Shafie Tidak Ada Hak Menghalang JPPS Di Sabah

Dulu semasa era pemerintahan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman. Kerajaan negeri berhadapan dengan birokrasi yang sengaja ditimbulkan oleh Menteri KKLW pada masa itu. Dimana Shafie pada masa itu tidak memberikan kerjasama yang sepenuhnya hingga sanggup menubuhkan satu cawangan KKLW di negeri Sabah yang dikenali sebagai KPLB dan sehingga hari ini ia masih berfungsi. Tapi tidak dipersoalkan atau dihalang oleh Ketua Menteri Shafie. Peliknya!

Antara matlamat lain KPLB pada masa itu ialah supaya projek yang telah ditentukan oleh menteri KKLW pada masa itu tidak lagi boleh diganggu-gugat oleh mana mana pihak atau wakil dari kerajaan negeri.

Seolah olah Kerajaan negeri Sabah pada masa itu berada dalam blok pembangkang. Mangkuk brutal.

Hari ini orang yang sama mengepalai Sabah dan menolak cadangan JPPS. Alasannya tiada keperluannya bagi mewujudkan JPPS di negeri Sabah. Tapi bagaimana dengan KPLB yang dia tubuhkan dahulu. Lucu dan hipokrasi bukan.

Sepatutnya Shafie merasa malu dan sedar lalu bertanya pada dirinya kenapa wakil persekutuan di negeri Sabah iaitu PPBM mencadangkan JPPS ditubuhkan semula di negeri Sabah. Ini kerana Federal tahu siapa Shafie sebelum ini. Shafie dikenali sebagai pemimpin yang mempergunakan dana kerajaan untuk memasyhurkan namanya dan menjaga kepentingan politik peribadinya.

Pada masyarakat Sabah jangan lagi mudah diperbodohkan oleh kepimpinan Warisan. 22 bulan sudah berlalu tetapi tiada satu pun kejayaan yang berjaya dibina oleh kerajaan Warisan yang mereka tahu hanyalah merasmikan prasarana yang telah siap dibina oleh kerajaan terdahulu. Selain laporan propaganda tolol yang dilaporkan oleh laskar warisan kononnya kerajaan mereka telah mencapai kejayaan. Kejayaan apa mengagihkan bantuan makanan pun gagal. He!

Hukum jangan dilupa, semua kejadian di dunia ini ada karmanya. Kalau dulu Shafie sengaja tidak percaya pada kerajaan negeri. Hari ini orang lain ikhlas untuk tidak percaya pada kepimpinannya.

Kesimpulannya kerajaan negeri atau Shafie tidak ada hak menolak cadangan menubuhkan JPPS Sabah. Bukan saja tidak ada hak tapi tidak ada ruang untuk dia merasionalkan penolakannya. Sebab taktik politik dan dirinyalah yang menyebabkan orang skeptikal terhadap kepimpinannya.

Tambah Baik Bantuan One-Off, Bantu Gelandangan dan Matlamat JPPS – Nizam Titingan

YB Datuk Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan(ADUN N56 Apas) Menghadirkan diri di Sidang Dewan Undangan Negeri Sabah selaku ADUN Gabungan Perikatan Nasional untuk hari terakhir hari ini dan telah membangkitkan dan mencadang kepada Kerajaan Negeri perkara perkara seperti berikut:

1. Agar menambaik baik sistem penyampaian dan penyaluran bantuan kewangan one-off bantuan covid19 kerajaan negeri kepada rakyat yang terjejas supaya tiada kecelaruan dan sampai terus ke sasaran

2. Memohon Kerajaan Negeri untuk turut memberi perhatian dan bantuan kepada golongan gelandangan(homeless) yang terdapat di bandar bandar untuk dikumpulkan di satu tempat yg sesuai dan turut dibuat saringan covid19.

3. Menjelaskan pendirian sekiranya Jabatan Pembangunan Persekutuan ditubuhkan seperti dicadang oleh BERSATU@PPBM Sabah adalah bertujuan untuk mengurus tadbir dan melicinkan perlaksanaan program serta projek pembangunan dari Kerajaan Persekutuan bagi kepentingan rakyat di negeri Sabah sebagaimana biasa bila negeri berkaitan di tadbir oleh kerajaan pembangkang dan ia tiada kaitan dengan soal menyerahkan hak Sabah kepada Persekutuan.

Sumber page.

Zahid Tuntut Lantik 4 UMNO Sabah Tidak Masuk Akal

Sebentar tadi admin terbaca satu artikel di Malaysiakini berhubung sepucuk surat yang menuntut agar pengerusi UMNO Sabah Bung Mokhtar Radin dilantik sebagai Pengerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah. Begitu juga dengan wakil rakyat daripada Kimanis agar diberikan kedudukan sebagai Timbalan Menteri. Manakala Rahman Dahlan yang kalah di Parlimen Sepanggar pada PRU yang lepas dicadangkan agar dilantik sebagai ahli Dewan Negara mewakili Sabah.

Surat tuntutan itu ditandatangani oleh Presiden UMNO Malaysia Zahid Hamidi dan ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Belum sampai masanya untuk UMNO berfikiran materialistik seperti itu. Apa lagi dalam keadaan sekarang dimana rakyat sedang berhadapan dengan pendemic Coronavirus.

Itu bukan setakat desakan yang berniat politik jahat dalam masa yang sama cuba memperkukuh kedudukan Zahid selaku Presiden UMNO di negeri Sabah tapi sebenarnya misi dan visi untuk menguburkan UMNO buat selama-lamanya tanpa UMNO sedari. So pada Zahid selaku Presiden UMNO tanggalkan dulu strategi ataupun akal politik itu sebaliknya manfaatkan sepenuhnya sisa-sisa kepercayaan rakyat.

Kalau ada pemimpin UMNO yang terpalit dengan tuduhan rasuah di Mahkamah nah lawan dulu habis habisan sampai menang. Begitu juga calon BN yang kalah di pilihanraya yang lepas, galakkan mereka bekerja sebagai wakil rakyat atau pemimpin biasa yang tidak ada portfolio agar dapat menarik balik kepercayaan rakyat, bahawa tanpa jawatan dalam kerajaan pun mereka boleh berkhidmat dengan baik dan ikhlas kepada rakyat dengan itu ia juga dapat membuang persepsi UMNO yang sinonim dengan cash is king.

Dalam apa jua percaturan politik yang melibatkan politik Sabah harus perkara itu dinilai dari konteks sejarah politik Sabah. Bagaimana, sekali parti pemerintah tersungkur maka itu adalah isyarat bahawa parti berkenaan akan dikuburkan oleh rakyat Sabah buat selamanya. Ini bukan cerita kosong tetapi kenyataan yang harus diakui.

Ingat antara faktor lain yang menyebabkan Parti Warisan berjaya memenangi beberapa kerusi DUN dan Parlimen di pilihan raya yang lepas ialah kerana sentimen atau propaganda mereka terhadap parti UMNO selain faktor integriti dikalangan pemimpin UMNO Sabah pada masa itu.

Untuk juga makluman jawatan Pengerusi Pembangunan Persekutuan Sabah telah pun diisi oleh Menteri Pertanian dan Makanan Datuk Ronald Kiandee. Apa lagi yang mengilhamkan agar JPPS atau agensi pembangunan Persekutuan Sabah diwujudkan di Sabah ialah Pengerusi PPBM Sabah Datuk Hajiji Noor itu sendiri.

Apa juga masalahnya UMNO ni ahh, bukankah UMNO sekarang adalah sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional itu bermakna sebarang kelebihan yang ada pada PPBM Sabah akan dapat menguntungkan politik UMNO secara keseluruhannya. Jangan terlalu ego nanti membunuh diri sendiri, sedar sedarkan diri tu sikit jangan sampai rakyat berpendapat sememangnya UMNO sudah tepu tidak lagi boleh dibentuk dan tidak akan reti menginsafi diri.

Jangan lupa yang mengisi beberapa jawatan Menteri penuh dalam kerajaan hari ini ialah beberapa pemimpin UMNO, adakah itu masih tidak cukup. Walhal UMNO kalah pada pilihan raya lepas tetapi hari ini boleh menjadi kerajaan atau Menteri. Tidak cukup? Malah menuntut pula agar pemimpin UMNO Sabah diberikan kedudukan. Apa, UMNO ingat rakyat ini bodoh dan tidak kisah. Luka hati belum sembuh sepenuhnya tapi kesakitan cuba ditambah? Giler!

Kalau ada yang tidak percaya pada tentangan admin ini tolong baca komen netizen, seperti dibawah.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10152021827334945&id=31373189944

Kalau ada pun yang menyokong cadangan atau surat tuntutan itu, pastinya mereka adalah ejen atau jentera dari parti parti PH dan parti Warisan. Yang ingin melihat cadangan itu menjadi kenyataan agar Perikatan Nasional huru-hara dan kebangkitan UMNO terhenti di tengah jalan.

Tuntutan yang tidak wajar atau bahasa politiknya tidak masuk akal. Bukan pula bererti tidak berkelayakan langsung tapi belum sampai masanya. Persepsi buruk rakyat terhadap sebahagian besar pemimpin pemimpin UMNO masih segar dan utuh.

Presiden UMNO jangan bagi bola tanggung pada pembangkang, buruk padahnya.

Kedudukan, Bersatu Sabah ada 5 MP berbanding UMNO hanya ada 2. Begitu dengan ADUN, Bersatu ada 9 berbanding UMNO hanya ada 1. Jadi tentang UMNO layak diberikan kedudukan, jangan mengada-ngada. Jangan tambahkan kemarahan rakyat pada UMNO.

Ronald Kiandee Dilantik Pengerusi Pembangunan Persekutuan Sabah

Alhamdulillah dan terima kasih terhadap Pengerusi PPBM Sabah Datuk Hajiji Noor berhubung cadangan beliau sebelum ini agar JPPS diperkenalkan semula di negeri Sabah telah menjadi kenyataan.

Walaupun mendapat tentangan keras daripada pentadbiran atau Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal. Dimana pelbagai alasan yang diberikan oleh kerajaan negeri. Ini termasuklah mengaitkannya dengan hak hak Sabah atau retorika perjanjian 1963.

Tujuan mereka jelas agar usaha murni Datuk Hajiji Noor tidak menjadi kenyataan.

Tidak terkecuali cadangan mengwujudkan JPPS itu juga ditentang oleh salah seorang pemimpin UMNO daripada Sabah Datuk Rahman Dahlan namun admin yakin tentangan Datuk Rahman itu tidak dipersetujui oleh Ketua UMNO Sabah Datuk Bung Mokhtar Radin.

Dalam pada itu PPBM Sabah berjaya membidas satu persatu alasan retorik yang mereka lemparkan melalui jawapan yang bernas dan konkrit hingga dapat menyakinkan pihak yang berkuasa. Selain sudah tentulah kerana cadangan itu diilhamkan sendiri oleh Ketua PPBM Sabah Datuk Hajiji Noor. Alhamdulillah.

Pembaca boleh ikuti perjalanan cadangan ini seperti link di bawah :-

https://jalinluin.com/2020/03/13/apa-kaitannya-jpps-dengan-hak-hak-sabah-wahai-warisan/

https://jalinluin.com/2020/03/14/rahman-kecewa-mempolitikkan-jpps-yang-menguntungkan-sabahan/

https://jalinluin.com/2020/03/13/jpps-untuk-lancarkan-pembangunan-tiada-kaitan-serah-hak-sabah-hajiji-noor/

Alhamdulillah sekali lagi, hari ini Datuk Ronald Kiandee yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia telah dilantik sebagai Pengerusi Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah oleh Kerajaan Persekutuan.

Harapan masyarakat Sabah amat besar dan tinggi semoga dengan ini Sabah akan lebih maju jaya dibawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden PPBM Malaysia di peringkat Persekutuan dan kepimpinan PPBM Sabah Datuk Hajiji Noordi peringkat negeri Sabah itu sendiri.

Tahniah kepada Datuk Ronald Kiandee dan kepimpinan PPBM Sabah yang diketuai oleh Datuk Hajiji Noor. Terbaik oh!


Jangan ada yang meroyan, hakikatnya. Samalah bha tu jawatanPengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Negeri dengan Pengerusi Pembangunan Persekutuan Sabah malah malah lebih besar.

Teks Perutusan Khas PM Muhyiddin PKP Sehingga 28hb April 2020

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamuálaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera.

Saudara-saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi.
Apa khabar semua? Saya harap saudara-saudari sihat sejahtera bersama keluarga di rumah.

Bagi yang sedang bekerja, selamat bekerja dan jaga kesihatan. Sentiasa amalkan penjarakan sosial, jaga kebersihan diri dan apabila balik ke rumah jangan
lupa mandi dulu.

Kemudian barulah buat apa-apa aktiviti bersama keluarga. Di awal ucapan saya ini, saya nak menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan saya kepada anda semua sebagai rakyat Malaysia. Anda adalah manusia yang hebat.

Doktor dan jururawat yang berada di barisan hadapan, anda mengambil risiko setiap kali melangkah masuk ke wad. Tetapi anda terus melangkah dengan gagah untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Walaupun letih, anda tidak mengeluh tetap.

Klik link di bawah untuk mendapatkan teks ucapan khas Perdana Menteri Malaysia yang berlangsung pada jam 4 petang tadi.

Teks Ucapan Khas PM Muhyiddin 10.4.2020

Besi Buruk Warisan Hentikan Retorik Tolak Parti dari Malaya

Ini hah semalam jentera besi buruk Parti Warisan mendakwa bahawa mereka akan terus menolak parti daripada Malaya.

Tapi mereka lupa tidak wakil rakyat daripada warisan mendapat jawatan Menteri di persekutuan tanpa persekutuan itu sendiri.

Terbaru Presiden Warisan berhubung dengan pemimpin atau parti daripada Malaya.

Yang saya mahu sampaikan disini ialah kalau kamu mahu berpolitik Sabah for Sabahan carilah masyarakat Sabah yang bodoh macam kamu jangan memperbodoh mereka yang berakal.

Kurang itu ada lagi di kalangan besi buruk itu yang membuat kenyataan fitnah kononnya Tun M selaku pengerusi PPBM yang menghubungi Presiden Warisan. Apa kelas punya kelentong.

Bermaksud adakah selepas ini Warisan masih berpolitik dengan retorik kononnya mereka tidak akan bekerjasama dengan parti daripada Malaya seperti sebelum-sebelum ini walaupun pada akhirnya wakil rakyat daripada Parti Warisan dilantik sebagai menteri di peringkat Persekutuan?

Cukup-cukuplah memperbodoh masyarakat Sabah. Tidaklah perjuangan atau memperjuangkan perjanjian 1963 yang terus dijadikan senjata oleh Warisan melebihi apa yang telah diperjuangkan oleh parti-parti tempatan daripada Sarawak namun hari ini pentadbiran Sarawak terus bekerjasama dengan Federal dalam erti kata yang sebenarnya.

Si Darell pun ikut melike. 🙂

Salam Ulang Tahun Ke Satu PPBM – Hajiji Noor

Salam dan selamat sejahtera rakan2 seperjuangan semua.

Hari ini genaplah satu tahun BERSATU berada di Sabah.

Saya berdoa semoga perjuangan kita melalui parti yang kita sertai ini akan memperolehi kejayaan terutama untuk membela nasip rakyat PRIBUMI SABAH tanpa mengira kaum dan agama mereka…

SELAMAT MENYAMBUT ULANG KE SATU TAHUN BERSATU SABAH.. 6HB APRIL…dan Selamat berjuang semua…

Ikhlas daripada:

Datuk Hajiji Haji Noor
KETUA PIMPINAN BERSATU NEGERI SABAH

Ucapan Khas PM Muhyiddin Pakej Rangsangan Prihatin Tambahan

Perutusan khas Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Pakej Rangsangan Prihatin Tambahan.

Banyak betul bantuan untuk PKS ni ini termasuklah potongan faedah pinjaman sehingga 0%. Wow!

Selain bantuan yang berbentuk moratorium kepada pihak-pihak atau syarikat perniagaan yang terbabit. Pemerintah juga menyediakan sistem atas talian yang dapat memudahkan mereka yang terlibat untuk membuat permohonan.

Inilah apa yang dipanggil kerajaan yang berkebajikan, dalam keadaan ekonomi Malaysia yang tidak berapa stabil dan berhadapan dengan wabak Covid 19 namun kerajaan terus berusaha mensejahterakan kehidupan dan ekonomi rakyat.

Menariknya bukan hanya pelbagai bantuan yang diberikan tetapi juga sistem yang dapat memudahkan masyarakat untuk berurusan.

Untuk keterangan yang lebih lanjut anda boleh mendapatkan teks ucapan PM Muhyiddin berkenaan dalam bentuk PDF.

Untuk itu klik sahaja link di bawah. Terima kasih.

Ucapan Khas Perdana Menteri Pakej Rangsangan Tambahan

Hajiji Serah Bantuan Makanan Kepada Rakyat

Yang berbahagia Datuk Hajiji Haji Noor Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah merangkap ahli Undangan Negeri Sabah, DUN Sulaman.

Beliau telah mengagihkan bantuan bahan makanan kepada ketua dan wakil daripada empat buah kampung iaitu Kampung Penimbawan, Kampung Baru-Baru, Kampung Lok Munuk dan kampung Tajau.

Bantuan itu diberikan kepada mereka yang memerlukan dan mengikut keperluan sesebuah kampung.

“Ujarnya insya-allah semua kampung dalam kawasan DUN Sulaman akan mendapat agihan bantuan bahan makan mulai hari ini dan misi pengagihan ini dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh seminggu.

Kira-kira 2000 ketua isi rumah akan mendapat agihan bantuan daripada beliau dan juga Kerajaan Persekutuan.

Dalam pada itu bantuan juga akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan di kawasan Kiulu dan Tamparuli.

Ucapan beribu tahniah daripada admin.

Fasa 1 Jadual Bayaran BPN  Bermula 06hb April 2020

Inilah yang ditunggu-tunggu oleh majoriti rakyat Malaysia itu bayaran bantuan prihatin Nasional (BPN).

Fasa pertama akan dibayar secara berperingkat bermula 6 April 2020 (Isnin). Fasa ini melibatkan 8.4 juta penerima isi rumah dan individu bujang yang berjumlah RM5.3 bilion

Jadual bayaran seperti di bawah dan boleh juga didapati dalam bentuk PDF klik saja link yang admin sediakan di bawah. Terima kasih. 🙂

Klik links dibawah bagi mendapatkan jadual dalam bentuk file PDF.

PDF Jadual BPN Fasa 1