakyat Malaysia.

Di samping itu Datuk Shafie Apdal juga terus mempersoal dan mendedahkan perkara baru yang berlaku di dalam 1MDB dimana beberapa khazanah dan harta awam seperti  hospital dan lain lain telah dijual dan disimpan sebagai cagaran hutang tapi sehingga hari ini sikit pun 1MDB tidak menguntungkan rakyat Malaysia tidak seperti Proton dan MAS. 

Dengarkan rakaman dibawah (rakaman ini telah admin padatkan bagi mengurangkan penggunaan data pembaca) 

#politikbolos #sabahubah