Kompleks Sukan Kota Marudu – Warisan

Jelas sudah peluru Warisan semakin kritikal sedangkan ambang PRU semakin dekat.

Presiden Warisan semasa berjawatan Menteri KKLW yang ada kuasa dan bertanggungjawab menyediakan segala macam prasarana di negeri Sabah tidak pula Datuk Shafie Apdal membina kompleks sukan untuk daerahnya, Semporna atau sebutkan satu sahaja kompleks sukan mana yang dibina hasil usaha Datuk Shafie Apdal selaku Menteri KKLW? Tidak ada lor

Tapi hari ini Presiden Warisan, Datuk Shafie Apdal selaku pemimpin pembangkang, berani pula menabur janji akan membina Kompleks Sukan di Kota Marudu.

Janji itu diluahkan di Page miliknya Shafie Apdal Official yang semakin hari semakin dilupakan. Lihat saja kadar sharenya, semakin hari semakin merudum. Ini menunjukkan masyarakat Sabah semakin sedar akan perjuangan Warisan yang dikatakan tidak relevan.

Soalnya boleh dipercayai kah? Kenapa tidak menjanjikan hal yang sama pada masyarakat pantai timur Sabah umumnya, khasnya Semporna, walaupun cukup sekadar janji bulan dan bintang. Malu nanti terkena dahi sendiri sebab kompleks sukan Semporna sedang dalam pembinaan yang diilhamkan oleh Yb DUN Bugaya, Datuk Ramlee kah?

Benarlah kata Ketua Menteri, Datuk Musa Aman orang kalau sudah kehilangan kuasa dan berusaha untuk mendapatkannya akan sanggup menjanjikan bulan dan bintang.

#BNforSabahan

DAP Sabah Layak Membelakangkan Warisan – Calon

Kalau mahu meletakkan lebih ramai calon DAP di DUN dan Parlimen Sabah pada PRU yang akan datang, maka sebenarnya tidak perlu pun DAP berunding atau berkerjasama dengan Presiden Warisan, Shafie Apdal. Siapa juga Warisan? persoalan ini yang perlu difahami oleh DAP, sedangkan DAP jauh lebih berpengalaman dan layak berbanding Warisan yang baru berumur setahun jagung. Tapi terus saja berunding dengan Dr M selaku pengerusi PH, dengan cara ini peluang DAP akan lebih cerah.

Nampak sudah kah betapa dominannya PH hingga melangkaui parti Warisan di negeri Sabah. Tinggal lagi parti Warisan suka berlagak seolah olah merekalah yang mengungguli politik pembangkang di negeri Sabah. Walhal Ketua pembangkang di negeri Sabah bukannya dari Warisan tapi komponen PH iaitu PKR.

Hakikatnya siapa juga Warisan yang mentah serba serbi, mentah dari percaturan parti politik malah mentah dalam konteks perlembagaan parti dan negara. Sebab itulah agenda mempolitikkan perjanjian 1963 tidak menjadi.

Baru baru ini sekumpulan dari DAP Sabah yang diketuai oleh Pengerusinya, Stephen Wong menemui Dr M bagi membincangkan sesuatu atau pertambahan kerusi di negeri Sabah.

Sebelum itu DAP Sabah, Setiausaha DAP Sabah, Chan Foong Hin telah bertemu dengan Presiden Warisan bagi merundingkan kedudukan calon DAP di PRU yang akan datang. DAP mahukan lebih kerusi, 8 kerusi Parlimen dan 20 kerusi DUN. Tapi nampaknya tidak mendapat kerjasama, banyak alasan yang diberikan oleh Datuk Shafie Apdal selaku Presiden parti Warisan.

#BNforSabahan #tolakwarisan

Kenyataan Zahid Jangan membrexitkan Sabah Ada Kebenarannya 

Kenyataan TPM Zahid Hamidi tu bukannya menggugat masyarakat Sabah tapi itulah kenyataannya bila Sabah ini diperintah oleh parti pembangkang yang kekitaan yang tidak lagi berkerjasama dengan mana mana pihak atau Persekutuan.

Bak kata admin sebelum ini, kerana itulah Sabah ditakdirkan tidak bersultan. Sebab kalau tidak habis berperang ini orang orang Sabah hanya kerana ingin menuntut hak masing masing yang difikirkan perlu untuk puaknya (Khawarij)

Dan parti yang dimaksudkan oleh TPM Zahid Hamidi itu ialah parti Warisan yang tidak konsisten dalam perjuangannya. Sekejap menghormati kedudukan Sabah dalam Malaysia sekejap lagi mahu menuntut Sabah keluar dari Malaysia.

Pokoknya kepimpinan Warisan tidak faham pun apa itu perjanjian 1963. Ini kerana menuntut perjanjian ini tidak terkandung dalam agenda awal penubuhan Warisan. Alsebab itulah barulah pada hari ini Warisan mengheret Brother Zainnal Ajamain ke hulu ke hilir untuk berceramah. Tapi kalau kita teliti balik selama ini pendapat brother Zainnal Ajamain yang ada Facebook dan YouTube berkaitan perjanjian 1963 dan 20 perkara, jelas dia tidak mengiktiraf kewujudan Sabah di dalam Malaysia dan ingin membawa Sabah keluar dari Malaysia dan adakah matlamat ini juga diperjuangkan oleh parti Warisan?

Kalau benar, jelas ia bertentangan dengan perlembagaan Warisan yang kononnya menghormati keberadaan Sabah di dalam Malaysia.

Banyak pertentangan yang admin boleh kemukakan selain pendirian Warisan yang tidak konsisten dan kerjasama mereka dengan brother Zainnal Ajamainp. Antara lain, kenyataan Shafie Apdal semasa menjadi Menteri KKLW, dia sendiri mengingatkan masyarakat Sabah agar jangan terpengaruh dengan pihak yang bertanggungjawab yakni pihak yang cuba membawa Sabah keluar dari Malaysia atau agenda yang ada persamaannya.

Kalau kita terjemahkan dari konteks politik yang ada pada hari ini seolah olah yang dimaksudkan oleh Shafie Apdal itu ialah parti Warisan. Hemmm

Ini kerana menurut Shafie Apdal yang ketika itu berstatus Menteri, membawa Sabah keluar dari Malaysia akan menjejaskan kestabilan atau keselamatan negeri Sabah. Menurutnya lagi membebaskan Sabah bukannya kerja yang mudah, apa lagi kumpulan tertentu dari Selatan Philipine sedang giat menuntut pemilikan keatas Sabah, sebab itulah sering berlaku insiden penculikan.

Akhirnya dia merayu pada masyarakat Sabah agar membayangkan keburukan keburukan yang dia sebutkan diatas. Tidak terkecuali dia juga menekankan kebaikan semasa Sabah berada di dalam Malaysia, dimana selepas negara mencapai kemerdekaan banyak manfaat dinikmati rakyat termasuk di Sabah berbanding rakyat di kebanyakan negara lain yang telah lama mencapai kemerdekaan.

Tapi kenapa hari ini, parti Warisan, Shafie Apdal semacam kumpulan yang berfikiran Khawarij ya?

Kesimpulannya apa yang dinyatakan oleh TPM Zahid Hamidi ketika berucap semasa merasmikan Persidangan Secara Berkelompok perwakilan Umno Zon 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bongawan dan mengingatkan masyarakat Sabah agar jangan terpedaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab adalah hakikat dan bukannya ugutan seperti mana tafsiran pihak pembangkang aka Warisan.

Pada ucapannya TPM Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan anggota Umno dan seluruh rakyat Sabah agar tidak sesekali terpengaruh dengan cubaan pihak luar untuk ‘memBrexit’kan’ Sabah daripada gelanggang Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ahmad Zahid berkata tindakan pihak ‘luar’ itu, termasuk bekas kepimpinan Umno peringkat negeri dan nasional yang telah meninggalkan UMNO, merupakan langkah yang silap dan boleh memberi impak negatif kepada rakyat dan negeri Sabah.

“Jika ada orang luar sama dari dalam kita (BN dan Umno), tokoh yang asalnya daripada Barisan Nasional yang cuba membawa rakyat Sabah keluar daripada gelanggang UMNO dan BN, mereka salah perkiraan,”

#BNforSabahan

Siapa Masyarakat Kimanis Pada Mata Hati Shafie Apdal – Anifah Aman 

Dibawah adalah luahan kecewa Menteri Luar Negeri Malaysia, Anifah Aman semasa berurusan dengan mantan Menteri KKLW, Shafie Apdal.

Kerana pendedahan inilah sewajarnya masyarakat Kimanis dan daerah daerah yang berhampiran mengambil iktibar sekaligus menolak propaganda Warisan yang kononnya ingin membela masyarakat Sabah melalui slogan Sabah Ubah.

Bayangkan seorang pemimpin BN dari Sabah yang ingin berkhidmat untuk masyarakat Sabah mendapat halangan dari pemimpin Sabah itu sendiri. Kesian!

Hello orang orang Sabah, jangankan orang luar, sedang orang Semporna sendiri pun tapi bukan dari kalangan kerabat tidak juga mendapat pembelaan yang sewajarnya walaupun selama itu dia bekerja atau menyokong pemimpin berkenaan. 

‘Shafie sewaktu jadi menteri KKLW dahulu tidak pernah meluluskan peruntukan yg di minta oleh rakyat di kimanis walaupun kerap kali sudah dipohon’

‘saya sendiri pernah datang jumpa dia untuk minta peruntukan RM50 juta untuk bantu rakyat, 2 jam saya tunggu saya hanya perlu 5 minit utk menerangkan,namun pegawainya hanya suruh tinggalkan kertas kerja,akhirnya berbulan-bulan saya tggu 1 sen pun tiada dia luluskan’

‘walaupun ada kawasan tiada elektrik dan bekalan air bersih tp dia tidak datang ke kawasan kimanis, beliau sepatutnya berasa malu kerana sudah tiada kuasa barulah kerap datang ke kimanis untuk merayu’

”kenapa sekarang baru dia mahu datang?’

-DS Anifah Aman.
#BNforSabahan 

Warisan Belum Layak Meniru Langkah Sarawak – MA63

Kita tidak hairan dengan tindakan kerajaan negeri Sarawak yang memperjuangkan perjanjian 1963 kerana parti BN sudah lama menjadi kerajaan negeri, begitu juga dengan Sabah. Dimana selama ini kerjasama baik diantara kerajaan negeri dan Federal akan mampu merealisasikan apa yang difikirkan perlu oleh Sabah dan Sarawak.

Sebab itulah sebelum kita dikhabarkan dengan tindakan kerajan negeri Sarawak yang menghantar rombongan ke UK bagi mengkaji lebih lanjut perjanjian 1963. Kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman telah terlebih dahulu membentuk jawatankuasa khas bagi mengkaji elemen yang mungkin bertentangan diantara Federal dan kuasa negeri berdasarkan perjanjian 1963. Supaya nanti perbezaan itu dapat diturunkan kepada kerajaan Negeri.

Yang menjadi tanda tanya ialah tindakan parti baharu pembangkang Sabah, Warisan sejauh mana mereka mampu mempolitikkan perjanjian 1963. Ini kerana Warisan belum pun mendapat sebarang kemenangan atau mandat dari masyarakat Sabah menerusi PRU dimana perjanjian 1963 dijadikan manifesto. Maksud admin menuntut elemen di dalam perjanjian 1963 tidaklah semudah kiraan 123 tapi rumit dan memakan masa lihat saja kerajaan negeri Sarawak selepas berdekad bersama BN barulah mereka mengorak langkah.

Dan dari satu sudut yang lain, dari sudut mana agenda mereka akan tercapai sedangkan Warisan mustahil mendapat sokongan daripada mana mana pihak termasuklah PH sebagai wakil Federal  (andai pembangkang menjadi kerajaan) ini kerana Warisan sebelum ini menolak kerjasama dengan mereka. Walhal kita sedia maklum PH pun sebelum ini menyokong agenda Borneonisasi walaupun cukup sekadar retorik politik?

Jadi pada masyarakat jangan kamu terpedaya, politik adalah politik. Warisan akan sanggup menjanjikan perkara yang indah indah selama mereka belum berkuasa. Hakikat yang sebenar benarnya parti Warisan belum layak membandingkan diri mereka dengan kerajaan Sarawak.

Sebelum ini Presiden Warisan, Datuk Shafie Apdal memuji langkah kerajan Sarawak, selepas Kerajaan Sarawak merancang untuk menghantar pasukan undang-undang ke United Kingdom (UK) untuk mencari dan mengkaji bahan-bahan sumber yang berkaitan dengan pembentukan Malaysia oleh UK, ketika itu Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura 1963.

#BNforSabahan

Kiulu Dibawah BN Telah Membawa Banyak Kemajuan Hanya Warisan Yang Cetek

Kenapa kenyataan si Jo Anna macam orang yang baru berpolitik belum mampu membezakan mana baik mana tidak untuk masyarakat tapi hanya melihat politik dari konteks Presiden Warisan semata mata?

Si Jo Anna cuba menafikan sistem pentadbiran diantara negeri Sabah dan Federal (KKLW). Dia juga mahu masyarakat Kiulu menafikan kemajuan yang sedang dikecapi tidak datang dari kerajaan BN tapi dari Presiden Warisan yang dulunya berjawatan Menteri KKLW.

Nampak tak betapa jeleknya bila berpolitik pembangkang, mata hatijadi buta. Sistem pentadbiran kerajaan yang sebelum ini mereka akui kini mereka nafikan, mereka nafikan kebaikan atau kebijaksanaan parti yang bertanggungjawab menggubal undang-undang hingga menjadi sistem pentadbiran antara negeri dan Federal menjadi satu kelemahan.

KKLW adalah agensi kerajaan BN dari Federal yang telah dipertanggungjawabkan bagi memajukan kawasan atau daerah yang berada di luar bandar, seperti contoh daerah Kiulu. Nantinya agensi ini akan berkerjasama dengan kerajaan negeri atau Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman, bagi memastikan semua perancangan berjalan lancar. Walaupun semasa Presiden Warisan menjadi Menteri KKLW, dia tidak berapa menghormati kerajaan negeri. Sedangkan peruntukan kemajuan luar bandar Sabah berada di Kementeriannya.

Sebab itu tanpa mengira siapa pun Menteri KKLW, sama ada orang Sabah atau orang Semenanjung. Sudah menjadi tanggungjawab mereka menjayakan aspirasi masyarakat luar bandar.

Hasilnya daerah Kiulu yang diwakili oleh Yb dari parti BN itu mendapat kemajuan walaupun dinafikan oleh jentera Warisan si Jo Anna dengan alasan yang tidak masuk akal. Walau bagaimanapun tanpa Warisan sedari mereka telah mengakui akan kebaikan BN sebagai parti yang relevan untuk masyarakat Sabah.

Sebelum ini admin mengikuti jawapan dari
Parti Warisan Sabah semasa menjawab kenyataan balas oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kiulu Datuk Joniston Bangkuai pada Jumaat lalu.

Bahawa kononnya jawapan Yb BN itu cukup mengecewakan ini kerana projek RISDA iaitu penanaman pokok getah tinggi di Kiulu dilaksanakan oleh Shafie Apdal semasa menjadi Menteri KKLW.

Begitu juga kononnya dengan pembinaan jalan asas peringkat pertama / 5KM Gonipis-Poring. Serta bekalan elektrik di daerah Kiulu.

Walhal menurut Warisan, Datuk Joniston baru empat tahun menjadi Yb Kiulu.

Sekali lagi, kamu nampak betapa ceteknya politik Warisan?

Nah, pada masyarakat jangan kamu mudah dipesongkan oleh taktik bertaraf budak tadika pihak pembangkang. Hakikatnya pihak pembangkang tidak boleh menafikan sama sekali jasa BN sebagai parti yang telah membawa banyak kemajuan pada masyarakat Sabah khususnya di daerah Kiulu. Hanya kerana Presiden Warisan, Datuk Shafie Apdal pernah menyandang jawatan Menteri KKLW.

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakwarisan

Nik Azmi/PKR Tidak Layak Mengkritik Tindakan Sarawak/Sabah Dari Konteks MA63 

Nik Azmi menerusi akuan Twitternya mempersenda tindakan kerajaan negeri Sarawak setelah menghantar rombongan peguam ke Kota London bagi memperhalusi perjanjian 1963. Dia kata, kalau kerajaan negeri Sarawak ikhlas tidak perlu ke Kota London, hanya perlu mendesak PM Najib Razak supaya mematuhi perjanjian 1963.

Tapi kalau ada yang mengikuti perkembangan politik PKR dan menyedarinya. Nik Azmi selaku barisan kepimpinan PKR sendirilah yang tidak ikhlas, cakap tidak serupa bikin.

Dulu semasa agenda buku jingga dibawa ke negeri Sabah untuk dijadikan umpan aka manifesto pilihanraya ke 13. Ada beberapa perkara yang dikaitkan dengan autonomi Sabah telah dibincangkan melalui konvensyen buku jingga dan dijanjikan akan dimasukkan di dalam Perlembagaan PKR tapi sehingga ke hari ini perkara (autonomi/borneonisasi) itu tidak termaktub dalam perlembagaan parti PKR. 😉

Lebih menarik janji buku jingga itu disaksikan sendiri oleh Datuk Kalakau Untol yang sekarang penyokong kuat parti Warisan. Kalau tidak percaya tanya empunya diri!

Antara agenda untuk Sabah sebelum PRU13 yang dijanjikan akan dimasukkan dalam buku jingga sekaligus dicatat dalam perlembagaan parti tapi janji tinggal janji ialah seperti dibawah:-

– Mengukuhkan autonomi Sabah dengan menyemak kembali perkara yang termaktub dalam Perkara 20 untuk memastikan sebarang tindakan bertentangan, dihenti serta merta.

– Menyempurnakan sebuah Suruhanjaya DiRaja bagi mencari menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin.

– Melaksanakan tuntutan kenaikan royalti minyak Sabah sebanyak 20 peratus dengan menandatangani perjanjian baru dengan kerajaan Persekutuan.

– Menubuhkan syarikat minyak dan gas yang dimiliki rakyat Sabah dengan modal awal berbayar RM1 bilion dan mewujudkan sebuah konglomerat antarabangsa yang dibimbing Petronas.

Itu admin katakan, Nik Azmi atau PKR tidak layak mencampuri sebarang usaha kerajaan Sarawak dan Sabah dalam mereka menuntut beberapa elemen di dalam perjanjian 1963.

Ini juga menunjukkan agenda parti Warisan yang menuntut borneonisasi melalui slogan Sabah Ubah atau Sabah For Sabahan tapi dalam masa yang sama berkerjasama dengan parti parti pembangkang dari Semenanjung seperti PPBM atau saja PKR adalah retorik semata-mata.

#BNforSabahan #UMNOBN

Jentera Warisan Menghina Bajau Laut aka Mereka Yang Tinggal Di Perkampungan Atas Laut! 

Kalau ada lagi Bajau Laut atau mereka yang tinggal di perkampungan atas laut menyokong Parti Warisan memang benarlah mereka tidak ada harga diri. Mereka kena ingat,  kalau tidak ada harga diri, orang lain tidak akan sanggup menghargai mereka. Ingat tu!

Baca kenyataan jentera rasmi Warisan di atas walaupun sudah pencen dan tidak lagi relevan tapi hanya kerana parti  dia sanggup menghina mereka yang tinggal di atas laut.

Walhal keluarganya sendiri masih ramai yang tinggal diatas laut, punyalah ego.

Itu belum lagi jadi pemerintah sudah pun terhidu busuk hati mereka, justeru tidak hairanlah kenapa selama ini masyarakat dari pantai barat Sabah seperti KDMR menyimpan sentimen kebencian terhadap orang orang seperti ini yang kini menjadi jentera Warisan.

Mereka lupa sejak awal kemasukan UMNO ke Sabah hingga Shafie Apdal diangkat sebagai Menteri. Kebanyakan pengundi Shafie Apdal di Parlimen Semporna adalah mereka yang tinggal di  Pulau Bum Bum dan perkampungan yang terletak di pinggiran tanah besar Semporna seperti Kampung Air, Kampung Bangau Bangau, Kampung Simunul dll.

Tetapi kenapa dihina? apa lagi mereka tidak mendapat pembelaan  selain hanya diberi makan macam ayam peliharaan. 

Jujur admin katakan walaupun admin ni berbangsa Iban tapi agak terkesan dengan penghinaan ke atas Bajau Laut atau mereka yang tinggal di atas laut. Fikir fikirkan 

Beringat kamu, kepimpinan yang sudah teruji gagal walaupun bertukar kulit tidak akan mudah meraih kepercayaan yang berpanjangan dari orang ramai, jadi jangan jadikan diri anda korban atau sebahagian dari mereka, nanti tidak pasal pasal hanya menjadi alat untuk kepentingan mereka.

Lihat saja kenyataan dari jentera Warisan berkenaan, menghina masyarakat seolah olah mereka datang dari bulan, mahu kah anda sebahagian daripada mereka?

Lagi menghairankan admin,  kalau di Semporna mana ada Bajau yang berasal dari darat, semua juga berasal dari laut atau dari kepulauan selatan Filipina.

Bikin pelik, memang susah kalau ego sudah menguasai diri akan mudah lupa diri hingga lupa asal usul mereka.

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakwarisan

Sarawak Menghantar Rombongan Peguam Ke London & Sabah? – MA63

Besar kemungkinannya dimana sekejap lagi parti pembangkang seperti Warisan akan mengklaim, bahawa kalau bukan mereka yang berpolitik agresif tidak kerajaan negeri Sarawak menghantar kumpulan peguam ke Kota London bagi memperhalusi perjanjian 1963. Bagi membuat persediaan sebelum kerajaan negeri mengemukakan tuntutan berdasarkan perjanjian 1963 ke pihak atasan atau kerajaan Persekutuan.

Atau paling tidak akan ada tu dikalangan penyokong totok pembangkang Sabah yang membuat perbandingan, kononnya Sarawak lebih tegas berbanding Sabah dalam usaha menuntut hak hak masyarakatnya berdasarkan 1963. 😉

Kerna itu kononnya akan selepas ini, kerajaan negeri Sabah mengikut jejak kerajaan Sarawak. (Kalau benar pihak pembangkang akan membuat kenyataan seperti diatas, nah nampak sangat sudah pembangkang kemuflisan modal)

Sebenarnya pendekatan yang dilakukan oleh kerajaan Sarawak berkenaan adalah menyamai apa yang telah dilaksanakan sekaligus diusahakan oleh Datuk Musa Aman dibawah Kerajaan BN Sabah. Beliau telah membentuk jawatankuasa bertindak yang diketuai Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang bagi menuntut undang undang yang mungkin ada pertindihan atau sebaliknya tapi sepatutnya diturunkan pada kerajaan negeri.

Untuk keterangan yang lebih lanjut, sila klik dua link dibawah :-

Musa Aman ajak pembangkang duduk semeja – MA63

BN lebih layak memperjuangkan MA63 

#BNforSabahan #UMNOBN

Darell Leiking Perlu Bertanggungjawab Pada Masyarakat Penampang

Sebelum ini MP Pembangkang yang juga Timbalan Presiden parti Warisan, Darell Leiking mendesak agar BN di Penampang bersikap jujur pada masyarakat di daerah itu. Ini kerana menurut Darell Leiking, BN di Penampang telah menerima peruntukan pembangunan sebanyak RM5 juta dari Federal.

Dengan erti kata lain, selepas ini jangan lagi ada dikalangan masyarakat Penampang yang berharap padanya selaku MP Pembangkang. Sebab dia tidak memegang sebarang peruntukan.

Ertinya juga telah terbongkar selama ini yang menyediakan kemudahan pada masyarakat Penampang ialah BN. Darell Leiking selaku MP hanya seronok menerima gaji beribu dari pemerintah.Nampak?

Kalau begitu keadaannya, sebaiknya pada pengundi Sabah umumnya, khasnya di Penampang jangan lagi mengundi calon dari mana man parti pembangkang atau Bebas pada PRU yang akan datang. Tidak ada juga faedahnya, buang masa. Bila tidak dapat membantu, begitu mudah mereka menuding pada pemerintah. Walhal bukan pembangkang tidak tahu, sampai bila pun orang Sabah tidak akan memberikan peluang pada pembangkang untuk mengetuai mereka. Ingat tu!

Berbalik pada dakwaan kononnya BN Penampang telah menerima peruntukan sebanyak lima juta dari Federal. Dakwaan itu telah dinafikan oleh Setiausaha BN Penampang, bahwa Darell Leiking telah memfitnah, dimana mereka tidak menerima peruntukan sebanyak itu. Prasarana yang dibina di Penampang seperti Projek tambatan banjir, Bangunan Mahkamah di Penampang, SMK Kipouvo serta Klinik kesihatan dan banyak lagi. Tidak terkecuali pemberian BR1M. Adalah atas usaha gigih mereka berurusan dengan pihak yang bertanggungjawab sehinggalah ia menjadi kenyataan.

Selayaknya sebagai wakil rakyat, Darell Leiking harus mencari inisiatif termasuklah menggunakan gajinya untuk membantu mereka yang memerlukan. Bukannya selamba menuding pada pihak musuh. Hemmm!

Kesimpulannya, mohon pada pihak Warisan itu untuk membidas balik penafian dari Setiausaha BN berkenaan. Jangan menikus!