Jalan Dua Hala Tawau Adalah Idea Shafie dan Samy Vellu – RMK9

Datuk Shafie Apdal ketika berucap di Majlis Silaturahim Aidiladha bersama komuniti Batu 1½, Jalan Damai, Tawau.

Menjelaskan cerita sebenar pembinaan jalan raya Pan Borneo yang menjadi modal politik PM Najib Razak, seolah olah datang dari ideanya. Makanya masyarakat Sabah mesti menyokong UMNO sampai mati. 😉

Jalan Pan Borneo yang dimaksudkan oleh Datuk Shafie Apdal ialah jalan dua hala Tawau yang sedang dalam pembinaan.

Menurut Datuk Shafie Apdal yang juga mantan Menteri KKLW. Sebenarnya idea asal membina jalan dua hala Tawau itu datang dari ideanya dan Datuk Samy Vellu, sebelum diambil alih oleh Datuk Shaziman, Menteri Kerja Raya. Memandangkan keadaan jalan pada waktu itu agak sempit, menyebabkan kemalangan sering terjadi hingga mengorbankan jiwa.

Hasilnya program membina jalan dua hala Tawau (Pan Borneo) telah diluluskan dan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke 9 oleh Perdana Menteri ketika itu, Datuk Ahmad Badawi (Pak Lah).

Itu yang berlaku disebaliknya….. Jadi?

Published
Categorized as PBK, Sabah

Rambut Panjang Tapi Pendek – DAP Tawau 

Adun Sri Tanjong, Chan Foong ketika berucap di Kampung Batu 1¹² Jalan Damai, Tawau. Sempena Majlis Raya Aidiladha bersama Datuk Seri Shafie.

Sinisnya, itu perempuan rambut panjang tapi pendek. Adalah perempuan yang bertanggungjawab kepada kesusahan masyarakat. Beliau merujuk pada isteri MO1 yang berbelanja boros menggunakan wang rakyat sedang dalam masa yang sama masyarakat bertungkus lumus membayar GST.

Kerana itu pada PRU yang akan datang, beliau menggesa pada masyarakat Sabah agar jangan lagi mengundi BN. Ini kerana kalau BN menang maka besar kemungkinannya kadar GST akan ditambah sehingga 2, 3 atau 4%.

Kawan kawan sedang sekarang pun, sudah ramai yang merengek, apa lagi selepas dinaikkan. Adalah nanti yang tunggang langgang ni. Hemmm

Menurutnya lagi, ini negeri Sabah sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai orang Sabah. Kerana itulah DAP Tawau menyokong penuh politik Datuk Shafie Apdal yang memperjuangkan hak hak orang Sabah.

Nampaknya politik Datuk Shafie Apdal semakin mendapat tempat, bukan hanya dikalangan masyarakat Bajau Suluk tapi juga dikalangan KDM dan Cina. Hebat!

Di akhir ucapannya beliau suka mengingatkan pada semua anggota keselamatan atau SB yang berada di situ, supaya jangan mengeluarkan saman pada kereta yang berdereatan diluar sana. Sebab kalau tidak ini menunjukkan pemerintah tidak menghormati kehendak masyarakat dari konteks demokrasi yang sedang menghadiri majlis ini. (lokasi majlis tidak menyediakan cukup ruang letak kereta)

#politikbolos #sabahubah

Darell Leiking Keluar PKR

Hari ini sejarah politik Sabah tercatat lagi bukan hanya disebabkan kehadiran Datuk Seri Shafie Apdal di Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bagi tujuan untuk membuat penyemakan. Tapi ada yang lebih dari itu walaupun pada hakikatnya telah diputuskan lama. 

Pemimpin muda dari Penampang yang juga Ahli Parlimen Penampang Yb Darell Leiking @ Ignatius telah secara rasmi mengisytiharkan dirinya keluar dari PKR dan akan berjuang bersama sama dengan Datuk Seri Shafie Apdal melalui parti tempatan Sabah.

Dengan ini admin ucapkan ribuan tahniah!!!

Untuk makluman Darell Leiking adalah Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat, Penampang dari 2010 hingga 2014. Juga sebelum ini merangkap jawatan Timbalan Setiausaha Agung, Parti Keadilan Rakyat dari tahun 2010 sehingga 2014.

Nah sekarang apa lagi, bangkitlah rakyat Sabah bersama dengan Datuk Seri Shafie Apdal bagi memperjuangkan hak yang sepatutnya sudah lama menjadi hak anda.

Inilah yang admin maksudkan cakap serupa bikin. Bukan macam yang lain lain tu, suka sangat berpolitik walaupun buta politik. Kerana ingin selamat banyak sangat alasan yang dilontarkan, mereka ingat orang lain tidak mahu selamat macam mereka. Alahai

#sabahubah

Published
Categorized as PBK, Sabah

Kereta Api Sabah Muzium Bergerak?

Eloklah kalau kerajaan tempatan negeri Kedah terfikir untuk membina muzium bagi memperingati sistem pengangkutan Kereta Api yang telah wujud sejak zaman penjajahan Jepun. Sistem ini telah banyak menyumbang kepada kemajuan masyarakat Kedah pada ketika itu.

Oleh itulah Persatuan Sejarah Cawangan Malaysia Kedah (PSMCK) mencadangkan kerajaan negeri membina muzium Kereta Api pertama di Kedah bagi memperingati sejarah sistem pengangkutan darat itu.

Tapi tidak kah kerajaan tempatan Sabah juga terfikir bagaimana untuk menaik taraf sistem Kereta Api yang telah wujud sejak lagi pemerintahan British pada sekitar tahun 1896 dan masih berfungsi sehingga sehari malah relevan untuk diteruskan. Dengan demikian bolehlah Kereta Api yang penuh sejarah itu di muziumkan?

Kenapa admin katakan relevan, sebab sistem jalan raya di negeri Sabah masih tidak sempurna. Maka wajarlah perkhidmatan Kereta Api dinaik taraf. Selain faktor pelancongan.

Di Kedah, selepas beberapa dekad dan melalui proses pembaharuan, mereka kini sibuk memelihara bahan untuk di Muziumkan.

Di Sabah Kereta Api yang sepatutnya di muziumkan kerana keusangannya masih berkhidmat kepada masyarakat.

Jangan pula kata ini style baru yakni muzium bergerak ya. 😉

Admin bukan sengaja cari pasal tapi apa yang benar. Kesian masyarakat Sabah ni kerajaan sendiri tidak mampu berfikir dengan baik. Mahu saja membina bangunan yang tinggi tinggi walaupun dengan cara berhutang semata-mata. Pada hal banyak lagi bangunan lama yang masih baik dan boleh digunakan.

Sedangkan prasarana yang menjadi keperluan masyarakat luar bandar tidak disediakan dengan baik. Hemmm