Dr Mahathir Mohamad Tolak Pelawaan UMNO Bentuk Kerajaan

Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir menolak pelawaan untuk membentuk kerajaan bersama UMNO dan PAS yang ditawarkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan.

Untuk makluman bentuk pelawaan yang dicadangkan oleh Timbalan Presiden UMNO itu tampak diputarbelit atau play safe agar tidak mempengaruhi semangat ahli dan penyokong UMNO, andai tidak menjadi.

Ikuti ulasan admin yang agak kasar di bawah : –

UMNO Pelawa Dr Mahathir Bentuk Kerajaan Baharu (Ikhlas)

Ini kerana menurut Dr Mahathir sebagai negara yang berbilang kaum maka semestinya lah kerajaan yang dibentuk harus merangkumi masyarakat yang majmuk dan tidak hanya didominasi oleh kaum tertentu.

Ujarnya lagi, beliau tidak berminat untuk membentuk kerajaan yang baru kerana beliau sedar negara ini adalah negara berbilang kaum dan ditadbir dengan sedemikian rupa sejak Malaysia merdeka.

Satu hal lagi, yang perlu dingat oleh UMNO. Lain kali kalau mengajak untuk berkerjasama buatlah dengan penuh rendah hati. Jangan lagi politikkan dan beranggapan seolah-olah rakyat Malaysia ini tidak boleh atau tidak mampu menilai pergolakan yang dicetuskan oleh UMNO.

Layakkah UMNO Mempersoalkan Keikhlasan Dr Mahathir

Adakah patut UMNO bercakap seolah-olah orang sedang melutut ketakutan dihadapan mereka. Tidak sedar diri langsung.

Hakikatnya kita sedar dan faham prinsip yang perlu ada sebagai pembangkang. Dimana walaupun kesalahan itu sudah jelas didepan mata tapi ia tidak boleh diakui malah mesti dinafikan walaupun semua orang sudah mengata mereka adalah pihak yang bodoh dan memualkan.

Tapi dari konteks hari ini dimana UMNO yang telah ditolak oleh majoriti Melayu di proses pilihanraya akibat salah laku dan pengkhianatan mereka kepada rakyat. Maka sewajarnya lah UMNO menunjukkan ciri ciri orang yang berjiwa besar bukan malah suka menambah kemunafikan.

Sebenarnya Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hassan yang beriya iya mempelawa Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir untuk berkerjasama dengan UMNO tapi kerana malu dan takut hasratnya itu melemahkan UMNO andai cadangan mereka ditolak. Itu yang UMNO kedengaran hipokrit dan berbelit-belit.

Klik links ini Dr M Boleh Tubuhkan Kerajaan Kalau Ikhlas

Muhammad Hasan berkata Perdana Menteri Dr Mahathir boleh menubuhkan sebuah kerajaan baharu dengan kerjasama BN dan PAS tapi Dr Mahathir kenalah ikhlas menjaga kedudukan Melayu dan Islam.

“Insya-ALLAH jika Dr Mahathir jujur dan mahu melihat Melayu Islam menjadi kuasa politik yang kuat, beliau tiada masalah berkompromi dengan UMNO dan Pas,” katanya

Logikkah UMNO ditolak oleh rakyat kerana dipercayai telah mengkhianati kepercayaan dan menyeleweng dana rakyat tapi kenapa pula UMNO yang mempersoalkan keikhlasan Dr Mahathir. Gila betullah! 🤤

Tambah Timbalan Presiden UMNO itu, kalau ingin bekerjasama dengan UMNO maka UMNO harus diberikan peranan di dalam memulihkan negara bukan setakat penumpang hingga merosakkan kepentingan Islam dan masyarakat Melayu. Bikin geli betul lah. Siapa selama ini yang mengkhianati masyarakat Melayu dan siapa yang memberikan ruang hingga Islam diperkotak-katikkan?

Oleh itu keputusan kini berada di tangan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir. Memandangkan hari ini majoriti Melayu telah menyokong UMNO. Tidak sedar diri langsung!

Hahaha! Benar benarlah UMNO ni. Adakah mereka ingat rakyat ini terlalu bodoh untuk menilai UMNO walaupun telah ditolak oleh rakyat pada PRU yg lepas.

Published
Categorized as Bersatu, UMNO

Darell Leiking Mencuri Kredit Kongres Maruah Melayu Tapi Gagal

Admin tidak dapat merasa atau membaca keikhlasan Darell Leiking rentetan kritikannya terhadap ucapan ketua penganjur kongres Maruah Melayu, Zainal kling.

Klik links dibawah :-

Darell Salah Menyalahkan Bukan Melayu

Tiba-tiba pula Darell memunculkan atau membabitkan nama Sabah dan perjanjian 1963.

Zainal Kling dalam ucapannya menyentuh kontrak sosial yang tidak boleh dipermainkan oleh mana-mana pihak terutamanya Non Melayu atau Non Bumi justeru itu kewarganegaraan mereka boleh digantung.

Sudah tentulah yang dimaksudkan oleh Zainal Kling itu ialah Non Melayu atau Non Bumi yang tidak menghormati keberadaan mereka. So apa yang salah disana dan yang paling penting kenapa pula kenyataan itu dikaitkan dengan Sabah atau perjanjian 1963.

Kalau Non Melayu/Bumi tidak melakukan kesalahan hingga membolehkan status kewarganegaraan mereka digantung so apa yang perlu ditakutkan. Hukuman seperti ini tidak hanya laku pada dua Non itu tapi juga kepada Melayu atau Bumiputera sekiranya mereka melanggar perlembagaan. Paling tidak mereka akan dikenakan hukuman buang daerah.

Pokoknya perlembagaan atau undang-undang jenayah yang ada di Malaysia ini tidak membezakan kaum atau status, kalau kau salah kau akan dipertanggungjawabkan, perlembagaan 153 hanyalah panduan bermasyarakat. Jadi sepatutnya Darell melihat ucapan Zainal Kling itu dari konteks ini bukannya melalut.

Darell Leiking menghiaskan lagi kritikannya dengan berkata isu perwarisan kontak sosial tidak lagi boleh ditimbulkan kerana melalui perjanjian Malaysia 1963. Malaysia bukan sahaja tanah orang Melayu tetapi juga tanah orang Cina, India, Kadazan dan sebagainya. Apa yang dia cakap ni. Habis itu apa jadi dengan perlembagaan 153 adakah dengan ini Bumiputera Sabah tidak lagi memiliki keistimewaan? 😂

Point yang admin mahu ketengahkan disini ialah kenapa Darell mengaitkan ucapan Zainal Kling itu dengan rakyat Sabah atau perjanjian 1963. Apa konteksnya?

Nampak benarlah Darell Leiking cuba mencuri kredit dari Kongres itu. Mungkin dia mulai merasakan sikap dingin masyarakat Sabah terhadap politiknya sebab itulah dia mulai membaca satu satu kenyataan luar dari konteks yang dimaksudkan. Biar kelihatan melawan dan rakyat akan memberikan perhatian.

Yb PPBM Sabah Tidak Dijemput Ke Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri

Admin ingin membuat sedikit penjelasan berhubung persoalan yang dituntut oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur merangkap pengerusi penganjur, Datuk Peter Anthony

Beliau kata jemputan telah diserahkan kepada parti itu untuk hadir justeru keputusan untuk datang bergantung kepada mereka.(Pointnya disini ialah jemputan kepada parti dan bergantung kepada mereka untuk hadir itupun kalau benar jemputan wujud dan telah sampai ke pihak yang dihajati)

Jemputan yang dimaksudkan ialah jemputan bagi menghadiri sambutan hari kebangsaan 2019 peringkat negeri Sabah.

Rujuk 🔗 link dibawah

https://www.sabahpost.net/2019/08/31/tiada-adun-ppbm-hadir-sambutan-hari-kebangsaan-sabah

Sebelum admin menjawab tuntutan Menteri berkenaan. Ingin admin membuat sedikit eksperimen akal agar kita berjiwa besar dan tidak mudah menyalahkan kawan, apa lagi keatas kawan sepasukan.

Ada beberapa faktor kenapa pemimpin Yb PPBM Sabah tidak dapat hadir ke acara itu, antaranya :

Kerna ada acara lain di kawasan mereka yang juga wajar untuk diberikan keutamaan oleh Yb Yb Bersatu Sabah.

Kerana ada Yb Bersatu Sabah yang baru tiba dari tanah suci Mekah.

Atau paling tidak kalau admin tanggapi dengan persepsi yang rasional ialah kerana Yb Bersatu Sabah masih terguris dengan tuduhan Presiden Parti Warisan sebelum ini yang seolah-olah menidakkan kewujudan PPBM (Bersatu) Sabah dengan mendakwa Bersatu adalah UMNO. Persepsi ini cukup logik walaupun kebarangkaliannya agak tipis sebab admin maklum kualiti pemimpin pemimpin (PPBM) Bersatu Sabah, mereka adalah insan insan yang berjiwa besar. Walaupun tuduhan seperti itu cukup berat kerana serba sedikit telah menjejaskan kepercayaan rakyat Sabah keatas perjuangan parti PBBM atau PH di Sabah.

Kita ambil contoh ini :
Pemimpin UMNO telah mendakwa yang Parti PPBM (Bersatu) adalah duplicate UMNO. Adakah dakwaan ini boleh diterima oleh pemimpin dan ahli PPBM malah penyokong UMNO? Sudah tentulah tidak dan dakwaan itu telah menggugat keyakinan penyokong, betul tak?

Tiba di perenggan yang akan menjawab persoalan yang dituntut oleh Warisan atau Menteri Peter Anthony. Jawapan atau alasannya ialah kerana tidak ada jemputan resmi daripada kerajaan negeri atau ahli jawatankuasa sambutan ulang tahun kemerdekaan yang sampai ke tangan Yb Bersatu Sabah.

Hanya jemputan kepada parti PPBM Sabah secara umum. Oleh yang demikian menghantar ahli parti PPBM (Bersatu) sebagai wakil parti adalah sangat menghormati dan memadai.

Sekian, diharap janganlah perkara ini dipanjangkan kerna yang dihadapi oleh kerajaan hari ini jauh lebih besar dari hasrat yang mahu dicapai melalui sambutan kemerdekaan peringkat negeri.

Kami ini kawan bukannya lawan.

Kenapa Pula Bersatu Tidak Boleh Mendominasi Sabah?

Dr Rosalam (Penganalisis politik)

Bagaimana seorang Doktor politik boleh mengeluarkan pendapat atau kenyataan sebegini dangkal dalam bentuk public ya.

Dia kata, mustahil dalam satu negeri ada dua parti yang mendominasi memandangkan Sabah diterajui oleh Parti Warisan.

Oleh kerana itu dia mengingatkan PPBM (Bersatu) agar kembali kepada niat asal iaitu mengukuhkan kedudukan kerajaan negeri bukannya menjadi dominan.

Rujuk 🔗 di bawah

Bersatu Sila Ingat Niat Asal Masuk Sabah

Memanglah mustahil tapi beliau harus melihat intipati dari proses mendominasi itu. Itupun kalau dia benar-benar memiliki semangat negara bangsa.

Apa juga masalahnya kalau Parti Bersatu dan Parti Warisan saling berusaha mendominasi politik Sabah. Bukankah itu bagus untuk Pakatan Harapan (PH) agar utuh, sekaligus mampan mempertahankan pemerintahan.

Dr Rosalam jangan pula tidak tahu Parti Warisan bukannya kompenan PH, itu bermakna langkah PPBM (Bersatu) untuk mendominasi politik Sabah adalah tepat sebagai antara parti yang mewakili PH di Sabah.

PKR, Amanah dan DAP juga berusaha menjadi parti yang mendominasi politik Sabah bukan hanya PPBM (Bersatu). Tinggal lagi hasrat tiga ini tidak diluahkan secara terbuka.

Dan sebagai Doktor Politik sewajarnya beliau mendalami keputusan Perdana Menteri Malaysia Tun M, kenapa akhirnya Tun membenarkan Bersatu bertapak di Sabah. Agar kenyataan bias seperti ini tidak ditunjukkan kepada public hingga menukar tenaga baik menjadi jahat dari konteks mendominasi tadi.

Kemungkinan besar Tun M menyedari yang Parti Warisan tidak akan mampu mengekalkan popularitinya. Jadi bayangkan andai tiba pada satu titik parti ini tidak lagi menjadi pilihan rakyat Sabah maka parti kerajaan mana akan menggantikan Warisan. Sudah tentulah sama ada PKR, Amanah PPBM dan DAP. Tapi bayangkan pula andai pada masa itu ke empat empat parti ini juga ditolak oleh rakyat Sabah, apa yang akan berlaku pada PH?

Dan yang paling terkesan dan beruntung dari proses usaha mendominasi itu ialah rakyat Sabah. Iyalah akibat persaingan yang sihat dari parti yang terlibat menyebabkan mereka sedaya upaya melakukan yang terbaik pada rakyat dan akan mengutarakan idea-idea yang bijaksana didalam usaha menyelesaikan isu yang memalitkan rakyat dan kalau mereka berkemampuan kebajikan rakyat akan turut menjadi keutamaan agar nanti parti itu dapat memikat hati mereka sekaligus memenangi persaingan tadi. Ini baru namanya proses demokrasi yang sihat, demokrasi rakyat.

Erti kata lain falsafah demokrasi ialah menyingkirkan yang lemah diganti dengan yang lebih kuat dan tuntutan ini tidak hanya berlaku di antara parti pemerintah dan pembangkang.

Juga erti kata lain falsafah mendominasi ialah berusaha melakukan yang terbaik bagi menguasai keadaan.

Persoalannya adakah matlamat mendominasi keadaan tidak menguntungkan rakyat?

Rakyat faham juga tugas seorang penganalisis politik seperti Dr Rosalam ini. Tapi pastikan lah juga bila membuat kenyataan media atau public, biarlah menguntungkan kedua belah pihak dan sebaiknya kenyataan dangkal seperti itu disampaikan secara sulit pada parti yang terlibat.

RMK12 Tangani Jurang Pembangunan Sabah Semenanjung – PPBM Sabah

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah menggesa Kerajaan untuk merangka strategi dan program khusus untuk menangani ketidakseimbangan dan jurang pembangunan di antara Sabah dan Semenanjung Malaysia dalam Rancangan Malaysia Kedua belas (RMK-12).

RMK-12 yang merupakan rancangan pembangunan lima tahun bermula 2021 hingga 2025 adalah amat penting untuk menentukan hala tuju dan tahap pembangunan Sabah pasca tahun 2020 dan menjelang tahun 2030.

Mengambil kira kerajaan hari ini memberikan fokus kepada agenda Kemakmuran Bersama, maka kewujudan jurang pembangunan dan ekonomi yang besar antara wilayah harus ditangani pada kadar segera. Matlamat Kemakmuran Bersama tidak akan berjaya dicapai sekiranya isu-isu pokok seperti jurang pembangunan ekonomi, kadar kemisikinan dan pengangguran masih membelenggu negeri besar seperti Sabah.

Difahamkan kerajaan sedang dalam merangka pengisian RMK-12 dan dijangka akan diumumkan tahun hadapan.

Sehubungan itu, BERSATU Sabah akan menggerakkan inisiatif untuk mendengar dan mendapatkan aspirasi penduduk di Sabah berhubung perkara-perkara penting yang perlu dipertimbangkan dalam kandungan RMK-12.

Sebagai platform rakyat, Jentera Penerangan BERSATU Sabah di seluruh bahagian akan menyelaraskan gerakan untuk mendekati rakyat dan memahami hasrat dan harapan mereka.

RMK-12 perlu dirangka melalui pendekatan ‘bottom-up’ untuk memastikan rancangan ini membawa nilai dan makna kepada rakyat di semua peringkat khususnya golongan isi rumah berpendapatan rendah B40.

Berdasarkan maklum balas akar umbi, BERSATU Sabah akan menyediakan Memorandum RMK-12 yang mengandungi aspirasi rakyat dan syor serta cadangan untuk pertimbangan kerajaan.

Gesaan diatas dibuat bersempena Mesyuarat Jawatankuasa Penerangan BERSATU Sabah Zon 3 & 4 pada 04hb Ogos 2019 bertempat di Bongawan, Sabah yang disampaikan oleh Saudara Khairul Firdaus Akhbar selaku Ketua Penerangan Bersatu Sabah.


Tahniah, cadangan yang realistik serta holistik dari PPBM Sabah, sesungguhnya demi kepentingan rakyat Sabah secara keseluruhannya.

Muhasabah Diri DARD – PPBM Sabah

KENYATAAN MEDIA
Razali Razi.
Ketua Penaja BERSATU Sepanggar.

POLITIK MUHASABAH DIRI

Sebagai sebuah parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah akan berusaha sehabis baik untuk membina keyakinan rakyat.

Fokus kita adalah memberikan perkhidmatan dan menjadi platform menyampaikan aspirasi rakyat.

Sekarang adalah masa berkhidmat sebaiknya dan rakyat yang akan memilih siapa pemimpin yang mereka percaya boleh membantu mereka.

Pendekatan turun padang mendekati rakyat menjadi teras BERSATU, bukan sekadar mengeluarkan kenyataan di media untuk meraih popular atau menjadi pejuang jadi-jadian di alam maya.

Cabaran dan kenyataan Datuk Rahman Dahlan kepada pemimpin BERSATU tidak ada bezanya dengan nada sebahagian para pemimpin UMNO pada PRU14 yang lalu. Keterujaan dengan memiliki “kekuatan” luar biasa menjadikan mereka terlebih yakin untuk memenangi pilihan raya dengan majoriti dua pertiga.

Jika Datuk Rahman seorang pemimpin yang terbaik untuk rakyat, tentu sekali tiada masalah untuk Datuk Rahman memenangi pilihanraya lepas dengan majoriti yang bergaya. Tetapi perkara tersebut tidak berlaku pada PRU14.

Oleh yang demikian, daripada mengungkit kemenangan pemimpin lain adalah lebih baik Datuk Rahman fokus untuk memperbaiki diri dan parti supaya dipilih rakyat dimana pun bertanding.

“Kekuatan” luar biasa berintikan keyakinan tatap menang ini jugalah telah membawa parti mereka kurang mendapat sokongan akar umbi dan membawa kepada kekalahan di beberapa kawasan, walaupun mempunyai keahlian yang ramai.

Hal ini ditambah lagi dengan kehadiran calon import, dan calon bangsawan golongan menganggap kerusi milik peribadi yang secara tidak langsung membelakangi kredibiliti pemimpin tempatan.

Datuk Rahman Dahlan digesa bersabar menanti tibanya masa PRU15 kelak. Pemberian “autonomi” yang UMNO Sabah miliki tentu sekali Rahman Dahlan bebas memilih untuk bertanding di mana-mana Kawasan sama ada di DUN Sulaman ataupun mencuba nasib semula di Parlimen Sepanggar atau boleh memilih kedua-duanya sekali.

Sidrom keangkuhan, penafian kepada kelemahan pada parti sendiri, merendahkan parti dan peribadi pemimpin lain, sepatutnya tidak dibawa kembali oleh UMNO jika mahu dipilih oleh rakyat. Elok kiranya fokus untuk membantu dan membangunkan akar umbi dan rakyat bawahan.

BERSATU Sabah lebih suka memfokuskan kepada membantu dan memperjuangkan kebajikan rakyat daripada semua lapisan.

*RAZALI RAZI*
Ketua Penaja BERSATU Bahagian Sepanggar
31 Julai 2019

Game Of Perception UMNO Sabah

Siapa yang berpolitik
tapi hanya mampu bermodalkan game of perception ni? 😃

Ibarat, kalau anda sebelum ini parti yang gagah dan pernah memegang tampuk kerajaan dengan begitu lama. Tapi akhirnya tewas kepada calon atau parti yang baru muncul setahun dua sebelum pilihan raya maka sebenarnya anda dipihak yang tidak layak menentukan jenis politik seseorang apa lagi terhadap mantan calon BN yang menang kerana kapasiti diri mereka.

Sebaliknya andalah yang berpolitik game of perception. Bilamana idealogi yang kamu agung agungkan tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat hingga terpaksa menukar strategi, strategi mencetuskan persepsi semata-mata.

Jentera UMNO kata kerusi DUN yang diwakili Dato Haji merupakan milik UMNO begitu juga dengan DUN DUN yang diwakili oleh Yb Bersatu. Soalnya betulkah begitu? Ahh inilah salah satu contoh apa yang mereka panggil game of perception UMNO tapi PPBM (Bersatu) pula yang dituding.

Prestij Pilihanraya umum yang lepas mendapat jolokan ibu segala pilihanraya atau Tsunami Politik PH. Menggambarkan politik PH begitu jitu berbanding UMNO yang bergelumang dengan skandal penyelewengan, melibatkan Presiden dan pemimpin kanan UMNO seperti Najib dan ramai lagi.

Sistem pentadbiran kerajaan yang tidak berfungsi dengan baik juga telah menyumbang kepada kekuatan PH. Pokoknya PH berada di prestasi tertinggi manakala UMNO berada di kedudukan yang paling corot.

Tapi bayangkan dalam keadaan UMNO yang totally sudah kehilangan kepercayaan rakyat pada waktu itu. Masih ada calon BN yang mencapai kemenangan dan sudah tentulah berpuluh lagi calon BN yang kalah ditangan calon dan parti yang tidak berapa dikenali seperti Parti Warisan.

Admin mahu tanya ni. Adakah dengan itu kemenangan Yb Bersatu yang bertanding atas tiket BN pada PRU lepas kerana pengaruh BN atau kerana kapasiti diri mereka yang mendapat kepercayaan pengundi?

Kalau kamu cakap kerana pengaruh parti BN, bagaimana pula dengan calon BN yang lain, tewas kepada calon dan parti bilis?

Jadi jangan kamu pandai pandai menggesa supaya seseorang itu melepaskan kerusi DUNnya.

Ada cermin, cermin dulu diri tu? Shame on you lah, inilah maksud sebenar game of perception.

Persepsi semata-mata adalah senjata murahan 😊

Borneotoday Putar Belit Berita Disambut Baik Jentera UMNO Sabah – Jahil

Dibawah adalah link, artikel sebenar yang telah diputar belit oleh portal Borneotoday.net dimana tajuk dan isi cerita tidak menggambarkan sumber sebenar.

https://jalinluin.com/2019/07/28/pemimpin-umno-amal-sindrom-penafian-bersatu-sabah/

Tapi dek kerana ramai jentera UMNO Sabah yang jahil, bak kata Tun M penyokong yang bodoh dan hinaan mantan Perdana Menteri Najib Razak pada CyberTrooper UMNO sebagai penghabis beras, maka tanpa usul periksa jentera dan penyokong itu menghentam pemimpin Bersatu Sabah.

Walhal selama ini, portal Borneotoday ini mereka anggap merapu. Tapi kali ini lain pula kepercayaan mereka, terlalu percaya dan yakin. Nampak sangat selain tolol, rupanya sakit.

Tapi tidak mengapa, ini jawapan admin ke atas kritikan mereka selepas terpedaya dek artikel yang telah diputarbelit oleh portal Borneo today itu.

Apa bukti yang kamu ada bagi menyokong tuduhan kamu keatas Datuk Hajiji yang kononnya telah menyeleweng wang rakyat? Saya cabar kamu tunjukkan bukti dan dipersilakan membuat laporan Polis.

Hello CyberTrooper jangan kamu cuba cuba berlagak budiman, suci. Hakikatnya bila kamu mempertahankan penyelewengan dalam 1MDB yang sedang dalam proses penghakiman di Mahkamah. Itu menunjukkan kamu adalah golongan yang jahil, tidak layak bercakap soal tanggungjawab, beramanah jauh sekali membuat tuduhan ke atas orang lain tanpa bukti sebagaimana tuduhan kamu ke atas pemimpin pemimpin Bersatu Sabah, rentetan berita yang diputarbelit itu. Memang kamu jahil lah!

Selepas kamu mempercayai berita palsu dan membuat tuduhan fitnah ke atas pemimpin pemimpin Bersatu Sabah. Kamu gunakan pula nama Musa Aman sebagai benteng, sedangkan Tan Sri Musa Aman bakal berjuang bersama Parti Bersatu (PPBM).

Perbuatan yang naif lagi jahil ialah bila anda terus duduk sebumbung dengan kumpulan yang telah melakukan kesalahan, seolah olah anda tidak takut atau tidak akan insaf. Sebaliknya perbuatan yang cerdik dan budiman bila anda keluar berhijrah dari mereka. Inilah yang dilakukan oleh pemimpin pemimpin Bersatu Sabah.

Jahil dalam memahami isu, jahil kerana mudah ditipu dan jahil membuat tuduhan. CyberTrooper UMNO!

Kenapa Perlantikan Naib Canselor UMS Menjadi Masalah Warisan?

Gambar Ehsan The Star

Kenapa perlantikan Naib Canselor UMS, Dr Taufiq Yap Yun Hin yang juga orang Sabah menjadi isu kepada Warisan. Mana Sabah Ubah ni?

Mereka kata, parti Bersatu tidak mendengar kehendak Warisan di Sabah tapi kenapa? hanya kerana Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Maszlee Malik itu daripada Parti Bersatu kah?

Janganlah perlantikan dalam sektor pendidikan seperti ini menjadi isu atau dipolitikkan. Apa lagi Dr Taufiq itu adalah sebenarnya orang Sabah yang berasal dari Kota Kinabalu.

Kalau dari Semenanjung sekalipun, apa masalahnya, bukan kah dia juga orang Malaysia yang ada hak dan berhak selagi dia berkelayakan dan memenuhi sarat.

Perlantikan Naib Naib Canselor di seluruh negara ini adalah hak kerajaan Persekutuan sejak Universiti diperkenalkan di Malaysia, bukannya peraturan baru.

Jadi pada jentera Warisan janganlah sengaja mencetuskan perbezaan supaya nanti Warisan dinilai sebagai parti yang kononnya sentiasa menjaga kepentingan rakyat Sabah. Cukup cukuplah berpolitik tu.

Apa lagi pelantikan itu bukannya sebahagian daripada misi atau kehendak rakyat Sabah, sebaliknya kalau diperhalusi tampak ketidakpuasan hati Warisan ini lebih kepada memenuhi tuntutan orang perseorangan yang berkepentingan dalam politik Warisan itu sendiri dan jelas menyalahi peraturan yang sedia ada.

Profesor Dr Taufiq Yap Yun Hin dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dikhabarkan bakal dilantik menjadi Naib Canselor UMS berkuatkuasa 30 Julai ini. Dr Taufiq, 51, berasal dari Kota Kinabalu akan menggantikan Profesor Datuk Dr D Kamaruddin D Mudin yang tamat tempoh perkhidmatan pada 27 Julai.