DAP Warisan Lapor Polis Menteri Kesihatan (UMNO) Khususnya

Tujuh ahli Parlimen daripada DAP dan Warisan telah membuat laporan Polis terhadap Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Adham Baba yang juga Ahli Parlimen UMNO mewakili P155 Tenggara.

Mula mula admin nak nyatakan, terbukti kritikan penyokong UMNO terhadap Kerajaan Perikatan Nasional berhubung penularan COVID-19 yang dijadikan bahan politik telah memakan diri.

Laporan Polis itu dibuat oleh Dato’ Ambiga Sreenevasan, Datin Paduka Marina Mahathir bersama Fahmi Fadzil, Hannah Yeoh, Dr. Kelvin Yii, Dato’ Mohd Azis Jamman, Charles Santiago, Isnaraissah Munirah Majilis dan Maria Chin Abdullah terhadap kecuaian Menteri Kesihatan Malaysia dan Menteri-Menteri lain sehingga menyebabkan Covid-19 gagal dikawal (S269 dan 304A Kanun Keseksaan)

Jentera UMNO kamu nampak tak, walaupun kamu berusaha memburukkan dan menafikan kedudukan Perdana Menteri atau kerajaan Perikatan Nasional. Tapi itu hanya diterima oleh ahli UMNO yang totok bukannya masyarakat luar apa lagi pembangkang. So selepas ini jangan syok sendiri, sekalipun pembangkang bersikap seperti kamu yang terlalu kritikal terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin namun rakyat tetap tidak senaif kamu.

Sistem berjalan diatas sistem, kalau setakat hujah kosong dan retorik tidak akan mampu mengubah sistem yang objektif sifatnya.

Cerita pasal laporan Polis itu sama ada ia wajar atau tidak itu nanti kita bahas. Yang pasti nampaknya pembangkang terus berpolitik walaupun dalam keadaan kerajaan dan rakyat berhempas pulas melawan Covid-19.

Najib Yang Perkenalkan Polisi Doktor Kontrak, Lupa?

Ternyata Najib yang memperkenalkan polisi doktor kontrak walaupun pada ketika itu negara sedang berhadapan dengan kekurangan doktor. Pelik bukan!

Tapi hari ini Najib memanipulasi keadaan kononnya kerajaan Perikatan Nasional, kerajaan yang kedekut. Pelik bukan!

Untuk makluman kerajaan Perikatan Nasional sedang dalam proses menyelesaikan masalah yang ditinggalkan oleh pentadbiran Najib.

Antara jalannya menyambung kontrak perkhidmatan dan diserap menjadi kakitangan tetap.


Najib kedekut, mana wang RM114 juta? Kata nak tuntut?

Datuk Seri Najib Razak dan UMNO akan menuntut hak wang bernilai RM114 juta.

Baru-baru ini Datuk Seri Najib Razak cuba menjadi hero dengan menggesa kerajaan supaya tidak kedekut berhubung isu doktor kontrak, walhal umum tahu beliau sudah pun menang kes di mahkamah melibatkan tuntutan wang sitaan RM114 juta.

Begitulah perangai bekas Perdana Menteri, berkemungkinan Najib lebih nyanyuk awal berbanding usianya yang masih belum masuk kategori warga emas.

Najib membidas kerajaan berhubung isu doktor kontrak tetapi faktanya polisi tersebut diperkenalkan semasa pentadbirannya pada 2016 tetapi kini beliau cuba buat-buat lupa mungkin kerana terlalu sibuk dengan kes mahkamah atau mungkin sibuk dengan teman baharunya.

Agenda Daily ingin mengimbau kembali supaya Najib tidak lupa dan hilang memori sebelum usia tuanya.

Skim doktor kontrak diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dipimpin Najib pada 2016 dibawah Transformasi Perkhidmatan Awam, waktu itu negara kekurangan doktor dan kerajaan waktu itu memutuskan untuk melantik kumpulan lulusan perubatan, pergigian dan farmaseutikal pertama secara kontrak.

Pada 15 Disember 2016, satu memo Kementerian Kesihatan dihantar daripada ketua setiausaha (KSU) kepada semua ketua pengarah negeri dan ketua pengarah hospital awam untuk memulakan skim tersebut disamping persetujuan kerajaan untuk melantik staf kontrak bermula 21 Oktober 2016.

Salah seorang doktor yang juga rakan Agenda Daily mengesahkan berhubung memo tersebut dan masih mengingati waktu itu ramai yang tidak berpuas hati dengan kerajaan BN tetapi bimbang berdepan dengan tindakan yang bakal dikenakan.

Doktor tersebut memberitahu kerajaan BN waktu itu sangat berkuasa dan mampu melakukan apa sahaja yang mereka mahu supaya penjawat awam mendengar cakap, malahan pandangan para doktor juga tidak diendah.

“Sekarang Najib nak jadi hero? Dahulu kenapa tidak bela kami? Tak payah lah nak berlagak diri itu suci sangat.

“Kami para doktor masih ingat bagaimana diperlakukan semasa era Najib, nak bagi pandangan pun fikir banyak kali takut dikenakan tindakan kerajaan BN waktu itu… mereka terlalu berkuasa sehingga siapa pun tidak berani,” kata seorang doktor yang juga rakan kepada Agenda Daily.

Seperti isu kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tahi yang ditinggalkan Najib dan konco-konconya kini terpaksa dicuci oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Begitulah hebatnya bekas Presiden UMNO itu yang kini bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri semula.

Jika tidak masakan sanggup dengan muka tebalnya Najib ini sanggup panjat pejabat Timbalan Perdana Menteri (TPM) hanya semata-mata mahu berjumpa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Belum pernah rakyat jumpa pemimpin muka setebal macam ini, hari-hari Najib maki kerajaan dan kecam Menteri serta Timbalan Menteri UMNO tetapi alih-alih baru-baru ini terpacak di pejabat TPM.

Untuk rekod, kerajaan tidak pernah mengabaikan dan meminggirkan nasib doktor kontrak dan sebagai langkah segera Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah mengumumkan langkah segera yang akan diambil antaranya kontrak pegawai perubatan, pergigian dan farmasi lantikan kontrak akan dilanjutkan antara dua tahun hingga empat tahun selepas menamatkan khidmat wajib sekarang.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk menambah baik kemudahan atau faedah yang ditawarkan kepada pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak seperti cuti tugas khas perubatan, cuti tibi dan kemudahan tambang mengunjungi wilayah asal.

Jika Najib boleh menuduh kerajaan kedekut, rakyat juga nak tanya mana wang RM114 juta? KATA NAK TUNTUT, SUDAH TUNTUT KE BELUM? HARI ITU KATA NAK TUNTUT 24 JAM? SEKARANG INI SUDAH LEBIH 24 HARI PUN BELUM TUNTUT… JADI BILANYA NAK TUNTUT?

Janganlah kedekut dengan rakyat, rakyat pun nak merasa juga duit simpanan tabung Najib yang berjuta-juta itu… Bantulah kami rakyat yang memerlukan bantuan sekarang ini.

Agenda Daily.

Orang Semporna Hentam Shafie dan Penyokongnya Kaw Kaw (Video)

Rasanya admin kenal siapa yang membahasakan pimpinan dan penyokong Warisan Semporna ini.

Dia tu berasal dari Semporna, seorang Guru Sekolah dan ada bau bau bacang dengan Shafie. Pernah menjadi penyokog tegar politik Shafie baik semasa dalam UMNO mahupun hari ini sebagai Presiden parti Warisan.

Dan kalau tidak silap pernah berdebat panas dengan admin. Ketika itu dia membela Shafie atau Warisan admin pula menentangnya.

Ada dua orang sudah bekas penyokong Warisan Semporna yang bersikap seperti ini dan juga pernah berlawan dengan admin. Dia bekas Guru Sekolah tapi lagi dahsyat, sanggup bersumpah dan mendoakan politik Shafie, Jaujan Sambakong dan Aziz Jamman agar tidak lagi bangkit hingga hari kiamat.

Untuk video ini admin cuba perjelaskan apa yang dia perkatakan dalam bahasa Bajau itu ke bahasa Melayu.

Dia maksudkan begini. Pendukung Warisan Semporna bukannya siapa siapa tanpa UMNO. UMNO yang memberikan mereka kekayaan. Tanpa UMNO tidak ada pun orang luar yang mengenali mereka.

Tapi kerana kecewa mereka marahkan kerajaan (UMNO) lalu menyokong parti Warisan.

Namun dia yakin masyarakat Semporna yang berminda kelas pertama tidak lagi terpedaya dan menyokong sekali lagi politik Shafie atau parti Warisan.

Lebih kurang begitulah.

Kita Bukan Lembu, Tajuddin

Betullah tu apa lagi orang MELAYU sendiri yang menjadi pemimpin dan penyokong parti Melayu atau UMNO. Mana boleh hanya mendengar satu pendapat walaupun terang terang salah.

Lainlah kalau pemimpin dan penyokong UMNO itu luar daripada Semenanjung yakni dari Sabah.

Tidak ada prinip kebenaran yang mereka boleh buktikan pada masyarakat Sabah, selain akur pada kehendak bos malah mendorong kesalahan bos. Walaupun perkara itu bertentangan dengan naluri manusiawi dan nilai nilai baik yang perlu ada pada wadah perjuangan.

Lihat saja pengikut dan jentera UMNO Sabah di akar umbi. Sebelum ini menyanjung Tajuddin kerana menurut kehendak Presiden UMNO, bila Tajuddin menonggak arus, tidak semena-mena dihina. Macam saja mereka tu benar Melayu yang lebih bertanggungjawab ke atas UMNO berbanding Tajuddin. Apa lagi Tajuddin lebih Melayu dari Zahid Hamidi. Kesian Tajuddin di buli oleh Melayu jadi jadian.


Kita bukan lembu’ – Tajuddin

Saiful Haizan HasamJulai 14, 2021 @ 3:13pmsaiful.haizan@bh.com.my

Saya tidak menyesal digugurkan sebagai Pengarah Pilihan Raya parti hanya kerana beri pandangan kritikal dalam mesyuarat MKT UMNO - Tajuddin. FOTO NSTP

Saya tidak menyesal digugurkan sebagai Pengarah Pilihan Raya parti hanya kerana beri pandangan kritikal dalam mesyuarat MKT UMNO – Tajuddin. FOTO NSTP

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak menyesal dengan penggugurannya sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO hanya kerana memberikan pandangan kritikal ketika Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, minggu lalu.

Tajuddin menegaskan, apa yang beliau bangkit dan perkatakan dalam mesyuarat itu adalah perkara benar apabila sehingga hari ini tidak ada pihak menafikan pandangannya.

“Terpulanglah kepada Presiden UMNO (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) nak terima atau tak pandangan saya.

“Kalau itu yang jadi sebab dia nak ganti saya, tak apa lah. Saya tak menyesal dengan apa yang saya perkatakan kerana itu perkara 100 peratus benar.

“Dia ada kuasa, maka terpulang pada dialah. Saya pun tak kecewa sebab banyak lagi kerja lain saya boleh buat untuk bantu parti,” katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid mengumumkan pelantikan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Pengarah Pilihan Raya parti itu berkuat kuasa serta-merta menggantikan Tajuddin yang dilantik ke jawatan itu pada 4 November tahun lalu.

Baru-baru, ini tular rakaman audio dikatakan suara Tajuddin ketika mesyuarat MKT UMNO pada Rabu lalu yang menyifatkan keputusan parti menarik sokongan daripada Muhyiddin ketika rakyat bergelut dengan krisis COVID-19, sebagai tidak wajar.

Sementara itu, Tajuddin berkata perbezaan pendapat dalam mesyuarat sepatutnya tidak menjadi masalah kerana dengan cara itu akan wujud idea yang boleh dipertimbangkan untuk kebaikan parti.

Katanya, sebagai ahli UMNO selama 45 tahun, beliau tidak mahu menjadi ‘pak turut’ dalam semua keadaan.

Beliau berkata, pandangannya dalam mesyuarat MKT UMNO itu menyentuh masa depan parti selepas beberapa kali membuat keputusan yang salah.

“UMNO ini sebuah parti besar, kalau buat keputusan biarlah yang tepat dan membawa kepada kejayaan. Kalau membawa kesan negatif kepada parti, nak buat apa. Rakyat memerhatikan.

“Sepatutnya tidak ada masalah perbezaan pendapat kerana kita bukannya lembu. Seekor lembu di depan masuk kandang, kita yang lain pun ikut masuk kandang. Bila seekor keluar kandang, kita pun keluar kandang,” katanya.

“Sekarang Tok Mat (Mohamad) ambil alih, baguslah. Teruskanlah, saya doakan dia boleh buat, cuma masa akan menentukan sama ada dia boleh atau tidak boleh,” katanya.

Kalau Dikata Kerajaan Gagal Tapi Dari Aspek Mana – Shahidan

Menurut Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim yang juga menolak kepimpinan Zahid Hamidi. Mendakwa pihak yang mengata Perikatan Nasional kerajaan gagal sebenarnya pihak itu yang gagal.

Pihak disini ada dua jenis satu memang nyata pembangkang satu lagi sekejap kawan sekejap lagi lawan. Hahaha!


Kalau dikatakan gagal, gagal aspek mana – Shahidan

July 15, 2021 Share

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

ARAU: “Jika hendak dikatakan gagal, gagal daripada aspek mana? Kalau gagal dari segi hendak mendapat pekerjaan itu saya akui.

“Tetapi kalau dari segi pemberian bakul makanan, itu adalah satu pembohongan,” kata Ahli Parlimen Arau, Dato’ Seri Shahidan Kasim.

Oleh kata beliau slogan ‘Kerajaan Gagal’ yang diviral pihak tertentu menggambarkan kegagalan pihak terbabit sendiri.

Menurut beliau slogan itu cuba ditanam di minda rakyat tidak lain tidak bukan hanya untuk menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang.

“Kalau gagal mengapa pemberian vaksin kepada rakyat di Malaysia semakin bertambah malah melebihi sasaran harian yang disasarkan kerajaan.

“Contoh seperti di Wilayah Persekutuan, kita akan mencapai tahap 100 peratus imuniti berkelompok dalam masa sebulan lagi.

“Ia juga akan diikuti negeri-negeri lain yang sedang berusaha keras memberi vaksin kepada rakyat sekarang,” katanya yang juga bekas Pengerusi Perhubungan Umno Perlis.

Beliau juga berkata, sepatutnya semua wakil rakyat tanpa mengira fahaman politik membantu kerajaan mempercepatkan program vaksinasi di kawasan masing-masing.

Bagaimanapun katanya sekiranya masih ada pihak yang masih mendakwa kerajaan gagal, mereka perlu tampil menghulurkan bantuan kepada golongan yang terjejas.

“Jadi kalau pihak masih mendakwa kerajaan gagal, saya saran mereka tubuh badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama memberi bantuan makanan kepada rakyat.

“Kalau tuduh kerajaan dengan pelbagai dakwaan, sebenarnya mereka sendiri tidak berusaha membantu rakyat. Merekalah yang gagal,” katanya.

Oleh itu beliau menasihatkan pihak yang mendakwa kerajaan gagal jangan sekadar syok menulis di media sosial, tanpa bertindak membantu rakyat yang berdepan dengan kesukaran sekarang.

“InsyaAllah saya dan seluruh ahli parlimen sentiasa menghulur bantuan di mana sahaja rakyat yang memerlukan bantuan, semua kita akan beri,” katanya.

Sementara itu di kawasan parlimen Arau diperuntuk sebanyak 16,000 pek bakul makanan diedar ke seluruh rakyat di kawasan berkenaan.

“6,000 pek daripadanya dari bantuan Pakej Pemulih yang diumum Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

“Selebihnya hasil sumbangan peribadi dari Yayasan Pok Kassim dan Senator,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 15/7/2021

Mahkamah Dapati Lokman Adam Bersalah Penjara 1 Bulan

Hidir Reduan Abdul RashidDiterbitkan 15 Jul 2021, 11:15 amDikemaskini 11:23 amA+A

Mahkamah memutuskan bekas pemimpin Umno telah menghina mahkamah berhubung kes rasuah Najib Razak melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan komital pendakwaan terhadap Lokman, yang merupakan bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Hakim Collin Lawrence Sequerah memutuskan Lokman menghina mahkamah berkaitan saksi pendakwaan kelapan (PW8) kes tersebut, iaitu bekas pegawai khas Najib, Amhari Effendi Nazaruddin.

“Saya dapati tindakan responden, diiringi dengan niat, untuk membuat kenyataan media dan laporan polis, bersamaan dengan ugutan terhadap PW8 dan pihak lain yang berpotensi sebagai saksi dalam perbicaraan, membawa risiko terhadap pentadbiran keadilan (due administration of justice) dan bersamaan dengan menghina mahkamah,” katanya.null

Selepas keputusan itu, mahkamah mendengar penghujahan daripada peguam bela untuk pengurangan hukuman.

Prosiding komital yang difailkan pendakwaan berhubung dua dakwaan insiden melibatkan Amhari pada 2019.

Insiden pertama berlaku pada 25 September 2019, di mana Lokman dalam temu bual video didakwa mengeluarkan perkataan berbaur ancaman atau membawa maksud untuk mengugut Amhari kerana memberi keterangan pada perbicaraan kes Najib.

Insiden kedua juga pada hari sama berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap Amhari berkaitan keterangan lisan yang dibuat ketika perbicaran 1MDB.

Ketika prosiding sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya Gopal Sri Ram berkata kebebasan bersuara tidak mengabsahkan ugutan terhadap saksi, yang didakwa dilakukan Lokman.

Sri Ram antara lain berkata, perkataan yang terdapat dalam temu bual video dan laporan polis bukan saja serangan terhadap Amhari, tetapi mahkamah sendiri.

Bagaimanapun, peguam Lokman, Muhammad Shafee Abdullah berkata mahkamah perlu menolak permohonan tersebut memandangkan notis tunjuk sebab oleh Umno terhadap Lokman dikatakan tidak menyatakan maklumat penting berkaitan perkara itu.

Shafee antara lain berkata, pihak pendakwaan tidak boleh bergantung kepada afidavit untuk perincian berkaitan dakwaan tindakan Lokman dan perincian berkaitan sepatutnya termasuk dalam notis tunjuk sebab itu sendiri.

Nasib Baik Nazri Tidak Anggap Zahid Presiden Indonesia, Semua Di Pecat

Apa sudah jadi pada wak Zahid ni, nasib baik Nazri tidak menganggapnya Presiden Republik Of Indonesia, kalau tidak naya oh.

Sudahlah orang tahu sememangnya Zahid dilahirkan di negara jiran. Nanti hanya membuat rakyat berkata padanlah perangai Zahid lain macam.

Untung jadi Presiden UMNO ni macam macam hal boleh ditentukan mengikut kepentingan peribadi.

Zahid sudah tidak kisah apa orang cakap pasal dirinya yang penting tidak merengkok dalam penjara.


Zahid ni Presiden Republik Congo ke, semua dia nak pecat?

14 jam lalu

Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seperti pemimpin negara Republik Congo.

Seorang pemimpin senior UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan tindakan pemecatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan raya parti tidak wajar hanya kerana berbeza pandangan berhubung pendirian parti.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu menyamakan tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan pemimpin negara yang sering bergolak, Republik Congo yang memecat penentangnya hanya kerana wujud perbezaan dalam isu politik dan parti.

“Ini masalah Zahid ni, semua orang dia nak pecat… Dia ini Presiden Republik Congo ke?” katanya kepada Agenda Daily.

Jelas Nazri, beliau tidak menolak akan menerima nasib sama dengan Tajuddin dipecat sekiranya memegang jawatan dalam parti hanya menyatakan pandangan berbeza dengan Presiden.

“Saya ini nasib tidak ada jawatan dalam parti, kalau tidak pun kena pecat.

“Takkan berbeza pendapat pun nak pecat, semua nak pecat… Tindakan ini tidak membantu dan menguatkan parti, sebagai Presiden kena lah terima semua pandangan bukan pandangan penyokong sahaja,” kata Nazri kepada Agenda Daily.

Hari ini, Zahid mengumumkan pemecatan Tajuddin sebagai pengarah pilihan raya parti tersebut hari ini, ia selepas beberapa hari kritikannya semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi pada Rabu minggu lepas.

Pengumuman pemecatan tersebut dibuat menerusi satu kenyataan media oleh Zahid dan kekosongan tersebut akan diganti Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang berkuatkuasa serta-merta.

Terdahulu, Tajuddin dilaporkan mengutuk MT UMNO apabila menggunakan istilah ‘pirah’ ketika bercakap pada mesyuarat secara maya minggu lalu.

Ucapan beliau itu tersebar menerusi satu klip audio yang tular di media sosial dan turut dikongsi bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa dalam Twitternya semalam.

Tajuddin juga mengakui ketulenan klip audio tersebut.

Dalam klip audio itu Ahli Parlimen Pasir Salak berkenaan membantah langkah MT menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana katanya ia bukan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lalu.

Malah beliau menganggap Ahli MT telah didesak untuk bersetuju supaya UMNO menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri.

Apa Masalah Saya Sokong PM, Kerajaan – Tajuddin

Betullah tu apa masalah jika seorang pemimpin UMNO menyokong Perdana Menteri dan Kerajaannya. Apa lagi UMNO juga sebahagian dari kerajaan Nasional.

Yang salah bila hanya Presiden yang berpegang pada prinsipnya tapi pemimpin UMNO lain dan ahli UMNO. Diminta walah tanpa memikirkan baik buruk sokongan yang diberikan. Ini tidak adil dan nampak sangat memperbodoh.


Nora Mahpar -July 15, 2021 9:30 AM

Tajuddin Abdul Rahman tidak menolak jika berlaku sebarang keajaiban pada masa depan.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Tajuddin Abdul Rahman meramalkan usaha parti itu untuk menjatuhkan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri akan menemui “jalan buntu” kerana semua Ahli Parlimen termasuk Jemaah Menteri dari Umno sepakat menyokong Presiden Bersatu itu.

Beliau berkata, sokongan wakil rakyat Umno terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak dilihat sebagai satu kesalahan atau melanggar keputusan Perhimpunan Agung Umno (PAU) Mac lalu yang tidak pernah menyebut untuk menarik sokongan kepada Muhyiddin.null

“Saya sokong Timbalan Perdana Menteri (Ismail Sabri Yaakob), sokong Perdana Menteri, sokong kerajaan. Ada apa masalah? Saya memang sokong.

“Sebab kita dah buat keputusan, semua patuh pada keputusan PAU, Umno kata kita kekal bersama kerajaan PN sehingga pilihan raya akan datang. Selagi belum PRU, kita sokonglah,” katanya kepada FMT.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, parti juga sudah memberi kebebasan kepada Ahli Parlimen Umno dalam menggunakan budi bicara apabila berlaku pengundian di Dewan Rakyat.null

“Tidak ada kesalahan yang mereka lakukan. MKT juga beri mereka (Ahli Parlimen Umno) kebebasan untuk buat keputusan sama ada menyokong atau tidak buat masa ini. Jadi apa masalahnya?,” soal Tajuddin yang juga tidak menolak jika berlaku sebarang keajaiban pada masa depan.

Beliau mengulas mengenai kenyataan bersama Jemaah Menteri yang sebulat suara kekal menyokong penuh kepimpinan Muhyiddin, di sebalik tindakan Umno menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Tajuddin juga mendesak Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi supaya melupakan “hasrat” untuk terus mendesak Muhyiddin berundur, kerana waktu “itu” akan tiba akhirnya.

“Dia nak ugut? Apa nak ugut? Bagi saya tak perlu nak ugut, kita ikut sajalah keputusan parti. Sampai masa baru kita buat keputusan nak tarik (sokongan), sampai dah ada PRU, Parlimen dah dibubarkan,” katanya.

Umno ketika ini mempunyai 38 Ahli Parlimen, dengan 16 daripadanya menyandang jawatan menteri atau timbalan menteri.

Bakinya, seramai 21 ialah Ahli Parlimen biasa, manakala seorang lagi menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Khamis lalu, Umno memutuskan untuk menamatkan sokongannya kepada Muhyiddin dan mendesak beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dengan segera atas tujuh “kegagalan” termasuk pengurusan lemah kerajaan pimpinannya dalam menangani pandemik Covid-19.

Keputusan MKT Umno itu, yang diumumkan presiden parti, setakat ini tidak memberi kesan kepada kedudukan ahli Jemaah Menteri parti itu, termasuk Ismail Sabri yang dilantik sebagai timbalan perdana menteri minggu lalu.

Polemik mengenai sokongan Umno kepada Muhyiddin mencetuskan perbalahan dalaman parti itu dengan beberapa pemimpin lantang menolak keputusan MKT.

Sumber FMT

Tajuddin Di Pecat Dari Pengarah Pilihan Raya UMNO

Apa setakat pecat jawatan. Alang alang pecat keahlian UMNO Tajuddin lah, baru namanya kuasa seorang Presiden yang boleh melakukan apa saja.

Tak kan tidak berani. Sedangkan membawa UMNO keluar dari Perikatan Nasional dan berkerjasama dengan Pakatan Harapan yang menjadi musuh tradisi UMNO pun dilakukan. Walaupun di cerha dengan pelbagai tohmahan yang berjaya mengurangkan kredibilitinya sekaligus UMNO sebagai wadah orang Melayu. Namun apa Zahid peduli lantak ahli makan hati sendirilah lah. He!

Ada yang mencerca maruah Zahid kerana tersangka rasuah tapi masih memegang jawatan Presiden UMNO. Soalnya sekarang apa bezanya dengan Ahli UMNO. Tidak ada beza pun sama meludah ke langit dan terbangsat.


Selepas dikritik, Zahid pecat Tajuddin sebagai pengarah pilihan raya UMNO

15 minit lalu

Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dipecat sebagai pengarah pilihan raya UMNO hari ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pemecatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai pengarah pilihan raya parti tersebut hari ini, ia selepas beberapa hari kritikannya semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi pada Rabu minggu lepas.

Pengumuman pemecatan tersebut dibuat menerusi satu kenyataan media oleh Zahid dan kekosongan tersebut akan diganti Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang berkuatkuasa serta-merta.

“Timbalan Presiden UMNO, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hasan yang kini menjalankan tugas sebagai Pengerusi War Room Barisan Nasional dan UMNO dengan ini saya amanahkan sebagai Pengarah Pilihan Raya UMNO Malaysia berkuatkuasa serta merta.

“Penstrukturan semula Jabatan Pilihan Raya UMNO ini bagi memperkukuhkan organisasi di setiap peringkat parti dan akar umbi,” kata kenyataan itu.

Timing Penting Rampas Jawatan Perdana Menteri – Rahman

Sebelum ini viral satu artikel yang merujuk kenyataan Rahman Dahlan selaku Ahli Majlis Tertinggi yang dilantik. Berhubung jawatan Perdana Menteri ketika bercakap dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Namun artikel itu dinafikan oleh Rahman Dahlan sebagai kenyataannya telah diputar belit oleh musuh UMNO.

Nah sekarang dengarkan betul betul rakaman suara ini apa yang diperkatakan oleh Rahman Dahlan.

Menurut Rahman UMNO harus bertindak ke atas kerajaan Perikatan sebelum pendemik Covid-19 berakhir. Bertindak dalam erti kata menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari jawatan Perdana Menteri dan digantikan dengan pemimpin UMNO.

Justeru tidak boleh terlambat kerana satu satunya peluang UMNO untuk “merampas” kuasa ialah dalam keadaan rakyat berhadapan dengan ancaman Covid-19. Maksudnya walaupun persepsi rakyat ke atas UMNO masih buruk tapi kerana ancaman pendemik, rakyat melupakan kleptokrasi.

Sebalik jika “rampasan” kuasa tidak dilakukan sekarang. Maka peluang atau timing itu akan lari. Bila lari maka rakyat balik mengenang, kleptokrasi atau skandal rasuah, salah guna kuasa yang dilakukan oleh beberapa pemimpin UMNO

Begitulah kesimpulan tanpa “bias” yang kita boleh buat berdasarkan pernyataan Rahman Dahlan itu.

UMNO ni, jangan terlalu kufur nikmat, buruk padahnya.

UMNO sudah lupa kah kekalahan dalam pilihan raya umum ke 14 lepas. Tapi boleh membentuk kerajaan bersama Perikatan Nasional.

Terutamanya Rahman Dahlan ni kalah dalam pilihan raya tapi kerana Perikatan Nasional dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah. Itu pun masih terfikir untuk “merampas” atau mengambil jawatan Perdana Menteri dengan cara menikam kawan dari belakang.

Mungkin orang inilah yang di rujuk oleh Tajuddin dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Pendapat yang ditentang habis habisan oleh Tajuddin, Pengarah Pilihan Raya UMNO. Klik link dibawah.

Tajuddin Dedah Kenapa UMNO Takut Tinggalkan PN Rupanya Wap Saja

Parti Parti Parti tapi tidak ada kekuatan gigi dan lidah saja yang ada. Hahaha!