Tujuan Mahathir Bertapak Di Sarawak Sabah Adalah Untuk Mengawal Minyak dan Gas

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Amar James Masing berkata Mahathir Mohamad telah menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun ditambah sebagai Menteri Persekutuan dengan memegang pelbagai portfolio.

Jadi tolonglah jangan beritahu saya yang beliau tidak sedar kedudukan dan keperluan Sarawak sepanjang tempoh itu, ujarnya semasa ditanya oleh wartawan Utusan Borneo

Ketua Menteri Sarawak itu juga berpendapat Mahathir sebenarnya tidak berminat terhadap keperluan rakyat Sarawak walaupun pada ketika itu dia berada di tampuk kepimpinan negara sehinggalah ke hari ini.

Jadi janganlah rakyat Sarawak terpedaya untuk kali yang kedua.

James Masing berkata demikian bagi mengulas ucapan Mahathir Mohamad semasa merasmikan pelancaran Parti Bersatu Sarawak di Bintulu pada hari Sabtu yang lalu.

Dimana Mahathir memperlekeh kepimpinan negeri Sarawak yang didakwa gagal memikul tanggungjawab mereka menyebabkan masih ramai masyarakat Sarawak yang miskin sedangkan Sarawak adalah negeri yang kaya.

Tetapi menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak walaupun Sarawak sudah lebih 50 tahun menyertai Malaysia tapi taraf kehidupan di Negeri Sarawak masih lagi ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Semenanjung. Ini kerana ketidaktelusan Mahathir itu sendiri menyebabkan berlakunya ketirisan dalam pengurusan sekaligus pengagihan kekayaan sehingga gagal menyelesaikan masalah kemiskinan negeri Sarawak sejak dahulu sehinggalah sekarang.

Pokoknya tujuan Mahathir menyebarkan sayap Bersatu ke Sarawak adalah untuk mengawal minyak dan gas di negeri ini untuk kepentingan mereka, Amir James.


Jadi kalau sudah begitu ceritanya apalah agaknya nasib rakyat Sabah di masa akan datang ya, memandangkan Warisan adalah sekutu keras Mahathir Mohamad. Habis barang-barang?

Itu juga bermaksud yang tuntutan Shafie agar status Sabah ditukar menjadi Wilayah didalam Malaysia adalah sebenarnya agenda sulit Mahathir supaya minyak dan gas Sabah dapat dikawal sepenuhnya dan tuntutan 40% hasil Sabah hanyalah retorik politik bertujuan untuk mengaburi mata masyarakat Sabah, sebelum semuanya berada didalam genggaman Mahathir? Wow!

Bersatu Akan Bertapak Di Sarawak Lalu Masih Ada Yang Mempercayai Sabah Ubah?

Sebab itulah hanya mereka yang naif politik yang mempercayai Warisan mampu mempertahankan perjanjian 1963 sekaligus dapat merealisasikannya.

Warisan yang kita dengar baru baru ini akan menggubal beberapa perlembagaan termasuklah perlembagaan yang akan mengubah status Sabah menjadi Wilayah tetapi kekal dalam Malaysia. Sabah Ubah lah katakan! 😊

Isunya adakah penyokong Warisan masih buta, masih percaya pada agenda perubahan yang telah dijanjikan oleh Parti Warisan, Shafie Apdal keatas Sabah. Hanya kerana mendengar berita angin yang kononnya Shafie adalah anak emas Mahathir dan apa pun kehendak Shafie akan ditunaikan, termasuklah menunaikan perjanjian 20 perkara?

Tapi kenapa tuntutan Warisan 40 persen dari hasil negeri Sabah dan sebelum itu 20 persen dari hasil minyak yang digali di bumi Sabah tidak mendapat perhatian Federal aka Mahathir. Perkara ini admin ada membangkitkannya klik link dibawah,

https://jalinluin.wordpress.com/2018/11/04/darell-cukuplah-memberi-harapan-palsu-bikin-muntah-40-hasil-sabah/

Akhirnya link diatas terbukti benar bila Menteri Kewangan Lim Guan Eng sendiri yang menyatakan bahwa Federal tidak mampu menunaikan tuntutan 40% dari hasil Sabah. Baca link dibawah,

http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=128942

Maksud admin selepas semua retorik dan kegagalan di atas masih adakah yang mempercayai Shafie akan mampu membebaskan Sabah dari cengkaman Federal apa lagi politik Mahathir aka parti Bersatu akan bertapak di Bumi Sarawak, seperti mana jadual diatas.

Orang Sarawak, apa khabar adakah kamu sanggup meninggalkan parti tempatan yang sudah berdekad menguasai politik Sarawak dan menggantikannya dengan parti import Mahathir iaitu Parti Bersatu? kami di luar Sarawak menunggu perkembangan berita dari semasa ke semasa.

Tunjukkan sikit jadi diri orang Sarawak tu tolak parti Mahathir. Biar selamanya politik Sarawak menjadi pedoman kepada masyarakat politik Sabah.

Maksud admin juga bagaimana mungkin Mahathir akan mengiktiraf perjanjian 1963 Sabah dan Sarawak dalam erti kata yang sebenarnya sedangkan dua negeri ini tidak akan dilepaskan dan tuntutan Sabah dimungkiri oleh Mahathir malah cuba dikuasai. Fikir logik lah bro! Alahai

Mahathir Perkasa Azmin Untuk Halang Anwar.

Pergeseran Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim bukan lagi cakap-cakap di kedai kopi tapi telah sampai ke tahap saling mempersiapkan kubo supaya lancar semasa menyerang dan mampu bertahan dari serangan.

Ia berpunca dari soal peralihan jawatan Perdana Menteri Malaysia yang secara prinsipnya akan diwarisi oleh Anwar Ibrahim. Sebagaimana perjanjian Mahathir dan Pakatan Harapan, sebelum PRU yang ke 14.

Mahathir bersetuju selepas 2 tahun memegang jawatan Perdana Menteri ia akan diturunkan kepada Anwar Ibrahim. (Walaupun pada hakikatnya Mahathir tidak berapa berkenan, kerana dikatakan Anwar tidak akan mampu menjaga Malaysia)

Kerana itu Mahathir memperkuatkan Azmin Ali dengan kuasa ekonomi untuk menjadi pesaing kepada Anwar Ibrahim didalam merebut jawatan Perdana Menteri Malaysia dan kalau pun tidak berjaya, kuasa ekonomi yang dimiliki oleh Azmin Ali itu akan digunakan untuk menahan kuasa Perdana Menteri pada masa itu iaitu Anwar Ibrahim.

Menurut sumber yang boleh dipercayai Azmin Ali selaku Menteri Hal Ehwal Ekonomi akan mengawasi syarikat-syarikat terbesar di Malaysia seperti Petronas, Khazanah dan Perbadanan Nasional Berhad yang nilainya mencecah 1 trillion. Begitu juga dengan agensi Felda, Tabung Haji dan Jabatan yang membantu usahawan Melayu akan ditempatkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi iaitu Azmin Ali.

Dengan harapan bila Azmin Ali sarat dengan kuasa ekonomi maka beliau akan dikelilingi oleh ramai pemimpin dari seluruh parti politik. Termasuklah pemimpin dan jentera PKR yang akan menderhakai Presiden mereka Anwar Ibrahim.

Dikatakan juga dalam tempoh dua tahun ini Azmin akan dibantu oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraidah Kamarudin bagi memastikan jawatan Perdana Menteri Malaysia akan menjadi milik Azmin Ali.

Dalam pada itu Anwar Ibrahim sedang giat memasang strateginya iaitu berhubung rapat dengan raja-raja Melayu atau Agung dan berusaha melantik Peguam Negara yang baharu untuk nanti menghalang perancangan Mahathir.

Kalau dikira politik Azmin Ali tu cukup kuat. Selain menjadi orang nombor dua dalam PKR, Azmin juga mendapat sokongan dari parti PPBM Sabah aka parti Warisan.

Tapi tenang saja kamu para penyokong Anwar kerna dalam peperangan ini admin percaya UMNO sentiasa terbuka untuk Anwar Ibrahim.

Published
Categorized as PH, PKR, PPBM

Petunjuk Apa Selepas Solat Hajat dan Istikharah (Tok Pa)

Bila Mustapa Mohemad bersikap budiman keatas pengkritiknya ekoran tindakannya yang meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Bersatu, maka itu adalah sikap dan tindakan yang terpuji walaupun hanya dari konteks politik dan bukan prinsip seorang pejuang yang layak dicontohi.

Dia kata keputusannya itu demi mementingkan pengundinya, bagi memastikan hak rakyat di Jeli khususnya dapat diperjuangkan.

Pun begitu, kita tidak berapa bersetuju bila mana beliau mengaitkan penghijrahannya itu dengan keagamaan.

Dia kata sebelum mengambil keputusan meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Bersatu, sebenarnya ia telah melalui proses yang lama tidak tergesa-gesa melainkan mengerjakan solat hajat dan Istikharah selama sebulan.

Kenyataan kedua itu sangat-sangat tidak bertanggungjawab di mana seolah-olah UMNO begitu hina dan tidak lagi layak untuk diperjuangkan dan segala budi baik UMNO selama berdekad yang lalu tidak datang dari redha Allah dan usaha gigih pemimpin pemimpin UMNO, ini termasuklah usaha Mahathir selaku mantan Presiden UMNO.

Kalau pun benar beliau telah mengerjakan solat Hajat dan Istikharah serta telah mendapat petunjuk tapi perlu kah ia dinyatakan, sebaiknya bercakap saja dari konteks seorang ahli politik, barulah nampak seperti orang yang sarat dengan pengalaman berpolitik.

Kenapa jasa UMNO yang telah memerdekakan dan memajukan Malaysia, begitu mudah untuk dilupakan?

Jadi kita mahu tahu selepas sebulan mengerjakan solat hajat dan istikharah, petunjuk apa yang telah beliau nampak atau rasa hingga meringankan hasratnya untuk menyertai Parti Bersatu, ini amat penting untuk kita ketahui. Agar kita tahu adakah petunjuk itu ada kaitannya dengan UMNO?

Published
Categorized as PPBM, UMNO

Shafie Juga Bekas UMNO Yang Bermasalah, Adakah Dia Akan Ditolak!

Anwar Ibrahim berpendapat PH tidak sewenang-wenangnya menerima kemasukan Ahli Parlimen UMNO yang dibawa oleh Bersatu atau Mahathir Mohamad.

Sebab itulah Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PH akan berbincang mengenai status Ahli Parlimen UMNO itu bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang tindakan undang-undang oleh SPRM.

Apa yang disuarakan oleh Anwar Ibrahim itu adalah bayangan bahawa dia sedar dan nampak apa yang cuba dilakukan oleh Mahathir terhadap dirinya. Walaupun Mahathir ada berjanji akan melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada Anwar selepas tempoh 2 tahun dari tarikh kemenangan PH pada PRU14.

Dua hari yang lepas bersatu telah mendedahkan satu konspirasi dimana mereka akan menarik masuk seramai 40 Ahli Parlimen daripada UMNO untuk menyertai Bersatu. Kita tahu dalam masa yang sama Mustapa Mohemad Ahli Parlimennya Jeli telah menyertai Bersatu.

Kalau kita dalami kenyataan Anwar diatas, jelas ia tidak hanya menjurus kepada ahli Parlimen UMNO yang ada sekarang lagi bermasalah. Tapi juga pada bekas pemimpin UMNO yang telah disiasat oleh SPRM dan kini bekerjasama dengan PH seperti mana Shafie Apdal selaku Presiden Warisan yang telah disiasat oleh SPRM dan telahpun direman.

PKR pun tahu, sebelum Shafie menggugurkan dirinya sebagai pemimpin UMNO dia telah menjadi bahan politik PKR, Zuraidah Kamarudin dan Chegubard. Dimana waktu itu Shafie yang berjawatan Menteri KKLW daripada UMNO telah dikaitkan dengan wang yang berjuta dan seorang artis serta pemandu mereka yang culas. Malangnya sehingga hari ini, tidak ada sebarang hukuman undang-undang yang telah dikenakan ke atas Shafie dan artis berkenaan, jadi masyarakat tidak tahu adakah dakwaan Zuraidah dan Chegubard itu benar atau fitnah!

Klik link dibawah ;

Shafie Musuh Orang Sabah – PKR

Isu disini adakah Shafie yang juga bekas pemimpin UMNO yang bermasalah yang dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim dan akan ditolak? Kita tunggu dan lihat!

UMNO Masih Dalam Mimpi Muhyiddin dan Shafie

Mungkin Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu sedar, menang sewaktu dalam Barisan Nasional (BN) dan mahu menang di luar sebagai pembangkang bukan sama ukurannya.

Bukan sesuatu yang mudah. Sewaktu dalam Umno, segala langkah kerajaan dalam memperjuangkan nasib dan membela rakyat mampu dijadikan sebab untuk mengundi beliau.

Segala langkah untuk memastikan rakyat mengundi beliau dalam BN tersedia ada.

Segala langkah demi pembangunan dan membela nasib rakyat yang telah dilakukan kerajaan boleh dijadikan modal berkempen.

Sebaik keluar dari Umno, adakah Muhyiddin mampu melakukan yang serupa?

Apa sebenarnya jasa Muhyiddin atas kapasiti peribadi, mampu dihidang untuk pengundi terus memberi sokongan kepada beliau?

Terdapat perbezaan sewaktu dalam Umno dan hari ini di luar Umno. Isu yang mampu dibawa beliau hanyalah isu yang belum selesai, ukuran kejayaannya iaitu salah laku dalam 1MDB.

Ulangan 1MDB adalah modal yang boleh dibawa Muhyiddin sebagai bekas timbalan perdana menteri.

Tuduhan rasuah dan salah guna kuasa dijadikan modal yang berulang kali diberitahu kepada rakyat sebagai alasan untuk menukar kerajaan.

Ini sahaja yang dapat dibentangkan kepada rakyat untuk meraih undi. Selain itu, modal yang ada adalah manifesto dan alasan untuk menyelamatkan rakyat menjadi pertaruhan untuk meraih undi.

Tidak ada apa yang boleh dipersembahkan, selain daripada retorik isu serupa.

Sebenarnya, tidak ada alasan kukuh mampu dibawa Muhyiddin dalam usaha untuk meraih sokongan rakyat.

Pakatan Harapan (PH) juga tidak melihat kekuatan sebenar Muhyiddin, selain daripada jawatan lama beliau dalam Umno dan kerajaan.

Dalam pada itu, alasan PH (pada masa itu) menerima Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bergabung adalah untuk menarik undi Melayu.

Sungguhpun hari ini ia amat kabur dan tidak dapat dipastikan keberkesanannya.

Sekiranya kita melihat kepada PH, gerakan untuk mendapatkan tsunami Melayu jelas tidak menyeluruh.

Belum ada cabaran yang nampak besar untuk tsunami Melayu berlaku. Berbeza pada waktu pelancaran gerakan Reformasi pada 1998.

Rakyat diajak untuk melakukan perubahan dengan menyajikan bukan sahaja kepincangan, tetapi menjemput rakyat bersama menuntut perubahan.

Kapasiti Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai orang yang amat berkarismatik dan perlakuan zalim Dr Mahathir terhadapnya menjadi alasan besar meraih simpati rakyat untuk bersama beliau menentang kerajaan.

Anwar melemparkan dirinya untuk diadili rakyat dan membuka ruangan seluas-luasnya untuk meraih sokongan.

Kediaman beliau menjadi markas pertama untuk rakyat keluar masuk mendengar apa yang mahu dikatakannya.

Amat berbeza dengan perjuangan hari ini yang diterajui Dr Mahathir dan Muhyiddin.

Tidak nampak jelas mereka menjadi inklusif kepada rakyat, apatah lagi untuk perjuangan Melayu itu sendiri.

Malah, ada yang mengatakan langkah Muhyiddin masih berlagak sebagai seorang timbalan perdana menteri dan bukan orang yang mahu membawa obor perjuangan khususnya Melayu.

Karakter ini dibawa dalam ceramah dan perjumpaan awam. Ini tidak menampakkan beliau adalah pembawa hasrat rakyat, melainkan hanya berusaha memastikan Datuk Seri Najib Razak ditumpaskan.

Sekiranya dilihat semula, seakan-akan beliau tidak menjadi representasi rakyat dalam usaha membela rakyat.

Apa yang jelas, seakan-akan beliau masih teragak-agak setelah meninggalkan Umno, melainkan satu alasan – menolak Najib.

Amat berbeza langkah dan caranya untuk menunjukkan beliau benar-benar menyesal sewaktu dalam Umno dan BN.

Tidak banyak persoalan yang diterbitkan beliau mengenai kegagalan Umno dalam memartabatkan perjuangan Melayu dan mengakui parti itu melakukan banyak kesalahan dalam usaha khususnya membela rakyat.

Mungkin beliau masih mengakui Umno banyak berjasa kepada orang Melayu khususnya dan pada rakyat amnya.

Kalau bukan kolaborasi beliau dengan Dr Mahathir, mungkin beliau tidak tercampak atau terkeluar dari Umno.

Apakah beliau sebenarnya berani mengakui selama ini Umno tidak banyak berjasa kepada orang Melayu?

Kalau beliau merasakan benar Umno banyak berjasa pada orang Melayu, kenapa beliau mahu meruntuhkan institusi unggul orang Melayu itu?

Muhyiddin sebenarnya masih percaya segala-galanya yang dilakukan Umno memberi banyak manfaat kepada orang Melayu, tetapi malang kerana politik dan kehendak tersendiri, beliau senyapkan perkara ini.

Mungkin orang Melayu harus terima, Umno banyak berjasa kepada kita dan untuk mencari alasan meruntuhkan institusi itu adalah hampir tidak ada.

Amat kesian kerana Umno masih muncul dalam mimpi Muhyiddin.

Mohd Firdaus Hamzah ialah pembaca FMT.


Dan kalau kita kaitkan pendapat diatas dengan diri Shafie Apdal, maka tanpa keraguan ia benar benar mengena tepat pada dirinya. Hakikatnya Shafie sedar dimana kekuatannya, baik semasa dan selepas dipinggirkan dari BN.

Shafie dan Muhyiddin juga sedar dan tahu puncak kemenangan mereka semasa bertanding atas tiket BN iaitu atas kapasiti parti BN dan bukan atas kredibiliti diri mereka sebagai pemimpin.

Sebab itulah secara peribadi, kalau admin berdebat dengan penyokong tegar Warisan yang berpendapat Warisan akan mampu mengalahkan BN. Maka admin suka mengajukan pertanyaan untuk mereka fikirkan iaitu siapa yang lebih berjasa kepada masyarakat Sabah, Parti BN kah atau diri Shafie Apdal selaku pemimpin? Lalu pihak mana yang akan dikenang oleh pengundi?

Selain itu, kesetiaan Yusof Apdal keatas parti BN juga boleh menjadi inspirasi kepada masyarakat Sabah untuk terus setia bersama BN. Iya lah, kalau benar perjuangan parti Warisan itu ada kesinambungannya tapi kenapa adiknya sendiri tidak menyokongnya?

#BNforSabahan #tolakwarisan #sesumpah

PPBM, Muhyiddin dan Dedak (video)

Dr M selaku pengerusi PPBM yang memperkenalkan istilah dedak. Dedak bermaksud pemberian berupa wang untuk mendapatkan sokongan.

Kerana itu ramailah di kalangan penyokong atau jentera pembangkang yang mengaitkan penyokong BN dengan kononnya dedak.

Tapi rupa-rupanya ia terbalik malah dedak menjadi amalan politik PPBM.

Dibawah adalah rakaman video dimana Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin sedang menghulurkan dedak.

Shame you all lah. Kamu lah rupanya di pendedak yang tegar 😊

#BNforSabahan #tolakwarisan #sesumpah #tolakpembangkang #ppbmdedak

Sah PPBM dan Warisan Tidak Boleh Bertanding Di PRU14

Akhirnya PPBM mengakui bahawa mereka gagal memenuhi dua syarat dari sembilan syarat yang dikehendaki oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dibawah Seksyen 14 (2) akta pertubuhan.

Menyebabkan PPBM berpotensi untuk tidak menggunakan logo Parti itu pada PRU yang akan datang.

Dua syarat yang gagal dipenuhi itu ialah PPBM gagal mengemukakan laporan mesyuarat agung dan laporan kira-kira akhir parti yang telah diaudit.

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin juga mengakui sehingga hari ini mereka masih gagal menubuhkan Cawangan di semua Bahagian.

Iya lah secara prinsipnya pun mana mungkin mesyuarat bahagian boleh diadakan sedangkan mesyuarat diperingkat cawangan belum dijalankan.

Hanya parti Warisan yang boleh berbuat demikian. Tetiba mengadakan mesyuarat agung peringkat bahagian sedangkan Warisan belum wujud diperingkat cawangan. He!

Kalau PPBM pun gagal memenuhi syarat yang dikehendaki, apa lagi agaknya parti Warisan yang tidak ditubuhkan tapi dibeli macam sayur di pasar.

Yang pasti selepas ini, ROS akan menuntut laporan mesyuarat agung dan pernyata kira kira sejak parti asal Warisan ditubuhkan. Ada?

Itu bermakna PPBM dan Warisan tidak boleh bertanding!

Nampak gayanya terpaksalah Warisan berkongsi logo dengan mana mana parti pembangkang di negeri Sabah, seperti mana PPBM dijangka berkongsi dengan DAP atau mana mana komponen PH.

Rafidah Aziz Kaki Judi – Raja Petra

Betulnya dakwaan Raja Petra pasal kegiatan atau hobi Rafidah Aziz yang suka berjudi atau tahi judi. Hingga sanggup berbelanja jutaan ringgit (10 juta) dalam satu malam di Casino yang terkenal di Kota London, Colony yang dimiliki oleh Genting.

Tapi menurut Raja Petra, Rafidah Aziz kalau di Malaysia sibuk bercakap pasal GST 6% yang kononnya telah menyusahkan kehidupan rakyat Malaysia.

Raja Petra dalam tulisan terbarunya juga mendakwa Rafidah Aziz sebelum ini sibuk mencari kapal layar Equanimity, sedangkan dia berada di kelab kelab judi, sebab itulah dia tidak jumpa. Sehinggalah pihak Polis Indonesia yang menemuinya. He!

Kenapalah pembangkang ni, bermula dari pemimpin hingga jentera akar umbi, kebanyakannya kaki judi. Tapi kalau kamu baca kenyataan mereka, ustaz keluaran Al Azhar pun hampir tidak boleh cari makan.

Di Sabah seperti contoh, ada yang kata kebanyakan jentera Warisan adalah kaki judi dan kaki perempuan. Sebab itulah hingga ada diantara mereka yang mengidap penyakit sipilis. Betul kah?

Totok Warisan, Dr M & Rais Yatim, Apa Bukti Equanimity Itu Dibeli Menggunakan Dana 1MDB?

Michael Persius still missing. Understand what I mean?

Skandal Tongod lah yang paling sesuai dijadikan perbandingan bila mana totok Warisan cuba mengaitkan Equanimity dengan 1MDB.

Maksudnya sebelum totok totok seperti parti Warisan cuba mempolitikkan Equanimity, maka sebaiknya mereka terlebih dahulu mengumumkan kedudukan terkini si Michael Persius yang dipercayai terlibat secara langsung dalam skandal tanah di Tongod.

Bha tidak apalah, mari kita kutip cerita murahan pemimpin dan jentera pembangkang.

Dimana Warisan, Dr M dan Rais Yatim cuba memutar belitkan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Salleh Said.

Salleh Said sebelum ini menyatakan bahwa tidak ada bukti yang dapat menunjukkan bahawa kapal yang disita itu adalah milik Low Taek Jho dan dibeli menggunakan dana dari 1MDB. Jelas dan terang apa yang cuba disampaikan oleh Menteri Komunikasi kan?

Tapi telah diputar belit oleh pembangkang, kononnya Menteri Komunikasi itu telah menafikan kapal layar Equanimity sebagai milik Jho Low, sedangkan dalam masa yang sama Jho Low kecewa selepas DOJ menahan kapal layarnya. Maksudnya kenyataan Salleh Said itu bertentangan dengan kenyataan Jho Low, sejurus Equanimity di tahan oleh pemerintah Indonesia.

Hakikat nya apa yang dinyatakan oleh Menteri komunikasi itu adalah benar dan berfakta ini kerana skandal 1MDB sedang dalam siasatan DOJ atau Badan Keadilan Amerika. Jadi selama siasatan itu berjalan, selama itu jugalah tidak ada satu pun rakyat Malaysia yang tahu bahawa kapal layar itu dibeli menggunakan dana dari 1MDB.

Dan tujuan Menteri Komunikasi membuat kenyataan awal ialah supaya tidak ada masyarakat yang bakal terpedaya oleh putar belit pihak pembangkang, seperti mana sekarang.

Tapi kenapa pula jentera tolol Warisan, Dr M dan Rais Yatim yang beriya sangat menyalahkan Datuk Salleh Said, seolah olah mereka tahu Equanimity itu dibeli menggunakan dana dari 1MDB, boleh mereka tunjukkan bukti?

Pada pembangkang, jangan saja pandai menyaiko orang lain seolah olah tahu sangat apa yang sedang berlaku.

Jangan mereka lupa, apa yang dikatakan oleh seorang peguam dari negara Amerika berhubung 1MDB.

https://jalinluin.com/2017/12/06/tindakan-sivil-keatas-harta-dan-bukannya-individu-tom-goldstein/