Siapa Yang Bertanggungjawab Memansuhkan Kabotaj, Pembangkang kah? 

Siapa Yang Bertanggungjawab Memansuhkan Kabotaj, Pembangkang kah?

Siapa yang mengklaim kononnya merekalah yang telah berjaya mendesak kerajaan hingga sistem kabotaj dimansuhkan tu?

Warisan? PKR? bila mereka bersuara tu?

Hakikatnya Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dan Ketua Menteri Sabah, Musa sedar akan keperluan tindakan ini. Kerana itu ia telah dibincangkan secara mendalam dan menyeluruh akan kewajaran sistem kabotaj di mansuhkan.

Bila perkara ini dimaklumkan dan dibincangkan secara serius? Nah ketika Menteri pengangkutan (MOT) Datuk Liow Tiong Lai menghadiri forum Pelabuhan Sabah, pada bulan Februari 2017.

Kesungguhan Federal yang diwakili oleh Datuk Liow Tiong Lai disuarakan di hadapan Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman. Sebagai berkata, saya gembira untuk mengumumkan bahawa kerajaan sedang mengkaji semula dasar kabotaj untuk meliberalisasikan lagi mekanismenya bagi memastikan kos berpatutan ke atas barangan dan perkhidmatan di negeri ini.

Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, punca utama harga barangan yang tinggi di Sabah bukan disebabkan dasar kabotaj dan kos perkapalan, sebaliknya saluran pengedaran yang lemah, caj pengendalian yang tinggi dan pengangkutan darat yang tidak cekap. (maksudnya tu manipulasi pihak atau peniaga yang bertanggungjawab lah) 

Kerana itu pada hari ini, Perdana Menteri Malaysia semasa merasmikan pelancaran program Ekspresi Negaraku di Padang Perbandaran, telah mengumumkan bahawa sistem Kabotaj Sabah akan dihapuskan bermula 01hb June 2017.

Pun begitu ada pula dikalangan penyokong pembangkang yang tidak berpuashati, kenapa konok perlaksanaannya hanya separuh. Alahai mereka ni, tidak pernah puas dan faham!

Mereka faham kah apa yang dimaksudkan dengan terkecuali daripada pemansuhan kabotaj iaitu pengecualian tidak terpakai kepada aktiviti perkapalan yang beroperasi antara Sabah, Sarawak dan Labuan? Maksudnya tu, barang yang dibawa dari Sarawak ke Sabah dan Labuan atau sebaliknya masih dikenakan cukai melalui sistem kabotaj. Bererti kedua negeri dan Wilayah ini masih mendapat keuntungan dari sistem cukai tadi. Ini tidak bagus kah?

Terbukti dalam hal ini, sikit pun pihak pembangkang tidak terlibat. Tapi total atas usaha Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dan kerjasama baik yang diberikan oleh Federal.

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang

Musa Ajak Pembangkang Duduk Berbincang – MA63 


Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman mengajak semua pemimpin Sabah tanpa mengira fahaman politik agar duduk semeja, berbincang bagaimana untuk memajukan negeri Sabah. Kerana ia amat penting demi kebaikan negeri dan masyarakat itu sendiri.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata perkara itu adalah amat penting bagi memastikan apa sahaja keperluan dan kebaikan untuk diperoleh Sabah demi kesejahteraan rakyat di negeri ini. Katanya ini termasuk memberi kerjasama dalam Jawatankuasa Kajian Hak-Hak Sabah mengikut Perjanjian Malaysia 1963 yang turut menjemput pembangkang melihat mana-mana hak Sabah yang perlu dituntut daripada kerajaan Pusat.

“Dalam menuntut hak Sabah dan meminta apa-apa daripada kerajaan Persekutuan, kita tidak membezakan antara pembangkang mahupun kerajaan. Kita sama-sama.” Kami dalam jemaah. kerajaan negeri menerima apa yang terbaik untuk Sabah dan rakyat Sabah, mengapa tidak. Mari kita duduk semeja, fikir dan bincang.

Kita mungkin berlainan ideologi tetapi untuk kebaikan Sabah, kita perlu bersama minta kepada kerajaan Persekutuan. Itu yang kita perlukan,” katanya. Musa menjawab soalan tambahan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR-Bingkor) yang ingin tahu sama ada kerajaan negeri menyenaraikan secara terperinci setiap hasil negeri yang dimasukkan dalam kutipan hasil kerajaan Pusat pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Terdahulu, Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang berkata Jawatankuasa Kajian Hak-Hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 telah menjemput 17 parti politik bagi menghadiri pendengaran yang diadakan di bangunan DUN pada 26 Jan lepas. Sepuluh parti politik termasuk Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), DAP dan PKR telah menghantar wakil dan memberi pandangan serta pendapat mereka berkenaan hak-hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963. “Sembilan daripada 10 parti politik tersebut telah mengemukakan hujah bertulis. Prosiding pendengaran itu turut direkod secara verbatim dan laporan prosiding disediakan dengan bantuan urusetia DUN,” katanya.

Katanya jawatankuasa itu telah mengadakan satu lagi mesyuarat pada 24 Mac lepas bagi membuat penyediaan laporan yang akan dibentang di mesyuarat jemaah menteri negeri sebelum dimajukan kepada Jawatankuasa Pemandu peringkat kebangsaan dalam masa terdekat. “Pada masa ini, penyediaan laporan sedang dalam peringkat akhir,” katanya. Teo menjawab soalan asal Chan Foong Hin (DAP-Sri Tanjong) yang ingin tahu perkembangan proses penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri.

Jadi pada pihak pembangkang, kamu tunggu apa lagi. Inilah masanya, itu pun kalau kamu benar benar ikhlas memperjuangkan nasib orang Sabah. Atau kah perjuangan yang kamu sering lolongkan di setiap program politik dan jelajah itu hanyalah retorik semata-mata?

Jangan kamu khayal mencari kuasa yang belum pasti tu hingga masyarakat Sabah menjadi mangsa permainan politik.

Tidak timbul, dakwaan sebelah pihak atau pembangkang kononnya pendekatan menuntut hak hak Sabah yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman ini sudah terlambat. Kerana perlu diingat, persoalan hilangnya kelebihan hak hak Sabah dari konteks perjanjian Malaysia 1963 datang dari kesilapan pemimpin terdahulu. Kesilapan itu pula telah  melibatkan undang undang diantara dua pihak, negeri dan persekutuan. Kerana itu ia perlu diselesaikan secara bijaksana dan berhemah.

Tidak benar dakwaan pihak pembangkang, kononnya mereka boleh menuntut hak hak dalam perjanjian 1963 tanpa perlu berunding dengan Federal atau tidak perlu ada hubungan politik dengan mana mana parti daripada Semenanjung. 

Pada PRU ke 13, PKR pernah cuba memasukkan agenda Sabah seperti ini dalam buku jingga mereka tapi dikeluarkan disaat akhir, kerana dikhuatiri akan menjejaskan hubungan Sabah dengan Federal atau negeri negeri yang lain. Tindakan  ini telah memecah belahkan penyokong PKR tapi akhirnya mereka akur. Pada pemimpin dan penyokong parti tempatan pembangkang Sabah, belajar kamu dari sini jangan politikkan semua perkara, walaupun ia mustahil untuk direalisasikan. 

Dengan demikian ia membawa maksud khusus mustahil bagi Warisan, menuntut hak hak dalam perjanjian MA63 tanpa adanya kerjasama dari parti parti politik daripada di Semenanjung. Seperti yang mereka propagandakan. Tapi adakah selepas ini akan ada hubungan? jangan jilat air liur  sendiri. 

Menunjukkan pendekatan berdiplomasi Datuk Musa Aman ini ada jalannya dan wajar diberikan sokongan yang padu oleh masyarakat Sabah. 

Tapi bukan pula ini bermaksud BN kian lemah atau terdesak kerana itu mengajak pembangkang untuk berkerjasama. Lupakan kalau itu yang kamu simpulkan dari entri ini. Teruskan lah bermimpi di siang hari. 

Klik link dibawah, perkara ini admin ada bangkitkan sebelum ini, 

BN Lebih Layak Memperjuangkan Sabah For Sabahan 

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang

BERNAMA/Admin 

PKR Semporna Bubar Sertai UMNO/BN

Uinna, betul kah perkhabaran yang admin terima ni?

PKR Semporna akan dibubarkan dan ahli parti ini akan menyertai UMNO Semporna. Walaupun mungkin tidak melibatkan semua ahli PKR tapi ini merupakan satu perkembangan yang amat positif dari konteks kelangsungan UMNO di daerah Semporna dan pantai timur Sabah. Perkembangan ini juga telah menolak dakwaan setengah pihak, bahawa Warisan amat kuat di kawasan ini.

Menunjukkan semakin hari, semakin ramai yang sedar akan keperluannya untuk berkerjasama dengan parti parti pemerintah seperti BN, demi kebaikan masyarakat secara keseluruhannya. Sekaligus menolak kehadiran parti parti tempatan baharu yang belum lagi berjasa kepada masyarakat.

Jadi benarlah telaan admin ya. Sebelum ini admin katakan, bahwa majoriti ahli PKR Sabah tidak mengakui kewujudan Warisan, kerana faktor haraki dan organisasi mana yang telah membuktikan diri mereka hingga berjaya menawan negeri Selangor. Berbanding Warisan yang bolehlah dikatakan belum matang, perlu belajar banyak perkara sebelum layak dibagi kepercayaan.

Memang begitu, tidak mudah menjadi parti pilihan masyarakat. Lihat saja STAR atau Dr Jeffrey Kitingan, sekian lama menjadi pembangkang tapi masih belum berjaya mencuri kepercayaan pengundi. Walaupun isu yang dia bawa cukup sensitif.

Majlis bersejarah itu nanti akan berlangsung sempena kehadiran Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Zahid Hamidi ke Semporna bagi merasmikan bangunan Sekolah Tahfiz AlQuran di DUN Bugaya dan melancarkan Pesta Regata Lepa 2017.

Tahniah kepada kepimpinan BN Sabah umumnya dan Datuk Ramli Marhaban serta Datuk Nasir Sakaran khasnya kerana berjaya memangkinkan kekuatan UMNO di daerah Semporna.

#BNforSabahan #UMNOBN

20 Ahli Parlimen Menuntut Keadilan Di Bukit Aman

Ahli Parlimen pembangkang terus bangkit menolak kezaliman yang diamalkan oleh kerajaan dalam usaha mempertahankan UMNO sebagai parti pemerintah.

Hari ni seramai 20 orang pemimpin pembangkang yang diketuai oleh Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang, Wan Aziza mengemukakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Ketua Polis Negara. Mereka berjalan sejauh 1 KM menuju ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Sambil membawa playkad yang tertulis pertahan hak ahli Parlimen dan beberapa lagi. 

Mereka termasuklah mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Shafie Apdal mantan Menteri KKLW dan DAP, Lim Kit Siang serta Ahli Parlimen PAS dari Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar. 

Mereka menggesa perlindungan keatas hak ahli Parlimen dan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). Supaya dipatuhi. 

Sejak akhir akhir ini pihak Polis menggunakan akta SOSMA untuk menahan individu individu yang menuntut keadilan dari konteks politik. Sedangkan tujuan akta ini adalah untuk menahan individu yang terlibat dengan aktiviti pengganas.

Secara langsung tunjuk perasaan ini juga menuntut agar Maria Chin Abdullah dibebaskan dari penjara sekaligus dari tuduhan akta SOSMA. Begitu juga tuntutan keadilan keatas Rafizi Ramli yang dipenjarakan selama 18 bulan selepas mendedahkan satu dokumen pengauditan 1MDB yang didakwa dilindungi dibawah akta rahsia rasmi. Walhal dokumen itu menunjukkan adanya aktiviti penyelewengan yang melibatkan wang rakyat. Apa lagi Rafizi Ramli adalah seorang ahli Parlimen Pandan.

Sebelum ini Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai ahli Parlimen telah disoal siasat oleh pihak Polis selepas berhujah berhubung 1MDB di dewan Parlimen. Sedangkan ahli parlimen seperti mereka ada kekebalan dari konteks undang undang.

Semoga kesungguhan pemimpin pemimpin pembangkang ini dapat membuka mata pihak yang berwajib dan dapat membezakan kedudukan antara parti politik dan Kerajaan atau negara yang mesti diutamakan.

Bukan Hanya Rafizi, Arul Juga Kena Dipenjara. 

Rafizi Ramli didapati bersalah dan akan menerima hukuman penjara selama 18 bulan, hukuman berkuatkuasa bermula kelmarin.

Hakim Zulqarnain Hassan menjatuhkan hukuman berkenaan di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur. Walaubagaimanapun rayuan akan dibuat.

Rafizi didakwa memiliki tanpa kebenaran satu halaman atau muka surat 98 mengenai Laporan Pengauditan 1MDB yang merupakan kesalahan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Sedangkan pada hakikatnya dalam laporan itu mencatatkan adanya unsur penyelewengan yang melibatkan wang rakyat. Sekaligus laporan itu boleh diangkat sebagai satu bukti kukuh.

Satu admin mahu tanya, bagaimana pula andai laporan yang didedahkan itu menunjukkan perkara yang positif atau kejayaan mengurus 1MDB dengan baik. Masih kah iya dianggap satu kesalahan?

Seperti contoh, pada masa yang sama Arul Kanda CEO 1MDB mencanang hingga keluar negara perkara yang bertentangan dengan laporan yang dibocorkan oleh Rafizi Ramli, dimana seolah olah tidak ada penyelewengan yang berlaku. Bukan kah perbuatan memutar belit laporan adalah satu kesalahan yang nyata?

Selepas ini, nampaknya pembangkang kenalah memelihara sekumpulan hantu raya yang pandai berpolitik yang mampu mendedahkan salahlaku pemerintah dengan demikian UMNO tidak boleh mengheret hantu berkenaan ke muak pengadilan. 😉

Isunya disini bukan soal akta yang telah dilanggar tapi apa yang telah didedahkan oleh Rafizi yang mana 1MDB telah kantoi selepas melesapkan wang rakyat sehingga RM50 bilion. Ini dia punya point.

(gambar, keputusan mahkamah yang mensabitkan Rafizi telah dipaparkan di skrin bergerak di luar negara)

#politikbolos

Published
Categorized as 1MDB, PKR, UMNO

Politik Kacau Daun – Ranau

PRU ke 14 masih jauh tapi politik kacau daun mula dipasang, matlamatnya hanya untuk menggagalkan parti tempatan Sabah yang sedang hangat diperkatakan oleh masyarakat. 

Kini masyarakat Sabah cukup teruja, satu demi satu mereka mendengar Yb DUN dan Parlimen yang mewakili pembangkang mengubah haluan kepada parti tempatan Sabah. Seperti yang kita tahu mereka ialah Yb Darel Leiking, Yb Terence Siambun, Yb Datuk Lajim Ukin dan yang terakhir daripada DAP Yb Junz Wong. Mereka semua akan bergerak melalui parti tempatan Sabah bagi memastikan kekalahan UMNO. Tidak dilupakan Yb DUN Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong yang juga mengikut jejak Datuk Shafie Apdal.

Politik kacau daun yang dimaksudkan oleh admin ialah terkini jentera Musa ada menyogok ratusan ribu ringgit pada sekumpulan pemimpin pemimpin PKR di daerah Ranau, supaya mendapat kekuatan dengan demikian mereka mudah menyuntik propaganda politik agar masyarakat setempat menolak parti tempatan Sabah. Selepas itu pada PRU yang akan datang mereka akan ikut bertanding bagi tujuan memecahkan undi. Ini permainan politik, orang Sabah kena faham dan tolak. Hemmm 

Perkara ini telah lama dalam perhatian pihak admin. Dan taktik ini bukan hanya melibatkan parti parti dari Semenanjung tapi juga parti parti tempatan Sabah. 

Walhal selama ini mereka sendiri yang cakap faktor yang menyumbang kepada kemiskinan masyarakat Sabah adalah kerana tidak ada keikhlasan UMNO/BN yang berpusat di Semenanjung. Tapi sekarang malah menjadi tali barut. Hemmm

Bukan mereka tidak maklum setakat mana penerimaan masyarakat Sabah keatas politik mereka. Sebab itulah pada PRU yang lepas, walaupun slogan #inikalilah bergema di segenap tempat tapi hanya dua atau tiga kerusi yang berjaya di menangi itu pun kerna faktor sentimen, hanya satu atau tiga calon dari pembangkang yang diundi berdasarkan kredibiliti mereka. Dimana sekarang mereka berjuang bersama sama Datuk Shafie Apdal. 

Seperti kata Datuk Lajim Ukin sewaktu mengisytiharkan dirinya keluar dari PKR, bahwa beliau tidak yakin dengan kemampuan PKR Sabah. 

Pada admin yang dimaksudkan oleh Datuk Lajim itu ialah bukan dari konteks parti PKR semata-mata tapi lemahnya pemimpin dan pendokong PKR yang ada di peringkat akar umbi. “Kuat tidur”. 

Published
Categorized as PBK, PKR, Sabah

Yb DUN Likas, Keluar DAP Sertai Parti Tempatan Sabah – Shafie Apdal 

Selepas tiga pemimpin PKR, MP Penampang Darell Leiking, Yb Terence Siambun ADUN Moyog yang mewakili kaum KDM dan yang terakhir pengerusi perhubungan PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin yang mewakili kaum Visaya, yang juga  keluar PKR dan akan menubuhkan parti tempatan Sabah tapi akhirnya akan berjuang bersama sama Datuk Shafie Apdal.

Tiba giliran Yb DUN Likas Junz Wong sebagai wakil dari kaum Cina yang juga merangkap Setiausaha Agong DAP Sabah telah mengisytiharkan dirinya keluar dari DAP dan akan menyertai parti tempatan Sabah.

Peristiwa berlaku di lokasi dan masa yang sama, di Hotel Yahoo Kota Kinabalu dimana Yb Terence Siambun dan Datuk Lajim Ukin mengisytiharkan diri mereka keluar dari PKR.

Ayoh bangsa Sabah secara keseluruhannya, berjuanglah bersama sama Datuk Shafie Apdal melalui parti tempatan Sabah. 😎 

#politikbolos #sabahubah #inikalilah

Lajim & Terence Keluar PKR – Shafie Apdal

Terlakar lagi sejarah politik Sabah, juga melibatkan pemimpin pemimpin dari kalangan KDM. Sebelum ini dari Penampang MP Darell Leiking. Keluar dari PKR untuk berjuang bersama sama dengan Datuk Shafie Apdal melalui parti tempatan Sabah.

Hari ini DUN Moyog Yb Terence Siambun mengikut jejak kawannya MP Darell Leiking bagi menyertai parti Datuk Shafie Apdal.

Pada masa yang sama, Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin juga mengisytiharkan dirinya keluar dari PKR dan akan menubuhkan parti tempatan baru yang bertapak di negeri Sabah. 

Kedua dua peristiwa bersejarah ini di berlaku di Hotel Yahoo, Kota Kinabalu pada sekitar jam 3pm.

Bererti kekuatan politik Datuk Shafie Apdal semakin hari semakin utuh. Terbukti apabila tiga pemimpin baru dan lama keluar dari parti mereka dan bersekutu semata-mata untuk mendokong tinggi politik Datuk Shafie Apdal atau parti tempatan Sabah.

Ayoh masyarakat Sabah mari bangkit bersama sama mereka. Ingat lagi sejarah USNO, Berjaya dan PBS membuktikan anda dari leluhur yang berani membuat perubahan. Terbukti! 

#politikbolos #sabahubah #inikalilah