Calon BN Weng Jeck Seng Radikal Agama (Hudud)

Nah jadi apa cerita ni, rupa rupanya calon BN di PRK Tanjung Piai, Wee Jeck Seng punya sikap yang radikal, radikal pada agama.

Bersikap radikal itu sangat bagus sebab ia adalah salah satu cara yang paling efektif didalam mencari jalan penyelesaian yang konkrit, kerana pemikiran radikal mampu sampai ke tahap yang paling dalam yang sukar untuk ditembusi oleh pemikiran yang normative. Walaubagaimanapun radikalisma sangat berbahaya bila beroperasi dalam agama.

Di negara jiran Indonesia pemerintah tegas membenteras kegiatan atau sikap radikal yang bersarang didalam agama, tidak kiralah apa itu Islam atau Kristian dan lain-lain.

Radikal yang beroperasi dalam agama pada mulanya kelihatan normal tapi sekali dia memiliki kekuatan kuasa dan sokongan yang ramai, nah pada waktu itu fahaman yang radikal sangat sangat merbahaya.

Walaubagaimanapun menurut hemat admin fahaman atau pemikiran radikal terhadap agama tidak boleh dibenteras melalui undang-undang yang ketat tetapi cara dan pendekatan yang digunakan haruslah bersifat ilmiah atau akademik. Agar persoalan kenapa mereka memilih jalan yang radikal dapat dirungkai dengan demikian jalan penyelesaian kepada matlamat radikal itu sendiri dapat dituntaskan sekaligus dibenteras.

Tetapi kalau pemikiran radikal itu dicetuskan atau ada dalam diri pemimpin atau ahli politik maka ia adalah hal yang amat sukar untuk ditangani disebabkan oleh beberapa faktor antaranya kerana ahli politik itu bersandar pada organisasi yang sedia ada dan sah dari segi undang-undang. Oleh itu sebarang penolakan mereka terhadap kerajaan dan dalam masa yang sama menerapkan fahaman radikalisma akan lebih mudah.

ISIS yang berselindung disebalik agama terhasil daripada pemikiran yang radikal agama. Bahaya tak?

Lalu bagaimana dengan entri di Facebook Calon BN, Weng Jeck Seng ini?

Defend constitution i stand firmly against Islamic criminal law.

Maksudnya dia tetap mempertahankan perlembagaan sekular dan akan menentang pengenalan atau perlaksanaan undang-undang Islam atau hudud di Malaysia.

Jelas calon BN itu anti pada syariat Islam selepas ini dipanggil sebagai radikal agama.

So mari kita tanya pendapat pengundi Melayu di Tanjung Piai. Apa agaknya pendirian mereka.

Kita juga sedia maklum yang pembangkang PAS sebelum ini ada mengeluarkan satu ketentuan keras bahawa andai berlaku perlawanan calon di antara Melayu Islam dan calon bukan Islam seperti Cina, India dan sebagainya maka pengundi yang beragama Islam pada waktu itu wajib memilih calon Melayu iaitu Islam.

Ada dua hal, sudahlah calon BN ini non muslim malah anti pada syariat Islam.

Persoalannya boleh kah calon BN, Weng Jeck Seng ini diundi oleh pengundi Melayu yang beragama Islam sedangkan calon ini radikal agama dan anti pada perlaksanaan hukum hakam hudud yang menjadi agenda agung PAS?

Published
Categorized as BN, PRK, UMNO

Laporan Polis Terhadap Najib Kerana Menipu Mahkamah

Laporan polis sudah dibuat keatas Najib kerana dipercayai telah menipu mahkamah menggunakan alasan tipu.

Pada 31h Oktober yang lalu, peguam Najib, Shafee prosiding 1mdb telah memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya memohon maaf kerana tidak dapat hadir dan memohon perbicaraan ditangguhkan ini kerana Najib perlu mendapatkan rawatan segera berikutan bengkak di kedua belah matanya yang semakin teruk.

Jesteru itu sepatutnya Najib membuat pemeriksaan darah pada hari esoknya dan sebelah petangnya beliau ke Johor untuk berkempen bagi PRK Tanjung Piai. Namun jika keadaan sakitnya berterusan Najib terpaksa membatalkannya.

Maksudnya dari 31 Oktober sehingga 1 atau 2 November Najib tidak boleh ke mana-mana termasuklah berkempen di PRK Tanjung Piai. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya pada 1 November Najib berada kawasan di Tanjung Piai untuk berkempen. Ini bermakna alasan sakit mata berkenaan hanyalah alasan yang dibuat buat atau alasan tipu.

Oleh itu seorang rakyat Malaysia yang ternampak dan prihatin telah membuat laporan polis terhadap Najib.

Bunyi laporan polis seperti begini pada 1 November 2019 sekitar 1.45 petang selepas selesai solat Jumaat di masjid Sungai Kuali Serkat Pontian saya ternampak Najib Razak bersama kumpulannya selesai solat Jumaat di masjid tersebut saya difahamkan di dalam media sosial bercetak beliau mengambil cuti sakit kerana sakit mata dua hari bermula 31hb Oktober sehingga 1hb November dan tidak hadir perbicaraan di mahkamah. Saya datang ke balai buat laporan polis untuk siasatan pihak berkuasa sekian laporan saya.

Mahkamah sebelum ini telah berulang kali mengingatkan Najib agar tidak mencari helah hingga menjejaskan tempoh perbicaraannya.

Sepatutnya pada 1hb November perbicaraan Najib masuk hari ke-29 dan saksi kesembilan, bekas CEO 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi masih dalam peringkat soalan balas oleh Muhammad Shafee.

Najib, 66, didakwa atas 25 tuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kedudukan serta penyelewengan dana berjumlah RM2.28 bilion.

Admin rasa kan Najib ni sudah nampak yang dia tidak akan terlepas dari hukuman penjara kerana itu dia berhabis, Mahkamah pun dia kelentong.

Published
Categorized as 1MDB, UMNO

UMNO Tawau Sabah for Sabahan? Hipokritnya

Entri ini berniat untuk membidas kenyataan balas Ketua pemuda UMNO Tawau, Ghazalie Ansing.

Sebelum ini Ghazalie Ansing memperkecilkan niat baik ketua PPBM Sabah Datuk Hajiji Noor sebagai kuda tunggangan Mahathir. Setelah PPBM Sabah menyarankan pada masyarakat Sabah agar lebih fokus kepada perjuangan yang bersifat nasional tapi dalam masa yang sama tetap saja perjanjian Malaysia 1963 dimartabatkan, tanpa sikit pun dikurangkan.

Tidak seperti selama ini, slogan kenegerian, Sabah for Sabahan hanya menjadi alat politik kepada kumpulan tertentu yang bertujuan untuk memancing kepercayaan dan undi masyarakat Sabah. Sedangkan kumpulan itu pada hakikatnya amat menyedari bahawa hanya melalui pungutan suara atau memorandum keatas semua lapisan masyarakat Sabah tanpa mengira fahaman politik bangsa dan agama maka barulah
perjanjian Malaysia 1963 dapat di tuntaskan dalam ertikata yang sebenarnya.

Bukannya melalui proses pilihan raya yang malah memangkinkan perjanjian Malaysia sukar untuk direalisasikan. Ini kerana melalui proses pilihanraya maka parti yang memperjuangkan perjanjian 1963 akan diserapi unsur politik yang berbeza memandangkan tidak semua parti yang bakal menjadi rakan sekutu untuk membentuk kerajaan pada waktu itu menjadikan perjanjian Malaysia sebagai agenda mereka. Nampak tak?

Justeru itu kenapa PPBM menyarankan kepada masyarakat Sabah agar lebih fokus kepada perjuangan yang bersifat nasional supaya perjanjian 1963 lebih mudah untuk dimartabatkan atau dituntut melalui pendekatan yang mesra Federal

Tapi lain pula penerimaan Ketua pemuda UMNO Tawau itu malah mengingatkan ketua PPBM Sabah, Datuk Hajiji agar kononnya berhenti menggunakan propaganda dan menyembunyikan penindasan Tun Mahathir dan Lim Guan Eng keatas Sabah. Lucu!

Sedangkan PPBM Sabah ingin melihat Sabah dan Malaysia dari skop yang lebih luas agar berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan di negeri-negeri lain yang ada di Malaysia. Lihat sahaja Selangor dan Pulau Pinang mereka tidak ada perjanjian yang mengikat Federal agar menyalurkan lebih banyak dana berbanding negeri lain tetapi dua negeri itu jauh lebih maju dari Sabah yang tidak sudah mempolitikkan perjanjian Malaysia. Maksudnya di sini perjanjian itu satu hal namun untuk maju kehadapan kemahiran negeri dan kerjasama dari semua pihak harus dicari dan disatukan bukan sebaliknya. Sepertimana yang dilakukan oleh mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman yang mengamalkan prinsip tunduk tetapi menanduk, hasilnya Sabah hampir setanding dengan banyak negeri-negeri lain di Semenanjung.

Slogan Sabah for Sabahan adalah agenda politik yang sudah bersarang dan uzur. Persoalannya, adakah slogan ini masih relevan untuk diangkut ke politik hari ini, ini isunya?

Jika tidak dihentikan maka Slogan Sabah for Sabahan ini hanya akan terus menjadi alat atau talian hayat kepada pihak yang gagal sepertinya UMNO yang bertapak di Semenanjung pun mulai berani mempolitikkan perjanjian ini. Menurut Ketua pemuda UMNO Tawau, Ghazalie Ansing andai UMNO balik menjadi kerajaan maka semua elemen yang ada di dalam perjanjian Malaysia 1963 akan ditunaikan 100%. 100% bermaksud termasuklah membenarkan autonomi Sabah keluar dari Malaysia. Dusta semata-mata!

Kelakar! Nampak sangatlah UMNO ini tidak berfungsi tanpa putar belit.

Walhal selama ini UMNO lah yang beria-ia menolak perjuangan Sabah for Sabahan kerana menurut UMNO, slogan itu adalah perosak kepada kestabilan Malaysia.

Alsebab itulah kenapa slogan Sabah for Sabahan ini harus dipersoalkan adakah ia masih rasional untuk diperjuangkan atau biarkan saja begitu sebagai gula-gula politik atau talian hayat kepada pihak yang telah gagal pada pilihan raya. Si Loser!

Suka admin membuat perbandingan mudah dari sudut perjanjian Malaysia atau slogan Sabah for Sabahan dengan PPBM Sabah serta UMNO Sabah. Supaya dapat membuka mata UMNO Sabah, khususnya UMNO Tawau.

Kita tahu PPBM Sabah berasal daripada UMNO dan sememangnya pun mereka pada waktu itu menolak agenda atau slogan Sabah for Sabahan dan ironinya sehingga hari ini penafian keatas agenda atau slogan Sabah for Sabahan tetap saja konsisten. Malah lebih tajam slogan Sabah for Sabahan dimodenkan demi masa depan masyarakat Sabah menjadi Sabah untuk Malaysia.

Berbeza dengan UMNO hari ini, semasa menjadi pembangkang mereka menolak agenda atau slogan Sabah for Sabahan hari ini bila menjadi pembangkang Sabah for Sabahan menjadi keutamaan perjuangan mereka. Nampak tak betapa hipokritnya UMNO Sabah.

Demo “Mahasiswa” Pro Kleptokrasi 😊

Kesiannya penunjuk perasaan yang bertopengkan mahasiswa itu. Rasanya mereka cuba meniru keberanian dan gelagat mahasiswa negara jiran Indonesia lah tu kan! 😂

Kalau ya pun agak-agaklah. Jangan memalukan diri!

Tunjuk rasa Mahasiswa Indonesia beberapa minggu yang lalu tidak mewakili atau diperkudakan oleh mana-mana pemimpin atau parti politik dan tuntutan mereka jelas demi kebaikan rakyat Indonesia secara keseluruhannya. Mereka menuntut Presiden Indonesia atau pemerintah agar membenteras aktiviti rasuah habis habisan. Mereka juga tidak cengeng tatkala berhadapan dengan penguatkuasa.

Mereka berani kerana mereka bukan alat kepada pemimpin dan parti politik.

Bolehlah kita katakan perjuangan mereka tampak ikhlas dan merdeka sebab itulah demonstrasi mahasiswa berkenaan merebak hingga ke peringkat sekolah menengah dan pekerja atau buruh.

Berbeza dengan sekumpulan kecil “mahasiswa” Malaysia yang menunjuk perasaan diperkarangan Parlimen kelmarin petang. Mereka digerakkan atau diperkudakan oleh pemimpin dan parti UMNO selaku pembangkang. Tuntutan mereka pula berniat politik semata-mata iaitu berkaitan subsidi dan harga minyak. Sedangkan harga minyak di stesen, biasa biasa saja, harga yang konsisten sejak era kerajaan sebelum ini.

Tuntutan mereka pula hanya ditujukan pada Anwar Ibrahim seorang.

Entah apa apa jak dan sebab itulah tunjuk rasa mereka berhenti begitu saja, tidak ada rakyat biasa yang terkesan.

Malah “mahasiswa” ini ditempelak oleh masyarakat sebagai golongan yang mengada ada, golongan yang merai keuntungan semasa era kerajaan UMNO berbanding mereka masyarakat biasa walaupun telah sekian lama menyokong UMNO tapi kehidupan mereka tetap berada di takuk lama.

Penunjuk perasaan itu juga diketahui oleh masyarakat sebagai muka muka yang mendokong sistem atau pemimpin kleptokrasi. Yalah kenapa tidak mendesak kerajaan atau Perdana Menteri agar menyegerakan hukuman ke atas Najib Razak dan beberapa lagi pemimpin UMNO di Semenanjung yang sedang dibicarakan kerana penyelewengan wang rakyat.

Begitulah perbezaan Mahasiswa Indonesia dan Malaysia dari konteks demontrasi yang mereka jalankan. Mereka adalah entiti yang dibezakan oleh iltizam dan keikhlasan.

Pendakwa Raya 1MDB Memprosiding Lokman Adam Di Mahkamah Tinggi

Alamak artikel sebelum ini yang bertajuk :-

Lokman Bakal Diheret ke Mahkamah

Telah menjadi kenyataan bila mana hari ini pihak pendakwa dalam perbicaraan 1MDB akan memulakan prosiding terhadap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Noor Adam kerana telah menghina Mahkamah atau mengancam saksi perbicaraan yang juga bekas pegawai khas Najib Razak Amhari Efendi Nazaruddin.

Ditegaskan bahawa tidak ada yang lebih mengetahui berhubung perjalanan 1MDB selain Najib, Jho Low dan saksi seperti Amhari dan lain lain. Tapi kenapa Lokman berani membuat kenyataan yang bertentangan dengan kenyataan mereka. Sekarang menjadi tugas Lokman untuk membuktikan dakwaan dan laporan polisnya itu ada kebenarannya.

Lokman Noor Adam sebelum ini telah membuat laporan polis terhadap Amhari dan sekaligus mendesak SPRM agar menyiasat saksi iaitu Amhari kerana mendakwa dirinya telah menerima wang daripada ahli perniagaan Jho Low.

Rentetan laporan Polis itu pada 1hb Okt Timbalan pendakwa Raya kes 1MDB Muhammad Mustafa telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Lokman Noor Adam.

Lokman Noor Adam telah menjawab surat tunjuk sebab berkenaan tetapi jawapan yang diberikan tidak memuaskan hati pihak pendakwa raya.

Oleh itu Pendakwa Raya akan membuat permohonan prosiding di Mahkamah Tinggi minggu hadapan.

Ingat, hanya untuk menjawab surat tunjuk sebab pun Lokman gagal meyakinkan pendakwa. Apa lagi di Mahkamah nanti.

Bagaimana pula dengan laskar UMNO yang giat di Whatsapp memperlekeh kenyataan saksi, seolah olah lebih tahu dari Amhari dan peguam bela Shafee. Adakah mereka berani melakukan hal yang sama, nah kalau tidak itu namanya munafikin, usaha memperbodoh masyarakat semata mata.

Rujuk link dibawah

Pendakwa Raya Bersedia Prosiding Lokman Hina Mahkamah

Media Utusan Gulung Tikar Angkara UMNO Tidak Sanggup Berkorban

Akhirnya premis media Utusan Malaysia ditutup kerana gulung tikar.

Menurut pengerusi eksekutif Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir operasi syarikat yang bermula sejak 80 tahun lalu semakin merosot sejak Mei 2018.

Pelbagai usaha telah dilaksanakan demi meletakkan Utusan kepada kedudukan yang lebih kukuh dan terjamin tapi gagal. Ini termasuklah terpaksa menjual beberapa aset untuk menampung modal dan mendapatkan aliran tunai yang mencukupi.

Malah syarikat ini berhadapan dengan pelbagai tindakan perundangan daripada pemiutang.

Media yang sekian lama menjadi alat kepada perjuangan UMNO dan dalam tempoh itu juga telah ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang kaya raya.

Tapi bila alat mereka iaitu Utusan berhadapan dengan krisis kewangan yang menghimpit. Pula pemimpin UMNO itu tidak membantu, tidak sanggup berkorban harta demi menyelamatkan nasib kakitangan yang pernah berjasa kepada mereka.

Apa agaknya nasib kakitangan Utusan selepas ini?

Ironinya tanpa segan dan malu, hari ini pemimpin dan jentera UMNO terus berpolitik berdemo dan menyampaikan sentimen kononnya mereka berjuang untuk membela nasib bangsa. Lucu!

60 tahun mengemis budi bicara rakyat agar berkorban demi mereka tapi bila tiba giliran rakyat berhadapan dengan kesusahan. Sedangkan masih ramai pemimpin pemimpin UMNO yang berharta atau kaya raya, tidak pula mereka berani untuk berkorban. Haprak!

Moral dari perkembangan ini UMNO tanpa kuasa menjadi kacang lupakan kulit dan tidak lebih dari sampah sarap di tepian jalan. Pokoknya UMNO ni tanpa kuasa satu sen tidak berguna.

Dr Mahathir Mohamad Tolak Pelawaan UMNO Bentuk Kerajaan

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir menolak pelawaan untuk membentuk kerajaan bersama UMNO dan PAS yang ditawarkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan.

Untuk makluman bentuk pelawaan yang dicadangkan oleh Timbalan Presiden UMNO itu tampak diputarbelit atau play safe agar tidak mempengaruhi semangat ahli dan penyokong UMNO, andai tidak menjadi.

Ikuti ulasan admin yang agak kasar di bawah : –

UMNO Pelawa Dr Mahathir Bentuk Kerajaan Baharu (Ikhlas)

Ini kerana menurut Dr Mahathir sebagai negara yang berbilang kaum maka semestinya lah kerajaan yang dibentuk harus merangkumi masyarakat yang majmuk dan tidak hanya didominasi oleh kaum tertentu.

Ujarnya lagi, beliau tidak berminat untuk membentuk kerajaan yang baru kerana beliau sedar negara ini adalah negara berbilang kaum dan ditadbir dengan sedemikian rupa sejak Malaysia merdeka.

Satu hal lagi, yang perlu dingat oleh UMNO. Lain kali kalau mengajak untuk berkerjasama buatlah dengan penuh rendah hati. Jangan lagi politikkan dan beranggapan seolah-olah rakyat Malaysia ini tidak boleh atau tidak mampu menilai pergolakan yang dicetuskan oleh UMNO.

Layakkah UMNO Mempersoalkan Keikhlasan Dr Mahathir

Adakah patut UMNO bercakap seolah-olah orang sedang melutut ketakutan dihadapan mereka. Tidak sedar diri langsung.

Hakikatnya kita sedar dan faham prinsip yang perlu ada sebagai pembangkang. Dimana walaupun kesalahan itu sudah jelas didepan mata tapi ia tidak boleh diakui malah mesti dinafikan walaupun semua orang sudah mengata mereka adalah pihak yang bodoh dan memualkan.

Tapi dari konteks hari ini dimana UMNO yang telah ditolak oleh majoriti Melayu di proses pilihanraya akibat salah laku dan pengkhianatan mereka kepada rakyat. Maka sewajarnya lah UMNO menunjukkan ciri ciri orang yang berjiwa besar bukan malah suka menambah kemunafikan.

Sebenarnya Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hassan yang beriya iya mempelawa Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir untuk berkerjasama dengan UMNO tapi kerana malu dan takut hasratnya itu melemahkan UMNO andai cadangan mereka ditolak. Itu yang UMNO kedengaran hipokrit dan berbelit-belit.

Klik links ini Dr M Boleh Tubuhkan Kerajaan Kalau Ikhlas

Muhammad Hasan berkata Perdana Menteri Dr Mahathir boleh menubuhkan sebuah kerajaan baharu dengan kerjasama BN dan PAS tapi Dr Mahathir kenalah ikhlas menjaga kedudukan Melayu dan Islam.

“Insya-ALLAH jika Dr Mahathir jujur dan mahu melihat Melayu Islam menjadi kuasa politik yang kuat, beliau tiada masalah berkompromi dengan UMNO dan Pas,” katanya

Logikkah UMNO ditolak oleh rakyat kerana dipercayai telah mengkhianati kepercayaan dan menyeleweng dana rakyat tapi kenapa pula UMNO yang mempersoalkan keikhlasan Dr Mahathir. Gila betullah! 🤤

Tambah Timbalan Presiden UMNO itu, kalau ingin bekerjasama dengan UMNO maka UMNO harus diberikan peranan di dalam memulihkan negara bukan setakat penumpang hingga merosakkan kepentingan Islam dan masyarakat Melayu. Bikin geli betul lah. Siapa selama ini yang mengkhianati masyarakat Melayu dan siapa yang memberikan ruang hingga Islam diperkotak-katikkan?

Oleh itu keputusan kini berada di tangan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir. Memandangkan hari ini majoriti Melayu telah menyokong UMNO. Tidak sedar diri langsung!

Hahaha! Benar benarlah UMNO ni. Adakah mereka ingat rakyat ini terlalu bodoh untuk menilai UMNO walaupun telah ditolak oleh rakyat pada PRU yg lepas.

Published
Categorized as Bersatu, UMNO

Ini Barulah Membela Bangsa- Kongres Maruah Melayu

Ini baru namanya gerakan membela nasib bangsa yang bila ditransformasikan menjadi Kongres Maruah Melayu. Ini cantik.

Kongres ini berlangsung pagi tadi di Shah Alam dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad.

Bukan sahaja cantik tapi menyebarkan bau yang semerbak.

Kita nampak disana ada kesungguhan serta keikhlasan dari pemimpin pemimpin UMNO dan PAS yang hadir di kongres ini dan sudah tentulah para pimpinan Bersatu yang hadir dari seluruh negara.

Kesungguhan dan keikhlasan yang nekad menjaga maruah Melayu dan yang paling penting membela nasib mereka.

Bukannya omong kosong sepertinya Penyatuan Nasional yang digerakkan oleh UMNO baru-baru ini.

Kenapa admin katakan omong kosong sebab untuk menyatukan Melayu, menjaga maruah Melayu sekaligus membela nasib Melayu. Tidak ada cara lain selain menuntut kuasa daripada politik. Kalau kuasa tidak ada maka perjuangan itu hanyalah retorik, perjuangan yang baru berputik dan belum tentu diterima oleh rakyat apa lagi seperti UMNO yang baru saja dijatuhkan oleh rakyat.

Tanpa kuasa, Melayu ini akan terpinggir.

UMNO yang diharapkan sejak berdekad yang lalu ternyata gagal. Hanya berjaya mengayakan sekelompok masyarakat itupun terdiri daripada kroni, adapun masyarakat luar masih dibungkus dengan kemiskinan.

UMNO yang diharapkan bukan hanya gagal tapi terpalit dengan skandal penyelewengan dana rakyat dan sedang dalam perbicaraan di Mahkamah – 1mdb. Lalu PAS berazam untuk meneruskan kerjasama dengan UMNO?

Sanggup kah PAS menerima cacian dari pengundi atas pagar, seperti mana UMNO
Akhirnya dikuburkan di pilihanraya yang akan datang?

Pada ahli UMNO dan PAS serta penyokong kedua parti. Lihatlah gambar ini, bukan kah mereka kelihatan cerdik jesteru berada diatas landasan yang benar.

Ingat Melayu tanpa kuasa bukan siapa-siapa. Oleh itu jangan lagi berharap pada UMNO. UMNO sudah berada di penghujung jalan tidak ada lagi istilah peluang kali kedua untuk berkuasa kerana tanpa undi atau kerusi dari Sabah dan Sarawak sukar untuk mana mana parti menjadi pemerintah dan nampaknya itu yang dihadapi oleh UMNO, sedang dan terus berlaku.

Sedikit kesimpulan yang admin kutip dari penganalisis politik Universiti Malaya Profesor Madya Dr Hamidin Abdul Hamid.

Amanat Dr Mahathir dalam ucapannya merujuk kepada orang Melayu yang harus berubah dan memiliki sikap yang lebih baik iaitu sikap ingin maju dalam pelbagai bidang. Disana ada sikap rajin berani dan bertanggungjawab.

Tapi dalam masa yang sama Dr Mahathir menegaskan agar orang Melayu sentiasa menjaga maruah.

Ditegaskan juga orang Melayu sendiri yang menggadai kuasa hingga akhirnya maruah dipijak dan dipandang hina oleh bangsa lain. Oleh itu Melayu sebagai bangsa yang majoriti di Malaysia sepatutnya bersatu tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya berpecah kepada kumpulan kecil hingga tidak mampu merai separuh daripada sokongan rakyat.

MT UMNO Armand kata Rakyat Nampak Najib Difitnah 1MDB

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Armand mendakwa fenomena bosku yang dicetuskan oleh Najib Razak berjaya menarik sokongan rakyat terhadap UMNO dan ia merupakan kebangkitan Najib Razak. Oleh kerana itu rakyat nampak Najib adalah mangsa fitnah.

Benarkah begitu?

Bila kau kata Najib masih mampu menarik orang untuk menyokong UMNO dan Najib difitnah.

Sedangkan Najib terpalit dengan lebih 40 pertuduhan rasuah dan kalau kita dengar kenyataan saksi di prosiding. Apa lagi selepas itu tiada seorang pun pemimpin UMNO yang tampil mempertikaikannya. Itu sudah cukup membuktikan kebenaran skandal 1MDB dan Najib tidak difitnah.

Dari sudut mana Najib telah difitnah sedangkan cerita 1MDB ini telah heboh di serata dunia bukan hanya heboh tapi negara yang prihatin turut menulis artikel berkaitan Najib dan 1MDB.

Kenyataan MT UMNO itu amat bertentangan dan memelikkan. Kita pula yang tersipu sipu. Adakah buah fikiran itu datang dari kotak ajaib ☺️

Jujur saja admin katakan ya kalau pertuduhan rasuah yang dihadapi oleh Najib, sebenarnya diantara dia dan syarikat swasta, maka sebagai masyarakat politik, kita sedar dan tahu itu adalah hal yang normatif. Fitrah pada setiap pemimpin yang memimpin parti politik.

Adanya hubungan pemimpin parti dan syarikat swasta juga berlaku di negara maju, Amerika. Dimana pihak demokrat atau republikan mendapat dana dari pelobi yang mewakili syarikat tertentu dan ia normal selagi tidak berlaku perbalahan diantara dua pihak.

Tapi pertuduhan rasuah yang dihadapi oleh Najib ini memang susah untuk diterima oleh orang orang yang berakal sihat. Apa yang dilakukan oleh Najib seolah-olah dia memasukkan tangannya ke dalam tabung yang mengandungi wang rakyat.

Kesimpulannya kenyataan pemimpin muda UMNO ini sebenarnya amat memalukan dan merendahkan lagi martabat pemimpin pemimpin UMNO pada mata fikir rakyat Malaysia.

Ingin bangkit tapi tidak sanggup menerima kenyataan atau mengakui kelebihan orang lain samalah ertinya dengan membohongi diri sendiri, tidak akan kemana.

Published
Categorized as 1MDB, UMNO