Junz Wong Macam Cerdik Tapi Tidak – Yusof Apdal 

Yb Lahad Datu, Datuk Yusof Apdal mempersoal kemampuan, Junz Wong selaku Naib Presiden Warisan adalah pemimpin yang tidak tahu apa apa aka sambarono. Berlagak cerdik tapi sebenarnya “buta” walaupun pada hakikatnya celik.

Kerana pemimpin Warisan itu ketika berhujah baru baru ini di sidang dewan, menuduh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman sebagai gagal mengurus hutan Sabah.

Walhal menurut Datuk Yusof Apdal adalah sebaliknya. Pentadbiran negeri telah berjaya mengurus hutan Sabah dengan begitu cemerlang. Bayangkan sehingga Disember 2015, Forest Stewardship Council (FSC) telah memperakui bahawa Sabah telah berjaya menjaga atau mengekalkan keluasan hutan lebih dari 1 juta hektar.

Yb DUN Lahad Datu itu juga berpesan, sewajarnya masyarakat Sabah terhutang budi pada Ketua Menteri kerana telah berjaya mengangkat Sabah setanding dengan negeri negeri yang lain. Selain berhemah dalam berbelanja sebab itulah rezab kewangan negeri meningkat dari setahun ke setahun, terkini yang telah disahkan dan diketahui telah mencecah RM6 bilion meninggalkan Selangor di belakang walaupun Selangor adalah negeri termaju di Malaysia itu pun yang memajukan Selangor ialah BN sebelum diambil oleh pembangkang.

Selain kejayaan diatas, pentadbiran negeri juga telah cemerlang memperkasa Yayasan Sabah hingga berjaya mengumpul aset sebanyak RM14 bilion.

Isunya disini ialah kalau sudah Junz Wong yang dianggap “Rafizi” Sabah oleh penyokong Warisan pun tidak boleh pakai. Agaknya, apa lagi yang lain tu ya. Alahai

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang

Musa Ajak Pembangkang Duduk Berbincang – MA63 


Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman mengajak semua pemimpin Sabah tanpa mengira fahaman politik agar duduk semeja, berbincang bagaimana untuk memajukan negeri Sabah. Kerana ia amat penting demi kebaikan negeri dan masyarakat itu sendiri.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata perkara itu adalah amat penting bagi memastikan apa sahaja keperluan dan kebaikan untuk diperoleh Sabah demi kesejahteraan rakyat di negeri ini. Katanya ini termasuk memberi kerjasama dalam Jawatankuasa Kajian Hak-Hak Sabah mengikut Perjanjian Malaysia 1963 yang turut menjemput pembangkang melihat mana-mana hak Sabah yang perlu dituntut daripada kerajaan Pusat.

“Dalam menuntut hak Sabah dan meminta apa-apa daripada kerajaan Persekutuan, kita tidak membezakan antara pembangkang mahupun kerajaan. Kita sama-sama.” Kami dalam jemaah. kerajaan negeri menerima apa yang terbaik untuk Sabah dan rakyat Sabah, mengapa tidak. Mari kita duduk semeja, fikir dan bincang.

Kita mungkin berlainan ideologi tetapi untuk kebaikan Sabah, kita perlu bersama minta kepada kerajaan Persekutuan. Itu yang kita perlukan,” katanya. Musa menjawab soalan tambahan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR-Bingkor) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri menyenaraikan secara terperinci setiap hasil negeri yang dimasukkan dalam kutipan hasil kerajaan Pusat pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Terdahulu, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang berkata Jawatankuasa Kajian Hak-Hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 telah menjemput 17 parti politik bagi menghadiri pendengaran yang diadakan di bangunan DUN pada 26 Jan lepas. Sepuluh parti politik termasuk Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), DAP dan PKR telah menghantar wakil dan memberi pandangan serta pendapat mereka berkenaan hak-hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963. “Sembilan daripada 10 parti politik tersebut telah mengemukakan hujah bertulis. Prosiding pendengaran itu turut direkod secara verbatim dan laporan prosiding disediakan dengan bantuan urusetia DUN,” katanya.

Katanya jawatankuasa itu telah mengadakan satu lagi mesyuarat pada 24 Mac lepas bagi membuat penyediaan laporan yang akan dibentang di mesyuarat jemaah menteri negeri sebelum dimajukan kepada Jawatankuasa Pemandu peringkat kebangsaan dalam masa terdekat. “Pada masa ini, penyediaan laporan sedang dalam peringkat akhir,” katanya. Teo menjawab soalan asal Chan Foong Hin (DAP-Sri Tanjong) yang ingin tahu perkembangan proses penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri.

Jadi pada pihak pembangkang, kamu tunggu apa lagi. Inilah masanya, itu pun kalau kamu benar benar ikhlas memperjuangkan nasib orang Sabah. Atau kah perjuangan yang kamu sering lolongkan di setiap program politik dan jelajah itu hanyalah retorik semata-mata?

Jangan kamu khayal mencari kuasa yang belum pasti tu hingga masyarakat Sabah menjadi mangsa permainan politik.

Tidak timbul, dakwaan sebelah pihak atau pembangkang kononnya pendekatan menuntut hak hak Sabah yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman ini sudah terlambat. Kerana perlu diingat, persoalan hilangnya kelebihan hak hak Sabah dari konteks perjanjian Malaysia 1963 datang dari kesilapan pemimpin terdahulu. Kesilapan itu pula telah  melibatkan undang undang diantara dua pihak, negeri dan persekutuan. Kerana itu ia perlu diselesaikan secara bijaksana dan berhemah.

Tidak benar dakwaan pihak pembangkang, kononnya mereka boleh menuntut hak hak dalam perjanjian 1963 tanpa perlu berunding dengan Federal atau tidak perlu ada hubungan politik dengan mana mana parti daripada Semenanjung. 

Pada PRU ke 13, PKR pernah cuba memasukkan agenda Sabah seperti ini dalam buku jingga mereka tapi dikeluarkan disaat akhir, kerana dikhuatiri akan menjejaskan hubungan Sabah dengan Federal atau negeri negeri yang lain. Tindakan  ini telah memecah belahkan penyokong PKR tapi akhirnya mereka akur. Pada pemimpin dan penyokong parti tempatan pembangkang Sabah, belajar kamu dari sini jangan politikkan semua perkara, walaupun ia mustahil untuk direalisasikan. 

Dengan demikian ia membawa maksud khusus mustahil bagi Warisan, menuntut hak hak dalam perjanjian MA63 tanpa adanya kerjasama dari parti parti politik daripada di Semenanjung. Seperti yang mereka propagandakan. Tapi adakah selepas ini akan ada hubungan? jangan jilat air liur  sendiri. 

Menunjukkan pendekatan berdiplomasi Datuk Musa Aman ini ada jalannya dan wajar diberikan sokongan yang padu oleh masyarakat Sabah. 

Tapi bukan pula ini bermaksud BN kian lemah atau terdesak kerana itu mengajak pembangkang untuk berkerjasama. Lupakan kalau itu yang kamu simpulkan dari entri ini. Teruskan lah bermimpi di siang hari. 

Klik link dibawah, perkara ini admin ada bangkitkan sebelum ini, 

BN Lebih Layak Memperjuangkan Sabah For Sabahan 

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang

BERNAMA/Admin 

Benarkah Warisan Sangat Kuat? 

Secara luaran atau cerita politik kedai kopi, Warisan sangat kuat di Daerah Semporna hatta di negeri Sabah, ini kita tidak boleh nafikan. Tapi untuk menang di PRU yang akan datang, ahh ini lain dia punya cerita.

Pasti sengit dan sangat tidak mudah, kerana calon daripada BN bukannya robot, mereka juga ada jasa mereka yang tersendiri dan banyak pengalaman serta berkemampuan dari hampir semua aspek.

Oleh itu, tidak mudah kok menggugat BN di DUN Sinallang dan Bugaya, apa lagi di DUN Bugaya yang dikatakan amat tergugat. Jauh sekali bercakap soal Sabah bakal dimiliki oleh Warisan.

Admin masih ingat, sebenarnya calon BN, Datuk Ramli pada PRU13 berdiri sendiri tidak dibantu oleh mana mana pemimpin UMNO. Sebab itulah di saat akhir ada calon Bebas yang berani mengakun dirinya sebagai wakil BN (calon yang dipasang) menyebabkan dia meraih undi yang agak banyak mencecah ribu berbanding calon pembangkang dan Bebas yang lain. Ertinya undi yang dia dapat atas tiket BN atau UMNO.

Walau bagaimanapun permainan yang diatur oleh lawan itu tidak menjadi halangan, Datuk Ramli dari calon BN diisytiharkan pemenang.

Begitu juga dengan calon BN DUN Sinallang. Ramai pihak yang memperkatakan bahwa legacy Tun Sakaran akan berakhir di PRU13. Ini kerna DUN Sinallang pada ketika itu bolehlah dikatakan kubo kuat pembangkang, memandangkan kebanyakan pemimpin pembangkang dan mereka yang tidak sehaluan secara peribadi dengan Datuk Shafie Apdal datang dari perkampungan yang terletak di DUN Sinallang.

Tapi bila keputusan pilihanraya diumumkan ternyata jangkaan pihak lawan sangat meleset. Datuk Nasir berjaya mempertahankan kemenangannya.

Nah kalau sudah begitu cerita yang berlaku diperingkat dalaman, ini bererti kekuatan Warisan di luar Daerah Semporna sangat boleh dipersoalkan. Walaupun penyokong tegar Warisan mendakwa Sabah ini akan menjadi milik mereka. Entah apa alasan yang mereka gunakan sebagai sandaran! Penyokong Warisan seakan tidak berpijak di bumi realiti dan masih termimpi-mimpi di siang hari.

Jangan mudah berharap, PRU masih jauh apa lagi pengundi semakin matang.

Kena ingat, kalau kamu kata Presiden Warisan sangat berjasa di daerah Semporna, maka Wakil rakyat BN yg ada kini juga ada jasa besar yang kamu tidak nampak. Jangan hanya melihat pada kononnya kelemahan Ketua Menteri Sabah dari konteks rumah yang usang untuk kamu politikkan. Presiden Warisan mantan Menteri KKLW juga dikelilingi oleh rumah rumah usang malah banyak yang boleh dipolitikkan dari konteks Kementerian KKLW , selaku Menteri yg tugasnya untuk memerangi kemiskinan luar bandar serta menjaga kemudahan asas luar bandar. Presiden Warisan seharusnya lebih bertanggung jawap atas kedaifan luar bandar Sabah kerana peruntukan yg dipegangnya dulu jumlahnya berpuluh2 billion ringgit.

Kesimpulannya tidak mudah kok membawa masyarakat untuk beralih parti. Sepanjang pemerhatian admin tidak ada kok yang lebih kuat bergegar daripada Datuk Anwar Ibrahim semasa beliau disingkirkan daripada UMNO. Separuh langit di bumi Malaysia diselubungi awan yang tebal. Tapi bila peti undi dibuka, hanya beberapa kerusi yang dimenangi, itu pun selepas dicampur dengan kerusi daripada DAP dan PAS. Adapun negara Malaysia masih di perintah oleh BN sehinggalah ke hari ini.

Walhal kalau menurut pemimpin politik yang seperjuangan dengan Datuk Anwar Ibrahim semasa mereka di dalam UMNO, Datuk Anwar adalah pemimpin yang paling kuat menabur wang, bukan setakat wang tunai, kad kredit juga ditabur supaya beliau diundi sebagai Timbalan Presiden UMNO pada masa itu. Tapi bila sudah berada diluar UMNO, tiada satu pun pemimpin UMNO yang mengikut jejaknya. Nampak?

Timbul persoalan yang boleh dipersoalkan benarkah Warisan atau Presiden Warisan sangat kuat?

Moralnya, kamu sebagai jentera Warisan berkerjalah kamu kuat kuat, jangan hanya pandai menghina mengeji mereka yang tidak sehaluan.

Kami pula dipihak BN akan terus berkerja kuat dengan penuh kebijaksanaan, perjuangan BN bukannya semata-mata untuk mencari kemenangan tapi dalam masa yang sama berbakti kepada masyarakat. Jauh sekali sengaja mencari permusuhan. Itu beza antara kita!

Salam Jumaat dan salam perjuangan, BN for Sabahan.

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang

Ketua Cawangan UMNO Semporna vs Presiden Warisan.

Ini yang membuat masyarakat terkeliru ni, terkeliru dari banyak sudut, sudut dalaman dan apa yang diperjuangkan oleh Warisan, macam tidak betul. Sebelah pihak cakap pasal darat dan pihak yang satu lagi cakap pasal lautan. Last last masyarakat tenggelam di tengah tengah permainan mereka. Selain apa yang terpampang di surat khabar tempatan Sabah, Daily Express.

Ketua Cawangan ini, mempersoal kredibiliti Presiden Warisan, Datuk Shafie Apdal semasa Tun Sakaran berada tampuk kuasa negeri.

Ketua Cawangan, Datuk Ainal mendakwa tidak usahlah Datuk Shafie Apdal menafikan perbuatannya. Semasa Datuk Shafie Apdal duduk sebagai pengerusi Borneo Utara Timber Berhad (NBT) dan Ketua Pemuda Umno Sabah, dia cuba mengambil alih saham dan ekuiti Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB), anak syarikat Yayasan Sabah dan cuba ditukar atau disenaraikan menjadi syarikat awam.

Apa jadi kalau sudah statusnya tersenarai sebagai syarikat awam, bukan kah pihak luar boleh membeli kesemua sahamnya dan kerajaan negeri hanya menggigit jari?

Admin tidak mahu cakap banyak, tapi kamu orang bidas balik lah, apa yang ditegaskan oleh Ketua Cawangan ini. Kalau perlu buat saja sidang media, lepas itu heret dia ke muka pengadilan, sanggup?

Jalin Luin Kini Bersama UMNO/BN

Baiklah, ini entri terkini selepas saya menyepi lama hingga ada yang tertanya tanya.

Terima kasih, semua. Saya sihat, alhamdulillah. Semoga kita semua senantiasa di dalam rahmatNya. In Shaa Allah.

Entri ini merupakan kenyataan rasmi daripada saya Jalin Luin yang dikenali sebagai Bloggers dan pemilik Blog Jalinanpolitik (blog pro UMNO) Jalin Luin, Kihampau Tohoh dan Neo Kihampau (blog pro pembangkang) Nama pena yang saya gunakan pada Blog berkenaan ialah Jalin Luin dan critical thinking.

Bahwa mulai dari saat ini, saya tidak lagi menyokong Warisan (pembangkang) tapi kini berdiri sebagai penyokong atau jentera politik UMNO/BN atau kepimpinan negeri Sabah.

Selama ini saya tidak pernah menjadi ahli kepada mana mana parti politik selain UMNO. Tinggal lagi semenjak Datuk Shafie Apdal meninggalkan UMNO saya banyak mengkritik kepimpinan UMNO/BN melalui tulisan saya. Jadi tidak timbul polemik apa yang dipanggil katak. Macam tindakan segelintir pemimpin atau penyokong pembangkang.

Untuk makluman sudah lebih tujuh tahun saya menjadi pengikut Datuk Shafie Apdal. Adapun jasa saya selama itu sama ada besar atau kecil, terbalas atau tidak, semoga ia mampu mematangkan pemikiran masyarakat. Mampu menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

Keputusan yang saya ambil ini adalah atas kehendak diri saya. Dimana ia melalui proses yang cukup panjang dan mempertimbangkannya dari beberapa aspek, aspek politik, masyarakat dan peribadi yang tidak boleh dinafikan.

Selepas ini, biarlah kita berpolitik secara matang. Kamu yang memihak pembangkang kamu politikkan lah parti atau public figure UMNO/BN, begitu juga dengan saya atau kami akan bercakap mengenai parti dan public figure pembangkang tidak kira dari Sabah atau Semenanjung.

Berhubung artikel sebelum ini yang banyak mengkritik pedas pemimpin pemimpin BN, artikel itu saya tidak akan padam. Kerana sesungguhnya saya yakin dan percaya dengan sistem perlembagaan atau undang undang Malaysia. Bermaksud kritikan tinggal kritikan selepas agensi yang bertanggungjawab membuat siasatan dimana hasil siasatan adalah muktamad dan kita mesti akur. Oleh itu janganlah ada yang marah bodoh, bila pada kali ini saya mengkritik kelemahan pihak pembangkang ya, kerna marah bodoh itu tidak diamalkan oleh BN walaupun selama ini saya cukup kritikal terhadap mereka.

Jangan juga selepas ini ada yang membuat kenyataan hingga membolehkan kita di heret ke muka pengadilan. Berpolitiklah secara matang.

Berkenaan kedudukan saya dalam group Whatapps pro pembangkang ia terpulang kepada admin. Sama ada admin mengeluarkan saya atau nanti saya yang menarik diri.

Akhir kata, saya yakin percaya dengan perjuangkan ini ia mampu membetulkan keadaan sekaligus akan menguntungkan masyarakat Sabah terutamanya mereka yang menyokong BN.

#BNforSabahan #UMNOBN.

Terserlah Belang Kepimpinan Parti² Pembangkang Sabah 

Padan pun semakin ramai golongan profesional dan anak muda Sabah yang balik menyokong BN. Mereka mula sedar akan kelemahan parti parti pembangkang. Baca saja keratan akhbar (sebagai contoh) ini cukup membuktikan kelemahan sikap pemimpin pro pembangkang yang mementingkan diri. Tapi kalau kamu dengar ceramah politik mereka, urang hutan pun mereka akan bela, itupun kalau menang. Selagi tidak menang, pandai pandailah kamu hidup.

Presiden Parti Cinta Sabah, Wilfred Bumburing tidak berpuashati dengan tindakan yang diambil oleh Presiden STAR, Dr Jeffrey Kitingan. Kerna membelakangkan keputusan yang dipersetujui sebelum ini. (kamu bacalah keratan diatas untuk keterangan yang lebih lanjut)

Ini pembangkang tempatan Sabah ni, belum apa apa lagi sudah mula bercakaran. Tunjuk taring siapa yang kuat. Taring tidak seberapa, sengihnya bukan main.

Nampak gayanya sikit hari lagi parti parti pembangkang Sabah akan dipandang sebelah mata. Iya lah mengurus agenda parti pun gagal, ini kan mentadbir sebuah negeri yang besar seperti Sabah. Setakat cakap, orang gila pun boleh. Hemmm

Selain itu, menurut pendapat seorang kawan, parti parti pembangkang Sabah ni. Mereka suka melantik golongan muda tolol yang separa tiang untuk bercakap hal hal yang besar. Lepas itu minat sangat mempertahankan kuda tua yang tidak lagi berupaya sama ada dari segi fizikal atau mental.

Lagi menyedihkan menurut kawan itu ialah ramai di kalangan orang kuat parti yang tidak percaya kepada kemampuan pengaruh politik maya. Mereka kata kekuatan parti bergantung kepada kepopularan pemimpin. Maksudnya tu, kalau pun parti yang mereka sokong mendapat kemenangan, maka kemenangan itu datang daripada pengaruh pemimpin dan bukannya individu individu yang berkerja kuat untuk parti, maka bukanlah satu kesalahan kalau kegigihan mereka tidak berbalas. Jeleknya

Mereka ibarat kereta lama yang dicat cantik tapi enjinnya tidak ditukar. Nampak cantik tapi bila berlumba, ketinggalan di belakang. Apa cerita?

Sedangkan rata rata pengundi pada hari ini terdiri dari golongan muda yang bijaksana dan pro aktif. Kalau pun ada rezab undi yang boleh membantu kemenangan iaitu mereka dari kumpulan marhaen yang buta huruf atau tidak tahu maksud sebenar politik. Tapi agak agaklah, negeri jiran sedang menilai kualiti anda sebagai pemimpin.

Kalau nafsu politik saja kuat tapi sebenarnya kurang cerdik dan masih tidak mampu melihat apa yang berlaku diluar sana. Nah ada baiknya kamu sokong saja balik BN demi kehormatan dan kepentingan masyarakat Sabah. Tapi yang budiman sahaja, yang jelek dan suka mengambil kesempatan, kamu duduklah sebagai pembangkang sampai bila bila.

Masih terlalu ramai masyarakat Sabah yang memerlukan pembelaan bukannya diperalatkan sampai mati.

DAP Sokong Autonomi Sabah dan Sarawak :) 

Hari ini kepimpinan DAP, Lim Guan Eng telah mengambil ketetapan. Selepas mereka  mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin DAP daripada Sabah dan Sarawak yang diadakan di Kuala Lumpur.

Maka DAP secara rasminya telah menetapkan bahawa mereka menyokong tuntutan Sabah dan Sarawak sebagai negeri yang berautonomi.

1. Dimana Sabah dan Sarawak akan mendapat royalti minyak sebanyak 20%.

2. Pentadbiran Kesihatan dan pendidikan di dua negari ini akan diurus sendiri oleh kerajaan negeri tidak ada lagi campurtangan daripada Federal.

3. Separuh daripada pendapatan tahunan Sabah dan Sarawak akan dipulangkan balik.

Wah pembangkang dari Semenanjung pun ikut bercakap pasal autonomi. Sebelum ini STAR aka Gabungan, usai itu Warisan terkini DAP.

DAP ni macam keterlaluan sudah, sibuk mencampuri politik di negeri Sabah dan Sarawak sedangkan rata rata Melayu di Pulau Pinang dengar khabar masih ramai yang tidak memiliki rumah. Kerana sejak DAP menjadi pentadbir negeri, harga rumah yang ditawarkan sudah terlalu mahal (tidak masuk akal).

Macam macam kerana perjanjian 1963 yang dipolitikkan, membuat masyarakat Sabah pening lalat. Entah parti pembangkang mana yang benar benar ikhlas membela nasib mereka. Apa yang pasti perjanjian 1963 telah diperalatkan untuk kepentingan politik.

Berbanding BN tidak cakap banyak tapi beransur ansur melaksanakan 20 dan 18 perkara. Kerna itu sejak daripada dulu agenda autonomi tidak pernah mendapat kepercayaan daripada orang Sabah dan Sarawak, kerana mereka sedar, BN juga mampu melakukannya tinggal lagi BN menggunakan pendekatan yang lebih tersusun dan harmoni?

Selamat Memperbodoh Rakyat Malaysia – PAU2016

Dikhabarkan perhimpunan agung UMNO pada kali ini akan bermula pada hari ini dan berakhir pada 3hb Disember 2016.

Hari ini bermulalah, temberang pemimpin tertinggi UMNO, menemberang dengan menyuntik semangat melawan buta buta dikalangan ahli UMNO, kerana kata mereka perjuangan itu demi bangsa dan negara. Alahai

Untuk itu Melayu kenalah melawan pihak lawan yang cuba menjatuhkan Presiden UMNO dengan cara yang tidak demokratik dan seruan ini tidak salah walaupun jelas memfitnah dan berbau perkauman. Tapi kalau orang Sabah yang melaungkan Sabahan for Sabah akan dianggap cuba menganggu keharmonian kaum. Pelik betul politik UMNO ni, mereka buat tidak salah tapi kalau orang Sabah yang berkobar kobar memperjuangkan nasib mereka didakwa sebagai salah. Macam hemmm

Apa apa perbuatan bodoh yang merompak harta rakyat oleh pemimpin tertinggi UMNO, tapi sebagai ahli UMNO kenalah mereka menelannya bulat bulat. Seperti contoh penyelewengan di dalam 1MDB dan penyelewengan di Jabatan Air Negeri Sabah (JANS). Ahli UMNO atau masyarakat tidak boleh mempersoalkannya. Walaupun semakin hari, kehidupan masyarakat itu sendiri semakin menghimpit dan kalau di Sabah walaupun masih majoriti masyarakatnya meminum air yang bercampur dengan kencing tikus.

Dalam diam, jujur admin katakan sebenarnya kebanyakan ahli UMNO tidak faham apa itu politik yang menguntungkan semua lapisan, sebab itulah mereka tampak poyoh tidak ada roh perjungan, mereka hanyalah alat kepada tunggak UMNO yang berkepentingan peribadi dan mereka akan terus diperbodohkan untuk yang kesekalian kalinya.

Lihat apa yang berlaku, hanya Pemimpin UMNO dan kroni mereka yang kaya raya, mengaut keuntungan dari kesuburan bumi Sabah dan Sarawak. Berbanding jentera dan majoriti ahli UMNO hanya memakan dedak gred C. Sampai bilalah puak ini menjadi parasit yang tidak henti henti merosakkan kehidupan orang lain?

Kerana itulah pada kali ini wajib UMNO ditolak mentah mentah, ingat peluang telah kamu berikan tapi nampaknya UMNO gagal mengurus khususnya masyarakat Sabah ini termasuklah dari segi menjaga keselamatan yang termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963.

Bila pemimpin pembangkang Sabah aka Warisan bercakap dari konteks perjanjian Malaysia 1963, pandai pula pemimpin pemimpin BN Sabah ikut sibuk memperjuangkannya hingga sanggup memasang tali barut dari kalangan parti tempatan Sabah. Mereka ingat orang Sabah semuanya bodoh. Hemmm

Di Malaysia, Melayu UMNO adalah pemegang pentadbiran negara. Tapi majoriti Melayu masih hidup di takuk lama. Golongan Bumiputera atau Pribumi jangan ceritalah, hanya ikut seperti ekor kereta api. Betul betul, mengecewakan.

Sudah admin bilang, selepas beberapa dekad antara golongan yang mesti dilihat sebagai badut politik ialah orang Sabah yang tetap menyokong UMNO. Ini kerana semua orang tahu, tahap pembangunan diantara Sabah, Sarawak dan kebanyakan negeri negeri di Semenanjung. Macam bumi dengan langit.

Orang Sabah kalau berterusan menyokong UMNO, anggap mereka badut yang tidak menghiburkan. 😉

Selamat memperbodoh rakyat Malaysia – PAU2016.

20 Ahli Parlimen Menuntut Keadilan Di Bukit Aman

Ahli Parlimen pembangkang terus bangkit menolak kezaliman yang diamalkan oleh kerajaan dalam usaha mempertahankan UMNO sebagai parti pemerintah.

Hari ni seramai 20 orang pemimpin pembangkang yang diketuai oleh Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang, Wan Aziza mengemukakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Ketua Polis Negara. Mereka berjalan sejauh 1 KM menuju ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Sambil membawa playkad yang tertulis pertahan hak ahli Parlimen dan beberapa lagi. 

Mereka termasuklah mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Shafie Apdal mantan Menteri KKLW dan DAP, Lim Kit Siang serta Ahli Parlimen PAS dari Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar. 

Mereka menggesa perlindungan keatas hak ahli Parlimen dan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). Supaya dipatuhi. 

Sejak akhir akhir ini pihak Polis menggunakan akta SOSMA untuk menahan individu individu yang menuntut keadilan dari konteks politik. Sedangkan tujuan akta ini adalah untuk menahan individu yang terlibat dengan aktiviti pengganas.

Secara langsung tunjuk perasaan ini juga menuntut agar Maria Chin Abdullah dibebaskan dari penjara sekaligus dari tuduhan akta SOSMA. Begitu juga tuntutan keadilan keatas Rafizi Ramli yang dipenjarakan selama 18 bulan selepas mendedahkan satu dokumen pengauditan 1MDB yang didakwa dilindungi dibawah akta rahsia rasmi. Walhal dokumen itu menunjukkan adanya aktiviti penyelewengan yang melibatkan wang rakyat. Apa lagi Rafizi Ramli adalah seorang ahli Parlimen Pandan.

Sebelum ini Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai ahli Parlimen telah disoal siasat oleh pihak Polis selepas berhujah berhubung 1MDB di dewan Parlimen. Sedangkan ahli parlimen seperti mereka ada kekebalan dari konteks undang undang.

Semoga kesungguhan pemimpin pemimpin pembangkang ini dapat membuka mata pihak yang berwajib dan dapat membezakan kedudukan antara parti politik dan Kerajaan atau negara yang mesti diutamakan.

Salleh Said Mentololkan Dr M – Kehadiran Bersih 5

Selepas hampir semua agensi kerajaan menggugut akan mengambil tindakan keatas mana mana pihak atau individu yang hadir di perhimpunan Bersih 5. Pandai pula pihak UMNO mempersoal kehadiran Bersih 5 yang didakwa kurang dari Bersih sebelum ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai punca kehadiran rendah BERSIH5 hari ini.

“Kesan penyertaan Tun Dr Mahathir Mohamad dan kroninya dalam BERSIH menyebabkan jumlah kehadiran menurun hampir 92/97%

Mereka kata, kehadiran Bersih 5 menyusut sehingga 92/97% berdasarkan pencapaian pada Bersih 4 yang berjaya mengumpul peserta sehingga 500 ribu orang.

UMNO yang diwakili oleh Datuk Salleh Said akan terus membuat kenyataan yang bodoh, ditujukan khusus pada anda rakyat Malaysia terutamanya pada penyokong parti parti bukan kerajaan.

Itu kerana, selagi anda tidak bersekutu dengan mengenepikan amaran dari pihak berkuasa atau tetap mempertahankan ego masing masing walaupun masyarakat luar tidak mengenali anda maka selama itu UMNO akan menilai anda sebagai ahli politik yang syok sendiri, UMNO berpendapat hanya anak dan isteri kamu orang yang percaya dengan apa yang kamu tulis atau suarakan dan sebenarnya ramai yang sedar akan kekurangan diri mereka khususnya dari konteks politik, tinggal lagi tidak ada rasa malu. Tanpa mereka sedari, mereka adalah virus kepada parti yang mereka sokong, dinilai sebagai individu yang hanya cuba mencari kepentingan diri.

Mereka ingat masyarakat tidak memerhatikan mereka dan kalau diberikan kepercayaan parti itu akan rebah sebelum sempat berdiri.

Dek kerana itu hanya pada admin, jentera UMNO tidak mahu terlalu berlagak. 😉

Pada hemat admin kan, cara melawan UMNO harus diubah, tidak lagi boleh takut pada ugutan dan mesti sanggup tidur di dalam lokap atau benar benar berdiri sebagai jentera pembangkang bukannya duduk diam tapi mengharapkan jawatan. Ini kerana dalam keadaan dimana UMNO cukup tertekan kerana kehilangan kepercayaan daripada rakyat, UMNO akan sanggup berbuat apa saja. Ingat apa saja, termasuklah menterbalikkan kenyataan lawan mereka supaya anda nampak bodoh. Dan senario ini harus diambil kesempatan oleh pembangkang atau parti parti bukan kerajaan.

Moralnya, sehingga kini tentangan yang dilakukan oleh rakyat terhadap UMNO masih belum mampu melemahkan mereka. Anda masih bodoh dan pengecut walaupun yang  sebenarnya UMNO yang mendokong dua ketololan ini. 

#politikbolos #sabahubah