Siapa Yang Bertanggungjawab Memansuhkan Kabotaj, Pembangkang kah? 

Siapa Yang Bertanggungjawab Memansuhkan Kabotaj, Pembangkang kah?

Siapa yang mengklaim kononnya merekalah yang telah berjaya mendesak kerajaan hingga sistem kabotaj dimansuhkan tu?

Warisan? PKR? bila mereka bersuara tu?

Hakikatnya Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dan Ketua Menteri Sabah, Musa sedar akan keperluan tindakan ini. Kerana itu ia telah dibincangkan secara mendalam dan menyeluruh akan kewajaran sistem kabotaj di mansuhkan.

Bila perkara ini dimaklumkan dan dibincangkan secara serius? Nah ketika Menteri pengangkutan (MOT) Datuk Liow Tiong Lai menghadiri forum Pelabuhan Sabah, pada bulan Februari 2017.

Kesungguhan Federal yang diwakili oleh Datuk Liow Tiong Lai disuarakan di hadapan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman. Sebagai berkata, saya gembira untuk mengumumkan bahawa kerajaan sedang mengkaji semula dasar kabotaj untuk meliberalisasikan lagi mekanismenya bagi memastikan kos berpatutan ke atas barangan dan perkhidmatan di negeri ini.

Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, punca utama harga barangan yang tinggi di Sabah bukan disebabkan dasar kabotaj dan kos perkapalan, sebaliknya saluran pengedaran yang lemah, caj pengendalian yang tinggi dan pengangkutan darat yang tidak cekap. (maksudnya tu manipulasi pihak atau peniaga yang bertanggungjawab lah) 

Kerana itu pada hari ini, Perdana Menteri Malaysia semasa merasmikan pelancaran program Ekspresi Negaraku di Padang Perbandaran, telah mengumumkan bahawa sistem Kabotaj Sabah akan dihapuskan bermula 01hb June 2017.

Pun begitu ada pula dikalangan penyokong pembangkang yang tidak berpuashati, kenapa konok perlaksanaannya hanya separuh. Alahai mereka ni, tidak pernah puas dan faham!

Mereka faham kah apa yang dimaksudkan dengan terkecuali daripada pemansuhan kabotaj iaitu pengecualian tidak terpakai kepada aktiviti perkapalan yang beroperasi antara Sabah, Sarawak dan Labuan? Maksudnya tu, barang yang dibawa dari Sarawak ke Sabah dan Labuan atau sebaliknya masih dikenakan cukai melalui sistem kabotaj. Bererti kedua negeri dan Wilayah ini masih mendapat keuntungan dari sistem cukai tadi. Ini tidak bagus kah?

Terbukti dalam hal ini, sikit pun pihak pembangkang tidak terlibat. Tapi total atas usaha Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dan kerjasama baik yang diberikan oleh Federal.

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang

Jufazli Semakin Melaram Tidak Sabar! 

​Bila masyarakat berjaya menjawab atau menepis tohmahan yang dilemparkan oleh Bro Jufazli. Melalui memorandum yang mereka serahkan di  Cawangan SPRM Sandakan, tempoh hari. 

Yang mana memorandum berkenaan mendakwa kononnya Ketua Menteri Sabah terlibat dalam pembalakan haram. Tapi berjaya dinafikan dengan penuh fakta oleh Ketua Menteri sendiri dan barisan kabinetnya. Semasa soalan sama dimajukan oleh Yb DUN Likas Junz di sidang dewan undangan negeri Sabah. 

Maka sebentar tadi, dia muncul dengan penuh amarah. Sampai  terkeluar perkataan tahi. Hemmm 

Untuk kesekalian kalinya si Jufazli tidak berpijak di bumi yang nyata. Bila secara konsisten akan mampu menewaskan Ketua Menteri Sabah di PRU yang akan datang. Tidak bererti dengan itu pihak BN begitu angkuh. Tapi berpandukan usaha keras  Ketua Menteri Sabah hingga berjaya memajukan negeri Sabah. Kita yakin, tidaklah masyarakat Sabah atau pengundi nanti salah membuat penilaian. 

Sebagai individu yang suka melabelkan dirinya sebagai matang lagi bijaksana. Sewajarnya Jufazli sabar menunggu  tindakan yang lebih lanjut dari pihak SPRM. 

Apakah tuduhannya terhadap Perdana Menteri Malaysia, Najib dan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman ada kebenaran atau semata-mata permainan persepsi. 


Seperti yang admin buat sebelum ini, bila admin melaporkan dakyah pihak tertentu berhubung dana 2.6 bilion  kepada pihak Polis. Selepas admin disoal siasat, admin menerima satu masej SMS dari pihak yang berwajib bagi memaklumkan bahawa laporan admin itu telah dimajukan dan admin diberikan password untuk membolehkan admin membuka laman sesawang bagi mengetahui perkembangan kes. Ternyata 2.6 adalah dana politik dan bukannya dana yang diseleweng. 
Nah sepatutnya begitu, bukannya najis pun disalahkan 😉

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakwarisan

Presiden Warisan Perlu Lebih Bertanggungjawab 

Jentera Warisan, apa yang mereka buat?

Mereka ambil tiga helai wang seringgit. Lepas itu mereka susun sebaris, berdepan dengan makanan dan minuman.

Lepas itu mereka membuat kenyataan politik supaya masyarakat Sabah ikut berjuang bersama mereka. Kerana kononnya sudah banyak hasil dari negeri ini diangkut ke Semenanjung. Macam budak budak! 

Kenapa lagi kononnya masyarakat Sabah membiarkan perkara itu terjadi. Amboi! 

Walaupun admin tahu taktik Warisan di dalam menarik perhatian masyarakat Sabah. Yang sanggup membuat kenyataan kenyataan yang tidak rasional. Tapi janganlah mengakal budi masyarakat Sabah. 

Kerana itulah sebelum ini, kita mencabar kepimpinan Warisan, agar menjelaskan misi dan visi mereka. Jangan lempar batu sembunyi tangan, 

Apa misi dan visi Warisan? 

Ini tidak malah menjadi tanda tanya atau persoalan pada jentera Warisan itu sendiri. Bikin lucu 

Apa sebenarnya yang mereka perjuangkan :- 

Adakah parti Warisan menuntut Sabah keluar dari Malaysia? 

Adakah parti Warisan menuntut separa autonomi daripada Federal? 

Akan adakah kerjasama dengan parti parti daripada Semenanjung, seperti PPBM dan sebagainya? 

Warisan harus lebih bertanggungjawab jangan biarkan penyokong mereka membuat kenyataan kenyataan yang mengelirukan hingga mampu mencetuskan sentimen dikalangan masyarakat dan ada rasa kenegerian yang melampau. Tapi kalau benar itulah yang diperjuangkan oleh parti Warisan. Iya tidak mengapa malah dipersilakan. Tunjukkan misi dan visi itu. 

Ini negara Malaysia bukannya Amerika, seperti yang di praktikkan oleh Donald Trump semasa berkempen untuk dirinya. Berjanji membuat perubahan yang amat drastik pada rakyat Amerika tapi pada hakikatnya apa bila Donald Trump berjaya menduduki kerusi Presiden, beliau tidak boleh atau mampu melaksanakan janji janjinya, ini kerana ia bertentangan dengan undang-undang negara yang sedia ada. 

Oleh yang demikian pihak keselamatan harus memandang serius perkara ini. Supaya ada pihak yang boleh dipertanggungjawabkan, seperti contoh barisan kepimpinan parti Warisan itu sendiri.  Selain individu individu yang terbabit, sama ada atas kerelaan mereka atau atas arahan pihak yang berkepentingan. 

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang #tolakwarisan 

Warisan Mempolitikkan Pesta Menuai.

Warisan meminta atau mendesak supaya pihak persekutuan mengiktiraf sambutan Pesta Menuai sebagai hari kebesaran nasional. Sekaligus menjadikannya sebagai cuti umum.

Untuk menyokong desakan, Warisan mengait permintaan politik mereka dengan sumbangan pemimpin pemimpin Sabah yang terlibat dengan kemerdekaan atau perjanjian 1963.

Ada dua persoalan yang mesti diketahui dan tidak wajar untuk dipolitikkan,

Pesta Menuai bukannya sambutan keagamaan atau ritual dari agama agama yang diiktiraf seperti Islam, Kristian, Buddha dan Hindu tapi merupakan upacara kebudayaan semata-mata. Hakikatnya pesta ini tidak ada beza dengan sambutan Pesta Regatta Lepa yang diadakan setiap tahun. Tapi sebelum ini tidak ada pula pihak yang terfikir supaya hari sambutan Pesta Regatta dijadikan cuti umum. Kenapa kah?

Kenapa tuntutan ini perlu dikaitkan dengan jasa pemimpin pemimpin awal Sabah. Secara logiknya kalau sambutan Pesta Menuai merupakan keperluan orang Sabah sudah tentu pasti pemimpin perjanjian 1963 telah memasukkannya dalam draft 20 perkara dengan itu ia boleh dikemukakan menjadi cuti umum. Seperti mana cuti umum sempena sambutan Hari Malaysia yang diadakan setiap 16hb September.

Jangan politikkan budaya bangsa hanya kerana politik. Apa lagi sejak Sabah merdeka bersama Malaysia tidak ada satu pun masyarakat Sabah yang bersuara atau menuntut agar sambutan Pesta Menuai dijadikan cuti umum. Jangan suntik rasa kekitaan pada masyarakat Sabah.

Mana satu yang betul ni, satu ketika Warisan menuntut separa atau full autonomi daripada Federal. Hari ini mahu Pesta Menuai diiktiraf oleh Federal. 😉

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang #tolakwarisan

Junz Wong Macam Cerdik Tapi Tidak – Yusof Apdal 

Yb Lahad Datu, Datuk Yusof Apdal mempersoal kemampuan, Junz Wong selaku Naib Presiden Warisan adalah pemimpin yang tidak tahu apa apa aka sambarono. Berlagak cerdik tapi sebenarnya “buta” walaupun pada hakikatnya celik.

Kerana pemimpin Warisan itu ketika berhujah baru baru ini di sidang dewan, menuduh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman sebagai gagal mengurus hutan Sabah.

Walhal menurut Datuk Yusof Apdal adalah sebaliknya. Pentadbiran negeri telah berjaya mengurus hutan Sabah dengan begitu cemerlang. Bayangkan sehingga Disember 2015, Forest Stewardship Council (FSC) telah memperakui bahawa Sabah telah berjaya menjaga atau mengekalkan keluasan hutan lebih dari 1 juta hektar.

Yb DUN Lahad Datu itu juga berpesan, sewajarnya masyarakat Sabah terhutang budi pada Ketua Menteri kerana telah berjaya mengangkat Sabah setanding dengan negeri negeri yang lain. Selain berhemah dalam berbelanja sebab itulah rezab kewangan negeri meningkat dari setahun ke setahun, terkini yang telah disahkan dan diketahui telah mencecah RM6 bilion meninggalkan Selangor di belakang walaupun Selangor adalah negeri termaju di Malaysia itu pun yang memajukan Selangor ialah BN sebelum diambil oleh pembangkang.

Selain kejayaan diatas, pentadbiran negeri juga telah cemerlang memperkasa Yayasan Sabah hingga berjaya mengumpul aset sebanyak RM14 bilion.

Isunya disini ialah kalau sudah Junz Wong yang dianggap “Rafizi” Sabah oleh penyokong Warisan pun tidak boleh pakai. Agaknya, apa lagi yang lain tu ya. Alahai

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang

Musa Ajak Pembangkang Duduk Berbincang – MA63 


Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman mengajak semua pemimpin Sabah tanpa mengira fahaman politik agar duduk semeja, berbincang bagaimana untuk memajukan negeri Sabah. Kerana ia amat penting demi kebaikan negeri dan masyarakat itu sendiri.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata perkara itu adalah amat penting bagi memastikan apa sahaja keperluan dan kebaikan untuk diperoleh Sabah demi kesejahteraan rakyat di negeri ini. Katanya ini termasuk memberi kerjasama dalam Jawatankuasa Kajian Hak-Hak Sabah mengikut Perjanjian Malaysia 1963 yang turut menjemput pembangkang melihat mana-mana hak Sabah yang perlu dituntut daripada kerajaan Pusat.

“Dalam menuntut hak Sabah dan meminta apa-apa daripada kerajaan Persekutuan, kita tidak membezakan antara pembangkang mahupun kerajaan. Kita sama-sama.” Kami dalam jemaah. kerajaan negeri menerima apa yang terbaik untuk Sabah dan rakyat Sabah, mengapa tidak. Mari kita duduk semeja, fikir dan bincang.

Kita mungkin berlainan ideologi tetapi untuk kebaikan Sabah, kita perlu bersama minta kepada kerajaan Persekutuan. Itu yang kita perlukan,” katanya. Musa menjawab soalan tambahan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR-Bingkor) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri menyenaraikan secara terperinci setiap hasil negeri yang dimasukkan dalam kutipan hasil kerajaan Pusat pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Terdahulu, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang berkata Jawatankuasa Kajian Hak-Hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 telah menjemput 17 parti politik bagi menghadiri pendengaran yang diadakan di bangunan DUN pada 26 Jan lepas. Sepuluh parti politik termasuk Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), DAP dan PKR telah menghantar wakil dan memberi pandangan serta pendapat mereka berkenaan hak-hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963. “Sembilan daripada 10 parti politik tersebut telah mengemukakan hujah bertulis. Prosiding pendengaran itu turut direkod secara verbatim dan laporan prosiding disediakan dengan bantuan urusetia DUN,” katanya.

Katanya jawatankuasa itu telah mengadakan satu lagi mesyuarat pada 24 Mac lepas bagi membuat penyediaan laporan yang akan dibentang di mesyuarat jemaah menteri negeri sebelum dimajukan kepada Jawatankuasa Pemandu peringkat kebangsaan dalam masa terdekat. “Pada masa ini, penyediaan laporan sedang dalam peringkat akhir,” katanya. Teo menjawab soalan asal Chan Foong Hin (DAP-Sri Tanjong) yang ingin tahu perkembangan proses penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri.

Jadi pada pihak pembangkang, kamu tunggu apa lagi. Inilah masanya, itu pun kalau kamu benar benar ikhlas memperjuangkan nasib orang Sabah. Atau kah perjuangan yang kamu sering lolongkan di setiap program politik dan jelajah itu hanyalah retorik semata-mata?

Jangan kamu khayal mencari kuasa yang belum pasti tu hingga masyarakat Sabah menjadi mangsa permainan politik.

Tidak timbul, dakwaan sebelah pihak atau pembangkang kononnya pendekatan menuntut hak hak Sabah yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman ini sudah terlambat. Kerana perlu diingat, persoalan hilangnya kelebihan hak hak Sabah dari konteks perjanjian Malaysia 1963 datang dari kesilapan pemimpin terdahulu. Kesilapan itu pula telah  melibatkan undang undang diantara dua pihak, negeri dan persekutuan. Kerana itu ia perlu diselesaikan secara bijaksana dan berhemah.

Tidak benar dakwaan pihak pembangkang, kononnya mereka boleh menuntut hak hak dalam perjanjian 1963 tanpa perlu berunding dengan Federal atau tidak perlu ada hubungan politik dengan mana mana parti daripada Semenanjung. 

Pada PRU ke 13, PKR pernah cuba memasukkan agenda Sabah seperti ini dalam buku jingga mereka tapi dikeluarkan disaat akhir, kerana dikhuatiri akan menjejaskan hubungan Sabah dengan Federal atau negeri negeri yang lain. Tindakan  ini telah memecah belahkan penyokong PKR tapi akhirnya mereka akur. Pada pemimpin dan penyokong parti tempatan pembangkang Sabah, belajar kamu dari sini jangan politikkan semua perkara, walaupun ia mustahil untuk direalisasikan. 

Dengan demikian ia membawa maksud khusus mustahil bagi Warisan, menuntut hak hak dalam perjanjian MA63 tanpa adanya kerjasama dari parti parti politik daripada di Semenanjung. Seperti yang mereka propagandakan. Tapi adakah selepas ini akan ada hubungan? jangan jilat air liur  sendiri. 

Menunjukkan pendekatan berdiplomasi Datuk Musa Aman ini ada jalannya dan wajar diberikan sokongan yang padu oleh masyarakat Sabah. 

Tapi bukan pula ini bermaksud BN kian lemah atau terdesak kerana itu mengajak pembangkang untuk berkerjasama. Lupakan kalau itu yang kamu simpulkan dari entri ini. Teruskan lah bermimpi di siang hari. 

Klik link dibawah, perkara ini admin ada bangkitkan sebelum ini, 

BN Lebih Layak Memperjuangkan Sabah For Sabahan 

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang

BERNAMA/Admin 

PKR Semporna Bubar Sertai UMNO/BN

Uinna, betul kah perkhabaran yang admin terima ni?

PKR Semporna akan dibubarkan dan ahli parti ini akan menyertai UMNO Semporna. Walaupun mungkin tidak melibatkan semua ahli PKR tapi ini merupakan satu perkembangan yang amat positif dari konteks kelangsungan UMNO di daerah Semporna dan pantai timur Sabah. Perkembangan ini juga telah menolak dakwaan setengah pihak, bahawa Warisan amat kuat di kawasan ini.

Menunjukkan semakin hari, semakin ramai yang sedar akan keperluannya untuk berkerjasama dengan parti parti pemerintah seperti BN, demi kebaikan masyarakat secara keseluruhannya. Sekaligus menolak kehadiran parti parti tempatan baharu yang belum lagi berjasa kepada masyarakat.

Jadi benarlah telaan admin ya. Sebelum ini admin katakan, bahwa majoriti ahli PKR Sabah tidak mengakui kewujudan Warisan, kerana faktor haraki dan organisasi mana yang telah membuktikan diri mereka hingga berjaya menawan negeri Selangor. Berbanding Warisan yang bolehlah dikatakan belum matang, perlu belajar banyak perkara sebelum layak dibagi kepercayaan.

Memang begitu, tidak mudah menjadi parti pilihan masyarakat. Lihat saja STAR atau Dr Jeffrey Kitingan, sekian lama menjadi pembangkang tapi masih belum berjaya mencuri kepercayaan pengundi. Walaupun isu yang dia bawa cukup sensitif.

Majlis bersejarah itu nanti akan berlangsung sempena kehadiran Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Zahid Hamidi ke Semporna bagi merasmikan bangunan Sekolah Tahfiz AlQuran di DUN Bugaya dan melancarkan Pesta Regata Lepa 2017.

Tahniah kepada kepimpinan BN Sabah umumnya dan Datuk Ramli Marhaban serta Datuk Nasir Sakaran khasnya kerana berjaya memangkinkan kekuatan UMNO di daerah Semporna.

#BNforSabahan #UMNOBN

Benarkah Warisan Sangat Kuat? 

Secara luaran atau cerita politik kedai kopi, Warisan sangat kuat di Daerah Semporna hatta di negeri Sabah, ini kita tidak boleh nafikan. Tapi untuk menang di PRU yang akan datang, ahh ini lain dia punya cerita.

Pasti sengit dan sangat tidak mudah, kerana calon daripada BN bukannya robot, mereka juga ada jasa mereka yang tersendiri dan banyak pengalaman serta berkemampuan dari hampir semua aspek.

Oleh itu, tidak mudah kok menggugat BN di DUN Sinallang dan Bugaya, apa lagi di DUN Bugaya yang dikatakan amat tergugat. Jauh sekali bercakap soal Sabah bakal dimiliki oleh Warisan.

Admin masih ingat, sebenarnya calon BN, Datuk Ramli pada PRU13 berdiri sendiri tidak dibantu oleh mana mana pemimpin UMNO. Sebab itulah di saat akhir ada calon Bebas yang berani mengakun dirinya sebagai wakil BN (calon yang dipasang) menyebabkan dia meraih undi yang agak banyak mencecah ribu berbanding calon pembangkang dan Bebas yang lain. Ertinya undi yang dia dapat atas tiket BN atau UMNO.

Walau bagaimanapun permainan yang diatur oleh lawan itu tidak menjadi halangan, Datuk Ramli dari calon BN diisytiharkan pemenang.

Begitu juga dengan calon BN DUN Sinallang. Ramai pihak yang memperkatakan bahwa legacy Tun Sakaran akan berakhir di PRU13. Ini kerna DUN Sinallang pada ketika itu bolehlah dikatakan kubo kuat pembangkang, memandangkan kebanyakan pemimpin pembangkang dan mereka yang tidak sehaluan secara peribadi dengan Datuk Shafie Apdal datang dari perkampungan yang terletak di DUN Sinallang.

Tapi bila keputusan pilihanraya diumumkan ternyata jangkaan pihak lawan sangat meleset. Datuk Nasir berjaya mempertahankan kemenangannya.

Nah kalau sudah begitu cerita yang berlaku diperingkat dalaman, ini bererti kekuatan Warisan di luar Daerah Semporna sangat boleh dipersoalkan. Walaupun penyokong tegar Warisan mendakwa Sabah ini akan menjadi milik mereka. Entah apa alasan yang mereka gunakan sebagai sandaran! Penyokong Warisan seakan tidak berpijak di bumi realiti dan masih termimpi-mimpi di siang hari.

Jangan mudah berharap, PRU masih jauh apa lagi pengundi semakin matang.

Kena ingat, kalau kamu kata Presiden Warisan sangat berjasa di daerah Semporna, maka Wakil rakyat BN yg ada kini juga ada jasa besar yang kamu tidak nampak. Jangan hanya melihat pada kononnya kelemahan Ketua Menteri Sabah dari konteks rumah yang usang untuk kamu politikkan. Presiden Warisan mantan Menteri KKLW juga dikelilingi oleh rumah rumah usang malah banyak yang boleh dipolitikkan dari konteks Kementerian KKLW , selaku Menteri yg tugasnya untuk memerangi kemiskinan luar bandar serta menjaga kemudahan asas luar bandar. Presiden Warisan seharusnya lebih bertanggung jawap atas kedaifan luar bandar Sabah kerana peruntukan yg dipegangnya dulu jumlahnya berpuluh2 billion ringgit.

Kesimpulannya tidak mudah kok membawa masyarakat untuk beralih parti. Sepanjang pemerhatian admin tidak ada kok yang lebih kuat bergegar daripada Datuk Anwar Ibrahim semasa beliau disingkirkan daripada UMNO. Separuh langit di bumi Malaysia diselubungi awan yang tebal. Tapi bila peti undi dibuka, hanya beberapa kerusi yang dimenangi, itu pun selepas dicampur dengan kerusi daripada DAP dan PAS. Adapun negara Malaysia masih di perintah oleh BN sehinggalah ke hari ini.

Walhal kalau menurut pemimpin politik yang seperjuangan dengan Datuk Anwar Ibrahim semasa mereka di dalam UMNO, Datuk Anwar adalah pemimpin yang paling kuat menabur wang, bukan setakat wang tunai, kad kredit juga ditabur supaya beliau diundi sebagai Timbalan Presiden UMNO pada masa itu. Tapi bila sudah berada diluar UMNO, tiada satu pun pemimpin UMNO yang mengikut jejaknya. Nampak?

Timbul persoalan yang boleh dipersoalkan benarkah Warisan atau Presiden Warisan sangat kuat?

Moralnya, kamu sebagai jentera Warisan berkerjalah kamu kuat kuat, jangan hanya pandai menghina mengeji mereka yang tidak sehaluan.

Kami pula dipihak BN akan terus berkerja kuat dengan penuh kebijaksanaan, perjuangan BN bukannya semata-mata untuk mencari kemenangan tapi dalam masa yang sama berbakti kepada masyarakat. Jauh sekali sengaja mencari permusuhan. Itu beza antara kita!

Salam Jumaat dan salam perjuangan, BN for Sabahan.

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang

BN Lebih Layak Memperjuangkan Sabah For Sabahan!

Bukan hanya pembangkang, apa lagi parti yang baru ditubuhkan seperti PPBM dan Warisan yang boleh bercakap pasal kepentingan orang Sabah. Parti BN juga sangat boleh dan jauh lebih layak.

Sama dengan parti STAR yang berasal dari Sarawak, walaupun STAR aka Dr Jeffrey memperjuangkan slogan Sabah For Sabahan. Tapi setiap kali PRU, mereka tersungkur layu di kaki BN walaupun pada ketika itu mereka belum dikaitkan dengan BN. Kenapa kah?

Adakah selama itu masyarakat Sabah tidak ada semangat nasionalisme?

Adakah selama ini masyarakat Sabah tidak tahu apa itu perjanjian 1963?

Adakah masyarakat Sabah suka hidup miskin, tidak ingin berubah?

Dan yang terakhir begitu mudah kah masyarakat Sabah mengakui perjuangan Warisan yang juga membawa slogan Sabah For Sabahan berbanding STAR yang cukup berpengalaman, apa lagi Dr Jeffrey berbangsa KDM berbanding Datuk Shafie Apdal yang bukan KDM. Ini kerana agenda Sabah For Sabahan begitu sinonim dengan perjuangan orang asal aka KDM?

Sebenarnya kan dalam diam BN telah memenuhi hampir kesemua perkara yang terkandung di dalam perjanjian 20 perkara. Tinggal lagi pendekatan yang digunakan tidak menjurus nyata seperti yang tercatat di dalam 20 perkara dan ia dilaksanakan secara berperingkat peringkat.

BN Sabah dibawah DSP Musa Aman tanpa teriak teriak atau retorik telah menubuhkan jawatankuasa MA63 dan Hak-Hak Sabah Peringkat Negeri Sabah yg di ketuai oleh Datuk Teo Chee Kang, Ahli Jamaah Menteri Sabah yang juga seorang Peguam untuk memanjangkan permintaan Sabah kepada PM Najib tentang Hak-Hak Sabah dibawah Perlembagaan Persekutuan dan MA63.

Apa yang di minta oleh BN Sabah?

1. Apa yg disetujui dalam MA63 tapi tidak masuk dalam Perlembagaan Persekutuan WAJIB di masukkan balik dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan masa pembentukan Malaysia tapi terhakis secara tidak disedari serta tanpa persetujuan DEWAN UNDANGAN NEGERI Sabah , WAJIB di masukkan semula dalam Perlembagaan Persekutuan.

3. Mana-mana Hak Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi BOLEH diperturunkan Kuasa kepada kerajaan Negeri, maka wajarlah diperturunkan kuasa Persekutuan tersebut kepada kerajaan Negeri.

Sebab itulah orang Sabah akan terus memberikan mandat pada BN di PRU yang datang.

BN for Sabahan.

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang

Published
Categorized as BN, Sabah

SAFA Teruskan Demi Bola Sepak Sabah.

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengambil langkah berani dalam mendapatkan jurulatih berkualiti untuk meningkatkan mutu bola sepak di negeri ini. Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata Musa yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), serius dalam mencari penyelesaian terbaik dalam semua isu pembangunan dalam negeri, termasuk sukan. “Seperti diketahui, skuad bola sepak Sabah gagal menyerlah.
Namun kerajaan negeri terutama ketua menteri, enggan berputus asa terhadap sukan itu, yang juga sukan paling popular di dunia. “Jadi, kita tidak mampu mengetepikan bola sepak. Oleh itu, kita memerlukan resipi terbaik untuk berjaya dengan memiliki barisan pemain yang bagus, jurulatih dan persatuan yang baik serta sokongan penyokong,” katanya.

Tawfiq berkata demikian selepas merasmikan Simposium Jurulatih Malaysia Timur di sini yang dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Majlis Sukan Sabah dan Institut Sukan Negara. Ahad lepas, Musa mengumumkan pelantikan beberapa bekas pemain negeri sebagai ketua jurulatih skuad Liga Perdana, Piala Presiden dan Piala Belia, berkuat kuasa serta-merta.

Bila pemerintah atau SAFA maju setapak bagi memartabatkan bola sepak Sabah. Ada pula pihak yang tidak berpuashati. Melemparkan tuduhan yang tidak terniat langsung. Kononnya Datuk Musa Aman atau Datuk Tawfiq mahu mengikut jejak TMJ.

Sebenarnya yang tidak berpuashati itu adalah CyberTrooper yang tidak ikhlas dengan diri mereka. Jadi tidak hairan pun.

Tapi kalau beginilah sikap penyokong politik yang lebih kepada kepartian semata-mata dan bukannya apa yang dipanggil kepentingan orang Sabah. Nah rugilah orang Sabah kalau begitu. Hemmm

Teruskan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Belia dan Sukan Sabah. Jangan pandang belakang, martabatkan bola sepak Sabah. Perkenalkan lagi pendekatan yang holistic. Inilah yang di tunggu tunggu oleh peminat bola sepak.