Kenyataan Media PMO Meragukan – Keputusan Agong (Deklarasi Rakyat)

Menunjukkan PM Najib Razak cukup tertekan hinggakan untuk mengenalpasti parti Bersatu aka PPBM sudah tidak betul. Adakah patut PPBM yang bermakna Parti Pribumi Bersatu Malaysia diterjemahkan menjadi Parti Perkasa Bersatu Malaysia, parti ini mana ada! 

Lagi mengharukan kenyataan media Perdana Menteri Malaysia ini merujuk kepada keputusan yang telah diambil oleh Agong keatas rayuan deklarasi rakyat yang dikemukakan oleh Dr M di Istana Anak Bukit, Kedah pada 15 September 2016.

Sepatutnya kesilapan remeh seperti ini tidak berlaku kerana akan mengundang persepsi yang negatif, yang mana kandungan dokumen ini dibuat tergesa gesa dan palsu, sengaja dicipta untuk menghalang langkah Dr M. 

Sewajarnya pihak yang bertanggungjawab menyampaikan keputusan Agong ialah pihak Istana bukannnya pihak lawan. Nah sekarang apa sudah jadi? 

Agong Menolak Deklarasi Rakyat? 

Agong Menolak Deklarasi Rakyat? 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah dimaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah menerima mengadap penasihat Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.
Bagaimanapun perdana menteri berkata, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menjelaskan kepada Mahathir bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dibuat BERSATU.

Menurut lagi Perdana menteri, ini kerana deklarasi yang dibuat BERSATU tidak mengikut perlembagaan dan sebarang tindakan sepatutnya menurut amalan lazim iaitu melalui parlimen dan sistem pilihan raya bagi rakyat membuat keputusan mereka.

Senang betul hati PM ya, bila Agong tidak mencampuri Bersatu. Tapi pada admin kan, apa yang dikemukakan Dr M tidak pun bersifat kepartian tapi lebih kepada kehendak rakyat Malaysia. Ini kerana semasa memorandum deklarasi rakyat diambil parti Bersatu belum pun wujud.

Dan kalau belum wujud, bagaimana mungkin deklarasi rakyat atau memorandum boleh dibawa kepengetahuan sidang Parlimen. Apa lagi rakyat pun tahu berapa sangat bilangan kerusi pembangkang yang sudah tentu tidak mampu menggugat keputusan menolak tuan Speaker. Maka itulah dibawa ke pengetahuan Agong untuk dipertimbangkan.

Bukan tidak percaya pada PM Najib Razak atau saja keputusan Agong. Tapi biarlah pihak Istana yang membuat kenyataan. Bukan pihak yang berkepentingan atau lawan. 

Nasihat Untuk UMNO – UNESCO 

Kalau terlalu mengkritik nanti dianggap admin ni serba tidak kena atau semua salah kecuali admin. 😉

Jadi beginilah, bagi mengurangkan beban UMNO atau PM Najib Razak. Tidak usahlah Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Bloggers pro UMNO mencampuri sebarang kerja peribadi atau kerja “rasmi” Datin Rosmah Mansor. Biarlah dia tanggung sendiri.

Bukan hanya berhubung anugerah dari UNESCO yang ditarik balik itu, dimana pihak PMO yang pula yang melebih lebih. Tapi pada perkara sebelum sebelum ini hingga mengjengkelkan masyarakat politik yang sebelum ini memihak UMNO.

Cuba lihat, adakah patut Bloggers pro UMNO mencadangkan tindakan yang tidak masuk akal. Kononnya akibat tindakan UNESCO yang membatalkan pemberian anugerah kepada Datin Rosmah Mansor maka ada baiknya kerajaan Malaysia memutuskan kerjasama dengan UNESCO. Masalah peribadi menjadi masalah negara dimana selepas itu rakyat yang tanggung. Logik kah?

Pada masa yang sama, mereka mempersoal kredibiliti UNESCO yang mengiyakan soalan dari WSJ dan New York Times berhubung sumber dana yang digunakan oleh Permata, menyebabkan anugerah di tarik balik.

Sepatutnya begitulah sehingga mematuhi kriteria yang telah ditetapkan, sebab kalau tidak, bagaimana pula kalau pada satu hari Raja Dadah membuat kerja amal adakah mereka layak mendapat anugerah dari UNESCO?

Kalau ia pun kerja menjilat sudah menjadi kerja hakiki tapi agak agaklah juga. Jangan sampai lupa disebalik UMNO ada benda yang perlu dijaga yakni negara.

Apa lagi pada PRU yang lepas yang diundi ialah UMNO atau calon dan bukannya ahli keluarga calon atau Presiden UMNO. Hemmm

#politikbolos #sabahubah #bersatu #umno

Published
Categorized as UMNO