Shafie, Jaujan Tidak Usahlah Berlagak Suci Dan Meroyan Sangat Hanya Kerana Rina Jainal

Alamak kenapa lak Presiden dan Naib Presiden parti Warisan tetiba berlagak suci sangat tu. Alahai, kamulah bha tapi pada hakikatnya politik Warisan tidak ada makna tanpa cash is king terutamanya diperingkat akar umbi. Tanpa king itu sudah lama parti Warisan malah politik Shafie lenyap dari ingatan masyarakat Sabah, apa lagi Jaujan, lagilah.

Tetiba meroyan akibat perkembangan parti itu yang mulai kehilangan sokongan diperingkat kepimpinan mahupun di peringat akar umbi, sudah tentu.

Jangankan sokongan akar umbi diluar Semporna yang mulai hilang kepercayaan dan meninggalkan Warisan. Di Semporna sendiri terutamanya dikalangan masyarakat kampung tampak, ramai sudah yang mengajuk ucapan pemimpin pemimpin Warisan, kerana terbukti cakap tidak serupa bikin.

Admin ada buktinya pun tapi dalam bahasa Bajau lah. Hahahah.

Sejak kerajaan Warisan tumbang dua kali, kali pertama selepas kehilangan sokongan di dewan undangan negeri dan kedua melalui pilihan raya negeri Sabah 2020 dimana parti Warisan hanya memenangi 23 kerusi DUN. Sehingga hari Warisan telah kehilangan 6 Adun termasuk semalam Adun Kukusan, Rina Jainal, bererti kerusi Warisan sehingga hari ini tinggal 17 kerusi DUN.

Apa yang menjadi isu kepada Presiden Warisan, Shafie Apdal dan Naib Presidennya Jaujan Sambakong yang hingga mereka meroyan ialah  kononnya sebab Adun Kukusan, Rina Jainal  meninggalkan Warisan adalah kerana telah ditawarkan imbuhan oleh pihak tertentu. Siapa pihak tertentu itu? Jangan mencipta persepsi semata mata, kalau benar dan ada bukti buatlah laporan ke SPRM pun.

Mula mula kita tanya mereka berapa jumlah wang ringgit yang telah diterima oleh Rina Jainal? Shafie ada bukti kah? kalau tidak ada jangan sembang kencang lah. Jangan juga perbuatan sendiri di balikkan pada orang lain, biar apa yang dikatakan itu seolah olah ada kebenarannya.

Adakah mereka lupa sewaktu Warisan menjadi kerajaan. Mereka telah mendakwa bahawa beberapa wakil rakyatnya telah dihubungi oleh pihak tertentu agar meninggalkan Warisan. Tapi bila SPRM menghubungi salah seorang dari mereka dan dinasihatkan supaya membuat laporan Polis atau SPRM. Tidak ada seorang pun yang tampil.

Baca link dibawah.

Dalam politik matang tidak tu timbul persoalan demokrasi telah lenyap hanya kerana ada wakil rakyat meninggalkan parti lama dan menyertai parti baharu, ini kerana mengalihkan sokongan juga sebahagian daripada sistem demokrasi itu sendiri. Dan tidak semestinya mereka akan kehilangan sokongan.

Ada banyak faktor kenapa wakil rakyat meninggalkan parti lama. Ada yang disebabkan telah hilang kepercayaan pada kepimpinan dan perjuangan parti, ada juga kerana wakil rakyat lebih memikirkan untung rugi penyokong mereka.

Pada akhir tahun 2018 beberapa wakil rakyat UMNO keluar dan menyertai Parti Bersatu. Tapi bila Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 hanya seorang dari mereka yang gagal mempertahankan kemenangannya, itupun kerana berlaku perpecahan dikalangan parti parti yang berkerjasama. Sebaliknya tiga calon UMNO tewas kepada calon Bebas.

Bagaimana pula dengan wakil rakyat DAP yang telah keluar parti dan menyokong Parti WARISAN.

ADUN Sri Tanjong, Justin Wong Yung Bin dan ADUN Elopura, Calvin Chong Ket Kiun meninggalkan DAP dan menyertai Warisan hal itu diumumkan sendiri oleh Presidennya, Shafie Apdal di ibu pejabat Warisan, Kolombong.

Dua ADUN DAP Sertai Parti Warisan

Adakah Shafie atau parti Warisan telah menawarkan sejumlah wang sebagai imbuhan pada dua Adun DAP ini, seperti yang pernah dilakukan ke atas Adun UPKO, Madius Tangau ditawarkan ke jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah?

Jadi kalau Warisan tidak mampu memberikan bukti atas tuduhan mereka dan menafikan kenyataan admin ini. Maka ini hah gambar Adun Kukusan, Rina Jainal sebagai hadiah supaya mereka terus meroyan dan tidak boleh tidur malam, mandi tidak basah. Silap haribulan akan ada lagi yang menyusul.


Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Sebuah Parti Politik

Sebelum itu laungkan dulu dalam hati anda, hidup rakyat Sabah!, hidup GRS!.

GRS adalah sebuah parti, ingat tu sebuah parti hebat yang terdiri dari pelbagai ideologi parti.

Buat masa ini GRS terdiri dari parti Bersatu, PBS, STAR, SAPP dan USNO. Sikit hari lagi akan bertambah bila permohonan parti KDM dan PCS diterima atau disahkan.

Hari ini adalah detik bersejarah bagi rakyat Sabah kerana GRS adalah kesinambungan dari semangat pemimpin pemimpin Sabah yang terlibat dalam proses kemerdekaan dan dalam proses memeterai perjanjian Malaysia 1963.

Walaupun perjanjian 1963 tidak dihormati dan tidak ditunaikan oleh kerajaan persekutuan UMNO tapi sebagai masyarakat Sabah kita tidak boleh mengalah sehinggalah satu hari nanti sebahagian besar dalam perjanjian 1963 berkenaan berjaya ditunaikan.

Perlu diingat, mustahil UMNO merealisasikan perjanjian 1963 (MA63).

Sekalipun mati hidup semula UMNO tidak akan sanggup membebaskan Sabah kerana sedar Sabah adalah simpanan tetap dari segi politik dan kekayaan sumber alam. Tapi jangan mereka lupa dulu lain sekarang lain, yang dimaksudkan dengan simpanan tetap ialah bila simpanan tetap itu telah diperlakukan dengan baik, baik dari konteks politik mahupun ekonomi.

UMNO Sabah pada pilihan raya negeri Sabah 2020 ada mengutarakan agenda Borneonisasi tapi setelah berjaya menjadi kerajaan tidak lagi agenda Borneonisasi menjadi keutamaan. Mungkin UMNO ingat orang Sabah jenis orang tidak ada harga diri hanya perlu diberikan gula gula sebagai harapan setiap kali tiba pilihan raya.

Hari ini tanggal 28hb adalah tarikh perasmian parti  GRS. Majlis berlangsung di SICC, Kota Kinabalu. Selepas ini GRS akan diperkenalkan sebagai sebuah parti.

Sebagai sebuah PARTI, GRS akan membentuk sayap sayap sebagai rangka organisasi dan mereka terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat.

Tidak seperti UMNO, UMNO diperkasakan setiap masa tapi tidak berani menggunakan logo UMNO setiap kali pilihan raya, sebaliknya menggunakan logo BN (Dacing). Kenapa tidak menggunakan logo UMNO, terutamanya bagi calon UMNO yang bertanding di Sabah?

GRS adalah parti yang akan memperjuangkan keberadaan Sabah dari semua aspek layaknya sebuah Wilayah yang bebas mentadbir mengikut kehendak rakyatnya, walaupun tetap berada dalam Malaysia.

Seperti mana kerajaan negeri Sarawak tetap berada dalam Malaysia tapi corak pentadbiran agak kritikal terhadap persekutuan, hinggakan gelaran Ketua Menteri mereka tukar menjadi Premier. Hebat tak, nah kita buat macam mereka. Hidup hanya sekali kawan, jangan lagi kita sebagai rakyat Sabah teragak agak untuk bersikap kritikal.

Kalau Sabahan tidak berubah maka apa yang kamu nampak hari ini, maka Sabah akan begitu sampai bila bila atau sampailah kamu digantikan oleh generasi yang akan datang.  Untung untung ada agenda segar yang diperkenalkan oleh kerajaan GRS Sabah, Ketua Menteri Datuk Hajiji iaitu agenda Sabah Maju Jaya.

GRS sebuah perjuangan hanya melalui wadah ini Sabah akan maju dihormati.

Prinsip Politik GRS

GRS juga harus digerakkan dengan berpandukan kepada dua prinsip politik. Pertama, prinsip Politik Pembangunan yang mengutamakan pencapaian dan bukan janji retorika politik yang tidak berkesudahan; iaitu results over rhetoric.

Politik Pembangunan yang bernilai dan bermakna perlu digerakkan seiring dengan Prinsip Politik Akomodasi.

Kita perlu sentiasa mengamalkan sikap terbuka dan bertindak secara akomodatif demi membina solidariti dan kesatuan rakyat. Politik Akomodasi bermaksud keterbukaan untuk bekerjasama dengan semua atas kepentingan dan matlamat yang sama

Agenda GRS : Sayangi Sabah

Dengan penubuhan GRS sebagai entiti politik rasmi, pelaksanaan Agenda Sayangi Sabah akan ditambah nilai melalui empat teras perjuangan GRS yang meliputi:

  • Pertama, Sabah First iaitu Sabah Diutamakan
  • Kedua, Sabah Forward atau Sabah Melangkah ke Hadapan
  • Ketiga, Sabah Prosper memaknai Sabah Maju Jaya; dan
  • Keempat, Sabah United yakni Sabah yang Bersatu

Sabah First adalah teras perjuangan yang melibatkan matlamat serampang dua mata; iaitu bukan sahaja kita meletakkan hak dan kepentingan Sabah pada unjuran teratas, tetapi juga misi untuk menganjak status Sabah pada kedudukan teratas dalam pelbagai aspek pembangunan. Sabah First tidak bermaksud bahawa kita mengetepikan kepentingan nasional, namun sebagai wadah tempatan, amanah dan tanggungjawab besar kita adalah memperjuangkan kepentingan negeri sebagai keutamaan nombor satu. Kita yakin dan percaya, sebagai salah satu komponen penting negara, matlamat membina Sabah yang lebih maju dan berjaya perlu diangkat sebagai agenda nasional demi menjamin kemakmuran dan kelestarian Persekutuan Malaysia.

Sabah Forward adalah penting untuk membentuk pemikiran, menghalakan perspektif dan memimpin tindakan kita secara strategik dan berfokus dalam membawa Sabah Melangkah ke Hadapan, membina masa depan negeri. Perjuangan ini adalah satu perjalanan panjang yang kita warisi daripada barisan pelopor pejuang terdahulu. Kita berdiri di atas amanah dan pertanggungjawaban itu. Kita harus memastikan setiap langkah yang diatur memacu kita ke hadapan menuju destinasi kemajuan dan kemakmuran.

Sabah Prosper yang dimaknai dengan kesungguhan dan komitmen kita untuk melaksanakan serta menjayakan Agenda Sayangi Sabah melalui pelan pembangunan negeri iaitu Hala Tuju Sabah Maju Jaya.  Kita sedar, melihat kepada penerimaan rakyat kepada hala tuju yang bersandarkan kepada slogan jata negeri ini, ada pihak yang cuba mewujudkan persepsi negatif dengan mengetengahkan isu-isu tertentu untuk menafikan signifikasi Hala Tuju SMJ. Realitinya, saya yakin mereka menyedari bahawa isu-isu itu adalah juga legasi yang mereka sendiri gagal tangani. Kita perlu istiqamah dan tidak membiarkan tindakan bermotifkan kepentingan politik sempit ini membawa kita lari dari landasan serta fokus dalam menggerakkan pelan pembangunan ini.

Kejayaan segala usaha yang kita lakarkan menuntut sokongan dan dokongan semua pihak. Sabah memerlukan persekitaran yang stabil dan kondusif untuk mencapai kemajuan. Dalam menggerakkan teras perjuangan mengutamakan Sabah, membawa Sabah melangkah ke hadapan dan membina Sabah yang maju jaya memerlukan kewujudan kesatuan rakyat Sabah. Atas sebab itu, perjuangan Sabah First, Sabah Forward dan Sabah Prosper harus bergerak seiring bersama perjuangan Sabah United iaitu mewujudkan Sabah yang bersatu sebagai teras yang keempat.

Pelancaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

Hari satu lagi peristiwa penting terukir dalam lipatan sejarah negeri. Permuafakatan parti-parti politik melahirkan sebuah wadah baharu dan jajaran politik lokal yang kita namakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Berbeza dengan pembentukan gabungan parti-parti politik lain di Sabah sebelum ini, GRS bermula dengan mandat rakyat sebelum didaftarkan secara rasmi. Pada Pilihan Raya Negeri ke-16 dalam bulan September 2020, parti-parti politik dalam Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) telah membentuk kerjasama, dan Alhamdulillah, kita mendapat kepercayaan rakyat yang membawa kepada pembentukan Kerajaan Negeri yang dikenali sebagai Kerajaan GRS + BN pada hari ini.

Sebagai satu formula tempatan, kehadiran komponen politik nasional dalam GRS adalah tertakluk kepada agenda, teras dan prinsip GRS. Komitmen kepada formula tempatan ini juga dipelihara dengan peruntukan undang-undang tubuh parti yang menetapkan bahawa teraju kepimpinan GRS adalah ditentukan melalui konsensus lokal iaitu kesepakatan parti-parti komponen GRS. Kita akan bergerak dan bertindak atas landasan formula tempatan dan setiap ahli GRS perlu berpegang teguh kepada agenda, teras, prinsip dan Perlembagaan GRS serta menjunjung keluhuran Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan.   

Agenda GRS Menyemarakkan Semangat Sabah Yang Bersatu

Demi menyemarakkan semangat Sabah yang Bersatu, saya akan membincangkan dengan rakan-rakan pimpinan untuk mengusahakan strategi dan pendekatan lain bagi membawa lebih ramai rakyat Sabah bersama dalam perjuangan murni ini.

Selain keanggotaan secara langsung sebagai ahli GRS, penubuhan Sayap Wanita dan Sayap Pemuda, kita wajar mempertimbangkan segera penubuhan Sayap Pelajar atas permintaan golongan itu, dan Sayap GRS Plus yang menghimpunkan badan-badan politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mana-mana pihak sekalipun

#GRS #SabahMajuJaya

Kerajaan Sabah Lancar Tabung Pendidikan Negeri Bulan Depan – Hajiji

KOTA KINABALU, 23 Mei : Kerajaan Sabah akan menubuhkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bulan depan bagi memberi peluang kepada anak-anak Sabah melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi di dalam atau luar negara.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata penubuhan itu adalah inisiatif Pelan Strategik Transformasi Kumpulan Yayasan Sabah 2015-2023, selaras dengan salah satu teras Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu meningkatkan pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan negeri juga komited untuk meneruskan dua bentuk bantuan khas pendidikan yang diperkenalkan pada 2021 iaitu Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) dan Bantuan Khas Tunai Peperiksaan (BAKTI) yang melibatkan peruntukkan sebanyak RM17.5 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru peringkat negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Mohamad Alamin, Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Tah Nia Jaman.

Ketua Menteri berkata kerajaan juga memberi tumpuan kepada sekolah vernakular dan badan agama bukan Islam di Sabah dengan memperuntukkan sebanyak RM47 juta kepada sekolah terlibat, mubaligh dan sekolah persendirian.

Dalam pada itu, Hajiji mahu warga pendidik di Sabah agar terus menjadi tonggak yang kukuh dalam melahirkan kemenjadian murid dan menyokong kepada membina Sabah Maju Jaya melalui sistem pendidikan yang sejahtera serta berkualiti.

Beliau berkata sejajar dengan tema hari guru pada tahun ini iaitu ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’, kerajaan yakin dan percaya bahawa dengan adanya guru yang berkualiti tinggi, bangsa dan negara akan mencapai kecemerlangan serta kegemilangan.

Pada majlis itu, Hajiji turut menyampaikan Anugerah Tokoh Guru 2022 kepada Datuk Dr Nuinda Alias dan Anugerah Tokoh Kepimpinan kepada Madaile Basri, selain melancarkan Buku Tawag Tokoh Guru Sabah terbitan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Sementara itu Mohamad dalam ucapannya mahu kerajaan Persekutuan mempercepatkan pelaksanaan menaik taraf sekolah-sekolah daif di Sabah seperti yang telah diperuntukkan dalam Bajet 2022 sebanyak RM1 bilion. – BERNAMA

Kerajaan Sabah Beri Kerjasama Penuh SPRM Siasat Seleweng Cukai Jualan Sawit

Melibatkan Syarikat perladangan dan pengilangan minyak Sawit yang beroperasi di Sabah tapi mengelak dari membayar cukai jualan pada kerajaan negeri Sabah.

Berbeza sedikit dengan bekas Perdana Menteri Najib dan anak anaknya mereka lari dari cukai pendapatan, namun jumlah hutang keluarga ini jauh lebih besar mencecah bilion ringgit.

Kejahatan yang tidak ada beza. Tapi lagi jahat disini adalah kakitangan Kementerian Kewangan Negeri dan seorang pesara kerajaan yang terbabit kerana menjadi perancang dan dalang. Mereka sedang disiasat oleh SPRM berhubung rasuah berjumlah kira-kira 700.000 daripada syarikat kilang Sawit berkenaan.

Ada tu nama nama mereka.

Percaya kamu kumpulan yang terbabit itu kalau terbukti kantoi maka mereka akan marah dan menentang kerajaan Sabah dan kamu yang ada di sini pun percaya pada cakap mereka, kerajaan ini lemah tidak kuat. Siapalah yang bodoh tu….. Hahaha


KOTA KINABALU: Kementerian Kewangan negeri diarah untuk meneliti dan menambah baik sistem dan prosedur yang boleh membuka ruang dan peluang aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan.

Arahan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong susulan tangkapan pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan negeri yang didakwa terlibat dalam melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah.

SAFAR UNTONG

“Saya mengambil perhatian serius berikutan laporan kes melibatkan tangkapan terhadap penjawat awam negeri dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada 18 Mei lalu, seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan negeri dan seorang pesara kerajaan ditahan SPRM Sabah kerana dipercayai meminta serta menerima rasuah berjumlah kira-kira RM700,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit sebagai balasan untuk melindungi aktiviti pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan negeri.

Semalam, seorang lagi individu bergelar Datuk yang merupakan bekas penjawat awam turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes yang sama. –UTUSAN

Petronas Adalah Idea Pemimpin Borneo – Ku Li

Rupanya yang mencadangkan penubuhan Petroleum Nasional Berhad (Petronas) adalah pemimpin Borneo atau Sarawak, Datuk Patinggi Abdul Rahman Yakub. Begitu juga dengan cadangan bayaran 5% bukan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak.

Bukan royalti minyak tapi agihan keuntungan dari Petronas (peringkat awal)

Hari ini 5% itu dikenali sebagai royalti minyak. Sedangkan yang termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963 adalah 40%.

Hakikatnya kerajaan negeri Sabah tidak bersetuju dengan cadangan royalti minyak 5%. Menyebabkan berlaku pergeseran diantara Federal atau Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dan Ketua Menteri Sabah Tun Mustapha pada ketika itu.

Pergeseran itu memaksa UMNO menubuhkan parti Berjaya yang bertujuan untuk menumbangkan parti USNO atau kerajaan Sabah semata-mata. Bila kerajaan USNO berjaya ditumbangkan barulah 5% yang dicadangkan oleh Persekutuan direalisasikan sehinggalah hari ini.

Ternyata yang menubuhkan Petronas dalam erti kata yang sebenarnya ialah pemimpin daripada Borneo bukannya pemimpin UMNO. Jadi pada rakyat Borneo kita harus berbangga dengan sejarah ini, terbukti pemikiran pemimpin pemimpin daripada Sabah Sarawak sangat-sangat tajam dan jauh ke hadapan atau dalam bahasa mudahnya sangat-sangat wisdom. Bukan kaleng kaleng juga oh.

Benarlah gurauan sesetengah pihak bahawa sepatutnya Sabah dan Sarawak telah lama menjadi negeri maju sekiranya UMNO bersikap adil ke atas Sabah. Tapi ini tidak semua mereka kawal, macam minda penjajah walhal cakap besar saja, habuk pun tidak ada tanpa hak orang lain yang mereka rompak. Tidak hairanlah kenapa akhirnya pemimpin pemimpin Sarawak mengharamkan UMNO beroperasi di bumi Sarawak.

Maklumat diatas berdasarkan kenyataan seorang pemimpin UMNO Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li yang mendedahkan sejarah kewujudan Petronas, semasa ditemu bual sempena ulangtahun UMNO yang ke 74.

Masa itu Ku Li adalah pengerusi Pengasas dan ketua eksekutif Petronas. Jadi tidak hairanlah Ku Li tahu perjalanan Petronas sejak daripada awal. Menurut Ku Li, sekarang Petronas mampu menjana pendapatan sehingga 3 trilion dalam tempoh 30 tahun yang lalu.

Hari ini Petronas menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Selepas ini tidak usahlah pemimpin UMNO berlagak atau terlebih bangga pada Petronas. Seperti mana UMNO berbangga pada Felda, hanya kerana Felda adalah idea bapa Najib. Felda yang dicadangkan waktu itu untuk diteroka bukannya seperti Felda yang pada hari ini total swasta. Di Sabah berapa kerat sangat Felda yang menjadi milik Peneroka?

Ladang Felda swasta yang paling besar di Malaysia pun terletak di Sabah atau Borneo.

Tidak timbul Petronas telah diwartakan sebagai harta negara kecuali Petronas bersetuju memulangkan 40% dari cukai pendapatan atau hasil minyak kepada Sabah.

Jadi selepas ini tidak usahlah Kerajaan Persekutuan atau UMNO teragak-agak untuk membayar 40% cukai hasil pendapatan Sabah seperti mana tuntutan kerajaan Sabah, GRS. Apa lagi 40% adalah angka yang termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963. Bukan wang UMNO juga, malulah sikit oiii. Sampai bila jadi penyangak?

Kerajaan GRS Pertimbang Ambil Tindakan Undang² Kiranya 40% Cukai Hasil Sabah Tidak Ditunaikan – Masidi

Pandangan Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun mengenai tuntutan hasil kutipan cukai 40% Sabah dari Persekutuan, seperti yang termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963.

RM125 juta setahun yang diterima oleh kerajaan negeri Sabah hari ini adalah semata-mata interim atau bersifat sementara, sementara tuntutan 40% sedang berjalan.

Oleh kerana itu kerajaan negeri Sabah GRS akan mempertimbang mengambil tindakan undang-undang sekiranya tuntutan 40% diabaikan oleh Kerajaan Persekutuan. Dengan erti kata lain kerajaan negeri akan mengguna pakai apa pun cara bagi menuntut 40% cukai hasil Negeri Sabah daripada kerajaan persekutuan.

Mesti ramai yang tertanya-tanya kan, Kenapa tuntutan ini telah berlarutan lama dan sukar di tunaikan. Ini kerana sejak daripada awal Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh UMNO tidak memasukkan perkara perkara dalam perjanjian Malaysia 1963 dalam perlembagaan.

Kamu nampak tak betapa kurang ajarnya UMNO ni mereka tahu mereka miskin dan Sabah Sarawak kaya dengan sumber alam tetapi kenapa tidak berani bersikap adil. Malah berlagak abang besar macam minda penjajah yang tidak reti berterima kasih.

Tahniah Datuk Masidi Manjun selaku wakil kerajaan negeri Sabah kerana bertindak berani dan tegas mempertahankan perjanjian 1963 yang menjadi asas kepada pembentukan Malaysia.

Inilah yang diinginkan oleh majoriti masyarakat Sabah. Sudah cukup lama mereka bersabar tetapi nampaknya Kerajaan Persekutuan atau kerajaan UMNO sehingga hari ini memandang remeh seolah-olah mencabar kewibawaan dan keintelektualan orang-orang Sabah.

GRS, Sabah Maju Jaya