Bantuan Covid 19 Sabah Gagal Disalurkan Pada Golongan Sasar

Mari kita review permasalahan yang dihadapi oleh rakyat ketika Sabah berada dikemuncak ancaman Covid 19 atau Lockdown.

Perkara ini harus sentiasa di segarkan dalam ingatan masyarakat supaya tidak lagi mudah terpedaya oleh retorik jentera Warisan yang sikit hari lagi akan bergerak dalam skala yang besar dan akan memainkan propaganda seolah seolah mereka berkemampuan mentadbir rakyat dan negeri ini.

Oleh kerana itu sekiranya kalian itu orang yang berakal pasti tidak akan mudah lagi terpedaya oleh propaganda yang akan dimainkan oleh pemimpin Warisan dan jentera mereka sebab hanya untuk menyalurkan bantuan Covid 19 pun gagal.

Klik link dibawah dan baca juga komen para netizen yang ada diantara mereka yang cukup beremosi.

Kawan anjing kurap sekalipun kalau badan mereka dibersihkan dan diletakkan ubat anjing itu akan bersih dan sihat serta akan pandai membalas kebaikan tuannya. Tapi sebagai insan manusia sekalipun ia bersih dan cantik namun dia sanggup diperlakukan tanpa hormat seadanya orang yang telah berusaha memenangkan Warisan pada pilihan raya yang lepas. Pasti mereka akan dianggap tolol hina hingga akhir hayat mereka.


Kekecewaan pemohon bantuan one-off RM300 Sabah sebelum ini dianggap fitnah oleh penyokong atau pemimpin kerajaan negeri Sabah.

Sebelum screenshot yang akan menjadi bahan artikel pada kali ini diviralkan oleh mangsa bantuan Covid 19 Sabah. Sudah banyak sebelum itu kenyataan dan bukti daripada pemohon dimana permohonan mereka tidak diluluskan walaupun dalam sistem semakan menunjukkan permohonan mereka sedang dalam proses tapi sehingga hari ini tidak ada yang ditunggu.

Nasib baiklah ada bantuan BPN (1000-1500) daripada Persekutuan yang serba banyak telah mengubat kekecewaan dan yang paling penting dapat menampung kos hidup seharian yang terjejas akibat peraturan PKP.

Hari ini admin menerima screenshot berkaitan permohonan bantuan kerajaan negeri yang tampak ada unsur-unsur penyelewengan yang mungkin dilakukan oleh orang dalam yang bertanggungjawab. Jahil sebenarnya, sejahil jahil umat…….. More

https://jalinluin.com/2020/06/06/bantuan-sabah-one-off-rm300-ada-unsur-penyelewengan/

Peter Anthony Digesa Membuat Permohonan Maaf (KDMR Bukan Penduduk Asal)

Oleh kerana sehingga hari itu Peter Anthony enggan membuat permohonan maaf atas dakwaannya bahawa KDMR bukannya penduduk asal negeri Sabah.

Maka suka admin sekali lagi menunjukkan kepada umum dakwaan Peter Anthony berkenaan.

Soal Peter enggan membuat permohonan maaf seperti yang dituntut oleh pihak tertentu, itu bukan masalah admin tapi lebih kepada hak individu. Boleh saja dia sangat berkeyakinan bahwa dakwaannya itu memang ada kebenarannya so untuk apa membuat permohonan maaf?

KDMR bukan penduduk asal negeri Sabah, begitulah dakwaan Warisan. Jadi pada penyokong dan jentera Warisan yang keturunan KDMR selepas ini jangan lagi kamu merasakan diri itu berada diatas bangsa bangsa yang lain. Itu Peter sudah cakap tu kamu bukan penduduk asal negeri Sabah.

JalinLuin.com

Salah seorang Naib Presiden Parti Warisan, semacam cuba merendahkan martabat bangsa KDM. Kerana kepentingan sanggup Warisan memutar belit sejarah Sabah. Begitu kah style politik Warisan?

Untuk apa Warisan membangkitkan kewujudan bangsa, walhal ia sudah tercatat sebagai sejarah awal. Ingin mencetuskan huru hara kah?

Sejak bila pula si Peter Anthony menjadi pakar sejarah?

Ahli MINDS (Murut Institute for Development Studies) menyifatkan kenyataan Naib Presiden Warisan Sabah Peter Anthony tidak tepat. Apabila dia mendakwa, orang asal Sabah ialah kononnya dari etnik Bajau, Suluk dan Simunul. Dia mendakwa sedemikian semasa berceramah di Matunggung pada 14 Februari yang lalu.

Rentetan itu ia telah menimbulkan Ketidakpuasan hati dikalangan kaum Murut, selain persatuan yang dikenali sebagai MINDS.

Sebelum ini Naib Presiden Warisan, Peter Anthony semasa berceramah di Matunggung, Kudat dalam program bicara Presiden. Ucapannya itu telah berjaya dirakam dalam bentuk video yang berdurasi 28 saat, kini tular di media sosial. Dipetik sebagai berkata “dia orang ni…

View original post 250 more words

Published
Categorized as PPBM

Bersatu dan BN Punya Matlamat Yang Sama Menumbangkan Warisan

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Hajiji Noor hari ini menyeru supaya ahli-ahli Umno dan Bersatu untuk melupakan perbalahan politik di antara mereka selama ini dan bersatu untuk memenangi pilihan raya negeri akan datang.

“Kita adalah daripada spesies yang sama. Semua muka-muka di sini saya kenal, baik pakai baju biru atau pakai baju merah,”

“Yang penting kita bersama untuk masa depan negeri Sabah,” katanya ketika berucap di majis ramah mesra pemimpin-pemimpin BN dan Bersatu di Kota Kinabalu, Sabah pagi ini.

Majlis Himpunan Perikatan Nasional Sabah – PRN Sabah

Malam tadi bersamaan 09 September 2020 (Rabu) telah berlangsung perhimpunan besar-besaran Perikatan Nasional peringkat negeri Sabah yang telah diadakan di SICC Kota Kinabalu bagi menghadapi pilihan raya negeri Sabah yang dijangka akan berlangsung pada 26 September ini.

Majlis himpunan PERIKATAN NASIONAL dihadiri oleh YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin ( Setiausaha Agung PN ), YB Dato’ Takiyuddin Hassan ( Setiausaha Agung PAS ) YBhg Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor ( Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah ), YB Datuk Jeffrey Kitingan ( Presiden Parti Solidariti Tanah Air Sabah STAR ), Ybhg Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee ( Presiden Parti Maju Sabah SAPP )

Mari kita doakan semoga perhimpunan ini dapat memperkuatkan lagi perjuangan mereka dalam menghadapi pilihan raya negeri Sabah yang akan datang, sekaligus menumbangkan kerajaan sementara koboi Warisan yang telah merosakkan sosial ekonomi masyarakat Sabah.

Sebelum PRU14 Darell Dakwa Jualan Pakaian Terpakai Adalah Kegagalan Ekonomi Sabah. Sekarang Apa Cerita? (Video)

Artikel ini admin tulis pada November 2017. Ia berkaitan dengan kenyataan si Darell Leiking yang mendakwa kononnya lambakan jualan pakaian terpakai di Sabah adalah kayu ukur kepada kegagalan kerajaan BN pada waktu itu mengurus ekonomi Sabah.

Namun setelah parti Warisan berjaya merampas kerajaan BN daripada Tan Sri Musa Aman melalui peralihan jawatan Ketua Menteri yang tidak sah. Nampaknya jualan pakaian terpakai semakin berlambak. Adakah ini bermaksud kerajaan Warisan sememangnya gagal mentadbir negeri Sabah terutamanya dari konteks ekonomi?

Sejak Warisan Ekonomi Sabah Menjunam Sehingga KDNK 0.5%

Sebab itu kerajaan Warisan dilihat hanya rajin merasmikan prasarana yang disediakan oleh kerajaan sebelum ini serta melawat perusahaan yang diselia oleh kerajaan juga sebelum ini. Hahaha!

Benar-benar Warisan adalah parti yang sarat dengan pemimpin pemimpin yang hipokrit dan tolol.

Pada pemimpin dan jentera Warisan tolong jawab persoalan ini?

Maka benarlah hanya orang-orang Sabah yang tidak ada semangat nasionalisme, tidak ada harga diri serta tidak jelas yang akan terus menyokong Warisan. Sanggup dikelilingi oleh orang-orang yang hipokrit dan sebenarnya mentertawakan mereka dari belakang akibat ketidakfahaman mereka terhadap politik itu sendiri.

Samalah dengan Warisan yang sanggup memperalatkan segelintir masyarakat Sabah atau kampung yang boleh lah kita katakan tidak tahu hak hak mereka sebagai rakyat Malaysia.

Mereka tidak tahukah baru dua tahun setengah Warisan menjadi kerajaan negeri sudah pun wakil rakyat mereka terpalit dengan tuduhan rasuah di mahkamah dan berhadapan dengan siasatan SPRM dan LHDN.

Ada yang tidak tahu kah sebelum mereka menjadi wakil rakyat Warisan ada diantara mereka yang berkecimpung sebagai penyeludup barang kawalan ke negara jiran. Hari ini dia berlagak sebagai pemimpin pada orang-orang Sabah.

Warisan ni hanya merendahkan martabat kamu sebagai orang Sabah adalah.

Teruskan membaca link di bawah di sana ada rakaman video sebagai bukti kehipokritan mereka.

JalinLuin.com

Si Darell aka Warisan ketika berhujah di sidang Parlimen mendakwa kewujudan premis premis pakaian terpakai (bundle) di negeri Sabah adalah kayu ukur kepada ekonomi negeri Sabah itu sendiri iaitu ada yang tidak kena, boleh saja tidak stabil atau teruk.

Mungkin dia ingat premis premis itu sebuah badan NGO antarabangsa seperti UNICEF. Pakaian dari sumbangan masyarakat diberikan secara percuma pada pelarian atau mangsa yang terbabit.

Dia tidak tahu ada diantara pakaian terpakai itu yang dijual dengan harga cukup mahal tapi kerana jenamanya yang sukar didapati di Malaysia selain kualitinya yang bertaraf antarabangsa. Maka pakaian bundle berjenama menjadi pilihan dan mendapat permintaan dari semua lapisan masyarakat tidak mengira status kaya atau miskin, termasuk mereka yang berstatus artis.

Kerana mendapat sambutan yang menggalakkan ada diantara bundle bundle itu yang dijual diatas talian.

Membuktikan kewujudan premis premis pakaian terpakai tidak boleh dijadikan kayu ukur kepada ekonomi Sabah seperti mana dakwaan Timbalan Presiden Warisan berkenaan…

View original post 68 more words

Junz Wong Jangan Politikkan Kesusahan Keluarga Veveonah

Tidak ada dikalangan pemimpin PPBM atau saja UMNO yang menghina Sabahan.

Junz Wong kamu sebagai pemimpin walaupun pemimpin celup, jaga sikit kenyataan tu.

Ya sudah tentu politik adalah politik tetapi dari konteks kemanusiaan dan masyarakat marhain atau masyarakat kampung tidak bolehlah perkara yang dihadapi oleh Veveon Mosibi terlalu dipolitikkan hingga seolah olah Warisan atau Junz Wong mengaibkan kehidupan keluarga Veveon Mosibi itu sendiri.

Sebelum ini Ahli Parlimen Kudat Datuk Rahim Bakri telah mengeluarkan kenyataan menyokong perkara yang dilaporkan oleh ahli Parlimen UMNO daripada Perlis berkaitan adik Veveon, sebagai benar. Walhal yang ada adalah sebaliknya, adik Veveonah memang dari keluarga yang agak susah dan pada waktu itu dia memang menghadapi peperiksaan semester secara atas talian hingga terpaksa memanjat pokok bagi mendapatkan gelombang yang lebih baik.

Sebelum ini Veveonah menjadi perhatian netizen bila mana gambarnya ketika menjawab soalan peperiksaan diatas pokok agak tersebar.

Kerana kejadian itu, pembangkang Warisan telah menukarnya menjadi isu politik, ia dipolitikkan sejak dari awal gambar Veveon yang berada diatas pokok tersebar dengan menyalahkan kerajaan BN sebelum ini hingga mereka lupa parti apa yang memerintah Sabah pada waktu itu, bukan kah parti Warisan sebuah parti yang gagal.

Yang ingin admin sampaikan di sini adalah apa yang dipanggil keikhlasan walaupun sekelumit. Pemimpin Warisan Junz Wong sebelum ini telah berjanji akan memberikan keluarga Veveon satu rumah burung Walet sekiranya Warisan diberikan mandat pada pilihan raya umum yang akan datang. Namun hasrat politiknya itu telah mendapat kritikan dari ramai netizen maka kelmarin dia telah mengeluarkan kenyataan bahwa rumah burung Walet itu akan dibina bersebelahan rumah Veveonah dalam tempoh yang terdekat. Dalam pada itu sempat lagi dia menyalahkan PPBM dan UMNO sebagai suka menghina orang Sabah.

Tidak ada yang menghina apa yang berlaku hanyalah salah faham atau laporan yang diterima oleh dua pemimpin perikatan Nasional itu tidak tepat. Sebaliknya sekarang menghina adalah Warisan kerana mempolitikkan kemiskinan orang Sabah.

Sekarang sebagai masyarakat Sabah kamu fikir lah sendiri siapa sebenarnya Warisan bukankah setiap kenyataan dan kelakuan mereka pasti ada muslihat di sebaliknya. Iya tidak dinafikan politik adalah politik tapi mempolitikkan kesusahan orang lain adalah ciri ciri orang atau kepimpinan yang tidak boleh dipercayai. Maksudnya mereka akan membuat kebaikan dengan nilai seratus tapi mereka akan mencuri wang rakyat Sabah jauh lebih daripada itu.

Lihat apa berlaku pada Peter Anthony, Peguam daripada Warisan dan yang terbaru seorang setiausaha daripada Warisan berkhidmat dalam Kementerian Pelancongan pada ketika itu. Mereka disiasat dan didakwa di Mahkamah kerana salah guna kuasa wang rakyat. Itu baru setengah penggal, kalau berpenggal penggal apa agaknya yang akan berlaku?

Oleh kerana itu suka admin mencabar kepimpinan Warisan jika benar ikhlas terhadap keluarga seperti ini iaitu tidak mempolitikkanya. Di luar sana ada beribu lagi orang Sabah yang hidup susah seperti itu di mana Warisan tidak berjaya mengubah hidup mereka walaupun telah menjanjikan pelbagai keindahan pada pilihan raya yang lepas, termasuklah menjadikan tanah Felda yang ada di Sabah menjadi milik rakyat Sabah. Bagaimana dengan mereka apa yang Warisan boleh lakukan? jangan hipokrit dan jangan ada diskriminasi terhadap rakyat dan bangsa Sabah.

2600 Orang Menyertai Parti Bersatu (PPBM) Di Tawau

Berjaya lagi menarik orang baru sebagai ahli parti PPBM Sabah. Kita tahu baru-baru ini berlangsung majlis yang sama yang telah diraikan sendiri oleh Ketua PPBM Sabah Datuk Hajiji Noor.

Di mana majlis kemasukan beramai-ramai daripada parti tertentu ke parti PPBM Sabah telah bermula di Penampang dan berakhir di Kalabakan, Tawau.

27K Dari Parti Tertentu Menyertai PPBM Yang Diraikan Oleh Muhyiddin dan Hajiji

Hari ini keahlian parti PPBM khususnya di daerah Tawau terus bertambah seramai 2600 orang menyertai parti PPBM Sabah yang telah diraikan oleh Datuk Seri Rina Mohd Harun Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat di samping sudah tentu Ketua Bersatu Bahagian Tawau, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Tahniah diucapkan.

Dalam masa yang sama Menteri berkenaan turut menyampaikan pesanan Presiden PPBM Malaysia yang juga Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kepimpinan beliau senantiasa memastikan pembangunan Sabah sentiasa terjamin saya dengan kemajuan arus Perdana.

Shafie Berbohong Demi Kekal Di Tampuk Kuasa

Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal semakin terdesak apabila sanggup menjaja pelbagai tohmahan dan pembohongan yang tidak berasas, semata-mata untuk kekal berkuasa.

Menerusi ucapan ketika berkempen baru-baru ini, Shafie tanpa segan silu melemparkan tuduhan liar, selain sanggup memanipulasi isu perkauman untuk mengelirukan masyarakat.

Menyebarkan berita palsu kini sudah menjadi ‘resam’ baharu kepada Warisan.

Baru-baru ini, Shafie menuduh bahawa pentadbiran kerajaan sebelum ini dengan sengaja memberikan tanah milik Yayasan Sabah kepada segelintir pihak.

Terang lagi bersuluh, niat Shafie itu amat meragukan kerana sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, beliau sepatutnya sedar bahawa tuduhan itu tidak benar disebabkan kawasan yang dilesenkan kepada YS tidak boleh diberikan kepada pihak ketiga.

Sebagai pemegang hak tunggal, Yayasan Sabah hanya boleh menjemput pihak ketiga untuk mengeluarkan hasil balak menerusi kaedah Pembalakan Kurang Impak (RIL) atau membangunkan kawasan yang dilesenkan secara kontrak.

Saya beranggapan mungkin bagi sesetengah ahli politik, berita palsu, penipuan, kempen kotor dan pembunuhan karakter adalah satu-satunya jalan untuk mereka dilantik.

Apa motif Shafie apabila beliau membuat tuduhan, kononnya segelintir komuniti dijadikan ‘anak emas’ oleh pentadbiran kerajaan sebelum ini dalam hal berkaitan pemberian tanah.

Semua ucapannya tidak lebih daripada sekadar retorik politik yang disulam pelbagai kenyataan ralat bersandarkan propaganda. Seseorang tidak boleh dipersalahkan sekiranya beranggapan bahawa ucapan Shafie sarat dengan elemen perkauman.

Tidak banyak kejayaan yang ditempa Warisan sejak mereka secara tidak berperlembagaan mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan yang dibentuk selari perundangan, pasca PRU-14. Dengan hanya berbekalkan pertumbuhan KDNK berkadar 0.5% (terendah di Malaysia untuk 2019), Shafie dan barisan menterinya tampak gembira tatkala menghabiskan masa menghadiri keramaian dan majlis potong reben untuk merasmikan projek serta program yang dirintis pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Sekurang-kurangnya Warisan pakar dalam hal mengumumkan projek bernilai berbilion ringgit yang sehingga kini langsung tidak nampak bayang.

Harus saya katakan, KPI Warisan dalam menabur janji kosong dan menyebarkan berita palsu semakin menjadi-jadi, tetapi saya risau dengan nasib Sabah sekiranya ini saja yang mampu ditawarkan.

Tan Sri Musa Haji Aman,
Kota Kinabalu,
2 September 2020

Penyertaan Pemimpin dan Ahli Warisan Bukan Propaganda

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Sabah menafikan penyertaan beramai-ramai ahli Parti Warisan dan parti komponen Pakatan Harapan (PH) Sabah ke dalam BERSATU sebagai propaganda politik.

Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, penyertai mereka adalah secara sukarela tanpa sebarang paksaan.

“Ahli-ahli parti Warisan dan komponen PH Sabah yang lain memilih BERSATU kerana mereka sudah hilang kepercayaan terhadap Warisan dan juga kepimpinan Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal.

“Tidak berbangkit soal penyertaan beramai-ramai ahli Warisan ke dalam BERSATU sebagai propaganda politik seperti yang didakwa oleh Warisan. Ini adalah tidak benar”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada majlis penerimaan kemasukan ahli Warisan diketuai oleh Haji Hussein Pg Ibnu Hassan di perkarangan rumahnya di Kg Jaya Baru, semalam.

Hussein mengetuai lebih 2000 ahli Warisan mengisytiharkan keluar parti tu dan menyertai BERSATU. Mereka terdiri daripada ahli-ahli Warisan daripada lebih 70 cawangan Warisan.

“Hari ini di Kunak sahaja, BERSATU menerima penyertai beribu orang pemimpin dan ahli Warisan. Mereka secara sukarela meninggalkan Warisan untuk menyokong dan menyertai BERSATU. Ini bukan propaganda atau gimik politik.

“Ini (ahli-ahli Warisan sertai BERSATU) adalah kenyataan dan bukan rekaan. Kita tidak perlu buat gimik dan propaganda, kerana BERSATU semakin mendapat sambutan dan sokongan daripada rakyat Sabah”, tegasnya.

Hajiji berkata, ahli-ahli Warisan dan parti komponen PH Sabah yang lain bukan sahaja menyertai BERSATU, malah juga parti-parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, rakyat kini telah sedar bahawa pada PRU 14 lalu, mereka tersalah ubah dan kini mereka mahu ubah balik dan memberikan sokongan kepada BERSATU dan PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

“Rakyat mahukan perubahan dan mahukan sebuah Kerajaan yang mempunyai hubungan baik, sehaluan dan selari dengan Kerajaan Persekutuan”, tegasnya.

Sempena Hari Kemerdekaan, Hajiji mengajak rakyat Sabah agar terus teguh dan bersatu pertahankan kedaulatan dan kemerdekaan yang dikecapi.

Katanya, rakyat perlu bersyukur kerana dapat menyambut Hari Kemerdekaan dalam suasana yang aman, damai dan sejahtera.

“Kita tidak mengiktiraf sama sekali sebarang tuntutan oleh negara Filipina keatas Sabah. Kita membantah sekeras-kerasnya tindakan mereka.

“Isu tuntutan keatas Sabah sepatutnya tidak berbangkit atau timbul semula. Kita akan mempertahankan kedaulatan Sabah sehingga titis darah terakhir.”, tegasnya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu berkata, Malaysia tidak akan tunduk terhadap mana-mana tuntutan terhadap negeri Sabah.

Katanya, Malaysia tegas menyatakan tiada kompromi terhadap apa sahaja isu melibatkan kedaulatan negeri itu dan akan mempertahankan Sabah sehingga ke akhir.

“Baru-baru ini ada kenyataan daripada pihak Filipina nak buat peta baharu yang antaranya telah dimasuk dalam pasport… saya tak nak cakap panjang, kita tidak akan tunduk dengan tuntutan ini. Sabah kekal dalam Malaysia… Sabah sebahagian daripada Malaysia.

“Jangan ada usaha untuk menarik Sabah keluar dari Malaysia dan jangan ada usaha orang lain daripada Malaysia, menuntut Sabah untuk menjadi sebahagian daripada wilayah mereka,” kata Muhyiddin.

Terdahulu Hajiji menghadiri majlis perjumpaan bersama pemimpin, ahli dan jentera BERSATU di perkarangan rumah Haji Husin Rais di pekan Kunak.

Pada Ahad Hajiji menghadiri majlis bersama pemimpin, jentera dan ahli BERSATU Bahagian Silam di Lahad Datu.

Turut hadir dalam siri jelajah bersama Hajiji ke Pantai Timur Sabah ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Haji Abdul Hakim Haji Gulam Hassan yang juga Ketua BERSATU Bahagian Silam, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin, Ketua BERSATU Bahagian Semporna, Haji Mohd Daud Tampokong, Exco Srikandi Nasional, Puan Mizma Apphedullah yang juga Ketua Srikandi BERSATU Bahagian Silam.

Untuk Ogos PPBM Sabah Tambah 27K Ahli Baru Dari Pelbagai Parti

Dalam bulan Ogos saja PPBM/Bersatu Sabah telah berjaya menambah keahlian yang berasal dari parti Warisan, PKR, UMNO, UPKO dan lain lain parti sebanyak lebih kurang 27,417 orang.

Seluruh Daerah

Pada 08 Ogos 2020 seramai 10,880 ahli dari pelbagai parti dari seluruh daerah di negeri Sabah telah keluar dan menyertai PPBM/Bersatu Sabah. Alhamdulillah!

20 Ogos 2020 seramai 230 ahli Warisan Tuaran keluar dan bertindak menyertai PPBM Sabah.

Penampang

Mula mula pada 28 Ogos 2020 seramai 57 ahli daripada UPKO menyertai Bersatu Sabah. Majlis kemasukan diraikan sendiri oleh Ketua Pimpinan PPBM Sabah Datuk Hajiji Noor di Pejabat Bersatu Bahagian Penampang.

Sandakan

Seterusnya pada 29hb Ogos seramai 5550 dari Zone 5 Sandakan yang melibatkan pelbagai parti termasuk daripada UMNO menyertai Bersatu Sabah. Kemasukan mereka diraikan sendiri oleh presiden PPBM Malaysia dan Ketua Badan Pimpinan PPBM Sabah Datuk Hajiji Noor.

29 Ogos bekas Ketua Kampung Simunul dan ayah kepada Ketua Kampung Bangau-Bangau, Semporna berserta 5000 ahli Warisan keluar dan menyertai Bersatu Sabah.

Lahad Datu

30 Ogos 2020 seramai 700 ahli Warisan Lahad Datu meninggalkan parti itu dan menyertai Bersatu Sabah. Majlis di raikan oleh Ketua Kepimpinan Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor.

Kunak

Hari yang sama 30 Ogos seramai 3000 ahli Warisan Kunak keluar dan menyertai Bersatu Sabah.

Tawau

Juga pada 30 Ogos seramai 2000 ahli Warisan Kalabakan keluar dan menyertai Bersatu Sabah.

Hidup biar bermaruah dua setengah tahun Warisan gagal menunaikan impian rakyat Sabah, tak kan bertahan.

Mari menyokong dan berjuang bersama PPBM/Bersatu Sabah.