Cadangan Zahid, Najib Agar MP UMNO Tinggalkan PN Di Tolak

Admin yakin kesahihan laporan berita ini, bahawa MP UMNO menolak gesaan atau cadangan Presiden UMNO, Zahid Hamidi dan Najib Razak agar mereka meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional.

Itu bererti ura ura 25 Ahli Parlimen, MT UMNO tidak lagi dicalonkan oleh Presiden UMNO pada pilihan raya umum akan datang. Tidak lagi kisah atau bukan lagi hal yang perlu ditakutkan jika tidak bertanding atas tiket UMNO. Betul tak?

Secara logiknya mustahil Nazri Aziz menyatakan sokongan secara terbuka pada Perdana Menteri Muhyiddin. Jika tidak mendapat kekuatan dari 24 lagi Ahli Parlimen UMNO. Pokoknya 25 orang itu di kerat lapan sekalipun tidak akan berganjak.

Betul lah tu yang merosakkan UMNO adalah Zahid dan Najib. Jadi dua pemimpin ini yang bergantung pada UMNO untuk selamat bukan sebaliknya. Habis itu untuk apa lagi peduli pada pandangan mereka.


Cadangan keluar kerajaan ditolak MP UMNO semasa pertemuan Zahid, Najib

https://www.agendadaily.com/ 3 jam lalu

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan sedang galak mengutip akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen (MP) UMNO dan Barisan Nasional (BN) menolak cadangan yang dikemukakan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak supaya keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) semasa pertemuan di ibu pejabat UMNO awal hari ini.

Agenda Daily difahamkan beberapa Ahli Parlimen UMNO dipanggil Zahid dan Najib untuk hadir ke PWTC dan sumber memberitahu salah seorang MP UMNO yang hadir semasa pertemuan tadi adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Naib Presiden UMNO itu bertemu dengan Zahid dan Najib bagi membincangkan isu penarikan sokongan daripada kerajaan PN.

Menurut sumber, Zahid dan Najib mencadangkan supaya Menteri dan Timbalan UMNO keluar daripada kerajaan PN, sementara MP UMNO yang memegang jawatan-jawatan lain dalam kerajaan juga perlu mengambil langkah sama.

Selain itu, kedua-dua pemimpin UMNO itu juga dikatakan meminta untuk mengadakan pertemuan secara perseorangan dengan setiap MP UMNO, namun cadangan tersebut ditolak.

Sebaliknya MP UMNO meminta pertemuan itu mesti diadakan dengan memanggil semua MP dan bukan pertemuan secara individu.

Sumber memberitahu, cadangan tersebut ditolak MP UMNO atas alasan mahu menumpukan usaha untuk menangani pandemik Covid-19 dihadapi negara dan ia bukan masa yang sesuai untuk terus bermain politik pada ketika negara sedang berdepan cabaran yang lebih besar.

“MP UMNO menyifatkan langkah untuk tarik sokongan dan keluar daripada kerajaan PN ketika ini tidak sesuai… kini bukan masanya untuk berpolitik kerana masalah yang dihadapi negara lebih besar,” kata sumber kepada Agenda Daily.

Sementara itu, susulan cadangan tersebut ditolak, spekulasi mengatakan bakal berlaku satu pengumuman besar kononnya MP UMNO dan BN akan membuat keputusan keluar daripada kerajaan PN malam ini tidak akan berlaku.

Terdahulu, Agenda Daily mendedahkan beberapa ahli Majlis Tertinggi UMNO dan pemimpin komponen BN berada di ibu pejabat UMNO, PWTC yang difahamkan sedang berbincang untuk membuat pengumuman keluar daripada kerajaan PN malam ini, ia selepas berakhir tempoh 14 hari diberikan Zahid pada hari ini.

Wartawan Agenda Daily di lokasi memberitahu, dua ahli MT UMNO dilihat sudah memasuki bangunan UMNO tersebut, antaranya Datuk Seri Razali Ibrahim dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Kemudiaan, Najib juga tiba di PWTC dengan sebuah kereta berwarna putih yang membawanya masuk ke ruangan parkir dalam bangunan.

Dalam perkembangan lain, Putrajaya juga menetapkan tarikh sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai, kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Sidang Parlimen itu bertujuan memberi penerangan kepada MP mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.

https://www.agendadaily.com/

Mastura Sudah Minta Maaf Bagaimana Dengan Junz Wong (Warisan)?

Bukan niat untuk menambah suhu pertengkaran antara Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Mastura dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Tapi cuba mengajak masyarakat yang terkesan dengan kejadian itu agar melihat lebih jauh. Perkara yang dilakukan oleh Warisan ketika memberikan bakul makanan.

Sebelum ini Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Mastura dikritik kerana menyiarkan video wawancara dengan seorang penduduk bagi menyanggah dakwaan terdapat rakyat kawasannya kelaparan selama dua hari. Namun di tegur oleh pembangkang Syed Saddiq yang berkata Mastura hanya patut “datang, bantu dan pergi” dan tidak harus membuat pendedahan seperti keluarga itu bersalah.

Pun Ahli Parlimen Kuala Kangsar berkenaan telah pun membuat permohonan maaf.

Bagaimana pula dengan cerita Warisan ini.

Bergambar dengan penerima bantuan adalah normal bukan hanya normal tapi menjadi kewajaran, supaya tidak menimbulkan fitnah pada Wakil Rakyat. Iyalah kalau tidak kelihatan dikata lagi Wakil Rakyat tidak bertanggungjawab atau tidak timbul dan sebagainya.

Tetapi yang dilakukan oleh Wakil Rakyat Warisan ini diluar kebiasaan. Bergambar dengan penerima bakul makanan sambil memegang plykad logo Warisan.

Plykad tertulis logo parti tau bukan sekadar bendera atau baju parti.

Sekiranya para penerima bakul makanan itu mengalihkan sokongan atas sebab tertentu. Maka sudah tentu pasti gambar mereka akan dicanang oleh laskar Warisan dengan pelbagai cercaan.

Nampak benar tiada langsung keikhlasan hanya penuh dengan niat politik semata-mata.

Pertanyaannya wajar kah penerima bakul makanan memegang plykad yang tertulis logo parti semasa di gambar dan kenapa tidak dipertikaikan?

Pemuda UMNO Malaysia Meremehkan Bantuan Makanan RM300 Ribu

Rupanya Ketua Pemuda UMNO Malaysia ni bekas calon BN pada pilihan raya umum ke 14 tapi kecundang pada calon PAS.

Padan pun kalah ternyata angkara sikap dan pemikirannya yang janggal. Ini bukan kali pertama dia membuat kenyataan yang tidak senonoh sebagai orang yang ada latar pendidikan agama dan sebagai pemimpin muda dari parti yang sinonim dengan bangsa Melayu.

Terbaru dia katakan bantuan RM300 ribu yang diberikan oleh kerajaan pada semua Ahli Parlimen sebagai tidak boleh dibanggakan. Habis itu mempertahankan pemimpin UMNO yang terpalit dengan rasuah di Mahkamah yang patut dibanggakan kah?

Sepatutnya buatlah sikit transformasi bahawa masih ada pemimpin UMNO yang boleh berjalan di atas jambatan yang bengkok. Bukan malah menambah kebencian rakyat dengan menunjukkan sikap negatif seperti ini. Ini tidak persis attitude Si Tajuddin bekas pengerusi Prasarana yang dipecat kerana tidak ada naluri kemanusian.

Pemuda UMNO ni pemimpin yang terpalit dengan salah laku dia pertahankan, pemimpin yang memberi dia nafikan.


Ketua Pemuda UMNO kalah PRU anggap bantuan RM300 ribu tak cukup

July 3, 2021

Ketua Pemuda UMNO Datuk Asraf Wajdi Dusuki.

Usaha kerajaan dengan tidak meminggirkan blok pembangkang dalam pemberian peruntukan RM300 ribu kepada setiap Ahli Parlimen seluruh negara dikecam pula Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebagai tidak mencukupi.

Bekas calon Barisan Nasional yang kalah semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu itu berkata kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak perlu bangga dengan peruntukan yang diberikan itu seolah-olah ia mencukupi walhal jumlah bantuan tersebut tidak mampu menampung jumlah penduduk yang lebih ramai di kawasan Parlimen.

“Macam mana RM300,000 ini mampu menampung satu Parlimen yang rata-rata mempunyai penduduk lebih daripada 100,000 orang?” soalnya.

“Mendabik dada dengan RM300,000 yang hakikatnya tidak akan mampu memenuhi keperluan semua pihak, hanyalah menggambarkan keangkuhan dan kesombongan!” katanya dalam satu kenyataan hari ini.https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?client=ca-pub-2099493450509346&output=html&h=250&slotname=6204949490&adk=3471652232&adf=2883423781&pi=t.ma~as.6204949490&w=300&lmt=1625443533&psa=1&format=300×250&url=https%3A%2F%2Fwww.agendadaily.com%2Fpolitik%2Fketua-pemuda-umno-kalah-pru-anggap-bantuan-rm300-ribu-tak-cukup%2F%3Futm_source%3Dpocket-app%26utm_medium%3Dshare&flash=0&wgl=1&dt=1625443532357&bpp=2&bdt=1351&idt=745&shv=r20210630&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3De6316dc0921bd497-2286487ef9c900da%3AT%3D1624590121%3ART%3D1624590121%3AS%3DALNI_MZmc0nlIEpjg5xYKzv50so_jR-8DQ&prev_fmts=0x0%2C970x90&nras=1&correlator=4472197646936&frm=20&pv=1&ga_vid=1213613348.1624590123&ga_sid=1625443533&ga_hid=1651997339&ga_fc=0&u_tz=480&u_his=1&u_java=0&u_h=825&u_w=1318&u_ah=825&u_aw=1318&u_cd=24&u_nplug=0&u_nmime=0&adx=609&ady=1280&biw=1318&bih=692&scr_x=0&scr_y=0&eid=31061661%2C31061421&oid=3&pvsid=743866631502988&pem=74&eae=0&fc=1920&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C1318%2C0%2C1318%2C692%2C1318%2C692&vis=1&rsz=%7C%7ClEebr%7C&abl=CS&pfx=0&fu=0&bc=31&ifi=3&uci=a!3&btvi=1&fsb=1&xpc=qJi2H0SNW2&p=https%3A//www.agendadaily.com&dtd=755

Untuk rekod, Asraf tewas dalam PRU14 lalu kepada calon PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh dan tidak pernah memenangi sebarang kerusi dalam PRU dan hanya menang pun jawatan Ketua Pemuda UMNO sahaja.

Berbeza dengan kenyataan blok pembangkang, Pakatan Harapan yang memuji langkah diambil kerajaan dalam menambah jumlah peruntukan tersebut, nampaknya Asraf Wajdi dilihat lebih bersuara lantang daripada pembangkang.

Selain itu, tidak pasti kawasan Parlimen yang sedang dibantu oleh Asraf Wajdi ketika ini, selain sibuk mengeluarkan kenyataan dalam media sosial setiap hari.

Ia bukan kali pertama Asraf Wajdi mengeluarkan desakan terhadap kerajaan, malah bekas calon kerusi Parlimen Pasir Puteh itu juga sebelum ini menggesa supaya sidang Parlimen dibuka dengan segera selepas titah Yang di-Pertuan Agong lalu.

Bagi memberikan semangat kepada Asraf, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil Adhif Syan Abdullah yang bersimpati menawarkan untuk menyediakan kerusi kepada Asraf bagi membolehkannya duduk di tepi Dewan Rakyat bagi mengikuti perbahasan nanti.

Adhif berkata semangat Asraf perlu diberikan pujian walaupun tewas dalam PRU lalu dan tindakannya yang hampir setiap hari menggesa agar sidang Parlimen dibuka perlu dipuji.

“Saya puji semangat Asraf dan bersimpati apabila tidak ada Ahli Parlimen UMNO lain yang sudi menawarkan kerusi kepadanya untuk duduk mendengar perbahasan sidang Dewan Rakyat.

“Saya sebagai seorang anak muda juga memahami perasaan Asraf ini, sudah lah kalah pilihan raya jadi tidak ada tempat untuk beliau bercakap… Jadi, saya berharap dengan inisiatif saya ini, Asraf jangan lah luntur semangat untuk masuk bertanding selepas ini,” katanya.

Pemimpin Tidak Boleh Dilantik Dari Kalangan Fasik dan Pembohong – Hadi Awang

Rasanya pemimpin yang dimaksudkan ini tidak lain tidak bukan, Presiden UMNO dan mantan Presiden UMNO Zahid Hamidi dan Najib Razak. Serta sudah tentu mana mana pemimpin UMNO yang juga sedang dibicarakan di Mahkamah.

Kalau dari konteks Sabah tidak terkecuali kepimpinan Warisan. Sebab kepimpinan ini juga terpalit dengan skandal hingga di hadapkan ke Mahkamah.

Semua orang faham tidak ada yang sempurna apa lagi dalam politik. Tapi kalau sudah keterlaluan hingga kantoi tu, maka waktu itu kenalah pandai pandai menyesuaikan diri. Jangan malah membuat kenyataan seolah-olah rakyat terlalu bodoh atau beranggapan seolah olah Tuhan itu sendiri tidak wujud.

Rakyat faham juga tu mana boleh mereka pula yang lebih berkemampuan berbanding Wakil-wakil Rakyat. Tapi janganlah sampai tamak dan lupa diri. Bila tamak dan lupa diri itu yang terkantoi tu!


Pemimpin tidak boleh dilantik dalam kalangan fasik, pembohong


MUKHRIZ MAT HUSIN | | 04 Julai 2021

SHAH ALAM – Pemimpin tidak boleh dilantik dalam kalangan mereka yang fasiq, pembohong yang menipu rakyat, tidak melakukan amar makruf dan nahi mungkar serta hanya berwawasan dunia tanpa mengambil kira perhitungan pada hari pembalasan kelak.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mereka yang diberikan amanah memimpin, syaratnya ialah berada dalam kalangan yang erat hubungannya dengan ALLAH SWT, menegakkan ekonomi adil, melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar serta berwawasan hari akhirat.

“Kita sedang menyaksikan kelemahan dan kegagalan ideologi, teori dan semua ajaran lain daripada Islam.

“Maka, wajib bagi umat Islam kembali semula memimpin umatnya bersama ajaran Islam yang sempurna,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau pada Ahad.

Beliau berkata, agama Islam telah membuktikan kejayaannya pada zaman keemasan sehingga ia menjadi teladan kepada seluruh manusia.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah berkata, ALLAH SWT menunjukkan kepada umat Islam bahawa memilih pemimpin merupakan suatu amanah yang paling besar dengan ciri-ciri kepimpinan yang sempurna.

“Ulil Amri ialah para pemimpin yang memenuhi syarat dan para ilmuwan yang memelihara petunjuk ALLAH SWT dan cara pelaksanaannya yang adil.

“ALLAH SWT tetap mengekalkan Islam terpelihara melalui ilmu dan pelaksanaannya walaupun kuasa Islam sudah dihapuskan, namun ajaran dan ilmunya tidak mampu dipadamkan cahayanya sekali-kali,” katanya.

Ujar beliau, ia bukan lagi satu alasan yang kononnya kini tidak mampu melaksanakan ilmu dan ajaran Islam kerana tiada persediaan dan alasan-alasan lain.

“Namun sebaliknya, secara terus-menerus melaksanakan perkara selain daripada ajaran Islam yang dikatakan lebih baik, walaupun apa yang dilakukan itu gagal menyelesaikan masalah di negara penciptanya.

“Inilah alasan mereka yang melaksanakan agenda musuh Islam yang tidak memberikan tempat dan peluang kepada Islam, atau juga alasan mereka yang buta al-Quran dan jahil ilmunya,” ujarnya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/147968/BERITA/Nasional/Pemimpin-tidak-boleh-dilantik-dalam-kalangan-fasik-pembohong
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

25 Ahli Parlimen UMNO Tidak Sokong Zahid Hamidi

Berkecai harapan para jentera pembangkang yang sejak Ogos 2020 lagi berusaha menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional. Namun usaha mereka sentiasa dihalang oleh keadaan yang tidak memihak mereka. Malah kian hari kerajaan Perikatan Nasional semakin diminati oleh rakyat kebanyakan.

Usaha menjatuhkan kerajaan tidak hanya datang dari pihak pembangkang tapi juga dari pihak tertentu dalam UMNO yang menjadi sekutu Bersatu, PAS, dan parti parti tempatan Sabah dalam kerajaan Perikatan Nasional.

Ada kawan tapi tidak menghargai peluang yang melayang. Kalah dalam pilihan raya umum tapi boleh sama sama membentuk kerajaan. Ajaib bukan?

Mari kita baca kisah 25 Ahli Parlimen UMNO yang tidak menyokong Presiden mereka.

Walaupun menurut Tajuddin Prasarana. 25 itu terpaksa berhadapan dengan Zahid kalau ingin bertanding di pilihan raya umum yang ke 15 akan datang. Macam saja Zahid itu mampu bertahan. Hemmm!


25 ahli Parlimen Umno tak akan sokong Zahid gulingkan kerajaan, kata Nazri

Ahli Parlimen Umno sudah mengetahui gerakan Zahid dan sekutunya untuk ‘memaksa’ mereka menandatangani SD bagi menarik kembali sokongan kepada kerajaan PN.MalaysiaNowJul 3, 2021 11:00 AM

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz.

25 ahli Parlimen Umno yang menandatangani akuan berkanun (SD) untuk melantik Hishammuddin Hussein sebagai jurucakap tidak akan menyokong usaha dilakukan Ahmad Zahid Hamidi untuk menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata Mohamed Nazri Aziz.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, beliau dan rakan-rakan ahli Parlimen lain sudah mengetahui gerakan dilakukan Zahid dan beberapa sekutunya untuk “memaksa” ahli-ahli Parlimen Umno menandatangani SD bagi menarik kembali sokongan kepada kerajaan PN sebelum 1 Ogos.

“Setakat yang saya tahu, saya dan rakan-rakan ahli Parlimen yang lain, 25 orang ini tidak akan tandatangan,” katanya kepada MalaysiaNow.null

Nazri menjelaskan, disebabkan tindakan Zahid inilah beliau dan lagi 24 ahli-ahli Parlimen melantik Hishammuddin menjadi jurucakap untuk menjelaskan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengenai pendirian mereka.

“Dalam kalangan kami 25 orang ahli Parlimen mengambil maklum yang Zahid hendak mengambil tandatangan ahli-ahli Parlimen, sebab tu kami sudah bersedia dengan memberi mandat kepada Hishammuddin Hussein menjadi jurucakap bagi pihak kami,” katanya.

MalaysiaNow difahamkan, Umno sejak Khamis memanggil ahli-ahli Parlimennya secara berperingkat bagi mendapatkan perakuan bersama meninggalkan kerajaan PN sebelum 1 Ogos.

Lebih 10 ahli Parlimen yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno dipanggil menemui Zahid dan juga timbalannya, Mohamad Hasan serta Setiausaha Agung, Ahmad Maslan di ibu pejabat parti.

Tindakan ini jelas bertentangan dengan apa yang diputuskan Perhimpunan Agung Umno iaitu akan kekal dengan kerajaan PN sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pada PRU14, Umno memenangi 54 kerusi Parlimen.

Bagaimanapun, 15 daripadanya melompat menyertai Bersatu menyebabkan Umno kini hanya tinggal 39 ahli Parlimen.null

Daripada 39 ahli Parlimen Umno, 25 daripadanya melantik Hishammuddin sebagai jurucakap menjadikan Zahid hanya mempunyai 14 orang termasuk dirinya.

Nazri juga berkata beliau kembali menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN sehingga PRU15.

“Saya tarik balik pengumuman saya pada bulan Januari dulu iaitu menarik sokongan kepada PN. Sekarang saya menyokong Muhyiddin bersama dengan kerajaan PN sehingga PRU15 seperti diputuskan oleh Perhimpunan Agung Umno pada Mac lalu,” katanya.

Sebelum ini Nazri memberitahu MalaysiaNow beliau ditipu oleh Zahid untuk menarik sokongannya terhadap PN, mendakwa langkah itu didalangi presiden Umno.

“Dia (Zahid) yang merancang lepas tu dia sendiri tak tarik diri, dia tipu kalau tidak kenapa saya nak tarik diri takde sebab. Saya memang rasa saya ditipu,” katanya.

Zahid Tidak Bermoral Menipu Agong dan UMNO Demi Kuasa – Ahli UMNO

Sememang perit bagi ahli UMNO yang berfikiran waras.

Bila mana Presiden yang mereka martabatkan dengan kesetiaan, walaupun mereka tahu terpalit dengan rasuah di Mahkamah. Tapi masih tegar menipu Agong dan mereka selaku ahli UMNO dari semua penjuru.

Perbuatan Presiden UMNO ini bukan hanya menipu AMT/MKT tapi juga ahli UMNO secara keseluruhannya kerana semasa berucap di Perhimpunan Agung UMNO 2020 dia sendiri yang menegaskan UMNO tidak akan berkerjasama dengan PKR (Pakatan Harapan). Apa dia kata No Bersatu, No Anwar, No PKR.

Tahunya sewaktu menghadap Yang Dipertuan Agong pada 11hb Jun, lain pula ceritanya. Kenyataannya berpusing sehingga 360 darjah.

Ini bukan kali pertama Zahid terkantoi sejak cuba membawa jajaran baru dalam politik UMNO. Selain rakaman perbualan bersama Anwar sejurus Perhimpunan Agung UMNO 2021 berakhir.

Teruskan membaca catatan dari seorang ahli UMNO yang kecewa susulan tersebarnya keratan surat atau bukti yang dibawa menghadap Agong.


IMG_20210702_124120

BONGKAR!! SURAT ZAHID MENGADAP AGONG DITULAR, AHLI UMNO KECEWA

Zahid Hamidi sebagai Presiden Umno membuat langkah sumbang apabila beliau dengan beraninya secara tidak langsung menipu pihak istana sekali lagi selepas melakukannya pada Oktober 2020 dengan menyatakan sokongan Umno kepada Anwar Ibrahim dihadapan YDPA.

Zahid pada pertemuannya dengan pihak istana baru-baru ini,telah memaklumkan bahawa semua Menteri dan MP Umno telah bersetuju untuk menarik sokongan kepada kerajaan PN walhal perkara tersebut belum pun dibincangkan sama sekali.Kenyataan berani Zahid ini mencerminkan betapa terdesaknya beliau untuk membuat satu jajaran baru bersama Anwar Ibrahim yang di sokong dan di tunjangi oleh DAP.

Janji Anwar Ibrahim untuk menjadikan beliau sebagai TPM di lihat sebagai satu-satunya cara untuk Zahid melepaskan diri dari segala tuduhan yang di kenakan ke atas beliau.Jika ini terjadi,sepertimana zaman PH,institusi perundangan negara akan sekali lagi tercemar dengan campur tangan kuasa eksekutif negara.

Nahtijah yang lebih teruk adalah kepada orang melayu itu sendiri, Umno bukan lagi sebuah parti yang memperjuangkan ABATA bilamana hal ini terjadi tetapi sebuah parti peribadi yang di dasari oleh keserakahan Zahid dan Anwar Ibrahim.

Tindakan lancang Zahid menipu pihak istana juga menunjukkan betapa rendah martabat dan moral beliau bilamana mengheret YDPA dalam permainan politik kotor beliau.YDPA sebagai payung Agama dan Negara tidak langsung di pandang tinggi oleh Zahid Hamidi.Menyedihkan dan memalukan,ketamakan dan keterdesakan beliau telah mencemari asas-asas perjuangan Umno.

Semua perkara yang di nyatakan di dalam artikel ini di dasari dan di sokong oleh surat rasmi yang sekarang tular di media sosial.Penarikan sokongan Umno kepada kerajaan PN yang langsung tidak di bincangkan dan di bahaskan oleh MKT sebagai badan tertinggi dalam Umno itu sendiri.

Zahid adalah barah yang merosakkan perjuangan Umno dan dasar-dasar Umno itu sendiri.Adalah tersangat perlu Zahid di lucutkan dan dikenakan tindakan serta-merta sebelum segalanya menjadi sia-sia.

Di saat negara berhadapan dengan pandemik,Zahid dengan angkuhnya ingin merampas kuasa demi dirinya sendiri dan bukan kerana kepentingan negara dan rakyat.Segala kata-kata manis beliau hanyalah tipuan yang merosakkan sebuah dasar perjuangan yang tulus oleh Umno .

-ahli Umno kecewa-

http://asamboi.net

Nazri Aziz Isytihar Kembali Sokong Muhyiddin Yassin

Nazri Aziz isytihar kembali sokong Muhyiddin Yassin

Pengisytiharan terbaharu Nazri Aziz itu sekali gus membatalkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin Yassin yang dibuatnya pada Januari lepas. – Gambar fail

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan kembali sokongan beliau kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Menurut Ahli Parlimen Padang Rengas itu, pengisytiharan terbaharu itu sekali gus membatalkan penarikan sokongan terhadap Muhyiddin yang dibuatnya pada Januari lepas.

Katanya, beliau membuat keputusan kembali menyokong Muhyiddin kerana mengikut keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang hanya akan memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas Parlimen dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan. “Januari lalu saya membuat pengumuman menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin. Hari ini saya nak umumkan saya kembali memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin.“Dengan keputusan ini, penarikan sokongan yang saya buat sebelum ini terbatal,” katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Jumaat menerusi telefon.

Nazri juga pernah mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai. Pada awal tahun, Nazri mendakwa beliau ditipu oleh Zahid sehingga membuat keputusan untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin.”Saya tarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin pada 12 Januari lalu kerana ditipu oleh Zahid yang merancang untuk menjatuhkan kerajaan.

“Zahid rancang, Ahli Parlimen UMNO yang tidak pegang jawatan dalam kerajaan tarik sokongan one by one, hingga kerajaan ini jatuh.”Sebagai tanda setiakawan dan percaya kepada beliau, saya menarik sokongan selepas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob membuat keputusan yang sama.

“Selepas saya dan Jazlan, tiada siapa yang umum tarik sokongan termasuklah Zahid. Sebagai presiden parti yang merancang semuanya, sepatutnya dia yang pertama tarik sokongan,” dakwa Nazri lagi.

Sumber Astroawani.com

Kenapa Warisan Kutuk SOP Sabah Yang Berbeza Dengan Federal?

Sebelum ini Menteri Pertahanan daripada UMNO membidas tindakan kerajaan negeri Sabah yang sepatutnya tidak berlaku kerana SOP yang diumumkan tidak selari dengan mereka atau MKN.

Bila mana kerajaan negeri Sabah melaksanakan SOP Fasa Pertama PPN, membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi antaranya makan di dalam restoran, kedai makan dan restoran dalam premis hotel, gerai-gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan raya serta kedai gunting rambut.

Juga aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal turut dibenarkan.

Hal itu telah dijadikan bahan kutukan oleh Warisan kononnya Perikatan Nasional telah memalukan Kerajaan negeri Sabah, GRS.

Sedangkan. Kira hebatlah kerajaan negeri GRS atau Pentadbiran Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor ni, sebab walaupun mesra Persekutuan dan tidak beretorik dengan perjanjian Malaysia 1963. Namun dalam hal menyentuh kepentingan rakyat Sabah selepas beberapa PKP yang telah menjejaskan ekonomi rakyat. Kerajaan negeri berani membuat keputusan sendiri, melonggarkan SOP walaupun tidak selari dengan ketetapan yang telah diambil oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Tidak seperti Warisan ketika menuntut cukai produk Petroleum dari Persekutuan atau Petronas. Dimana Timbalan Ketua Menteri Sarawak pada ketika itu marah pada kerajaan Warisan kerana takut berhadapan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. Siap diingatkan, agar lain kali jangan lagi Warisan mempolitikkan Perjanjian Malaysia 1963.

Dalam pada itu Pemimpin dan jentera UMNO jangan lupa, agenda atau janji ketika berkempen di pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sabah 2020.

UMNO berjanji akan memberikan autonomi penuh pada Sabah sekiranya UMNO balik menjadi kerajaan. Tapi kenapa dalam hal sekecil SOP pun sudah gayat. Jangan marah. He!

Zahid Hamidi Atau Muhyiddin Yassin Yang Tikam Kawan?

Kenyataan dibawah di tulis oleh pengguna Facebook bernama Mohd Faisal. Mari kita baca dan fahamkan.

Cerita yang ramai orang tidak tahu…

Selepas Tun M enggan memegang jawatan PM walaupun telah dipujuk oleh YDPA, maka YDPA meminta parti2 menamakan seorang calon lain sebagai PM.

Presiden Pas orang pertama yang menamakan TSMY. Kemudian diikuti Presiden UMNO.

TSMY tahu beliau perlu mengutamakan UMNO, kerana UMNO penyumbang kerusi paling besar dalam pembentukan kerajaan itu.

TSMY berbincang dgn Zahid Hamidi untuk UMNO menamakan seorang TPM. Sebaliknya Zahid meminta jawatan itu dikosongkan. Beliau kata dalam masa tiga bulan beliau akan selesaikan kes mahkamahnya dan beliau akan bebas. Selepas itu beliau akan isi jawatan TPM.

Zahid paling takut jawatan tersebut diisi oleh Hishammuddin Hussein. Kerana dia anggap Hisham itu budak dia sahaja. Sebab dia yang lantik Hisham sebagai Bendahari Agung BN. Perkara ini dia bercakap dgn ramai orang. Poyo betullah…

Kerana permintaan Zahid itu, maka TSMY mengosongkan jawatan TPM dan melantik empat menteri kanan. Covid semakin teruk. PKP pula datang. Banyak kes mahkamah tertangguh, termasuklah kes Zahid.

Diantara bulan Februari hingga September 2020, hubungan antara parti-parti dalam kerajaan dan menteri2 sangat bagus. Mereka sering berjumpa dan berbincang. Kerana itulah negara kita berjaya mengawal covid dalam PKP pertama.

Tup…tup…tup…September 2020, hujan tidak ribut pun tidak, tiba2 beberapa hari sebelum pengundian PRN Sabah, Anwar Ibrahim mengumumkan beliau cukup majoriti untuk membentuk kerajaan. Semua orang bingung ketika itu. Dari mana Anwar cukup majoriti jika UMNO tidak sokong beliau ?

Anwar hantar surat kepada Istana Negara. Kemudian pihak Istana Negara menghantar surat itu kepada PM memaklumkan bahawa Anwar cukup majoriti untuk membentuk kerajaan dan jika sahih maka TSMY perlu berundur bagi memberi laluan kepada Anwar.

Surat itu ditandatangan oleh Anwar dan Zahid. Rupanya Zahid main borong guna nama semua ahli parlimen UMNO hantar kepada YDPA kononnya mereka menyokong Anwar. Sedangkan beliau tidak panggil pun ahli2 parlimen itu untuk minta persetujuan.

TSMY telah memanggil semua presiden parti ke rumah beliau. Dalam pertemuan itu Presiden Pas pun ada sekali. Zahid hendak nafi surat itu tidak boleh kerana ada depan mata. Tandantangan beliau dan ada cop terima Istana Negara. Bincang punya bincang, Zahid panas punggung dan cabut keluar tinggalkan rumah TSMY.

Disini kita nampak, siapa tikam siapa ? Baru beberapa bulan jadi kerajaan, dia dah tikam PM yang awalnya dia sokong. Kemudian dia tikam kawan2nya yang ahli parlimen UMNO, guna nama hantar kepada Istana Negara tanpa kawan2 dia tahu.

Dalam apa keadaan TSMY banyak mengutamakan UMNO. Termasuklah dalam PRN Sabah. TSMY meminta UMNO menamakan seorang calon Ketua Menteri selain Bung Mokhtar. Tetapi Zahid tetap mahukan Bung.

Difahamkan sebelum itu beliau telah berjanji dgn Musa Aman. Bukannya Bung tidak bagus. Cuma beliau ada kes mahkamah yang belum selesai. Akhirnya PPBM terpaksa umum calon mereka sebagai KM.

UMNO terlepas jawatan KM bukan kerana pengkhianatan PPBM. Tetapi kerana sikap bodoh sombong presiden kita sendiri. Dan UMNO tidak mencatatkan keputusan yang baik pun dalam PRN Sabah. Kalaulah Musa Aman dinamakan awal2, parti menang lebih besar dan jawatan KM pun milik kita.

Kemudian diputarnya cerita, kononnya TSMY mengkhianati UMNO. TSMY hendak haramkan UMNO. Apa ke halnya TSMY hendak haramkan UMNO ? Sedangkan beliau sedar tanpa sokongan UMNO beliau akan rebah.

Jawatan TPM pun TSMY masih kosongkan hingga ke hari ini untuk diisi oleh UMNO. Jika TSMY hendak gunakan kuasa beliau sebagai PM yang boleh melantik sesiapa saja yang beliau inginkan dari kalangan MP UMNO, boleh saja. Tetapi kerana beliau hormatkan institusi UMNO itu, beliau minta UMNO yang namakan.

Duit UMNO yang dibekukan zaman Tun M pun beliau lepaskan beri balik untuk membolehkan UMNO bergerak.

Jadi logikkah TSMY hendak cantas kaki UMNO dengan mengharamkan UMNO ? Itu semua cerita rekaan Zahid dan orang2nya untuk menutup kesalahan sendiri.

Tidak habis di Sabah. Dari Sabah dibawa ke Perak pula. Tiba2 ada undi tidak percaya terhadap MB Perak. Tanpa ada sebarang pergaduhan, sebarang pertikaian, sebarang maki hamun, MB Perak yang kalah undi dalam dewan, Ahmad Faizal Azumu secara redha dan gentleman berundur dengan baik.

Dalam kes di Perak, siapa tikam siapa ?

Dari sinilah kita mula didendangkan dengan kalimah ‘Jajaran Baru’. Kalimah ini keluar dari mulut Zahid sendiri.

Kalau hendak balas dendam, TSMY boleh buat di Johor. UMNO ada berapa kerusi saja di Johor. Tapi kita kekal MB sampai ke hari ini.

Kalau hendak balas dendam, TSMY boleh saja lantik orang Pas atau PPBM ke jawatan TPM. Hingga ke hari ini kerusi TPM masih kosong dan ianya milik UMNO. Cuma kegagalan UMNO menamakan calon untuk diletak di situ.

Tidak cukup dgn itu. Masuk tahun 2021, Zahid masih belum insaf lagi. Agaknya dia tiada azam tahun baru kot. Penyakit tikam kawannya dibawa dari tahun ke tahun. Belum ada vaksin lagi.

Beliau rancang untuk 15 orang ahli parlimen UMNO tarik sokongan kepada TSMY. Setiap dua hari seorang MP akan umum.

Bermula dgn kawan baiknya sendiri, Nazri Aziz. Kemudian Jazlan (Kelantan) pula. Yang ketiga sepatutnya Tajuddin Rahman. Tapi tak sempat. Tujuan Zahid adalah untuk jatuhkan TSMY.

Beberapa hari lepas kita semua lihat, dengar dan baca apa yg keluar dari mulut Nazri. Beliau mendedahkan bagaimana beliau ditipu oleh Zahid. Kawan sendiri pun Zahid sanggup tikam.

Teruk penyakit Zahid. Penyakit yang belum ada vaksin. Habis orang ditikam dan dikencing olehnya. Sebab itu saya kata, kalau PM pun dia lipat, kawan sendiri dia tikam , kita ahli2 UMNO ini dilelong saja olehnya.

Sekarang ini cerita ceriti TSMY tikam UMNO, khianat UMNO semuanya hanya sekadar cerita mulut. Tidak ada satu pembuktian pun lagi.

Yang Zahid khianati TSMY pula, satu persatu telah terbukti. Hantar surat kpd Agung sokong Anwar, undi tidak percaya di Dun Perak dan susun MP tarik sokongan terhadap TSMY.

Selepas ini kita tunggu episod seterusnya dari Nazri Aziz. Ha ha ha…dia kata dua bulan pergi luar negara. Takpelah…kita tunggu. Betul ke dua bulan ? Atau jika betul dua bulan, di luar negara tiada talian internet ke untuk beliau buat pendedahan seterusnya ?

Kredit Mohd Faizsal

UMNO Tangguh Pemilihan 18 Bulan – Sidang Parlimen 14 Hari 🤭

UMNO hampir pasti menangguhkan pemilihan, selepas majoriti Ahli Majlis Tertinggi bersetuju untuk menangguhkannya selama 18 bulan berdasarkan perlembagaan UMNO.

Kononnya kata mereka persepakatan dicapai melalui satu resolusi yang dibuat atas talian.

Yang sebenar benarnya penangguhan dibuat kerana mereka yang berjawatan dan pro Kluster Mahkamah, mula merasa bahang penolakan dari pemilih. Itu mereka baca di ruang komen setiap kali berita pemimpin UMNO muncul di portal berita.

Pasti melayang tu kawan, walaupun masih ramai Ahli yang totok pada (Kluster Mahkamah) Presiden UMNO. Tapi ahli yang boleh mengundi atau menentukan calon yang bertanding akan menolak line up kluster Mahkamah.

Kluster Mahkamah ni memang pandai berlakon. Kamu tengok ahh, mereka menuntut sidang Parlimen diadakan secara konvensional, walaupun keadaan belum mengizinkan, siap mengugut mesti diadakan selepas 14 hari. Tapi bila terkena batang hidung boleh pula ditangguh hingga 18 bulan. Belum nampak lagi bagaimana hipokrasi ditayangkan?

Kalau kerajaan Perikatan Nasional ada niat jahat, elok tu pilihan raya diadakan sebelum tamat tempoh 18 bulan. He!

Waktu itu pasti tumbang kerana tidak selamanya totok totok akur pada kluster Mahkamah yang asyik asyik kantoi.

Kamu lagi setakat ahli biasa yang tidak pernah berhubung dengan Presiden UMNO, lagi percaya. Sedangkan Nazri Aziz pun taubat lahu sudah. 🤭


MT Umno setuju tangguh pemilihan parti, kata sumber

by Haspaizi Zain, malaysiakini.com
June 24, 2021 09:34 PM

Umno hampir pasti menangguhkan pemilihan parti itu selepas majoriti ahli Majlis Tertinggi (MT) bersetuju untuk menangguhkannya selama 18 bulan berdasarkan perlembagaan Umno.

Menurut sumber yang juga ahli MT Umno, kata sepakat itu dicapai melalui satu resolusi yang dibuat secara dalam talian.

Ia selepas MT Umno tidak dapat bermesyuarat ekoran perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini yang akan berakhir 28 Jun.

“MT buat keputusan dalam bentuk ‘circular resolution’. Ini pernah dibuat sebelumnya.