Tidak Ada Yang Tawar Jawatan Timbalan Perdana Menteri Pada Shafie

Tidak ada yang menawarkan Shafie ke jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Ketika diwawancara oleh Wartawan Malaysiakini Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal mendedahkan dengan penuh yakin dan jelas menyatakan bahawa dia pernah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas beberapa minggu kerajaan Perikatan Nasional dibentuk melalui pesanan ringkas SMS. Namun konon atas nama perjuangan dia menolaknya dan kononnya lebih berminat untuk mengadakan kerjasama menerusi pendekatan kerajaan kepada kerajaan (G2G)

Pendedahan yang tragis membuat penyokong kerajaan PN lemah semangat. Seolah-olah mereka telah dipermainkan kerana dalam mereka beria-ia menyerang politik Warisan di Sabah rupanya dalam diam orang yang dikritik ditawarkan ke jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Namun ternyata itu hanyalah tipu muslihat Shafie bilamana Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia melalui kenyataan rasmi menafikan yang beliau pernah menawarkan jawatan itu kepada Shafie Apdal Presiden Parti Warisan.

Sudahlah sejak kebelakangan ini beberapa pemimpin Warisan dicari atau di siasat oleh SPRM kerana terbabit dalam skandal penyelewengan dana rakyat. Datang lagi hal baru yang mengaibkan dan sudah tentu akan menjejaskan lagi kredibiliti dan integriti Shafie selaku Presiden Parti Warisan yang mengetuai kerajaan negeri Sabah.

Entah muslihat apa gamaknya yang mahu dimainkan oleh Presiden Warisan Shafie Apdal itu.

Sebelum ini rakyat Malaysia dihiburkan bilamana Tun Mahathir menamakan Shafie sebagai calon Perdana Menteri Malaysia. Begitu juga dengan kepimpinan Kerajaan Negeri Sarawak turut terhibur mendengar berita ini kerana pada mereka ia adalah sesuatu yang melucukan di abad ini.

Jangan Politikkan Dokumen Tunggal Ia Adalah Jalan Penyelesaian

Federal sedang mencari jalan penyelesaian supaya Sabah tidak selamanya berhadapan dengan lambakan pendatang asing tanpa izin PATI. Oleh kerana itu PN melalui Menteri Dalam Negeri telah memikirkan satu pendekatan iaitu sistem yang lebih efisien dipanggil Dokumen Tunggal. Berbanding PSS yang cuba dipraktikkan oleh kerajaan Warisan sebelum ini namun mendapat tentangan dari masyarakat Sabah dan sebahagian besar pemegang pemegang dokumen IMM13.

Apa itu Dokumen Tunggal dan apa prosesnya yang akan digunapakai oleh kerajaan PN? Ia adalah satu bentuk dokumen baharu selepas dokumen IMM13, Burung-Burung dan Banci diproses menjadi satu dokumen yang sah di sisi undang-undang. Namun untuk peringkat awal yang menjadi keutamaan ialah dokumen IMM13. Manakala dokumen Burung-Burung dan Banci hanya diproses selepas pemilik dokumen ini dapat dikenalpasti.

Klik links dibawah didalamnya ada lagi link yang dapat menerangkan maksud yang berkaitan.

Warisan tongsampahkan permohonan dokumentasi

Ini bermaksud PATI yang tidak ada keterangan diri akan dihantar balik ke negara asal. Itupun jika negara asal menerima mereka. Selepas itu jika mereka berhasrat untuk berkerja di Sabah maka mereka wajib memiliki pasport yang sah dari negara asal.

Ia berbeza dengan PSS selain mengiktiraf IMM13, Burung-Burung dan Banci. PSS juga akan mendokumentasikan mereka yang langsung tidak ada keterangan diri. Pokoknya proses dokumentasi PSS dijalankan secara sambarono yang tidak ada keterangan diri pun diberikan PSS. Alasannya bagi memudahkan kerajaan mengawal pergerakan mereka dan boleh diserap menjadi buruh kasar dalam sektor perladangan. Tanpa memikirkan implikasi lain seperti pertambahan penduduk yang mendadak dan kesan sampingan yang negatif.

Sebab itu amat amat tidak matang dan tidak wajar andai ada pihak yang cuba menggagalkan usaha kerajaan PN ini yang jelas bersistematik dan berhati hati sebelum meluluskan permohonan. Apa lagi sebenarnya memutihkan PATI adalah antara janji Warisan semasa berkempen di pilihanraya yang lepas yang gagal ditunaikan.

Hakikatnya parti apapun yang memerintah Sabah mereka tidak akan boleh sesuka hati menghantar balik PATI tanpa mendapat pengesahan terlebih dahulu dari negara asal dan yang paling penting tidak akan terlepas dari perhatian atau undang undang antarabangsa. Bayangkan Kerajaan Filipina yang tegas membenteras jenayah dadah pun mendapat teguran dari negara negara maju supaya jangan sesuka hati membunuh pengedar dadah. Sedangkan secara logiknya negara luar tidak ada hak mencampuri pentadbiran dalaman satu satu negara.

Justeru itu jugalah kejayaan kerajaan PN menghantar balik beribu PATI ke negara asal baru baru ini wajar diberikan pujian.

Seperti links dibawah.

Penghantaran PATI Sejak 2002

Tapi itulah ada pula dikalangan Ketua Ketua Masyarakat atau Kampung KDM yang menolak jalan penyelesaian berkenaan. Entah apa yang mereka faham.

Yang memelikkan kenapa sebelum ini ketika PSS cuba diperkenalkan mereka diam seribu bahasa.

Sekarang baru kita faham kenapa isu lambakan PATI di Sabah tidak pernah selesai. Sebab rupanya orang tempatan sendiri tidak ikhlas dan mudah diperalatkan hingga perkara yang baik pun sukar untuk dilaksanakan.

Jadi pada Ketua ketua Masyarakat jangan kamu mudah diperalatkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka tu hanyalah pihak yang telahpun gagal menangani PATI. Itu yang terpaksa mempersoalkan usaha Kerajaan Persekutuan.

Sebaliknya cuba kamu tanya kerajaan negeri sejauh mana sudah mereka berjaya mengekang atau menghapuskan aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di setiap daerah di negeri ini, begitu juga dengan tahap kemiskinan. Isu ini yang lebih penting dan menguntungkan komuniti yang ada dibawah anda daripada tidak sudah hanya menjadi alat kekuasaan. Itupun kalau dapat bertahan kalau esok esok kerajaan bertukar jawatan olok-olok itupun melayang.

Jangan menidakan takdir yang tersurat. Orang Afrika itu tidak ingin dilahirkan sebagai orang Eropah begitu juga sebaliknya.

PPBM (Bersatu) dan PN terbaik di Sabah

Muhyiddin Menang Jawatan Presiden PPBM (Bersatu)

Presiden PPBM

Tan Sri Muhyiddin Yassin menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden PPBM (Bersatu).

Kemenangan tanpa bertanding itu diumumkan oleh pengerusi JPP Tan Sri Syed Hamid Albar ia berdasarkan senarai calon layak bertanding dalam pemilihan parti itu yang dikeluarkan oleh jawatankuasa pemilihan parti (JPP). Apabila hanya nama Muhyiddin menjadi calon bagi mengisi jawatan Presiden.

Begitu juga dengan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk jawatan Timbalan Presiden menang tanpa bertanding.

Pengumuman rasmi hanya akan dibuat selepas semua Bahagian Bersatu selesai mengadakan sidang.

Tahniah!

Ewon Benedick Tidak Faham Fungsi JPKKP

Sebelum ini Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Ewon Benedick berpersepsi bahawa kononnya penubuhan Jawatankuasa Pembangunan dan keselamatan Kampung Persekutuan JPKKP sebagai satu bentuk ketuanan Malaya ke atas Sabah.

Sudah sudahlah mempolitikkan perjanjian 1963 wahai kerajaan negeri Warisan.

Jangan lupa pada pilihan raya lepas Warisan melalui propaganda mereka menolak kerjasama Parti Warisan dengan mana mana parti daripada Semenanjung.

Tahu tahu tidak sabar menyandang jawatan Menteri. Itu yang ada tiga atau empat wakil rakyat Warisan mendapat kedudukan Menteri di peringkat Persekutuan. Hahaha!

Yang paling lucu dan terbaru bila saja nama Presiden Warisan ditrik sebagai calon Perdana Menteri Malaysia. Bukan main lagi para penyokong Warisan dari yang berjawatan yang paling tinggi hingga yang paling macai dalam parti. Memuji dan mengangkat cadangan itu sampai lupa Sabah for Sabahan dan Sabah Ubah.

Ikuti penjelasan di bawah kenapa Menteri ini tidak faham apa itu fungsi JPKPP


Saya tak fikir menteri ini faham fungsi JPKKP.

1. ‘Ketuanan Malaya’ tidak timbul kerana mereka yg dilantik menanggotai JPKKP adalah org2 kampung yg tinggal dikampung yg berkenaan.

2. Dahulu, elaun MPKK dibiayai oleh KPLB M’sia, jadi adakah ini juga satu bentuk ‘ketuanan Malaya’ yg dipersetujui oleh Kerajaan Negeri?

3. Apa kaitan kuasa tanah Negeri dgn penubuhan JPKKP disetiap kampung? MPKK juga tidak ada kuasa keatas tanah.

4. Apa bentuk ‘pencerobohan ekonomi’ yg dilakukan oleh Kerajaan Pusat dengan menubuhkan JPKKP disetiap kampung di Sabah?

5. Adakah Menteri yg berkenaan sekadar meroyan kerana Pengerusi2 MPKK sudah berbulan bulan tidak dibayar elaun oleh Kementerian beliau sendiri/Kerajaan Negeri?

(Kerajaan Persekutuan telah memberhentikan peruntukan untuk membayar elaun kpd MPKK setelah Kerajaan Warisan memilih untuk menjadi Pembangkang.)

Bersatu Sabah

JPKKP Adalah Rahmat Bukan Ketuanan Alahai Ewon 👎

Apa lagi isu yang cuba diada adakan oleh kerajaan negeri Warisan ni.

Tidak cukup dengan pelbagai skandal penyelewengan yang menimpa pemimpin dan kroni Parti Warisan kah. Itu semua tidak cukup untuk menjahanamkan kapal layar parti Warisan kah?

Perlu ada lagi penambahan dalam bentuk kenyataan hingga kerajaan Warisan ini betul betul dianggap gagal total oleh rakyat Sabah kah. Seperti dibawah.

Terbaru Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Ewon Benedick berpersepsi bahawa kononnya penubuhan Jawatankuasa Pembangunan dan keselamatan Kampung Persekutuan JPKKP sebagai satu bentuk ketuanan Malaya ke atas Sabah.

Pelik juga ya kenapa sampai ke tahap itu pemikiran kerajaan negeri Warisan ni. Sekecil-kecil jawatan pun sengaja dikaitkan dengan ketuanan atau dikaitkan dengan agenda Parti Warisan yang tidak sudah iaitu melacurkan perjanjian 1963.

Persoalannya adakah sebelum ini tidak ada wakil rakyat dari parti Warisan yang berjawatan di peringkat Persekutuan. Walhal Warisan dalam kempen mereka di PRU yang lepas telah berjanji tidak akan bekerjasama dengan parti daripada Semenanjung kerana kononnya bertentangan dengan agenda Sabah ubah atau Sabahan untuk Sabah.

Siapa Menteri Pelancongan Malaysia, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Timbalan Menteri Dalam negeri, Timbalan Menteri Tenaga Sains Teknologi dan Alam Sekitar dan terakhir siapa Menteri Di Perdana Menteri (Undang-undang) bukan ke mereka dari wakil rakyat Parti Warisan dan siapa yang membayar gaji mereka bukankah Kerajaan Persekutuan. Betul tidak!

Habis itu kenapa jawatan kampung kampung JPKKP pula yang dijadikan isu. Bukannya kerajaan negeri Sabah yang membayar gaji mereka.

Sepatutnya kerajaan negeri Warisan berterima kasih pada kerajaan Persekutuan kerana individu individu yang dilantik oleh mereka sebagai ketua kampung terbukti gagal memikul tanggungjawab mereka. Dimana tahap kemiskinan masyarakat Kampung semakin ketara, gejala sosial, penagihan syabu semakin menjadi-jadi. Pokoknya sejak Parti Warisan menerajui kerajaan negeri Sabah banyak kampung-kampung yang semakin mundur dan rosak.

Mahu tidak mundur dan rosak. Penyangak penipu semasa di luar daerah dan penagih syabu pun dilantik menjadi ketua kampung. Orang-orang seperti ini mana ada tanggungjawab dan keberanian demi menjaga komuniti mereka. Yang mereka tahu hanyalah meminta wang kupi setiap kali menandatangani surat sokongan dari orang kampungnya dan menjadi pelaksana kepada kaki projek. Hemmmm!

Justeru keputusan kerajaan persekutuan untuk meletakkan atau mewujudkan jawatan JPKKP di setiap kampung di negeri ini adalah tindakan yang amat amat wajar dan ia merupakan satu rahmat kepada orang orang kampung.

Tahniah diucapkan kepada kerajaan Perikatan Nasional kerana dapat menghidu kesulitan komuniti kampung.

Kuat Mengkritik Bersatu (PN) Bila Dikritik Melenting, Hodohnya

Baru-baru ini Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latiff mengkritik keberadaan UMNO di Sabah sebagai tidak lagi mendapat tempat di hati masyarakat Sabah itu sendiri.

(Walaubagaimanapun beliau telah memohon maaf pada kepimpinan dan ahli UMNO yang ada di seluruh Malaysia)

Rentetan itu ia telah mencetuskan kemarahan di kalangan pemimpin dan penyokong UMNO.

Sedangkan kritikan Menteri berkenaan ada kebenarannya dan boleh dibuktikan

Kita ambil pembuktian ini. Sejak UMNO di Sabah menjadi pembangkang sudah berapa ramai ahli Warisan, PBS, PBRS dan STAR yang telah menyertai UMNO?

(Kita belum lagi bercakap soal kekuatan UMNO Sabah iaitu siapa yang mengetuai gerakan UMNO peringkat akar umbi dan pertengahan yang nampaknya sehingga hari ini belum kelihatan. Maksud admin ialah pemimpin atau ketua kecil yang berpengaruh dan mewakili jenis bangsa dan agama yang ada di Sabah)

Sedangkan yang dialami oleh Bersatu Sabah adalah sebaliknya. Ramai ahli dari parti Warisan dan pengundi atas pagar yang berpusu-pusu menyokong parti ini. Justeru tidak salahlah kalau Menteri Luar Bandar menggambarkan UMNO Sabah semakin ditolak oleh masyarakat Sabah.

Hakikatnya yang memulakan perbezaan kecil ini ialah pemimpin UMNO Datuk Puad Zarkashi. Pemimpin ini suka melemparkan kenyataan atau kritikan yang tidak menunjukkan rasa hormat terhadap kawan seperjuangan.

Habis itu kenapa pula berlagak marah bila ada pihak yang mempersoalkan kemampuan UMNO di negeri Sabah. Sedangkan itulah kebenarannya.

Di bawah adalah link sekaligus bukti kritikan beliau terhadap Perikatan Nasional atau PPBM.

Siap dia kata lagi maka tidak ada sebab Kabinet Muhyiddin tidak boleh dikritik dan ditegur kerana ia dibentuk berasaskan kuasa penuh seorang Perdana Menteri.

Nampak benarlah Puad Zarkashi ni semahunya menafikan kekuatan Perikatan Nasional yang diketuai oleh Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Puad Zarkashi mempersoalkan kedudukan Hisammuddin dan KJ yang dilantik dalam kabinet walaupun tidak ada jawatan dalam parti begitu juga dengan Azmin Ali dilantik menjadi Menteri Kanan walaupun dilanda kontroversi. (Kenyataan ini dikeluarkan oleh Puad Zarkashi)

Tapi bila ada rakan di dalam PN yang mengkritik UMNO wah bukan main lagi seolah-olah tidak pernah mengkritik kawan sendiri.

Justeru jangan suka mengkritik Bersatu atau PPBM sebab kan sudah duduk dibawah satu bumbung bersama UMNO yang sepatutnya digasak setiap hari adalah PH.

Pemimpin utama UMNO harus sedar jangan sengaja membuka api permusuhan kerana api itu akan ditiup kencang oleh penyokong penyokong UMNO yang sengaja membelakangkan akal mereka. Bayangkan yang kalah teruk di pilihanraya yang lepas pun hari ini bercakap bukan main nampak sangat cuba menutup kegagalan mereka dengan menyalahkan orang lain. Macamlah rakyat Malaysia ni buta huruf tahu apa yang berlaku. He!

Cuba bayangkan andai kritikan seumpama itu dilemparkan oleh pemimpin dari parti tempatan Sabah Sarawak, MCA dan MIC apa agaknya yang akan berlaku. Pasti parti parti ini akan dikritik habis-habisan sebagai tidak mengenang budi dan perkauman. Walhal kalau diperhalusi memang layak pun dikritik sebab mana ada parti di dunia ini yang kalah di pilihanraya tapi terlibat membentuk kerajaan selain UMNO.

Maka adalah lebih baik UMNO ataupun Puad Zarkashi dan yang lain mendiamkan diri daripada sibuk mencari kekurangan kawan.

Jangan lupa pada pilihanraya yang lepas UMNO adalah sebuah organisasi yang cukup besar dan berjasa tetapi berjaya ditumbangkan oleh parti yang baru berumur setahun jagung. Justeru keegoan dan kekuatan apa yang mahu dipertahankan oleh Puad Zarkashi?

Politik hari ini adalah soal apa yang anda akan lakukan dimasa hadapan bukannya sibuk mengungkit apa yang telah dilakukan. Pun begitu ada satu hal yang akan sentiasa dilihat dari setiap sudut dan masa iaitu penyalahgunaan kuasa dan melepaskan tanggungjawab hingga orang naik marah.

Hajiji Terima 1000 Borang Permohonan Ahli Bersatu

Sudah dinyatakan dengan jelas dan berulang kali bahawa Bersatu atau PPBM Sabah telahpun berjaya memenangi hati masyarakat Sabah yang ada di semua lapisan tanpa mengira bangsa dan agama.

Apa lagi Perikatan Nasional (PN) Sabah terdiri daripada tiga kompenan parti tempatan Sabah STAR, PBS dan PBRS dimana kumpulan ini telah memangkinkan lagi keyakinan rakyat Sabah untuk menyokong PN yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden PPBM dan Datuk Hajiji Noor sebagai ketua PPBM di peringkat negeri Sabah.


Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor (tiga dari kanan) menerima 1000 borang permohonan menjadi ahli BERSATU daripada Pengerusi Pertubuhan Kinabalu Bersatu Malaysia (PKBM), Encik Adzmi KK Juatan (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh Naib Presiden BERSATU, Datuk Abdul Rashid Asari (dua dari kanan), Timbalan Pengerusi Badan Pimpinan BERSATU Negeri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (tiga dari kiri) dan Bendahari BERSATU Negeri, Datuk Haji Mohd.Arifin Mohd.Arif (kanan) di bilik mesyuarat Pejabat BERSATU Sabah di Alamesra, Kota Kinabalu, hari ini.

Borang itu terdiri daripada para pemohon daripada bahagian Keningau, Pensiangan dan Tenom yang dikumpul oleh PKBM.

Terdahulu Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman mempengerusikan Mesyuarat Badan Pimpinan BERSATU Sabah.

PN Akan Didaftarkan Sebagai Gabungan Rasmi

Pendaftaran Perikatan Nasional (PN) sebagai sebuah gabungan rasmi sedang dirancang dan akan diselesaikan secepat mungkin, kata Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata ini kerana pendaftaran tersebut memerlukan kerjasama daripada semua parti gabungan PN dan ia perlu diteliti bagi menyesuaikannya mengikut perlembagaan serta prosedur parti masing-masing.

Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas perkara itu pada sidang media selepas majlis penerimaan Kapal Ronda Generasi Baru (NGPC) dan meninjau pembinaan Kapal Ronda Luar Pesisir (OPV) di sini, hari ini.

Ditanya mengenai desas desus bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangka diadakan dalam masa terdekat, Hamzah berkata beliau tidak memberi tumpuan pada perkara itu.

“Pada saya, tempoh bila diadakan PRU15 bukan fokus saya, agenda saya adalah supaya kerajaan PN mempunyai gabungan parti yang lebih teguh daripada kerajaan sebelum ini,” katanya. – BERNAMA

Kali Ketiga Sandakan Dilanda Epidemik Warisan

Ini bukan lagi penyakit kronik yang kalau diubati boleh dibendung dari tersebar tapi telah bertukar menjadi pendemik yang mudah merebak seperti Covid 19.

Ini kita namakan sebagai epidemik politik hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Warisan. Kalau sebenar Covid 19 pendemik bermula di negara China, epidemik politik ini pula bermula di dalam negara di Sepanggar Kota Kinabalu.

Ini sudah kali ketiga ahli Warisan di daerah Sandakan bertindak keluar parti. Sebelum ini melibatkan tiga atau empat Cawangan termasuk Cawangan daripada parti Amanah.

Sepertimana link dibawah.

Kali kedua Ahli Warisan keluar di Sandakan

Kelmarin seramai 1357 ahli Warisan yang membabitkan lapan Cawangan di parlimen Libaran bertindak keluar parti dan menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Adun Sibuga Tan Sri Musa Aman.

Cawangan Warisan yang terbabit pada kali ini ialah Cawangan Batu 15, Cawangan Batu 16, Cawangan Batu 17, Cawangan Sungai Tinduk, Cawangan Batu 19, Cawangan Sungai Monyet, Cawangan Ulu Dusun Batu 30 dan Cawangan Kampung Sinar Harapan Batu 24.

Mereka diketuai oleh Satar Wahab iaitu Ketua Cawangan Batu 15.

Itu susulan hilangnya kepercayaan mereka terhadap kepimpinan Warisan secara keseluruhannya. Pokoknya tidak ada yang boleh diguna pakai untuk kebaikan diri dan masyarakat walaupun sudah bermati-matian menyokong parti Warisan.

Dengarkan saja alasan yang gunakan oleh setiausaha dan jentera Warisan bila mana mereka menafikan setiap kali ada ahli yang meninggalkan Parti Warisan. Terus dengan mudah mengtong sampahkan perjuangan dan undi yang telah diberikan pada pilihanraya yang lepas. Mangkuk betul.

Untuk nota kelmarin juga berlangsung upacara kecil-kecilan dimana ahli daripada Warisan UMNO dan Amanah meninggalkan parti mereka dan menyokong kepimpinan Bersatu Sabah yang diketuai oleh Datuk Hajiji Noor.

Ahli Warisan, UMNO dan Amanah Tuaran Keluar Menyokong Bersatu Sabah

Alamak ada lagi ahli yang berpaling tadah untuk menyokong PPBM Sabah.

Kali ini bukan hanya daripada Parti Warisan tapi juga dari UMNO dan Parti Amanah oh.

Peristiwa bersejarah ini diraikan di Pejabat Bersatu Sabah dan diberikan penghormatan yang tertinggi oleh Ketua Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor.

Sebelum ini di daerah Sandakan telah mengalami dua kali tragedi yang sama iaitu berduyun-duyun ahli Warisan dan ketua mereka keluar dan menyokong kepimpinan Tan Sri Musa Aman.

Klik link pertama dibawah.

Di Tuaran juga begitu dua tragedi malah melibatkan dua parti. Hebat, Bersatu Sabah semakin hebat.

Pastinya yang menyebabkan ketidaksetian ahli yang ada dipertengahan dan akar umbi pada parti asal adalah kerana faktor kepimpinan yang tidak lagi mendapat kepercayaan dan sebab tertentu yang menyangkut agenda parti yang tidak lagi memenuhi aspirasi masyarakat Sabah sepertimana Parti Warisan sejak kebelakangan ini.

Ketua Cawangan Tuaran Keluar Parti

Sekejap lagi kita akan dengar penafian dari jentera Warisan khususnya setiausaha Warisan Bahagian Tuaran.

Adakah nama nama mereka yang disebutkan di bawah tiada dalam pengkalan data mereka termasuk nama Cawangan. Seperti sebelum ini, Hahaha. Kita tunggu dan lihat.

Dakwa Cawangan Seri Bandung Tidak Wujud Adalah Dusta


Majlis penyerahan borang keahlian dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( BERSATU ) oleh mantan ketua cawangan Parti Warisan, Amanah dan UMNO di Pejabat Bersatu Bahagian Tuaran yang turut disaksikan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sabah merangkap Ketua Bahagian BERSATU Tuaran dan Ahli Yang Berhoramat Dewan Undangan Negeri Kawasan DUN N. 10 Sulaman.

Turut hadir En Abdul Kassim Hj Razali Timbalan Ketua Pimpinan BERSATU Bahagian Tuaran, merangkap Setiausaha Eksukitf Badan Perhubungan BERSATU Negeri Sabah, Puan Jamaliah Antalip Ketua Pimpinan SriKandi BERSATU Bahagian, En. Mohammad Ghazali DSP Haji Hajiji Ketua Pimpinan Armada BERSATU Bahagian, merangkap Bendahari Pimpinan Armada Bersatu Negeri Sabah, En Afizal bin Aldin Setiausaha Pimpinan Bersatu Bahagian

Dalam majlis itu, beberapa org ketua cawangan yang terdiri lebih daripada 200 keahlian dari Parti Amanah, Warisan Dan UMNO telah menyatakan hasrat keluar dari parti dan menyerahkan borang keahlian BERSATU kepada YB Datuk Seri Panglima Hajiji Hj Noor selaku Ketua BERSATU Bahagian Tuaran. Berikut adalah antara ketua cawangan yang telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia :

1. En Ramli bin Asrih
Mantan Ketua Penyelaras Amanah Bahagian Tuaran dan Pimpinan Amanah Negeri Sabah.

2. En Adneh bin Setuh
mantan Ketua Cawangan Warisan
Kg. Sri Berundung Bolong Baru,
Tuaran

3. En. Saudara Matdin bin Jalali
mantan Ketua UMNO Cawangan
Kg. Sabah Baru,
Tuaran

4. En Alipudin bin Jikah
mantan Pemimpin Warisan Kg. Indai
Tuaran

5. En Jamdin Jikah
mantan ketua cawangan Kg Indai, Tuaran.