Perkara Dibincangkan Sedikit Dan “Gagal” Mesyuarat MA63 – Tun M

Hari ini Perdana Menteri Mahathir Mohamad mengadakan mesyuarat bersama Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal ia berjalan hampir dua jam.

Topik perbincangan adalah soal kajian semula perjanjian Malaysia 1963.

Usai mesyuarat itu, Perdana Menteri telah memberikan sedikit ulasan bahawa terdapat perselisihan di antara Federal dan kerajaan negeri Sabah serta Sarawak mengenai perjanjian itu.

Walaubagaimanapun beberapa kertas kerja berhubung Perjanjian 1963 itu telah berjaya dibentangkan oleh Jawatankuasa khas Kabinet dan kesemuanya telah dimajukan kepada Jawatankuasa Teknikal bagi mendalaminya sebelum dibincangkan dengan lebih lanjut.

Perkara yang dibincangkan sangat sedikit dan tidak dapat diselesaikan (gagal) ini kerana menurut PM Mahathir kerajaan perlu terlebih dahulu merujuknya kepada Jawatankuasa Teknikal.

PM Mahathir memang teliti, sangat alert soal kepentingan negara secara keseluruhannya berbanding kepentingan sebelah pihak, apa lagi kalau hanya menguntungkan politik sebelah pihak.

Pada mereka yang tidak berpuas hati dengan perkembangan ni, nah jangan kamu berburuk sangka atau kecewa. Kerana terimalah hakikat siapa pun yang menjadi Perdana Menteri Malaysia, pasti akan melihat hal ini dari semua sudut agar tidak menjejaskan kekuatan Malaysia secara keseluruhannya.

Akhirnya Osman Jamal Menjadi Ahli Warisan

Dahulu, semasa Bersatu menyatakan hasratnya untuk menerima bekas Yb BN daripada Sabah ia telah mendapat tentangan getir dari pemimpin dan penyokong Warisan. Marah! sebab kata mereka ia bertentangan dengan perjanjian bersama Bersatu sebelum ini. Juga kata mereka ia berlawanan dengan agenda atau prinsip Warisan yang ingin menumbangkan BN. Amboi!

Walaubagaimana atas kebijaksanaan Perdana Menteri Malaysia, Mahathir yang lebih memikirkan kerajaan dan rakyat secara keseluruhannya berbanding Parti Warisan semata-mata. Beliau telah mengumumkan bahwa Bersatu akan bertapak di Sabah sekalipun tidak dipersetujui tapi akhirnya Presiden Warisan, Shafie Apdal akur dengan keputusan itu.

Hari ini Isnin Mach 4 2019 Ahli Dewan Undangan Negeri Balung, Osman Jamal dari PKR telah diterima sebagai ahli Parti oleh Presiden Warisan. Bukankah ini namanya mencabul prinsip perjuangan apa lagi Osman Jamal adalah lawan calon Warisan pada PRU yang lepas?

Kenapa pemimpin dan penyokong Warisan tidak bersuara, kenapa tidak bising, kenapa tidak menyalahkan Presiden Warisan?

Kantoi disini kualiti jentera Warisan, pejuang olok olok. Sebab itulah kalau membenci tu jangan keterlaluan, berpadah padah lah.

Lain kali kalau juga tidak terlibat secara langsung dengan perbincangan atau tidak dilibatkan oleh pihak atasan parti Warisan, nah janganlah bha terlalu aksen. 😊

Persoalannya adakah selepas ini masih ada dikalangan pemimpin dan penyokong Warisan yang menafikan kewujudan Bersatu Sabah, tetap menganggap mereka sebagai musuh politik berbanding Yb Warisan yang berasal daripada BN, apa perbezaan mereka?

Anwar Undi Tidak Percaya Pada PM Mahathir (Rakaman Suara)

Rakaman perbualan ini didakwa diantara Anwar Ibrahim dan individu tertentu.

Perbualan mereka berkisar soal usaha atau langkah menjatuhkan Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia melalui undi tidak percaya oleh ahli Parlimen PH dan Shafie Apdal selaku Presiden Parti Warisan serta Muhyiddin Yassin yang mewakili Parti Bersatu.

Menerusi rakaman ini juga dijangka proses undi tidak percaya akan berlangsung pada bulan Mach yang akan datang.

Isunya betul kah suara ini milik Anwar Ibrahim?

Disebabkan rakaman suara yang berjaya dirakam ini kah kenapa Anwar lantang mengungkit integriti PAS yang dikaitkan dengan dana 90 juta daripada UMNO dan bayaran 1 juta ringgit untuk menutup mulut editor Sarawak Report, Clare Rewcastle selepas mendedahkan dana 90 juta berkenaan?

Sebelum ini Haji Hadi atau PAS ada membuat dakwaan media bahawa akan berlaku undi terhadap Perdana Menteri Malaysia, Mahathir. Tapi ramai yang tidak menyakininya sehinggalah rakaman ini berjaya didedahkan kepada umum. (andai benar suara dalam rakaman ini milik Anwar)

Kalau perancangan ini ada kebenarannya tapi undi tidak percaya berjaya dipatahkan apa bebenan yang akan menimpa Parti Warisan?

Admin amat berharap semoga berita ini hanyalah hoax politik Malaysia yang tidak wujud dan tidak akan berlaku. Walaupun sebelum ini Kadir Jasin ada membuat kenyataan atau bayangan berhubung ura ura undi tidak percaya, bahwa sepatutnya ia tidak mengejutkan kerana ia adalah sebahagian daripada proses demokrasi.

Berhubung Kemasukan Bersatu Ke Sabah Jamawi Jangan Emosi – Armizan Ali

Admin tertarik pada ulasan bekas pemuda UMNO Datuk Armizan Mohd Ali berhubung kenyataan ADUN Kemabong, Jamawi Jaafar.

Jamawi sebelum ini beranggapan kedatangan Bersatu ke Sabah hanyalah helah, pecah dan perintah Mahathir yang diamalkannya sejak 1981 iaitu semasa era UMNO mulai bertapak di Sabah.

Malah menurut Jamawi pecah dan perintah itu tidak hanya dari konteks politik tapi juga dari konteks mengaut kekayaan negeri Sabah.

Kenyataan Jamawi itu telah mengejutkan Datuk Armizan memandangkan Jamawi Jaafar adalah bekas Naib Pemuda UMNO Malaysia.

Saya fikir adalah lebih wajar Jamawi akur kepada nasihat Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal agar penyokong parti itu jangan bertindak emosional.

“Mengenai kenyataan Jamawi mengaitkan Umno dalam gerakan politik ‘pecah dan perintah’ sejak zaman Usno pada tahun 1976, respon saya ringkas, kalau benar sekalipun tuduhan Jamawi, adalah amat malang kerana beliau baru menyedari perkara ini dalam tempoh sembilan bulan berada dalam Warisan.

Tempoh yang amat singkat berbanding berpuluh tahun lamanya beliau berada dalam parti Umno sekaligus mendukung agenda politik pecah dan perintah Dr. Mahathir dan Umno sebagaimana dakwaannya,” kata Armizan.

Kesimpulannya walaupun asalnya Jamawi Jaafar adalah Yb yang mewakili BN sebelum melompat menyertai Warisan dan sama sama membentuk kerajaan negeri Sabah tapi beliau harus tahu tahap kekuatan sebenar Warisan dimana tanpa sokongan padu Mahathir Mohamad Parti Warisan tidak akan terlibat dalam kerjasama PH.

Sebab itulah kalau ada yang masih ingat diawal pengagihan calon Warisan dan PH (DAP) Sabah pada PRU14. Telah menemui jalan buntu hingga memaksa campurtangan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin. Jadi jangan lupa diri, tidak bagus kufur nikmat namanya tu.

Laporan Polis Terhadap Pembantu Menteri Kewangan Sabah Kenny Chua.

Nasib baik baru baru ini tiada yang menyaman sebab berprasangka admin telah memfitnah mereka. Nah kalau tidak sia sia dia.

Seperti ini entri dibawah :-

https://jalinluin.com/2019/02/22/pembantu-menteri-kewangan-sabah-kenny-chua-kurang-ajar-otak-udang/

Rentetan itu seorang lelaki bernama Dato Jerry telah atau akan membuat laporan Polis terhadap Pembantu Menteri Kewangan Negeri Kenny Chua kerana telah merendahkan martabat Perdana Menteri Malaysia Mahathir.

Moralnya sebagai Menteri jangan mudah menghamburkan kata kata nista walaupun keatas ahli kumpulan.

Mereka mahu berkawan bha bukannya lawan.

Warganegara Tidak Boleh Dipolitikkan Warisan Jangan Biarkan Budak Said Ini

Kewarganegaraan Tidak Boleh Dipolitikkan Warisan Jangan Biarkan Budak Said Itu.

Kewarganegaraan itu tidak boleh diperjuangkan tapi sesiapa yang berkeinginan menjadi warganegara Malaysia, nah biarlah mereka mengikut lunas undang-undang yang telah termaktub.

Sesiapa memperjuangkannya melalui kuasa politik maka mereka adalah parasit kepada negara bangsa. Seperti mana Si Said yang juga Ahli Parlimen Belia yang berasal dari Kunak merangkap penyokong atau jentera Warisan.

Nanti tidak fasal fasal dakwaan bahwa kerajaan PH hanya bertahan satu penggal menjadi kenyataan.

Ketua Menteri Sabah aka Warisan sebagai parti sekutu, lihat lihat juga orang seperti ini jangan sampai merosakkan negara dan kompenan parti. Hemmm

Admin mentioned dia punya nama sebab dia seorang Public Figure.

Tiada rakyat di dunia ini seperti Indonesia, Filipina, Thailand malah America yang berjuang supaya orang luar menjadi warganegara mereka. Tapi mereka meraikan orang luar yang ingin menjadi sebahagian daripada mereka melalui proses undang-undang.

Pada si Said, kalau iya pun terpaksa berjuang melalui jalan yang singkat atau salah, kau janganlah kecoh seperti ini. Nampak sangat tidak matang tiada semangat nasionalisme Malaysia macam perangai budak budak. Diam diam cukuplah seperti mana kerajaan BN sebelum ini. Walaupun akhirnya bertukar menjadi senjata makan tuan. 😊

Pembantu Menteri Kewangan Sabah Kenny Chua Kurang Ajar Otak Udang.

Apa punya Pembantu Menteri Kewangan Negeri si Kenny Chua. Seperti perangai budak Wechat yang baru nak up, tetap kurang ajar dan perasan hebat.

Hanya kerana tidak bersetuju pada parti Bersatu yang akan bertapak di Sabah dan satu dua kenyataan yang berupa spekulasi. Si Kenny Chua menerusi komennya di Facebook sanggup memfuck dan mendakwa Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad sebagai pengkhianat.

Bila seorang Yb yang mewakili kerajaan tapi sanggup menganjing Perdana Menteri apa lagi disebabkan oleh isu yang biasa berlaku didalam politik maka dari saat itu juga admin beranggapan dia ni pemimpin yang tiada otak. Otak udang aka pemimpin bodoh, pemimpin yang hanya layak bersabung peringkat kampung.

Admin nak tanya ni, helo pemimpin bermulut longkang.

Kalau hanya kerana Bersatu berasal dari Semenanjung sebab itu kau menolak Bersatu bertapak di Sabah lalu kau tegar menganjingkan Tun Mahathir. Apa bezanya dengan parti PKR yang juga berasal dari Semenanjung, Kenapa kau tidak fuck anjingkannya sekali!

Si Kenny Chua juga membuat dakwaan yang tidak berasas kononnya Bersatu (PPBM) adalah jelmaan UMNO atau UMNO 2.

Dia juga menghina Datuk Lajim yang berhutang RM50 ribu. Terlampau juga hal peribadi pun dia kaitkan.

Untuk makluman Datuk Lajim selaku Presiden Parti Harapan Rakyat telah membubarkan parti itu dan akan menyertai Bersatu.

Berbalik pada si Kenny Chua, dia ni betul betul berakal kontot lah, memalukan orang Sabah saja.

Dia ni tahu jugakah elemen yang telah menyumbang kepada kemenangan Pakatan Harapan. Ini termasuklah kemenangannya sebagai calon PKR di DUN Inanam?

Begini ceritanya bila pengundi waktu itu tahu Mahathir bersama PH dan bekerjasama dengan Warisan maka secara tidak langsung ia telah menaikkan semangat pengundi untuk menolak calon daripada BN.

Sebab itulah menerusi beberapa analisis selepas PRU14 mendapati antara faktor lain yang menyumbang kepada kemenangan PH ialah ramai dikalangan ahli dan penyokong BN yang mengundi calon PH. Jadi secara logiknya tidaklah menghairankan jauh sekali menjadi kesalahan kalau akhirnya mereka menyokong Parti Bersatu tapi itu tidak bermaksud akan menukar Bersatu menjadi UMNO 2, sebab antara lain Bersatu ditubuhkan adalah untuk menumbangkan BN. Hanya si Kenny Chua yang buta politik yang berani menyamakan Bersatu dengan UMNO. Tolol!

Jadi jangan dia terlalu berlagak, selain eleman Mahathir melalui Warisan. Apa kelebihan yang dia ada hingga membawa kepada kemenangannya selaku calon PKR untuk DUN Inanam? Sebab kerap bersalaman di pasar Penampang kah! 😃

Seperkara yang si Kenny Chua perlu tahu ialah kalau benar Warisan yakin mampu mempertahankan kemenangan dengan hanya berkerjasama dengan PKR dan DAP tapi kenapa lagi Warisan membenarkan Bersatu bertapak di Sabah? Faham!

Warisan Wajar Menukar Dan Meniru Agenda Perjuangan Bersatu

Sifat politik Bersatu ialah Nasional dan semangat ini jugalah yang dijunjung oleh majoriti masyarakat Sabah. Sebab itulah kedudukan kerusi BN Sabah pada PRU yang lepas lebih menguasai berbanding Warisan walaupun dikatakan BN berhadapan dengan tsunami rakyat.

Jadi kalau keputusan parti Bersatu yang ingin bertapak di Sabah menjadi kenyataan maka semua pihak yang terdiri dari kompenan PH dan terutamanya Warisan mesti berlapang dada menukar agenda perjuangan kepada kebangsaan.

Jangan lagi mainkan isu kenegerian melalui propaganda menuntut Sabah menjadi sebuah wilayah. Ini adalah kerja politik yang tidak membawa kebaikan kepada rakyat Malaysia malah pada Warisan itu sendiri.

Ini barulah Malaysia Baru, bergerak sama menuju Malaysia baru, bangsa Malaysia

Kamu tidak tengok negara jiran Philippine tu, demi mencari kedamaian, keharmonian dan kesaksamaan nama Philipine akan ditukar kepada Maharlika oleh Presiden Rodrigo Duterte yang bermaksud bangsawan. Itu bererti semua bangsa yang ada di Philipine akan diangkat menjadi bangsawan, tiada lagi perbezaan hanya kerana bangsa, darjat dan Wilayah. Sistem kerajaan Philipine juga akan ditukar menjadi sistem Federal berperlembagaan.

Tapi di Sabah ada pula pihak yang cuba memisahkan Sabah dan Malaysia melalui sempadan Wilayah. Salah tu. Hemmm!

Dan jangan juga kamu tidak berpuashati dengan kemasukan Bersatu ke Sabah. Kenang sikit jasa PM Mahathir tu sebab tanpa auranya tidak tsunami rakyat berjaya menyusup hingga ke Sabah.

Keputusan Bersatu Akan Bertapak Di Sabah itu Hak Bersatu.

PM Mahathir cakap soal Presiden Warisan, Shafie yang cuba menghalang Bersatu bertapak di Sabah itu hanyalah pendapatnya semata-mata tapi yang membuat keputusan ialah parti Bersatu.

Sebab itulah perundingan diantara parti Bersatu dan Warisan sedang berjalan. Sama ada Bersatu yang mengikut telunjuk Shafie atau sebaliknya 😊

Maksudnya Bersatu akan bertapak di Sabah juga. Apa lagi dalam sidang yang sama seramai tujuh ahli Parlimen dari UMNO telah diraikan dan kini menjadi MP yang mewakili Bersatu.

Wira Kimanis dan Kota Belud Memalukan Orang Sabah Takut Bersatu

Apa bha yang di cakap oleh dua Wira Warisan dari Kimanis dan Kota Belud tu. Hal yang paling fitrah dalam politik pun membuat mereka pusing kepala.

Mereka kata Yb Bebas yang menyertai Parti Bersatu berniat jahat untuk kononnya memecah-belahkan Warisan yang mempunyai hubungan baik dengan Bersatu?

Dakwa mereka lagi, kononnya Yb Bebas hipokrit kerana sebelum ini mengkritik Mahathir tapi hari ini ingin menyertai Bersatu.

Bha kita jawab satu persatu.

Bos kamu adalah Presiden Warisan yang juga Ketua Menteri Sabah, jadi lebih baik kamu tolong dia menjaga kebajikan dan pentadbiran semua Adun dan Parlimen.

Adapun Yb Bebas (Bersatu) akan memberikan kerjasama tanpa prejudis agar kebajikan pengundi di kawasan mereka sentiasa terpelihara.

Habis itu kenapa dua Wira itu boleh terfikir yang Yb Bebas (Bersatu) akan memecahkan kerjasama Bersatu dengan Warisan dari sudut mana?

Jangan pula tidak tahu yang mengawal perjalanan politik Bersatu ialah Mahathir Mohamad selaku Pengerusi dan Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu. Lalu bagaimana mungkin Yb Bersatu Sabah boleh memecahkan kerjasama Bersatu dengan Warisan. Sedangkan tiga boss parti ini yang mengawal semua Adun/Parlimen dari Warisan dan Bersatu. Fikir logiklah bro!

Dulu Mahathir bermusuhan dengan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang tapi hari ini mereka berkerjasama dan duduk sebumbung sebagai pemimpin PH.

Adakah Mahathir hipokrit pada kaca mata Warisan?

Pemimpin muda pun boleh taksub buta buta kah?

Satu hal lagi, Warisan bukannya kompenan PH. Jadi Warisan tiada hak menghalang Yb Bebas untuk berkerjasama dengan mana mana kompenan PH.

Admin mau tanya ni. Andai kata Yb Bebas menukar haluan ingin berkerjasama dengan mana-mana kompenan PH adakah usaha itu nanti akan juga dihalang oleh Warisan, kenapa tidak?

Cakap saja dua Wira itu tidak yakin, takut sebab merasakan diri mereka belum layak bersaing dengan orang baru yang akan dibawa oleh Bersatu Sabah 😊