Jerat PH Yang Berjaya Mengenakan Dr M

1. Kalau kita dengar ramai pemimpin utama dan penyokong PKR tidak bersetuju dengan pencalonan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

2. Tapi mereka bergembira bila Wan Azizah tercalon sebagai Timbalan Perdana Menteri.

3. Dalam pada itu penyokong PKR sibuk mempromosikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.

4. Amanah setakat menumpang tuah. He

4. DAP pula menjadi pemerhati kepada sandiwara kawan kawannya. DAP tidak kisah pun siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri, apa yang DAP harapkan ialah tenaga dan usaha semua jentera PH yang akan menyumbang kepada kemenangan mereka.

5. Hasilnya kerana nama Dr M yang diangkat sebagai bakal Perdana Menteri. Maka sudah tentulah PPBM akan berusaha lebih keras berbanding PKR, DAP dan Amanah. Inilah yang dimaksudkan dengan kuda tunggangan, jerat yang mengena.

6. Sebelum ini kita pernah ingatkan agar jangan Dr M beranggapan politik PKR dan DAP tidak licik mana. Hakikatnya mereka jauh lebih licik dari Dr M. Selain faktor umur Dr M yang akan menjadi halangan besar.

7. Akhirnya Warisan yang menjadi proksi PPBM akan berakhir ditangan PH. Begitu juga dengan nasib Muhyiddin Yassin dan Mukhriz.

PKR Tidak Ada Kerjasama Dengan Warisan!

Warisan hadir di majlis pra pelancaran manifesto dan sambutan Krismas PH

  • Warisan tidak ada kerjasama politik dengan PKR hata dengan PH sekalipun (kecuali PPBM yang menjadi godfather Warisan)
  • Kedua belah pihak menyedari, akhirnya mereka akan dipisahkan oleh manifesto masing masing. Kalau pun mereka cuba menyatukan manifesto untuk memancing undi pada pilihan raya umum akan datang. Maka itu hanyalah manifesto kosong atau penipuan nyata dari pembangkang.
  • Diambang PRU13, PKR pernah cuba memasukkan agenda Borneonisasi ke dalam manifesto atau buku jingga mereka tapi disaat akhir ia dikeluarkan. Kerana PKR pusat menyedari agenda sebesar itu bertentangan dengan pemikiran majoriti pengundi atas pagar yang rata ratanya agak berpendidikan. Membuktikan sukar untuk PKR berkerjasama dengan Warisan yang berpolitik kenegerian.
  • Apa lagi sebelum ini sering kita mendengar ketegasan Warisan dimana mereka tidak akan berkerjasama dengan parti parti yang berasal dari Semenanjung. Justeru itu pelbagai soalan dari jentera BN telah dilemparkan pada mereka supaya Warisan memberikan kenyataan balas tapi sehingga hari ini Warisan hanya mampu mendiamkan diri. Kenapa kah?
  • Dalam masa yang sama Ketua Ketua Cabang di negeri ini juga mendapat cabaran, cabaran agar mereka mengemukakan kenyataan atau pengakuan dari pihak mereka, andai ada kerjasama diantara PKR dan parti Warisan. Tapi sehingga hari mereka juga mendiamkan diri. Kenapa kah?

1. Warisan wakili PH di Sabah

2. Alasan Warisan tidak berkerjasama dengan parti parti daripada Semenanjung

3. Warisan perlu lebih bertanggungjawab dan beberapa lagi, boleh scroll di blog ini.

  • Hari ini Warisan berada dalam keadaan yang serba salah, mahu berpolitik nasional tapi majoriti pembenci BN di negeri Sabah telah termakan propaganda Warisan yang mahu melihat Sabah keluar dari Malaysia sebelum didapati berkerjasama dengan PPBM.
  • Selain hubungan yang tidak akan terjalin, sentimen peribadi dikalangan ahli PKR Sabah keatas Shafie Apdal selaku pemimpin politik menyulitkan lagi kerjasama dan kalau dibiarkan ia bakal menjadi duri dalam daging PKR. Pada pemimpin atasan PKR sila ambil kira kebencian mereka pada Shafie.
  • Baru baru ini admin terserempak dengan seorang jentera tegar PKR. Dia katakan misi mereka pada kali ini bukannya untuk kemenangan atau kepentingan parti semata-mata tapi ingin melihat politik Shafie Apdal berakhir buat selama lamanya (lebih kurang begitulah)
  • Untuk nota ahli tegar PKR yang admin jumpa itu adalah jentera PKR yang cukup kental mempertahankan partinya, begitu juga dengan admin semasa mempertahankan Shafie Apdal selaku pemimpin BN. Sebab itulah sesiapa yang tidak mengenali Jalin Luin sebagai jentera Shafie aka BN pada masa lalu seolah olah admin tidak pernah wujud dalam politik Shafie. Adalah mereka dari spesis cicak yang baru merasa nasi sejuk dan mengada ada, mereka itulah jentera tunggul yang tidak bermanfaat kepada masyarakat. Dan apa bila jentera PKR itu mengetahui yang admin tidak lagi bersama Shafie, dia mensyukuri perbezaan itu dan menjadi motivasi pada mereka untuk menjahanamkan politik Shafie Apdal dan orang orang yang ada di sekelilingnya (lebih kurang begitulah)
  • Jadi gambar diatas yang sedang tersebar dan cuba dimanipulasi oleh totok totok Warisan dan segelintir jentera PKR, sebenarnya mereka sedang membina jalan mati untuk PKR. Menunjukkan juga Warisan ni spesis yang tidak boleh dipegang pada janji. 🤓

#BNforSabahan

Azwan Ali Lapor Penyelewengan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali 

  • Penafian apa lagi yang mampu dizahirkan oleh para penyokong PKR berhubung adanya aktiviti penyelewengan di negeri Selangor.
  • Sebab kali ini yang membuat laporan penyelewengan ke SPRM bukannya jentera BN bukan juga pemimpin BN bukan juga masyarakat biasa atau pengundi atas pagar tapi dari keluarga Menteri Besar Selangor Azmin Ali iaitu Azwan Ali.
  • Hari ini sekitar 10.05 Azwan Ali yang menaiki Toyota Alphard berwarna hitam hadir di pejabat SPRM Kuala Lumpur bagi membuat laporan penyelewengan yang melibatkan abangnya Menteri Besar Selangor, Azmin Ali
  • Dilihat juga Azmin Ali membawa sampul surat yang berisi bukti keterlibatan Azmin Ali dalam penyelewengan berkenaan.
  • Kita tahu pada 29 November 2017 anak buah Azmi Ali, Mohd Nuzul Fadli dan beberapa lagi individu telah dicekup sekaligus direman oleh SPRM selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penganugerahan melombong Pasir, Batu dan segala macam projek yang boleh menggunakan kelulusan Menteri Besar Selangor. Seperti yang dilaporkan blog Captain M Kondo anak saudara Azmin Ali
  • Ekoran itu SPRM telah menyiasat seorang Exco dan 14 lagi individu yang juga kakitangan kerajaan negeri Selangor.

#BNforSabahan

Rafizi Bertemu Buku Dengan Ruas – Rahman Dahlan

Kali ini Rafizi bertemu buku dengan ruas di mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Rahman Dahlan telah memfailkan saman selepas Rafizi membuat kenyataan fitnah terhadap keluarganya.

Nampaknya Rafizi tidak pandai pandai jerak, walaupun sebelum ini dia telah disabitkan bersalah oleh Mahkamah dan akan dipenjarakan selama 18 bulan selepas didapati melanggar akta rahsia rasmi.

Pada November 2016, mahkamah mendapati Rafizi telah menggunakan dokumen laporan audit setebal 98 mukasurat sebagai modal politik sedangkan perbuatan itu bertentangan dengan akta rahsia rasmi 1972.

Rafizi semakin kehilangan taring politik, kerap melakukan kesilapan dan kesalahan. Inilah akibatnya bila terlalu mencari kesalahan orang lain. Sedangkan tugas hakikinya sebagai Ahli Parlimen yang bertanggungjawab menjaga kebajikan dan menyelesaikan kesulitan yang dihadapi oleh pengikutnya tidak terlaksana. Karma kot!

Selain itu Adun Dengkil Shahrum Mohd Sharifuddin berpendapat daripada Rafizi sibuk membongkar cerita baru yang tidak ada asasnya. Lebih baik dia jelaskan status laporan yang dibuatnya dahulu berhubung dakwaan rasuah seorang perempuan dan wang yang membabitkan pegawai Pejabat Menteri Besar Selangor.

Ujarnya lagi janganlah menjadi Champion tanpa ada asas dan fakta hanya nak jadi orang pertama yang membuat kenyataan.


14 Disember 2017

1. Isnin, Rafizi Ramli, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan sidang akhbar dan menuduh saya melantik adik saya sebagai kontraktor utama Ekspo Negaraku.

2. Pada sidang akhbar yang sama, Rafizi Ramli dengan yakin menegaskan bahawa dia telah melakukan penyelidikan menyeluruh dan pelbagai penyiasatan, hasilnya membuktikan bahawa, Raslan Dahlan, CEO PICO Integrated Exhibits (M) Sdn Bhd memang saudara saya. Oleh itu, saya telah dituduh nepotisme dalam melaksanakan tugas menteri saya dengan melantik ahli keluarga saya untuk mendapat manfaat daripada Ekspo Negaraku.

3. Seperti kenyataan Rafizi yang lain, ini adalah satu lagi pembohongan terang yang tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai ahli Parlimen. Beliau begitu yakin dan bersemangat ketika membuat dakwaan ini. Setelah mengulangi tuduhan sembilan kali, Rafizi pasti percaya kebohongannya sendiri.

4. Bahasa badannya, sikap dan intonasi semasa sidang akhbar telah dirancang untuk kesempurnaan untuk meyakinkan penonton tuduhan fitnahnya terhadap saya.

5. Pada hari yang sama, saya harus membuat tindak balas yang cepat terhadap tuduhannya, kerana sesiapa sahaja boleh diyakinkan dengan mudah oleh dustanya.

6. Saya mempunyai bukti dalam kepemilikan saya bahawa Rafizi telah menghubungi Raslan Dahlan sebaik sahaja selepas sidang akhbarnya, melalui mesej Facebook yang bertanya sama ada Raslan sebenarnya abang saya. Ini menunjukkan bahawa Rafizi tidak pasti fakta. Walau bagaimanapun, demi cita-cita politiknya, dia terus memfitnah saya.

7. Saya juga terkilan dengan hakikat bahawa Rafizi menuduh pegawai EPU membocorkan maklumat yang salah dalam cubaan untuk mencetuskan perselisihan antara pegawai EPU yang rajin dan saya.

8. Memandangkan keterangan terhadap Rafizi dan tuduhan yang dilemparkan kepada saya, saya telah melantik peguam Datuk M Reza Hassan dari Messrs Raja Riza & Associate untuk mengetepikan segala tindakan undang-undang terhadap Rafizi untuk meletakkan fitnah berterusan untuk berehat.

-Ends-

#BNforSabahan

Published
Categorized as BN, PH, PKR

Jahanamkan Menteri Besar Selangor, Azmin! (Video)

Rakaman diatas sedang viral di media sosial

1. Azwan Ali adalah adik kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali. Dia ingin berjumpa dengan PM Najib Razak semata mata untuk menjahanamkan politik PKR aka Menteri Besar Selangor.

2. Azwan mendakwa dia ada sejuta idea untuk menjatuhkan PH di negeri Selangor khasnya dan umumnya di seluruh negara.

3. Kerana itu dia sanggup berceramah ke pelosok negeri tanpa mengharapkan sebarang bayaran atau imbuhan.

4. Azwan Ali sebelum mengakhiri perbualan mereka sempat melaungkan Hidup Datuk Seri Najib, Hidup BN. Dia juga sanggup menjadi barua BN, Alang alang, katanya 😃

5. PRU semakin dekat malah politik PH semakin bercelaru. Adakah ini petanda yang pembangkang bakal berkubur pada PRU yang akan datang?

6. Dipercayai konflik adik beradik ini timbul rentetan tertangkapnya anak saudara mereka Nuzul Fadli. Pada minggu lepas Nuzul Fadli telah dicekup oleh SPRM sebab disyaki terlibat dalam aktiviti salah guna kuasa atau rasuah yang melibatkan Menteri Besar Selangor itu sendiri. Aktiviti dan rasuah itu ialah penyalahgunaan kuasa dalam meluluskan lesen melombong pasir, batu dan sebagainya yang melibatkan Nuzul Fadli.

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang

Lawatan Najib Ke Amerika Menggilakan Pembangkang.

Kerana dengki pada kebijaksanaan BN aka PM Najib Razak yang berjaya mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia dan Amerika.

Maka jentera pembangkang tidak putus putus menanam kebencian pada kerajaan BN

Sejak dari hari pertama ketibaan PM Najib Razak dan rombongan di Amerika, sudah pun berpuluh kenyataan fitnah yang kita dengar.

Pertama, kononnya kelihatan dalam gambar PM Najib Razak telah berjaya dicekup dan sedang diiringi oleh kereta Polis untuk dibawa ke pejabat DOJ bagi disoal siasat.

Walhal kehadiran polis pada ketika itu adalah untuk mengiringi kenderaan yang membawa PM Najib Razak ke pejabat Donald Trump yang terletak di White House, Washington DC.

Malah setibanya PM Najib Razak di White House, beliau disambut sendiri oleh Donald Trump. Menunjukkan sememangnya Malaysia dan Amerika ada hubungan yang baik dan Amerika mengalu alukan kehadiran PM Najib Razak.

Lepas itu, tampil pula Rafizi Ramli, mempersoal status lawatan PM Najib Razak yang pada pendapatnya, lawatan itu adalah lawatan yang tidak rasmi.

Hello, Rafizi!. Jangankan lawatan sebesar itu yang melibatkan negara maju seperti Amerika dan pertemuan atau mesyuarat diadakan White House. Sedangkan pemimpin pemimpin negara yang bermain golf pun dianggap sedang mengadakan pertemuan yang rasmi.

Tidak timbul sama ada kos lawatan ditanggung oleh Amerika atau sebaliknya. Sebab lawatan PM Najib Razak pada kali ini membawa agenda ekonomi mega yang menguntungkan rakyat Malaysia. Seperti contoh pelaburan atau pembelian 25 Boeing 737 dan 8 Boeing 787. Serta pembelian beberapa enjin pesawat dari syarikat gergasi General Electric. Akhirnya juga urusniaga itu nanti akan memaksa dua syarikat itu untuk membuka pusat penyelenggaraan mereka di Malaysia. Dengan demikian akan membuka banyak peluang pekerjaan pada rakyat tempatan. Selain industri hiliran yang akan tumbuh macam cendawan.

Begitu juga dengan janji PM Najib Razak pada kerajaan Amerika, dimana KWSP akan menambah pelaburan sehingga 4 bilion dalam sektor infrastruktur. Akhirnya juga teknologi itu akan dibawa atau dipindahkan ke Malaysia. Siapa yang untung?

Berhubung kritikan dari parti parti tempatan yang “memperjuangkan” Borneonisasi tapi turut mempersoal lawatan Malaysia ke Amerika yang secara politiknya tidak berkaitan. Maka admin berpendapat, mereka hanyalah langau tunggal yang terpisah dari kumpulan. Buang masa, nampak sangat tidak ikhlas, satu ketika berpolitik kenegerian tapi hari ini mereka sibuk dengan masa depan negara Malaysia.

Selain agenda ekonomi yang menguntungkan Malaysia. Agenda keselamatan juga menjadi topik perbincangan. Donald ketika menyentuh topik ini memuji pendekatan yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia dalam usaha membenteras kegiatan pengganas di rantau Asia.

Untuk makluman lawatan ini juga telah dilaporkan oleh portal berita antarabangsa CNN. Walaupun CNN adalah sebenarnya musuh seteru Presiden Donald Trump.

Pokoknya lawatan PM Najib Razak pada kali ini telah menguntungkan rakyat Malaysia dan negara negara jiran. Tahniah PM Najib Razak!!!

#BNforSabahan

PPBM Kambing Hitam Pakatan Harapan (PH) 

Sebenarnya admin malas mengambil kisah sangat kebobrokan politik yang berlaku di Semenanjung. Tapi memandangkan ramai juga masyarakat Sabah yang menjadikan pergolakan disana sebagai turning point, maka admin draft juga kesannya keatas Melayu selepas PH secara sah menjadi satu organisasi.

Dibawah adalah organisasi PH selepas di mesyuaratkan.

Ketua umum, Pakatan Harapan (PH) jatuh kepada Anwar Ibrahim

Pengerusi PH, Dr M

Presiden PH, Wan Azizah

Timbalan Presiden PH, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Muhyiddin Yassin.

Kedudukan diatas diumumkan oleh Dr M selepas bermesyuarat parti gabungan PH yang terdiri dari PKR, Amanah, DAP dan PPBM. Tapi tidak pasti pula kalau ada batang tubuh DAP yang hadir.

Kalau kedudukan diatas dinilai atau diamati dengan sebaiknya, maka jelas menunjukkan PPBM aka Melayu PPBM hanyalah alat.

Bagi mengelakkan PH terus didominasi oleh DAP dan kehadiran PPBM membawa makna pada Melayu PPBM dimana tidak lagi menjadi alat demi menjaga kepentingan DAP, seperti yang berlaku pada hari.

Sepatutnya begini, Ketua Umum disandang oleh Dr M. Penasihat, Anwar Ibrahim. Pengerusi, Wan Azizah. Presiden, Muhyiddin. Timbalan Presiden, Mohammed Sabu dan Lim Guan Eng. Tapi sebaliknya meletakkan PKR sebagai Ketua PH serta Presiden dan DAP sebagai Timbalan Presiden . Bererti DAP mendominasi pembangkang atau Pakatan Harapan. Hakikatnya PPBM dalam kedudukan asal itu ibarat gerabak kereta api yang tidak berkemampuan menentukan arah, selain semata-mata untuk menumbangkan BN tapi selepas itu mereka terpaksa mengikut telunjuk DAP.

Kamu nilai balik pentadbiran PH/PR di negeri Selangor, walaupun Menteri Besar Selangor adalah pemimpin Melayu PKR tapi yang berkuasa menentukan pentadbiran kerajaan tempatan ialah DAP terutama dalam urusan pemilikan tanah. Ambil contoh penukaran status tanah, sejak PH memerintah Selangor, dipercayai seluas 619 hektar tanah (Paya Indah Wetland) telah ditukar status dari tanah pertanian kepada komersial. Begitu juga dengan tanah tanah di negeri Perak semasa era Nizar Jamaluddin seluas 1000 ekar tanah telah ditukar hak milik menjadi “aset DAP”.

Jangan lupa penukaran status tanah milik Yayasan Selangor bagi membina dewan budaya Cina DAP walaupun mendapat tentangan awal dari Yayasan Selangor tapi kerana DAP lebih berkuasa ia bukannnya halangan. Akhirnya dewan budaya Cina menjadi kenyataan?

Nah apa lagi dalam keadaan sekarang dimana DAP mempunyai kedudukan sebagai Timbalan Presiden PH dan PPBM hanya memegang jawatan pengerusi dan Timbalan Presiden yang kedua atau ketiga? bukan kah itu bermaksud PPBM hanyalah kambing hitam untuk menarik pengundi Melayu. 

Bab logo PH tu lantak mereka lah, kerna itu milik pembangkang. 

#BNforSabahan

Nik Azmi/PKR Tidak Layak Mengkritik Tindakan Sarawak/Sabah Dari Konteks MA63 

Nik Azmi menerusi akuan Twitternya mempersenda tindakan kerajaan negeri Sarawak setelah menghantar rombongan peguam ke Kota London bagi memperhalusi perjanjian 1963. Dia kata, kalau kerajaan negeri Sarawak ikhlas tidak perlu ke Kota London, hanya perlu mendesak PM Najib Razak supaya mematuhi perjanjian 1963.

Tapi kalau ada yang mengikuti perkembangan politik PKR dan menyedarinya. Nik Azmi selaku barisan kepimpinan PKR sendirilah yang tidak ikhlas, cakap tidak serupa bikin.

Dulu semasa agenda buku jingga dibawa ke negeri Sabah untuk dijadikan umpan aka manifesto pilihanraya ke 13. Ada beberapa perkara yang dikaitkan dengan autonomi Sabah telah dibincangkan melalui konvensyen buku jingga dan dijanjikan akan dimasukkan di dalam Perlembagaan PKR tapi sehingga ke hari ini perkara (autonomi/borneonisasi) itu tidak termaktub dalam perlembagaan parti PKR. 😉

Lebih menarik janji buku jingga itu disaksikan sendiri oleh Datuk Kalakau Untol yang sekarang penyokong kuat parti Warisan. Kalau tidak percaya tanya empunya diri!

Antara agenda untuk Sabah sebelum PRU13 yang dijanjikan akan dimasukkan dalam buku jingga sekaligus dicatat dalam perlembagaan parti tapi janji tinggal janji ialah seperti dibawah:-

– Mengukuhkan autonomi Sabah dengan menyemak kembali perkara yang termaktub dalam Perkara 20 untuk memastikan sebarang tindakan bertentangan, dihenti serta merta.

– Menyempurnakan sebuah Suruhanjaya DiRaja bagi mencari menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin.

– Melaksanakan tuntutan kenaikan royalti minyak Sabah sebanyak 20 peratus dengan menandatangani perjanjian baru dengan kerajaan Persekutuan.

– Menubuhkan syarikat minyak dan gas yang dimiliki rakyat Sabah dengan modal awal berbayar RM1 bilion dan mewujudkan sebuah konglomerat antarabangsa yang dibimbing Petronas.

Itu admin katakan, Nik Azmi atau PKR tidak layak mencampuri sebarang usaha kerajaan Sarawak dan Sabah dalam mereka menuntut beberapa elemen di dalam perjanjian 1963.

Ini juga menunjukkan agenda parti Warisan yang menuntut borneonisasi melalui slogan Sabah Ubah atau Sabah For Sabahan tapi dalam masa yang sama berkerjasama dengan parti parti pembangkang dari Semenanjung seperti PPBM atau saja PKR adalah retorik semata-mata.

#BNforSabahan #UMNOBN

Siapa Yang Bertanggungjawab Memansuhkan Kabotaj, Pembangkang kah? 

Siapa Yang Bertanggungjawab Memansuhkan Kabotaj, Pembangkang kah?

Siapa yang mengklaim kononnya merekalah yang telah berjaya mendesak kerajaan hingga sistem kabotaj dimansuhkan tu?

Warisan? PKR? bila mereka bersuara tu?

Hakikatnya Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dan Ketua Menteri Sabah, Musa sedar akan keperluan tindakan ini. Kerana itu ia telah dibincangkan secara mendalam dan menyeluruh akan kewajaran sistem kabotaj di mansuhkan.

Bila perkara ini dimaklumkan dan dibincangkan secara serius? Nah ketika Menteri pengangkutan (MOT) Datuk Liow Tiong Lai menghadiri forum Pelabuhan Sabah, pada bulan Februari 2017.

Kesungguhan Federal yang diwakili oleh Datuk Liow Tiong Lai disuarakan di hadapan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman. Sebagai berkata, saya gembira untuk mengumumkan bahawa kerajaan sedang mengkaji semula dasar kabotaj untuk meliberalisasikan lagi mekanismenya bagi memastikan kos berpatutan ke atas barangan dan perkhidmatan di negeri ini.

Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, punca utama harga barangan yang tinggi di Sabah bukan disebabkan dasar kabotaj dan kos perkapalan, sebaliknya saluran pengedaran yang lemah, caj pengendalian yang tinggi dan pengangkutan darat yang tidak cekap. (maksudnya tu manipulasi pihak atau peniaga yang bertanggungjawab lah) 

Kerana itu pada hari ini, Perdana Menteri Malaysia semasa merasmikan pelancaran program Ekspresi Negaraku di Padang Perbandaran, telah mengumumkan bahawa sistem Kabotaj Sabah akan dihapuskan bermula 01hb June 2017.

Pun begitu ada pula dikalangan penyokong pembangkang yang tidak berpuashati, kenapa konok perlaksanaannya hanya separuh. Alahai mereka ni, tidak pernah puas dan faham!

Mereka faham kah apa yang dimaksudkan dengan terkecuali daripada pemansuhan kabotaj iaitu pengecualian tidak terpakai kepada aktiviti perkapalan yang beroperasi antara Sabah, Sarawak dan Labuan? Maksudnya tu, barang yang dibawa dari Sarawak ke Sabah dan Labuan atau sebaliknya masih dikenakan cukai melalui sistem kabotaj. Bererti kedua negeri dan Wilayah ini masih mendapat keuntungan dari sistem cukai tadi. Ini tidak bagus kah?

Terbukti dalam hal ini, sikit pun pihak pembangkang tidak terlibat. Tapi total atas usaha Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dan kerjasama baik yang diberikan oleh Federal.

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang

Musa Ajak Pembangkang Duduk Berbincang – MA63 


Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman mengajak semua pemimpin Sabah tanpa mengira fahaman politik agar duduk semeja, berbincang bagaimana untuk memajukan negeri Sabah. Kerana ia amat penting demi kebaikan negeri dan masyarakat itu sendiri.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata perkara itu adalah amat penting bagi memastikan apa sahaja keperluan dan kebaikan untuk diperoleh Sabah demi kesejahteraan rakyat di negeri ini. Katanya ini termasuk memberi kerjasama dalam Jawatankuasa Kajian Hak-Hak Sabah mengikut Perjanjian Malaysia 1963 yang turut menjemput pembangkang melihat mana-mana hak Sabah yang perlu dituntut daripada kerajaan Pusat.

“Dalam menuntut hak Sabah dan meminta apa-apa daripada kerajaan Persekutuan, kita tidak membezakan antara pembangkang mahupun kerajaan. Kita sama-sama.” Kami dalam jemaah. kerajaan negeri menerima apa yang terbaik untuk Sabah dan rakyat Sabah, mengapa tidak. Mari kita duduk semeja, fikir dan bincang.

Kita mungkin berlainan ideologi tetapi untuk kebaikan Sabah, kita perlu bersama minta kepada kerajaan Persekutuan. Itu yang kita perlukan,” katanya. Musa menjawab soalan tambahan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR-Bingkor) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri menyenaraikan secara terperinci setiap hasil negeri yang dimasukkan dalam kutipan hasil kerajaan Pusat pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Terdahulu, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang berkata Jawatankuasa Kajian Hak-Hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 telah menjemput 17 parti politik bagi menghadiri pendengaran yang diadakan di bangunan DUN pada 26 Jan lepas. Sepuluh parti politik termasuk Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), DAP dan PKR telah menghantar wakil dan memberi pandangan serta pendapat mereka berkenaan hak-hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963. “Sembilan daripada 10 parti politik tersebut telah mengemukakan hujah bertulis. Prosiding pendengaran itu turut direkod secara verbatim dan laporan prosiding disediakan dengan bantuan urusetia DUN,” katanya.

Katanya jawatankuasa itu telah mengadakan satu lagi mesyuarat pada 24 Mac lepas bagi membuat penyediaan laporan yang akan dibentang di mesyuarat jemaah menteri negeri sebelum dimajukan kepada Jawatankuasa Pemandu peringkat kebangsaan dalam masa terdekat. “Pada masa ini, penyediaan laporan sedang dalam peringkat akhir,” katanya. Teo menjawab soalan asal Chan Foong Hin (DAP-Sri Tanjong) yang ingin tahu perkembangan proses penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri.

Jadi pada pihak pembangkang, kamu tunggu apa lagi. Inilah masanya, itu pun kalau kamu benar benar ikhlas memperjuangkan nasib orang Sabah. Atau kah perjuangan yang kamu sering lolongkan di setiap program politik dan jelajah itu hanyalah retorik semata-mata?

Jangan kamu khayal mencari kuasa yang belum pasti tu hingga masyarakat Sabah menjadi mangsa permainan politik.

Tidak timbul, dakwaan sebelah pihak atau pembangkang kononnya pendekatan menuntut hak hak Sabah yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman ini sudah terlambat. Kerana perlu diingat, persoalan hilangnya kelebihan hak hak Sabah dari konteks perjanjian Malaysia 1963 datang dari kesilapan pemimpin terdahulu. Kesilapan itu pula telah  melibatkan undang undang diantara dua pihak, negeri dan persekutuan. Kerana itu ia perlu diselesaikan secara bijaksana dan berhemah.

Tidak benar dakwaan pihak pembangkang, kononnya mereka boleh menuntut hak hak dalam perjanjian 1963 tanpa perlu berunding dengan Federal atau tidak perlu ada hubungan politik dengan mana mana parti daripada Semenanjung. 

Pada PRU ke 13, PKR pernah cuba memasukkan agenda Sabah seperti ini dalam buku jingga mereka tapi dikeluarkan disaat akhir, kerana dikhuatiri akan menjejaskan hubungan Sabah dengan Federal atau negeri negeri yang lain. Tindakan  ini telah memecah belahkan penyokong PKR tapi akhirnya mereka akur. Pada pemimpin dan penyokong parti tempatan pembangkang Sabah, belajar kamu dari sini jangan politikkan semua perkara, walaupun ia mustahil untuk direalisasikan. 

Dengan demikian ia membawa maksud khusus mustahil bagi Warisan, menuntut hak hak dalam perjanjian MA63 tanpa adanya kerjasama dari parti parti politik daripada di Semenanjung. Seperti yang mereka propagandakan. Tapi adakah selepas ini akan ada hubungan? jangan jilat air liur  sendiri. 

Menunjukkan pendekatan berdiplomasi Datuk Musa Aman ini ada jalannya dan wajar diberikan sokongan yang padu oleh masyarakat Sabah. 

Tapi bukan pula ini bermaksud BN kian lemah atau terdesak kerana itu mengajak pembangkang untuk berkerjasama. Lupakan kalau itu yang kamu simpulkan dari entri ini. Teruskan lah bermimpi di siang hari. 

Klik link dibawah, perkara ini admin ada bangkitkan sebelum ini, 

BN Lebih Layak Memperjuangkan Sabah For Sabahan 

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang

BERNAMA/Admin