Parti DSSA Berkerjasama Dengan Bersatu? Tapi Sabahan Menjadi Keutamaan

Kerjasama politik seperti ini amat ditagih terutamanya dalam usaha menambah kekuatan demi menguburkan UMNO pada PRU yang akan datang. Kerana kita akui, UMNO punya kemampuan yang serba ada, sama ada dari segi jentera dan kewangan. Lepas itu hampir semua kawasan terutamanya di Sabah, UMNO akan ikut bertanding.

Dengan syarat gerakan atau kerjasama itu nanti haruslah pantas menyebarkan agenda dan propaganda, sejurus parti Datuk Shafie Apdal mendapat kelulusan ROS. Seperti mana saranan ketua kluster politik, majlis profesor negara, Datuk Dr Muhammad Mustapa Ishak.

Lagi menurut Datuk Dr Muhammad, kerjasama ini nanti akan mencapai kemenangan.

Sabah melakarkan banyak sejarah yang menceritakan kekuatan parti yang baru ditubuhkan. USNO parti yang sedang memerintah dan banyak melakukan kerja berkebajikan tapi kecundang pada Berjaya begitu juga Berjaya kecundang pada PBS yang baru ditubuhkan. Menunjukkan orang Sabah memang berani membuat perubahan. Nah apa lagi bila keberanian itu diperkuatkan dengan adanya kerjasama ini. Dahsyat!

Ditambah dalam keadaan sekarang, dimana UMNO atau BN banyak mencabar keyakinan rakyat hingga sanggup mengorbankan kedudukan Datuk Shafie Apdal dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Rentetan skandal yang melibatkan Presiden UMNO. Selain sudah tentu bebanan akibat perlaksanaan GST.

Dan anda masyarakat Sabah jangan risau dan ragu berhubung apa yang sebelum ini di perjuangkan oleh Datuk Shafie Apdal melalui parti tempatannya. Bahawa nasib masyarakat Sabah akan dibela dan tetap menjadi agenda nombor satu.

Apa yang penting pastikan parti tempatan Shafie akan mendapat kemenangan besar sekaligus dinobatkan sebagai parti pemerintah diperingkat negeri. Manakala diperingkat Federal akan dibentuk melalui kerjasama dan persetujuan oleh parti parti yang menang di seluruh negara.

Kesimpulannya diperingkat Persekutuan Parti DSSA akan berkerjasama dengan parti parti bukan kerajaan tapi dalam masa yang sama masa depan Sabahan menjadi keutamaan. Senang cerita apa pun kerjasama yang dirangka, Sabah tidak boleh dimiliki oleh parti parti dari Semenanjung tapi parti tempatan Sabah. Sama dengan negeri Sarawak.

#politikbolos #sabahubah

Kad UMNO Di Tikam Oh!!! 

Ini orang betul betul marah yang tidak lagi boleh dibendung. Bayangkan kad keahlian yang tidak bernyawa pun dia tikam dengan pisau rambo, berkarat pula tu. 😂

Maksudnya tu, ini orang betul betul mahu pastikan UMNO dikuburkan di PRU yang akan datang.

Nah kalau masyarakat Melayu di Semenanjung sudah bertekad menikam UMNO. Tak kan pula anda masyarakat Sabah yang tidak berkaitan yang terhegeh hegeh.

Ini Sabah merdeka pun bukan ada campurtangan UMNO. Alahai

Published
Categorized as Bersatu, UMNO

3 Ribu Ahli Keluar UMNO – Tawau 

Hari ini di Majlis Silaturahim Aidiladha bersama Datuk Seri Shafie Apdal di Kampung Batu 1¹² Jalan Damai, Tawau. Turut hadir MP Penampang Darell Leiking, Yb DUN Sulabayan Datuk Jaujan Sambakong, Adun DAP Sri Tanjong, Tawau Chang Foong dan seorang ahli DUN yang bakal keluar BN. 😉

Kekuatan UMNO diperingkat akar umbi semakin hari semakin berkurangan. Kita tahu sebelum ini di daerah Semporna, Sandakan, Tenom dan selepas itu di Membakut beratus malah beribu ahli UMNO mengisytiharkan diri mereka keluar meninggalkan UMNO. Alasan mereka hanya satu ingin berjuang bersama Datuk Seri Shafie Apdal, rentetan ketidakadilan yang dikenakan pada Datuk Seri Shafie Apdal, dipinggirkan hanya kerana beliau bercakap benar pasal penyelewengan di dalam 1mdb yang melibatkan Presiden UMNO, Datuk Najib Razak.

Hari ini di akhir majlis, sejarah terlakar lagi. Dimana seramai 3000 orang ahli meninggalkan UMNO di Bahagian UMNO Apas, Tawau. Pada majlis itu, borang diserahkan sendiri oleh tuan rumah, Tuan Banjar Adam kepada Datuk Seri Shafie Apdal.

Admin sedar dan tahu ada ramai yang tidak mempercayainya, konon sebab jumlahnya yang begitu ramai mencecah 3 ribu orang.

Tapi pihak yang menyangkal kena pula berfikiran waras otak jangan letak di lutut hanya kerana UMNO. Adakah jumlah sebanyak itu terlalu mustahil untuk berlaku sedang kehidupan masyarakat semakin hari semakin terhimpit. Maka apa yang boleh dilakukan UMNO bagi menampung kesulitan mereka? Tidak kah masyarakat boleh bertindak demi masa depan mereka?

Yakin kah kamu, bahwa semua yang menjadi ahli UMNO sejak dari dulu mendaftar atas kerelaan mereka. Terutamanya di Sabah ini.

Hello kawan kawan pada hakikatnya, ada ramai ahli UMNO yang tidak tahu, apa itu UMNO. Hemmm.

Lepas itu ada berapa ribu ahli UMNO yang ikut mengundi memilih calon ketua cabang di setiap kawasan atau daerah yang dipertandingkan? Jumlah mereka lebih dari puluhan ribu.

Jadi kenapa merasa merasa pelik?

Kena terima hakikat, sebenarnya semakin ramai yang ingin meninggalkan UMNO.

Selamat tinggal UMNO!!!

Published
Categorized as PBK, Tawau, UMNO

Jangan Pilih Bulu Keatas Jeff Ooi 

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Mengesa supaya DAP lebih menghormati orang lain yang beragama Islam apa lagi kalau mereka pengikut PAS. (lebih kurang begitulah)

Supaya tidak menjejaskan hubungan kaum di negara ini.

Kerana itulah ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi yang dianggap biadab menghina pemergian Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Dr Haron Din.
Telah dibuatkan laporan Polis hingga Jeff Ooi ditangkap.

Ok lah tu tapi bagaimana pula dengan mereka yang menyokong kenyataan diatas yang terdiri dari penyokong dan pemimpin UMNO atau saja penyokong dan pemimpin PAS itu sendiri kerana sebelum ini ada membuat kenyataan atau menyokong penghinaan keatas Mandiang Karpal Singh yang mati akibat kemalangan. Mereka ialah MP Langkawi, Nawawi Ahmad dan bekas calon UMNO di Parlimen Shah Alam, Zulkifli Noordin dan telah mendapat sokongan daripada penyokong masing-masing.

Zulkifli Nordin berkata, Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan UMNO, Allah telah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama perlaksanaannya. 

Manakala Nawawi Ahmad berkata di akaun Facebooknya, siapa nak sambut Karpal Singh? Sila bagi nama Hehe 

Bagaimana dengan kenyataan dua diatas. Walaupun mereka bukan pemimpin PAS tapi dari konteks gesaan Naib Presiden PAS itu, Zulkifli dan Nawawi adalah pemimpin yang beragama Islam.

Sepatutnya jangan pilih bulu, tunjukkan lah nilai nilai murni, jangan mulakan perbalahan apa lagi dalam hal yang bersangkutan dengan takdir atau kematian. Hemmm

Maksudnya Zulkifli dan MP Langkawi, Nawawi Ahmad sepatutnya tidak terkecuali daripada tuntutan undang undang. 

Published
Categorized as PBK, UMNO

Kenyataan Media PMO Meragukan – Keputusan Agong (Deklarasi Rakyat)

Menunjukkan PM Najib Razak cukup tertekan hinggakan untuk mengenalpasti parti Bersatu aka PPBM sudah tidak betul. Adakah patut PPBM yang bermakna Parti Pribumi Bersatu Malaysia diterjemahkan menjadi Parti Perkasa Bersatu Malaysia, parti ini mana ada! 

Lagi mengharukan kenyataan media Perdana Menteri Malaysia ini merujuk kepada keputusan yang telah diambil oleh Agong keatas rayuan deklarasi rakyat yang dikemukakan oleh Dr M di Istana Anak Bukit, Kedah pada 15 September 2016.

Sepatutnya kesilapan remeh seperti ini tidak berlaku kerana akan mengundang persepsi yang negatif, yang mana kandungan dokumen ini dibuat tergesa gesa dan palsu, sengaja dicipta untuk menghalang langkah Dr M. 

Sewajarnya pihak yang bertanggungjawab menyampaikan keputusan Agong ialah pihak Istana bukannnya pihak lawan. Nah sekarang apa sudah jadi? 

Agong Menolak Deklarasi Rakyat? 

Agong Menolak Deklarasi Rakyat? 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah dimaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah menerima mengadap penasihat Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.
Bagaimanapun perdana menteri berkata, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menjelaskan kepada Mahathir bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dibuat BERSATU.

Menurut lagi Perdana menteri, ini kerana deklarasi yang dibuat BERSATU tidak mengikut perlembagaan dan sebarang tindakan sepatutnya menurut amalan lazim iaitu melalui parlimen dan sistem pilihan raya bagi rakyat membuat keputusan mereka.

Senang betul hati PM ya, bila Agong tidak mencampuri Bersatu. Tapi pada admin kan, apa yang dikemukakan Dr M tidak pun bersifat kepartian tapi lebih kepada kehendak rakyat Malaysia. Ini kerana semasa memorandum deklarasi rakyat diambil parti Bersatu belum pun wujud.

Dan kalau belum wujud, bagaimana mungkin deklarasi rakyat atau memorandum boleh dibawa kepengetahuan sidang Parlimen. Apa lagi rakyat pun tahu berapa sangat bilangan kerusi pembangkang yang sudah tentu tidak mampu menggugat keputusan menolak tuan Speaker. Maka itulah dibawa ke pengetahuan Agong untuk dipertimbangkan.

Bukan tidak percaya pada PM Najib Razak atau saja keputusan Agong. Tapi biarlah pihak Istana yang membuat kenyataan. Bukan pihak yang berkepentingan atau lawan. 

Nasihat Untuk UMNO – UNESCO 

Kalau terlalu mengkritik nanti dianggap admin ni serba tidak kena atau semua salah kecuali admin. 😉

Jadi beginilah, bagi mengurangkan beban UMNO atau PM Najib Razak. Tidak usahlah Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Bloggers pro UMNO mencampuri sebarang kerja peribadi atau kerja “rasmi” Datin Rosmah Mansor. Biarlah dia tanggung sendiri.

Bukan hanya berhubung anugerah dari UNESCO yang ditarik balik itu, dimana pihak PMO yang pula yang melebih lebih. Tapi pada perkara sebelum sebelum ini hingga mengjengkelkan masyarakat politik yang sebelum ini memihak UMNO.

Cuba lihat, adakah patut Bloggers pro UMNO mencadangkan tindakan yang tidak masuk akal. Kononnya akibat tindakan UNESCO yang membatalkan pemberian anugerah kepada Datin Rosmah Mansor maka ada baiknya kerajaan Malaysia memutuskan kerjasama dengan UNESCO. Masalah peribadi menjadi masalah negara dimana selepas itu rakyat yang tanggung. Logik kah?

Pada masa yang sama, mereka mempersoal kredibiliti UNESCO yang mengiyakan soalan dari WSJ dan New York Times berhubung sumber dana yang digunakan oleh Permata, menyebabkan anugerah di tarik balik.

Sepatutnya begitulah sehingga mematuhi kriteria yang telah ditetapkan, sebab kalau tidak, bagaimana pula kalau pada satu hari Raja Dadah membuat kerja amal adakah mereka layak mendapat anugerah dari UNESCO?

Kalau ia pun kerja menjilat sudah menjadi kerja hakiki tapi agak agaklah juga. Jangan sampai lupa disebalik UMNO ada benda yang perlu dijaga yakni negara.

Apa lagi pada PRU yang lepas yang diundi ialah UMNO atau calon dan bukannya ahli keluarga calon atau Presiden UMNO. Hemmm

#politikbolos #sabahubah #bersatu #umno

Published
Categorized as UMNO