Menyokong Amaran TPM Zahid – Slogan Sabah Untuk Sabah

1. Slogan Sabah For Sabahan hanya sesuai untuk pihak yang totally menuntut Sabah keluar dari Malaysia dimana ia dijalankan melalui kutipan suara atau memorendum. Bukannya terlibat dalam pergolakan politik nasional dan berharap akan mendapat jawatan Ketua Menteri Sabah melalui proses pilihanraya. Poyoh!

2. Alsebab itulah perjuangan slogan Sabah for Sabahan yang tidak melalui memorendum khas, hanyalah merupakan retorik politik, bertujuan mengelirukan orang orang Sabah demi kelangsungan pemimpin yang sikit hari lagi akan hilang dari peta politik Sabah. Mereka sanggup mengorbankan keharmonian kaum demi kuasa kuasa dan kedudukan.

3. Kerana itu kita sebagai masyarakat Sabah yang majmuk sewajarnya bersetuju dengan kenyataan tegas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Zahid Hamidi, semasa mengingatkan pihak berkenaan.

4. Naib Presiden UMNO Malaysia, Zahid Hamidi semasa merasmikan persidangan pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri. Menegaskan berdasarkan undang-undang bahawa jangan ada pihak yang bermain api dengan menghasut rakyat menggunakan slogan Sabah untuk Sabah dan Sarawak untuk Sarawak.

5. Timbalan Menteri menegaskan perbuatan itu adalah satu kesalahan yang amat serius dan mereka boleh dikenakan hukuman berat.

6. Beliau menambah perbuatan sedemikian hanya menyebabkan rakyat Malaysia menanggung derita akibat permainan dan akhirnya mengundang campur tangan asing pada masa depan. Lihat saja komen semasa dari penyokong penyokong parti pembangkang seperti Warisan dan Gabungan, penuh dengan rasa kebencian pada masyarakat Melayu yang berasal dari Semenanjung. Tidak terkecuali keatas masyarakat Sabah itu sendiri hanya kerana mereka menyokong parti seperti UMNO dan kompenan PH. Menjengkelkan!

7. Katanya lagi, tindakan pihak berkenaan yang menghasut rakyat dengan slogan itu cukup bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.

8. Kesimpulannya ingatan pada pemimpin dan penyokong parti pembangkang tempatan Sabah yang totally beretorik dengan perjanjian 1963. Mereka hanya ada dua pilihan. Sama ada berpolitik mengikut perkembangan arus perdana atau bertindak menjalankan pungutan suara(memorendum) pada semua lapisan masyarakat Sabah dan selepas itu dikemukakan kepengetahuan PBB lalu diadili mahkamah tribunal antarabangsa. Ada berani?

9. Pun begitu andai pembangkang merasakan mereka cukup kebal dan perbuatan mereka disokong oleh majoriti rakyat Malaysia umumnya dan khasnya masyarakat Sabah, nah dipersilakan terus beretorik dengan slogan slogan yang tidak mendatangkan manfaat tu. Tapi ingat, sendiri buat sendiri tanggunglah.

10. Satu lagi jangan ingat kerana amaran ini, kamu pembangkang merasakan diri kamu sudah kuat hingga kononnya mampu menggugatkan BN. Tolong sikit, ini soal keharmonian kaum bukannya modal pilihanraya.

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang #tolakwarisan

Tidak Perlu Berbalah dan Itu Adalah Pendapat Peribadi Pandikar Amin – MA63

Menteri Tugas-tugas Khas Teo Chee Kang berkata tiada siapa boleh ambil hak yang termaktub dalam perjanjian itu.

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah kekal komited menuntut hak Sabah yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Teo Chee Kang hari ini.

Beliau berkata tidak perlu berbalah tentang isu MA63 atau status Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Ini kerana bagi kerajaan Sabah, kedua-dua negeri Borneo itu istimewa berbanding negeri di Semenanjung dan perkara itu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh diubah.

Beliau berkata Sabah dan Sarawak memiliki kuasa perundangan untuk menggubal undang-undang bukan sahaja dalam bidang kuasa bawah Senarai Negeri, tetapi juga tentang tanah, sumber asli, kerajaan tempatan dan hak lain seperti imigresen, yang tidak dimiliki negeri di Semenanjung.

Tambahan pula, terdapat perlindungan dan peruntukan perlembagaan istimewa yang untuk geran istimewa buat negeri Borneo bawah Perlembagaan Persekutuan.

Teo, yang juga pengerusi jawatankuasa hak-hak istimewa (untuk mengkaji hak Sabah bawah MA63) menjawab pandangan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa Sabah sama seperti negeri lain di Semenanjung.

“Pandikar berhak menyuarakan pandangannya tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini, secara isinya, kami berbeza daripada negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Ini hakikat yang tidak boleh dinafikan.”

Beliau berkata tumpuan patut dikurangkan pada semantik dan lebih pada isu, dan isu itu tidak patut digunakan untuk mendapatkan kelebihan politik.

Beliau sekali lagi menegaskan kerajaan Sabah ada cara tersendiri apabila berurusan dengan kerajaan persekutuan dalam perkara berkaitan dengan pemulihan hak negeri dan penyerahan kuasa.

“Jawatankuasa hak-hak istimewa ditubuhkan untuk menangani perkara itu dan saya percaya kita menuju arah yang betul,” katanya.

Teo berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini memberi jaminan mana-mana hak Sabah yang diambil Kuala Lumpur secara tidak sengaja akan dipulangkan.

“Jaminan PM menunjukkan kerajaan persekutuan komited menyelesaikan semua isu berkenaan MA63 dengan Sabah,” kata Teo.

Di pelancaran kongres Parti Bersatu Sabah ke-32 pada 18 November lepas, Najib berkata beliau berkongsi sentimen Sabah mengenai MA63 tetapi meminta rakyat Sabah memberi masa kepada kerajaan untuk menafsir perjanjian 1963 itu sebelum membuat perubahan.

Teo seterusnya berkata lebih penting menegakkan hak substanstif Sabah bawah undang-undang itu daripada bergaduh soal semantik.

“Saya percaya kita semua mahu yang terbaik untuk Sabah dan Sarawak sebagai pihak dalam MA63, dan pihak yang membentuk Persekutuan Malaysia.

“Jadi mari kita bekerja dalam solidariti menuju matlamat bersama itu,” katanya.

Sumber FMT


1. Untuk makluman, lama sebelum polemik ini tercetus kerajaan negeri Sabah telah membentuk satu jawatankuasa khas bagi menuntut hak hak Sabah berdasarkan perjanjian 1963. Membuktikan ketelusan kepimpinan Ketua Menteri, Musa Aman yang berusaha sekaligus menegakkan perjanjian 1963 (MA63) mengikut versi BN.

3. Ini bermaksud pendapat Pandikar Amin itu hanyalah pendapat peribadi beliau semata-mata yang berdasarkan pemahamannya tapi layak untuk diraikan. Seperti mana pendapat sebelum ini yang diutarakan oleh seorang peguam Robert Pai semasa menyampaikan kertas kerjanya dipersidangan Malaysia at Crossroad. Bahwa perjanjian Malaysia 1963 tidak sah, berdasarkan penemuannya, antaranya,

3. 1 Perjanjian penyatuan Malaya, Sarawak dan Sabah sebagai satu negara melanggar tatacara undang-undang antarabangsa, yang menyatakan hanya negara merdeka boleh menyertai perjanjian antarabangsa.

3. 2 Perjanjian Malaysia 1963 tidak ditandatangani antara lima negara merdeka dan berdaulat, namun disertai antara dua negara bebas, iaitu United Kingdom dan Persekutuan Tanah Melayu (yang sudah merdeka pada ketika itu) – dengan negara separuh koloni Singapura dan dua koloni Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak.

3. 3 Lima individu yang terlibat menandatangani Perjanjian Malaysia 1963 untuk Sarawak – P.E.H Pike, T Jugah, Abang Haji Mustapha, Ling Beng Siew dan Abang Haji Openg – tidak mempunyai mandat rakyat Sarawak kerana Sarawak masih lagi menjadi koloni tanpa wakil kerajaan.

4. Apa pun kenyataan atau sumber yang menafikan keberadaan perjanjian 1963 itu hanyalah polemik semasa yang mewarnai politik Sabah. Adapun Sabah yang awalnya sebuah Wilayah tetap menuntut kelebihan seadanya Wilayah yang telah berjaya membentuk Malaysia.

5. Seperti mana usaha yang telah dijalankan sebelum ini, klik link dibawah.

5.1 Musa ajak pembangkang duduk berbincang berhubung MA63

5.2 BN lebih layak memperjuangkan Sabah For Sabahan

#BNforSabahan #tolakwarisan

Pertahankan Keharmonian Kaum dan Agama – Musa Aman

Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman hari ini. Ketika berucap di Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri yang diadakan di daerah Tawau.

Meminta rakyat di negeri ini agar mempertahankan keharmonian pelbagai kaum dan agama dan tidak membiarkan pihak tertentu mengambil kesempatan.

Katanya, selama ini Sabah menikmati keamanan yang didasari persefahaman dan keharmonian masyarakat berbilang bangsa dan agama.

“Kita tidak mahu ada pihak yang cuba menangguk di air keruh, cuba mempolitikkan agama.

“Tidak ada isu agama di negeri kita yang tercinta, yang ada hanya persefahaman dan harmoni dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama,”

Beliau berkata keharmonian masyarakat di Sabah juga antara tarikan pelancong ke negeri itu selain keindahan alam semula jadi.

Sehubungan itu, beliau meminta umat Islam khasnya, menghayati dan mencontohi keperibadian Nabi Muhammad dalam mengeratkan ukhuwah sesama hamba Allah.

Asas dan kunci kejayaan Sabah pada masa depan bukan terletak pada kekayaan sumber alam semata-mata tetapi kerjasama serta sokongan rakyat penting bagi meneruskan kesinambungan pembangunan dalam suasana masyarakat yang penuh keharmonian, kedamaian dan keamanan, katanya

Sambutan berkenaan telah menyaksikan kira-kira 10,000 peserta merangkumi 83 kontinjen daripada sektor kerajaan, swasta serta intitusi pendidikan berarak sejauh 1.8km

Sumber.


Masyarakat Sabah sedia maklum sebelum ini viral di media sosial apa bila Presiden Warisan menganjurkan majlis politik bersama pemimpin pemimpin agama Kristian. Tapi ucapan Presiden itu telah menimbulkan kontroversi dikalangan masyarakat Sabah yang berbilang agama dan khususnya pemimpin politik Sabah yang beragama Kristian.

Pemimpin Sabah yang beragama Kristian adalah hipokrities (Munafik)

Shafie Satu Satunya Orang Munafik Yang Ada Di Sabah

Menarik untuk dibincangkan semula berkenaan kenyataan Presiden Parti Warisan, Shafie Apdal yang menggelarkan pemimpin BN Sabah yang beragama Kristian sebagai Munafik. Kerana menurut pendapatnya mereka tidak berani menyuarakan kerisauan. Sedangkan mereka tahu UMNO ada kerjasama dengan parti PAS yang agak extrem didalam perjuangan mereka.

Ikuti entry dibawah yang admin ambil dari satu portal atau blog politik berbahasa Inggeris. Entri itu diakhiri dengan pesanan yang cukup mendalam agar di PRU yang akan datang masyarakat Sabah lebih berhati hati.


Shafie Apdal is the one and only hypocrite

Definisi orang munafik ialah “orang yang mempunyai sikap yang meragukan pada perkara yang dia ingini. Dimana pendapat atau pernyataan peribadinya bertentangan dengan penyataannya sebelum ini.”

Sebelum memanggil orang lain sebagai munafik, Shafie Apdal perlu meneliti dengan teliti apa definisi perkataan ‘munafik’.

Dua minggu lalu DS Shafie Apdal dalam satu wawancara menyebut pemimpin KDM Kristian sebagai orang munafik kerana gagal menentang kerjasama UMNO-PAS. Beliau menegaskan bahawa pemimpin BN Kristian gagal untuk melindungi agama mereka kerana tidak bercakap pada kepimpinan UMNO berhubung kerjasama mereka dengan PAS sedangkan PAS mengamalkan versi Islam yang melampau.

Bagaimanapun sebelum ini, Shafie Apdal sendiri merupakan antara penyokong kerjasama antara UMNO dan PAS seperti yang dilihat dalam laporan oleh Utusan pada tahun 2010. Shafie juga menyeru dari konteks yang lebih luas sekiranya mahu kerjasama itu menjadi kenyataan. Maka semestinya perlu ada kerjasama yang komprehensif diantara kedua belah pihak.

Apakah konteks yang lebih luas yang dimaksudkan oleh Shafie? Adakah ia berkaitan dengan agama? Atau adakah ia ada hubungan dengan kaum? Atau adakah ia melibatkan kerajaan Melayu perpaduan oleh UMNO dan PAS untuk membentuk kerajaan persekutuan tanpa melibatkan mana-mana pihak lain; sama ada Malaysia Barat atau parti politik Sabah dan Sarawak.

Dibawah adalah pautan dari laporan berita oleh Utusan mengenai komen Shafie Apdal. Pengundi Sabah perlu membaca dengan berhati-hati siapa yang anda pilih dalam pilihan raya akan datang dan mereka harus menilai dengan teliti komen dan tindakan Shafie Apdal dan melihat sama ada ia sesuai dengan keterangan orang munafik.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=theMessenger&y=2010&dt=0208&pub=theMessenger&sec=Home_News&pg=hn_07.htm

DAP Jangan Salahkan BN Tapi Presiden Warisan – Air Bersih

1. Lim Kit Siang mendakwa kerajaan barisan Nasional gagal menyelesaikan masalah bekalan air bersih di pedalaman sejak 50 tahun yang lalu. Ini berdasarkan kesulitan yang dihadapi oleh beberapa keluarga atau komuniti di kampung Magatang dan Molosok, Keningau.

2. Tapi kenapa Lim Kit Siang tidak menyalahkan mantan Menteri KKLW yang juga Presiden Warisan, Shafie Apdal yang kini menjadi rakan politiknya. Bukan dia tidak tahu mantan Menteri itu telah disiasat oleh SPRM kerana disyaki terbabit menyeleweng dana di Kementerian KKLW (berdasarkan siasatan SPRM)

3. Seperti mana peruntukan dan kerja projek loji air Sungai Intan, Semporna yang menelan belanja sebanyak RM50 juta tapi gagal berfungsi dengan baik hingga disiasat oleh SPRM.

4. Begitu juga dengan bekalan air bersih di Pulau Gaya, Kota Kinabalu yang menelan belanja sehingga RM93 juta tapi sehingga hari ini komuniti setempat masih berhadapan dengan masalah bekalan air bersih yang juga dalam perhatian SPRM.

5. Logiknya dari konteks keberkesanan kerja Presiden Warisan selaku mantan Kementerian KKLW. Apa lagi bekalan air bersih yang berada diluar dari daerah Semporna yang tidak bermasalah dengan bekalan air bersih sedangkan di kampung halamannya dan penempatan yang melibatkan kaumnya sendiri masih bermasalah dengan bekalan air bersih. Lalu kenapa hanya menyalahkan BN Sabah secara total?

6. Sebelum ini dilaporkan sebanyak 350 projek KKLW yang melibatkan Presiden Warisan dan membabitkan 170 projek bekalan air, jalan raya (163 projek) dan bekalan elektrik (17) di sembilan daerah di Sabah membabitkan kos keseluruhan kira-kira RM7.5 bilion dipantau SPRM.

7. DAP jangan hanya tahu mencari kesalahan pemimpin pemimpin BN. Sedangkan individu yang wajar bertanggungjawab menyediakan prasarana masyarakat luar bandar khususnya di Sabah tidak pula mendapat kritikan iaitu Presiden Warisan, Shafie Apdal.

8. Menjadi persoalan dimana kenyataan atau kritikan pemimpin pemimpin DAP pusat dan Sabah keatas Presiden Warisan, Shafie Apdal selepas disiasat oleh SPRM?

#BNforSabahan

Laporan Audit Sabah Mendapat Taraf Baik

KOTA KINABALU: Pengurusan kewangan Sabah bagi tahun 2016 menerima taraf “baik” dalam siri ke-2 Laporan Ketua Audit Negara yang diterbitkan hari ini.

Kumpulan wang disatukan kerajaan negeri mencatatkan peningkatan RM276.74 juta atau 13% kepada RM2.41 bilion berbanding RM2.14 bilion pada 2015.

Sementara itu, pencapaian prestasi perbelanjaan Sabah pada 2016 adalah RM992.50 juta atau 77.5% daripada peruntukan semasa yang diluluskan oleh kerajaan negeri.

“Penyata kewangan kerajaan negeri pada keseluruhannya menunjukkan gambaran yang benar dan saksama tentang kedudukan kewangan kerajaan negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2016 dan rekod perakaunannya telah diselenggarakan dengan teratur dan kemas kini,” kata laporan itu.

Pelaburan dalam bentuk simpanan tetap dan deposit berjumlah RM2 bilion, manakala pelaburan di perbadanan awam dan badan berkanun pada akhir 2016 berjumlah RM6.53 bilion.

“Kedua-dua pelaburan tersebut telah memberi pulangan dalam bentuk faedah dan dividen masing-masing berjumlah RM99.89 juta dan RM286.23 juta,” kata laporan itu.

Laporan itu juga memberikan taraf “baik” kepada prestasi kerajaan negeri melaksanakan projek di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020).

“Di bawah RMK-11 sebanyak 5,547 projek telah diluluskan oleh kerajaan negeri untuk dilaksanakan oleh 11 kementerian dan jabatan dengan peruntukan berjumlah RM1.28 bilion,” katanya.

Sebanyak 5,001 projek atau 90.2% siap dilaksanakan, sebanyak 335 projek atau 6% sedang dilaksanakan dan 211 projek atau 3.8% belum bermula, tambahnya.

Laporan itu juga berkata setakat 30 Jun, pejabat ketua audit negara menerima 44 penyata kewangan badan berkanun negeri dan 24 penyata kewangan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Hanya 4 badan berkanun negeri masih belum menyerahkan penyata kewangan bagi 2016 untuk diaudit,” katanya.

Semua 44 penyata kewangan badan berkanun negeri dan PBT bagi 2015 telah diperkenankan tanpa teguran manakala 2 agensi mendapat laporan audit berteguran.

Sumber.

Published
Categorized as BN, Sabah

Tersebar Dokumen Tolol Kononnya Dari JPN

1. Tersebar satu dokumen permohonan Mykad khas yang kononnya dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kononnya Mykad itu bakal digunakan untuk mengundi parti BN pada PRU yang akan datang. Lucu!

2. Ada beberapa kriteria dan sumber yang wajar dijadikan asas pertimbangan sebelum mempercayai berita yang cuba disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Seperti mana dokumen yang disebarkan dibawah.

3. Pertama tama semak pastikan kesahihan berita yang anda terima dengan agensi yang terbabit. Dalam kes ini kita merujuknya pada pihak atau Page Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

3. Terbukti pages Jabatan Pendaftaran Negara telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahwa dokumen yang tersebar itu adalah palsu atau fitnah seperti gambar diatas.

4. Diandaikan dokumen itu dikeluarkan oleh jabatan kerajaan. Lalu apa pula kaitannya dengan organisasi BN? Sedangkan agensi kerajaan dan organisasi BN adalah dua entiti yang berbeza. Bermaksud sebarang kelemahan dari jabatan kerajaan ia tidak boleh dikaitkan dengan politik BN. Seperti contoh andai ada dikalangan kakitangan jabatan yang terlibat dalam aktiviti rasuah, maka itu atas kehendak dirinya bukannya atas arahan Presiden UMNO/BN.

5. Secara logiknya BN Sabah cukup kuat. Kekuatan yang tidak boleh ditandingi oleh parti parti pembangkang seperti Warisan. Jadi untuk apa BN tegar melanggar perlembagaan negara, hanya kerana parti sekecil Warisan?

#BNforSabahan

Published
Categorized as BN, Sabah

Susun Semula Senarai Negeri² Supaya Sabah Dilihat Sebagai Rakan Kongsi – Musa Aman

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju untuk mengemukakan kepada kerajaan pusat satu syor meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menyusun semula senarai negeri di Malaysia bagi mencerminkan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang membentuk Malaysia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata cadangan itu wajar dipertimbangkan untuk kebaikan dan manfaat rakyat serta negeri ini.

“Apa sahaja cadangan yang baik dan memberi manfaat kepada rakyat dan negeri, kita (kerajaan negeri) akan terima.

“Apa yang disyorkan oleh Yang Berhormat itu (Adun Usukan), kalau kita minta, ia (syor) akan dimajukan kepada jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa pemandu berkaitan dan seterusnya kepada kerajaan pusat dan Perdana Menteri,” katanya.

Musa berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak (BN-Usukan) yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia pada persidangan Dewan Undangan Negeri, di sini Isnin.

Salleh berkata, penyusunan itu akan mencerminkan dengan jelas status negeri Sabah dan Sarawak iaitu Kategori A untuk negeri-negeri di Sememanjung dan Kategori B untuk Sabah dan Sarawak.

Katanya Sabah dan Sarawak merupakan rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia dan bukan sekadar salah sebuah negeri di dalam negara.

Ini adalah untuk menentukan keadaan bahawa ia selari dengan asas penubuhan negara Malaysia, katanya.

Terdahulu, Musa berkata kerajaan negeri menyokong pembentukan jawatankuasa di peringkat persekutuan iaitu Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pemandu bagi mengkaji hak Sabah secara keseluruhan di bawah Perlembagaan Persekutuan Hak Hasil Sabah, Akta Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963.

Jawatankuasa berkenaan ditubuhkan susulan mesyuarat pertama mengenai pelaksanaan penurunan kuasa kepada Sabah dan Sarawak yang diadakan di Kuala Lumpur pada Jun lepas yang dipengerusikan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Musa berkata kerajaan negeri berpendapat bahawa apa juga semakan terhadap hak negeri di bawah perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan harus dilakukan berdasarkan kerajaan kepada kerajaan.

“Di samping itu, peranan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang, khususnya untuk mengkaji geran khas sejajar dengan Bahagian Empat Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan telah diperluas secara keseluruhan untuk mewakili kerajaan negeri dan seterusnya melaporkan kepada kabinet negeri Sabah,” katanya. – BERNAMA


Pendirian Ketua Menteri Sabah ini bertepatan dengan langkah bijaksana yang diambil sebelum ini. Dimana kerajaan negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menuntut perkara yang difikirkan perlu didalam Perjanjian 1963.

Klik link ini Musa Ajak Pembangkang Duduk Berbincang

Published
Categorized as BN, Sabah

Laporan Polis Terhadap Shafie Apdal – BN Sarawak

Uinna rupanya bukan hanya pemimpin BN yang beragama Kristian di negeri ini yang terkesan dek kritikan Presiden Warisan, Shafie Apdal. Tapi juga pemimpin BN yang beragama Kristian di negeri jiran Sarawak.

Pada Isnin yang lalu Ketua Pemuda PBS telah membuat laporan Polis terhadap Presiden Warisan, Shafie Apdal.

Laporan Polis Terhadap Shafie Apdal Dari PBS (Sabah)

Hari ini pemimpin BN dari Sarawak pula yang mengambil giliran. Iaitu
Pemuda Pusat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) telah membuat laporan polis terhadap Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Shafie Apdal di bawah Akta Hasutan di Balai Polis One Stop Centre, Simpang Tiga di sini.

Menurut Pemuda Pusat SUPP Tan Kai, Shafie dengan sengaja menyatakan kepimpinan Barisan Nasional (BN) harus membiarkan orang Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan perkataan Allah dalam kepercayaan masing-masing dan jangan disalah tafsir untuk menjejaskan umat Islam.

“Ini adalah ucapan berbaur hasutan kerana kerajaan persekutuan telah membenarkan Sabah dan Sarawak menggunakan perkataan Allah,” katanya yang mana kenyataan tersebut telah dimuat naik dalam satu portal berita tiga hari lalu.

Beliau yang juga merupakan setiausaha politik Ketua Menteri menyeru pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap Shafie kerana cuba mencetuskan sentimen yang kurang menyenangkan hanya kerana terdapat ramai kalangan rakyat di Sabah dan Sarawak beragama Kristian.

Tan Kai menegaskan bahawa pemimpin politik tidak seharusnya menggunakan agama untuk membangkitkan perpecahan di kalangan rakyat.

Tambahan pula, Sarawak adalah sebuah negeri yang aman dan damai dengan semua agama dan bangsa hidup bersama.

Oleh yang demikian, tindakan tidak masuk akal itu harus dihentikan dan tindakan terhadap Shafie perlu diambil secepat mungkin.

Ketua Pemuda SUPP Michael Tiang dan ahli daripada cawangan lain di sini iaitu Milton Foo, Leonard Tan dan Mok Chuan Ping turut menyertai Tan Kai membuat laporan polis semalam.

#BNforSabahan

Pemimpin BN Sabah Yang Beragama Kristian Adalah “Munafik” – Shafie Apdal

SHAFIE APDAL telah menggelar pemimpin Kristian Barisan Nasional (BN) di “orang munafik” Sabah yang gagal melindungi agama. Presiden Parti Warisan Sabah menamakan presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Joseph Kurup, presiden Parti Bersatu Sabah Joseph Pairin Kitingan, Pertubuhan Persatuan Pasokmomogun Kadazan (Upko), Wilfred Madius Tangau dan presiden Upko Bernard Dompok sebagai pemimpin yang menggambarkan diri mereka sebagai pahlawan Kristian sahaja kawasan masing-masing. Shafie berkata mereka tidak menolak kerjasama Umno dengan PAS, yang mengajar versi Islam yang melampau. “Kenapa Kurup, Dompok dan Pairin tidak mengatakan apa-apa kepada Umno. Di Parlimen dan dalam majlis tertinggi BN, mereka tidak mengatakan apa-apa, tetapi di Sabah mereka mengatakan sesuatu untuk memperlihatkan mereka memperjuangkan agama. “Di BN, semestinya semangat kesepakatan di kalangan ahli-ahlinya, bahawa walaupun satu anggotanya ditolak, tidak ada ceramah.

“Tetapi Umno kini bekerjasama dengan PAS,” kata Shafie semasa sesi makan tengah hari di Keningau bersama pemimpin Kristian dari Pensiangan, Nabawan dan Keningau. “Anda bukan sahaja boleh melindungi agama anda di kawasan masing-masing. Anda harus melakukannya untuk negara anda. Apabila soal isu perlindungan hak-hak rakyat Sabah, saya tidak keberatan mengorbankan nyawa saya. “Dia berkata jika Warisan berkuasa, ia akan mempertahankan kesucian agama Kristian berdasarkan perlembagaan persekutuan. Shafie berkata beliau adalah salah seorang menteri persekutuan yang menyokong penggunaan perkataan “Allah” oleh rakyat Malaysia, dan kemudiannya persekutuan memutuskan perkataan itu hanya boleh digunakan di Sabah dan Sarawak. “Kita juga perlu diingatkan bahawa pengajaran asas Islam adalah tidak ada kekuatan untuk mana-mana individu menjadi umat Islam. Ia mesti menjadi asas kesediaan. “Inilah yang patut kita hormati,” katanya. – 19 November 2017.

Sumber The Malaysian Insight

Uinna apa juga hak Presiden Warisan, Shafie Apdal mencampuri agama orang lain aka Kristian. Sedangkan sebelum ini si Darell Leiking selaku Timbalan Presiden Warisan semasa membidas kenyataan Tan Sri Pandikar Amin berkaitan perjanjian 20 perkara dan perkara lima di dalam perlembagaan negeri Sabah. Bahawa dia mengakui kerukunan beragama di negeri Sabah yang tidak boleh lagi dipersoalkan. Tapi hari ini, lain pula yang dicanang oleh Presiden Warisan, Shafie Apdal. Memperlekeh keimanan pemimpin pemimpin Sabah yang beragama Kristian. Apa kah hal?

Apa juga motif Presiden Warisan ni, apapun alasannya jangan heret agama ke dalam politik apa lagi ia melibatkan agama orang lain. Tidak ada hak oh!

Berkenaan penggunaan kalimah Allah yang kononnya disokong oleh Presiden Warisan semasa beliau menjadi Menteri. Sebenarnya tidak tepat, ketika beliau ditanya oleh pemberita berhubung penggunaan kalimah Allah. Beliau berpendapat penggunaan kalimah Allah di setiap negeri perlu diselaraskan tanpa mengenepikan hak Sultan dan raja yang menjadi ketua agama di negeri berkenaan. Hemmm

#BNforSabahan