Warisan Sahabat PPBM Sabah, Kita Akan Pastikan Calon Warisan Menang – Hajiji Noor

Pengerusi parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu Sabah) Datuk Hajiji Noor berkata parti Warisan Sabah adalah kawan atau sahabat yang perlu dibantu dalam pilihan raya kecil atau PRK Parlimen Kimanis yang sedang rancak berjalan.

Beliau berkata lagi sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai pemimpin parti komponen Pakatan Harapan untuk membantu Warisan yang merupakan rakan politik mereka.

Ini sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai ahli komponen PH dalam saat begini, kita kena tolong kawan kerana calon daripada Warisan ialah kawan kita kerajaan PH kawan dengan Warisan maka itu kita kena turun itu tanggungjawab kita, katanya ketika ditemui oleh wakil dari Borneo Today di majlis sambutan perayaan Krismas tahun baharu 2020 di Membakut.

Tercacat sebagai sejarah politik Sabah di mana dalam majlis itu buat pertama kalinya Datuk Haji telah dijemput dan hadir serta turut berucap di pentas sama yang juga dihadiri oleh Presiden Warisan Datuk Shafie Apdal sebagai tetamu kehormat sejak Datuk Hajiji menyertai Bersatu pada April tahun lepas.

Datuk Hajiji juga ketika ditanya oleh wartawan adakah kehadirannya di program itu bersama Datuk Shafie menandakan berakhirnya hubungan dingin mereka, beliau mengakuinya, ya sudah selesai kita akan pastikan kemenangan calon Warisan di PRK Kimanis.

Pesanan Ulama Berhubung Pengkhianatan Pemimpin UMNO #PRKKimanis

Ulang siar pesanan atau teguran seorang ulama berhubung kegiatan salah guna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin utama UMNO malah menjadi amalan mereka yang terdiri dari Najib dan Zahid.

Umum pun tahu kan dua pemimpin ini sedang berhadapan dengan tuduhan atau dakwaan penyelewengan yang melibatkan wang rakyat di Mahkamah Persekutuan.

Admin mendapat khabar, hari ini dua pemimpin UMNO berkenaan sedang berkempen PRK Kimanis. Pelik kan langsung tidak ada rasa malu dan bersalah terhadap orang-orang Sabah yang selama ini setia kepada mereka tapi dikhianati. Hata Tan Sri Musa Aman sendiri turut menjadi mangsa kerakusan mereka.

Berbalik pada tujuan entry ini.

Kenyataan Dr Maza ini bukannya kenyataan biasa tapi merupakan satu pernyataan yang cukup tegas malah boleh saja dianggap satu fatwa yang tidak boleh diengkari oleh mereka yang beragama Islam khususnya dikalangan pemimpin dan penyokong UMNO agar segera menginsafi diri.

Dr Maza menulis di akaun Facebooknya bahawa “mengambil harta secara tidak sah menipu laporan audit cuba menghapuskan bahan bukti memaksa orang lain menipu menipu kerajaan dan rakyat, memecat orang yang inginkan ketulusan kemudian masih berterusan menipu. Jika itu bukan satu pengkhianatan kepada negara maka tiada lagi istilah khianat dalam dunia ini. Bersekongkol dengan individu seperti ini bererti bersekongkol dengan pengkhianatan”

Jadi pada masyarakat Sabah umumnya khasnya pengundi di PRK Kimanis, bertitik tolak dari teguran ulama ini. Marilah berfikir secara sihat, melihat ke hadapan dan pertanyakan pada diri sendiri wajarkah UMNO diberikan kepercayaan untuk kali yang kedua atau paling tidak wajarkah UMNO diberikan undi sedangkan belum pun sampai sepenggal UMNO menjadi pembangkang, satu tempoh yang sangat singkat untuk mendidik si politik maling. Nanti tidak pasal-pasal kita pula yang termasuk dalam kumpulan yang dimaksudkan oleh Dr Maza di atas iaitu mendokong pengkhianat natijahnya kita pula yang dilaknat oleh sang pencipta.

Najib, Zahid dan Bung masih dalam proses penghakiman kerana penyalahgunaan kuasa lalu di mana maruah orang Sabah andai parti UMNO yang menjadi alat untuk mereka menjalankan pekerjaan maling diberikan sokongan. Bukan ke itu namanya merugikan diri sendiri dan mengkhianati negara bangsa?

Fitnah Pengikut Penyatuan Ummah Berhubung Perletakan Maszlee Malik

Ini lagi satu entri daripada laskar UMNO yang cuba meniupkan propaganda murahan mereka sempena PRK Kimanis.

Banyak persepsi yang dilontarkan oleh laskar penghabis beras antaranya kononnya perletakkan jawatan Dr Maszlee ada kaitannya dengan kontrak bestari net. Walau bagaimanapun Hal ini secara tidak langsung telah dinafikan oleh Permaisuri Agong sebaliknya menyalahkan PIBG yang didalangi oleh totok totok UMNO. Dimana Permaisuri Agong menimbulkan pertanyaan siapa yang lebih berkuasa menentukan status pembelajaran Jawi seorang Menteri ke atau setakat PIBG.

Terbaru fitnah yang dilemparkan oleh jentera penyatuan ummah atau muafakat nasional kononnya perletakan jawatan Dr Mazslee Malik seolah-olah didalangi oleh politik DAP ini kerana sepatutnya yang meletakkan jawatan ialah Menteri Kewangan tapi kerana Mahathir takut pada Lim Guan Eng atau DAP maka Menteri Pendidikan yang menjadi mangsa.

Betul betul penghabis beras.

Diman logiknya DAP terlibat. DAP tu cerdik politik tak kan mereka berani mencampuri hal pendidikan yang majoritinya melibatkan bangsa Melayu.

Muafakat nasional yang ada bau-bau Islam pun sanggup berfikiran kurafat kah. Sanggup menyebarkan fitnah hanya semata-mata ingin memenangi PRK Kimanis.

Tidak usahlah perasan sangat sebab UMNO ni sikit hari lagi akan diharamkan ya lah mana boleh parti yang menyamai kumpulan penjenayah Mafia terus beroperasi.