Siapa Sebenarnya Rakus dan Merampas Kuasa?

Apa sebenarnya yang mahu ditegakkan oleh mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah Jaujan Sambakong ni.

Dia mendakwa ada kononnya pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menekan parti Warisan, terutama selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

Apa yang dia cakap tu. Dia ingat berpolitik ni macam menanam sayur dibelakang rumah kah? Hari ini di tanam esok sudah boleh dituai?

Apa punya propaganda hingga lupa parti yang paling kuat memainkan propaganda ialah Warisan itu sendiri. Sekarang mereka nak spin pula ya.

Politik memang begitu, selagi lawan tidak tumbang maka selagi itulah setiap kelemahan atau penyelewengan yang dilakukan oleh lawan akan dicanang didedahkan kepada umum, biar masyarakat berfikir betapa lemahnya lawan aka Warisan hingga tidak boleh diberikan mandat.

Sepertimana perbualan admin dengan seorang Profesor Dr. Beliau menceritakan kelemahan dan ketololan seorang mantan Menteri Persekutuan daripada Warisan hingga akhirnya beliau pula yang menjadi mangsa permainan mereka. Hemmm!

Sedangkan tujuan beliau bertemu dengan Menteri pada ketika itu adalah untuk mendedahkan salahguna kuasa yang berlaku di salah satu Institusi pengajian Tinggi. Supaya tidak merugikan institusi, pelajar dan negara secara umumnya.

Beliau pada waktu itu berjawatan Timbalan.

Akibat tidak lagi mampu berbuat apa iaitu apabila SPRM menutup kes atau menghentikan siasatan. Beliau hanya mampu berdoa semoga kebenaran akan terbongkar, ternyata benar para pemimpin tolol dan tidak amanah itu tumbang di tengah jalan bukan hanya terduduk tapi akan berhadapan dengan pendakwaan di Mahkamah.

Jaujan juga mendakwa kononnya pembangkang tidak putus putus berusaha merampas kuasa atau merebut jawatan Ketua Menteri Sabah daripada Shafie.

Tidak ada yang merampas, Jaujan. Sebaliknya yang merampas jawatan Ketua Menteri adalah Presidenmu.

Selepas pilihan raya yang lalu Tan Sri Musa telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah dihadapan TYT Sabah Tun Juhar. Ini kerana BN telah mendapat majoriti mudah 31 kerusi dicampur dengan 2 kerusi dari STAR.

Tapi dua hari kemudian Presiden Warisan Shafie pula yang mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah kerana mendakwa telah mendapat sokongan daripada DAP, PKR dan beberapa Yb BN yang melompat.

Ironinya bila hari itu Tan Sri Musa Aman mendapat sokongan dari 33 Adun (akuan bersumpah). Tidak semena mena Shafie mengambil keputusan “membubarkan” DUN.

Persoalan lain adakah selama ini dakwaan pembangkang terhadap kepimpinan dan Parti Warisan adalah fitnah?

Kritikan terhadap PSS bukannya fitnah ia adalah program yang cuba diperkenalkan oleh kerajaan Warisan dan yang membatalkan program ini ialah kerajaan negeri Warisan itu sendiri.

Dakwaan rasuah terhadap Menteri Infrastruktur Peter Anthony bukannya fitnah ternyata hari ini dia didakwa di Mahkamah.

Dakwaan sebelum pilihanraya yang lepas bahawa pentadbiran KKLW melalui agensi RISDA terlibat dalam aktiviti salah guna kuasa iaitu pembelian tanah di Tongod Tenom ia bukannya fitnah. Terbukti hari ini Peter Anthony dan peguamnya Michael Ubu telah pun didakwa Mahkamah.

Skandal penyelewengan dalam Kementerian Pelancongan Malaysia. Seorang setiausaha telah didakwa di Mahkamah dan bakal ada lagi yang menyusul. Ini kalau menurut berita yang viral, mereka termasuklah mantan Menteri dan anaknya akan dicekup oleh SPRM.

Dengar khabar geran tanah yang diberikan pada penerima baru baru ini ada di antaranya yang belum didaftarkan di dalam sistem Jabatan Tanah dan ukur negeri Sabah.

Jadi siapa sebenarnya yang menggunakan taktik kotor demi mendapatkan dan mempertahankan kuasa?

Sejak Warisan Ekonomi Sabah Lembab KDNK 0.5%

Sabah mencatat pertumbuhan ekonomi paling lembab dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri di paras paling rendah iaitu 0.5% semasa pentadbiran Kerajaan Warisan, kata Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Katanya, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal perlu mengakui kegagalan beliau mentadbir dan mengurus ekonomi Sabah sehingga KDNK Sabah jatuh menjunam ke 0.5% pada tahun 2019.

Beliau berkata, Shafie dan pemimpin Warisan perlu menerima hakikat kegagalan mereka, sebaliknya bukan terus menyalahkan kerajaan terdahulu sebagai alasan menutup kegagalan mereka.

Menurutnya, rakyat berasas kesal dan sedih apabila mengetahui Sabah mencatat KDNK paling rendah di seluruh Malaysia.

“Shafie mengakui dirinya adalah pakar ekonomi dan bersama rakan-rakan sekutu politiknya dari UPKO, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya mampu mentadbir dan membangunkan negeri Sabah.

“Malangnya selepas lebih 2 tahun mereka mentadbir Sabah, keadaan ekonomi dan KDNK Sabah terus menjunam sehingga mencatat paras paling rendah”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Srikandi BERSATU Bahagian Tuaran di dewan Linangkit Cultural Village, Kampung Selupoh dekat sini, hari ini.

Hajiji yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, Shafie dan sekutunya gagal membangun ekonomi negeri, gagal menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah sehingga menyebabkan kadar penangguran meningkat.

Katanya, laporan terbaharu Jabatan Perangkaan Malaysia yang dikeluarkan pada Ogos 2020 menyatakan, KDNK Sabah menguncup selama dua tahun berturut-turut iaitu 1.5% pada 2018 dan 0.5% pada 2019.

Kadar pengangguran juga berada pada paras terburuk dalam tempoh 20 tahun iaitu sebanyak 5.8%. Ini bermakna lebih daripada 117,000 rakyat Sabah tidak mempunyai pekerjaan.

Beliau berkata, trend ekonomi negeri amat tidak sihat dan ini adalah bukti bahawa Shafie dan Warisan gagal membangunkan negeri dan menjaga kebajikan rakyat Sabah.

“Selaku Ketua Menteri, tiada yang Shafie lakukan untuk meningkatkan dan merancakkan pertumbuhan ekonomi Sabah. Tanpa rasa malu beliau hanya pandai menuduh dan menyalahkan kerajaan terdahulu sehingga mengakibatkan KDNK menguncup”, dakwannya.

Hajiji berkata, untuk menyelamatkan keadaan ekonomi Sabah yang semakin tenat, rakyat yang tersalah memilih dan ‘ubah’ semasa PRU lalu perlu menolak  Warisan dan sekutunya iaitu UPKO, DAP dan PKR dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan PRU kali ini.

Calon Warisan Isytihar Harta? Selesai Dulu Kes Mahkamah

Tidak sudah-sudah pemimpin pemimpin Warisan mengeluarkan kenyataan yang tembirang. Nampak sangat semakin terdesak.

Wakil rakyat Batu Sapi Liew Vui Keong kononnya menyokong pengistiharan harta dan sumber pendapatan bagi setiap calon pilihan raya Parti Warisan.

Sudah kena siasat kerana terlibat dalam penyelewengan juta juta wang rakyat, barulah sibuk menunjukkan kredibiliti mereka. Kononnya!

Secara tidak langsung cadangan konyol itu telah mengakui bahawa benar dakwaan SPRM terhadap Peter Anthony, peguam peguam parti Warisan dan yang terbaru bekas Setiausaha Kementerian Pelancongan Malaysia yang juga Timbalan Wira Bahagian Semporna. Sebagai terlibat dalam penyelewengan wang rakyat.

Peter Anthony didakwa di Mahkamah selepas disyaki bersubahat kes pecah amanah membabitkan penjualan tanah di RISDA yang bernilai RM15 juta. Begitu juga dengan peguamnya Michael Ubu didakwa di Mahkamah kerana skandal ini.

Pertuduhan lain terlibat dalam transaksi wang berjumlah RM1.75 juta dan penggubalan wang haram berjumlah RM2 juta di Kampung Air Kota Kinabalu.

Dakwaan berkaitan projek Pan Borneo juga ada membabitkan nama si Peter Anthony. Alahai

Penyelewengan dalam Kementerian Pelancongan Malaysia era Menterinya daripada Parti Warisan. Hari ini setiausaha dan beberapa lagi disiasat kerana dana RM3.7 juta yang dipercayai telah diseleweng oleh mereka.

MP Batu Sapi Liew Vui Keong atau VK Liew sendiri pernah dikaitkan aktiviti menerima sogokan wang ringgit daripada Sundra Rajoo, AIAC. Begitu juga dana parti yang diberikan melalui 1MDB. Peliknya sehingga hari ini tiada satu pun tuduhan yang berjaya mengheret CK Liew untuk didakwa di Mahkamah. Terlalu kebal sebab hari tu memegang jawatan Menteri undang-undang kot.

Begitu juga dengan wakil-wakil rakyat daripada Parti Warisan yang lain. Biarpun nama mereka belum dikaitkan dengan aktiviti penyelewengan kerana belum kantoi. Tapi masyarakat nampak berdasarkan kehidupan mereka yang dulunya zero sekarang hero. Mesti ada yang tidak kena.

Sebab itulah cadangan Warisan akan menapis kekayaan setiap calon sebelum dibenarkan bertanding hanyalah retorik kenyataan yang datang dari orang-orang yang tidak amanah.

Pada mereka yang terbabit diatas khususnya, bersihkan dulu nama di Mahkamah sebelum berlagak amanah. Kalau tidak sempat dibicarakan di Mahkamah atau tidak sanggup, nah ambil kepercayaan masing-masing dan bersumpah lah bahawa dakwaan salah guna kuasa itu adalah fitnah.

Shafie Hentikan Pembohongan Sabahan Tahu Cerita Sebenar Geran Tanah

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal diingatkan agar tidak terus membohongi rakyat Sabah dengan mendakwa geran-geran tanah yang diserahkannya dalam siri jelajah ke daerah-daerah merupakan inisiatif Kerajaan Warisan.

Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu  Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, Shafie bercakap bohong dan tindakannya amat jelas dan nyata bertujuan untuk memancing undi dan sokongan rakyat.

Beliau mendakwa, geran-geran tanah yang diserahkan oleh Shafie itu merupakan geran yang telah siap lebih awal menerusi Program Pengukuran Hak Tanah Adat Negeri Sabah  (PANTAS) yang diilhamkan oleh kerajaan lalu.

Katanya, PANTAS merupakan usaha murni dan inisiatif Kerajaan lalu untuk membantu  mempercepatkan pengeluaran geran-geran tanah adat kepada rakyat dengan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan, setelah mengalami kelewatan pengukuran sejak sekian lama.

Menurutnya, pendekatan itu untuk memastikan pengeluaran geran berstatus anak negeri (NT) untuk tanah NCR yang sudah lama diduduki dapat dipercepatkan bagi mengatasi kelewatan dalam proses permohonan biasa sebelum ini.

“Program PANTAS adalah inisiatif kerajaan negeri semasa diterajui oleh kerajaan lalu dengan kerjasama kerajaan Pusat bagi menyelesaikan isu NCR yang membelenggu rakyat Pribumi Sabah sejak sekian lama.

“Justeru, geran-geran tanah adat yang sudah disiapkan menerusi Program PANTAS dan belum sempat diserahkan semasa Kerajaan lalu, yang kini telah diserahkan oleh Shafie, tetapi dia mendakwa ianya adalah inisiatif  Kerajaan Warisan?

“Ini merupakan satu pembohongan. Shafie perlu berhenti daripada menggunakan geran tanah adat untuk meraikan sokongan rakyat berikutan populariti dan sokongan rakyat terhadap Warisan semakin merosot ’, katanya.

Hajiji berkata demikian ketika merasmikan Persidangan ARMADA BERSATU Bahagian Tuaran di dewan Linangkit Cultural Village, Kampung Selupoh, hari ini.

Hajiji yang juga mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, rakyat Sabah tidak buta, mereka tahu PANTAS yang dilaksanakan sejak tahun 2011 berupakan inisiatif kerajaan terdahulu.

“Shafie yang kini sibuk menyerahkan geran-geran tanah tersebut setelah membubarkan DUN, jelas beliau begitu terdesak melakukan semua itu kerana semakin terhakisnya keyakinan dan sokongan rakyat terhadap Kerajaan Warisan yang dipimpinnya.

“Jika tidak terdesak dan mahu memancing sokongan dan undi rakyat, kenapa perlu tergesa-gesa dan rancak membuat penyerahan geran-geran tanah tersebut menerusi siri jelajah khas ke daerah-daerah seluruh Sabah?

“Kenapa tidak giat membuat majlis penyerahan geran itu sebelum DUN dibubarkan? Kenapa baru sekarang rancak dan sibuk  membuat penyerahan? “, soal Hajiji.

Mantan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur (JTU), Datuk Safar Untong pada awal tahun 2018 dipetik sebagai berkata (PANTAS) yang dilaksanakan sejak 2011 berjaya menyelesaikan kerja pengukuran tanah hak adat anak negeri (NCR) seluas 36,137 hektar sehingga akhir tahun 2017.

Ia membabitkan 21,378 lot tanah di 92 kampung di 16 daerah seluruh negeri, dengan kebanyakannya di kawasan luar bandar dan pedalaman seperti Beaufort, Tuaran, Ranau, Kota Marudu, Sipitang dan Semporna.

Daerah lain ialah Beluran, Kinabatangan, Tongod, Nabawan, Papar, Kudat, Sandakan, Keningau, Lahad Datu dan Tawau dengan kerja pengukuran dilaksanakan 80 pasukan juru ukur yang dilantik JTU.

Safar Untong berkata, program itu dibiayai menerusi peruntukan khas untuk tanah NCR daripada kerajaan Pusat berjumlah kira-kira RM20 juta setahun, termasuk untuk pengukuran tanah bagi pengeluaran hak milik secara berkelompok atau Geran Komunal.

Muafakat Nasional Tidak Wujud Di Terengganu – Ahmad Said

Lucu juga Kenyataan Pengerusi UMNO Terengganu, Ahmad Said.

Dia mengaku di Terengganu Muafakat Nasional tidak wujud. Tidak seperti di peringkat nasional.

Di peringkat negeri PAS masih dengan sikap mereka begitu juga dengan UMNO. Lihat saja kritikan Puad Zarkashi terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak ada surutnya.

Sebab itulah peruntukan RM10 juta yang disalurkan oleh Persekutuan kepada negeri bagi menangani Covid 19 tidak diagihkan secara adil. Kawasan yang diwakili BN mendapat RM45,000 sedangkan kawasan yang diwakili PAS masing-masing mendapat RM350,000.

Itupun menurut Ahmad Said hanya selepas dia bising atau mempersoalkan peruntukan berkenaan.

Sebenarnya PAS masih berhati-hati. Mereka ada pengalaman yang menyaksikan kerjasama UMNO-PAS gagal di tengah jalan.

Sebab itulah kalau ada yang perasan sejak kebelakangan ini Tuan Guru Haji Hadi lebih banyak bercakap soal Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin berbanding muafakat nasional.

Tanah Kubur Baharu Membalua Perlu Disegerakan

KOTA KINABALU: Pembukaan tanah perkuburan orang Islam berkeluasan 10 ekar di kawasan Membalua Tawau yang sudah diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada persidangan April lepas diharap dapat disegerakan.

Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, pembukaan kawasan tanah kubur baharu itu amat diperlukan orang Tawau.

“Usul pembukaan tanah perkuburan ini saya yang cadangkan di DUN dan syukur selepas kita berjuang kira-kira dua tahun, akhirnya diluluskan DUN,” katanya, di sini, semalam.

Nizam berkata status tanah perkuburan baharu yang berkonsep kuburan dalam taman itu sudah dikeluarkan dari kawasan hutan simpan dan diwartakan di bawah Ordinan Tanah.

Tiga hari lepas, tular foto dan video mengenai kerja-kerja pembongkaran beberapa kubur di Batu 3 Jalan Apas, kerana dikatakan sudah memasuki kawasan kilang berhampiran.

“Sepanjang menjadi wakil rakyat selama dua tahun, saya memang tidak berpuas hati kerana banyak perancangan yang tidak dapat dilaksanakan berikutan politik tidak stabil.

“Namun sebagai wakil rakyat, saya sentiasa komited memperjuangkan isu air, elektrik dan kemudahan asas termasuk rumah-rumah daif supaya diberi perhatian oleh kerajaan,” katanya.

Mengulas persiapan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Tawau pula, beliau sebagai ketua bahagian berkata jenteranya kini dalam fasa bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurutnya, BERSATU Tawau memiliki 105 cawangan dan menunggu proses rundingan bersama parti-parti kerjasama di dalam Perikatan Nasional (PN) berhubung penentuan kerusi dan calon.

“Kita harap rakyat memberi peluang kepada PN menerajui Kerajaan Negeri untuk melonjakkan kembali keadaan ekonomi dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

“Kita lihat kepimpinan parti BERSATU terutamanya Perdana Menteri yang fokus dan komited membantu rakyat termasuk semasa COVID-19 melanda, bukannya retorik semata-mata,” katanya.

Sumber Utusan Borneo

Ahmad Lakim Tidak Menyokong Parti Warisan

Nah ada sudah penafian dari empunya diri yang beliau tidak terlibat dengan Muafakat Semporna atau menyokong Parti Warisan.

Sebelum ini seorang jentera elite parti Warisan bernama Saadilah Abdillah telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa mereka yang terdiri dari 20 bekas kakitangan kerajaan persekutuan dan negeri telah menyatakan pendirian untuk menyokong parti Warisan yang dikenali sebagai Muafakat Semporna.

Namun salah seorang individu yang dinyatakan telah menafikan berita berkenaan.

Bahawa beliau yang bernama Datuk Ahmad bin Lakim tidak terlibat secara langsung dengan mana-mana aktiviti parti dan akan terus patuh pada dasar kerajaan yang memerintah.

Oleh itu beliau menafikan sebarang siaran yang menyatakan beliau kini menyokong kerajaan Warisan atau parti tertentu. Pun begitu jika sekiranya beliau sudah bersara sepenuhnya maka beliau akan menyokong mana-mana parti di bawah gabungan Perikatan Nasional seperti UMNO, PPBM, PAS dan parti parti tempatan Sabah pro Perikatan Nasional

Datuk Ahmad Lakim adalah anak watan Semporna yang mendapat pendidikan tinggi dalam bidang agama. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah merangkap Ketua Pendakwa Syarie di Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan.

Sebelum bersara beliau memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Melaka.

Sebab itulah beliau agak berpengaruh di kalangan masyarakat Semporna.

Moral dari cerita ini jangan pernah membuat kenyataan panas tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari empunya diri.

Politik politik juga geng tapi jangan sampai nampak terdesak. He!

Awal Warisan, Berpolitik Hingga Ke Gereja Cetus Perbalahan

Inilah bukti permainan Parti Warisan yang telah melampaui batas politik. Ini juga bukti yang admin tidak saja saja membabitkan agama dalam politik melainkan apa yang admin lakukan hanyalah mempertahankan diri atau bercakap apa adanya. Sekaligus menunjukkan kepada masyarakat siapa Warisan yang sanggup melakukan apa saja demi pengaruh parti.

Gereja pun mereka kunjungi, kerana mereka tahu sekiranya seorang agamawan berjaya dipengaruhi maka kesannya mereka mampu mempengaruhi masyarakat yang ada di sekelilingnya untuk menyokong Warisan.

Oleh itu jangan kamu tu tuduh admin ini memainkan sentimen agama dan bangsa ya. Kamu tengok dulu Parti Warisan apakah benar bersih atau lempar batu sembunyi tangan.

Artikel di bawah adalah berhubung kekecohan yang dicetuskan oleh Presiden Warisan, Shafie Apdal semasa berucap di Gereja disatu gereja, ketika itu Warisan baru nak bertapak.

Dalam ucapan Shafie dia mendakwa pemimpin pemimpin KDMR tidak prihatin terhadap agama mereka sebaliknya sanggup berkerjasama dengan UMNO dan PAS sebagai pelampau agama. Pemimpin yang dia maksudkan ialah PBRS Joseph Kurup, PBS Joseph Pairin Kitingan dan UPKO Wilfred Madius Tangau.

Klik link dibawah sekali tu dan baca. Artikel itu bertarikh 24 November 2017

Berkenaan penafian yang dibuat oleh Pastor George selepas tersebarnya kenyataan Presiden Warisan semasa berucap di Majlis Perjumpaan bersama Ketua Ketua Gereja yang berlangsung di daerah Keningau. Menurut Pastor George Timus, Perjumpaan ramah-mesra pemimpin Parti Warisan Sabah bersama ketua-ketua Gereja di Keningau baru-baru ini (19.11.2017) merupakan perjumpaan yang berbentuk dialog dan ini menunjukkan sikap keterbukaan yang […]

Tidak Salah Shafie Membuat Kebaikan Tapi!

Warisan Dalam Misi Menutup Kegagalan – Pos Imigresen Menumbok

Mula sudah mangkuk-mangkuk Warisan berpolitik kenegerian. Mungkin mereka berpendapat masih ramai rakyat Sabah yang tidak tahu kesudahan janji mereka pada pilihan raya yang lepas.

Mereka lupa pembohongan keatas mereka yang berketurunan Bajau Suluk dan Bugis. Pada pilihanraya yang lepas bangsa bangsa ini ditiupkan semangat kekitaan agar bermati-matian menyokong Parti Warisan. Namun menjadi mangsa politik atau kambinghitam bilamana jentera Warisan yang anti PATI atau anti keturunan Bajau Suluk dan Bugis mendesak pentadbiran kerajaan negeri agar membatalkan PSS. (Apalagi selepas kekalahan Warisan di PRK Kimanis yang diakibatkan oleh faktor PSS)

Sebab itulah PSS yang diperkenalkan oleh kerajaan Warisan dibatalkan oleh kerajaan Warisan itu sendiri. Lucu kan!

Bermula daripada itulah sentimen penyokong Warisan terhadap mereka yang berketurunan Bajau Suluk dan Bugis semakin menjadi-jadi. Pada pendapat mereka dengan menolak PATI yang berketurunan Bajau Suluk dan Bugis menyebabkan undi dari orang asal akan diberikan pada Parti Warisan.

Begitu jugalah halnya dengan janji mengambil balik Pulau Labuan sekiranya Warisan berjaya membentuk kerajaan negeri. Sekarang apa sudah jadi dengan janji ini? Hahaha!

Justeru itulah demi menutup kegagalan, baik sebagai kerajaan negeri mahupun sebagai parti tempatan Sabah, sementara kuasa yang berbaki masih ada. Mereka akan memperalatkan kuasa Imigresen seperti yang termaktub dalam perjanjian Mala 1963.

Hari ini Ahli Majlis Tertinggi (AMT) WARISAN, Honorsius Joe Bosuin, acah-acah menuntut Kementerian Dalam Negeri supaya mengwujudkan pos Imigresen di Menumbok. Bagi kononnya menghalang kemasukan Pakistan dari luar negara yang menyusup melalui Labuan.

Persoalannya kenapa sebelum kerajaan Warisan tumbang, mereka tidak membuat tuntutan secara terbuka apa lagi pada ketika itu kerajaan Warisan adalah sebahagian daripada pentadbiran pusat.

Sebelum ini mereka mengorbankan penyokong yang berketurunan Bajau Suluk dan Bugis demi survival politik. Sekarang mereka bakal mengkambinghitamkan bangsa Pakistan.

Nampak tak bagaimana propaganda dimainkan demi menutup kegagalan mereka.

Lebih untung menjual orang daripada menjual unta. Parti Warisan macam-macam ada. Hahaha!

Bekalan Elektrik Di Batu Sapi Masih Memalukan

Admin ingat permasalahan bekalan elektrik di kawasan Batu Sapi telah selesai sejurus Parti Warisan menerajui kerajaan negeri Sabah. Serious persoalan ini berada dalam pemerhatian admin.

Sudah berdekad masyarakat kampung Batu Sapi mengalami masalah bekalan elektrik. Dimana mereka menerima bekalan elektrik dari agensi swasta yang mendapat lesen sebagai perantara di antara SESB dan kampung kampung yang terbabit. Lekeh betullah.

Bukan apa pada kempen pilihanraya yang lepas admin “berperang” dengan beberapa jentera Parti Warisan dan UMNO dari kawasan ini. Tidak kiralah apakah mereka jentera resmi atau pun seorang imam atau ustaz. Yang pasti perdebatan semakin panas bila mereka tahu admin sudah meninggalkan Warisan. Hahaha!

Baru sebentar tadi terjawab walaupun secara kebetulan. Itupun atas ehsan kerajaan Persekutuan yang prihatin.

Itu bererti masuk tiga tahun Warisan menjadi kerajaan Sabah namun tidak terfikir untuk melakukan sebarang usaha bagi mengatasi isu ini.

Setakat bersuara agar kerajaan persekutuan mengambil perhatian tapi bukan kah dua tahun kerajaan Warisan berada dalam kerajaan persekutuan (Pakatan Harapan)? Kenapa tidak ada jalan penyelesaian? Amat-amat memalukan.

Hari ini melalui jawapan Menteri Air Tanah dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah keatas soalan Ahli Parlimen Batu Sapi Liew Vui Kong. Bahawa pemegang lesen awam pengagihan sementara bekalan elektrik di Batu Sapi akan ditamatkan bagi membolehkan bekalan elektrik disalurkan secara terus oleh Sabah Electricity Sendirian Berhad (SESB).

Itupun setelah perbincangan empat mata di antara Suruhanjaya Tenaga, SESB dan kerajaan Sabah.