Shafie Apdal Hadir Membuat Keterangan – Bukit Aman 

Apa yang dimaksudkan dengan demokrasi yang berperlembagaan? Maksudnya ialah dalam demokrasi itu sendiri ada undang-undang yang telah digubal dan mesti dipatuhi oleh semua pihak tidak ada yang terkecuali termasuklah tuan Speaker.

Seperti contoh kemuliaan dewan rakyat, kekebalan ahli Parlimen dan sebagainya. Bila sudah kebal malah bercakap di dalam dewan. Apa lagi yang bertentangan dengan perlembagaan?

Begitu juga dengan demokrasi berparlimen yang menjadi amalan, bermaksud rakyat terlibat dalam
sistem pemerintahan Negara yang diwakili oleh Ahli Parlimen dan Raja-raja menjadi lambang taat setia rakyat.

Jadi kenapa hujah Datuk Shafie Apdal di sidang Parlimen (dewan rakyat) baru baru ini dianggap telah membocorkan rahsia negara. Rahsia apa yang telah dibocorkan pada musuh negara? Bukan kah hujahnya berhubung satu syarikat yang telah merugikan rakyat Malaysia. Klik link dibawah sebelum ini admin ada mempersoalkan tindakan tuan Speaker dewan parlimen, 

Pandikar Amin halang hak rakyat 

Dewan Rakyat adalah dewan dimana para ahli Parlimen membincangkan pelbagai isu yang akhirnya menjadi dasar. Mempersoal penyelewengan di dalam 1MDB adalah juga bertujuan menjaga dasar supaya sentiasa menguntungkan rakyat. Ini UMNO kena ingat.

Satu hal, andai kata pada masa Datuk Shafie Apdal berhujah berkaitan 1MDB, tapi tidak ada liputan media yang merakamkan perjalanan sidang. Apa hujahan pada masa itu boleh ditafsirkan telah membocorkan rahsia negara? Kalau ya, jangan buat siaran langsung.

Satu lagi hal, bagaimana berpolitik membangkang kalau tidak boleh mendedahkan kesalahan pihak lawan?

Oleh kerana itu ada baiknya sistem pilihan raya di negara ini dimansuhkan saja. Ada lagi faedahnya, dapat menjimatkan wang rakyat.

Kelmarin Datuk Shafie Apdal telah hadir di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi memberikan keterangan setelah kononnya dibuatkan laporan Polis oleh dua NGO cari makan. Ekoran hujahnya di Dewan Parlimen.

Ini UMNO semakin hari semakin memelikkkan. 

#politikbolos 

Tiada Lagi Bayaran RM1 Di Hospital Kerajaan

Adakah dengan ini bayaran satu ringgit di semua hospital hospital kerajaan akan dihapuskan yang mana bayaran penuh akan dikenakan pada pesakit mengikut kadar seperti yang dikenakan oleh hospital atau klinik swasta?

Mengikut surat ini sebanyak 10 buah hospital telah mengenakan bayaran penuh, melalui fasa satu dan dijangka pada fasa dua yang akan datang, lapan lagi hospital akan mengenakan bayaran yang sama.

Ini kerana pemerintah telah mendapati ia merupakan perlaksanaan yang mendapat sambutan dari rakyat dan boleh mendatangkan keuntungan pada kerajaan.

Apa sudah jadi kerajaan UMNO ni, sudahlah subsidi secara beransur ansur akan dihapuskan. Ditambah lagi perkhidmatan kerajaan yang tampak semakin membebankan rakyat.

Apa lagi perkara yang boleh dinikmati oleh rakyat yang tinggal di sebuah sebuah negara yang kaya raya? Sedang sebelum ini klinik 1Malaysia pun ada.

Benarlah, kini pemerintah berhadapan dengan krisis kewangan yang cukup kritikal. Sebelum ini kita tahu ada beberapa hospital yang tidak dapat memberikan perkhidmatan sebab kehabisan bekalan. 

Ingin sangat admin mendengar penjelasan dari semua Menteri berhubung perkembangan ini. Adeh 

#politikbolos 

Apa Barang Soros Mencampuri BERSIH. Alahai

Maklumat yang mendakwa hartawan George Soros membiayai BERSIH, Merdeka Center dan Malaysiakini perlu disiasat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ia harus disiasat secara emperikal, iaitu berdasarkan pemerhatian dan ujian saintifik.

“Soalnya bukan “siapa” dibiayai dan “kenapa”. Apa yang harus ditanya ialah penglibatan pihak luar terhadap politik negara.

Sumber Malaysiakini.

Kenapa pula Soros dilibatkan tu. Yang kita dakwa sebelum ini ialah Soros akan menyerang ekonomi Malaysia, kerana selama ini tidak ada individu yang terkecuali dari hukuman sebab terlibat dalam aktiviti penggubalan wang haram, apa lagi kalau berlaku di Amerika.

Bukan mencampuri urusan sekecil perhimpunan Bersih atau membiaya Malaysiakini dan Merdeka Center.

Mungkin Soros pun tahu yang terlibat dalam perhimpunan itu bukannya ahli atau penyokong UMNO. Jadi buat apa dia menyusahkan dirinya. Begitu juga portal Malaysiakini dan Merdeka Center, portal ini tidaklah hebat mana, tak kan berbelanja sampai berbilion yang datang dari Soros.

Atau kalaupun benar, apa juga masalahnya. Bukan kah UMNO juga melakukan perkara yang sama, menerima derma berbilion dari pihak yang tidak jelas, dimana sehingga kini tidak ada pihak yang berani membuat pengakuan. Tapi sekarang baru sibuk, ingin mengubal undang-undang yang melibatkan parti parti politik.

Apa lagi Bersih adalah gerakan luar politik, bagi memastikan pilihanraya di negara ini diproses dengan jujur, tidak ada lagi unsur unsur penipuan.

Ini UMNO persis rejim yang zalim. Orang buat tidak boleh, mereka buat boleh pula walaupun berniat jahat.

Kalau tohmahan memburukkan Soros diteruskan tidak hairanlah kalau apa yang kita ramalkan, akan benar berlaku. Dimana ekonomi Malaysia akan diserang oleh Soros. Seperti mana artikel sebelum ini,

Malaysia Terjebak Dalam Kancah Politik Antarabangsa 

#politikbolos

Polis Siasat Muhyiddin, Shafie dan Ahmad Husni – Polis Jangan Pilih Bulu 

Pihak Polis akan membuka siasatan ke atas tiga bekas pemimpin UMNO yang lantang mencari kebenaran demi rakyat dan negara.

Setelah dua NGO iaitu Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan membuat laporan polis berhubung apa yang mereka tohmah sebagai telah membocorkan rahsia negara.

Rahsia negara yang dimaksudkan ialah bila tiga bekas pemimpin UMNO terdiri dari Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Ahmad Husni Hanadzlah, mantan Menteri Kewangan kedua berhujah di sidang Parlimen dengan membuat persoalan yang lebih lanjut perihal penubuhan dan perjalanan 1MDB yang dipercayai telah menyebabkan kerugian kepada rakyat Malaysia, sehingga menanggung hutang yang bilion tapi sampai saat ini 1MDB tidak berjaya menjana pendapatan malah dikhuatiri akan terus menambah hutang.

Kita sedia maklum, sudah menjadi tugas pihak Polis akan membuat siasatan berdasarkan laporan yang dibuat. Ini admin puji, tapi pastikan tidak pilih bulu. Supaya kredibiliti agensi keselamatan senantiasa berada di tahap yang paling tinggi.

Seperti contoh, pada 01hb Oktober 2015 admin dan beberapa individu dari Semenanjung telah membuat laporan polis secara berasingan terhadap PM Najib Razak sebab kami mengesyaki beliau terlibat dalam penyalahgunaan kuasa melalui 1MDB. Tapi sehingga saat ini, tidak ada pula berita yang pihak polis ada memanggil PM Najib Razak untuk disoal siasat. Tapi kalau kegagalan ini kerana tidak mendapat kebenaran dari Peguam Negara, itu kita akur. Biar rakyat yang menilai.

Berbanding laporan Polis yang dibuat oleh dua NGO di atas. Sedangkan kebanyakan perkara yang didedahkan oleh tiga bekas pemimpin UMNO itu sebenarnya telah lama dicanang oleh pihak luar atau WSJ dan Sarawak Report serta mantan Peguam Negara, Gani Patail tapi tidak ada tindakan yang dikenakan. Janji dari pihak 1MDB akan mengambil tindakan undang-undang pada hari Selasa, tapi sehingga hari ini tidak berlaku.

Apa beza NGO dengan masyarakat atau siapa NGO tanpa masyarakat. Entah entah itu NGO cari makan?

Perlu diingat, pemimpin adalah public figure bukan seperti admin masyarakat biasa yang tidak wajar disiasat kalau artikel itu berhubung salah laku pemimpin yang kami berikan mandat. Tapi sebaliknya kalau kami yang membuat laporan polis terhadap pemimpin atau public figure.

Tahukah anda di Amerika, Donald Trump mendakwa bahawa Hillary Clinton telah menggunakan email peribadi untuk berurusan rasmi berdasarkan laporan FBI. Tapi tidak pula Hillary Clinton membuat laporan Polis, malah sebaliknya mencabar agar Donald Trump mendedahkan apa yang terkandung di dalam email berkenaan. 😉

#politikbolos

Pandikar Amin Melanggar Hak Rakyat Yang Mencari Kebenaran

Baca keratan di atas, jelas Tuan Speaker cuba melindungi individu MO1. MO1 adalah merujuk kepada seorang pemimpin yang berjawatan paling tinggi di dalam UMNO tapi didakwa telah terlibat dalam penyelewengan wang rakyat melalui syarikat 1MDB. Admin dikhabarkan syarikat ini hanya ada seorang pekerja yang berjawatan CEO, Arul selain pemilik 1MDB itu sendiri yakni MO1.

Sepanjang syarikat ini beroperasi, negara telah mengalami banyak kerugian telah mencecah RM42 bilion. Oleh kerana itulah Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan mantan Menteri Kewangan kedua Ahmad Husni Hanadzlah lantang meminta penjelasan dari kerajaan UMNO supaya dengan demikian ada pihak yang dapat dipertanggungjawabkan.

Kalau 1MDB dibiarkan terus beroperasi maka hutang negara akan terus bertambah. Untuk perhatian, bagi 1MDB menambah hutang adalah satu kemestian, kerana terpaksa menampung bunga hutang yang perlu dibayar, dimana 1MDB terpaksa berbelanja sebanyak RM2.7 bilion setahun hanya untuk membayar bunga hutang yang lebih dari RM42 bilion sejak enam tahun yang lalu. Sedangkan dalam masa yang sama 1MDB tidak menjalankan aktiviti perniagaan yang boleh menghasilkan wang. Walaupun cukup setakat untuk membayar bunga hutang 1MDB.

Percayalah, sikit hari lagi Malaysia akan menyerupai negara Greece, muflis gara gara penyelewengan wang rakyat oleh pemimpin politik yang memerintah.

Yang memelikkkan, kenapa pula Tuan Speaker, Pandikar Amin Mulia beriya iya mempertahankan 1MDB. Walhal larangan itu bertentangan dengan prinsip kebenaran yang wajib dihormati dalam sistem demokrasi. Seperti mana keterangan pakar perlembagaan, Profesor Abdul Aziz Bari yang mengingatkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa sumpah kerahsiaan bertujuan untuk melindungi perkara yang sah dan mengikut undang-undang.

“Ia (sumpah kerahsiaan) bukan untuk melindung salah laku,” kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Ini, katanya, adalah kerana skandal 1MDB banyak melanggar undang-undang di negara ini.

“Dalam mana-mana kes, jika Pandikar benar-benar serius, biarkan mahkamah yang membuat keputusan.”

Sekarang ada dua isu, satu ketelusan sistem demokrasi yang ditanggung oleh dewan sidang tapi dinodai dan yang kedua masa depan negara yang diabaikan.

#politikbolos #sabahubah

Malaysia/UMNO Terjebak Dalam Kancah Politik Antarabangsa. 

E-mel terkini yang diselongkar oleh Wikileaks mendedahkan terdapat usaha untuk melobi pentadbiran Amerika Syarikat supaya menjauhkan diri mereka daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Ini didedahkan dalam pertukaran e-mel antara jurucakap Soros Fund Management (SFM) Michael Vachon dan pengerusi kempen calon presiden 2016, Hillary Clinton iaitu John Podesta.

Perbualan antara Podesta dan Vachon berkisar pada memo yang ditulis oleh felo Open Society Global, John Pang, yang antara lain menggesa pentadbiran Amerika untuk “menjarakkan diri” daripada Najib.

Dalam e-mel 6 Mac dengan tajuk “Memo John Pang”, Vachon memberitahu Podesta: “Dan saya fikir George akan mahu bercakap tentang perkara ini, antara lain”.

Sumber Malaysiakini.

Malaysia aka UMNO sudah terjebak dalam kancah permainan politik dunia. Melibatkan aktor aktor yang berpengaruh.

Admin yakin kalau gerakan ini tidak berjaya, plan B akan dilakukan yakni dengan menyerang ekonomi Malaysia. Tuntutan hutang negara secara paksa akan dibuat sehingga Malaysia terpaksa menambah hutang, mengakibatkan  ekonomi semakin tenat. Macam Greece, jangan main main oh. Itu Soros ahh  yang pernah merosakkan ekonomi Indonesia hingga memaksa negara itu berhutang pada INF.

Kita mahu tengok sejauh mana pakar pakar UMNO menepis serangan itu nanti. Paling tidak akan menyerahkan sebahagian negara ini kepada aktor supaya serangan dihentikan. Tengoklah nanti.

#politikbolos #sabahubah

Dr M dan Wartawan BBC – PM Najib (1MDB)

Dr M bercakap mengenai PM Najib Razak dan 1MDB di hadapan wartawan BBC News.

PM Najib Razak telah meletakkan Malaysia di tahap yang paling bawah hingga menjadi bualan masyarakat antarabangsa. Kemana saja Dr M pergi pasti ada yang bertanya, apa sudah jadi dengan Malaysia.

Ini kerana PM Najib Razak telah disyaki terlibat dalam skandal penyelewengan di dalam 1MDB. Tapi cuba dipertahankan dengan mengawal semua sistem yang ada di dalam negara, termasuklah ahli UMNO sendiri tidak dibenarkan bercakap mengenai aktiviti penyelewengan 1MDB dan wang 2.6 bilion yang dipercayai berada dalam akaun peribadi PM Najib Razak.

Dan banyak lagi dengarkan rakaman video di bawah,

Sebelum ada yang menonton rakaman ini, cuba ingat balik apa saja penafian atau alasan yang telah dilontarkan oleh beberapa Menteri bagi menutup skandal 1MDB. Ternyata tidak ada kebenarannya kan. Semua itu hanyalah omong kosong.

Apa lagi dari kalangan CyberTrooper UMNO, entah dari mana mereka mendapatkan sumber. Mereka ingat masyarakat ini tidak pandai berfikir. Kalau benarlah apa yang dakwa, sudah tentu pasti digunapakai oleh kerajaan atau Menteri, supaya PM Najib Razak bersih dari segala tuduhan. Hakikatnya mereka syok sendiri. Sebab itulah hanya dikalangan mereka yang bersetuju. Bikin malu. 

#politikbolos #sabahubah 

Bajet 2017 (Esscom) – Gula Gula Politik 

Kawan kawan tahukah peruntukan beratus juta, yang diumumkan melalui Bajet 2017 untuk menjaga keselamatan pantai timur Sabah adalah bajet gula gula. Nanti admin buktikan ya.

Sebenarnya peruntukan yang diumumkan itu, adalah untuk perbelanjaan keseluruhan agensi keselamatan. Esscom hanya mendapat siput daripadanya.

Admin tahu sebab sebelum ini, admin adalah Bloggers pro pemerintah. Yang mana admin pernah mendapat panggilan telefon dari seorang pegawai tertinggi Esscom. Beliau mengadu berhubung dakwaan Lim Kit Siang, bahwa ia adalah tipu (tipu sebab Lim Kit Siang tidak tahu kedudukan sebenar). Dimana Lim Kit Siang mempersoal kemampuan Esscom memandangkan Esscom telah berbelanja besar tapi masih belum berjaya membendung kegiatan culik.

Pada hakikatnya Esscom tidak mendapat peruntukan besar sejak daripada awal. Apa lagi dalam keadaan ekonomi yang semakin meruncing.

Cuba baca artikel lama ini sebagai bukti. Ia dihasilkan semasa admin memihak UMNO. Kerana benar tetapi benar. 😉

Tidak Wajar Esscom Dipersalahkan?

#politikbolos #sabahubah #bajet2017

Published
Categorized as Sabah, UMNO

Ketua Pemuda UMNO Sabah Lari Ke Hong Kong – JANS? 

Berita sebelum ini, semasa skandal JANS sedang memuncak. Admin beritakan seorang Ketua Pemuda UMNO daripada Sabah terbang ke Kuala Lumpur bagi mengelak dari disiasat oleh SPRM.

Tapi rupanya tidak berhenti di situ dia meneruskan penerbangan ke negara Hong Kong. Di Hong Kong mereka membuat dua kerja, satu sudah tentu lari dari SPRM yang kedua mengatur transaksi hasil rompakan. Sama ceritanya dengan M.Chia.

Persis seorang Mafia. Merompak di Sabah, hasil rompakan di pindahkan ke luar negara.

Kita tahu pada hari ini seramai 19 orang pegawai JANS diperingkat bahagian atau daerah telah dicekup menyebabkan wang sebanyak RM2.4 juta telah berjaya dirampas.

Ada yang tahukah siapa sebenarnya Ketua Pemuda UMNO dari Sabah berkenaan? 

#politikbolos #sabahubah

Tua Tua Pun Masih Bodoh – CyberTrooper UMNO

Kerja CyberTrooper Tiong UMNO, mereka edit gambar bagi mencipta musuh politik. Ini pada mereka tidak salah tapi sebahagian daripada sistem politik itu sendiri. Cetek kan?

Gambar seorang pelajar Universiti memegang kertas yang tertulis, Save Ulu Papar telah di edit oleh jentera UMNO. Ditukar menjadi, Kami Tolak Bersih.

Hal seperti ini juga, mereka sering lakukan pada admin walaupun tidak “makan”. Tujuannya untuk menukar karakter admin. Kesian!

Sebab itulah kamu orang jangan berlagak budiman pada mereka dan mudah dimanipulasi dengan demikian anda akan berjalan lurus diatas jambatan yang bengkok. Nanti orang luar gelak, tua tua pun masih lagi bodoh.

#politikbolos #sabahubah