Jadual, Langkah Memohon Pakej Prihatin Nasional

Tuan/ Puan,

Saluran pendaftaran untuk Bantuan Prihatin Nasional adalah dalam talian yang akan dibuka pada *10 April 2020*..

Sila ikuti saluran sosial media Kementerian Kewangan di FB atau PRE PRIHATIN di Telegram untuk maklumat selanjutnya.

Sir/ Madam,

The link for application of Bantuan Prihatin Nasional will be made available on *10 April 2020*..

Please follow our social media (Kementerian Kewangan at Facebook or PRE PRIHATIN at Telegram) channels for more updates.

Regards,
LAKSANA

Rakyat Minta Bersyukur Pada Bantuan Yang Diberikan – Nizam Titingan

Rakyat seharusnya bersyukur dengan bantuan pakej rangsangan ekonomi prihatin yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Datuk Nizam Abu Bakar Titingan yang juga ahli dewan undangan negeri Apas berkata rakyat perlu rasa bersyukur kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang komited dan prihatin dalam mentadbir negara.

“Perdana Menteri sentiasa bersama-sama dengan rakyat dalam mengharungi suasana yang mencabar dengan ancaman wabak kabinet yang telah menjadi pendemik di seluruh dunia”

Beliau juga berpendapat bantuan itu menunjukkan keprihatinan kerajaan hari ini merasai kesukaran hidup rakyat semasa berhadapan dengan perintah kawalan pergerakan PKP sebagai langkah membendung wabak ini.

Ujarnya lagi walaupun suasana ekonomi dunia kurang memberangsangkan tetapi kerajaan dapat menyediakan pakej rangsangan ekonomi pada rakyat yang meliputi semua kelompok masyarakat tanpa mengira kaum agama dan fahaman politik.

Menurutnya lagi rakyat harus memberikan sokongan yang padu dan kerjasama kepada pihak kerajaan dalam membendung wabak ini.

Beliau juga berharap supaya negara kembali pulih daripada wabak ini dan rakyat dapat hidup dalam keadaan aman stabil dan makmur.

Bersatu Sabah Sambut Baik Rangsangan Prihatin Rakyat

KENYATAAN MEDIA
BERSATU NEGERI SABAH

28 Mac 2020.

BERSATU SABAH SAMBUT BAIK PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT

YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua Pimpinan BERSATU Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah N10 SULAMAN.

KOTA KINABALU: Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sabah mengalu-alukan dan menyambut baik Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion yang memberi manfaat kepada semua lapisan rakyat.

Ketuanya, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyifatkan Pakej Prihatin itu sebagai komitmen Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang mengambil berat kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, Pakej Prihatin yang dibentangkan oleh Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat telah dirancang begitu rapi dan menyeluruh bagi memastikan tiada lapisan rakyat yang tersisih dalam mendepani Krisis Wabak Covid 19 (C-19) yang melanda negara ketika ini.

“Pakej Prihatin ini amat baik dan telah memberi harapan dan nafas baharu yang diperlukan oleh rakyat negara ini yang terkesan akibat wabak C-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)”.

“PKP menyebabkan ramai rakyat terkesan dengan sebahagian besar sumber pendapatan mereka terjejas, kerana tidak dapat keluar bekerja atau berniaga untuk menyara hidup keluarga”.

“Dengan pelbagai jenis bantuan secara “one-off” selain pemberian insentif lain, maka seluruh sektor masyarakat termasuk para peniaga, pekerja swasta, penjawat awam, pesara kerajaan, pelajar, petani, penternak, nelayan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan lain-lain terbela sekaligus dapat meringankan beban mereka”, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhyiddin semasa membentangkan pakej itu berkata, sebanyak RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion memperkukuhkan ekonomi negara.

“Semua itu tambahan kepada RM20 bilion yang telah diumumkan dalam pakej rangsangan ekonomi sebelum ini.

“Pakej PRIHATIN, yang peduli rakyat itu akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban semua dengan tiada golongan yang akan tercicir” katanya.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, Muhyiddin telah menunjukkan satu kepimpinan yang begitu baik dan berjiwa rakyat, sehingga memeranjatkan para pengkritik beliau.

Katanya, dalam mendepani cabaran krisis wabak C-19 dan ekonomi dunia yang merudum, beliau (Muhyiddin) telah dapat melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara yang tercinta.

Menurutnya dalam konteks negeri Sabah, rakyat negeri ini amat memerlukan bantuan seperti itu, kerana terkesan akibat wabak C-19 yang terus menular setiap hari.

“Dengan adanya bantuan daripada Kerajaan Persekutuan, rakyat akan berasa gembira dan lega terutamanya dikalangan masyarakat Islam yang akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan pada akhir April dan Aidilfitri pada akhir bulan Mei 2020”, tegasnya.

Hajiji juga menyambut baik peruntukan yang begitu besar disalurkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi meningkatken keupayaan dan pembelian peralatan dan perkhidmatan untuk memerangi wabak C-19.

“Bersatu Sabah juga mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana pemberian elaun khas kepada petugas barisan hadapan (front lines) terutama pasukan perubatan dan keselamatan”.

“Bersatu Sabah dan rakyat keseluruhannya amat menghargai dan menyanjung tinggi sumbangan, jasa dan pengorbanan pasukan barisan hadapan yang berusaha menangani penularan C-19 di negara ini sehingga ada diantara mereka telah dijangkiti virus itu atau terkorban.

“Virus Covid 19 tidak mengenal sempadan, tanpa mengira status bangsa dan agama. Justeru rakyat perlu patuh kepada PKP dengan disiplin diri dan duduk di rumah demi kesihatan dan kesejahteraan masyarakat”, tegas Hajiji.

-End.

Jumaat Ini PM Muhyiddin Mengumumkan Pakej Ekonomi Mesra Rakyat

Petang tadi menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung pada pukul 1 petang. Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin ada menyatakan bawa pada Jumaat ini beliau akan membentangkan pakej rangsangan ekonomi yang bersifat prihatin terhadap rakyat.

Menurut beliau pakej itu nanti akan merangkumi pemandu teksi pemandu grab petani pengusaha restoran penjual nasi lemak penjual goreng pisang penjual burger pekerja harian. Pokoknya kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan mereka yang terlibat beroleh manfaat.

Sebelum dibentangkan pada Jumaat ini suka admin terlebih dahulu mengucapkan beribu-ribu tahniah dan terima kasih. Hidup kerajaan pusat.

Ini barulah realistik berbanding pakej yang diumumkan oleh kerajaan negeri Sabah petang tadi, nampak sangat mengada ada, adakah patut pakej yang bertujuan untuk mencegah wabak covid 19 pun diselitkan pembinaan frasarana sebanyak RM200 juta.

Zombie pun tidak berani berkerja di tengah tengah virus covid justeru siapa yang akan melaksanakan projek prasarana itu nanti? Projek-projek kampung asal ada, adalah kot yang bertujuan untuk membeli balik kepercayaan penyokong Warisan selepas dot dot dot.

Satu lagi kebenaran fakta yang masyarakat Sabah tidak tahu. Kerajaan negeri mana ada wang/dana untuk menunaikan pakej Covid 19 yang dibentangkan petang tadi. Hanya untuk mengambil alih SESB pun tidak kesampaian kerana kerajaan Negeri tidak cukup dana untuk membayar atau menanggung kesemua tunggakan kos. Ini baru dari beberapa alasan kenapa pakej yang diumumkan oleh kerajaan negeri Sabah petang tadi tidak realistik.

Musa Prihatin dan Sumbang Dana Pada Penduduk Sabah Kesan Covid 19

Terlebih dahulu admin ingin mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih terhadap kepada bapa pembangunan Sabah atau mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman.

Kerana rasa keprihatinan dan tindakan beliau terhadap nasib penduduk Sabah yang sedang berhadapan dengan ancaman wabak Covid 19.

Selain dari sudut keselamatan kerana ancaman virus itu sendiri. Wabak ini juga telah memberikan kesan kepada kewangan dan kehidupan seharian penduduk ini. Inilah yang menjadi kebimbangan beliau.

Walaubagaimanapun beliau menasihati masyarakat Sabah agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana ini adalah soal keselamatan nyawa dan kelangsungan negara.

Justeru itu beliau telah berbincang dengan Ketua Perhubungan UMNO negeri Sabah Bung Mokhtar Radin berhubung keperluan penduduk ini tanpa mengira jenis kaum agama dan fahaman politik. Sekaligus menanggungjawabkan keperluan itu nanti kepada Bung Mokhtar Radin untuk diagihkan atau diberikan kepada mereka yang terjejas dan memerlukannya.

Hasilnya Tan Sri Musa Aman telah berbesar hati dan bersetuju untuk menyumbangkan dana sebanyak RM1 juta kepada masyarakat Sabah melalui ketua UMNO Sabah, Datuk Bung Mokhtar Radin. Dana 1 juta itu akan digunakan untuk membeli keperluan bahan makanan seperti beras minyak masak gas dan lain-lain.

Selepas ini Tan Sri Musa Aman akan berbincang dengan pihak dari parti Bersatu Sabah PBS, Parti Solidariti Tanah Airku dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Sabah untuk menyatukan dana yang mereka ada dan akan digunakan bagi mengurangkan kesan yang dihadapi akibat ancaman Covid 19 yang sehingga hari ini telah berjaya menjangkiti 169 orang penduduk Sabah dan menyebabkan 1 kematian.

Sekali lagi admin mengucapkan ribuan tahniah dan terima kasih kepada Tan Sri Musa Aman bapak pembangunan negeri Sabah. Thumbs up!

Tiada Sekatan Aktiviti Bekalan, Pemasaran Makanan – Ronald Kiandee, PPBM Sabah

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee berkata aktiviti pertanian penternakan perikanan dan akuakultur dibenarkan terus beroperasi sepanjang tempoh penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan bagi memastikan bekalan daging sayur-sayuran buah-buahan serta hasil perikanan mencukupi untuk kegunaan rakyat Malaysia.

Ini termasuklah perkhidmatan logistik dan pengangkutan yang menyokong rantaian bekalan dan pemasaran makanan termasuk input-input pertanian dan makanan ternakan. Ini bagi memastikan bekalan produk penting dan kritikal yang dikeluarkan oleh petani nelayan dan penternak sampai kepada pengguna dalam tempoh masa dan dalam keadaan yang sempurna.

Bagaimanapun mereka yang terbabit perlu mematuhi langkah-langkah sanitasi yang ditetapkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia.

Pokoknya aktiviti ekonomi seperti petani nelayan dibenarkan beroperasi dalam tempoh kawalan pergerakan. Nah kalau tidak sengsara umat ini apa yang mereka makan.


Begitu juga dengan aktiviti ekonomi di peringkat kampung atau daerah jangan pula kerana peraturan pergerakan terkawal menyebabkan ekonomi dan kehidupan masyarakat marhaen tergugat.

Tetapkan saja masa yang dibenarkan untuk berniaga daripada jam berapa hingga jam berapa lepas itu tetapkan siapa yang dibenarkan berjalan atau membeli.

Selain syarat penting diwajibkan memakai topeng mulut dan yang paling penting juga jangan benarkan peniaga menjaja di tepi tepi jalan atau jambatan sebab akan menyebabkan keadaan menjadi sesak.

Di dalam hal mengurus masyarakat maka mereka yang bertanggungjawab seperti kerajaan negeri atau PPBT atau mungkin ketua-ketua masyarakat kenalah cerdik. Jangan seperti pembaris lurus bendul.

Kena ingat akhirnya peraturan kawalan pergerakan angkara Coronavirus ini akan mendatangkan kesan kepada ekonomi rakyat.

Rahman Dahlan Pernah Cuba Jual Hak Sabah Kepada Federal


Masih ingat lagi tak kenyataan Rahman Dahlan rentetan syor Ketua PPBM Sabah, Datuk Hajiji Noor yang mencadangkan pada Persekutuan agar JPPS diwujudkan semula di negeri Sabah memandangkan Parti Warisan selaku kerajaan negeri telah bertukar status menjadi pembangkang di peringkat Persekutuan.

Tetapi ditentang oleh Rahman Dahlan menerusi  akaun Facebooknya yang menyifatkan cadangan Datuk Hajiji Noor itu sebagai akan menggagalkan usaha memberikan kebebasan atau autonomi kepada negeri Sabah.

Dalam erti kata lain Rahman Dahlan membayangkan sekiranya JPPS diperkenalkan semula maka samalah ertinya hak hak Sabah diberikan kepada Federal. Bayangan yang tidak ada rasa hormat dan tidak bertanggungjawab langsung terhadap rakan sekutu.

Kalau kita baca sekali imbas nampak seolah-olah benarlah Rahman Dahlan itu seorang pemimpin berjiwa autonomi dan tidak pernah berkhidmat sebagai menteri di persekutuan. Begitu kuat semangat autonomousnya tapi benarkah begitu?

Sebelum Rahman Dahlan tumbang di PRU yang lepas dia ni seorang Menteri yang memegang portfolio Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Kamu tahu apa yang dia cuba lakukan keatas hak hak Sabah atau kerajaan negeri Sabah pada masa itu melalui Kementerian yang diketuainya?

Rahman Dahlan selaku Menteri KPKT pada masa itu telah mencadangkan kepada kerajaan Negeri atau Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman untuk mengambil alih kuasa PBT atau kuasa kerajaan tempatan Sabah yang telah termaktub dalam perlembagaan negeri dengan memperkenalkan satu akta baharu yang dia bawa daripada Federal dipanggil Akta 674.

Akta 674 ini akan menindih kuasa PBT dan seandainya berjaya segala kerja kerja kontrak termasuklah kerja memungut sampah akan berada dibawah kuasa KPKT.

Nasib baiklah Kementerian Kerajaan Tempatan Sabah yang diketuai oleh Datuk Hajiji Noor pada masa itu bertindak pantas. Segera membawa cadangan itu ke mesyuarat kabinet bagi membincangkannya dengan lebih lanjut.

Pelbagai hujah atau pendapat yang diutarakan bagi menilai cadangan Rahman Dahlan berkenaan. Termasuklah hujah daripada Peguam Besar Sabah pada ketika itu Datuk Zaleha yang turut menolak kemasukan Akta 674.

Akhirnya kabinet sebulat suara menolak secara total cadangan Rahman Dahlan atau Akta 674.

Apa yang kita boleh simpulkan dari sinopsis ini. Ternyata Rahman Dahlan adalah seorang pemimpin yang cukup licik tampak budiman menjaga hak hak Sabah.

Tapi rupanya dia yang beria-ria cuba menjual hak hak Sabah kepada Persekutuan dengan cara yang halus. Nasib baiklah pada ketika itu ada Datuk Hajiji Noor yang berjaya menghidu kelicikannya. Nah kalau tidak seakan akan Sabah ini seperti Labuan sebuah Wilayah Persekutuan tanpa masyarakat umum Sabah sedari.

Selepas ini masih relevankah hak-hak Sabah dikaitkan dengan politik Rahman Dahlan selaku pemimpin UMNO Sabah? Cuba berdiri sebagai seorang autonomous tapi rupanya pernah cuba menjual hak hak Sabah dari pintu belakang.


Begitu juga dengan Presiden Warisan, Shafie semasa mengetuai KKLW.

Disebabkan Shafie pada waktu itu tidak sehaluan dengan Ketua Menteri Sabah Musa Aman. Shafie telah mewujudkan cawangan KKLW di Sabah yang dikenali sebagai KPLB, melalui KPLB lah Shafie menyalurkan projek persekutuan ke negeri Sabah tanpa pengetahuan kerajaan negeri dan sehingga hari ini KPLB masih beroperasi yang diketuai oleh seorang pengarah.

Maksudnya Presiden Parti Warisan tidak boleh sewenang-wenangnya membuat kenyataan yang bertentangan dengan matlamat pengwujudan semula JPPS hanya kerana malu atau rasa bersalah selepas apa yang dia lakukan melalui KPLB.

Shafie sebelum ini juga memberikan alasan yang sama seperti mana alasan hipokrasi Rahman Dahlan diatas.

Cukuplah kamu mempolitikkan perjanjian 1963 memandangkan sehingga hari ini parti Warisan belum mampu mengubah kehidupan majoriti masyarakat Sabah. 

Pada pemimpin UMNO, Rahman Dahlan janganlah terlalu bermain dengan politik tu. Lebih baik kamu selaku pemimpin UMNO turut bangkit bersama atau menyokong PPBM Sabah demi memartabatkan masyarakat Sabah melalui kerajaan Perikatan Nasional.

Ahli UMNO Sabah Buruk Sangka Pada Bung Mokhtar dan PPBM Sabah

Terbaca tadi luahan hati dari seorang ahli UMNO Sabah berhubung kedudukan atau pembahagian jawatan Menteri yang diumumkan oleh PM Muhyiddin Yassin.

Ahli itu tidak berpuas hati dan menyalahkan PPBM (Bersatu) kerana PPBM Sabah mendapat dua kedudukan iaitu Menteri penuh dan  Timbalan Menteri berbanding mereka aka UMNO Sabah hanya mendapat jawatan kosong.

Dia kata begini apakah pemimpin Bersatu yang asalnya daripada UMNO sebelum tidur sebantal dengan Warisan lebih dipandang tinggi berbanding pemimpin UMNO yang tidak pernah terfikir langsung untuk beralih angin.

Alahai kalau kau kecewa atau marah itu kau punya hak tapi jangan kau salahkan orang lain iaitu PPBM Sabah dan yang perlu kau ketahui dan ingat, Perikatan Nasional ini diketuai oleh PPBM atau Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yang berkuasa menentukan siapa yang layak menduduki jawatan Menteri dan Timbalan Menteri.

PPBM adalah teras kepada pembentukan Perikatan Nasional, tanpa teras apapun tidak boleh dibentuk. Kenalah faham okey.

Kewujudan PPBM di Sabah hanya selepas kerajaan Negeri dan Persekutuan dibentuk. Jadi tidak timbul persoalan dipandang tinggi atau tidak berbanding pemimpin UMNO yang bertahan. Kalau benar pemimpin UMNO berkenaan berkualiti tidaklah mereka kalah teruk di pilihanraya yang lepas. Justeru itu mereka terpaksa setia kepada UMNO, nah kalau tidak ada parti yang sanggup menerima liabiliti. 

Soal mereka atau UMNO Sabah yang bersusah payah demi memastikan kemenangan calon BN di PRK Kimanis itu masalah kamu itu adalah harga yang patut kamu bayar demi mendapatkan kemenangan. Susah apanya setakat mengangkat isu PSS yang kebetulan ditolak oleh semua lapisan masyarakat  Sabah pada ketika itu.

Satu lagi sebenarnya yang mengangkat isu PSS Itu bukannya UMNO Sabah tetapi Ketua PPBM Sabah, Datuk Hajiji Noor semasa  sidang DUN dan parti tempatan seperti PBS dan STAR hingga
berlaku tunjuk perasaan. Tiga parti ini yang bertanggungjawab mempersoalkan PSS. Alahai takkan tidak tahu.

Admin nak bidas lebih lanjut pun rasanya buang karan jak. Apa lagi nampak sangat tidak tahu hujung pangkal dan syok sendiri. 

Takkan pula PPBM yang memiliki beberapa kerusi di peringkat negeri Sabah tidak dilantik. Sedangkan kerusi UMNO ada berapa. Agak-agaklah kalau nak meroyan atau minta puji tu.  Alahai!

Yang penting kepimpinan UMNO pusat berpuas hati sebab mendapat beberapa jawatan Menteri kanan. 

Pada ahli UMNO berkenaan dan kumpulannya kalau masih tidak berpuas hati. Jalan terbaik tinggalkan UMNO tu. Bising pun apa gunanya, siapa yang kisah 

Hiduplah sebagai orang yang berprinsip dan tidak mudah menyalahkan orang lain yang jauh lebih kredibiliti, sebab itulah berjaya mempertahankan status mereka sebagai  Adun dan Ahli Parlimen.

Dalam pada itu dan menjadi tujuan utama ahli UMNO berkenaan ialah dia menyalahkan ketua UMNO Sabah, Bung Mokhtar kerana didakwa tidak bertanggungjawab hingga tidak ada seorang pun pemimpin UMNO daripada Sabah yang diangkat sebagai Menteri. Alahai, malu lah sikit.

Pokoknya Bung Mokhtar di tuduh macam-macam seolah-olah kaki dengki tidak ingin melihat rakannya daripada Sabah diangkat menjadi Menteri atau Timbalan Menteri.

Bung Mokhtar berhati hati ahli UMNO Sabah itu adalah musuh dalam selimut.

Bung Moktar tolong minum darah budak tu.

JPPS Untuk Lancarkan Pembangunan Tiada Kaitan Serah Hak Sabah – Hajiji Noor

KENYATAAN MEDIA
BERSATU NEGERI SABAH

13 Mac 2020.

JPPS UNTUK LANCARKAN PEMBANGUNAN, TIADA KAITAN SERAH HAK SABAH

  • YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor,
    Ketua Pimpinan Bersatu Sabah.

KOTA KINABALU: Cadangan mewujudkan semula Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) tiada kaitan dengan soal menyerahkan hak Sabah kepada Kerajaan Persekutuan, kata Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah berkata, andaian dan tuduhan Ketua Menteri Sabah, Datuk Mohd.Shafie Apdal adalah tidak benar, tidak tepat, tidak berasas dan “unbecoming”.

Beliau berkata, dalam suasana dan keadaan politik sekarang, mewujudkan semula JPPS merupakan jalan terbaik supaya negeri dan rakyat Sabah dapat terus menikmati program dan projek pembangunan daripada Kerajaan Persekutuan.

“Saya berasa hairan dan pelik dengan kenyataan Shafie. Dia seolah-olah tidak sedar dan tidak menerima hakikat bahawa kerajaannya kini adalah kerajaan pembangkang di peringkat Persekutuan”.

“Siapa itu Shafie yang memandai-mandai mahu mengatur urusan Kerajaan Persekutuan di Sabah? Sedangkan Kerajaan Warisan kini adalah pembangkang di Sabah”, katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Shafie yang mendakwa Hajiji seorang Sabahan, tidak wajar mencadangkan JPPS diwujudkan semula, yang sama seperti memberikan lebih banyak hak Sabah ke tangan orang lain.

Shafie berkata, Hajiji harus tahu apa yang dikasihi oleh hati rakyat Sabah.
“Sebaliknya, dia mencadangkan agar kami memberikan hak kami kepada Kerajaan Persekutuan?”.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman menegaskan, tidak berbangkit soal Sabah menyerahkan haknya kepada Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, sekiranya Shafie bimbang dan takut akan kehilangan kuasa dalam mengurus dan mengatur projek dan peruntukan persekutuan di Sabah, maka beliau dan Kerajaan Warisan Sabah mesti memberikan sokongan padu kepada Kerajaan Persekutuan hari ini, yang dipimpin oleh Perikatan Nasional (PN).

“Sebaliknya bukan hanya sekadar mahu mengadakan kerjasama dengan Kerajaan Pusat, tetapi dalam masa yang sama kekal dengan pendirian tidak menyokong Perikatan Nasional”, tegasnya.

Hajiji berkata, mewujudkan semula JPPS merupakan jalan terbaik untuk Sabah dan wajar dilakukan bagi melicinkan dan memantapkan lagi pelaksanaan program dan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat di negeri pembangkang.

Katanya, JPPS pernah diwujudkan di Sabah semasa Parti Bersatu Sabah (PBS) memerintah Sabah sebagai pembangkang.

Jabatan Pembangunan Persekutuan juga diwujudkan di negeri Kelantan yang dahulunya diperintah oleh kerajaan pembangkang.

“JPPS merupakan platform mewakili Kerajaan Persekutuan di Sabah. Tujuannya adalah menjadi jabatan menyelaras dan memantau perlaksanaan projek-perojek pembangunan Persekutuan di negeri ini”.

“Mewujudkan Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri merupakan perkara biasa yang dilakukan di mana-mana negeri yang dikuasai oleh parti pembangkang”.

“Saya berasa pelik Shafie tidak tahu dan tidak faham senario ini. Adalah pelik jika peruntukan dan program pembangunan Kerajaan Persekutuan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri pembangkang”, tegasnya.

-End.

Apa Kaitannya JPPS Dengan Hak Hak Sabah Wahai Warisan

Mari kita cerahkan atau bidas balik kenyataan Shafie Apdal yang menentang syor murni Ketua PPBM Sabah Datuk Hajiji Noor iaitu agar JPPS diperkenalkan semula di negeri Sabah.

Ada beberapa sebab kenapa PPBM Sabah menyarankan hal itu. Antara lain yang disebutkan adalah.

Kelak JPPS akan berfungsi sebagai platform yang mewakili kerajaan Persekutuan di negeri Sabah.

JPPS hanya akan berfungsi sebagai instrumen yang akan menyelia, memantau dan menyelaras pengagihan peruntukan pembangunan yang disalurkan oleh Federal ke peringkat negeri Sabah.

(Idea memperkenalkan semula JPPS di negeri Sabah tercetus bila mana status negeri Sabah bertukar menjadi pembangkang di peringkat Persekutuan)

Selain itu JPPS hanyalah berfungsi sebagai wakil kerajaan pusat di negeri Sabah. Agensi yang sama telah diwujudkan di negeri Kelantan, sewaktu negeri ini juga berstatus pembangkang di peringkat Persekutuan.

JPPS hanyalah kluster bukannya organisasi yang akan menjejaskan kedaulatan undang-undang negeri.

Tetapi Ketua Menteri Sabah menentang cadangan itu alasannya kerana kononnya mengwujudkan JPPS semula sama seperti mengembalikan hak Sabah ke Persekutuan.

Tidak faham admin, hak mana yang akan dikembalikan ke Persekutuan andai JPPS beroperasi di negeri Sabah?

Kenapa pula JPPS dikaitkan dengan hak-hak Sabah dari konteks apa tu. Bukannya juga JPPS menggunapakai dana daripada kerajaan negeri. 

Matlamat atau fungsi JPPS hanyalah seperti yang disebutkan di atas merupakan  instrumen yang akan menyelaras peruntukan yang disalurkan oleh Federal ke negeri Sabah.

Hakikatnya yang akan mentadbir JPPS di negeri Sabah ialah orang Sabah itu sendiri yang juga mendaulatkan hak-hak Sabah berdasarkan perjanjian 1963. Sepertimana PPBM Sabah yang memperjuangkan perjanjian Malaysia 1963 melalui kementerian hal ehwal negeri Sabah dan Sarawak yang diperkenalkan baru-baru ini oleh kerajaan Perikatan Nasional. Jadi pada kerajaan Warisan jangan terlalu syok sendiri orang lain juga ada agenda dan rasa sayang pada negeri sendiri. Alahai!

Kalau kita perhalusi tidak ada bezanya JPPS dengan kewujudan cawangan Kementerian KKLW di negeri Sabah (Bahagian Pembangunan dan Pemantauan) yang pada ketika itu Kementerian KKLW di terajui oleh Shafie Apdal.

Adakah semasa Kementerian KKLW diterajui oleh Shafie hak hak Sabah telah dijual pada Persekutuan. Hak apa tu?

Dan untuk apa cawangan Kementerian KKLW diwujudkan di negeri Sabah pada waktu itu, ada kaitannya dengan kepopularitian Tan Sri Musa Aman yang cuba ditutup kah?

Bagaimana pula dengan kedudukan kerajaan negeri Sabah selaku pembangkang dimata Persekutuan. Adakah Presiden Warisan itu masih mendapat kepercayaan walaupun sebelum ini terpalit dengan skandal penyelewengan  yang berlaku didalam  KKLW yang diterajuinya pada waktu itu. Rasanya sukar sudah hata semasa kerajaan PH sebelum ini pun, Federal bersikap skeptikal terhadap kerajaan negeri, sebab itulah sehingga hari ini amat sedikit projek yang disalurkan ke negeri Sabah.

Justeru adakah salah jika Federal  meletakkan agensinya di peringkat negeri bagi mengelak sebarang kemungkinan akan berlakunya penyelewengan dari berulang dalam masa yang sama dapat memastikan segala program pembangunan berjalan lancar?

Pada kerajaan negeri janganlah terlalu hipokrasi. Semua orang tahu Warisan pada pilihan raya lepas berkerjasama dengan beberapa parti daripada Semenanjung sekaligus sama sama membentuk kerajaan negeri. Jadi dimana kedudukan parti Warisan dari konteks menuntut perjanjian 20 perkara. Sikit sikit bolehlah jangan sampai seolah-olah parti Warisan sendiri yang menandatangani perjanjian Malaysia 1963.

Lalu dari sudut mana Warisan beriya-iya bercakap soal hak hak Sabah hingga menafikan hak rakan sekutu dalam Persekutuan yang sudah tentu pasti bersetuju untuk mewujudkan JPPS di negeri Sabah sepertinya PBS dan STAR yang lebih vokal dan sudah sekian lama menyuarakan perjanjian 20 perkara.

Lainlah kalau kerajaan negeri yang ada pada hari ini berdiri sendiri tanpa bantuan atau tidak berkerjasama dengan parti parti yang berasal daripada Semenanjung pada PRU yang lepas atau kerajaan negeri hari ini terbentuk melalui pungutan suara atau memorandum ke PBB.

Kebetulan semalam admin menerima satu mesej dari masyarakat marhaen. Dia kata keadaan semakin susah bro sebab pejabat daerah tidak lagi memberikan kerjasama atau tidak lagi mengeluarkan bq andai permohonan projek itu dimajukan ke Kementerian yang ada di Persekutuan.

Persoalannya masih tidak wajar kah JPPS diwujudkan di Sabah walaupun jelas birokrasi tolol seperti itu hanya akan merugikan masyarakat Sabah?

Kawan hanya segelintir masyarakat Sabah yang beriya-iya mempersoalkan perjanjian 20 perkara. Majoritinya melihat jauh ke depan dan ingin terlibat dengan kemajuan arus perdana. Oleh itu janganlah Warisan menjadikan perjanjian Malaysia 1963 sebagai modal politik. Tidak lah masyarakat Sabah ini terlalu bodoh untuk itu hingga lupa perut anak isteri yang perlu diisi selain sudah tentu berhubung masa depan mereka.

Pada parti Warisan cukup-cukuplah memperalatkan orang tempatan. Sedangkan kaum lain atau bangsa lain sedang menerajui banyak jabatan kerajaan.