Kerajaan Perak Tumbang Angkara UMNO dan DAP Licik Tidak Kena Tempat

Kerajaan negeri Perak tumbang hasil usaha UMNO dan kerjasama penuh daripada DAP. Ertinya UMNO dan DAP ada kerjasama rasmi, walaupun pasti selepas ini akan dinafikan oleh Presiden UMNO dan pemimpin tertingginya.

USUL ‘Percaya’ pada Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.

Setuju – 10
Tidak setuju – 48
Kecuali – 1

Baca pula PECAHAN KERUSI DUN PERAK

Umno – 25
Bersatu – 4
PAS – 3

TOTAL PN – 32

DAP – 16
PAN – 5
PKR – 3

TOTAL PH – 24

Jadi nampaklah kamu ya undi tidak percaya ini jelas tidak akan laku sekiranya DAP tidak campur tangan.

Baik tidak apalah namanya juga politik siapa yang lemah pasti akan dipijak siapa yang kuat pasti akan bertahan.

Namun kelicikan UMNO pada kali ini tampak tidak kena pada tempatnya, memandangkan sikit hari lagi pilihan raya umum akan diadakan. Maksud admin kelicikan ini hanya akan membuahkan sedikit kesedaran pada pengundi bahawa siapa sebenarnya UMNO.

Kita tahu berpuluh tahun UMNO memburukkan DAP kerana dengan hanya cara itu UMNO dapat membodohkan pengikut mereka sekaligus mampu bertahan. Kebetulan pula kebanyakan pengikut jenis ini tinggal di kampung-kampung yang tersisi dari maklumat perkembangan semasa. Sedihnya.

DAP itu dicanang sebagai Israelia, DAP itu musuh orang Melayu, DAP itu Komunis, DAP itu tidak mengenang budi, DAP itu wajib dihalau dari bumi Melayu, tup tup berkerjasama untuk menjatuhkan pemimpin Melayu. Hahaha. Ini namanya terbangsat.

Moralnya mungkinkah selepas ini akan ramai orang Melayu yang buka mata dan terfikir.

Kalau sebelum ini ramai yang tidak percaya berkenaan berita Presiden UMNO Zahid Hamidi akan bekerjasama dengan DAP, kerana pada mereka itu adalah hal yang sangat mustahil, mana mungkin kata mereka UMNO adalah Melayu yang sangat bermusuhan dengan kaum Cina DAP.

Nah sekarang apa cerita ini, artikel ini adalah bukti yang UMNO ada hubungan sulit dengan DAP. Kerjasama yang jitu hingga berjaya menumbangkan Kerajaan Negeri Perak.

Sebab itu sewaktu kawan kawan admin meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu admin cakap pada mereka agar meneruskannya dan jangan berundur kerana tindakan meninggalkan UMNO adalah satu kerja yang jihad. Tengoklah apa yang berlaku sekarang ekor yang masih bergelumang dengan najis tapi tidak malu bersikap licik.

Hahaha. Pun begitu walaupun UMNO telah merosakkan kerajaan negeri atau menumbangkan Menteri Besar Perak, namun masih lagi UMNO mampu berseloroh yang retorik.

Ahmad Maslan berkata kerajaan negeri Perak harus diteruskan atas nama kerjasama di antara UMNO PPBM, UMNO dan PAS apa yang berlaku hanyalah melibatkan pertukaran jawatan Menteri Besar. Kenyataan yang paling paling paling paling hipokrit.

Akar Umbi UMNO Tolak PPBM? ðŸ‘Ž

Jentera akar umbi UMNO menolak PPBM. Apa cerita ni, alahai. Betul betul kah ni ya. Hahaha!

Admin tidak nafikan tampak gambar ini telah diedit tapi yang menyebarkan gambar ini adalah salah seorang Cybertrooper UMNO. Apa maknanya tu? gunting dalam lipatan.

Cuba berlagak licik cerdik tapi penyampaiannya bikin kesian, benar benar gagal kantoi.

Rupanya dalam diam UMNO sedang melancarkan serangan terhadap Perikatan Nasional atau PPBM.

Ini namanya lempar batu sembunyi tangan.

Ada dua tujuan gambar ini disebarkan. Satu, sebagai satu amaran terhadap PAS bahawa mereka tidak suka pada kerjasama mereka bersama PPBM.

Kedua ini merupakan serangan secara langsung ke atas PPBM bahawa kononnya akar-umbi UMNO tidak menyokong PPBM.

Kita sudah berada di tahun 202O tapi masih wujudkah jentera UMNO di peringkat akar umbi? Maksud admin sejauh mana juga pengundi percaya pada mereka ni. Memandangkan apa yang kita nampak, rakyat yang lebih cerdik daripada mereka. Hemmm!

Kalau ada kepercayaan lalu kenapa pada Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini UMNO kalah teruk malah ada yang kalah pada calon Bebas dan kemenangan calon UMNO rata-ratanya mendapat majoriti yang sangat tipis.

Ada jentera akar dan didakwa sangat ramai tapi keputusan pilihan raya negeri Sabah sangat sangat mengaibkan.

Untuk nota Sabah adalah antara negeri yang paling banyak Cawangan UMNO, kedua terbanyak selepas Johor.

Benar kata Tan Sri Rahim Thamby Chik UMNO telah berjaya indoktrinasi mindset ahli UMNO supaya setia dan taat kepada pemimpin, yang telah dilaksanakan sejak Merdeka dan diperketatkan lagi salepas era Tun Mahathir menjadi punca wujudnya kesetiaan dan ketaatan ahli yang mengiler kepada pemimpin sehingga berakar umbi, melampaui batas ketaksufan. Pengamal komunis yang memiliki sistem indoktrinasi minda dan jiwa yang lebih crude dan brutal pun adakalanya menerima hakikat bahawa pemimpin yang telah menjadi penjenayah dan pengkhianat mesti dihukum.

UMNO telah berjaya mendoktrin pemikiran ahli mereka hingga gagal membezakan antara kepentingan parti dan kepentingan negara bangsa. Pokoknya apa pun yang dilakukan oleh pemimpin mereka itu bukan menjadi soal yang penting ada walah hingga ke lubang cacing.

Namun admin yakin provokasi maya ini sikit pun tidak menggugat semangat pemimpin dan penyokong PPBM dan PAS untuk terus berkerjasama.

PN Tubuh Majlis Presiden Perikatan Nasional

Apa yang dikata sedang dalam proses akan dikotakan.

Kata yang admin maksudkan ialah proses memperkukuh Perikatan Nasional baik diperingkat nasional mahupun diperingkat negeri Sabah.

Dimana pada 1 Disember 2020 pemimpin-pemimpin dari PAS dan Perikatan Nasional atau Gabungan Rakyat Sabah telah bermesyuarat dan telah bersetuju terhadap beberapa isu selain pokok utama persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum yang mungkin akan diadakan tidak lama lagi.

Mesyuarat MT itu juga telah bersetuju untuk membentuk sebuah majlis presiden yang akan dianggotai oleh semua ketua-ketua parti kerajaan perikatan Nasional sebagai platform mengukuhkan kerjasama di antara Parti-parti komponen.

Dan sudah tentulah yang turut dibincangkan ialah program berbentuk kebajikan kepada rakyat. Program ini akan dilaksanakan di seluruh negara.


Kamu tengok kalau pihak itu bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kerajaan mereka. Pasti segala akal fikiran akan digembeling bukannya macam satu parti paling tua itu asyik asyik meratapi sejarah kehebatan yang sudah pun berlalu. Seolah-olah pemikiran dan pola hidup rakyat ini tidak berkembang sekaligus tidak menuntut kriteria kriteria yang perlu ada satu satu kepimpinan. Hemmm!

18hb Disember 2020 Sabah Bentang Bajet 2021

Kerajaan negeri Sabah yang diketuai oleh Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Hajiji Noor akan membentangkan belanjawan Sabah untuk tahun 2021 pada 18 Disember tahun ini.

Ucapan pembentangan akan bermula pada jam 3 petang dan selepas itu disusuli mesyuarat kedua penggal pertama Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-16 yang bermula pada 21 hingga 23 Disember 2020.

Seperti yang telah diputuskan melalui mesyuarat yang dipengerusikan oleh setiausaha DUN Sabah pada 30 Oktober yang lalu. Bawa liputan hanya akan dibuat oleh media rasmi kerajaan dalam jumlah yang dibenarkan bagi mengekang penularan wabak Covid 19.

Pun begitu media alternatif boleh mengikuti pembentangan Bajet kelak di laman YouTube yang dikendalikan oleh Jabatan Komputer Negeri Sabah.

Khaled Dengarkan Amaran PAS Ini Tidak Ada Parti Yang Dominan

Umum tahu faktor yang menyebabkan UMNO tumbang pada pilihan raya yang lepas adalah kerana skandal rasuah yang telah memalitkan beberapa pemimpin utama UMNO. Selain keangkuhan beberapa pemimpin UMNO bilamana mereka cuba menegakkan benang yang basah.

Ironinya sehingga hari ini pemimpin UMNO itu masih bergelut dengan tuduhan rasuah mereka di Mahkamah dan bilangan pemimpin UMNO yang angkuh nampaknya semakin hari semakin bertambah mungkin didorong oleh kemenangan mereka di beberapa PRK.

Sepatutnya mereka banyak-banyak bersyukur dengan apa yang ada, iyalah mana mungkin sebuah perjuangan yang kalah dalam proses demokrasi tapi boleh sama membentuk kerajaan.

Tapi kekalahan dan pandangan sinis rakyat terhadap sikap mereka masih belum mampu mengubah sikap dan cara berpolitik sebahagian besar kepimpinan UMNO. Seolah olah bukan pandangan itu yang menyebabkan mereka ditolak sebab itu semakin syok sendiri.

Kamu ingat fakta ni, alahai.

Sepertimana dakwaan terbaru Naib Presiden UMNO Khaled Nordin. Bahawa mereka yang mendakwa tidak perlu ada parti Melayu yang dominan adalah mereka yang gagal memahami hakikat politik Nasional, tidak sensitif dan malas berusaha.

Justeru itu UMNO boleh mendominasi dengan kerjasama penuh daripada PAS. Pula, admin ingat boleh terbang tinggi tanpa bantuan kawan.

Sebelum ini setiausaha PPBM Pahang Saifudin Abdullah menyatakan tidak timbul isu parti mana yang lebih dominan sekiranya PPBM PAS dan UMNO bergabung bagi menghadapi pilihanraya umum yang ke-15.

Dimana salahnya kenyataan Saifuddin Abdullah itu? Bukan kah kenyataan itu berupa saranan atau nasihat untuk orang Melayu bahawa jika ingin mendominasi politik Semenanjung Malaysia maka PPBM PAS dan UMNO wajib bersatu hati.

UMNO ni ada saja yang tidak kena. Semualah bercanggah dengan “kedaulatan” UMNO, walhal kuasa yang tersisa itu datang dari ehsan rakan rakan dalam Perikatan Nasional.

Tiada gunanya UMNO berlagak hero keatas PPBM selagi rangkanya PAS yang pegang. Baru baru ini PAS telah beristifar bahawa mereka tidak akan meninggalkan Bersatu hanya kerana UMNO.

Malah petang tadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Ustaz Mokhtar Senik telah menegaskan bahawa dari sudut pilihan raya tidak ada parti yang kuat atau dominan apa itu UMNO, PAS dan PPBM jika bersendirian kecuali ada diantara mereka yang berkerjasama dengan Pakatan Harapan.

Justeru itu menurut pemimpin PAS berkenaan cukuplah melayu-muslim berpecah ada pun Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional kena dipertahankan.

Jadi pada Khaled Nordin nampak sudahkah ketegasan PAS itu? PAS kata tidak ada parti yang dominan termasuklah parti UMNO, diharap selepas ini sedar-sedarkan parti tu sikit.

UMNO Jangan Syok Nak Bertanding Banyak Kerusi. Boleh Menang?

Kenyataan terbaru Menteri Wilayah merangkap Setiausaha Agung BN Annuar Musa memang ada kebenarannya dan semacam sudah menjadi zikir setiap kali admin mengkritik kenyataan dari beberapa pemimpin pemimpin UMNO yang masih tidak sedar diri dan tidak bersyukur. Bila mana mereka tidak sudah-sudah mengkritik kemampuan kerajaan Perikatan Nasional atau kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri Malaysia.

Pertama-tama sekali suka admin menjelaskan kedudukan yang sebenar-benarnya. Bahawa yang mengancam parti Warisan di Sabah hingga memaksa presidennya membubarkan DUN ialah kumpulan Tan Sri Musa Aman dan Datuk Haji melalui PPBM.

UMNO sendiri mengakuinya bahawa mereka tidak terlibat dan tidak dilibatkan. Itu adalah fakta ok.

Walaubagaimanapun bila berlaku pengagihan kerusi diantara parti parti pembangkang pada waktu itu, UMNO pula yang melebih-lebih berlagak abang besar.

Tuntutan UMNO Sabah agak mengada-ngada dan pahit untuk ditelan tapi atas nama kerjasama dan matlamat untuk mendapatkan kemenangan akhirnya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada PPBM, PBS, STAR SAPP dan PBRS akur pada tuntutan berkenaan.

Maka UMNO (BN) pun mendapat 41 kerusi malangnya bila keputusan PRN Sabah diumumkan UMNO hanya mendapat 14 kemenangan. Tidak sampai separuh dari 41 kerusi yang mereka tamakkan.

Lagi malang dan mengaibkan bolehnya calon UMNO kalah kepada calon Bebas. Nampak benar UMNO mulai ditolak secara beransur-ansur oleh rakyat Sabah.

Keberadaan itulah yang dimaksudkan oleh Menteri Wilayah Datuk Annuar Musa bahawa UMNO perlu memikirkan peluangnya untuk menang sebelum meminta PAS dan PPBM memberikan lebih banyak kerusi kepada UMNO pada pilihan raya umum yang akan datang.

Ujarnya, saya fikir semua faham UMNO akan bertanding kerusi paling banyak tetapi UMNO kena tanya jangan fikir soal nak banyak kerusi saja, bolehkah kita menang banyak?

Biar admin jawab dari konteks Sabah kalau UMNO bertanding di Parlimen di mana DUN DUNnya diwakili oleh Warisan memang menangis tapi kalau GBS ada cerita boleh ketawa. Al sebab itulah UMNO harus menunjukkan sikap setia kawan pada parti-parti yang ada dalam Perikatan Nasional atau Gabungan Rakyat Sabah (GBS).

Jangan lagi berlagak abang besar, haram tiada seorang pun yang seram. Contohi kesimpulan Annuar Musa beliau bercakap apa adanya dengan harapan rakyat dapat melupakan kelemahan atau kegagalan UMNO sebelum ini.

Kalau ada yang mahu tahu propaganda yang paling ampuh di Sabah ialah anti UMNO apa lagi sejak kebelakangan ini pemimpin-pemimpin UMNO sering mengeluarkan kenyataan yang hipokrasi seperti mempolitikkan poket rakyat, berlagak suci sangat, macam saja rakyat tidak tahu.

Kerajaan Negeri Menerima Bantuan Dana 50K dan PPE

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menerima bantuan dana sebanyak RM50,000 sumbangan daripada 99 Speed Mart (East Malaysia) Sdn.Bhd dalam membantu menangani dan memerangi pandemic COVID-19 di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang mewakili kerajaan negeri turut menerima 5,000 unit PPE baju suit (coverall) sumbangan daripada Yayasan MyPrihatin.

Bercakap pada majlis penyerahan bantuan COVID-19 itu, Hajiji berkata kerajaan negeri mahu lebih banyak penglibatan dan sumbangan daripada syarikat korporat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam membantu menangani dan memerangi pandemik COVID-19 di negeri ini.

Beliau turut melahirkan rasa gembira mengetahui banyak syarikat korporat dan NGO tampil membantu dengan memberikan pelbagai sumbangan kepada rakyat yang terkesan dan terjejas teruk akibat pandemik ini.

“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih dan berharap kerjasama seperti ini akan berterusan”, katanya selepas majlis penyerahan Bantuan COVID-19 tersebut di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), hari ini.

Pengurus Besar (East Malaysia) Speed Mart, Encik Lim Kok Wei menyerahkan sumbangan itu, manakala Yayasan MyPrihatin diwakili oleh Ir.Rohan Ahmat.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Safar Untong dan Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, Puan Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof.

Katanya, kes COVID-19 di Sabah masih pada angka 3 digit iaitu 311 kes dan 3 kematian selain tidak ada kluster baharu dilaporkan pada 22 November 2020 (Ahad). Jumlah tersebut menurun berbanding 346 kes pada Sabtu.

Hajiji berkata, dalam Perbekalan Tambahan Kedua 2020 yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 16 November 2020, sejumlah RM375.12 juta (53 peratus) diperuntukan untuk membantu menangani pandemik COVID-19.

“Sejumlah RM160 juta daripadanya juga diperuntukkan untuk Pakej Bantuan Prihatin COVID-19, kepada rakyat yang terkesan dan terjejas teruk”, tegasnya.

Menurutnya, Kerajaan Persekutuan juga telah menyalurkan RM50 juta menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi membendung COVID-19 seperti pembelian peralatan perlindungan diri dan keperluan di pusat kuarantin serta rawatan COVID-19.
-Tamat.

UMNO Wajib Sedar Diri Dan Buang Sikap Bodoh Sombong

Hanya mampu terkebil-kebil terkedu, expressi itu yang kelihatan pada raut muka seorang panel yang juga Ketua Penerangan UMNO, Sharil Hamdan. Bila mana dia mendengar pernyataan yang bertentangan dengan apa yang dia yakini atau ketahui sebelum ini.

Nampak benar sebelum ini cukup syok dan tidak sedar diri.

Pelik seorang pemimpin muda UMNO yang baru saja mengalami kekalahan besar pada pilihanraya yang lepas. Namun masih belum sedar diri.

Masa dia tidak tahu apa yang menyebabkan UMNO ditolak pada pilihan raya lepas. Masa dia belum tahu siapa sebenarnya yang menentukan kemenangan parti yang bertanding adakah kerana banyaknya cawangan parti atau kerana faktor calon atau pemimpin yang diterima oleh pengundi yang tidak memihak pada mana-mana parti.

UMNO adalah parti yang tumbang pada pilihan raya umum yang lepas tapi ikut sama membentuk kerajaan. Pelik bukan. Haha!

Justeru itu, masa seorang pemimpin muda tidak tahu atau tidak pandai bersyukur.

Masa juga dia tidak tahu faktor yang menyebabkan PAS mampu bertahan malah mendapat banyak kerusi Parlimen pada pilihan raya umum yang lepas. Selain kerana UMNO adalah parti yang ditolak oleh majoriti penyokong PAS dan kebanyakan pengundi atas pagar.

Ditolak kerana UMNO dianggap sebagai parti yang telah menyimpang dari agama sebab itulah dikafirkan oleh PAS. UMNO juga dilihat telah menyimpang dari memperjuangkan nasib rakyat bilamana kuasa disalahgunakan untuk kepentingan diri dan kroni.

Dan sehingga ke hari ini pemimpin-pemimpin UMNO yang terpalit dengan skandal salahgunakuasa sedang dibicarakan di Mahkamah.

Ketua Penerangan UMNO bertanya pada Menteri Wilayah, Annuar Musa yang juga pemimpin UMNO.

Kenapa tidak saja UMNO meninggalkan PPBM dan hanya bekerjasama dengan PAS. Memandangkan PPBM tidak mempunyai cawangan yang banyak di peringkat akar umbi. Lebih kurang begitulah soalan sombong bodoh yang dikemukakan.

Justru kamu dengarkan jawapan yang diberikan. Macam orang yang ditampar dengan tahi.

Diharap agar selepas ini bolehlah para kepimpinan UMNO bersikap rendah diri. Jangan lagi cuba berlagak abang besar paling jelek bersikap sombong bodoh. Memualkan!

Sebaliknya eratkan setiakawan didalam Perikatan Nasional. Siapa tahu UMNO dapat menumpang kasih dan rakyat dapat melupakan kesalahan mereka.

Ingatlah kawan rakyat tahu apa yang dilakukan oleh UMNO hingga UMNO tumbangkan. Jangan jadikan kemenangan di beberapa PRK sebagai kayu ukur beza tu bahangnya antara pilihan raya kecil dan pilihan raya umum.

Jangan juga lupa kawan di pilihan raya negeri Sabah baru-baru ini calon UMNO kalah memalukan pada calon Bebas. Menunjukkan marhaen Sabah yang tidak kisah dengan politik pun mula jemu pada UMNO sedangkan golongan inilah yang menjadi modal UMNO sejak berdekad yang lalu.

Fitnah Terhadap Ketua Menteri Hajiji Pasal Bantuan Makanan

KOTA KINABALU: Satu catatan di media sosial yang mendakwa penyerahan bantuan bakul makanan Covid-19 ditangguhkan kerana kecekapan penjawat awam adalah berita palsu.

Pejabat Ketua Menteri menyatakan bahawa catatan itu disiarkan di semua platform media sosial dan disertakan dengan gambar Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor adalah cubaan jahat untuk melemahkan dan memburukkan Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang baru dibentuk dan pemimpin.

Ketua Menteri tidak pernah membuat pernyataan seperti itu, sebaliknya beliau sangat menghargai kerja keras yang dilakukan oleh semua pihak yang terlibat dalam memerangi pandemi Covid-19 serta mereka yang telah memberikan bantuan kepada orang-orang yang terkena perintah kawalan pergerakan.

Laporan akan diserahkan kepada pihak berkuasa agar tindakan sewajarnya diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab untuk membuat dan menyebarkan berita palsu ini.

Tamat

Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri
Lucy Irene Yong
15 Nov 2020

Zillion Ventures Sumbang Beras Pelitup Muka & Hand Sanitizer – BERSATU Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor hari ini menyaksikan penyerahan sumbangan 10,000 kampit beras (5kg per kampit), 1000 kotak pelitup muka (face mask), 1000 botol hand sanitizer (500 ml) sumbangan Zillion Ventures Sdn.Bhd kepada Bersatu Sabah di pejabat parti itu di Alamesra.


Sumbangan itu telah diserahkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan (GMD) Zillion Ventures, Datuk Yeo Hock Ching kepada Ketua-Ketua Bahagian Bersatu.


Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah mengucapkan terima kasih kepada Yeo dan Zillion Ventures diatas sumbangan bagi membantu golongan yang memerlukan.


Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif Zillion, Encik Redzuan Ismail, Ketua Armada Bersatu Sabah, Encik Fairuz Renddan, Setiausaha Bersatu Sabah, Muhamed Razali Razi, Ketua Penerangan, Encik Khairul Firdaus Akbar dan Setiausaha Kerja Bersatu Sabah, Encik Abdul Kassim Razali.


1. Hajiji (tengah) menyaksikan penyerahan sumbangan daripada Yeo (kiri) kepada Ketua Bersatu Bahagian Sepanggar, Encik Muhamed Razali Razi.


2. Ketua Bersatu Bahagian Batu Sapi, Encik Khairul Firdaus (kanan) menerima sumbangan daripada Yeo sambil diperhatikan oleh Hajiji (dua dari kanan).


3. Hajiji (dua dari kanan) menyaksikan penyerahan sumbangan daripada Yeo (dua dari kiri) kepada Ketua Bersatu Bahagian Papar, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar di majlis itu.