Kedudukan Kerusi PH Sabah dan Warisan Belum Dimuktamadkan Masih Celaru 😃

Rupanya Pakatan Harapan Sabah dan Warisan bercelaru, celaru pada perkara yang paling asas sedangkan cita cita mereka cukup besar ingin menumbangkan BN Sabah. Ini agak lucu!

PKR, DAP dan Amanah cuba mencapai kata sepakat menjelang lawatan Timbalan Presiden PH, Muhyiddin Yassin ke Sabah pada 23 haribulan ini.

Pengerusi BN Sabah Christina Liew berkata tujuan lawatan itu adalah untuk meninjau persiapan PH Sabah sebelum pru-14.

Menurut Christina pembahagian kerusi di kalangan mereka masih belum dimuktamadkan.

“Kami perlu mencapai kata sepakat sesama sendiri sebelum boleh berunding dengan orang lain”

“Tidak mudah apabila sesetengah parti bertegas mahu bertanding jumlah kerusi tertentu, manakala parti lain mahu meletakkan calon di semua kawasan.”

Dalam pada itu perkara terbaik yang mereka harapkan ialah mengurangkan jumlah pertandingan pelbagai penjuru di 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi DUN di negeri Sabah

DAP berhasrat bertanding 5 kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN manakala PKR dan Amanah belum menyuarakan kerusi mana yang hendak ditandingi.

Manakala Parti Warisan seperti yang diketahui ramai, mahu bertanding di semua Kerusi DUN hinggakan DAP Sabah pernah merayu agar kehendak mereka untuk bertanding di beberapa DUN dipertimbangkan atas nama kerjasama. Tapi sehingga hari ini ia tidak mendapat respon dari Warisan.

https://jalinluin.com/2017/08/06/dap-sabah-layak-membelakangkan-warisan-calon/

“Rakyat Sabah mahukan perubahan dan mereka akan mengundi parti yang boleh mempengaruhi perubahan itu, iaitu Pakatan.” ujar Christina

Pun begitu Presiden Warisan ada berkata dia sedia bekerjasama dengan PH tapi bukan dengan Gabungan Sabah aka parti pembangkang tempatan Sabah, kecuali PCS?

Walhal di awal penubuhan Warisan, Shafie ada menegaskan yang mereka tidak akan bekerjasama dengan parti yang berasal dari Semenanjung kerana ia bertentangan dengan kononnya agenda parti Warisan. Hemmm

Apa sudah dengan Warisan terpaksa tunduk sujud di kaki PH yang berasal dari tanah Semenanjung.


Persoalan awal parti Warisan yang kononnya tidak akan berkerjasama dengan mana mana parti politik dari Semenanjung telah lama menjadi teka teki kepada masyarakat. Adakah sungguh Warisan berniat sedemikian.

https://jalinluin.com/2017/09/07/parti-warisan-mewakili-ph-di-sabah/

https://jalinluin.com/2017/07/25/warisan-cakap-berlapik-tapi-bohong/

https://jalinluin.com/2017/05/16/alasan-warisan-tidak-berkerjasama-dengan-parti%C2%B2-dari-semenanjung/amp/

Tapi nampaknya apa yang ditegaskan oleh Warisan berhubung kerjasama itu akhirnya terbukti retorik. Apa bila hari ini mereka terlibat secara langsung dalam percaturan kerusi yang diketuai oleh PH, Christine Liew?

Dr M Perlu Mematuhi Peraturan Melawat Anwar Sebagai Banduan

Sememangnya pun tidak bererti bila anda sudah berjawatan tinggi maka anda boleh melakukan apa saja.

Anda juga tidak boleh merajuk dan menghasut masyarakat agar turut membenci pihak yang tidak sehaluan dengan anda. Ini tidak betul, ia adalah perbuatan yang tidak bermoral. Pokoknya sikap melanggar peraturan, bukannya ciri ciri pemimpin yang boleh dicontohi malah wajib ditolak.

Menurut Salleh sikap Dr M itu hanya akan mengajar masyarakat agar melanggar peraturan. Iaitu bila anda menjadi seseorang maka anda tidak perlu mengikut undang-undang.

Salleh Said mengulas laporan berita dimana Dr Mahathir tidak berpuashati atau marah apabila pihak berkuasa penjara tidak membenarkan dia melawat Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang berada di Hospital kerana mengalami sakit dibahagian bahu.

Dr M dan Nurul Izzah datang melawat Anwar secara mengejut.

Ujar Salleh Said, adakah Dr Mahathir telah mengikut peraturan yang betul? Malah isteri seorang banduan tidak boleh melawat suaminya jika dia tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penjara.

Apa lagi Dr Mahathir membuat lawatan secara mengejut. Sedangkan lawatan yang telah mendapat kelulusan pun perlu mematuhi jam yang telah ditetapkan.

Tambahnya lagi pada tahun 1998 tinggal 2004 kemudian 2015 tapi tidak pernah sekalipun Dr Mahathir melawat Anwar Ibrahim yang pada masa itu berada di dalam penjara.

Betullah kata orang walau tinggi mana tahap pengetahuan atau pendidikan seseorang tapi kalau dia memiliki attitude yang jelek, maka sampai bila pun akan begitu, hidup tanpa adab dan hipokrit.

20 tahun yang lalu semasa Dr M menjadi Perdana Menteri Malaysia, dia terkenal dengan kepimpinannya yang kuku besi dan sehingga hari ini pun masih terserlah attitudes kuku besinya.

Published
Categorized as Dr M, PH, PPBM

Mana Perginya Laungan Reformasi, Kenapa Malah Dr M Diangkat Sebagai Perdana Menteri :-)

Mana Perginya Laungan Reformasi, Kenapa Malah Dr M Diangkat Sebagai Perdana Menteri 🙂

Pendapat yang menarik dari Ketua Menteri Sabah, Musa Aman. Berkenaan Dr Mahathir yang bakal dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia andai Pakatan Harapan berjaya mengalahkan BN pada pilihan raya akan datang.

Jelas Ketua Menteri Sabah, tindakan mencalonkan Dr Mahathir kembali sebagai Perdana Menteri adalah hal yang bertentangan dengan perjuangan terkenal PKR sebelum ini iaitu perjuangan melalui slogan reformasi. Malah terus dilaungkan semasa konvension Pakatan Harapan berlangsung.

Ini menunjukkan masih ramai ahli PKR yang berpegang teguh pada reformasi, perjuangan yang bertujuan menyingkirkan Dr M dari jawatan Perdana Menteri selepas Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Tambah Ketua Menteri Sabah langkah mencalonkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Presiden PKR, Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri, menunjukkan Pakatan Harapan tidak berpandangan jauh.

“Apa sudah jadi dengan cakap berdegar-degar tentang perubahan. Singkir yang lama, ambil yang baharu?”

“Nampaknya, Pakatan menggunakan peta yang sama untuk melakar laluannya ke Putrajaya,” kata beliau

Pendapat Ketua Menteri Sabah, Musa Aman ini amat bertepatan dengan pendapat Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak semasa menggulung perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2017. Yang antara lain mempersoal kredibiliti Dr Mahathir Mohamad dari konteks kebebasan bersuara dan tuntutan perjanjian 1963 yang tidak terbuka malah menggunakan Akta ISA. Justeru itu,

“Kalau hendak parti of the future, you can’t take somebody from the past”.

Published
Categorized as BN, PH, PPBM

Dr M Tidak Diterima Sebagai Perdana Menteri Malaysia – Wanita PH

Dr Mahathir Mohamad dilihat tidak lagi releven untuk dijadikan Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan Harapan berjaya merampas Putrajaya. Sebaliknya Dr Mahathir hanya layak memikul tanggungjawab sebagai Menteri kanan.

Pendapat itu diluahkan oleh ketua wanita Pakatan Harapan Zuraidah Kamarudin.

Ia bukan disebabkan oleh faktor umur Dr M yang sudah menjangkau 90 tahun tapi kerana transformasi atau pemikiran Dr M yang sudah berlalu. Yang hanya kononnya dimahukan oleh Pakatan Harapan ialah perubahan di dalam negara.

Lebih jelas kalau Zuraidah cakap begini, Selepas kekejaman yang telah dilakukan oleh Dr M terhadap pihak pembangkang sewaktu dia menjadi Perdana Menteri Malaysia. Maka mati hidup semula pun kami tidak akan boleh menerima Dr Mahathir sebagai pemimpin apa lagi sebagai ketua.

Hakikatnya Dr M hanyalah kuda tunggangan PH, tidak lebih dari itu. Kerana PH menyedari selama ini dan sekuat mana pun mereka, pembangkang tidak akan boleh diterima oleh rakyat Malaysia.
Ini terbukti setiap kali pilihan raya parti parti pembangkang hanya mampu menambah beberapa kerusi.

Berbeza jika Dr Mahathir berada di kem pembangkang yang diketahui pernah menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia. Sudah tentu akan membawa sedikit kelainan.

Pun begitu jangan Dr Mahathir ingat kesatuan Pakatan Harapan tu lembik, mudah diatur, tidak reti berpolitik. Sebaliknya mereka lebih licik dari Dr M. Silap-silap suara atau pendapat Zuraidah itu sebenarnya pendapat rasmi yang telah disepakati oleh semua kompenan PH.

Nampak sudah kah sejauh mana Dr Mahathir diterima dalam kem pembangkang?

Selepas ini hanya ada satu jalan Dr Mahathir supaya suaranya didengar sekaligus diberikan peluang iaitu mengancam wakilnya di Sabah iaitu Warisan tidak akan bekerjasama dengan PH.

Nampak sudah kamu siapa Warisan di mata Dr Mahathir? Proxi ketat kan!

Dan sebenarnya bukan hanya kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan yang menolak Dr M sebagai Ketua mereka tapi juga dikalangan ahli PKR dan DAP yang ada di peringkat akar umbi dan pertengahan. Sebab itulah kita tidak pernah mendengar jentera dua parti ini menyokong sebarang kenyataan politik dari Dr Mahathir. Hanya jentera PPBM yang kita lihat syok sendiri dan berkeyakinan Dr M bakal duduk sebagai Perdana Menteri Malaysia 🤓

PKR Tidak Ada Kerjasama Dengan Warisan!

Warisan hadir di majlis pra pelancaran manifesto dan sambutan Krismas PH

  • Warisan tidak ada kerjasama politik dengan PKR hata dengan PH sekalipun (kecuali PPBM yang menjadi godfather Warisan)
  • Kedua belah pihak menyedari, akhirnya mereka akan dipisahkan oleh manifesto masing masing. Kalau pun mereka cuba menyatukan manifesto untuk memancing undi pada pilihan raya umum akan datang. Maka itu hanyalah manifesto kosong atau penipuan nyata dari pembangkang.
  • Diambang PRU13, PKR pernah cuba memasukkan agenda Borneonisasi ke dalam manifesto atau buku jingga mereka tapi disaat akhir ia dikeluarkan. Kerana PKR pusat menyedari agenda sebesar itu bertentangan dengan pemikiran majoriti pengundi atas pagar yang rata ratanya agak berpendidikan. Membuktikan sukar untuk PKR berkerjasama dengan Warisan yang berpolitik kenegerian.
  • Apa lagi sebelum ini sering kita mendengar ketegasan Warisan dimana mereka tidak akan berkerjasama dengan parti parti yang berasal dari Semenanjung. Justeru itu pelbagai soalan dari jentera BN telah dilemparkan pada mereka supaya Warisan memberikan kenyataan balas tapi sehingga hari ini Warisan hanya mampu mendiamkan diri. Kenapa kah?
  • Dalam masa yang sama Ketua Ketua Cabang di negeri ini juga mendapat cabaran, cabaran agar mereka mengemukakan kenyataan atau pengakuan dari pihak mereka, andai ada kerjasama diantara PKR dan parti Warisan. Tapi sehingga hari mereka juga mendiamkan diri. Kenapa kah?

1. Warisan wakili PH di Sabah

2. Alasan Warisan tidak berkerjasama dengan parti parti daripada Semenanjung

3. Warisan perlu lebih bertanggungjawab dan beberapa lagi, boleh scroll di blog ini.

  • Hari ini Warisan berada dalam keadaan yang serba salah, mahu berpolitik nasional tapi majoriti pembenci BN di negeri Sabah telah termakan propaganda Warisan yang mahu melihat Sabah keluar dari Malaysia sebelum didapati berkerjasama dengan PPBM.
  • Selain hubungan yang tidak akan terjalin, sentimen peribadi dikalangan ahli PKR Sabah keatas Shafie Apdal selaku pemimpin politik menyulitkan lagi kerjasama dan kalau dibiarkan ia bakal menjadi duri dalam daging PKR. Pada pemimpin atasan PKR sila ambil kira kebencian mereka pada Shafie.
  • Baru baru ini admin terserempak dengan seorang jentera tegar PKR. Dia katakan misi mereka pada kali ini bukannya untuk kemenangan atau kepentingan parti semata-mata tapi ingin melihat politik Shafie Apdal berakhir buat selama lamanya (lebih kurang begitulah)
  • Untuk nota ahli tegar PKR yang admin jumpa itu adalah jentera PKR yang cukup kental mempertahankan partinya, begitu juga dengan admin semasa mempertahankan Shafie Apdal selaku pemimpin BN. Sebab itulah sesiapa yang tidak mengenali Jalin Luin sebagai jentera Shafie aka BN pada masa lalu seolah olah admin tidak pernah wujud dalam politik Shafie. Adalah mereka dari spesis cicak yang baru merasa nasi sejuk dan mengada ada, mereka itulah jentera tunggul yang tidak bermanfaat kepada masyarakat. Dan apa bila jentera PKR itu mengetahui yang admin tidak lagi bersama Shafie, dia mensyukuri perbezaan itu dan menjadi motivasi pada mereka untuk menjahanamkan politik Shafie Apdal dan orang orang yang ada di sekelilingnya (lebih kurang begitulah)
  • Jadi gambar diatas yang sedang tersebar dan cuba dimanipulasi oleh totok totok Warisan dan segelintir jentera PKR, sebenarnya mereka sedang membina jalan mati untuk PKR. Menunjukkan juga Warisan ni spesis yang tidak boleh dipegang pada janji. 🤓

#BNforSabahan

Serangan Dr M Keatas Bekas Penolong Gabenor BNM Tidak Kena Tempat – Salleh Said

Ini memang win dan terkena batang hidung Dr M. 😁

  • Datuk Salleh Said menyifatkan serangan Dr Mahathir keatas Datuk Abdul Murad berhubung skandal Forex yang berjumlah 31.05 billion dan bukannya 5.7 billion adalah tindakan yang tidak kena pada tempatnya.
  • Kerana menurut Salleh Said, Abdul Murad hanyalah individu yang dipanggil sebagai saksi siasatan skandal Forex.
  • Sepatutnya Dr M menyalahkan Lim Kit Siang kerana selama tempoh 20 tahun pemimpin DAP ini mendesak agar Suruhanjaya siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan.
  • Betullah kadang-kadang faktor umur menyumbang kepada kegagalan berfikir dengan baik. Maksud admin, Dr M.
  • Semalam, Dr Mahathir meletakkan kesalahan berikutan kerugian itu ke atas Murad, dengan mendakwa bekas penolong gabenor BNM itu tahu tentang kerugian terbabit, namun memilih untuk berdiam diri dan hanya mendedahkan perkara yang diketahuinya itu baru-baru ini.
  • Salleh menyimpulkan bahawa Dr Mahathir kini memerlukan Kit Siang sebagai sekutu politiknya, manakala Kit Siang pula memerlukan Dr Mahathir untuk meraih undi Melayu, kedua-duanya membuat pusingan-U berhubung skandal forex.
  • “Tahap kepura-puraan yang ditunjukkan oleh Dr Mahathir dan Kit Siang menunjukkan bahawa mereka meletakkan kepentingan politik lebih tinggi daripada mencari kebenaran. “Bukankah Kit Siang yang menuntut kebenaran dan Dr Mahathir yang menyatakan beliau hanya mencari kebenaran?” Ujar Salleh

#BNforSabahan

Published
Categorized as BN, DAP, PH, PPBM

PH Masih Bergelut Memilih Calon Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Gabungan pakatan pembangkang diterajui DAP dilihat masih bergelut untuk menamakan calon Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata kekeliruan dalam isu calon jawatan nombor satu negara itu dilihat semakin meruncing apabila Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau pemimpin paling dominan dalam gabungan pembangkang.

Bagaimanapun, Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, pada masa sama, pemimpin DAP sering membuat pengumuman dasar bagi pihak gabungan pakatan pembangkang.

“Nama (Datuk Seri) Anwar Ibrahim juga disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri tetapi individu lain yang akan mengisi jawatan Perdana Menteri sementara kerana beliau masih menjalani hukuman penjara,” katanya menerusi entri terbaharu di blognya, sskeruak.blogspot.my malam tadi.

Beliau merujuk kenyataan gabungan pembangkang yang akan mengumumkan calon Perdana Menteri sementara mereka pada bulan depan.

Salleh berkata, belum pernah ada gabungan parti yang begitu keliru mengenai calon yang akan diletakkan sebagai Perdana Menteri bayangan.

“Sepatutnya sekarang ini mereka juga sudah mempunyai Kabinet bayangan penuh. Tapi, pakatan (pembangkang) masih tidak mampu melakukan perkara mudah seperti ini,” katanya.

Sumber Berita Harian

Published
Categorized as BN, PH

Rafizi Bertemu Buku Dengan Ruas – Rahman Dahlan

Kali ini Rafizi bertemu buku dengan ruas di mana Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Rahman Dahlan telah memfailkan saman selepas Rafizi membuat kenyataan fitnah terhadap keluarganya.

Nampaknya Rafizi tidak pandai pandai jerak, walaupun sebelum ini dia telah disabitkan bersalah oleh Mahkamah dan akan dipenjarakan selama 18 bulan selepas didapati melanggar akta rahsia rasmi.

Pada November 2016, mahkamah mendapati Rafizi telah menggunakan dokumen laporan audit setebal 98 mukasurat sebagai modal politik sedangkan perbuatan itu bertentangan dengan akta rahsia rasmi 1972.

Rafizi semakin kehilangan taring politik, kerap melakukan kesilapan dan kesalahan. Inilah akibatnya bila terlalu mencari kesalahan orang lain. Sedangkan tugas hakikinya sebagai Ahli Parlimen yang bertanggungjawab menjaga kebajikan dan menyelesaikan kesulitan yang dihadapi oleh pengikutnya tidak terlaksana. Karma kot!

Selain itu Adun Dengkil Shahrum Mohd Sharifuddin berpendapat daripada Rafizi sibuk membongkar cerita baru yang tidak ada asasnya. Lebih baik dia jelaskan status laporan yang dibuatnya dahulu berhubung dakwaan rasuah seorang perempuan dan wang yang membabitkan pegawai Pejabat Menteri Besar Selangor.

Ujarnya lagi janganlah menjadi Champion tanpa ada asas dan fakta hanya nak jadi orang pertama yang membuat kenyataan.


14 Disember 2017

1. Isnin, Rafizi Ramli, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan sidang akhbar dan menuduh saya melantik adik saya sebagai kontraktor utama Ekspo Negaraku.

2. Pada sidang akhbar yang sama, Rafizi Ramli dengan yakin menegaskan bahawa dia telah melakukan penyelidikan menyeluruh dan pelbagai penyiasatan, hasilnya membuktikan bahawa, Raslan Dahlan, CEO PICO Integrated Exhibits (M) Sdn Bhd memang saudara saya. Oleh itu, saya telah dituduh nepotisme dalam melaksanakan tugas menteri saya dengan melantik ahli keluarga saya untuk mendapat manfaat daripada Ekspo Negaraku.

3. Seperti kenyataan Rafizi yang lain, ini adalah satu lagi pembohongan terang yang tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai ahli Parlimen. Beliau begitu yakin dan bersemangat ketika membuat dakwaan ini. Setelah mengulangi tuduhan sembilan kali, Rafizi pasti percaya kebohongannya sendiri.

4. Bahasa badannya, sikap dan intonasi semasa sidang akhbar telah dirancang untuk kesempurnaan untuk meyakinkan penonton tuduhan fitnahnya terhadap saya.

5. Pada hari yang sama, saya harus membuat tindak balas yang cepat terhadap tuduhannya, kerana sesiapa sahaja boleh diyakinkan dengan mudah oleh dustanya.

6. Saya mempunyai bukti dalam kepemilikan saya bahawa Rafizi telah menghubungi Raslan Dahlan sebaik sahaja selepas sidang akhbarnya, melalui mesej Facebook yang bertanya sama ada Raslan sebenarnya abang saya. Ini menunjukkan bahawa Rafizi tidak pasti fakta. Walau bagaimanapun, demi cita-cita politiknya, dia terus memfitnah saya.

7. Saya juga terkilan dengan hakikat bahawa Rafizi menuduh pegawai EPU membocorkan maklumat yang salah dalam cubaan untuk mencetuskan perselisihan antara pegawai EPU yang rajin dan saya.

8. Memandangkan keterangan terhadap Rafizi dan tuduhan yang dilemparkan kepada saya, saya telah melantik peguam Datuk M Reza Hassan dari Messrs Raja Riza & Associate untuk mengetepikan segala tindakan undang-undang terhadap Rafizi untuk meletakkan fitnah berterusan untuk berehat.

-Ends-

#BNforSabahan

Published
Categorized as BN, PH, PKR

Hanya Mereka Yang Tidak Waras Menyokong Semula Dr M Sebagai PM

1. Pengarah pusat penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata pemilihan bekas perdana menteri Dr Mahathir sekali lagi, tidak boleh diterima oleh orang yang waras

2. Menurutnya kerosakan yang dibuat melalui dasar dan amalan sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia menyebabkan dasar yang dilaksanakan dahulu masih membebankan Rakyat.

3. Selama 22 tahun juga pemerintahan Dr M memperkenalkan dasar yang merugikan negara dan rakyat. Dimana Dr Mahathir melakukan pemusatan kuasa dengan menjadikan Perdana Menteri begitu berkuasa sehingga berlaku campur tangan terhadap institusi kehakiman dan legislatif

4. Di zaman kegemilangan Dr M lah kuasa raja-raja Melayu melalui dua pindaan perlembagaan persekutuan terhakis ia berlaku sekitar tahun 1983 dan 1993.

5. Juga menurut Mohd Zuhdi, Dr M juga menghakis dasar dan amalan berkaitan dengan Federalisme sehingga melanggar perjanjian dengan kerajaan negeri seperti dalam isu royalti Petroleum.

6. Tambahnya ketika pemerintahan Dr M rakyat turut menghadapi pelbagai kesan buruk dalam aspek sosial salah satu perkembangan sosial tidak sihat semasa pemerintahan Dr M ialah mengurangkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

7. Dan perkara yang paling penting tapi gagal dibenteras oleh Dr M ialah gejala dadah selain pengukuhan perpaduan kaum dan pengurangan jenayah di kalangan masyarakat.

8. Diyakini sekiranya Dr M dilantik semula menjadi Perdana Menteri akan menjadi lebih kuku besi dari sebelumnya.

9. Jangan lupa PM Najib Razak yang menghapuskan akta ISA sebaliknya Dr M yang menyalahgunakan. Sehingga pada satu waktu, sesiapa pemimpin Sabah yang cuba membangkitkan perjanjian 1963, maka mereka akan dipenjarakan.

10. Kalau anda penyokong atau menyokong Dr M bererti anda tidak waras.

#BNforSabahan

Menyokong Amaran TPM Zahid – Slogan Sabah Untuk Sabah

1. Slogan Sabah For Sabahan hanya sesuai untuk pihak yang totally menuntut Sabah keluar dari Malaysia dimana ia dijalankan melalui kutipan suara atau memorendum. Bukannya terlibat dalam pergolakan politik nasional dan berharap akan mendapat jawatan Ketua Menteri Sabah melalui proses pilihanraya. Poyoh!

2. Alsebab itulah perjuangan slogan Sabah for Sabahan yang tidak melalui memorendum khas, hanyalah merupakan retorik politik, bertujuan mengelirukan orang orang Sabah demi kelangsungan pemimpin yang sikit hari lagi akan hilang dari peta politik Sabah. Mereka sanggup mengorbankan keharmonian kaum demi kuasa kuasa dan kedudukan.

3. Kerana itu kita sebagai masyarakat Sabah yang majmuk sewajarnya bersetuju dengan kenyataan tegas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Zahid Hamidi, semasa mengingatkan pihak berkenaan.

4. Naib Presiden UMNO Malaysia, Zahid Hamidi semasa merasmikan persidangan pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri. Menegaskan berdasarkan undang-undang bahawa jangan ada pihak yang bermain api dengan menghasut rakyat menggunakan slogan Sabah untuk Sabah dan Sarawak untuk Sarawak.

5. Timbalan Menteri menegaskan perbuatan itu adalah satu kesalahan yang amat serius dan mereka boleh dikenakan hukuman berat.

6. Beliau menambah perbuatan sedemikian hanya menyebabkan rakyat Malaysia menanggung derita akibat permainan dan akhirnya mengundang campur tangan asing pada masa depan. Lihat saja komen semasa dari penyokong penyokong parti pembangkang seperti Warisan dan Gabungan, penuh dengan rasa kebencian pada masyarakat Melayu yang berasal dari Semenanjung. Tidak terkecuali keatas masyarakat Sabah itu sendiri hanya kerana mereka menyokong parti seperti UMNO dan kompenan PH. Menjengkelkan!

7. Katanya lagi, tindakan pihak berkenaan yang menghasut rakyat dengan slogan itu cukup bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.

8. Kesimpulannya ingatan pada pemimpin dan penyokong parti pembangkang tempatan Sabah yang totally beretorik dengan perjanjian 1963. Mereka hanya ada dua pilihan. Sama ada berpolitik mengikut perkembangan arus perdana atau bertindak menjalankan pungutan suara(memorendum) pada semua lapisan masyarakat Sabah dan selepas itu dikemukakan kepengetahuan PBB lalu diadili mahkamah tribunal antarabangsa. Ada berani?

9. Pun begitu andai pembangkang merasakan mereka cukup kebal dan perbuatan mereka disokong oleh majoriti rakyat Malaysia umumnya dan khasnya masyarakat Sabah, nah dipersilakan terus beretorik dengan slogan slogan yang tidak mendatangkan manfaat tu. Tapi ingat, sendiri buat sendiri tanggunglah.

10. Satu lagi jangan ingat kerana amaran ini, kamu pembangkang merasakan diri kamu sudah kuat hingga kononnya mampu menggugatkan BN. Tolong sikit, ini soal keharmonian kaum bukannya modal pilihanraya.

#BNforSabahan #UMNOBN #tolakpembangkang #tolakwarisan