Apa bha yang di cakap oleh dua Wira Warisan dari Kimanis dan Kota Belud tu. Hal yang paling fitrah dalam politik pun membuat mereka pusing kepala.
Mereka kata Yb Bebas yang menyertai Parti Bersatu berniat jahat untuk kononnya memecah-belahkan Warisan yang mempunyai hubungan baik dengan Bersatu?
Dakwa mereka lagi, kononnya Yb Bebas hipokrit kerana sebelum ini mengkritik Mahathir tapi hari ini ingin menyertai Bersatu.
Bha kita jawab satu persatu.
Bos kamu adalah Presiden Warisan yang juga Ketua Menteri Sabah, jadi lebih baik kamu tolong dia menjaga kebajikan dan pentadbiran semua Adun dan Parlimen.
Adapun Yb Bebas (Bersatu) akan memberikan kerjasama tanpa prejudis agar kebajikan pengundi di kawasan mereka sentiasa terpelihara.
Habis itu kenapa dua Wira itu boleh terfikir yang Yb Bebas (Bersatu) akan memecahkan kerjasama Bersatu dengan Warisan dari sudut mana?
Jangan pula tidak tahu yang mengawal perjalanan politik Bersatu ialah Mahathir Mohamad selaku Pengerusi dan Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu. Lalu bagaimana mungkin Yb Bersatu Sabah boleh memecahkan kerjasama Bersatu dengan Warisan. Sedangkan tiga boss parti ini yang mengawal semua Adun/Parlimen dari Warisan dan Bersatu. Fikir logiklah bro!
Dulu Mahathir bermusuhan dengan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang tapi hari ini mereka berkerjasama dan duduk sebumbung sebagai pemimpin PH.
Adakah Mahathir hipokrit pada kaca mata Warisan?
Pemimpin muda pun boleh taksub buta buta kah?
Satu hal lagi, Warisan bukannya kompenan PH. Jadi Warisan tiada hak menghalang Yb Bebas untuk berkerjasama dengan mana mana kompenan PH.
Admin mau tanya ni. Andai kata Yb Bebas menukar haluan ingin berkerjasama dengan mana-mana kompenan PH adakah usaha itu nanti akan juga dihalang oleh Warisan, kenapa tidak?
Cakap saja dua Wira itu tidak yakin, takut sebab merasakan diri mereka belum layak bersaing dengan orang baru yang akan dibawa oleh Bersatu Sabah π