Azeez Rahim Dedah Salah Tadbir Tabung Haji

Alamak pendedahan salah takbir Tabung Haji di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. Pendedahan dibuat oleh Ahli Parlimen Baling, Azeez Rahim.

Dahsyat pendedahannya beb ibaratnya kalau ada lagi dua atau tiga tahun Pakatan Harapan memerintah Malaysia. Boleh lingkup Tabung Haji malah kalau begitulah cara mentadbir syarikat milik kerajaan boleh lingkup satu Malaysia oh.

Kita ketepikan dulu adab semasa berbicara atau berdebat dengan orang yang lebih tua daripada kita apa lagi keatas mereka yang berstatus pemimpin tersohor yang berjasa kepada negara.

Ini adalah soal menjaga syarikat milik orang ramai apa lagi agensi ini ada kaitannya dengan ibadat Haji.

Walaupun semalam pihak sebelah sana ada mendedahkan skandal yang melibatkan Azeez Rahim sewaktu menjawat jawatan Pengerusi Tabung Haji. Entah betul entah tidak.

Elok kita mendengar isu ini dari kedua belah pihak.

Kalau tidak percaya dengarkan rakaman Sidang Parlimen di bawah.

JPKKP Adalah Rahmat Bukan Ketuanan Alahai Ewon 👎

Apa lagi isu yang cuba diada adakan oleh kerajaan negeri Warisan ni.

Tidak cukup dengan pelbagai skandal penyelewengan yang menimpa pemimpin dan kroni Parti Warisan kah. Itu semua tidak cukup untuk menjahanamkan kapal layar parti Warisan kah?

Perlu ada lagi penambahan dalam bentuk kenyataan hingga kerajaan Warisan ini betul betul dianggap gagal total oleh rakyat Sabah kah. Seperti dibawah.

Terbaru Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Ewon Benedick berpersepsi bahawa kononnya penubuhan Jawatankuasa Pembangunan dan keselamatan Kampung Persekutuan JPKKP sebagai satu bentuk ketuanan Malaya ke atas Sabah.

Pelik juga ya kenapa sampai ke tahap itu pemikiran kerajaan negeri Warisan ni. Sekecil-kecil jawatan pun sengaja dikaitkan dengan ketuanan atau dikaitkan dengan agenda Parti Warisan yang tidak sudah iaitu melacurkan perjanjian 1963.

Persoalannya adakah sebelum ini tidak ada wakil rakyat dari parti Warisan yang berjawatan di peringkat Persekutuan. Walhal Warisan dalam kempen mereka di PRU yang lepas telah berjanji tidak akan bekerjasama dengan parti daripada Semenanjung kerana kononnya bertentangan dengan agenda Sabah ubah atau Sabahan untuk Sabah.

Siapa Menteri Pelancongan Malaysia, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Timbalan Menteri Dalam negeri, Timbalan Menteri Tenaga Sains Teknologi dan Alam Sekitar dan terakhir siapa Menteri Di Perdana Menteri (Undang-undang) bukan ke mereka dari wakil rakyat Parti Warisan dan siapa yang membayar gaji mereka bukankah Kerajaan Persekutuan. Betul tidak!

Habis itu kenapa jawatan kampung kampung JPKKP pula yang dijadikan isu. Bukannya kerajaan negeri Sabah yang membayar gaji mereka.

Sepatutnya kerajaan negeri Warisan berterima kasih pada kerajaan Persekutuan kerana individu individu yang dilantik oleh mereka sebagai ketua kampung terbukti gagal memikul tanggungjawab mereka. Dimana tahap kemiskinan masyarakat Kampung semakin ketara, gejala sosial, penagihan syabu semakin menjadi-jadi. Pokoknya sejak Parti Warisan menerajui kerajaan negeri Sabah banyak kampung-kampung yang semakin mundur dan rosak.

Mahu tidak mundur dan rosak. Penyangak penipu semasa di luar daerah dan penagih syabu pun dilantik menjadi ketua kampung. Orang-orang seperti ini mana ada tanggungjawab dan keberanian demi menjaga komuniti mereka. Yang mereka tahu hanyalah meminta wang kupi setiap kali menandatangani surat sokongan dari orang kampungnya dan menjadi pelaksana kepada kaki projek. Hemmmm!

Justeru keputusan kerajaan persekutuan untuk meletakkan atau mewujudkan jawatan JPKKP di setiap kampung di negeri ini adalah tindakan yang amat amat wajar dan ia merupakan satu rahmat kepada orang orang kampung.

Tahniah diucapkan kepada kerajaan Perikatan Nasional kerana dapat menghidu kesulitan komuniti kampung.

Cara Daftar Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 One-off

Cara daftar permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) RM300 secara ‘one-off

Melalui insentif PENJANA yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Bantuan Khas Ibu Tunggal sebanyak RM300 secara one-off akan dikreditkan ke dalam akaun penerima yang layak.

Berikut syarat kelayakan dan cara daftar permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) yang perlu anda tahu.

Kategori pemohon

Berdasarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Ibu Tunggal (2015-2020), KPWKM mengambil kira ibu tunggal berdasarkan definisi berikut:

Perempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:

1. Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;

2. Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau

3. Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)

Syarat kelayakan

Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
Perempuan yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran yang ditetapkan.
Pendapatan Isi Rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244.
Cara daftar permohonan bantuan khas ibu tunggal

Pergi ke pautan dibawah

Permohonan Bantuan Ibu Tunggal

2. Sila isi borang mengikut negeri pemohon.

3. Pemohon perlu log masuk ke akaun Google untuk mengisi borang permohonan.

4. Lampirkan dokumen sokongan bersama-sama dengan Borang Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT)

Berikut adalah pautan untuk memuat turun borang permohonan:

Borang Permohonan BKIT

Borang Permohonan Bantuan Khas Ibu TunggalOne off RM300v

5. Borang yang telah lengkap boleh dihantar secara serahan tangan atau melalui pos ke Pejabat Pembangunan Wanita Negeri masing-masing.

Bagi pemohon yang menetap di Selangor, anda boleh menghantar borang ke alamat berikut:

Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Selangor
Tingkat 7 Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

Tarikh akhir permohonan bantuan khas ibu tunggal

Tarikh akhir memohon Bantuan Khas Ibu Tunggal pada 31 Oktober 2020.

Semakan keputusan & tarikh bayaran

Sekiranya layak, penerima akan menerima bantuan RM300 secara one-off (sekaligus) melalui akaun bank masing-masing.

Tarikh pembayaran Bantuan Khas Ibu Tunggal bermula Julai hingga November 2020.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Jabatan Pembangunan Wanita di https://www.jpw.gov.my/ dan follow Facebook Jabatan Pembangunan Wanita untuk sebarang update terkini.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi nombor yang tertera di bawah ini.

03-8323 2162
03-8323 2149
03-8323 2135
03-8323 2138
Anda juga boleh mendapatkan maklumat selanjutnya dengan menghantar e-mel ke alamat infojpw@jpw.gov.my

Kuat Mengkritik Bersatu (PN) Bila Dikritik Melenting, Hodohnya

Baru-baru ini Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abdul Latiff mengkritik keberadaan UMNO di Sabah sebagai tidak lagi mendapat tempat di hati masyarakat Sabah itu sendiri.

(Walaubagaimanapun beliau telah memohon maaf pada kepimpinan dan ahli UMNO yang ada di seluruh Malaysia)

Rentetan itu ia telah mencetuskan kemarahan di kalangan pemimpin dan penyokong UMNO.

Sedangkan kritikan Menteri berkenaan ada kebenarannya dan boleh dibuktikan

Kita ambil pembuktian ini. Sejak UMNO di Sabah menjadi pembangkang sudah berapa ramai ahli Warisan, PBS, PBRS dan STAR yang telah menyertai UMNO?

(Kita belum lagi bercakap soal kekuatan UMNO Sabah iaitu siapa yang mengetuai gerakan UMNO peringkat akar umbi dan pertengahan yang nampaknya sehingga hari ini belum kelihatan. Maksud admin ialah pemimpin atau ketua kecil yang berpengaruh dan mewakili jenis bangsa dan agama yang ada di Sabah)

Sedangkan yang dialami oleh Bersatu Sabah adalah sebaliknya. Ramai ahli dari parti Warisan dan pengundi atas pagar yang berpusu-pusu menyokong parti ini. Justeru tidak salahlah kalau Menteri Luar Bandar menggambarkan UMNO Sabah semakin ditolak oleh masyarakat Sabah.

Hakikatnya yang memulakan perbezaan kecil ini ialah pemimpin UMNO Datuk Puad Zarkashi. Pemimpin ini suka melemparkan kenyataan atau kritikan yang tidak menunjukkan rasa hormat terhadap kawan seperjuangan.

Habis itu kenapa pula berlagak marah bila ada pihak yang mempersoalkan kemampuan UMNO di negeri Sabah. Sedangkan itulah kebenarannya.

Di bawah adalah link sekaligus bukti kritikan beliau terhadap Perikatan Nasional atau PPBM.

Siap dia kata lagi maka tidak ada sebab Kabinet Muhyiddin tidak boleh dikritik dan ditegur kerana ia dibentuk berasaskan kuasa penuh seorang Perdana Menteri.

Nampak benarlah Puad Zarkashi ni semahunya menafikan kekuatan Perikatan Nasional yang diketuai oleh Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Puad Zarkashi mempersoalkan kedudukan Hisammuddin dan KJ yang dilantik dalam kabinet walaupun tidak ada jawatan dalam parti begitu juga dengan Azmin Ali dilantik menjadi Menteri Kanan walaupun dilanda kontroversi. (Kenyataan ini dikeluarkan oleh Puad Zarkashi)

Tapi bila ada rakan di dalam PN yang mengkritik UMNO wah bukan main lagi seolah-olah tidak pernah mengkritik kawan sendiri.

Justeru jangan suka mengkritik Bersatu atau PPBM sebab kan sudah duduk dibawah satu bumbung bersama UMNO yang sepatutnya digasak setiap hari adalah PH.

Pemimpin utama UMNO harus sedar jangan sengaja membuka api permusuhan kerana api itu akan ditiup kencang oleh penyokong penyokong UMNO yang sengaja membelakangkan akal mereka. Bayangkan yang kalah teruk di pilihanraya yang lepas pun hari ini bercakap bukan main nampak sangat cuba menutup kegagalan mereka dengan menyalahkan orang lain. Macamlah rakyat Malaysia ni buta huruf tahu apa yang berlaku. He!

Cuba bayangkan andai kritikan seumpama itu dilemparkan oleh pemimpin dari parti tempatan Sabah Sarawak, MCA dan MIC apa agaknya yang akan berlaku. Pasti parti parti ini akan dikritik habis-habisan sebagai tidak mengenang budi dan perkauman. Walhal kalau diperhalusi memang layak pun dikritik sebab mana ada parti di dunia ini yang kalah di pilihanraya tapi terlibat membentuk kerajaan selain UMNO.

Maka adalah lebih baik UMNO ataupun Puad Zarkashi dan yang lain mendiamkan diri daripada sibuk mencari kekurangan kawan.

Jangan lupa pada pilihanraya yang lepas UMNO adalah sebuah organisasi yang cukup besar dan berjasa tetapi berjaya ditumbangkan oleh parti yang baru berumur setahun jagung. Justeru keegoan dan kekuatan apa yang mahu dipertahankan oleh Puad Zarkashi?

Politik hari ini adalah soal apa yang anda akan lakukan dimasa hadapan bukannya sibuk mengungkit apa yang telah dilakukan. Pun begitu ada satu hal yang akan sentiasa dilihat dari setiap sudut dan masa iaitu penyalahgunaan kuasa dan melepaskan tanggungjawab hingga orang naik marah.