PPBM Kambing Hitam Pakatan Harapan (PH) 

Sebenarnya admin malas mengambil kisah sangat kebobrokan politik yang berlaku di Semenanjung. Tapi memandangkan ramai juga masyarakat Sabah yang menjadikan pergolakan disana sebagai turning point, maka admin draft juga kesannya keatas Melayu selepas PH secara sah menjadi satu organisasi.

Dibawah adalah organisasi PH selepas di mesyuaratkan.

Ketua umum, Pakatan Harapan (PH) jatuh kepada Anwar Ibrahim

Pengerusi PH, Dr M

Presiden PH, Wan Azizah

Timbalan Presiden PH, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Muhyiddin Yassin.

Kedudukan diatas diumumkan oleh Dr M selepas bermesyuarat parti gabungan PH yang terdiri dari PKR, Amanah, DAP dan PPBM. Tapi tidak pasti pula kalau ada batang tubuh DAP yang hadir.

Kalau kedudukan diatas dinilai atau diamati dengan sebaiknya, maka jelas menunjukkan PPBM aka Melayu PPBM hanyalah alat.

Bagi mengelakkan PH terus didominasi oleh DAP dan kehadiran PPBM membawa makna pada Melayu PPBM dimana tidak lagi menjadi alat demi menjaga kepentingan DAP, seperti yang berlaku pada hari.

Sepatutnya begini, Ketua Umum disandang oleh Dr M. Penasihat, Anwar Ibrahim. Pengerusi, Wan Azizah. Presiden, Muhyiddin. Timbalan Presiden, Mohammed Sabu dan Lim Guan Eng. Tapi sebaliknya meletakkan PKR sebagai Ketua PH serta Presiden dan DAP sebagai Timbalan Presiden . Bererti DAP mendominasi pembangkang atau Pakatan Harapan. Hakikatnya PPBM dalam kedudukan asal itu ibarat gerabak kereta api yang tidak berkemampuan menentukan arah, selain semata-mata untuk menumbangkan BN tapi selepas itu mereka terpaksa mengikut telunjuk DAP.

Kamu nilai balik pentadbiran PH/PR di negeri Selangor, walaupun Menteri Besar Selangor adalah pemimpin Melayu PKR tapi yang berkuasa menentukan pentadbiran kerajaan tempatan ialah DAP terutama dalam urusan pemilikan tanah. Ambil contoh penukaran status tanah, sejak PH memerintah Selangor, dipercayai seluas 619 hektar tanah (Paya Indah Wetland) telah ditukar status dari tanah pertanian kepada komersial. Begitu juga dengan tanah tanah di negeri Perak semasa era Nizar Jamaluddin seluas 1000 ekar tanah telah ditukar hak milik menjadi “aset DAP”.

Jangan lupa penukaran status tanah milik Yayasan Selangor bagi membina dewan budaya Cina DAP walaupun mendapat tentangan awal dari Yayasan Selangor tapi kerana DAP lebih berkuasa ia bukannnya halangan. Akhirnya dewan budaya Cina menjadi kenyataan?

Nah apa lagi dalam keadaan sekarang dimana DAP mempunyai kedudukan sebagai Timbalan Presiden PH dan PPBM hanya memegang jawatan pengerusi dan Timbalan Presiden yang kedua atau ketiga? bukan kah itu bermaksud PPBM hanyalah kambing hitam untuk menarik pengundi Melayu. 

Bab logo PH tu lantak mereka lah, kerna itu milik pembangkang. 

#BNforSabahan

20 Ahli Parlimen Menuntut Keadilan Di Bukit Aman

Ahli Parlimen pembangkang terus bangkit menolak kezaliman yang diamalkan oleh kerajaan dalam usaha mempertahankan UMNO sebagai parti pemerintah.

Hari ni seramai 20 orang pemimpin pembangkang yang diketuai oleh Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang, Wan Aziza mengemukakan ketidakpuasan hati mereka terhadap Ketua Polis Negara. Mereka berjalan sejauh 1 KM menuju ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Sambil membawa playkad yang tertulis pertahan hak ahli Parlimen dan beberapa lagi. 

Mereka termasuklah mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Shafie Apdal mantan Menteri KKLW dan DAP, Lim Kit Siang serta Ahli Parlimen PAS dari Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar. 

Mereka menggesa perlindungan keatas hak ahli Parlimen dan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). Supaya dipatuhi. 

Sejak akhir akhir ini pihak Polis menggunakan akta SOSMA untuk menahan individu individu yang menuntut keadilan dari konteks politik. Sedangkan tujuan akta ini adalah untuk menahan individu yang terlibat dengan aktiviti pengganas.

Secara langsung tunjuk perasaan ini juga menuntut agar Maria Chin Abdullah dibebaskan dari penjara sekaligus dari tuduhan akta SOSMA. Begitu juga tuntutan keadilan keatas Rafizi Ramli yang dipenjarakan selama 18 bulan selepas mendedahkan satu dokumen pengauditan 1MDB yang didakwa dilindungi dibawah akta rahsia rasmi. Walhal dokumen itu menunjukkan adanya aktiviti penyelewengan yang melibatkan wang rakyat. Apa lagi Rafizi Ramli adalah seorang ahli Parlimen Pandan.

Sebelum ini Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai ahli Parlimen telah disoal siasat oleh pihak Polis selepas berhujah berhubung 1MDB di dewan Parlimen. Sedangkan ahli parlimen seperti mereka ada kekebalan dari konteks undang undang.

Semoga kesungguhan pemimpin pemimpin pembangkang ini dapat membuka mata pihak yang berwajib dan dapat membezakan kedudukan antara parti politik dan Kerajaan atau negara yang mesti diutamakan.

Salleh Said Mentololkan Dr M – Kehadiran Bersih 5

Selepas hampir semua agensi kerajaan menggugut akan mengambil tindakan keatas mana mana pihak atau individu yang hadir di perhimpunan Bersih 5. Pandai pula pihak UMNO mempersoal kehadiran Bersih 5 yang didakwa kurang dari Bersih sebelum ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai punca kehadiran rendah BERSIH5 hari ini.

“Kesan penyertaan Tun Dr Mahathir Mohamad dan kroninya dalam BERSIH menyebabkan jumlah kehadiran menurun hampir 92/97%

Mereka kata, kehadiran Bersih 5 menyusut sehingga 92/97% berdasarkan pencapaian pada Bersih 4 yang berjaya mengumpul peserta sehingga 500 ribu orang.

UMNO yang diwakili oleh Datuk Salleh Said akan terus membuat kenyataan yang bodoh, ditujukan khusus pada anda rakyat Malaysia terutamanya pada penyokong parti parti bukan kerajaan.

Itu kerana, selagi anda tidak bersekutu dengan mengenepikan amaran dari pihak berkuasa atau tetap mempertahankan ego masing masing walaupun masyarakat luar tidak mengenali anda maka selama itu UMNO akan menilai anda sebagai ahli politik yang syok sendiri, UMNO berpendapat hanya anak dan isteri kamu orang yang percaya dengan apa yang kamu tulis atau suarakan dan sebenarnya ramai yang sedar akan kekurangan diri mereka khususnya dari konteks politik, tinggal lagi tidak ada rasa malu. Tanpa mereka sedari, mereka adalah virus kepada parti yang mereka sokong, dinilai sebagai individu yang hanya cuba mencari kepentingan diri.

Mereka ingat masyarakat tidak memerhatikan mereka dan kalau diberikan kepercayaan parti itu akan rebah sebelum sempat berdiri.

Dek kerana itu hanya pada admin, jentera UMNO tidak mahu terlalu berlagak. 😉

Pada hemat admin kan, cara melawan UMNO harus diubah, tidak lagi boleh takut pada ugutan dan mesti sanggup tidur di dalam lokap atau benar benar berdiri sebagai jentera pembangkang bukannya duduk diam tapi mengharapkan jawatan. Ini kerana dalam keadaan dimana UMNO cukup tertekan kerana kehilangan kepercayaan daripada rakyat, UMNO akan sanggup berbuat apa saja. Ingat apa saja, termasuklah menterbalikkan kenyataan lawan mereka supaya anda nampak bodoh. Dan senario ini harus diambil kesempatan oleh pembangkang atau parti parti bukan kerajaan.

Moralnya, sehingga kini tentangan yang dilakukan oleh rakyat terhadap UMNO masih belum mampu melemahkan mereka. Anda masih bodoh dan pengecut walaupun yang  sebenarnya UMNO yang mendokong dua ketololan ini. 

#politikbolos #sabahubah

Pandikar Amin Melanggar Hak Rakyat Yang Mencari Kebenaran

Baca keratan di atas, jelas Tuan Speaker cuba melindungi individu MO1. MO1 adalah merujuk kepada seorang pemimpin yang berjawatan paling tinggi di dalam UMNO tapi didakwa telah terlibat dalam penyelewengan wang rakyat melalui syarikat 1MDB. Admin dikhabarkan syarikat ini hanya ada seorang pekerja yang berjawatan CEO, Arul selain pemilik 1MDB itu sendiri yakni MO1.

Sepanjang syarikat ini beroperasi, negara telah mengalami banyak kerugian telah mencecah RM42 bilion. Oleh kerana itulah Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan mantan Menteri Kewangan kedua Ahmad Husni Hanadzlah lantang meminta penjelasan dari kerajaan UMNO supaya dengan demikian ada pihak yang dapat dipertanggungjawabkan.

Kalau 1MDB dibiarkan terus beroperasi maka hutang negara akan terus bertambah. Untuk perhatian, bagi 1MDB menambah hutang adalah satu kemestian, kerana terpaksa menampung bunga hutang yang perlu dibayar, dimana 1MDB terpaksa berbelanja sebanyak RM2.7 bilion setahun hanya untuk membayar bunga hutang yang lebih dari RM42 bilion sejak enam tahun yang lalu. Sedangkan dalam masa yang sama 1MDB tidak menjalankan aktiviti perniagaan yang boleh menghasilkan wang. Walaupun cukup setakat untuk membayar bunga hutang 1MDB.

Percayalah, sikit hari lagi Malaysia akan menyerupai negara Greece, muflis gara gara penyelewengan wang rakyat oleh pemimpin politik yang memerintah.

Yang memelikkkan, kenapa pula Tuan Speaker, Pandikar Amin Mulia beriya iya mempertahankan 1MDB. Walhal larangan itu bertentangan dengan prinsip kebenaran yang wajib dihormati dalam sistem demokrasi. Seperti mana keterangan pakar perlembagaan, Profesor Abdul Aziz Bari yang mengingatkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa sumpah kerahsiaan bertujuan untuk melindungi perkara yang sah dan mengikut undang-undang.

“Ia (sumpah kerahsiaan) bukan untuk melindung salah laku,” kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Ini, katanya, adalah kerana skandal 1MDB banyak melanggar undang-undang di negara ini.

“Dalam mana-mana kes, jika Pandikar benar-benar serius, biarkan mahkamah yang membuat keputusan.”

Sekarang ada dua isu, satu ketelusan sistem demokrasi yang ditanggung oleh dewan sidang tapi dinodai dan yang kedua masa depan negara yang diabaikan.

#politikbolos #sabahubah

Demokrasi Najib – Dr M

Gambar hiasan

Dibawah ini admin copy paste artikel terbaru dari Dr M berkenaan sistem demokrasi yang tidak lagi dipraktikkan seadanya. Tapi dirosakkan untuk kepentingan parti atau individu semata-mata. 

Demokrasi Najib (30 Sept 2016)

1. Najib mendakwa bahawa pemerintahannya adalah demokratik dan sebarang percubaan untuk menyingkirnya bermakna menolak demokrasi. Dakwaan ini tidak berasas sama sekali. Sebenarnya ia menjadi bahan ketawa.

2. Satu dari amalan yang diterima demokrasi ialah penyingkiran pemimpin yang tidak berjaya atau melakukan sesuatu yang tidak baik atau salah terhadap negara. Di mana-mana sahaja dalam negara demokratik pemimpin disingkir sebelum pun tamat edahnya.

3. Demikian Perdana Menteri Australia, Tony Abbot, letak jawatan kerana partinya memilih Presiden baru. Di Britain Perdana Menteri letak jawatan kerana kalah dalam pungutan suara berkenaan Brexit.

4. Di Brazil Presiden digantung oleh Dewan Senat untuk menghindar kemungkinan Presiden menganggu siasatan terhadapnya.

5. Presiden Nixon Amerika disingkir kerana skandal Watergate.

6. Penyingkiran pemimpin tertinggi yang bermasalah bukan sahaja tidak bermakna menolak demokrasi tetapi sebenarnya menjadi bukti demokrasi sedang berjalan dengan baik.

7. Di Malaysia Najib sendiri berperanan dalam penyingkiran Abdullah Badawi sebelum tamat edahnya.

8. Sebaliknya apa yang berlaku sekarang ialah Najib sebagai Perdana Menteri sudah pun menolak demokrasi. Buktinya jelas dan bertimbun-timbun.

9. Yang pertama perpisahan kuasa antara pihak legislative (pembuat undang-undang) , executive (pentadbir, polis dan tentera) dan judiciary (penghakiman) setelah menguasai jabatan Pendakwa Raya sudah tidak ada lagi. Najib menguasai ketiga-tiga badan ini, sesuatu yang bercanggah dengan amalam demokrasi.

10. Ahli Parlimen BN pula tidak bebas dan dipaksa melalui berbagai cara supaya sokong dan lulus apa sahaja yang dikemuka atau dilakukan oleh Najib. Jika tidak mereka akan digantung, di turun pangkat dan disingkir.

11. Undi tak percaya tidak boleh diadakan terhadap Najib kerana sebab yang sama.

12. Pegawai-pegawai eksekutif seperti pentadbir, polis dan tentera tidak bebas menjalankan tugas mereka kerana Najib mengikat tangan mereka dengan rasuah, ugutan menyingkir, menurunkan pangkat, menukar jawatan, mengancam pencen mereka dan lain-lain. Yang sudah bersara tidak berani mendedah kesalahan yang mereka dipaksa lakukan kerana takut dan diugut dengan berbagai cara.

13. Peniaga, kontraktor, akhbar dan pemberita kecil dan besar juga demikian. Berbagai tuduhan dibuat terhadap mereka, gangguan melalui siasatan tanpa sebab oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri, pembatalan kontrak Kerajaan, disenarai hitam, sekatan berhutang dengan bank dan bermacam lagi.

14. Undang-undang keselamatan baru membelakangkan sama sekali hak rakyat dibicara dalam mahkamah jika ditangkap dan dimasuk dalam tahanan. Jika rakyat atau anggota keselamatan terbunuh, “inquest” iaitu pemeriksaan akan sebab kematian oleh Majistret tidak boleh diadakan. Persoalan di mahkamah berkenaan kes juga tidak dibenar.

15. Baru-baru ini apabila komen dibuat oleh seseorang berkenaan kematian seorang tokoh politik, polis menangkap orang itu tanpa waran, menyoalnya selama 12 jam, sebelum dilepas. Ketua Polis Negara dakwa bahawa waran tangkap tidak diperlukan. Siapa sahaja boleh ditangkap oleh polis tanpa waran.

16. Semua ini adalah bukti jelas dan terang bahawa Najib sudah hapuskan demokrasi di Negara ini. Yang patut ditangkap dan dihadap ke mahkamah kerana mensabotaj demokrasi di Malaysia ialah Najib.

17. Selagi Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia selama itulah Malaysia tidak demokratik. Lebih dari itu Malaysia akan diperintah oleh pemerintahan kuku besi yang tidak pegang kepada undang-undang.

Sumber: http://chedet.cc/?p=2271

Parti DSSA Berkerjasama Dengan Bersatu? Tapi Sabahan Menjadi Keutamaan

Kerjasama politik seperti ini amat ditagih terutamanya dalam usaha menambah kekuatan demi menguburkan UMNO pada PRU yang akan datang. Kerana kita akui, UMNO punya kemampuan yang serba ada, sama ada dari segi jentera dan kewangan. Lepas itu hampir semua kawasan terutamanya di Sabah, UMNO akan ikut bertanding.

Dengan syarat gerakan atau kerjasama itu nanti haruslah pantas menyebarkan agenda dan propaganda, sejurus parti Datuk Shafie Apdal mendapat kelulusan ROS. Seperti mana saranan ketua kluster politik, majlis profesor negara, Datuk Dr Muhammad Mustapa Ishak.

Lagi menurut Datuk Dr Muhammad, kerjasama ini nanti akan mencapai kemenangan.

Sabah melakarkan banyak sejarah yang menceritakan kekuatan parti yang baru ditubuhkan. USNO parti yang sedang memerintah dan banyak melakukan kerja berkebajikan tapi kecundang pada Berjaya begitu juga Berjaya kecundang pada PBS yang baru ditubuhkan. Menunjukkan orang Sabah memang berani membuat perubahan. Nah apa lagi bila keberanian itu diperkuatkan dengan adanya kerjasama ini. Dahsyat!

Ditambah dalam keadaan sekarang, dimana UMNO atau BN banyak mencabar keyakinan rakyat hingga sanggup mengorbankan kedudukan Datuk Shafie Apdal dan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Rentetan skandal yang melibatkan Presiden UMNO. Selain sudah tentu bebanan akibat perlaksanaan GST.

Dan anda masyarakat Sabah jangan risau dan ragu berhubung apa yang sebelum ini di perjuangkan oleh Datuk Shafie Apdal melalui parti tempatannya. Bahawa nasib masyarakat Sabah akan dibela dan tetap menjadi agenda nombor satu.

Apa yang penting pastikan parti tempatan Shafie akan mendapat kemenangan besar sekaligus dinobatkan sebagai parti pemerintah diperingkat negeri. Manakala diperingkat Federal akan dibentuk melalui kerjasama dan persetujuan oleh parti parti yang menang di seluruh negara.

Kesimpulannya diperingkat Persekutuan Parti DSSA akan berkerjasama dengan parti parti bukan kerajaan tapi dalam masa yang sama masa depan Sabahan menjadi keutamaan. Senang cerita apa pun kerjasama yang dirangka, Sabah tidak boleh dimiliki oleh parti parti dari Semenanjung tapi parti tempatan Sabah. Sama dengan negeri Sarawak.

#politikbolos #sabahubah

Kad UMNO Di Tikam Oh!!! 

Ini orang betul betul marah yang tidak lagi boleh dibendung. Bayangkan kad keahlian yang tidak bernyawa pun dia tikam dengan pisau rambo, berkarat pula tu. 😂

Maksudnya tu, ini orang betul betul mahu pastikan UMNO dikuburkan di PRU yang akan datang.

Nah kalau masyarakat Melayu di Semenanjung sudah bertekad menikam UMNO. Tak kan pula anda masyarakat Sabah yang tidak berkaitan yang terhegeh hegeh.

Ini Sabah merdeka pun bukan ada campurtangan UMNO. Alahai

Published
Categorized as Bersatu, UMNO

Agong Menolak Deklarasi Rakyat? 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah dimaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah menerima mengadap penasihat Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.
Bagaimanapun perdana menteri berkata, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menjelaskan kepada Mahathir bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dibuat BERSATU.

Menurut lagi Perdana menteri, ini kerana deklarasi yang dibuat BERSATU tidak mengikut perlembagaan dan sebarang tindakan sepatutnya menurut amalan lazim iaitu melalui parlimen dan sistem pilihan raya bagi rakyat membuat keputusan mereka.

Senang betul hati PM ya, bila Agong tidak mencampuri Bersatu. Tapi pada admin kan, apa yang dikemukakan Dr M tidak pun bersifat kepartian tapi lebih kepada kehendak rakyat Malaysia. Ini kerana semasa memorandum deklarasi rakyat diambil parti Bersatu belum pun wujud.

Dan kalau belum wujud, bagaimana mungkin deklarasi rakyat atau memorandum boleh dibawa kepengetahuan sidang Parlimen. Apa lagi rakyat pun tahu berapa sangat bilangan kerusi pembangkang yang sudah tentu tidak mampu menggugat keputusan menolak tuan Speaker. Maka itulah dibawa ke pengetahuan Agong untuk dipertimbangkan.

Bukan tidak percaya pada PM Najib Razak atau saja keputusan Agong. Tapi biarlah pihak Istana yang membuat kenyataan. Bukan pihak yang berkepentingan atau lawan.