Dua Kesimpulan Mudah Untuk Karangan Terbaru Captain M ;)

Gambar asal milik Captain M

Nilai rampasan terkini daripada Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah dan Timbalannya telah mencecah RM180 juta. Ia merangkumi wang tunai dan wang dalam bank, kereta mewah, geran tanah dan barang perhiasan.

Dan sebelum ini admin telah khabarkan dari mana datangnya kekayaan itu yang juga telah melibatkan pemimpin tertinggi UMNO Sabah. Seperti mana artikel sebelum ini,

Penyelewengan JANS Melibatkan Pemimpin UMNO Sabah 

Peliknya pihak yang terpalit terus membuat spekulasi murahan sedangkan dakwaan awal admin tidak mampu mereka cerahkan. Begitu juga dengan artikel yang mereka cipta, tidak juga berjaya membuktikan apa apa atau mempengaruhi SPRM.

Datuk Seri Shafie Apdal juga sudah membuat sidang media, supaya semua pihak mengambil sikap bertenang dan berikan kepercayaan serta masa pada SPRM untuk membuat siasatan.

Oleh kerana itu admin hanya perlu menulis dua kesimpulan mudah berhubung karangan terbaru pihak lawan atau Blog Captain M, yang bertajuk, 

‘PENYALAHGUNAAN PERUNTUKAN INFRA AIR KKLW RM3.3B DI SABAH HANYA ‘TIP OF THE ICEBERG’ 

Yang nampaknya semakin kepanasan hingga terpaksa mengubah atau menambah jalan cerita. 

1. Kalau Datuk Shafie Apdal mereka dakwa telah gagal sebagai Menteri KKLW walaupun telah berjaya menambah baik prasarana di luar bandar. Sedangkan setiap tahun belanjawan peruntukan untuk KKLW di kurangkan tapi itu bukan halangan. Maka kegagalan itu juga adalah milik Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Menteri Sabah yang terkenal sebagai vakum.

2. Jangan macam cacing kepanasan tunggu hasil siasatan SPRM. Ini kerana kalau mengikut pemerhatian admin, jelas projek air di Kalumpang telah menjadi sumber kekayaan sekaligus menjadi bahan bukti /siasatan. Membuktikan dakwaan admin ada kebenarannya dan sebaliknya karangan Captain M terbukti melalut. 

Tenang mari kedua belah pihak mengambil sikap bertenang seperti mana anjuran Datuk Shafie Apdal dan Datuk Musa Aman serahkan saja pada SPRM. Jangan mengarut seperti Captain M dan Musli Oli. 😉 

MP Raime Unggi Pemimpin “Insiran”

Admin tertarik dan bersetuju dengan kenyataan sinis Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Kerana itu admin memetik kenyataannya, bahwa adakah gesaan ahli parlimen UMNO, Datuk Raime Unggi agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berhubung kes rasuah melibatkan projek infrastruktur RM3.3 bilion bertujuan untuk menghancurkan kerjaya politik beliau?

Tapi bagaimana dengan kes rasuah yang berlaku di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melibatkan wang RM138.5 juta tapi tidak ada gesaan dari pemimpin pemimpin UMNO supaya siasatan dijalankan?

Begitu juga dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atas kes rasuah yang melibatkan pegawai senior di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Ogos lalu, dimana dia seolah olah membenarkan Datuk Bandar DBKL itu memiliki 31 unit kondominium dan skandal rasuah yang melibatkan dana sebanyak RM10 juta, kerana tidak ada gesaan keatas SPRM.

Sama halnya yang berlaku di negeri Sabah tidak ada gesaan dari pemimpin tertinggi UMNO supaya SPRM menyiasat pemimpin UMNO Sabah yang terpalit dalam skandal di Jabatan Air Negeri Sabah (JANS). 

Dan kalau pun selepas ini ada kedengaran, admin ingat itu hanyalah wayang.

Berbalik pada kononnya gesaan MP Raime Unggi supaya siasatan dibuat keatas Datuk Shafie Apdal rentetan skandal JANS. Dia tu hanya pandai berlakon sedang dia sendiri terpalit dengan skandal projek yang tidak siap. Malah Tenom sendiri masih berada ditakuk lama hanya dirinya yang kaya raya.

Admin dimaklumkan pada tahun 2008 MP Raime (Parlimen Tenom) telah menerima projek/geran membaiki landasan Kereta Api Tenom dari kerajaan negeri Sabah yang bernilai RM500 ribu tapi sehingga hari ini projek itu tidak siap dan MP Raime Unggi hanya buat bodoh?

Kerna itulah orang Tenom menggelarnya pemimpin “insiran” tapi sayang admin tidak tahu apa maknanya yang pasti macam bermaksud kurang enak. 😉

Satu lagi, untuk pengetahuan MP Raime Unggi, buat masa ini sebarang kenyataan bodek sudah tidak berharga tunggulah tahun depan. Alahai

#politikbolos #sabahubah 

Pengarah & Timbalan JANS Asal UMNO Kimanis

Artikel yang bertajuk Siapa Pengarah Jabatan Air Sabah (siri 1). Siapa Pengarah Jabatan Air Sabah (siri 1)

Telah mencetuskan banyak polemik khususnya dari pihak yang cuba mempertahankan kebatilan di Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang melibatkan Pengarah dan Timbalannya. Menyebabkan berlaku rampasan wang tunai sebanyak RM75 juta selain barang perhiasan dan geran tanah oleh SPRM. 

Kerana itu mereka sengaja mengada adakan cerita walaupun jelas tidak masuk akal kecuali pada satu kenyataan yang mereka anggap sangat sangat bijak dan penting berbanding penyelewengan itu sendiri. Bikin ketawa tapi tidak apa, admin layan 😉

Iaitu berhubung jawatan Bendahari UMNO Bahagian Kimanis yang pernah disandang oleh adik kepada pengarah berkenaan. 

Admin sebutkan sebelum ini bahawa Pengarah yang kantoi itu berjawatan Bendahari di Bahagian UMNO Kimanis. Walaupun pada hakikatnya yang duduk sebagai pengarah Bendahari adalah adiknya sehingga tahun 2013. Kerana itu kalau kita ikuti berita penyelewengan yang berlaku dalam JANS seperti yang dilaporkan oleh portal berita Awani, kasus penyelewengan bermula pada tahun 2010 sehingga hari ini yang membawa kepada penangkapan sejumlah wang dan harta dari pejabat dan rumah Pengarah dan Timbalan  JANS.

Admin “sengaja” membuat kenyataan yang sedemikian, kerna kita faham dan tahu di dalam UMNO seseorang yang dilantik sebagai Bendahari harus pandai mencari wang dan orang itu ialah Pengarah berkenaan. Adiknya yang duduk sebagai Bendahari pada masa itu hanyalah boneka.

Oops ini bukan siri kedua, ia masih lagi berbentuk pengenalan, yakni hubungan Pengarah berkenaan dengan Bahagian UMNO Kimanis aka Ketua Bahagian. Dimana kalau kita lihat secara kasar penyelewengan di dalam JANS adalah kerja orang orang UMNO dan salah tetap salah. Dan kalau pun selepas ini sejarah kedudukan jawatan Bendahari di dalam UMNO masih belum tepat itu bukan isunya, kerana pada hakikatnya Pengarah yang kantoi itu adalah “Bendahari” kepada UMNO Kimanis.

Macam latar belakang Jho Low walaupun dia bukan Bendahari UMNO tapi dia telah berjaya mencuri wang rakyat Malaysia. Menyebabkan rakyat Malaysia semakin merempat lalu marah kepadanya. 

Ironinya Pengarah JANS Ag Tahir Talib dan Timbalannya, Ir Teo Chee Kong dikatakan  berasal dari daerah Kimanis aka UMNO Kimanis.? Menunjukkan dua individu itu memang sengaja diatur untuk menjaga kepentingan Bahagian UMNO Kimanis, nampak?

Psssst admin ada dimaklumkan, semasa Pengarah dan Timbalan JANS berada di tampuk kuasa, mana mana pegawai bawahan dan Cawangan yang tidak mahu bersekongkol melakukan penyelewengan maka serta merta mereka akan ditukar. Wah

#politikbolos #sabahubah 

Siapa Pengarah Jabatan Air Sabah? (siri1)

Kerna ada yang bertanya termasuklah mereka yang berada jauh dari Semenanjung sampai sanggup membuat panggilan telefon semata-mata ingin mendapatkan kepastian sama ada Datuk Shafie Apdal terlibat atau tidak. Ini berdasarkan satu artikel yang cuba diviralkan, dinyatakan disana bahawa wang yang berjaya dirampas oleh SPRM ini adalah hasil projek yang dianugerahkan terus dari Federal. Seolah olah wang yang dirampas itu adalah milik Datuk Shafie Apdal. Hemmm

Maka disini admin ingin memberikan sedikit pencerahan awal yang berbentuk pengenalan supaya pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan spekulasi yang cuba mengaitkannya dengan Datuk Shafie Apdal.

1. Pengarah Jabatan Air berkenaan adalah proksi dan kroni kepada Ketua Menteri dan Menteri Luar. Manakala Timbalan Pengarah Air itu adalah macai kepada dua Menteri diatas dan seorang Adun dari pantai timur Sabah. 

2. Perkara yang perlu diketahui dari konteks ini dan UMNO ialah status Pengarah Air Sabah berkenaan dia merupakan ahli UMNO dan berjawatan Bendahari di peringkat Bahagian UMNO Kimanis.

3. Perlu juga diketahui, setiap projek yang bernilai lebih dari RM1 juta perlu mendapat kelulusan dari Menteri Kewangan Sabah sebelum disalurkan ke jabatan yang dianugerahkan.

Cukup setakat itu. Belum admin sebutkan mereka terpalit atau tidak, ok.

Tapi yang pasti kalau pengarah berkenaan tidak berjaya dijamin selepas habis tempoh tahanan reman. Maka sudah tentu dia akan berteriak. Waktu itu barulah timbul pelbagai cerita. Apa kaitannya dia dengan pemimpin pemimpin yang admin sebutkan diatas. Nah waktu itu admin akan tampil bagi “mengeruhkan” keadaan.

#politikbolos #sabahubah

Jangan Layan Si Jamal Tu! 

Jangan layan si Jamal tu, dia tu cakap tidak serupa bikin. Tadi pagi admin satu Group Whatapps dengan dia.

Seorang kawan bertanya pada si Jamal berkenaan tindakannya yang menyentap bendera Bersih tu (lebih kurang begitulah) Sejurus selepas itu dia upload video yang menunjukkan seolah olah peserta Bersih yang memulakan kekecohan.

Lalu ada diantara kawan yang bertanya lebih lanjut, siapa sebenarnya yang memulakan provokasi. Tapi tidak semena mena dia left dari Group berkenaan. Nampak dengar sebelum ini macam tera sangat tapi cabut.

Membuktikan apa? membuktikan kumpulan Baju Merahlah yang mula mula sekali mencetuskan provokatif.

Nampak sangat UMNO kian terdesak, mereka sangat takut sangat kehilangan kuasa. Nah

#politikbolos

Published
Categorized as Bersih, UMNO

Ezam Keluar UMNO – Prinsip 

1.Hari ini 1 Muharam 1438H saya membuat keputusan untuk tidak lagi bersama parti UMNO. 

2.Enam bulan lalu saya telah membuat keputusan menamatkan perkhidmatan saya di Kem Kewangan, satu tahun lebih awal dari tarikh tamat tempoh kontrak perkhidmatan saya yang sepatutnya berakhir 1April 2017.

3.Saya membuat keputusan sukar ini demi mempertahankan prinsip saya berjuang demi melakukan perubahan (islah) sedaya upaya saya.

4.Keputusan saya sertai semula parti UMNO pada Mei 2008 atas prinsip yg sama.Saya mendapat komitmen jelas drpd PM pada masa itu Tun Abdullah Badawi untuk melakukan perubahan besar dalam usaha memerangi rasuah dengan menggubal akta baru SPRM menggantikan akta BPR.Perubahan itu benar berlaku  sejurus slps kemasukan saya ke dalam parti UMNO dan SPRM yg lahir dari akta baru itu jauh berbeza berbanding BPR dalam banyak aspek.

5.Dua lagi akta yang menjadi tumpuan saya ialah Akta keselamatan dalam negeri ISA dan Akta rahsia rasmi OSA.Saya pernah di penjarakan di bawah kedua2 Akta ini namun yang lebih penting ialah saya percaya kedua2 Akta ini sering menjadi hambatan kpd perjuangan melawan jenayah rasuah.

6.Dalam tempoh saya menjadi Ahli Dewan Negara 2010-14  ISA dibahas dan dimansuhkan.Manakala OSA masih tiada tanda2 akan berlaku perubahan.

7.Saya tetap bersangka baik kpd kerajaan transformasi di bawah PM DS Najib dan melakukan segala usaha mempengaruhi pentadbiran melakukan perubahan khususnya OSA.

8.Apa yg berlaku adalah sebaliknya.OSA bukan shj tidak digubal tetapi digunakan atau lebih tepat lagi disalahgunakan keatas laporan PAC kes 1MDB.satu kes yang langsung tidak membabitkan soal keselamatan negara yg mewajarkan penggunaan OSA.

9.Ini adalah sejuta langkah kebelakang didalam proses transformasi yg dilaungkan menjadi teras kerajaan.Justeru saya telah membuat teguran terbuka mendesak tindakan salah ini diperbetulkan.

10.Beberapa bulan berlalu.tiada tindakan pembetulan.malah media dan beberapa kerat pemimpin digunakan memomokkan teguran saya.Dan tidak ada seorang pun pemimpin umno yg bersuara memperbetulkan keadaan.

11.Makanya saya sedar saya bukan lagi didalam satu parti dan jemaah yg serius mahu lakukan pembaharuan dan islah lebih2 lagi apabila ia menyangkut soal rasuah dan penyelewengan.

12.Walhal realiti zaman ini dan lebih penting ingatan Rasulullah SAW sendiri didalam hadis riwayat Termizi yg pertama kali saya temui dinukilkan didlm  buku tulisan Porf Hamka semasa saya dipenjara dibawah OSA menyatakan dgn jelas bahawa cabaran bagi ummat Muhammad adalah soal harta.

13.Saya tidak boleh berkompromi dlm soal ini.sebagai satu2nya warganegara yg pernah d penjara d bawah OSA saya benar2 faham setiap inci peruntukan akta dan merasa bertanggungjawab kpd negara apabila mengetahui ianya disalahgunakan untuk melindungi perasuah dan penjenayah.

14.Reformasi,Transformasi,Perubahan,Pembaharuan..apapun namanya mesti menjadikan agenda melawan rasuah sbg agenda paling utama kerana itulah realiti zaman dan itulah juga ingatan junjungan besar kita Muhammad SAW.


Hanya kepada Allah Swt saya bertawakkal.Salam Maal Hijrah.Salam perjuangan.

Mohamad Ezam Mohd Nor

1 Muharam 1438/ 2 Okt 2016

Pada hari yang sama di negeri Sabah parti PKR dan DAP mengalami pergolakan apabila dua  Yb DUN masing masing dari PKR dan DAP isytihar keluar parti dan akan menyokong parti tempatan Sabah. 

ADUN DAP dan PKR Keluar parti 

Published
Categorized as PBK, UMNO

Larangan Menggunakan Prasarana – UMNO Sabah 

Surat ini dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah atau kerajaan tempatan Sabah.

Surat ini berupa arahan yang cukup jelas kepada semua jabatan kerajaan. Bahawa pihak dari parti bukan kerajaan dilarang keras menggunakan semua prasarana yang telah disediakan oleh kerajaan, seperti Dewan, Balai Raya dan sebagainya.

Menyedihkan arahan ini keluar dari mulut pemimpin Sabah sendiri. Sedangkan Sabah adalah antara negeri yang paling miskin di Malaysia. Sudahlah miskin harta benda, dikekang lagi pemikiran mereka. Alahai

Lalu apa yang bermain difikiran kawan kawan tentang UMNO yang telah diberikan mandat tapi lupa diri hingga sanggup mengeluarkan arahan seperti surat diatas?

Mungkin anda baru terfikir rupanya selama ini anda telah tersalah memilih parti dan menimbulkan banyak polemik yang tidak masuk akal, 

  • Adakah semua  prasarana yang telah disediakan oleh parti pemerintah adalah milik parti dan bukannya rakyat atau negara? 
  • Bagaimana pula dengan hak pembayar cukai yang terdiri dari berbagai fahaman politik. Kebetulan kebanyakan dari mereka adalah penyokong parti bukan kerajaan? 
  • Adakah ini bermakna sumber kewangan negara  yang datang dari perut bumi negeri Sabah adalah milik UMNO? 
  • Apa kah larangan seumpama ini ada termaktub dalam perlembagaan sama ada di peringkat negeri atau Persekutuan? 
  • Adakah juga jalan raya di dalam dan luar bandar tidak boleh dilalui oleh masyarakat yang menyokong parti bukan kerajaan aka pembangkang. Kerana prasarana dibina oleh pemerintah UMNO? 

    Nah bikin sedih pula attitude pemimpin pemimpin UMNO ni. Bayangan artikel ini tidak akan pupus sampai bila bila dan pasti pada satu hari anak cucu kepada Menteri berkenaan akan terbaca dan pada saat itu dia akan malu pada kawan kawannya, kerana mempunyai atuk yang berakal kolot yang telah menyumbang kepada kemelaratan masyarakat Sabah.

    Benarlah UMNO telah berjaya melahirkan pemimpin yang tidak ada jati diri tapi pentingkan diri. 

    #politikbolos #sabahubah 

    Demokrasi Najib – Dr M

    Gambar hiasan

    Dibawah ini admin copy paste artikel terbaru dari Dr M berkenaan sistem demokrasi yang tidak lagi dipraktikkan seadanya. Tapi dirosakkan untuk kepentingan parti atau individu semata-mata. 

    Demokrasi Najib (30 Sept 2016)

    1. Najib mendakwa bahawa pemerintahannya adalah demokratik dan sebarang percubaan untuk menyingkirnya bermakna menolak demokrasi. Dakwaan ini tidak berasas sama sekali. Sebenarnya ia menjadi bahan ketawa.

    2. Satu dari amalan yang diterima demokrasi ialah penyingkiran pemimpin yang tidak berjaya atau melakukan sesuatu yang tidak baik atau salah terhadap negara. Di mana-mana sahaja dalam negara demokratik pemimpin disingkir sebelum pun tamat edahnya.

    3. Demikian Perdana Menteri Australia, Tony Abbot, letak jawatan kerana partinya memilih Presiden baru. Di Britain Perdana Menteri letak jawatan kerana kalah dalam pungutan suara berkenaan Brexit.

    4. Di Brazil Presiden digantung oleh Dewan Senat untuk menghindar kemungkinan Presiden menganggu siasatan terhadapnya.

    5. Presiden Nixon Amerika disingkir kerana skandal Watergate.

    6. Penyingkiran pemimpin tertinggi yang bermasalah bukan sahaja tidak bermakna menolak demokrasi tetapi sebenarnya menjadi bukti demokrasi sedang berjalan dengan baik.

    7. Di Malaysia Najib sendiri berperanan dalam penyingkiran Abdullah Badawi sebelum tamat edahnya.

    8. Sebaliknya apa yang berlaku sekarang ialah Najib sebagai Perdana Menteri sudah pun menolak demokrasi. Buktinya jelas dan bertimbun-timbun.

    9. Yang pertama perpisahan kuasa antara pihak legislative (pembuat undang-undang) , executive (pentadbir, polis dan tentera) dan judiciary (penghakiman) setelah menguasai jabatan Pendakwa Raya sudah tidak ada lagi. Najib menguasai ketiga-tiga badan ini, sesuatu yang bercanggah dengan amalam demokrasi.

    10. Ahli Parlimen BN pula tidak bebas dan dipaksa melalui berbagai cara supaya sokong dan lulus apa sahaja yang dikemuka atau dilakukan oleh Najib. Jika tidak mereka akan digantung, di turun pangkat dan disingkir.

    11. Undi tak percaya tidak boleh diadakan terhadap Najib kerana sebab yang sama.

    12. Pegawai-pegawai eksekutif seperti pentadbir, polis dan tentera tidak bebas menjalankan tugas mereka kerana Najib mengikat tangan mereka dengan rasuah, ugutan menyingkir, menurunkan pangkat, menukar jawatan, mengancam pencen mereka dan lain-lain. Yang sudah bersara tidak berani mendedah kesalahan yang mereka dipaksa lakukan kerana takut dan diugut dengan berbagai cara.

    13. Peniaga, kontraktor, akhbar dan pemberita kecil dan besar juga demikian. Berbagai tuduhan dibuat terhadap mereka, gangguan melalui siasatan tanpa sebab oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri, pembatalan kontrak Kerajaan, disenarai hitam, sekatan berhutang dengan bank dan bermacam lagi.

    14. Undang-undang keselamatan baru membelakangkan sama sekali hak rakyat dibicara dalam mahkamah jika ditangkap dan dimasuk dalam tahanan. Jika rakyat atau anggota keselamatan terbunuh, “inquest” iaitu pemeriksaan akan sebab kematian oleh Majistret tidak boleh diadakan. Persoalan di mahkamah berkenaan kes juga tidak dibenar.

    15. Baru-baru ini apabila komen dibuat oleh seseorang berkenaan kematian seorang tokoh politik, polis menangkap orang itu tanpa waran, menyoalnya selama 12 jam, sebelum dilepas. Ketua Polis Negara dakwa bahawa waran tangkap tidak diperlukan. Siapa sahaja boleh ditangkap oleh polis tanpa waran.

    16. Semua ini adalah bukti jelas dan terang bahawa Najib sudah hapuskan demokrasi di Negara ini. Yang patut ditangkap dan dihadap ke mahkamah kerana mensabotaj demokrasi di Malaysia ialah Najib.

    17. Selagi Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia selama itulah Malaysia tidak demokratik. Lebih dari itu Malaysia akan diperintah oleh pemerintahan kuku besi yang tidak pegang kepada undang-undang.

    Sumber: http://chedet.cc/?p=2271

    Sebenarnya Musa Ketakutan – GAUM 

    Siapa bha si Zulkarnain ni yang memartabatkan dirinya sebagai Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia (GAUM) tu. Macam pula dari spesis yang tidak ada semangat nasionalisme. Tidak ada perkara lain yang dia fikirkan selain Musa Aman yang perlu diselamatkan. Kerana itu terpaksa menggigit kuat Datuk Shafie Apdal.

    Bab UMNO yang telah merosakkan kehidupan ramai masyarakat Sabah tidak pula dia ambil peduli. Sabahan tahu UMNOlah yang bertanggungjawab memutihkan pendatang. Begitu juga dengan kemiskinan, siapa yang sengaja menjadikan masyarakat Sabah terus berada di takuk lama supaya terus taat kepada UMNO. Walhal Sabah adalah antara negeri terkaya di Malaysia dan menjadi simpanan tetap BN?

    Seperti contoh pemberian royalti minyak 5%, walaupun sudah berdekad orang Sabah meminta supaya kadar royalti dikaji semula tapi ditolak mentah mentah oleh Ketua Menteri Sabah. Jadi macam mana Sabah boleh maju, kalau sumber pendapatannya disembunyikan oleh UMNO, kalau ada pun yang terlepas licin di vakum oleh pentadbiran negeri. Hemmm. Dalam hal ini tidak pula si Zulkarnain bermulut lancang atau pergi membuat laporan Polis.

    Begitu juga insiden penculikan yang kerap berlaku dan lebih mustahak berbanding pembangunan dan kepartian semata-mata. Tapi tidak pula si Zulkarnain ni mempersoalkannya.

    Berbalik pada kenyataan manusia yang tidak ada semangat nasionalisme itu. Konon tindakan bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengambil alih parti yang sedia ada bukan perkara yang luar biasa dan perlu digeruni.

    Kalau tidak takut atau gerun kenapa lagi bercakap pada media. 😉

    Hakikatnya Datuk Shafie Apdal, telah berjaya menarik ramai masyarakat Sabah untuk berjuang bersama sama, bagi membebaskan diri dari kezaliman UMNO. Lihat pemimpin muda PKR daripada Penampang. MP Darell Leiking, beliau meninggalkan PKR kerana dia nampak kesungguhan Datuk Shafie Apdal dalam memperjuangkan nasib negeri bangsa Sabah.

    Hanya si Zulkarnain seorang yang buta mata dan hati, tidak ada benda lain yang dia nampak selain Musa Aman aka UMNO yang semakin hari semakin ditolak oleh masyarakat Sabah.

    Selepas itu kalau mengikut si Zulkarnain, hanya kerana ROS membenarkan parti sedia ada diambil alih oleh Datuk Shafie Apdal, maka telah menunjukkan betapa suburnya demokrasi Malaysia. Maka UMNO wajar di puji? alahai Zulkarnain. Perlembagaan sudah lama membenarkannya dan lerlembagaan ini bukannya milik UMNO.

    Jadi tidak timbul persoalan subur atau tidak demokrasi di Malaysia hanya kerana Datuk Shafie Apdal telah mengetuai parti yang sedia ada.

    Berhubung jawatan Menteri KKLW yang pernah disandang oleh Datuk Shafie Apdal tapi dipersoalkan oleh si Zulkarnain. Kerana kononnya gagal memajukan Sabah. Dakwaan ini tidak ada kebenarannya. Begini kemajuan yang telah dicapai oleh masyarakat luar bandar, adalah hasil kerja Datuk Shafie Apdal semasa meneraju KKLW. Lihat beribu rumah PPRT telah berjaya dibina. Begitu juga dengan rangkaian jalan raya desa telah terbina banyak berbanding sebelum sebelum ini. Sewaktu Kementerian KKLW diterajui oleh orang lain.

    Berhubung pinjaman MARA yang kononnya tidak dimanfaatkan oleh Datuk Shafie Apdal ketika duduk sebagai Menteri KKLW. Ini juga dakwaan yang tidak ada kebenarannya. Ini si Zulkarnain, semacam ada penyakit mental.

    Tahukah si Zulkarnain tanpa Datuk Shafie, Pejabat atau Cawangan MARA yang bertanggungjawab mengurus pinjaman, tidak akan ada di hampir setiap Bandar di negeri Sabah. Begitu juga dengan pemberian biasiswa MARA, ramai anak anak Sabah yang telah mendapat manfaatnya.

    Sebagai makluman khususnya pada jentera politik Musa Aman, seperti mana Brother Zulkarnain ni. Hakikatnya selama Datuk Shafie Apdal berada diluar UMNO, ada ramai ahli UMNO dan pengundi atas pagar yang menyokong perjuangan Datuk Shafie Apdal. Kerana mereka tahu, siapa yang benar, siapa yang salah. Ramai dari mereka yang tidak sabar sabar menanti kehadiran pilihanraya yang ke 14. Ditambah dengan adanya spesis seperti si Zulkarnain ni, semakinlah orang Sabah meluat pada UMNO aka Musa Aman.

    #politikbolos #sabahubah 

    30 Ribu Resit Mykad Diberikan pada PTI Tawau?

    Benar sangat kah dakwaan masyarakat, kata mereka JPN telah mengeluarkan sebanyak 30 ribu resit Mykad pada PTI sekaligus menjadi pengundi yang bertujuan untuk mengekalkan kemenangan UMNO di PRU akan datang. Terutamanya di kawasan atau DUN baharu yang telah dikenal pasti.

    Gerakan itu sedang aktif di pantai timur Sabah khususnya di daerah Tawau.

    Ini admin mahu cakap ini. Kalau hanya kerana pilihanraya maka UMNO sanggup mengkhianati hak asasi masyarakat Sabah, maka sesungguhnya UMNO adalah parti yang tidak bermoral. Bolehlah selepas ini masyarakat Sabah menganggap pemimpin atasan UMNO sebagai pengkhianat kepada bangsa Malaysia.

    Pada admin kan tidak salah memutihkan pendatang tapi biarlah mengikut saluran undang undang yang dibenarkan dan wajib dipatuhi, seperti perlu ada penjamin dan sebagainya. Tapi kalau macam keadaan sekarang, dimana Mykad boleh dimiliki dengan begitu mudah, macam kita membeli tiket bas, ini sudah keterlaluan.

    Dalam hal ini, sekali lagi Datuk Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah wajar dipertanggungjawabkan. Kenapa kah pengkhianatan seperti ini terus dibiarkan berleluasa di negeri Sabah. Hanya kerana ingin mempertahankan UMNO. Yang lain sebagai Menteri Federal sama ada yang terdahulu atau yang ada sekarang seperti Salleh Said dan Abdul Rahman Dahlan kita tidak boleh terlalu menyalahkan mereka walaupun sebenarnya mereka tahu, kerna mereka tidak ada keupayaan atau kuasa eksekutif untuk menghalang.

    Ketua Menteri Sabah kena fikirkan kesan negatif dari kegiatan ini, kegiatan ini jelas tidak bermoral yang telah mengundang amarah ramai masyarakat Sabah. Dan kalau perkara ini terus dibiarkan ia mampu mengundang ketidakhormian dikalangan masyarakat Sabah khususnya. Nah suka admin ingatkan, tidak mustahil apa yang terjadi di Myanmar akan satu hari berlaku di negari Sabah. Kawan kawan tengok saja ya.

    Dan anda penyokong atau ahli UMNO, tak kan tengok saja. Pergilah bersuara, nyatakan ketidakadilan yang kini menimpa masyarakat Sabah, pada Ketua Menteri Sabah, berani kah?. Atau lagi suka, bolehlah selepas ini mengaut lebih projek. Kerana UMNO akan terus diberikan mandat melalui undi “hantu”.

    Tapi kalau takut, iya tidak apalah, tapi jangan pula selepas ini menyalahkan pemimpin pemimpin parti bukan kerajaan, khususnya Datuk Shafie Apdal ya. Sebab kononnya hanya sibuk dengan 1mdb, sedang masalah pendatang dilihat sebelah mata atau didiamkan.

    Kerana admin sudah mengkhabarkan disini perihal apa yang berlaku diluar sana. Dimana UMNO sedang membuat perkara sumbang. Kini terpulang pada anda sebagai ahli UMNO Sabah. Ok? apa yang pasti admin yakin pada kali ini masyarakat Sabah akan menolak UMNO.

    #politikbolos #sabahubah