Sudah beberapa hari mahasiswa negara jiran Indonesia turun di jalanan menuntut agar Presiden Indonesia, Jokowi bertanggungjawab dan membenteras kegiatan rasuah yang gagal ditangani sejak negara itu merdeka malah semakin kritikal.
Semangat peserta penunjuk perasaan kali ini sangat luar biasa hingga ada yang mengelarnya sebagai gerakan reformasi versi kedua. Begitulah bila sudah menyedari rasuah sebagai faktor utama yang menyebabkan rakyat hidup susah dan negara kekal di takuk lama.
Ceritanya bermula bila integriti badan pencegahan rasuah negara itu tidak lagi diyakini oleh rakyatnya. Banyak skandal penyelewengan melibatkan pemimpin tertinggi dan sederhana gagal diadili. Bukan hanya gagal diadili tapi ramai yang bebas dan berjaya meloloskan diri ke luar negara.
Walaupun skandal pemimpin mereka agak kecil berbanding pemimpin UMNO iaitu 1MDB yang terkenal di mata dunia hingga Malaysia berhadapan dengan krisis ekonomi yang sangat lembab. Bayangkan kerajaan terdahulu hanya meninggalkan lebih kurang RM450 juta wang rakyat kepada Kementerian Kewangan untuk meneruskan operasi negara. (Selepas kalah pada pembangkang di pilihanraya yang lepas)
Jadi tidak hairanlah kalau kerajaan hari ini terpaksa meminjam dari negara luar selain terpaksa menjual aset-aset yang tidak bermanfaat kepada rakyat demi meneruskan operasi dan menjalankan pembangunan yang sekian lama ditunggu oleh rakyat di semua lapisan.
Hutang dan hasil jualan aset itu juga digunakan untuk melunaskan hutang tertunggak 1MDB. Dahsyat!
Maksudnya kalau skandal sebesar 1MDB ini berlaku di negara negara jiran maka nescaya negara itu sudah lama hancur dan porak peranda di tangan rakyatnya.
Jadi pada jentera UMNO yang terus mempertahankan salahlaku Najib dalam skandal 1MDB dan sebagainya. Tidak kah kamu merasa malu pada diri sendiri dan rakyat negara jiran?
Lalu bagaimana dengan dosa yang cuba menutup penipuan 1MDB sebelum pilihanraya yang lepas dan hari ini kelakuan yang terus mendokong pelaku 1MDB. Siapa yang akan menanggung dosa itu pimpinan UMNO kah? π€