Siapapun Yang Berkerjasama Dengan PKR Dan DAP Akan Dihukum

Naib Presiden UMNO Malaysia Datuk Ismail Sabri berkata pihak pimpinan tertinggi UMNO telah membuat keputusan muktamad tidak akan bekerjasama dengan parti PKR dan DAP.

Kamu ingat dan amati betul-betul, ini adalah kenyataan rasmi daripada Naib Presiden UMNO Malaysia. Apa dia kata, tidak akan bekerjasama dengan PKR dan DAP. Bermaksud berita yang tular beberapa bulan lalu dan pendedahan Datuk Annuar Musa bahawa Presiden UMNO dan Najib Razak ada kerjasama dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng adalah benar.

Sebab itu jugalah pemimpin PKR dan Lim Guan Eng berani membuat kenyataan berhubung kerjasama yang dimaksudkan seperti tidak mustahil akan ada kerjasama DAP dan UMNO. Walaupun cuba dinafikan oleh beberapa pemimpin dan sudah tentulah laskar UMNO hanya kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Atau sebenarnya memang tahu tapi buat-buat tidak tahu sehinggalah keadaan berada di ambang pilihan raya umum yang ke 15.

Rentetan itulah Naib Presiden UMNO ini membuat ketegasan bahawa siapa pun mereka jika bekerjasama dengan dua parti itu akan dihukum atau akan berhadapan dengan tribunal UMNO.

Sebelum ini Ahli Parlimen Arau, Datuk Shahidan Kassim telah menyatakan pendiriannya, sanggup berpisah dengan UMNO pusat sekiranya Presiden UMNO benar benar menafikan Perikatan Nasional melalui Perhimpunan Agung UMNO.

Apa pun jangan ada yang terkejut beruk jika Naib Presiden UMNO ini akan menerima nasib yang sama seperti mana Datuk Annuar Musa dan sebenarnya dalam diam Datuk Shahidan Kassim.

Gerakan untuk mengangkat Najib sekali lagi sebagai Perdana Menteri Malaysia juga telah memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap UMNO. Bayangkan bukan hanya orang biasa yang menentang tetapi dikalangan ahli UMNO itu sendiri pun, mulai bersuara.

Elok dah UMNO duduk diam dalam Perikatan Nasional. Ada hati lagi membuat onar. Degil tidak mengambil iktibar dari kekalahan pada pilihan raya umum ke-14 yang lepas.

Sebab Kenapa UMNO Mengada-ngada Dalam Perikatan Nasional

Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa menggariskan beberapa sebab kenapa UMNO berpecah dalam Perikatan Nasional sekaligus sering mengeluarkan kenyataan yang mengada-ngada.

Pertama kekecewaan segelintir pemimpin UMNO tidak terpilih menyertai kabinet apabila UMNO kembali sebagai kerajaan. (tidak bersyukur walhal UMNO tumbang pada pilihan raya umum ke-14 tapi berpeluang membentuk kerajaan bersama Bersatu, malahahan kecewa. Persis perangai mangkuk hayun oh)

Pelantikan anak buah ke dalam kabinet dan bukannya pemimpin UMNO itu sendiri serta kes mahkamah yang tidak memihak pemimpin mereka. Menyebabkan mereka berpendapat kerajaan Perikatan Nasional tidak membantu supaya terlepas dari tuduhan salah guna kuasa di Mahkamah (macam mana seorang pemimpin yang sudah lama, cemburu pada pemimpin pelapis yang sepatutnya didorong dan diberikan peluang. Sepatutnya perbuatan salah guna kuasa diserahkan saja pada Mahkamah untuk menentukannya. Nampak sangat selama ini UMNO memperalatkan konstitusi untuk kepentingan peribadi. Apa punya teruk oh, sikit sikit sudahlah)

Sebab lain kerana pertemuan sulit sebelum Pilihan Raya Negeri Sabah bagi tujuan untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional diikuti sumpah setia kepada ketua pembangkang Datuk Anwar Ibrahim pada 11 Oktober. Sekaligus melanggar sumpah UMNO yang tidak akan berkerjasama dengan PKR dan DAP (sumpah setia itu telah diturunkan melalui satu dokumen rasmi yang ditandatangani oleh Presiden UMNO dan surat itu telahpun tular namun niat busuk ini tidak menjadi kenyataan)

Pertemuan pada 17 Oktober 2020 yang melibatkan beberapa pemimpin UMNO dan Pakatan Harapan disusuli beberapa perbincangan lain untuk menjatuhkan kerajaan. (juga menemui jalan buntu hingga menambah lagi kekecewaan UMNO maka semakin kuatlah mengada-ngada)

Dari sebuah kekecewaan menyebabkan mereka terfikir untuk memperalatkan Perhimpunan Agung UMNO sebagai medan untuk membatalkan jajaran asal yang telah berkali-kali diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO. (jajaran asal yang dimaksudkan ialah bekerjasama dengan Bersatu dan PAS dalam Perikatan Nasional atau Muafakat Nasional)

Akibatnya berlakulah pertembungan dua aliran pemikiran dalam kalangan pemimpin dan Bahagian-Bahagian UMNO. Maka tercetuslah jajaran baharu menggantikan jajaran sebelum ini yang condong kepada Pakatan Harapan.

Sebab itulah jangan ada yang merasa pelik bila terbaca kenyataan dari segelintir pemimpin UMNO yang sekejap-sekejap bertukar. Namun tidak dinafikan ada kalanya kenyataan itu tidak datang daripada mulut pemimpin UMNO itu sendiri setelah mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak Presiden UMNO. Jadi kalau ingin mencari kebenaran dalam parti UMNO, ambil kenyataan pertama bukannya kenyataan selepas itu. 😅

Najib Peruntukan Untuk Kebaikan Rakyat Pun Dihebohkannya. Alahai

Sebenarnya Najib telah mengisytiharkan perang secara rasmi terhadap Bersatu. Bilamana dia mendedahkan atau mengongsi perjalanan mesyuarat Parti Bersatu.

Di mana dalam Mesyuarat itu Pengerusi telah mengumunkan beberapa peruntukan kepada Ketua Ketua Bahagian hingga ke pergerakan Sayap.

Isunya untuk apa Najib turut memviralkan rakaman video berkenaan. Adakah hal yang sama tidak pernah dilakukan oleh UMNO.

Lucu, UMNO lagi dahsyat tapi tidaklah sampai parti-parti dalam Perikatan Nasional busy body.

Najib yang karakteristiknya telah terbunuh pun tapi masih ada hati membunuh karektor orang lain ataupun parti Bersatu. Wadah ini masih suci murni lah bosku. He!

Hakikatnya pemberian itu adalah untuk kebaikan rakyat. Supaya nanti masyarakat mengundi calon calon daripada Perikatan Nasional, tidak kiralah apa itu dari parti Bersatu, PAS atau UMNO sekali pun. Itupun kalau masyarakat menghargainya kalau tidak, apa boleh buat yang penting tanggungjawab sebagai parti pemerintah telah dilaksanakan dan mengikut prosedur.

Janganlah dengki sangat atau janganlah telengong sangat bosku oiii.

Pemberian yang diumumkan itu tidak diberikan begitu sahaja, ia masih melalui proses yang dibuat oleh agensi yang terlibat seperti keterangan di bawah.

Projek untuk manfaat rakyat pun nak jadi cerita?*

Sebenarnya ianya proses biasa
Pemimpin mohon projek utk kaw/kg masing2 pd PM – PM Lulus – minta JPM/ICU bagi taklimat – Semua kena bagi lesen kontraktor (ikut prosedure & syarat) – ICU turun tengok tempat projek dan buat BQ – keluar tawaran kerja pd kontraktor yg tepati syarat – projek jalan – rakyat/org kg dpt manfaat
*(Apa masalah dan isunya)*

*Amalan di Daerah*
Di Daerah – DO pun keluar ‘kerja bagi’ pd kontraktor yg adun2 rekemen (dulu 20k kebawah – sekarang 50k kebawah)
Ini dpt jimatkan masa utk panggil sebutharga/tender… rakyat cepat dpt faedah – kontraktor G1 dpt manfaat – so ekonomi akan berkembang kalau seluruh negara G1 dpt kerja
*Bukan PM bagi projek direct ke parti – mesti melalui kontraktor berlesen*

*Andaikan :- *
185 bhg X 100k = 18.5 juta… ramai merasa (100k = 5 lesen)
Hampir 1k lebih kontraktor dpt peluang kerja – 1k projek – kg dpt manfaat

*Siapa yg byk Untung*
Kontraktor umno yg paling byk dpt manfaat sebab pemimpin bersatu ramai tiada lesen 😂

#hambaprihatin

Pembangkang Bunuh Karakter PM Muhyiddin Sebab Mereka Tidak Ada Calon PM

Dakwaan kononnya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melantik ejen untuk mendapatkan komisen dari penyelesaian ke atas skandal 1mdb dan Golden Sachs, melibatkan aset di luar negara adalah fitnah semata-mata. Tidak logik langsung.

Fitnah seperti itu menurut Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful merupakan strategi memfitnah yang sekian lama diamalkan oleh pembangkang.

Malah kalau tidak memfitnah itu bukan politik namanya.

Ketua Penerangan Bersatu itu juga menegaskan tuduhan kerajaan tidak telus dalam menangani kes 1MDB adalah tuduhan untuk membunuh karektor seorang Perdana Menteri yang terbukti seorang pemimpin yang dihormati dan tegas memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat.

Tujuan mereka berbuat demikian adalah bagi menutup hal iaitu mereka tidak ada calon yang boleh diangkat sebagai Perdana Menteri yang prihatin bersih berwibawa dan berintegriti seperti mana Perdana Menteri Malaysia yang pada saat ini iaitu Muhyiddin Yassin.

Begitu juga yang cuba dilakukan oleh pembangkang Warisan di Sabah. Jentera Warisan hari-hari meratib kononnya Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji tidak itulah tidak inilah hingga kononnya menyebabkan bantuan makanan tidak sampai pada mereka. Memalukan saja tidak habis habis menuntut bantuan makanan walaupun bantuan telah diberikan pada mereka yang berhak dan layak.

Orang sudah tahu pun satu persatu pemimpin dan jentera Warisan diikuti SPRM. Kalau sudah penjilat dan macai awal awal lagi sudah sangkut, apa lagi kepalanya tinggal lagi belum sampai masanya kot.

Bila Presiden UMNO Sergah Saya? – Shahidan Kassim

KANGAR : Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan beliau ‘disergah’ Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika pertemuan mereka di mahkamah baru-baru ini.

Sebaliknya Shahidan menegaskan, kehadiran beliau ke mahkamah dan pertemuan singkat kira-kira 10 minit itu hanyalah bagi menyatakan sokongan terhadap Ahmad Zahid yang sedang menghadapi perbicaraan.

Dalam masa sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu juga menjelaskan bahawa hubungan beliau dengan Presiden UMNO itu adalah cukup baik.

“Saya memang pergi ke mahkamah untuk jumpa Ahmad Zahid sebagai tanda sokongan.

Dakwaan bahawa saya disergah sebagaimana disebarkan oleh segelintir bloggers UMNO itu adalah tidak benar.

“Ahmad Zahid hendak sergah saya buat apa, bukan saya lakukan apa-apa kesalahan. Tindakan segelintir bloggers UMNO ini bukan membantu menambah kekuatan UMNO sebaliknya hanya mengundang perpecahan.

“Adalah lebih baik bloggers UMNO ini tumpu menyerang pembangkang bukan menyerang sesama sendiri yang langsung tidak menguntungkan parti,” katanya ketika ditemui di Yayasan Pok Dan Kassim (YPK) di sini hari ini.

Khamis lalu, tular dalam media sosial bahawa Shahidan ‘disergah’ Ahmad Zahid ketika memohon untuk menarik usul tamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Dalam pertemuan singkat di mahkamah itu, difahamkan Ahmad Zahid menolak permohonan tersebut dengan nada tinggi sambil berkata “cubalah buat”.

Sementara itu, Shahidan juga menafikan dakwaan bahawa beliau bertemu Ketua-Ketua Bahagian dan Wanita UMNO di Melaka bagi menggesa mereka membawa usul menyokong kerjasama dengan Bersatu dan bersama Perikatan Nasional (PN) pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) nanti.

Malah, beliau juga bukan salah seorang individu yang dikaitkan sedang melakukan gerakan dalaman bagi mengubah keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MPT) yang menolak kerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Saya tidak pergi ke Melaka pun, bagaimana boleh dikaitkan dengan tuduhan ini. Semua dakwaan dan serangan terhadap saya sejak akhir-akhir ini adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Dalam pada itu, Shahidan berkata, UMNO negeri akan kekal bekerjasama dengan parti-parti bumiputera lain dan jika PAU membuat usul hendak putus dengan Bersatu, baharu Perlis menyatakan pendirian semula. -UTUSAN ONLINE


Inilah kerja puak-puak ni bila saja tidak sehaluan mulalah mencari kesalahan merendahkan kewibaan orang.

Sampai bilalah puak tidak berubah. Sedarlah rakyat yang ada pada hari ini terlalu bijak untuk disuapkan dengan berita-berita yang memerlukan pengakuan dari individu yang terbabit.

Seperti contoh dakwaan Presiden UMNO ada menandatangani surat sokongan pada Anwar Ibrahim untuk diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Cerita ini telah menyebabkan UMNO dipandang rendah oleh ahli dan rakyat yang selama ini percaya UMNO tidak akan berkerjasama dengan Anwar atau pun DAP.

Namun sehingga hari ini tidak ada seorang pun penyokong Presiden UMNO atau Zahid Hamidi secara peribadi membuat laporan Polis. Sedangkan kalau ia dibiarkan lama-kelamaan akan mampu membunuh di mata orang-orang Melayu khususnya.

UMNO Perlis Rela Dibuang Jika UMNO Putus Kerjasama Dengan PPBM

Benar sangatlah pendapat ahli Parlimen Arau, Datuk Shahidan Kassim ketika mempersoal sikap UMNO yang mesti berubah mengikut zaman.

Tahun 90an dulu siapapun yang bertanding atas tiket UMNO akan menang tapi hari ini tidak lagi. Semua orang ada pendapat mereka yang tersendiri dan dynamic. Apa lagi hari ini semua orang ada handphone, boleh mencapai maklumat dengan begitu mudah.

Justeru itu kerjasama UMNO dalam Perikatan Nasional harus dipertahankan dan diperkasakan.

Sehingga pada satu tahap sekiranya selepas Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung pada 27 Mach ni. UMNO tetap meneruskan hasrat tidak bekerjasama dengan PPBM (Bersatu) dalam Perikatan Nasional. Maka ketika itu selaku pemimpin UMNO Perlis rela dipinggirkan atau dibuang daripada UMNO pusat.

Politik bukan emosi politik ialah meletakkan kemenangan di hadapan. Bukannya menjadi bahan permainan media, menghukum sebagai penyangak dan ejen. Walhal UMNO Perlis dan PAS macam adik beradik.

Untuk itu UMNO Perlis telah membuat ketetapan untuk bekerjasama dengan semua parti parti politik Melayu Islam dalam pilihan raya.

Menurut lagi Datuk Shahidan sebaiknya biarlah berlaku perundingan, dimana UMNO/BN bertanding PN tak bertanding. Begitu juga sebaliknya.

UMNO Perlis juga menyarankan agar UMNO terus bekerjasama atau menyokong PN dan dalam masa yang sama terus mencari kata sepakat.

Datuk Shahidan Kassim juga mempersoalkan hakikatnya yang bertanding bukannya UMNO tapi kenapa UMNO yang sibuk membuat keputusan dalam banyak isu berhubung kerjasama dalam Perikatan Nasional.

(Memang pun semua calon UMNO yang bertanding dalam pilihanraya menggunakan lambang dacing atau BN)

Lebih kurang begitulah kesimpulan yang kita boleh buat hasil temubual Datuk Shahidan Kassim dengan wartawan portal Malaysinow.

Menjadi tanda tanya kan kenapa tidak menggunakan logo UMNO? Secara peribadi kalau mereka menggunakan logo UMNO maka kemungkinan besar pengundi Sabah Sarawak akan menolak calon BN. 😅

Peter Gagal Pindah Kes Ke Mahkamah Sabah dan Najib dll Dipanggil Sebagai Saksi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony yang didakwa atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi memindahkan kesnya dari Mahkamah Sesyen, di sini, ke Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.

Perkara itu disahkan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, ketika ditemui media selepas selesai pendengaran permohonan itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Aslam Zainuddin.

Terdahulu, Wan Shaharuddin, memberitahu bahawa permohonan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu ditolak kerana Mahkamah Tinggi di sini tidak mempunyai bidang kuasa untuk memindahkan kes berkenaan ke Sabah.

“Sehubungan itu, perbicaraan kes di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan bermula 5 April ini.

“Mahkamah turut menetapkan 6,7,8,9 19,20,21,22,23 April untuk perbicaraan kes,” katanya.

Wan Shaharuddin berkata, pihaknya berkemungkinan memanggil seramai 12 saksi antaranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Peter, 50, didakwa sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen, iaitu surat Pejabat Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) bertarikh 11 Julai 2014.

Dokumen itu didakwa mempunyai pernyataan palsu kononnya UMS mengadakan kolaborasi dengan syarikat Asli Jati Engineering, yang menyaksikan syarikat itu bersetuju membiayai dan mendirikan sebuah pusat Latihan Teknikal (M&E), serta pihak UMS menyokong penuh permohonan syarikat terbabit bagi melaksanakan kerja-kerja secara rundingan terus.

Peter dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya pada 17 Julai 2014.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Peter turut didakwa atas pertuduhan alternatif, iaitu menggunakan dokumen palsu sebagai tulen membabitkan dokumen sama bagi membiayai dan mendirikan sebuah pusat M&E di tempat dan tarikh sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 11 Jun tahun lalu, Peter didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, atas lima pertuduhan pengubahan wang haram lebih RM8.75 juta berhubung pembelian tanah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda).

Beliau juga dihadapkan ke mahkamah sama pada 18 Jun tahun sama, atas pertuduhan bersubahat dalam kes pecah amanah membabitkan pembelian tanah Risda bernilai RM15,545,400. – BH Online

MP UMNO Gesa Batal Keputusan Tidak Berkerjasama Dengan PPBM

Ada rupanya ahli Parlimen UMNO yang sedang berusaha untuk membatalkan keputusan Presiden UMNO tidak bekerjasama dengan PPBM pada pilihanraya umum ke 15 akan datang.

Menurut sumber itu lagi, usahanya telah diketahui oleh seorang dua ketua Bahagian. Maksudnya Ahli Parlimen berkenaan telah berhubung dengan beberapa ketua ketua Bahagian bagi menyatakan hasratnya.

Ketua-ketua Bahagian itu juga diminta untuk menandatangani satu dokumen yang bertujuan untuk mengesa kepimpinan tertinggi UMNO supaya menarik balik keputusan tidak bekerjasama dengan PPBM sebelum ini.

Alasan kenapa dia bertindak sedemikian kerana tahu UMNO akan kalah jika tidak berganding atau bekerjasama dengan PPBM pada pilihanraya umum yang akan datang.

Walaubagaimanapun usaha Ahli Parlimen berkenaan tidak mendapat sambutan dari beberapa ketua-ketua Bahagian. Malah dianggap menyebelahi musuh.

Memang cerdiklah Ahli Parlimen tu dia boleh agak apa akan berlaku jika UMNO tidak lagi bekerjasama dengan PPBM dalam Perikatan Nasional.

Kalau sudah pemimpin UMNO Semenanjung dapat menjangka apa akan berlaku pada UMNO. Apa lagi di Sabah, dimana pembangkang yang terdiri dari parti-parti tempatan hanya perlu menyuntik kebencian pada parti UMNO sebagai parti yang bertanggungjawab memiskinkan negeri dan diri mereka. Selain memaparkan salah laku yang mereka telah lakukan.

Apa yang kita nampak sekarang seolah-olah satu-satunya musuh UMNO hanyalah PPBM. Mereka lupa parti PKR dan DAP yang mendominasi pengundi di bandar-bandar.

Apapun admin sebagai masyarakat yang mengikuti perkembangan politik semasa. Berharap semoga usaha ahli Parlimen berkenaan mendapat kejayaan.

Kita orang berkawan bukannya lawan.

UMNO Tubuh Pasukan Khas Semak Imbang Kerajaan PN. Badut 🤡

Wah hebat UMNO ni pelbagai cara digunakan untuk memakan daging saudara sendiri. Terbaru UMNO akan menubuhkan satu pasukan khas bagi kononnya menyemak dan mengimbangi kerja-kerja kerajaan Perikatan Nasional.

Alamak joker maling nak jadi hero. Mampukah kain yang kotor membersihkan benda yang bersih?

Pelik bukan sepatutnya yang memikul tanggungjawab seperti itu ialah pihak pembangkang, apa lagi pembangkang Pakatan Harapan cukup berpengalaman mendedahkan isu penyelewengan,  sepertimana pembongkaran mereka ke atas skandal 1MDB dan SRC serta Yayasan Akal Budi dan pemberian Visa kepada pekerja asing.

Menyebabkan Najib Razak, Zahid Hamidi dan beberapa lagi pemimpin UMNO berjaya diheret ke muka pengadilan.

Walaubagaimanapun sehingga hari ini kepimpinan UMNO dan jentera mereka masih tidak mengakui penyelewengan yang berlaku dalam skandal berkenaan.

Tapi ada hati untuk menjaga kerja orang lain, kerja kawan pula tu. Alahai!

Jangan lah terlalu hipokrit UMNO oiii. Bikin geli kok itu. Apa kamu ingat pemimpin dan penyokong UMNO tidak berkepentingan dalam kerajaan atau kamu ingat mereka saja saja menyokong tanpa mengharapkan sesuatu daripada kerajaan Perikatan Nasional ini.

Hari ini walaupun pemimpin pemimpin UMNO berdegar-degar menafikan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin atau kerajaan Perikatan Nasional. Tapi itu hanyalah retorik, hakikatnya sehingga hari ini mereka terus bertenggek dalam kerajaan Perikatan Nasional. Kenapa begitu, nah tidak lain tidak bukan untuk memanfaatkan kedudukan UMNO sebagai kerajaan atau bagi mendapatkan larva.

Dalam bab itu admin tidak menafikan kecerdikan UMNO, sebab itulah sehingga hari ini mereka boleh bertahan. Malah kalau kerajaan Perikatan Nasional gagal menyaingi mereka, boleh tergugat tu.

Semasa era kerajaan Pakatan Harapan dahulu antara sebab kenapa penyokong UMNO dan jentera UMNO  tidak suka pada kerajaan pada waktu itu adalah kerana Pakatan Harapan terlalu tegas mengawal salahguna kuasa yang berlaku dalam agensi kerajaan. Waktu itu ramai penyokong penyokong dan jentera UMNO atau BN yang diheret oleh SPRM.

Jadi janganlah terlalu bodoh sombong hipokrit, kerja siapa sebenarnya yang kamu mahu jaga tu. Ambil cermin tu. Hemmm!

Percayalah kamu wahai UMNO jangan terlalu hipokrit. Jangan sengaja mengundang kemurkaan Tuhan. Rakyat tahu juga itu kerabat kerabat zero kepada hero. Contohnya tidak habis-habis mengambil gambar makanan atau ketika berbelanja. Hahaha!

Gambar sekadar hiasan

Dua AMT UMNO Bakal Dipecat Oleh Zahid Hamidi

Gambar sekadar hiasan

Apa cerita pula ni dua ahli Majlis Tertinggi UMNO bakal dipecat oleh Presiden UMNO kerana kononnya membocorkan rahsia setiap kali bermesyuarat.

AMT itu seorang lelaki seorang lagi perempuan.

Nama mereka akan diumumkan dalam tempoh yang terdekat, hari yang sama mereka akan dipecat dari parti UMNO. Ya kah?

Mula-mula sekali kita mahu tahu juga rahsia apa yang dibocorkan itu untuk mengerjakan siapa, kalau untuk rakan dalam Perikatan Nasional. Rasanya itu perbuatan yang terpuji sebab berlaku jujur kepada kawan. Pujian harus diberikan kepada mereka.

Bukan hanya dipuji tetapi layak diangkat oleh rakyat sebagai pemimpin tertinggi negara. Negara amat memerlukan pemimpin seperti ini yang tidak mementingkan parti semata-mata tetapi mendahulukan rakyat secara keseluruhannya. Iyalah bila seorang pemimpin itu berjawatan Menteri maka tugas beliau adalah untuk memastikan rakyat mendapat layanan yang baik tanpa mengira fahaman politik dengan syarat kerajaan itu haruslah stabil dari anasir-anasir kritikan yang tidak membina.

Sebaliknya lah kalau rahsia yang dimaksudkan oleh Presiden UMNO itu bertujuan untuk merosakkan Perikatan Nasional. Seperti yang rakyat tahu, rahsia Presiden UMNO untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP sekaligus bertujuan menjatuhkan Tan Sri Muhidin Yasin sebagai Perdana Menteri Malaysia. Maka sikap Presiden UMNO itulah yang patut dipertikaikan oleh rakyat. Nampak disana ada sikap yang tidak jujur dan tidak bersyukur sebagai kawan.

UMNO ni pelik sangatlah orang lain pun terdesak juga tetapi tidaklah sampai sanggup memperalatkan parti untuk menyelamatkan mereka yang berhadapan dengan tuduhan kes di Mahkamah.

Itu juga bererti rakaman suara Zahid Hamidi ketika mengatur strategi untuk bersama dengan PKR dan DAP adalah benar. Alahai. Hemmm.

Padan tiada seorang pun wakil Presiden UMNO yang membuat laporan Polis agar siasatan lebih lanjut dapat dijalankan. Samalah ceritanya dengan kemunculan sepucuk surat yang ditandatangani oleh Presiden UMNO bagi tujuan menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sehingga hari ini tiada seorang pun wakil Zahid Hamidi secara peribadi membuat laporan Polis.

Kalau benar 2 ahli Majlis Tertinggi tu akan dipecat oleh Zahid Hamidi. Kita berharap sangat lah semoga mereka berjuang bersama-sama parti Bersatu. In Shaa Allah