Enam Parti Bentuk Kerajaan Sokong Perikatan Nasional

KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Barisan Nasional (BN), Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyokong penubuhan Perikatan Nasional melalui kerjasama gabungan parti politik.

Dalam satu kenyataan yang ditandatangani pemimpin utama enam parti itu turut menegaskan, satu Memorandum Persefahaman Perikatan Nasional telah dirangka.

Memorandum Persefahaman PN itu dirangka bertujuan memperkasa dan memartabatkan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan Raja-Raja Melayu, prinsip-prinsip Rukunegara dan menjamin kebajikan dan kepentingan seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.
“Memastikan suatu bentuk pentadbiran dan pengurusan kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri-negeri yang baik, inklusif serta bertaraf dunia yang menjurus ke arah menjaga dan memastikan kebajikan, kepentingan, kemakmuran dan keharmonian rakyat dipelihara dan dipertingkatkan serta menjamin kemajuan serta pemulihan ekonomi dan pembangunan negara.

“Memperkukuhkan semangat perkongsian dan kekitaan Malaysia di antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung demi untuk merealisasikan aspirasi dan matlamat MA63,” kata kenyataan itu.
Kesemua enam parti itu juga menegaskan bahawa Memorandum Persefahaman PN juga akan memperkukuh dan memperkasa agenda perpaduan kaum, keharmonian agama dan budaya dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan sebagai paksi kepada kestabilan politik dan kesejahteraan negara.

Selain itu, dokumen itu turut menyatakan hasrat memperkukuh Perikatan Nasional melalui amalan musyawarah dan konsultansi berlandaskan kepada sikap dan sifat saling hormat menghormati atas kepelbagaian agama, kaum dan budaya demi kepentingan negara dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Berita Harian

Tiada PPBM Sabah Keluar Sertai UMNO

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Khairul Firdaus Akhbar hari ini menafikan dakwaan mengenai beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah daripada BERSATU akan kembali kepada UMNO.

Beliau berkata, khabar angin itu dicipta oleh mereka yang tidak suka dengan kehadiran BERSATU di Sabah dan berniat untuk melaga-lagakan parti gabungan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, semua Ahli Parlimen dan ADUN Sabah berdiri teguh dibawah kepemimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah.”Objektif utama BERSATU di Sabah memastikan perjuangan rakyat dari segi pembangunan kemasyarakatan dan negeri dapat dirancakkan lagi dengan pelantikan Datuk Seri Ronald Kiandee sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Sabah, merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Khairul Firdaus berkata, pelantikan itu juga akan dapat memfokuskan kepemimpinan BERSATU Sabah dengan tanggungjawab besar untuk dilaksanakan bagi pembangunan negeri ini.

Katanya, di bawah kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama barisan Kabinet dan kakitangan kerajaan menunjukkan prestasi cemerlang dalam mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media tempatan yang mendakwa lima ADUN Bersatu di Sabah kembali ke pangkuan UMNO. – BERNAMA

Bung Mokhtar Desak Warisan Beri Moratorium 6 Bulan

Wah kali ini kepolitikan UMNO Sabah agak terpakai. Bilamana Ketuanya Bung Mokhtar Radin mendesak agar Institusi Kewangan di negeri Sabah seperti Sabah Kredit Corporation, Borneo Housing dan Yayasan Usaha Maju memberikan moratorium sehingga enam bulan seperti yang dilakukan oleh bank-bank komersial lain di Semenanjung.

Apa lagi kalau menurut Bung Mokhtar kebanyakan pelanggan Sabah Kredit, Borneo Housing dan Yayasan Maju itu sebenarnya terdiri daripada golongan yang bergaji B40.

Golongan yang masih menuntut bantuan dari pemerintah dalam konteks ini kerajaan negeri lah, siapa lagi.

Bung Mokhtar tidak menafikan sebelum ini Sabah Kredit telah memberikan tiga bulan moratorium tetapi itu tidak mencukupi atau tidak lebih berbanding yang diarahkan oleh Federal kepada semua bank-bank komersial.

Nampaknya Federal lebih prihatin, alert berbanding kerajaan negeri Sabah yang tampaknya lemah gagal memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat tempatan Sabah.

Begitu juga dari konteks kemampuan peminjam Yayasan Maju yang terdiri daripada kaum wanita. Golongan ini kalau tidak diberikan kemudahan sehingga 6 bulan. Nak susah mereka untuk meneruskan kehidupan selepas PKP. Memang sangkut lah, selain bergelut membayar hutang dalam masa yang sama bergelut menampung kos kehidupan harian.

Kalau moratorium lebih dari 6 bulan pun tidak mampu diberikan oleh Warisan iaitu parti yang menjunjung slogan Sabah for Sabahan. Nah apa lagi merealisasikan hal-hal pokok yang ada didalam perjanjian 1963. Jangan sembang lah memang tidak akan tertunai.

Zahid Tuntut Lantik 4 UMNO Sabah Tidak Masuk Akal

Sebentar tadi admin terbaca satu artikel di Malaysiakini berhubung sepucuk surat yang menuntut agar pengerusi UMNO Sabah Bung Mokhtar Radin dilantik sebagai Pengerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah. Begitu juga dengan wakil rakyat daripada Kimanis agar diberikan kedudukan sebagai Timbalan Menteri. Manakala Rahman Dahlan yang kalah di Parlimen Sepanggar pada PRU yang lepas dicadangkan agar dilantik sebagai ahli Dewan Negara mewakili Sabah.

Surat tuntutan itu ditandatangani oleh Presiden UMNO Malaysia Zahid Hamidi dan ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Belum sampai masanya untuk UMNO berfikiran materialistik seperti itu. Apa lagi dalam keadaan sekarang dimana rakyat sedang berhadapan dengan pendemic Coronavirus.

Itu bukan setakat desakan yang berniat politik jahat dalam masa yang sama cuba memperkukuh kedudukan Zahid selaku Presiden UMNO di negeri Sabah tapi sebenarnya misi dan visi untuk menguburkan UMNO buat selama-lamanya tanpa UMNO sedari. So pada Zahid selaku Presiden UMNO tanggalkan dulu strategi ataupun akal politik itu sebaliknya manfaatkan sepenuhnya sisa-sisa kepercayaan rakyat.

Kalau ada pemimpin UMNO yang terpalit dengan tuduhan rasuah di Mahkamah nah lawan dulu habis habisan sampai menang. Begitu juga calon BN yang kalah di pilihanraya yang lepas, galakkan mereka bekerja sebagai wakil rakyat atau pemimpin biasa yang tidak ada portfolio agar dapat menarik balik kepercayaan rakyat, bahawa tanpa jawatan dalam kerajaan pun mereka boleh berkhidmat dengan baik dan ikhlas kepada rakyat dengan itu ia juga dapat membuang persepsi UMNO yang sinonim dengan cash is king.

Dalam apa jua percaturan politik yang melibatkan politik Sabah harus perkara itu dinilai dari konteks sejarah politik Sabah. Bagaimana, sekali parti pemerintah tersungkur maka itu adalah isyarat bahawa parti berkenaan akan dikuburkan oleh rakyat Sabah buat selamanya. Ini bukan cerita kosong tetapi kenyataan yang harus diakui.

Ingat antara faktor lain yang menyebabkan Parti Warisan berjaya memenangi beberapa kerusi DUN dan Parlimen di pilihan raya yang lepas ialah kerana sentimen atau propaganda mereka terhadap parti UMNO selain faktor integriti dikalangan pemimpin UMNO Sabah pada masa itu.

Untuk juga makluman jawatan Pengerusi Pembangunan Persekutuan Sabah telah pun diisi oleh Menteri Pertanian dan Makanan Datuk Ronald Kiandee. Apa lagi yang mengilhamkan agar JPPS atau agensi pembangunan Persekutuan Sabah diwujudkan di Sabah ialah Pengerusi PPBM Sabah Datuk Hajiji Noor itu sendiri.

Apa juga masalahnya UMNO ni ahh, bukankah UMNO sekarang adalah sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional itu bermakna sebarang kelebihan yang ada pada PPBM Sabah akan dapat menguntungkan politik UMNO secara keseluruhannya. Jangan terlalu ego nanti membunuh diri sendiri, sedar sedarkan diri tu sikit jangan sampai rakyat berpendapat sememangnya UMNO sudah tepu tidak lagi boleh dibentuk dan tidak akan reti menginsafi diri.

Jangan lupa yang mengisi beberapa jawatan Menteri penuh dalam kerajaan hari ini ialah beberapa pemimpin UMNO, adakah itu masih tidak cukup. Walhal UMNO kalah pada pilihan raya lepas tetapi hari ini boleh menjadi kerajaan atau Menteri. Tidak cukup? Malah menuntut pula agar pemimpin UMNO Sabah diberikan kedudukan. Apa, UMNO ingat rakyat ini bodoh dan tidak kisah. Luka hati belum sembuh sepenuhnya tapi kesakitan cuba ditambah? Giler!

Kalau ada yang tidak percaya pada tentangan admin ini tolong baca komen netizen, seperti dibawah.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10152021827334945&id=31373189944

Kalau ada pun yang menyokong cadangan atau surat tuntutan itu, pastinya mereka adalah ejen atau jentera dari parti parti PH dan parti Warisan. Yang ingin melihat cadangan itu menjadi kenyataan agar Perikatan Nasional huru-hara dan kebangkitan UMNO terhenti di tengah jalan.

Tuntutan yang tidak wajar atau bahasa politiknya tidak masuk akal. Bukan pula bererti tidak berkelayakan langsung tapi belum sampai masanya. Persepsi buruk rakyat terhadap sebahagian besar pemimpin pemimpin UMNO masih segar dan utuh.

Presiden UMNO jangan bagi bola tanggung pada pembangkang, buruk padahnya.

Kedudukan, Bersatu Sabah ada 5 MP berbanding UMNO hanya ada 2. Begitu dengan ADUN, Bersatu ada 9 berbanding UMNO hanya ada 1. Jadi tentang UMNO layak diberikan kedudukan, jangan mengada-ngada. Jangan tambahkan kemarahan rakyat pada UMNO.

Fasa 1 Jadual Bayaran BPN  Bermula 06hb April 2020

Inilah yang ditunggu-tunggu oleh majoriti rakyat Malaysia itu bayaran bantuan prihatin Nasional (BPN).

Fasa pertama akan dibayar secara berperingkat bermula 6 April 2020 (Isnin). Fasa ini melibatkan 8.4 juta penerima isi rumah dan individu bujang yang berjumlah RM5.3 bilion

Jadual bayaran seperti di bawah dan boleh juga didapati dalam bentuk PDF klik saja link yang admin sediakan di bawah. Terima kasih. 🙂

Klik links dibawah bagi mendapatkan jadual dalam bentuk file PDF.

PDF Jadual BPN Fasa 1

Bermuafakat Dan Ikhlas Bantu Masyarakat – Arifin Arif

Tertarik pada buah pendapat YB Membakut, Datuk Arifin Arif berhubung bantuan makanan pada masyarakat yang memerlukan rentetan fenomena wabak covid 19 yang dikawal melalui perlaksanaan Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP)

Bila berpandangan jika hanya Parti Warisan dengan peruntukannya maka sudah tentu mereka tidak akan mampu mengagihkannya dalam erti kata yang sebenarnya mesti ada yang terlepas pandang.

Begitu juga halnya dengan parti UMNO, Bersatu, PAS, PBS, Amanah dan STAR dan lain-lain tidak akan mampu dalam erti kata yang sebenarnya iaitu mencukupi dan menepati sasaran. Sama dengan kumpulan bukan kerajaan seperti MUIS, PZS dan NGO NGO yang lain mereka juga ini tidak akan mampu memenuhi atau mengagihkan bantuan.

Justeru ada baiknya dalam fenomena seperti hari ini semua pihak yang bertanggungjawab dan rasa ada tanggungjawab keatas masyarakat. Sebaiknya bermuafakat merentasi sempadan parti dan fahaman politik dengan itu kumpulan masyarakat itu yang belum mendapat bantuan akan dapat dipenuhi oleh kumpulan bertanggungjawab ini yang lain, begitulah sebaliknya.

Jangan malah sebaliknya seolah-olah saling berlawanan, siapa yang hero di dalam membantu masyarakat tapi sebaiknya fokus saja pada masyarakat yang sedang diuji tanpa mengira falsafah hidup mereka dan membantu semampu yang mungkin. Yang penting adalah keikhlasan membantu mereka yang memerlukan.

Sekaligus beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pihak yang telah membantu menyelaras sumbangan pihaknya, seperti jawatankuasa Masjid, jawatankuasa Gereja serta PDM, Ketua Adat, AJK Bahagian, Ketua Cawangan, ahli ahli Bersatu, KROM dan sudah tentu NGO NGO tertentu yang telah membantu.

Datuk Ariffin Arif, Adun Membakut itu juga menasihati masyarakat bahawa pada fasa kedua PKP ini agar kita terus berada di rumah, patuhi larangan pemerintah, panjatkan doa semoga negara dan petugas dilindungi oleh Allah subhanahu wa Ta’ala.

Musa Prihatin dan Sumbang Dana Pada Penduduk Sabah Kesan Covid 19

Terlebih dahulu admin ingin mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih terhadap kepada bapa pembangunan Sabah atau mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Kerana rasa keprihatinan dan tindakan beliau terhadap nasib penduduk Sabah yang sedang berhadapan dengan ancaman wabak Covid 19.

Selain dari sudut keselamatan kerana ancaman virus itu sendiri. Wabak ini juga telah memberikan kesan kepada kewangan dan kehidupan seharian penduduk ini. Inilah yang menjadi kebimbangan beliau.

Walaubagaimanapun beliau menasihati masyarakat Sabah agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana ini adalah soal keselamatan nyawa dan kelangsungan negara.

Justeru itu beliau telah berbincang dengan Ketua Perhubungan UMNO negeri Sabah Bung Mokhtar Radin berhubung keperluan penduduk ini tanpa mengira jenis kaum agama dan fahaman politik. Sekaligus menanggungjawabkan keperluan itu nanti kepada Bung Mokhtar Radin untuk diagihkan atau diberikan kepada mereka yang terjejas dan memerlukannya.

Hasilnya Tan Sri Musa Aman telah berbesar hati dan bersetuju untuk menyumbangkan dana sebanyak RM1 juta kepada masyarakat Sabah melalui ketua UMNO Sabah, Datuk Bung Mokhtar Radin. Dana 1 juta itu akan digunakan untuk membeli keperluan bahan makanan seperti beras minyak masak gas dan lain-lain.

Selepas ini Tan Sri Musa Aman akan berbincang dengan pihak dari parti Bersatu Sabah PBS, Parti Solidariti Tanah Airku dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Sabah untuk menyatukan dana yang mereka ada dan akan digunakan bagi mengurangkan kesan yang dihadapi akibat ancaman Covid 19 yang sehingga hari ini telah berjaya menjangkiti 169 orang penduduk Sabah dan menyebabkan 1 kematian.

Sekali lagi admin mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih kepada Tan Sri Musa Aman bapak pembangunan negeri Sabah. Thumbs up!

Rahman Dahlan Pernah Cuba Jual Hak Sabah Kepada Federal


Masih ingat lagi tak kenyataan Rahman Dahlan rentetan syor Ketua PPBM Sabah, Datuk Hajiji Noor yang mencadangkan pada Persekutuan agar JPPS diwujudkan semula di negeri Sabah memandangkan Parti Warisan selaku kerajaan negeri telah bertukar status menjadi pembangkang di peringkat Persekutuan.

Tetapi ditentang oleh Rahman Dahlan menerusi  akaun Facebooknya yang menyifatkan cadangan Datuk Hajiji Noor itu sebagai akan menggagalkan usaha memberikan kebebasan atau autonomi kepada negeri Sabah.

Dalam erti kata lain Rahman Dahlan membayangkan sekiranya JPPS diperkenalkan semula maka samalah ertinya hak hak Sabah diberikan kepada Federal. Bayangan yang tidak ada rasa hormat dan tidak bertanggungjawab langsung terhadap rakan sekutu.

Kalau kita baca sekali imbas nampak seolah-olah benarlah Rahman Dahlan itu seorang pemimpin berjiwa autonomi dan tidak pernah berkhidmat sebagai menteri di persekutuan. Begitu kuat semangat autonomousnya tapi benarkah begitu?

Sebelum Rahman Dahlan tumbang di PRU yang lepas dia ni seorang Menteri yang memegang portfolio Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Kamu tahu apa yang dia cuba lakukan keatas hak hak Sabah atau kerajaan negeri Sabah pada masa itu melalui Kementerian yang diketuainya?

Rahman Dahlan selaku Menteri KPKT pada masa itu telah mencadangkan kepada kerajaan Negeri atau Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman untuk mengambil alih kuasa PBT atau kuasa kerajaan tempatan Sabah yang telah termaktub dalam perlembagaan negeri dengan memperkenalkan satu akta baharu yang dia bawa daripada Federal dipanggil Akta 674.

Akta 674 ini akan menindih kuasa PBT dan seandainya berjaya segala kerja kerja kontrak termasuklah kerja memungut sampah akan berada dibawah kuasa KPKT.

Nasib baiklah Kementerian Kerajaan Tempatan Sabah yang diketuai oleh Datuk Hajiji Noor pada masa itu bertindak pantas. Segera membawa cadangan itu ke mesyuarat kabinet bagi membincangkannya dengan lebih lanjut.

Pelbagai hujah atau pendapat yang diutarakan bagi menilai cadangan Rahman Dahlan berkenaan. Termasuklah hujah daripada Peguam Besar Sabah pada ketika itu Datuk Zaleha yang turut menolak kemasukan Akta 674.

Akhirnya kabinet sebulat suara menolak secara total cadangan Rahman Dahlan atau Akta 674.

Apa yang kita boleh simpulkan dari sinopsis ini. Ternyata Rahman Dahlan adalah seorang pemimpin yang cukup licik tampak budiman menjaga hak hak Sabah.

Tapi rupanya dia yang beria-ria cuba menjual hak hak Sabah kepada Persekutuan dengan cara yang halus. Nasib baiklah pada ketika itu ada Datuk Hajiji Noor yang berjaya menghidu kelicikannya. Nah kalau tidak seakan akan Sabah ini seperti Labuan sebuah Wilayah Persekutuan tanpa masyarakat umum Sabah sedari.

Selepas ini masih relevankah hak-hak Sabah dikaitkan dengan politik Rahman Dahlan selaku pemimpin UMNO Sabah? Cuba berdiri sebagai seorang autonomous tapi rupanya pernah cuba menjual hak hak Sabah dari pintu belakang.


Begitu juga dengan Presiden Warisan, Shafie semasa mengetuai KKLW.

Disebabkan Shafie pada waktu itu tidak sehaluan dengan Ketua Menteri Sabah Musa Aman. Shafie telah mewujudkan cawangan KKLW di Sabah yang dikenali sebagai KPLB, melalui KPLB lah Shafie menyalurkan projek persekutuan ke negeri Sabah tanpa pengetahuan kerajaan negeri dan sehingga hari ini KPLB masih beroperasi yang diketuai oleh seorang pengarah.

Maksudnya Presiden Parti Warisan tidak boleh sewenang-wenangnya membuat kenyataan yang bertentangan dengan matlamat pengwujudan semula JPPS hanya kerana malu atau rasa bersalah selepas apa yang dia lakukan melalui KPLB.

Shafie sebelum ini juga memberikan alasan yang sama seperti mana alasan hipokrasi Rahman Dahlan diatas.

Cukuplah kamu mempolitikkan perjanjian 1963 memandangkan sehingga hari ini parti Warisan belum mampu mengubah kehidupan majoriti masyarakat Sabah. 

Pada pemimpin UMNO, Rahman Dahlan janganlah terlalu bermain dengan politik tu. Lebih baik kamu selaku pemimpin UMNO turut bangkit bersama atau menyokong PPBM Sabah demi memartabatkan masyarakat Sabah melalui kerajaan Perikatan Nasional.

UMNO Sabah Cabar Kerajaan Warisan Jangan Guna Fasiliti Federal

Komunikasi UMNO Sabah Ghazali mendesak agar pengarah pendidikan Negeri menyedari bahawa JPNS adalah Jabatan Persekutuan yang beroperasi di Sabah.

Oleh kerana JPNS membawa aspirasi kerajaan Persekutuan di negeri pembangkang iaitu Sabah yang diperintah oleh Parti Warisan. Maka sewajarnyalah kerajaan Warisan tidak lagi boleh menggunakan fasiliti kerajaan Persekutuan ini termasuklah merasmikan program atau acara rasmi Jabatan dan Sekolah.

UMNO Sabah berpendapat sedemikian setelah melihat program atau pelancaran kempen bilik rehat sihat JPNS yang telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Jennifer Lasimbang di SM St Paul Beaufort pada Jumaat lepas. Program itu turut dihadiri oleh pengarah pendidikan Negeri Sabah Dr Misterine Radin.

Larangan seperti syor  UMNO Sabah ini telah dipraktikkan oleh Parti Warisan bilamana sebelum ini Kementerian dan Jabatan serta agensi kerajaan negeri tidak dibenarkan menjemput wakil rakyat atau pemimpin dari pembangkang untuk merasmikan sebarang acara, ini termasuklah menghadiri mesyuarat pembangunan daerah perancangan dan lain-lain.

Apa pula pendapat kerajaan negeri Warisan berhubung larangan ini. Bilang Warisan pembangkang street fighter. Jadi apa lagi sahutlah cabaran UMNO Sabah ni. Jangan lagi menghadiri dan merasmikan program atau acara yang ada kaitannya dengan kerajaan Persekutuan. Juga jangan lagi menggunakan fasiliti yang disediakan oleh kerajaan persekutuan.

Apa lagi telah viral sebelum ini sekeping surat yang ditandatangani oleh setiausaha negeri Sabah. Surat itu mengingatkan mana-mana kakitangan kerajaan negeri supaya tidak hadir ke majlis atau program amanat Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini kalilah masyarakat Sabah menilai apa benar Parti Warisan cakap serupa bikin atau sebaliknya tin Milo.

Rahman Kecewa Mempolitikkan JPPS Yang Menguntungkan Sabahan

Apa lagi yang cuba dirosakkan oleh Rahman Dahlan tu.

Niat untuk merosakkan Perikatan Nasional Sabah dari dalam pula kah?

Rahman Dahlan hanya pandai merosakkan parti yang menaunginya kah?

Rahman sebelum dia berlagak kekitaan dalam politik, jangan dia lupa. Siapa yang merosakkan UMNO di Sabah. Nasib baik calon BN Sabah pada PRU yang lepas cukup mampan mempertahankan kemenangan dan mencapai kemenangan. Kecuali Rahman Dahlan sendiri yang tersungkur ditangan anak buah Shafie Apdal yang dia pecat daripada UMNO.

Rahman Dahlan adalah individu yang bertanggungjawab mencadangkan pada Presiden UMNO Najib Razak pada ketika itu agar memecat Shafie Apdal daripada UMNO. Bermula daripada itu UMNO mulai bergolak.

Hari ini sekali lagi dia cuba merosakkan UMNO dan PPBM dari konteks Perikatan Nasional dengan secara langsung menyokong Warisan yang menolak JPPS.

Dia tidak perhatikan bagaimana sikap pemimpin-pemimpin UMNO yang berjawatan menteri diatas sana, adakah mereka meroyan. Sebaliknya tekun menjalankan tanggungjawab mereka baik kepada negara mahupun menjaga perikatan Nasional yang terdiri daripada PPBM, UMNO dan PAS

Kenyataan yang tercatat di akaun Facebook Rahman Dahlan pagi ini.

Dia kata pemansuhan JPPS semasa BN menjadi kerajaan negeri Sabah dahulu adalah berpaksikan kepada tuntutan bahawa perancangan pengurusan mesti di bawah bidang kuasa negeri Sabah. Justeru memperkenalkan semula JPPS adalah hal yang kononnya tidak tepat kerana akan menafikan hak hak Sabah atau autonomi Sabah.

Benar sangat kah kenyataan loser ni?

Sebelum admin kritikal terhadap kenyataannya itu, suka admin memberikan klue, kenapa dia tidak melihat atau merujuk secara detail sejarah awal penubuhan  JPPS pada tahun 1991 di Sabah hingga ia dimansuhkan pada tahun 2008. Sebab di sana ada jawapannya

Kritikalnya begini. Pada ketika JPPS dalam proses dibubarkan di negeri Sabah kerana Sabah sudah bertukar status menjadi pro Federal atau kerajaan Barisan Nasional.

(Hal yang sama juga akan dilakukan bila nanti Sabah hari ini menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan, JPPS akan dimansuhkan)

Perdana Menteri Malaysia Datuk Ahmad Badawi pada masa itu sempat menjelaskan sebelum JPPS dibubarkan secara rasminya bahawa adalah merupakan persepsi yang salah bilamana ada yang mendakwa JPPS mengawal secara langsung pembangunan yang  dijalankan di Sabah. Sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya seperti contoh sekiranya ada peruntukan dari Kementerian Kesihatan Pusat maka ia akan diberikan atau disalurkan kepada kerajaan negeri melalui Jabatan Kesihatan negeri.

Senang cerita JPPS hanyalah kluster atau instrumen bertepatan dengan apa yang di tegaskan oleh PPBM Sabah Datuk Hajiji Noor. Semasa menyatakan cadangannya berhubung JPPS itu sendiri. 

Itu bererti hasrat PPBM untuk mewujudkan JPPS langsung tidak bertentangan dengan pentadbiran kerajaan negeri apa lagi dari aspek hak hak Sabah. Malah sebenarnya memangkinkan lagi pembangunan di negeri Sabah sekaligus membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan Sabah.

Apa hal dengan Rahman Dahlan ni  tiba-tiba telengong ni. Sebab tidak ditawarkan jawatan oleh perikatan nasional kah. Walaupun telah diusahakan oleh pengikut-pengikutnya.

Habis itu Bung Moktar dan Aliman yang ada kerusi Parlimen tu kau mahu buang ke mana.

Sabarlah Rahman Dahlan atau UMNO Sabah kita perkasakan dulu kerajaan negeri, mencerahkan kehidupan masyarakat Sabah dengan membuka peluang-peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan dan memantapkan pembangunan prasarana yang akan dijalankan oleh JPPS. Makanya kamu kena sokong lah, bukannya egosentrik.

Justeru itu wahai Rahman Dahlan tidak timbul retorikamu yang terkandung dalam posting sama, kononnya JPPS akan merosakkan autonomi Sabah kerana JPPS yang bersifat jangka pendek.

Sebaliknya Rahman tidak boleh berpura-pura takut sebab sememangnya JPPS bersifat jangka pendek lah dan bukan bersifat jangka panjang. Terbalik pula. Alahai

Admin cakap telengong sebab seteru UMNO di Sabah ialah parti Warisan yang awal awal lagi menolak JPPS. Tapi disokong pula oleh Rahman Dahlan selaku pemimpin UMNO Sabah.

Kesimpulannya adanya JPPS akan memangkinkan lagi kemajuan negeri Sabah khususnya dari aspek pembangunan prasarana selain sudah tentu akan menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan. JPPS tidak akan sama sekali merosakkan separa autonomi yang dimiliki sejak zaman kerajaan BN. Jangan silap Warisan belum lagi berjaya menuntut sebarang perkara yang terkandung dalam perjanjian MA63, ada sebelum ini tetapi gagal.

Rahman Dahlan ni main di 2 kolam kah?